20
117 Bahasa Inggeris Sebagai Medium Pengajaran Di Sekolah Agama: Kajian Di Sri Ayesha Islamic School, Bangi, Selangor D.E Ibnor Azli Ibrahim, Siti Hawa Jaafar & Mohd Hafiz Safiai Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Sri Ayesha Islamic School adalah sebuah sekolah agama swasta yang menggunakan medium bahasa Inggeris dalam pembelajaran dan komunikasi di sekolah. Para pelajar didedahkan dengan suasana dan persekitaran yang menggunakan medium bahasa Inggeris sepenuhnya di sekolah tersebut. Secara umumnya sekolah agama dikaitkan dengan medium pengajaran dalam Bahasa Melayu dan Arab yang kukuh. Bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran di sekolah agama merupakan suatu yang janggal dan menimbulkan berbagai pandangan tentang keberkesanannya. Kajian ini dilakukan untuk mendapatkan pengalaman sebenar sebuah sekolah agama swasta mengendalikan pengajarannya dalam Bahasa Inggeris dan menilai tahap penerimaan para pelajar terhadap penggunaan medium bahasa Inggeris. Ia dinilai dari sudut keselesaan dan kefahaman pelajar. Selain itu kajian juga bertujuan untuk mengetahui sejauhmana para pelajar mempraktikakan penggunaan bahasa Inggeris di luar waktu sekolah dalam kehidupan seharian pelajar. Kaedah kajian adalah menggunakan kajian kuantitif soal selidik yang diedarkan kepada para pelajar dan juga kajian keperpustakaan untuk mendapatkan maklumat mengenai kajian bahasa. Kajian ini mendapati bahawa penggunaan bahasa Inggeris bukan suatu masalah besar bagi para pelajar. Secara keseluruhannya, pelajar tidak perlu menggunakan kamus untuk memahami apa yang disampaikan oleh guru di sekolah ini. Mereka juga bersetuju bahawa mereka tidak perlu mengambil masa yang lama untuk memahami bahasa Inggeris. Majoriti pelajar juga selesa dengan medium pengajaran berbahasa Inggeris. Kajian ini bakal memberi sumbangan dalam bidang pendidikan setelah mendapati bahawa bahasa adalah mudah dipelajari dengan mewujudkan suasana dan persekitaran. Pengenalan Penguasaan bahasa Inggeris pada hari ini dianggap sebagai satu kelebihan kerana bahasa Inggeris merupakan salah satu bahasa yang luas penggunaannya lebih-lebih lagi statusnya yang sering dikaitkan sebagai bahasa antarabangsa, bahasa perdagangan dan bahasa ilmu (Marlyna 1998). Hakikat ini telah mendorong kepada pelbagai usaha untuk mempelajari bahasa Inggeris bukan setakat memenuhi keperluan komunikasi bahkan suatu kelebihan yang sering menjadi ukuran status kemajuan. Walau bagaimanapun, mempelajari bahasa Inggeris sebagai bahasa asing atau bahasa kedua dalam konteks pendidikan formal sering berhadapan dengan cabaran-cabaran yang dikaitkan dengan tahap pencapaian dan penguasaan yang kurang memuaskan (Robiah Sidin 1998 ). Ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa mempelajari bahasa asing sebagai bahasa kedua dalam konteks formal berbeza daripada mempelajari mata pelajaran lain kerana mempelajari bahasa bukan setakat bertujuan memahami perkataan atau menguasai

Bahasa Inggeris Sebagai Medium Pengajaran Di …121 Rajah 2.3 Tazkirah selepas zohor d) Poster dan Iklan Setiap poster program yang dikeluarkan oleh pihak sekolah adalah dalam bentuk

  • Upload
    vantruc

  • View
    248

  • Download
    4

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Bahasa Inggeris Sebagai Medium Pengajaran Di …121 Rajah 2.3 Tazkirah selepas zohor d) Poster dan Iklan Setiap poster program yang dikeluarkan oleh pihak sekolah adalah dalam bentuk

117

Bahasa Inggeris Sebagai Medium Pengajaran Di Sekolah Agama: Kajian Di Sri

Ayesha Islamic School,

Bangi, Selangor D.E

Ibnor Azli Ibrahim, Siti Hawa Jaafar & Mohd Hafiz Safiai

Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Sri Ayesha Islamic School adalah sebuah sekolah agama swasta yang menggunakan

medium bahasa Inggeris dalam pembelajaran dan komunikasi di sekolah. Para pelajar

didedahkan dengan suasana dan persekitaran yang menggunakan medium bahasa

Inggeris sepenuhnya di sekolah tersebut. Secara umumnya sekolah agama dikaitkan

dengan medium pengajaran dalam Bahasa Melayu dan Arab yang kukuh. Bahasa

Inggeris sebagai medium pengajaran di sekolah agama merupakan suatu yang janggal

dan menimbulkan berbagai pandangan tentang keberkesanannya. Kajian ini dilakukan

untuk mendapatkan pengalaman sebenar sebuah sekolah agama swasta mengendalikan

pengajarannya dalam Bahasa Inggeris dan menilai tahap penerimaan para pelajar

terhadap penggunaan medium bahasa Inggeris. Ia dinilai dari sudut keselesaan dan

kefahaman pelajar. Selain itu kajian juga bertujuan untuk mengetahui sejauhmana para

pelajar mempraktikakan penggunaan bahasa Inggeris di luar waktu sekolah dalam

kehidupan seharian pelajar. Kaedah kajian adalah menggunakan kajian kuantitif soal

selidik yang diedarkan kepada para pelajar dan juga kajian keperpustakaan untuk

mendapatkan maklumat mengenai kajian bahasa. Kajian ini mendapati bahawa

penggunaan bahasa Inggeris bukan suatu masalah besar bagi para pelajar. Secara

keseluruhannya, pelajar tidak perlu menggunakan kamus untuk memahami apa yang

disampaikan oleh guru di sekolah ini. Mereka juga bersetuju bahawa mereka tidak perlu

mengambil masa yang lama untuk memahami bahasa Inggeris. Majoriti pelajar juga

selesa dengan medium pengajaran berbahasa Inggeris. Kajian ini bakal memberi

sumbangan dalam bidang pendidikan setelah mendapati bahawa bahasa adalah mudah

dipelajari dengan mewujudkan suasana dan persekitaran.

Pengenalan

Penguasaan bahasa Inggeris pada hari ini dianggap sebagai satu kelebihan kerana

bahasa Inggeris merupakan salah satu bahasa yang luas penggunaannya lebih-lebih lagi

statusnya yang sering dikaitkan sebagai bahasa antarabangsa, bahasa perdagangan dan

bahasa ilmu (Marlyna 1998). Hakikat ini telah mendorong kepada pelbagai usaha untuk

mempelajari bahasa Inggeris bukan setakat memenuhi keperluan komunikasi bahkan

suatu kelebihan yang sering menjadi ukuran status kemajuan. Walau bagaimanapun,

mempelajari bahasa Inggeris sebagai bahasa asing atau bahasa kedua dalam konteks

pendidikan formal sering berhadapan dengan cabaran-cabaran yang dikaitkan dengan

tahap pencapaian dan penguasaan yang kurang memuaskan (Robiah Sidin 1998 ).

Ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa mempelajari bahasa asing sebagai bahasa

kedua dalam konteks formal berbeza daripada mempelajari mata pelajaran lain kerana

mempelajari bahasa bukan setakat bertujuan memahami perkataan atau menguasai

Page 2: Bahasa Inggeris Sebagai Medium Pengajaran Di …121 Rajah 2.3 Tazkirah selepas zohor d) Poster dan Iklan Setiap poster program yang dikeluarkan oleh pihak sekolah adalah dalam bentuk

118

tatabahasa baru tetapi melibatkan hubungan antara masyarakat, corak kognitif dan

reaksi emosi (Scovel 1994). Malah menurut Gardner (2001) mempelajari bahasa asing

akan meletakkan unsur-unsur asing dalam diri yang mungkin menimbulkan konflik

antara dua budaya kerana mereka yang menguasai bahasa asing akan menunjukkan ciri-

ciri permikiran dan identiti serupa dengan penutur asal bahasa tersebut.

Bahasa itu sendiri merupakan salah satu unsur budaya yang menjadi identiti suatu

bangsa kerana bahasa dapat mencerminkan permikiran, perasaan dan sikap sesebuah

masyarakat (Ramona Tang 1999). Sekiranya budaya asing mempunyai nilai-nilai yang

bertentangan dengan budaya tempatan sudah pasti masyarakat agak sukar untuk

menerima dan mempelajari bahasa tersebut. Oleh itu, kesediaan mempelajari dan

menguasai bahasa asing berkait rapat dengan kesediaan menerima unsur-unsur asing

intuk diserap dan dikongsi sebagai budaya tempatan atau lebih tepat lagi memiliki sikap

yang terbuka dan positif terhadap bahasa tersebut.

Terdapat banyak kajian mendapati bahawa sikap individu dibentuk sejak kanak-kanak

sama ada di rumah ataupun melalui interaksi dengan masyarakat sekitar

perkembangannya (Ramona Tangg 1999). Sikap akan dibawa bersama-sama ke sekolah

seterusnya diubahsuai mengikut budaya pembelajaran yang wujud di sekolah. Dalam

konteks pembelajaran bahasa asing, pelajar akan lebih mudah menerimanya sekiranya

ibu bapa dan masyarakat turut menerima bahasa tersebut kerana penerimaan yang

positif memberi implikasi terhadap motivasi pembelajaran di sekolah (Noels 1994).

Jelasnya di sini, usaha-usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di

kalangan pelajar tidak hanya melibatkan penggunaan bahan pengajaran yang sesuai dan

guru yang berkemahiran serta kemudahan teknologi yang canggih, bahkan tidak kurang

pentingnya memahami sikap pelajar dengan menganalisis faktor-faktor yang

mempengaruhi agar langkah-langkah yang dilaksanakan turut mengambil kira latar

belakang dan persekitaran suasana pelajar (Conner 2001).

Sri Ayesha Islamic School

Sejarah penubuhan Sri Ayesha ialah ditubuhkan pada tahun 1998 dengan bermulanya

penubuhan di peringkat tadika dan ini adalah merupakan tititolak bermulanya

perjuangan sekolah ini. Ditubuhkan dengan dua kelas tadika pada mulanya dan setelah

mendapat permintaan yang tinggi lalu ditambah lagi dengan penubuhan peringkat

sekolah rendah. Akhirnya kini setelah 17 tahun penubuhannya, Sri Ayesha Islamic

School telah merangkumi dari peringkat tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah.

Sekolah ini berada di bawah pemantauan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor). Bagi

subjek akedemik yang asas adalah sama sistem pembelajarnnya seperti sekolah

kerajaan. Manakalah bagi subjek agama adalah di bawah silibus yang diberikan oleh

JAIS. Sekolah ini juga terdapat peperiksaan UPSR bagi tahun 6, PT3 bagi tingkatan 3

dan SPM bagi tingkatan 5.

Pengasas penubuhan sekolah ini adalah dari pasangan suami isteri iaitu Puan Azizah

Abu Hassan selaku pengetua sekolah dan jga Encik Ahmad Fauzi Saad selaku pengerusi

sekolah. Kakitangan sekolah termasuk guru keseluruhannya adalah 44 orang dari

Page 3: Bahasa Inggeris Sebagai Medium Pengajaran Di …121 Rajah 2.3 Tazkirah selepas zohor d) Poster dan Iklan Setiap poster program yang dikeluarkan oleh pihak sekolah adalah dalam bentuk

119

pelbagai bidang. Sekolah ini adalah unik berbanding sekolah lain kerana mereka

menggunakan kaedah Montessori dari peringkat tadika sehingga tahap menegah atas.

Apakah yang dimaksudkan kaedah Montesori? Model pendidikan Montessori ini di

asaskan oleh Maria Montessori yang merupakan seorang tokoh pendidikan di Rome.

Seterusnya kaedah ini diaplikasikan di Sri Ayesha adalah adaptasi kaedah-kaedah

Montessori yang sesuai di dalam proses pembelajaran dan pembentukan anak-anak

berdasarkan acuan dari pengalaman mereka di United Stated.

Menurut beliau falsafah Montessori adalah dapat disimpulkan berdasarkan 'law of

nature' iaitu fitrah kelahiran sifat seseorang manusia. Hal ini adalah berdasarkan

prinsip-prinsip utama Montessori adalah minda yang mudah menyerap , persekitaran

yang tersedia dan konsep kebebasan.

Pembawakan pengasas sekolah adalah menumpukan dari sudut persekitran yang akan

memberi kesan mendalam kepada para pelajar. Pada peringkat awal, para pelajar ini

akan bergantung kepada persekitaran dan orang dewasa. Di Sri Ayesha Islamic School,

para pelajar dibangunkan jiwa mereka belajar erti kebebasan dan memupuk jatidiri dan

mampu berkendiri. Justeru, diri anak-anak ini mesti dibebaskan dari tembok yang kita

sendiri dirikan di sekeliling mereka. Mereka diberi peluang untuk melakukan sesuatu

yang baru dan mencuba untuk mencapat pontensi diri masing-masing.

Oleh itu Sri Ayesha Islamic School ini telah mewujudkan suasana persekitaran yang

menggunakan medium bahasa Inggeris. Pelajar lebih mudah menyerap dan

memahaminya serta menggunakan dalam kehidupan seharian mereka. Sebagai contoh

perhimpunan pagi yang diadakan juga menggunakan bahasa Inggeris dan begitu juga

majalah sekolah, laman web, program rasmi sekolah, poster dan sebagainya.

Medium bahasa Inggeris di sekolah Sri Ayesha Islamic School

Di sekolah Sri Ayesha Islamic School, terdapat beberapa keadaan yang boleh kita lihat

dengan jelas penggunaan medium bahasa Inggeris. Persekitaran sekolah , guru-guru dan

rakan-rakan banyak mempengaruhi suasana dan persekitaran yang berjaya mendidik

pelajar untuk mudah menggunakan bahasa Inggeris dalam persekitarannya. Antara

aktiviti dan program sekolah yang menggunakan medium bahasa Inggeris adalah :

a) Perhimpunan pagi (Assembly)

Setiap minggu Sekolah Sri Ayesha Islamic School akan mengadakan perhimpunan

sekali dalam seminggu. Perhimpuanan tersebut adalah berlangsung selama 40 minit.

Perhimpunan yang dilakukan adalah menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam

pengucapan Pengetua, guru-guru dan para pelajar. Maklumat yang disampaikan adalah

juga dalam bahasa Inggeris.

b) Taklimat ringkas (Morning Briefing)

Setiap pagi, pelajar sekolah Sri Ayesha Islamic School perlu berhimpun untuk sesi

taklimat ringkas yang disebut sebagai “Morning Briefing” oleh para pelajar sekolah.

Morning briefing ini diadakan dalam sekitar 10 minit pada setiap pagi. Peranannya ialah

Page 4: Bahasa Inggeris Sebagai Medium Pengajaran Di …121 Rajah 2.3 Tazkirah selepas zohor d) Poster dan Iklan Setiap poster program yang dikeluarkan oleh pihak sekolah adalah dalam bentuk

120

untuk memberi peringatan dan muhasabah diri kepada para pelajar sebelum mulanya

sesi pelajaran.

Lebih menarik lagi, morning briefing ini diuruskan oleh para pelajar sepenuhnya

dan guru hanya memantau dari belakang. Sesi Morning Briefing ini menggunakan

bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengucapan dan penyampaian maklumat. Sebagai

contoh ketika sesi morning briefing akan diberi satu tema oleh guru untuk memberi

peringatan kepada pelajar sebagai contoh peringatan kita sebagai khalifah Allah di

muka bumi dan perlu baik kepada semua makhluk. Penggunaan bahasa Inggeris yang

diwujudkan dalam persekitaran sekolah dan program membuatkan pelajar sudah biasa

dengan medium bahasa Inggeris .

Rajah 2.2 Rajah menunjukkan Morning Briefing setiap pagi oleh para pelajar.

c) Tazkirah

Setiap hari para pelajar akan solat zohor berjemaah di sekolah. Setelah selesai solat

zohor, pelajar akan diberi peluang atau tugasan untuk menyampaikan tazkirah. Tazkirah

yang disampaikan oleh para pelajar adalah menggunakan bahasa Inggeris.

Tazkirah tersebut akan diberi tangungjawab kepada pelajar-pelajar mengikut jadual .

Ini bermakna semua pelajar tidak terkecuali daripada memberi tazkirah. Tajuk tazkirah

akan diberikan temanya oleh guru. Ini bermaksud pelajar akan diberi pendedahan dan

keberanian untuk memberi ucapan di hadapan semua pelajar dan guru dengan dakwah

yang menggunakan medium bahasa Inggeris. Malah para pelajar yang lain mendengar

tazkirah tersebut setiap hari akan terbiasa dengan pembawakan dakwah medium bahasa

Inggeris ini.

Page 5: Bahasa Inggeris Sebagai Medium Pengajaran Di …121 Rajah 2.3 Tazkirah selepas zohor d) Poster dan Iklan Setiap poster program yang dikeluarkan oleh pihak sekolah adalah dalam bentuk

121

Rajah 2.3 Tazkirah selepas zohor

d) Poster dan Iklan

Setiap poster program yang dikeluarkan oleh pihak sekolah adalah dalam bentuk

bahasa Inggeris. Sebagai contoh poster hari guru, poster hari temuduga pengambilan

pelajar baru dan sebagainya. Para pelajar diberi pendedahan dengan bahasa Inggeris

melalui poster-poster di sekeliling mereka.

Rajah 2.4 Poster Summer Camp

Page 6: Bahasa Inggeris Sebagai Medium Pengajaran Di …121 Rajah 2.3 Tazkirah selepas zohor d) Poster dan Iklan Setiap poster program yang dikeluarkan oleh pihak sekolah adalah dalam bentuk

122

Rajah 2.5 Poster Placement Test (Temuduga pemngambilan pelajar baru)

Rajah 2.6 Poster Selamat Datang bagi pelajar baru

e) Parent Group Support

Parent Group Support adalah pertubuhan ibu bapa dan guru. Di sekolah kerajaan akan

disebut sebagai (PIBG) Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Parent Group Support ini adalah

pertubuhan untuk membincangan sesuatu isu dan kebajikan antara guru dan ibu bapa

para pelajar. Dalam perjumpaan antara ibu bapa dan guru juga menggunakan bahasa

Inggeris sepenuhnya termasuklah poster, penguman, Twitter dan segala medium

komunikasi antara ibu bapa dan guru adalah medium bahasa Inggeris. Hal ini dapat

Page 7: Bahasa Inggeris Sebagai Medium Pengajaran Di …121 Rajah 2.3 Tazkirah selepas zohor d) Poster dan Iklan Setiap poster program yang dikeluarkan oleh pihak sekolah adalah dalam bentuk

123

memberi pendedahan kepada ibu bapa juga untuk menggunakan bahasa Inggeris dan

memahami kaedah medium yang dibawakan oleh pihak sekolah kepada anak-anak

mereka.

Rajah 2.7 Poster hari perjumpaan Parent Group Support

f) Talent Week Atau Minggu Uji Bakat

Setiap minggu akan diwujudkan tema tersendiri untuk para pelajar diberi peluang untuk

meningkatkan potensi diri mereka. Sebagai contoh minggu bahasa Arab, minggu bahasa

Inggeris, minggu bahasa Melayu. Ketika minggu Talent Week, para pelajar akan diberi

peluang untuk aktif dan menceburkan diri serta dalam bidang yang mereka minati.

Sebagai contoh terdapat aktiviti deklamasi sajak, debat, menulis, bernyanyi, berpidato

dan pelbagai lagi. Bagi talent week bertemakan bahasa Inggeris, para pelajar akan

berpeluang untuk berdebat, berpidato dalam bahasa Inggeris. Mereka akan lebih

berkeyakinan untuk berucap bahasa Inggeris di hadapan khalayak ramai.

Rajah 2.7 Poster minggu Talent Week

Page 8: Bahasa Inggeris Sebagai Medium Pengajaran Di …121 Rajah 2.3 Tazkirah selepas zohor d) Poster dan Iklan Setiap poster program yang dikeluarkan oleh pihak sekolah adalah dalam bentuk

124

Rajah 2.8 Poster Talent Week 2.

g) Majalah Sekolah

Majalah sekolah yang diterbitkan oleh pihak sekolah adalah menggunakan medium

bahasa Inggeris sepenuhnya. Majalah sekolah ini dinamakan The Glory dan ditulis serta

diuruskan sepenuhnya oleh para pelajar. Ada juga guru-guru yang terlibat tetapi guru

hanya sebagai pembantu dan memberi nasihat tunjuk ajar. Secara tidak langsung

penerbitan majalah sekolah ini memberi peluang kepada para pelajar untuk menulis

buku dalam bahasa Inggeris. The Glory ini juga memuatkan hasil karya pelajar seperti

sajak dan cerpen. Karya pelajar juga adalah dihasilkan dengan penggunaan bahasa

Inggeris.

Page 9: Bahasa Inggeris Sebagai Medium Pengajaran Di …121 Rajah 2.3 Tazkirah selepas zohor d) Poster dan Iklan Setiap poster program yang dikeluarkan oleh pihak sekolah adalah dalam bentuk

125

Rajah 2.9 Muka hadapan majalah sekolah The Glory

h) Laman Web Sekolah Sri Ayesha Islamic School dan Twitter

Sekolah ini menggunakan segala kemudahan teknolgi maklumat dengan medium

bahasa Inggeris. Sebagai contoh laman web yang memaparkan mengenai sekolah ini

juga dalam bentuk penerangan bahasa Inggeris. Segala perkongsian aktiviti sekolah di

Twitter juga menggunakan bahasa Inggeris, begitu juga komen maklum balas dari orang

luar juga dalam bahasa Inggeris.

Rajah 2.10 Laman Web Sri Ayesha Islamic School 1

Page 10: Bahasa Inggeris Sebagai Medium Pengajaran Di …121 Rajah 2.3 Tazkirah selepas zohor d) Poster dan Iklan Setiap poster program yang dikeluarkan oleh pihak sekolah adalah dalam bentuk

126

Rajah 2.11 Laman Web Sri Ayesha Islamic School 2

Rajah 2.12 Muka depan akaun Twitter Sri Ayesha Islamic School

KESIMPULAN

Dapat disimpulkan disini bahasa medium bahasa Inggeris di sekolah ini adalah

penggunaan yang sangat menyeluruh. Dari setiap program dan maklumat sama ada

melalui teknologi dan realiti adalah melalui medium bahasa Inggeris. Sekolah ini

berjaya mewujudkan persekitaran yang menggunakan bahasa Inggeris dalam

komunikasi di sekolah. Para pelajar diberi pendedahan dan peluang untuk

berkomunikasi bahasa Inggeris. Oleh itu kajian ini adalah untuk mendapat maklum

balas dari para pelajar mengenai penerimaan mereka terhadap medium persekitaran

bahasa Inggeris di sekolah tersebut.

DAPATAN KAJIAN

Pengenalan

Page 11: Bahasa Inggeris Sebagai Medium Pengajaran Di …121 Rajah 2.3 Tazkirah selepas zohor d) Poster dan Iklan Setiap poster program yang dikeluarkan oleh pihak sekolah adalah dalam bentuk

127

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji penggunaan medium bahasa Inggeris di sekolah

agama iaitu pengalaman Sri Ayesha Islamic School. Kajian ini melibatkan 50 orang

pelajar sebagai sempel. Bab ini secara ringkasnya memuatkan latar belakang responden

dan juga perbincangan tentang hasil dapatan kajian dari soalan kaji selidikyang telah

diedarkan kepada responden. Dapatan kajian ini telah dibuat analisis dengan

menggunakan program Microsof Word dan Predictive Analytic for Social Science

(SPSS). Analisa dapatan kajian kemudian dibincangkan dengan teliti samada hasil dapat

diterima atau ditolak berdasarkan hipotesis yang telah dikemukakan dan seterusnya

menjawab persoalan kajian tentang penggunaan medium bahasa Inggeris di sekolah

agama.

PROFIL RESPONDEN

Jadual dibawah menerangkan ringkasan kepada latar belakang responden yang terlibat

dalam kajian berdasarkan dari soal selidik maklumat yang diberikan oleh responden.

Jadual 4.1: Latar Belakang responden

Latar Belakang Kategori Frekuensi Peratusan (%)

Jantina Lelaki 10 20.0

Perempuan 40 80.0

Umur

13 Tahun 20 40.0

14 Tahun 0 0.0

15 Tahun 7 14.0

16 Tahun 10 20.0

17 Tahun 13 26.0

Tingkatan

1 20 40.0

2 0 0.0

3 7 14.0

4 10 20.0

5 13 26.0

Berdasarkan jadual 4.1 di atas, kajian yang telah dibuat ke atas 50 orang pelajar yang

terdiri daripada kumpulan menengah atas dan menengah bawah. Kajian ini telah dibuat

kepada pelajar yang berlainan jantina di mana 10 adalah lelaki sebanyak 20% dan 40

adalah perempuan sebanyak 80%. Tambahan pula, jumlah paling tinggi untuk umur

adalah pada umur 13 tahun iaitu 20 orang (40%), diikuti pula yang paling rendah ialah

umur 15 tahun iaitu 7 tahun (14%). Manakala umur 14 tahun 0% kerana tiada responden

dari umur terbabit. Bagi tingkatan pula, jumlah tertinggi adalah tingkatan 1 sebanyak

20 orang (40%) dan jumlah terendah adalah tingkatan 3 sebanyak 7orang (14%).

Page 12: Bahasa Inggeris Sebagai Medium Pengajaran Di …121 Rajah 2.3 Tazkirah selepas zohor d) Poster dan Iklan Setiap poster program yang dikeluarkan oleh pihak sekolah adalah dalam bentuk

128

Rajah 4.1 : Sampel berdasarkan jantina

Rajah 4.2 : Bilangan respondan mengikut tingkatan

HASIL ANALISIS

Berdasarkan borang soal selidik yang telah diberikan kepada kedua-dua kumpulan

responden yang terlibat telah dapat menentukan pengguanaan bahasa Inggeris di

sekolah agama yang dilakukan oleh responden-responden yang terlibat. Hasil dapatan

yang diperolehi adalah seperti berikut:-

Keselesaan Pelajar Menggunakan Medium Bahasa Inggeris di Sekolah

Jadual 4.2: Keselesaan Pelajar Menggunakan Medium Bahasa Inggeris di Sekolah

Soalan Ketagori Frekuensi Peratusan(%)

Ya

28

56.0

Page 13: Bahasa Inggeris Sebagai Medium Pengajaran Di …121 Rajah 2.3 Tazkirah selepas zohor d) Poster dan Iklan Setiap poster program yang dikeluarkan oleh pihak sekolah adalah dalam bentuk

129

1.Anda lebih selesa menggunakan

bahasa Inggeris berbanding

bahasa Melayu di sekolah.

Tidak

22

44.0

2.Anda mudah berinteraksi

menggunakan bahasa Inggeris

dengan rakan-rakan dan guru.

Ya

29

58.0

Tidak

21

42.0

3.Anda perlu menggunakan

kamus untuk berkomunikasi

menggunakan bahasa Inggeris

dengan guru.

Ya

11

22.0

Tidak

39

78.0

4.Anda sukar untuk

berkomunikasi menggunakan

bahasa Inggeris di sekolah.

Ya

13

26.0

Tidak

37

74.0

5.Anda sering rasa malu untuk

berkomunikasi mengunakan

bahasa Inggeris.

Ya

20

40.0

Tidak

30

60.0

6.Anda lebih berkeyakinan

bercakap di hadapan kelas

menggunakan bahasa Inggeris.

Ya

20

40.0

Tidak

30

60.0

7.Anda lebih suka berinteraksi di

dalam kelas menggunakan

bahasa Inggeris.

Ya

24

48.0

Tidak

26

52.0

8.Anda lebih mudah menjawab

soalan yang disoal oleh

guru menggunakan bahasa

Inggeris.

Ya

30

60.0

Tidak

20

40.0

9.Anda tidak perlu merujuk

kamus untuk berkomunikasi

dalam

bahasa Inggeris.

Ya

30

60.0

Tidak

20

40.0

10.Anda rasa ketinggalan apabila

pelajaran menggunakan bahasa

Inggeris sebagai bahasa

pengantar.

Ya

11

22.0

Tidak

39

78.0

Page 14: Bahasa Inggeris Sebagai Medium Pengajaran Di …121 Rajah 2.3 Tazkirah selepas zohor d) Poster dan Iklan Setiap poster program yang dikeluarkan oleh pihak sekolah adalah dalam bentuk

130

Rajah 4.3 : Keselesaan pelajar menggunakan medium bahasa Inggeris di sekolah

Berdasarkan jadual 4.2 iaitu keselesaan pelajar menggunakan medium bahasa Inggeris

di sekolah mempunyai dua bahagian ruangan jawapan iaitu “Ya” dan “Tidak”.

Responden diberi pilihan untuk menjawab soalan tersebut samada jawapan “Ya” atau

“Tidak” dalam ruangan jawapan.

Berdasarkan ruangan jawapan “Ya”, hasil dapatan menunjukkan soalan 8 (Anda lebih

mudah menjawab soalan yang disoal oleh guru menggunakan bahasa Inggeris) dan 9

(Anda tidak perlu merujuk kamus untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris)

merupakan frekuensi tertinggi seramai 30 orang iaitu 60.0%. Manakala, frekuensi yang

paling rendah seramai 11 orang iaitu 22.0% untuk soalan 3(Anda perlu menggunakan

kamus untuk berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris dengan guru) dan 10 (Anda

rasa ketinggalan apabila pelajaran menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa

pengantar).

Berikutan dengan itu, berdasarkan ruangan jawapan “Tidak”, hasil dapatan

menunjukkan soalan 3 (Anda perlu menggunakan kamus untuk berkomunikasi

menggunakan bahasa Inggeris dengan guru) dan 10 (Anda rasa ketinggalan apabila

pelajaran menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar) merupakan

frekuensi tertinggi seramai 39 orang iaitu 78%. Manakala , frekuensi yang paling rendah

soalan 8 (Anda lebih mudah menjawab soalan yang disoal oleh guru menggunakan

bahasa Inggeris) dan 9 (Anda tidak perlu merujuk kamus untuk berkomunikasi dalam

bahasa Inggeris) seramai 20 orang iaitu 40%.

Pemahaman Pelajar Dalam Pembelajaran Penggunaan Medium Bahasa

Inggeris.

Page 15: Bahasa Inggeris Sebagai Medium Pengajaran Di …121 Rajah 2.3 Tazkirah selepas zohor d) Poster dan Iklan Setiap poster program yang dikeluarkan oleh pihak sekolah adalah dalam bentuk

131

Jadual 4.3 : Pemahaman pelajar dalam pembelajaran penggunaan medium bahasa

Inggeris.

Soalan Kategori Frekuensi Peratusan(%)

1.Anda lebih mudah faham

arahan guru yang disampaikan

menggunakan bahasa Inggeris.

Ya

36

72.0

Tidak

14

28.0

2.Anda cepat bertindak ketika

menerima arahan

guru dalam bahasa Inggeris.

Ya

32

64.0

Tidak

18

36.0

3.Anda memerlukan bantuan

rakan-rakan untuk memahami

apa yang disampaikan guru

dalam bahasa Inggeris.

Ya

18

36.0

Tidak

32

64.0

4.Anda lebih mudah belajar

menggunakan bahasa

Inggeris berbanding bahasa

Melayu.

Ya

31

62.0

Tidak

19

38.0

5.Bahasa Inggeris adalah lebih

senang berbanding bahasa

Melayu.

Ya

27

54.0

Tidak

23

46.0

6.Anda akan merujuk kamus

untuk memahamkan

pembelajaran yang disampaikan

menggunakan bahasa Inggeris.

Ya

20

40.0

Tidak

30

60.0

7.Anda bertanyakan soalan

kepada guru menggunakan

bahasa Inggeris.

Ya

23

46.0

Tidak

27

54.0

8.Bahasa Inggeris yang

digunakan guru di dalam

kelas adalah mudah difahami.

Ya

43

86.0

Tidak

7

14.0

9.Anda mengambil masa yang

lama untuk memahami

pembelajaran yang

menggunakan bahasa Inggeris.

Ya

7

14.0

Tidak

43

86.0

10.Anda lebih cekap belajar

dengan menggunakan bahasa

Inggeris.

Ya

35

70.0

Tidak

15

30.0

Page 16: Bahasa Inggeris Sebagai Medium Pengajaran Di …121 Rajah 2.3 Tazkirah selepas zohor d) Poster dan Iklan Setiap poster program yang dikeluarkan oleh pihak sekolah adalah dalam bentuk

132

Rajah 4.4 Pemahaman pelajar dalam pembelajaran penggunaan medium bahasa

Inggeris.

Berdasarkan jadual 4.2 iaitu pemahaman pelajar dalam pembelajaran penggunaan

medium bahasa Inggeris mempunyai dua bahagian ruangan jawapan iaitu “Ya” dan

“Tidak”. Responden diberi pilihan untuk menjawab soalan tersebut samada jawapan

“Ya” atau “Tidak” dalam ruangan jawapan.

Berdasarkan ruangan jawapan “Ya”, hasil dapatan menunjukkan soalan 8 (Bahasa

Inggeris yang digunakan guru di dalam kelas adalah mudah difahami) merupakan

frekuensi yang tertinggi seramai 43 orang iaitu 86.0%. Manakala, frekuensi yang paling

rendah seramai 7 orang iaitu 14% untuk soalan 9 (Anda mengambil masa yang lama

untuk memahami pembelajaran yang menggunakan bahasa Inggeris).

Berikutan dengan itu, berdasarkan ruangan jawapan “Tidak”, hasil dapatan

menunjukkan soalan 9 (Anda mengambil masa yang lama untuk memahami

pembelajaran yang menggunakan bahasa Inggeris) seramai 43 orang iaitu 86.0%.

Manakala, frekuensi yang paling rendah seramai 7 orang iaitu 14 % dari soalan 8

(Bahasa Inggeris yang digunakan guru di dalam kelas adalah mudah difahami.

Penggunaan Bahasa Inggeris Oleh Pelajar di Luar Sekolah

Jadual 4.4 Penggunaan bahasa Inggeris oleh pelajar di luar sekolah

Soalan Kategori Frekuensi Peratusan(%)

1.Anda bercakap menggunakan

bahasa Inggeris

dengan ibu bapa .

Ya

19

38.0

Tidak

31

62.0

2.Anda bertutur menggunakan

bahasa Inggeris

dengan rakan-rakan di luar

sekolah.

Ya

23

46.0

Tidak

27

54.0

Page 17: Bahasa Inggeris Sebagai Medium Pengajaran Di …121 Rajah 2.3 Tazkirah selepas zohor d) Poster dan Iklan Setiap poster program yang dikeluarkan oleh pihak sekolah adalah dalam bentuk

133

3.Anda membaca surat khabar

bahasa Inggeris.

Ya

28

56.0

Tidak

22

44.0

4.Anda minat membaca novel

bahasa Inggeris.

Ya

38

76.0

Tidak

12

24.0

5.Anda menggunakan bahasa

Inggeris untuk berkomunikasi

dengan bangsa lain.

Ya

43

86.0

Tidak

6

12.0

6.Anda menulis di Facebook

menggunakan bahasa Inggeris.

Ya

28

56.0

Tidak

22

44.0

7.Anda menggunakan ‘SMS’ ,

Telegram, Instagram dan

Whatsup untuk berhubungan

dengan rakan-rakan

menggunakan bahasa Inggeris.

Ya

32

64.0

Tidak

18

36.0

8.Anda berkomunikasi

menggunakan bahasa Inggeris

dengan

saudara-mara anda.

Ya

7

14.0

Tidak

43

86.0

9.Anda menulis diari, catatan

harian dan nota menggunakan

bahasa Inggeris.

Ya

38

76.0

Tidak

12

24.0

10.Anda lebih meminati

mendengar lagu bahasa Inggeris

berbanding lagu bahasa

Melayu.

Ya

48

96.0

Tidak

2

4.0

Page 18: Bahasa Inggeris Sebagai Medium Pengajaran Di …121 Rajah 2.3 Tazkirah selepas zohor d) Poster dan Iklan Setiap poster program yang dikeluarkan oleh pihak sekolah adalah dalam bentuk

134

Rajah 4.5 Penggunaan bahasa Inggeris oleh pelajar di luar sekolah

Berdasarkan jadual 4.4 iaitu penggunaan bahasa Inggeris oleh pelajar di luar sekolah

mempunyai dua bahagian ruangan jawapan iaitu “Ya” dan “Tidak”. Responden diberi

pilihan untuk menjawab soalan tersebut samada jawapan “Ya” atau “Tidak” dalam

ruangan jawapan.

Berdasarkan ruangan jawapan “Ya”, hasil dapatan menunjukkan frekuensi yang

tertinggi ialah soalan 10(Anda lebih meminati mendengar lagu bahasa Inggeris

berbanding lagu bahasa Melayu) seramai 48 orang iaitu 96.0%. Manakala, frekuensi

yang terendah ialah soalan 1(Anda bercakap menggunakan bahasa Inggeris dengan ibu

bapa) seramai19 orang iaitu 38%.

Berikutan dengan itu, berdasarkan ruangan jawapan “Tidak”, hasil dapatan

menunjukkan frekuensi yang tertinggi ialah soalan 1(Anda bercakap menggunakan

bahasa Inggeris dengan ibu bapa) seramai 31 iaitu 62%. Manakala, frekuensi yang

paling rendah ialah soalan 10 (Anda lebih meminati mendengar lagu bahasa Inggeris

berbanding lagu bahasa Melayu) seramai 2 orang iaitu 4.0%.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kajian ini telah menunjukkan bahawa para pelajar selesa belajar

menggunakan medium bahasa Inggeris di sekolah. Penggunaan bahasa Inggeris adalah

tidak menjadi satu halangan atau kekangan bagi para pelajar. Secara keseluruhannya,

pelajar tidak perlu menggunakan kamus untuk memahami apa yang disampaikan oleh

guru. Mereka juga bersetuju bahawa mereka tidak perlu mengambil masa yang lama

untuk memahami arahan guru yang disampaikan dalam bahasa Inggeris. Ini bermaksud

pelajar majoritinya selesa belajar dengan medium bahasa Inggeris.

Dari sudut kefahaman pula kebanyakkan pelajar bersetuju bahawa mereka lebih mudah

faham pembelajaran dalam bahasa Inggeris di sekolah. Malah mereka mengatakan

bahawa bahasa Inggeris yang digunakan oleh guru adalah mudah untuk difahami oleh

Page 19: Bahasa Inggeris Sebagai Medium Pengajaran Di …121 Rajah 2.3 Tazkirah selepas zohor d) Poster dan Iklan Setiap poster program yang dikeluarkan oleh pihak sekolah adalah dalam bentuk

135

para pelajar. Ini menunjukkan satu bukti yang positif bahawa pelajar sedia menerima

dan memahami pembelajaran yang menggunakan medium bahasa Inggeris adalah

bukan suatu yang asing bagi mereka.

Para pelajar juga lebih meminati mendengar lagu bahasa Inggeris berbanding lagu

dalam bahasa Melayu sebagai hiburan mereka. Malah mereka juga menggunakan

bahasa Inggeris diluar waktu sekolah seperti menulis diari, Whats Up dan perkara lain

dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu dapat dilihat apabila bahasa diserapkan

dalam persekitan kehidupan kita, ia tidak menjadi sesuatu yang asing dan mudah

difahami dan digunakan.

RUJUKAN

Al-Quran

Abdul Rafie Mahat. 2002. Guru berkualiti aspirasi negara. Berita Harian, 16 Mei :16

Ahmad Ismaid Ismail & Afdah Mujap, Sinar, 24 Disember 2010.

Al-Khuli, Muhammad ‘Ali. 2000. Madkhal ila ‘Ilm al-lughah. Suwaylih al Urdun : Dar

al-Falah.

Al-Na’mi, Abd Allah al-Amin. 1994. Kaedah dan Teknik Pengajaran Menurut Ibn

Khaldun dan al-Qabisi. Ter. Mohd Ramzi Omar. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Amir Hasan Dawi, 2009, Sekolah dan Masyarakat, Perak, Terbitan Quantum Books,

Asmah Omar. 1984. Kaedah Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Bloomfield. L. 1933. Language. New York: Holt.

Bukhari & Muslim. 2002. Al-Jam’ Bayn Sahihayn al-Bukhari wa Muslim. Ed. ke-2.

Lubnan : Dar al-Nashr.

Cooner, M.2001. Motivation in second language education. (atas talian) http

://www.public.iastate.edu/~micon.classes/517/motive.html (22 Julai 2002)

Gardner, R.C.2001. Language learning motivation: The student, the teacher, and the

research. (atas talian) http :// publish. Uwo.ca/~gardner (27 Jun 2002).

Hayes, N, 2002. Doing psychology research. Philadelphia. Open University Press.

Ibn Faris, Ahmad. 1993. Al-Sahibi. ‘Umar Faruq (pnyt.) Ed. Pertama. Bayrut: Maktabat

al-Ma’arif.

Ibn Khaldun, Abd al-Rahman Muhammad. 2002. Muqaddimah Ibn Khaldun (pnyt).

Jil.1. t.tp: al-Maktabah al-Tawfiqiyyah

Page 20: Bahasa Inggeris Sebagai Medium Pengajaran Di …121 Rajah 2.3 Tazkirah selepas zohor d) Poster dan Iklan Setiap poster program yang dikeluarkan oleh pihak sekolah adalah dalam bentuk

136

Kamaruddin Husin. 1986, Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Subang

Jaya. Saujana Malaysia. Sdn.Bhd.

Kamaruddin Husin. 1998. Pedagogi Bahasa Perkaedahan . Kuala Lumpur : Kumpulan

Budiman Sdn. Bhd.

Marlyna Maros. 1998. A sociolinguistic window to cultural change. Bangi : Penerbit

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd. Firdaus Abdul Salam.2003. Sikap dan Moyivasi Pembelajaran Bahasa Inggeris

Serta Implikasinya Terhadap Pencapaian : Satu Analisis di Kalangan Pelajar

Sekolah Menengah Pendalaman Sabah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd. Yusof Othman, 2008, Pendidikan Islam: ke arah melahirkan cendekiawan

Muslim berkualiti, (Ahmad Sarji, pyt). Petaling Jaya, MPH Group Publishing

Sdn Bhd.

Noli Kasim. 2012. Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab Pelajar

Pengurusan Perlancongan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Ramona Tang. 1999. The place of “culture” in the foreign language classroom : a

reflection .( atas talian). http :// iteslj.org/ Articles/ Tang Culture. Html. (13 Julai

2002)

Robiah Sidin . 1998. Pemikiran dalam pendidikan. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti.

Scovel, T. 1994. The role of culture in second languange pedagogy. system, 22 (2) :

205-219.

Wiersma, W. 2000. Research methods in education and introduction. Boston : Allyn

and Bacon.

Zulkifley Hamid. 2006. Aplikasi Psikolonguistik dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Bahasa. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

http://sriayesha.edu.my/

https://twitter.com/sriayeshanews