6
MUHAMAD AZIM BIN MUHAMAD KAMAL 970710-02-5585 5 IKHLAS (UPM) BAHASA JIWA BANGSA Yang kurik itu kundi, Yang merah itu saga, Yang baik itu budi, Yang indah itu Bahasa. Bahasa Jiwa Bangsa! Jika ditanya, apakah wasilah terpenting untuk membentuk bangsa Malaysia? Sudah pasti jawapannya adalah Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia kerana bahasa apa yang kita daulatkan maka bahasa itulah yang akan membentuk bangsa kita. Pada zaman pasca merdeka ini, sering meniti dari bibir ke bibir umat hemosapian di segenap empat penjuru Malaysia tentang identiti Bahasa Malaysia yang membentuk jiwa bangsa bagi sebuah bumi Malaysia. Pada realitinya memang tidak dapat dinafikan bahawa Bahasa Malaysia merupakan Bahasa Melayu yang diadaptasikan daripada frasa asal “Bahasa Melayu” yang disifatkan berjiwa kepada sentimental perkauman menyebabkan golongan inteligensia menganggap idea ini tidak relevan dengan gagasan 1Malaysia. Bertitik tolak daripada itu, Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan yang sekali gus menukarkan statusnya kepada Bahasa Malaysia. Dalam koteks ini masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum haruslah memanifestasikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan kerana prinsip umbi kita adalah untuk menghakikatkan gagasan pembentukan bangsa Malaysia yang melahirkan masyarakat yang sakinah. Jika ditelusuri, untuk membentuk bansa yang Berjaya, segalanya bermula daripada bahasa meskipun di bumi ini terdapat pelbagai kaum. Pepatah Melayu ada mengatakan di mana bumi dipijak, di situ langitdijunjung. Di bawah langit yang sama, Di atas tanah yang aman,

Bahasa Jiwa Bangsa

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ContohKarangan Bulan Bahasa Sekolah Elit Terengganu

Citation preview

Page 1: Bahasa Jiwa Bangsa

MUHAMAD AZIM BIN MUHAMAD KAMAL970710-02-55855 IKHLAS (UPM)

BAHASA JIWA BANGSA

Yang kurik itu kundi,Yang merah itu saga,Yang baik itu budi,Yang indah itu Bahasa.

Bahasa Jiwa Bangsa! Jika ditanya, apakah wasilah terpenting untuk membentuk bangsa Malaysia? Sudah pasti jawapannya adalah Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia kerana bahasa apa yang kita daulatkan maka bahasa itulah yang akan membentuk bangsa kita. Pada zaman pasca merdeka ini, sering meniti dari bibir ke bibir umat hemosapian di segenap empat penjuru Malaysia tentang identiti Bahasa Malaysia yang membentuk jiwa bangsa bagi sebuah bumi Malaysia. Pada realitinya memang tidak dapat dinafikan bahawa Bahasa Malaysia merupakan Bahasa Melayu yang diadaptasikan daripada frasa asal “Bahasa Melayu” yang disifatkan berjiwa kepada sentimental perkauman menyebabkan golongan inteligensia menganggap idea ini tidak relevan dengan gagasan 1Malaysia. Bertitik tolak daripada itu, Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan yang sekali gus menukarkan statusnya kepada Bahasa Malaysia. Dalam koteks ini masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum haruslah memanifestasikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan kerana prinsip umbi kita adalah untuk menghakikatkan gagasan pembentukan bangsa Malaysia yang melahirkan masyarakat yang sakinah. Jika ditelusuri, untuk membentuk bansa yang Berjaya, segalanya bermula daripada bahasa meskipun di bumi ini terdapat pelbagai kaum. Pepatah Melayu ada mengatakan di mana bumi dipijak, di situlangitdijunjung.

Di bawah langit yang sama,Di atas tanah yang aman,Marilah kita bersama-sama,Memartabatkan bahasa kebangsaan.

Antara langkah dominan untuk memartabatkan Bahasa Malaysia dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ialah dengan cara menggesa semua urusan rasmi dan surat menyurat di semua jabatan kerajaan diimplimentasikan dalam bahasa ibunda kita. Hal ini demikian kerana sekiranya penggunaan bahasa ibunda dalam semua urusan rasmi sudah pasti generasi baharu dan masyarakat negara kita yang pelbagai kaum melihat bahawa penggunaan Bahasa Malaysia adalah tiang sandaran konkrit dalam apa jua urusan negara tanpa melihat ke arah yang lebih negatif. Pada alaf ini, kita mengakui bahawa jabatan-jabatan kerajaan lebih gemar memilih Bahasa Inggeris yang dianggap berdarjat tinggi berbanding Bahasa Melayu dalam urusan syarikat dan jabatan mereka. Masalahnya, kita

Page 2: Bahasa Jiwa Bangsa

mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik menyebabkan sifat nafsi menggunung dalam jiwa mereka untuk tidak menggunakan Bahasa Malaysia dalam pelbagai urusan mereka. Menurut pakar motivasi terkenal, Dato’ Dr Haji Fadzilah Khamsah pernah berkata masyarakat yang tidak memandang bahasa sendiri persis seorang bangsa yang mengenepikan sebuah bahasa yang telah mendewasakan pemikiran mereka bak kata pepatah kacang lupakan kulit. Oleh itu, semua pihak haruslah menjaga martabat Bahasa Malaysia supaya tidak hilang ditelan zaman. Sudah terang lagi bersuluh bahawa penggesaan semua urusan rasmi dan surat menyurat di semua jabatan kerajaan mampu memartabatkan bahasa yang merupakan jiwa bangsa dalam kalangan masyarakat yang pelbagai kaum.

Ku menyusuri denai bahasaku yang berlikumenghalang penjajahan minda petualangmencari mantera mengisi ruang akalkudengan kalimat penuh semangat'tak akan Melayu hilang di dunia'kutanam semangat buar teguh di jiwa.

Merenung sejenak, memikirkan rasionalnya, dalam mengetengahkan bahasa jiwa bangsa, idea Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) juga harus dilupuskan. Hal ini demikian kerana P&P yang berjalan dengan penggunaan Bahasa Inggeris mampu melunturkan rasa cinta akan Bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat. Pada realitinya memang kita tidak nafikan bahawa Bahasa Inggeris adalah signifikan dalam kehidupan memandangkan negara-negara gergasi seperti Amerika Syarikat, British dan negara maju lain menggunakan bahasa ini sebagai bahasa pengantar. Jika ditelusuri dan dikaji secara menyeluruh, bahasa asing ini mampu memadamkan kegemilangan Bahasa Melayu diperingkat lokal dan mampu mempengaruhi minda generasi muda. Jika teras pentarbiahan turut dilaksanakan dalam bahasa asing, tidak mustahil pada satu era nanti, generasi baharu tidak mengenali lagi perkataan “Melayu”. Menurut ahli falsafah dunia, Aristotle, beliau pernah mengatakan jika sesuatu bahasa lenyap secara tidak langsungnya akan mencerminkan dengan jelas generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya. Dalam membicarakan hal ini, usaha Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI) dilihat sangat proaktif sebagai mangkin yang dinamik dalam dunia pendidikan khususnya P&P demi membejat kemelut bahasa yang dihadapi Malaysia ketika ini. Ironinya, pelupusan idea Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dapat memartabatkan bahasa dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum kerana bahasa jiwa bangsa.

Bahasaku itu indah rupanyanamun, kadangkala tajamnya ibarat pedangmenghiris dan membunuh perasaanjika ujaran di luar kehalusan budi bahasajika tindakan di luar adab santun Melayupasti bahasa membunuh jati diri bangsa.

Page 3: Bahasa Jiwa Bangsa

Dalam pada itu, meniti millenium yang sarat dengan pancaroba ini kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil juga tidak harus dikerling enteng dalam usaha memartabatkan bahasa dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Hal ini demikian kerana kewujudan sekolah sebegini berkemampuan memperkasakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil lantas menjatuhkan darjat bahasa ibunda kita di sekolah-sekolah berkenaan yang selama ini dianggap bahasa yang signifikan dalam pembentukan bangsa Malaysia yang pelbagai kaum. Jika dlihat dari perspektif berbeza, perkara ini secara langsungnya mampu melahirkan elemen perkauman yang sangat tinggi dan mampu mendatangkan kebenjatan bahkan tidak sejajar dengan penerapan dan gagasan yang disampaikan oleh Perdana Menteri kita, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Najib yang mengatakan “Walau apa sahaja perbezaan antara kita, kita adalah sama. Kita adalah 1Malaysia.” Maka, dengan penuh rasa kekesalan, polemik ini mungkin tidak dapat mencapai objektif kemenjadian bahasa sebagai kesepakatan perpaduan dan negara yang bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat. Dalam konteks ini, pihak-pihak yang berwajib seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) harus berfikir secara kreatif dan inovatif demi menaikkan darjat bahasa ibunda secara holistik. Natijahnya, kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil perlu dikaji dalam mencerminkan bahasa sebagai jiwa bangsa.

Kutebas lalang di lorong bahasakumencari makna frasa demi frasauntuk mendidikku cara lenggok berbudijuga mengajarku tentang citra kesusilaanagar langkahku teratur gagah ke hadapanBahasa adalah jiwa bangsa.

Selain itu, pihak kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) harus mengerahkan sekolah-sekolah di seluruh negara untuk mengadakan aktiviti Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) di peringkat sekolah masing-masing dalam usaha memartabatkan bahasa dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Hal ini demikian kerana dengan adanya aktiviti BBK ini di sekolah, secara tidak langsungnya akan melahirkan rasa cinta dan sayang kepada bahasa ibunda. Menurut kajian inteligensia, perasaaan cinta akan bahasa dalam kalangan masyarakat dapat membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu walaupun hidup dalam pelbagai kaum di bawah langit yang sama. Antara contoh aktiviti yang boleh diketengahkan dalam BBK ialah pertandingan Forum Perdana, Sajak, Bahas ala Parlimen, Menulis Esei,Bicara Berirama dan sebagainya. Perkara ini juga secara langsungnya dapat mempertingkatkan darjat bahasa di peringkat jagat raya dan seantero pelosok dunia global yang seterusnya menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain. Konklusinya, dengan wujudnya aktiviti Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) di peringkat sekolah mampu memartabatkan bahasa dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum.

Page 4: Bahasa Jiwa Bangsa

Saat indah bahasaku kian lunturcintaku kepadamu Bahasa Melayukutak akan terhakis oleh rempuhan globalisasikerana aku adalah wasilahmulambang kekuatan warisan zaman.

Akhir sekali, dalam menjadikan slogan “Bahasa Jiwa Bangsa” berkesan, aspek ketatanegaraan sesebuah negara perlu ditikberatkan. Hal ini demikian kerana sesebuah negara hanya mampu mencapai perpaduan dengan menggunakan medium bahasa yang sama. Perkara ini menunjukkan bahasa merupakan tiang sandaran konkrit untuk membentuk sebuah negara yang aman dan harmoni. Jika kita ingin bincangkan soal ini, bangsa Malaysia membentuk benih perpaduan yang kukuh kerana kekuatan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang efisien seperti yang termaktub dalam perlembagaan ketatanegaraan. Malah, kita dapat lihat di sekeliling panca indera kita apabila para pelancong asing yang datang melawat ke negara kita, mereka setidaknya akan mempelajari Bahasa Malaysia seperti perkataan “ Terima Kasih” dan “Jumpa Lagi”. Biarpun pada alaf yang serba maju ini, penggunaan Bahasa Inggeris semakin meluas, namun Bahasa Melayu masih lagi menjadi keutamaan warga Malaysia yang pelbagai kaum dalam pertuturan tidak kiralah di mana jua kita berada. Hal ini secara tidak langsungnya menampakkan kesetiaan masyarakat kita terhadap bahasa kerana bahasa adalah jiwa bangsa. Fokusnya, dengan wujudnya pendekatan bahasa, perpaduan dapat dibentuk sekaligus merealisasikan semangat kebangsaan warga Malaysia yang pelbagai kaum. Kesimpulannya, aspek ketatanegaraan sesebuah negara adalah penting dalam usaha menjadikan bahasa jiwa bangsa dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum.

Mekar angsana pandang tak jemu,Bunganya luruh ke dalam raga,Bahasa laksana lautan ilmu,Dasarnya penuh mutiara berharga.

Generealisasinya, sebagai penghias bicara akhir, semua pihak haruslah menggembleng tenaga dan mengorak langkah yang inovatif bagi meledakkan darjat Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dalam urusan harian, selain statusnya sebagai bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Hal ini demikian kerana bahasa merupakan jiwa bangsa yang menunjukkan identiti sebenar diri kita sebagai rakyat Malaysia. Janganlah kita menjadi manusia yang khusyuk menyelami sungai dan hutan yang moden dengan mementingkan bahasa asing sebaliknya menaikkan kebolehan Bahasa Malaysia untuk membawa kita ke mata dunia dan memberikan tamparan hebat kepada masyarakat seantero pelosok dunia global. Oleh hal yang demikian, marilah kita berpijak di bumi yang nyata dengan menjaga bahasa kebangsaan supaya kekal nirmala dan tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Bahasa Jiwa Bangsa!