6
1 1---APA ITU CAMTASIA? | Faridah Hanim Yahya, Hafiza Abas dan Zulikha Jamaludin (2013). Mudahnya Camtasia. Sintok : UUM Press 1---APA ITU CAMTASIA? Camtasia atau Camtasia Studio adalah perisian yang digunakan untuk merakam paparan video pada skrin komputer. Fungsi rakaman seperti ini selalu juga dipanggil screencast, iaitu rakaman digital terhadap output pada paparan skrin komputer. Untuk memahami screencast, bolehlah dibuat perbandingan dengan screenshot. Jika membuat screenshot dengan menekan butang Ctrl + PrintScreen , memberi hasil rakaman digital grafik/gambar pegun pada skrin, maka screencast melalui Camtasia pula memberi hasil rakaman berbentuk video terhadap aktiviti yang berlaku pada skrin komputer dalam satu tempoh masa tertentu. Hasil rakaman ini selalunya disertai dengan audio, iaitu suara yang dirakam menggunakan mikrofon. Pengguna Camtasia boleh membuat rakaman skrin penuh atau menentukan saiz kawasan atau ruang skrin yang ingin dirakam. Ini lakukan sebelum rakaman dimulakan. Panel rakaman Camtasia seperti dalam Rajah 1.1 boleh memberi gambaran awal tentang keupayaan rakamannya, iaitu rakaman skrin penuh, rakaman skrin dengan saiz yang ditentukan sendiri oleh pengguna, rakaman video dan rakaman audio. 1

Bahan Utk Kolej Vok DUHMS (1)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ok

Citation preview

  • 1 1---APA ITU CAMTASIA? | Faridah Hanim Yahya, Hafiza Abas dan Zulikha Jamaludin (2013). Mudahnya Camtasia. Sintok : UUM Press

    1---APA ITU CAMTASIA?

    Camtasia atau Camtasia Studio adalah perisian yang digunakan untuk merakam

    paparan video pada skrin komputer. Fungsi rakaman seperti ini selalu juga dipanggil

    screencast, iaitu rakaman digital terhadap output pada paparan skrin komputer. Untuk

    memahami screencast, bolehlah dibuat perbandingan dengan screenshot. Jika

    membuat screenshot dengan menekan butang Ctrl + PrintScreen , memberi hasil

    rakaman digital grafik/gambar pegun pada skrin, maka screencast melalui Camtasia

    pula memberi hasil rakaman berbentuk video terhadap aktiviti yang berlaku pada

    skrin komputer dalam satu tempoh masa tertentu. Hasil rakaman ini selalunya disertai

    dengan audio, iaitu suara yang dirakam menggunakan mikrofon.

    Pengguna Camtasia boleh membuat rakaman skrin penuh atau menentukan saiz

    kawasan atau ruang skrin yang ingin dirakam. Ini lakukan sebelum rakaman

    dimulakan. Panel rakaman Camtasia seperti dalam Rajah 1.1 boleh memberi

    gambaran awal tentang keupayaan rakamannya, iaitu rakaman skrin penuh, rakaman

    skrin dengan saiz yang ditentukan sendiri oleh pengguna, rakaman video dan

    rakaman audio.

    1

  • 2 1---APA ITU CAMTASIA? | Faridah Hanim Yahya, Hafiza Abas dan Zulikha Jamaludin (2013). Mudahnya Camtasia. Sintok : UUM Press

    Rajah 1.1: Panel rakaman Camtasia.

    Hasil rakaman skrin atau screencast menggunakan Camtasia adalah sebagaimana

    aktiviti sebenar yang dilihat pada skrin komputer. Kualiti video yang dihasilkan oleh

    aplikasi ini menggunakan teknologi fokus pintar (smart focus technology), iaitu

    teknologi canggih yang menghasilkan paparan yang sangat jelas. Paparan masih

    ketara berkualiti tinggi walaupun dilihat pada skrin sekecil skrin telefon.

    Dengan Camtasia, Plugin PowerPoint juga boleh digunakan untuk merakam

    pembentangan PowerPoint semasa mod play sedang dimainkan. Add-in PowerPoint

    yang disertakan semasa instalasi membolehkan pengguna melihat bar rakaman

    Camtasia pada aplikasi PowerPoint (dalam menu Add-in).

    Selain membuat rakaman, Camtasia juga boleh digunakan untuk menyunting video

    yang telah dirakam menggunakan kamera lain, termasuk hasil rakaman menggunakan

    webcam. Penyunting Camtasia agak laju dan fleksibel juga. Keupayaan penyuntingan

    video seperti ini memberi kelebihan kepada Camtasia kerana pengguna boleh

    memotong mana-mana bahagian yang tidak diingini dan memberi penekanan

    kepada maklumat yang dirasai penting.

    Hasil rakaman boleh disimpan sebagai satu fail. Fail ini boleh dimuat naik ke laman

    web atau dikirim melalui emel sebagaimana halnya dengan fail-fail digital lain. Jika

    pengguna ingin menerbitkan videonya, mereka boleh berbuat demikian melalui laman

    web screencast.com. Perkhidmatan ini disediakan oleh pihak screencast.com secara

    percuma.

  • 3 1---APA ITU CAMTASIA? | Faridah Hanim Yahya, Hafiza Abas dan Zulikha Jamaludin (2013). Mudahnya Camtasia. Sintok : UUM Press

    Fail digital yang dibina dalam Camtasia boleh disimpan dalam format pilihan

    pengguna seperti format laman web atau format lain yang boleh dimuat turun ke

    desktop. Video-video yang dihasilkan dengan Camtasia boleh di simpan dalam format

    MPEG, FLV, MP4, 3GP dan format-format lain lagi. Ini bermakna video yang dihasilkan

    boleh dimuat naik ke pelayan sebagai laman web, dilampirkan dalam emel, atau

    dijadikan pautan dalam blog bagi membolehkan pengguna lain memuat turun video.

    Pengguna lain itu boleh jadi juga seseorang yang boleh mendapat manafaat daripada

    video tersebut atau bakal pelanggan! Zaman teknologi hari ini, video sudah menjadi

    salah satu strategi pemasaran yang berkesan dan prolifik.

    APA YANG BOLEH DILAKUKAN DENGAN CAMTASIA?

    Kenapa perlu menggunakan Camtasia? Bagi mereka yang tidak tahu mencipta video

    latihan sendiri, maka Camtasia adalah perisian yang sesuai digunakan. Dengan

    Camtasia, video-video untuk pengajaran-pembelajaran, latihan, persembahan dan

    pelbagai lagi boleh dibuat. Kelebihan Camtasia terletak pada keupayaannya

    melaksanakan screencast.

    Jika seorang guru ingin menunjukkan kepada muridnya tatacara menggunakan

    sesuatu aplikasi komputer seperti emel, maka guru boleh merakam aktiviti langkah

    demi langkah dengan Camtasia dan menunjukkan rakaman aktiviti tadi kepada murid.

    Murid boleh melihat pergerakan penunjuk (pointer), melihat menu mana yang dipilih,

    dan cara menggunakan aplikasi emel seterusnya.

    Begitu juga, jika

    Seorang rakan ingin menunjukkan tatacara menggunakan Google Doc kepada

    rakan kerja;

    Anak ingin menunjukkan cara menyahaktifkan akaun Facebook kepada ayahnya;

    Pensyarah ingin memberi tutorial kepada pelajarnya;

    Abang yang ingin menjelaskan sesuatu yang baru dalam komputer kepada

    adiknya;

  • 4 1---APA ITU CAMTASIA? | Faridah Hanim Yahya, Hafiza Abas dan Zulikha Jamaludin (2013). Mudahnya Camtasia. Sintok : UUM Press

    Perofesor yang ingin menggunakan objek pembelajaran untuk pelajarnya;

    Kontraktor yang ingin memberi latihan teknikal aplikasi tertentu kepada

    kakitangannya;

    Guru yang ingin membuat demonstrasi kepada muridnya.

    Untuk melakukan perkara yang disenaraikan di atas, pengguna tersebut hanya perlu

    mengaktifkan aplikasi Camtasia, rakam skrin, dan bercakap pada mikrofon sambil

    menjalankan aktiviti yang ingin ditunjukkan menggunakan komputer. Antaramuka

    pengguna Camtasia cukup mudah diguna bagi menyokong pelaksanaan aktiviti

    rakaman tersebut.

    Bagi pengguna mahir pula, mereka boleh juga menggunakan Camtasia untuk

    integrasi video, grafik, audio dan juga animasi Flash. Camtasia boleh digunakan untuk

    membuat kombinasi beberapa pembentangan video, grafik, audio, dan fail-fail Flash

    menjadi satu pembentangan professional.

    Ringkasnya, dengan keupayaan merakam aktiviti pada skrin, seseorang boleh

    mengajar sesiapa sahaja tentang cara melakukan sesuatu pada komputer. Rajah 1.2 di

    bawah menunjukkan satu contoh screenshot hasil daripada rakaman dengan aplikasi

    Camtasia. Ia adalah tutorial kepada pelajar universiti tentang tatacara menggunakan

    Sistem Pengurusan Pembelajaran LearningZone.

  • 5 1---APA ITU CAMTASIA? | Faridah Hanim Yahya, Hafiza Abas dan Zulikha Jamaludin (2013). Mudahnya Camtasia. Sintok : UUM Press

    Rajah 1.2: Contoh tutorial yang dihasilkan menggunakan Camtasia. (Sumber: Learningzone.uum.edu.my)

    Pelajar yang melihat video ini dapat melihat pergerakan penunjuk (pointer) yang

    berwarna kuning dalam Rajah 1.2. Mereka juga dapat melihat menu yang dipilih dan

    aksara yang ditaipkan dalam medan yang terdapat pada paparan. Tutorial seperti ini

    membolehkan mereka melihat aktiviti sebenar yang dibuat oleh penyedia tutorial

    tersebut tanpa tertinggal sebarang langkah penting. Kalaupun mereka tertinggal,

    mereka masih boleh memainkan semula video tersebut dengan menggunakan panel

    kawalan pemain video. Dalam contoh pada Rajah 1.2, pemain video yang digunakan

    adalah FLV player.

    Ringkasnya, Camtasia adalah aplikasi yang boleh merakam aktiviti pada skrin dan

    rakaman tersebut boleh dimainkan semula dalam bentuk video. Fungsi Camtasia

    boleh di ringkaskan seperti dalam Rajah 1.3.

  • 6 1---APA ITU CAMTASIA? | Faridah Hanim Yahya, Hafiza Abas dan Zulikha Jamaludin (2013). Mudahnya Camtasia. Sintok : UUM Press

    Rajah 1.3: Fungsi Camtasia berteraskan screencast.

    Pautan Video Tutorial Teknik Screencast:

    1. http://www.camtasia2u.com/

    2. http://videotutorial13.blogspot.com/

    http://www.camtasia2u.com/http://videotutorial13.blogspot.com/1---APA ITU CAMTASIA?APA YANG BOLEH DILAKUKAN DENGAN CAMTASIA?