8
BAHAN CEMAR UDARA Udara yang kita sedut mungkin mengandungi bahan yang berbahaya yang boleh memberi kesan kepada sistem pernafasan kita. Bahan penemar ini memberi kesan besar kepada kita !ika tidak ambil langkah pen!agaan yang baik. Antara bahan"bahan penemar yang boleh membahayakan sistem respirasi kita adalah# Asap Rokok Asap rokok mengandungi banyak bahan yang membahayakan. Antaranya adalah nikotin$ tar$ karsinogen dan karbon monoksida. Nikotin " dadah beraun yang menyebabkan ketagihan dan merosakkan tisu otak Tar " bahan lekit yang membunuh sel dan menyebabkan kanser peparu Karsinogen " agen penyebab kanser Karbon Monoksida " gas beraun tanpa bau dan %arna yang menghalang hemoglobin daripada angkut oksigen ke seluruh tubuh Perengsa " bahan yang menyebabkan rasa tak selesa pada laluan pernafasan Karbon Monoksida &as ini biasanya diperolehi daripada asap kenderaan. &as beraun ini

BAHAN CEMAR UDARA.docx

Embed Size (px)

Citation preview

BAHAN CEMAR UDARAUdara yang kita sedut mungkin mengandungi bahan yang berbahaya yang boleh memberi kesan kepada sistem pernafasan kita. Bahan pencemar ini memberi kesan besar kepada kita jika tidak ambil langkah penjagaan yang baik. Antara bahan-bahan pencemar yang boleh membahayakan sistem respirasi kita adalah:

Asap RokokAsap rokok mengandungi banyak bahan yang membahayakan. Antaranya adalah nikotin, tar, karsinogen dan karbon monoksida.

Nikotin- dadah beracun yang menyebabkan ketagihan dan merosakkan tisu otakTar- bahan lekit yang membunuh sel dan menyebabkan kanser peparuKarsinogen- agen penyebab kanserKarbon Monoksida- gas beracun tanpa bau dan warna yang menghalang hemoglobin daripada angkut oksigen ke seluruh tubuhPerengsa- bahan yang menyebabkan rasa tak selesa pada laluan pernafasan

Karbon MonoksidaGas ini biasanya diperolehi daripada asap kenderaan. Gas beracun ini tidak berwarna dan berbau. Kesan gas karbon monoksida akan menyebabkan hemoglobin gagal mengangkut oksigen ke seluruh badan

Sulfur DioksidaBiasanya gas sulfur dioksida ini datangnya daripada asap kilang. Gas ini juga beracun. Tidak mempunyai warna namun mempunyai bau yang menyesakkan! Gas sulfur dioksida menyebabkan rasa tak selesa pada laluan pernafasan, batuk, sukar bernafas, bronkitis dan kanser peparu.*Gas sulfur dioksida juga adalah gas yang sama yang menyebabkan hujan asid

JerebuJerebu terhasil daripada wasap eksoz kenderaan, pembakaran terbuka dan juga kebakaran hutan. Jerebu terdiri daripada zarah pepejal yang sangat halus, seperti habuk dan asap.

ToksinToksin dibebaskan ke udara melalui asap rokok, wasap ekzos kenderaan dan juga pembakaran bahan api. Contoh toksin yang membahayakan adalah sebatian plumbum dan juga oksida nitrogen yang ada dalam udara. Toksin ini menyebabkan keracunan yang boleh membunuh sel, merosakkan otak dan peparu, batuk dan juga penyakit peparu seperti emfisema.

PELBAGAI PENYAKIT BERKAITAN YANG BERKAITAN DENGAN SISTEM RESPIRASIPenyakit sistem respirasi berpunca daripada bahan-bahan berbahaya yang kita sedut daripada udara.Bahan-bahan cemar udarayang tidak kelihatan ini dengan mudah akan memasuki sistem respirasi kita jika kita tidak mengamalkan langkah dan gaya hidup yang sihat. Jom kita lihat 4 penyakit yang boleh memberi kesan kepada sistem respirasi manusia.

AsmaPenyakit asma berpunca daripada habuk,asap rokokdan juga wasap industri. Simptom bagi asma adalah sesak nafas, pernafasan yang berbunyi kuat dan juga batuk.

BronkitisBronkitis pula adalah radang pada bronkus yang disebabkan oleh tar dan bahan perengsa lain dalamasap rokok. Antara gejala bagi sakit ini adalah batuk yang berterusan, sering tercungap-cungap dan tidak dapat tidur.

EmfisemaEmfisime adalah penyakit di mana alveoulus pesakit menjadi besar dan rosak. Keadaan ini disebabkan oleh bahan pencemar udara yang tercemar terutamanyaasap rokok. Gejala bagi sakit emfisema adalah sesak nafas, sakit ketika bernafas dan keletihan walaupun selepas kerja ringan.

Kanser PeparuKanser paru-paru disebabkan oleh karsinogen ataupun agen penyebab kanser padaasap rokok. Antara gejala kanser peparu adalah batuk yang berterusan, kahak berdarah dan rasa sakit ketika bernafas.

CARA UNTUK MEMPERBAIKI KUALITI UDARABagi memastikan kita sentiasa menggunakan udara yang sihat, kita perlu mengambil langkah bagi memperbaiki kualiti udara yang sedia ada. Antara langkah yang kita boleh ambil untuk memperbaiki kualiti udara adalah dengan:

1) Mewajibkan semua kilang menggunakan penapis asap

2) Menganjurkan kempen kesedaran kepada masyarakat

3) Gunakan kenderaan yang diselenggara dengan baik

4) Gunakan petrol tanpa plumbum5) Berkongsi kenderaan

6) Menggunakan pengangkutan awam

AMALAN MENGEKALKAN UDARA YANG BERSIHPerlakuan dan amalan kita yang betul dapat menjamin mengekalkan udara yang sihat. Seperti yang kita sedia maklum, udara yang sehat dan tidak tercemar juga memberikan kesihatan kepada sistem respirasi kita. Antara beberapa amalan yang boleh mengekalkan udara yang sihat adalah dengan:1. Tidak melakukan pembakaran terbuka2. Tidak merokok di tempat terbuka3. Mengharamkan penggunaan bahan toksin dalam penyembur4. Mengurangkan penggunaan penghawa dingin5. Penguatkuasaan undang-undang yang berterusan