3
2.0 Bahan Bantu Mengajar 2.1 Konsep Bahan bantu mengajar (BBM) bukanlah sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran, ia merupakan alat yang sangat berguna kepada guru semasa mengajar. Pembelajaran dengan menggunakan BBM dapat memastikan pelajar mengikuti serta dapat memberikan pelajar kefahaman yang berkesan dan juga dapat menarik minat mereka terhadap mata pelajaran yang diajarkan. Secara dasarnya, BBM adalah alat yang dapat membantu seseorang guru dalam proses pengajaran. Alatan mengajar ini tidak terhad kepada buku teks, papan tulis dan gambar-gambar sahaja tetapi juga merangkumi segala benda yang digunakan dalam pelajaran yang dapat dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya. Alat mengajar merupakan apa-apa saja yang dialami oleh murid (kamaruddin hj. Hussin, 1986). Menurut Mok Soon Sang (1991), BBM merupakan intipati dalam membantu guru bagi melincikan dan melancarkan pengajaran dalam usaha memudahkan pelajar memahami konsep dan isi serta fakta dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Mohd Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti Abdullah dan Hajah Asmah binti Abd. Rahman (2004), melalui penggunaan BBM dalam pengajaran, pelajar bukan sahaja boleh nampak pergerakan yang dilakukakan tetapi pelajar dapat membaiki kesalahan yang dilakukan semasa menjalankan aktiviti tersebut. Keadaan ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bertenaga dan dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Tujuan utama menggunakan BBM dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ialah untuk membantu guru menyampaikan pengajarannya dengan mudah, tepat, cepat serta menarik. Untuk mencapai tujuan ini, 2

Bahan Bantu Mengajar

Embed Size (px)

DESCRIPTION

education

Citation preview

2.0 Bahan Bantu Mengajar2.1 KonsepBahan bantu mengajar (BBM) bukanlah sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran, ia merupakan alat yang sangat berguna kepada guru semasa mengajar. Pembelajaran dengan menggunakan BBM dapat memastikan pelajar mengikuti serta dapat memberikan pelajar kefahaman yang berkesan dan juga dapat menarik minat mereka terhadap mata pelajaran yang diajarkan.Secara dasarnya, BBM adalah alat yang dapat membantu seseorang guru dalam proses pengajaran. Alatan mengajar ini tidak terhad kepada buku teks, papan tulis dan gambar-gambar sahaja tetapi juga merangkumi segala benda yang digunakan dalam pelajaran yang dapat dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya. Alat mengajar merupakan apa-apa saja yang dialami oleh murid (kamaruddin hj. Hussin, 1986).Menurut Mok Soon Sang (1991), BBM merupakan intipati dalam membantu guru bagi melincikan dan melancarkan pengajaran dalam usaha memudahkan pelajar memahami konsep dan isi serta fakta dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Menurut Mohd Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti Abdullah dan Hajah Asmah binti Abd. Rahman (2004), melalui penggunaan BBM dalam pengajaran, pelajar bukan sahaja boleh nampak pergerakan yang dilakukakan tetapi pelajar dapat membaiki kesalahan yang dilakukan semasa menjalankan aktiviti tersebut. Keadaan ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bertenaga dan dapat menarik minat pelajar untuk belajar.Tujuan utama menggunakan BBM dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ialah untuk membantu guru menyampaikan pengajarannya dengan mudah, tepat, cepat serta menarik. Untuk mencapai tujuan ini, guru haruslah memahami teknik penggunaan BBM dan menggunakannya dengan cekap. Pada amnya, cara menggunakan BBM hendaklah diuruskan dengan betul dan cekap, supaya murid-murid dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta dalam ingatan mereka.

2.2 Prinsip pemilihan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

2.3 Kategori Bahan Bantu MengajarTerdapat tiga kategori bahan bantu mengajar iaitu : Bahan bantu mengajar bukan elektronik Kad imbasan Gambar Model Carta Buku teks

Bahan bantu mengajar berbentuk elektronik Projektor Pita slaid Transparensi Radio Komputer riba

Bahan bantu mengajar bercorak pengalaman Lakonan Lawatan Pantomin

3