Upload
nguyenlien
View
267
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT, JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
PENERANGAN
MyHRMIS Profil merupakan satu lagi inovasi baharu yang dibangunkan oleh tenaga dalaman BPM,
JPA bertujuan untuk menyemak maklumat peribadi dan perkhidmatan penjawat awam. Maklumat yang
terkandung di dalam aplikasi ini adalah maklumat peribadi, pendidikan, keluarga, anugerah dan sejarah
perkhidmatan penjawat awam. Maklumat yang dipaparkan adalah terdiri daripada beberapa elemen
sahaja.
Idea pembangunan MyHRMIS Profil ini tercetus daripada isu integriti data yang seringkali
dibangkitkan dalam mesyuarat-mesyuarat yang melibatkan data HRMIS. Dengan adanya aplikasi ini, maka
penjawat awam mudah untuk menyemak maklumat mereka di mana-mana sahaja. Fasa pembangunan
ini hanya melibatkan paparan rekod sahaja. Sebarang penambahbaikan akan dilakukan dari semasa ke
semasa.
PRA-SYARAT :
Sebelum menggunakan MyHRMIS Profil, pengguna perlu mengemaskini data maklumat peribadi iaitu
nombor telefon dan alamat email di dalam sistem HRMIS.
Menu : Pengurusan Rekod Peribadi ->Rekod Peribadi ->Kemaskini Rekod Peribadi -> Masukkan No.Tel
Bimbit dan Email
Rajah 1 : Antara muka kemaskini rekod peribadi
BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT, JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
1. Bagi pengguna kali pertama, sila pilih ‘Pengguna Kali Pertama’. Pendaftaran kali pertama tidak
perlu sekiranya pengguna telah mendaftar dengan MyHRMIS Cuti.
Rajah 2 : Paparan log masuk
2. Masukkan No.KP, Kata Laluan dan No.Telefon Bimbit. Kemudian tekan butang Daftar.
Rajah 3 : Paparan untuk pendaftaran pengguna
BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT, JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
3. Antara muka ini akan dipaparkan terus sekiranya pengguna telah mendaftar dengan MyHRMIS
Cuti. Pengguna hanya perlu memasukkan No.KP dan kata laluan, kemudian tekan butang Login.
Kemudahan Ingat No.KP dan kata laluan disediakan bagi memudahkan pengguna.
Rajah 4 : Paparan log masuk pengguna
4. Antara muka ini dipaparkan setelah pengguna log masuk ke dalam MyHRMIS Profil.
Rajah 5 : Home page MyHRMIS Profil
BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT, JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
5. Pengguna boleh slide ke kanan atau klik ikon menu untuk memaparkan menu utama dalam
aplikasi ini.
Rajah 6 : Menu utama MyHRMIS Profil
6. Klik menu Data Peribadi untuk memaparkan maklumat peribadi pengguna.
BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT, JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
Rajah 7 : Paparan maklumat peribadi
7. Klik menu Pendidikan untuk memaparkan maklumat pendidikan pengguna.
Rajah 8 : Paparan maklumat pendidikan
8. Klik menu Keluarga untuk memaparkan maklumat peribadi pengguna.
Rajah 9 : Paparan maklumat keluarga
BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT, JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
9. Klik menu Anugerah untuk memaparkan maklumat anugerah yang pernah diterima oleh
pengguna.
Rajah 10 : Paparan maklumat anugerah
10. Klik menu Sejarah Perkhidmatan untuk memaparkan maklumat sejarah perkhidmatan
pengguna.
Rajah 11 : Paparan maklumat sejarah perkhidmatan