7
1. Untuk mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal usul penutur aslinya terlebih dahulu, iaitu orang Melayu. Asal usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan secara kasar tentang latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno. 2. Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok Austronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara. 3. Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu-Proto dan berlaku kira-kira 2500 tahun Sebelum Masehi 4. Kira-kira tahun 1500 tahun Sebelum Masehi, datang pula gelombang kedua yang dikenali sebagai Melayu-Deutro . Mereka mendiami daerah-daerah yang subur di pinggir pantai dan tanah lembah Asia Tenggara. Kehadiran mereka ini menyebabkan orang-orang Melayu-Proto seperti orang-orang Jakun, Mahmeri, Jahut, Temuan, Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain berpindah ke kawasan hutan dan pedalaman. Golongan Melayu-Deutro ini dikatakan nenek moyang masyarakat Melayu yang ada pada masa kini. 5. Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia , manakala bahasa-bahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris . Selain daripada rumpun bahasa Austronesia, terdapat rumpun bahasa Austro-Asia dan rumpun bahasa Tibet-Cina. 6. Ahli bahasa telah membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu: a. Bahasa Melayu Kuno, b. Bahasa Melayu Klasik dan c. Bahasa Melayu Moden. Bahasa Melayu Kuno 1. Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga bahasa Nusantara di bawah golongan bahasa Sumatera. Bahasa Melayu kuno digunakan pada abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya. pada waktu itu, BM kuno telah menjadi lingua franca dan bahasa pentadbiran kerana sifat bahasa Melayu yang bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Bahasa Melayu juga tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa. 2. Oleh sebab agama Hindu menjadi pegangan orang Melayu ketika itu, bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit yang menyumbang kepada pengayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu. Bahasa Sanskrit dianggap sebagai bahasa sarjana dan digunakan oleh bangsawan. Bahasa Melayu juga mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan. 3. Bukti penggunaan Bahasa Melayu kuno boleh dilihat pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Palawa iaitu: a. Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M) b. Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M) c. Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M) d. Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M) 4. Berpandukan isinya, penulisan di batu bersurat tersebut dibuat atas arahan raja Srivijaya, sebuah kerajaan yang mempunyai empayar meliputi Sumatera, Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Segenting Kra dan Sri Lanka. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran kerajaan Srivijaya, sekaligus meluaskan penyebaran Bahasa Melayu ke tanah jajahan takluknya . Walaupun bahasa pada batu bersurat itu masih berbahasa Sanskrit, akan tetapi masih terdapat pengaruh Bahasa Melayu Kuno di dalamnya. 5. Istilah “ Melayu” timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina pada tahun 644 dan 645 Masehi. Tulisan ini menyebut mengenai orang “ Mo-Lo-Yue” yang mengirimkan utusan ke Negeri China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi keada Raja China. Letaknya kerajaan “ Mo-Lo-Yue” ini tidak dapat dipastikan tetapi ada yang mencatatkan di Semenanjung Tanah Melayu dan di Jambi, Sumatera. 6. Selain bukti penggunaan bahasa Melayu kuno di atas,batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri. 7. Bahasa Melayu kuno mempunyai beberapa ciri iaitu; a. Terdapat unsur-unsur pinjaman daripada bahasa Sanskrit. b. Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan) c. Tidak wujud bunyi e pepet (Contoh dengan - dngan atau dangan) d. Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas) e. Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat) f. Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta) g. Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya) Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik 1. Pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13 turut memberi kesan kepada perkembangan bahasa Melayu. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah banyak mengubah sistem bahasa Melayu terutama dari aspek kosa kata, struktur ayat dan sistem tulisan. 2. Terdapat tiga batu bersurat yang penting: a. Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)- ditulis dalam huruf India dan mengandungi prosa Melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7. b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)- masih memakai abjad India dan buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)- ditulis dalam tulisan Jawi dan membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu

BAHASA melayu moden.docx

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BAHASA melayu moden.docx

1. Untuk mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal usul penutur aslinya terlebih dahulu, iaitu orang Melayu. Asal usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan secara kasar tentang latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno.

2. Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok Austronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara.3. Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu-Proto dan berlaku kira-kira 2500 tahun Sebelum Masehi4. Kira-kira tahun 1500 tahun Sebelum Masehi, datang pula gelombang kedua yang dikenali sebagai Melayu-Deutro. Mereka mendiami daerah-daerah yang subur di pinggir pantai dan tanah lembah Asia Tenggara. Kehadiran mereka ini menyebabkan orang-orang Melayu-Proto seperti orang-orang Jakun, Mahmeri, Jahut, Temuan, Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain berpindah ke kawasan hutan dan pedalaman. Golongan Melayu-Deutro ini dikatakan nenek moyang masyarakat Melayu yang ada pada masa kini.

5. Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia, manakala bahasa-bahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris. Selain daripada rumpun bahasa Austronesia, terdapat rumpun bahasa Austro-Asia dan rumpun bahasa Tibet-Cina.

6. Ahli bahasa telah membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:a. Bahasa Melayu Kuno,b. Bahasa Melayu Klasik danc. Bahasa Melayu Moden.

Bahasa Melayu Kuno1. Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga bahasa Nusantara di bawah golongan bahasa Sumatera. Bahasa Melayu kuno digunakan pada abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya. pada waktu itu, BM kuno telah menjadi lingua franca dan bahasa pentadbiran kerana sifat bahasa Melayu yang bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Bahasa Melayu juga tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.

2. Oleh sebab agama Hindu menjadi pegangan orang Melayu ketika itu, bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit yang menyumbang kepada pengayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu. Bahasa Sanskrit dianggap sebagai bahasa sarjana dan digunakan oleh bangsawan. Bahasa Melayu juga mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.

3. Bukti penggunaan Bahasa Melayu kuno boleh dilihat pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Palawa iaitu:

a. Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)b. Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)c. Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)d. Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)

4. Berpandukan isinya, penulisan di batu bersurat tersebut dibuat atas arahan raja Srivijaya, sebuah kerajaan yang mempunyai empayar meliputi Sumatera, Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Segenting Kra dan Sri Lanka. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran kerajaan Srivijaya, sekaligus meluaskan penyebaran Bahasa Melayu ke tanah jajahan takluknya . Walaupun bahasa pada batu bersurat itu masih berbahasa Sanskrit, akan tetapi masih terdapat pengaruh Bahasa Melayu Kuno di dalamnya.

5. Istilah “Melayu” timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina pada tahun 644 dan 645 Masehi. Tulisan ini menyebut mengenai orang “Mo-Lo-Yue” yang mengirimkan utusan ke Negeri China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi keada Raja China. Letaknya kerajaan “Mo-Lo-Yue” ini tidak dapat dipastikan tetapi ada yang mencatatkan di Semenanjung Tanah Melayu dan di Jambi, Sumatera.

6. Selain bukti penggunaan bahasa Melayu kuno di atas,batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.

7. Bahasa Melayu kuno mempunyai beberapa ciri iaitu;

a. Terdapat unsur-unsur pinjaman daripada bahasa Sanskrit.b. Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)c. Tidak wujud bunyi e pepet (Contoh dengan - dngan atau dangan)d. Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)e. Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)f. Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)g. Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)

Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik

1. Pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13 turut memberi kesan kepada perkembangan bahasa Melayu. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah banyak mengubah sistem bahasa Melayu terutama dari aspek kosa kata, struktur ayat dan sistem tulisan.

2. Terdapat tiga batu bersurat yang penting:a. Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)- ditulis dalam huruf India danmengandungi prosa Melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)- masih memakai abjad India dan buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmatc. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)- ditulis dalam tulisan Jawi dan membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.

3. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kuno kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

Bahasa Melayu Klasik

1. Abad ke –13 merupakan waktu bermulanya zaman peralihan di Kepulauan Melayu dengan berkembangnya agama Islam ke rantau ini. Ini telah mempengaruhi bangsa dan bahasa di sini, terutamanya bangsa dan bahasa Melayu. Pengaruh India sedikit demi sedikit mula digantikan dengan pengaruh Islam dan Arab. Kegemilangannya bahasa Melayu klasik boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting iaitu zaman kerajaan Melaka, zaman kerajaan Acheh dan zaman kerajaan Johor-Riau

2. Zaman penting bagi Bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka yang telah menerima Islam dan berjaya membina empayar yang luas telah dapat meningkatkan kemajuan dan perkembangan Bahasa Melayu di rantau ini. Bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta menjadi “lingua franca” para pedagang. Bahasa Melayu juga telah menjadi alat penyebaran agama Islam ke seluruh Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu telah mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi. Perbendaharaan kata juga telah bertambah dengan wujudnya keperluan untuk mengungkapkan idea-idea yang dibawa oleh peradaban Islam. Keagungan Kesultanan Melaka jelas tergambar di dalam “Sejarah Melayu” oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya dalam Bahasa Melayu yang sangat tinggi nilainya.

Page 2: BAHASA melayu moden.docx

3. Kedatangan orang-orang Eropah dan kejatuhan Kesultanan Melaka ke tangan Portugis pada tahun1511 masehi tidak menamatkan pengaruh Bahasa Melayu. Ramai di antara mereka yang menjalankan penyelidikan dan menyimpan catatan mengenai bahasa dan kesusasteraan Melayu. Beberapa contoh usaha mereka ialah :

a. Pigafetta, seorang ketua kelasi berbangsa Itali dalam pelayarannya bersama Magellan, telah menyusun kamus Melayu-Itali semasa singgah di Pulau Tidore pada tahun 1521. Kamus ini merupakan daftar kata daripada bahasa yang dituturkan oleh orang-orang di pelabuhan itu dengan lebih 400 patah perkataan dan merupakan daftar kata Melayu-Eropah yang tertua.

Kedudukan Pulau Tidore yang terletak jauh daripada tempat asal Bahasa Melayu menggambarkan betapa luasnya Bahasa Melayu tersebar. b. Jan Hugen Van Linschotten, seorang bangsa Belanda pernah tinggal di Indonesia antara tahun 1586 hingga 1592 dan berkhidmat sebagai pegawai kepada pemerintah Portugis. Beliau ada mencatatkan dalam bukunya bahawa Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri timur.

c. Pada awal abad ke-18, Francios Valentijn, seorang pendeta dan ahli sejarah bangsa Belanda yang banyak menulis menganai wilayah Kepulauan Melayu, telah menggambarkan kepentingan Bahasa Melayu seperti berikut :“Bahasa mereka, Bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang.”

4. Satu bukti tentang tingginya martabat Bahasa Melayu dan luas penggunaanya di wilayah ini adalah pada surat-menyurat antara pentadbir dan raja-rja di Kepulauan Melayu. Antaranya ialah :a. Surat Sultan Acheh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601)b. Surat Sultan Alauddin Shah dari Acheh kepada Harry Middleton (1602)c. Surat Sultan Acheh kepada raja Inggeris, King James (1612)(Ketiga-tiga surat ini tersimpan di perpustakaan Bodelein, London)

5. Dalam abad ke-17, terdapat banyak usaha oleh sarjana-sarjana Eropah untuk menyusun kamus dan daftar kata, yang kemudiannya diteruskan kepada bidang morfologi, sintaksis dan fonologi.

6. Tokoh-tokoh tempatan juga tidak ketinggalan memberikan sumbangan. Kebanyakan usaha mereka berkisar tentang agama dan sastera. Palembang dan Acheh telah menggantikan Melaka sebagai pust keintelektualan Melayu. Tokoh-tokoh di Acheh antaranya ialah :a. Sheikh Nuruddin Al-Raniri (“Bustanul Salatin”)b. Shamsuddin Al-Sumaterani (“Mirat Al-Mukmin”)c. Abdul Rauf Singkel (“Mirat Al-Tullab”)d. Hamzah Fansuri (“Syair Perahu”)

7. Di Palembang pula terdapat Abdul Samad Al-Falambani dengan kitab “Hikayat Al-Salakin”.

8. Selain daripada Acheh dan Palembang, beberapa tokoh juga timbul di tempat-tempat lain. Di Brunei, Pengiran Syahbandar Muhammad Salleh (Pengiran Indera Muda) telah menghasilkan “Syair Rakis”, manakala di Banjarmasin pula terkenal dengan Arshad Al-Banjari dengan kitab “Sabil Al-Muhtadin”. Sheikh Mohd Ismail Daud Al-Fatani di Pattani pula menghasilkan “Matla’al Badrain” dan “Furu’ Al-Masail”.

Ciri-ciri bahasa Melayu klasik:

1. Ayatnya panjang, berulang, berbelit-belit dan banyak menggunakan struktur ayat pasif.2. Menggunakan bahasa istana: contoh tuanku, baginda, bersiram, mangkat dsb.3. Kosa kata arkaik dan jarang digunakan ; ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih) 4. Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.5. Banyak menggunakan ayat songsang: pendepanan predikat6. Banyak menggunakan partikel ``pun' dan `lah'

Perkembangan Bahasa Melayu Moden

1. Bahasa Melayu moden dikatakan bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden kerana sifatnya yang dikatakan agak menyimpang dengan bentuk bahasa Melayu klasik. Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.

2. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan.

3. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menyebut bahawa,  "Bahasa Kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang Parlimen”.  4. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara (bahasa yang digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan persekutuan, negeri, tempatan dan badan berkanun).5. Laporan Razak 1956 mencadangkan agar bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara dan menjadi alat utama perpaduan antara kau

BAHASA Melayu (BM) moden merujuk bahasa yang digunakan pada abad ke-19 hingga sekarang. Bahasa ini berkembang selari dengan penguasaan negara Eropah di Asia Tenggara. Dalam tempoh ini, bahasa Eropah, bermula dengan bahasa Portugis, diikuti bahasa Belanda, dan kemudiannya bahasa Inggeris, bertapak di Nusantara, dan seterusnya mempengaruhi bahasa Melayu.

BM moden merupakan kesinambungan daripada bahasa Melayu klasik, tetapi bahasa ini menerima pengaruh bahasa Inggeris yang sangat kuat. Walaupun begitu, bahasa ini tidak menerima sistem pembentukan bahasa itu, dan tidak juga mengetepikan bahasa Sanskrit dan bahasa Arab yang diguna pakai sebelumnya.

BM menerima banyak istilah daripada bahasa Inggeris agar dapat mengungkapkan pelbagai ilmu baharu yang berkembang dari semasa ke semasa, kerana BM dan tamadun Melayu tidak mempunyai keupayaan dalam hal itu. Keupayaan BM moden menerima unsur asing menjadikan BM dinamik dan dapat meneruskan kelangsungan hayat.

BM moden tidak berkembang secara bersendirian seperti BM kuno dan BM klasik. Hal ini dikatakan demikian kerana BM moden mengalami perancangan oleh badan bahasa yang ditubuhkan khas, iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Selain itu, BM moden diberi status sebagai bahasa kebangsaan melalui Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, yang kemudiannya menjadi Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Perkembangan BM ModenSebelum kemerdekaan, BM moden mengalami dua fasa perkembangan. Fasa pertama, iaitu sebelum Perang Dunia Kedua, BM moden mendapat kedudukan yang tinggi, ekoran daripada kecemerlangan sebelumnya. Walaupun British mentadbir Tanah Melayu, pegawainya dikehendaki mempelajari BM dan lulus dalam ujian bahasa itu agar dapat berhubung dengan penduduk tempatan dengan mudahnya. Tidak hairanlah apabila banyak pegawai tinggi British, seperti Winstedt, Wilkinson, Brown, Maxwell, Marsden, Dussek, Shellabear, dan Skinner, dapat menguasai bahasa Melayu dengan cemerlang.

Namun demikian, selepas Perang Dunia Kedua, British mengubah dasarnya dengan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pendidikan. Orang yang dapat berbahasa Inggeris diberi keutamaan untuk bekerja dengan orang Inggeris. Kesannya, ramai pelajar Melayu diberi pendidikan Inggeris dan dihantar berkursus

Page 3: BAHASA melayu moden.docx

di England, dan menggunakan bahasa Inggeris dalam urusan seharian. Hal itu terjadi kerana orang yang dapat berbahasa Inggeris dianggap orang yang bijak dan bertaraf tinggi.

Apabila negara mencapai kemerdekaan, status BM dikembalikan. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan meletakkan BM sebagai bahasa kebangsaan dan perlu digunakan dalam sebarang urusan rasmi. BM juga dijadikan bahasa pengantar pendidikan dari peringkat sekolah rendah hinggalah peringkat universiti. Hal ini diperkukuh dengan penggubalan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67. Selain institusi pendidikan, BM juga diperkasa dengan baiknya dalam perbicaraan di semua mahkamah, dan persidangan Dewan Undangan Negeri, Dewan Rakyat, dan Dewan Negara.

Sungguhpun demikian, setelah hampir setengah abad di puncak kegemilangan, BM diancam oleh pengenalan Akta Pendidikan 1995 yang membenarkan bahasa Inggeris digunakan dalam pengajaran mata pelajaran Sains dan Teknikal di pusat pengajian tinggi awam. Hal yang sama dilaksanakan di peringkat sekolah apabila diperkenalkan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mulai 2003.

BAHASA Melayu klasik ialah bahasa Melayu yang digunakan pada abad ke-14 hingga abad ke-19. Pada zaman ini, pengaruh Arab dan agama Islam sangat giat

berkembang di Nusantara. Oleh itu, bahasa Melayu klasik ialah bahasa yang berkembang selari dengan pengaruh agama Islam di Asia Tenggara.

Bahasa Melayu ini berkembang pesat pada zaman kerajaan Melayu Melaka (1403-1511), kemudiannya berpindah ke Aceh, dan akhirnya Johor-Riau. Bahasa klasik ini

lebih jelas berbanding dengan bahasa kuno.

SUMBERPenggunaan bahasa ini dapat dikenal pasti daripada beberapa sumber, iaitu batu bersurat, karya sastera dan agama, dan surat rasmi raja Melayu. 

.

a. Batu BersuratBatu bersurat penting zaman ini ialah batu bersurat Kuala Berang. Batu ini ditemukan di Sungai Teresat, Kuala Berang, Hulu Terengganu, bertarikh 22 Februari

1303 Masihi, bersamaan dengan 4 Rejab 702 Hijrah. Kandungannya tentang perintah dan undang-undang Islam yang dikenakan terhadap rakyat dan pemerintah.

b. Karya Sastera dan AgamaPada zaman Melaka, karya sastera yang penting ialah Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hukum Kanun Melaka, dan Undang-undang Laut Melaka.

Ketika zaman Aceh, muncul karya sastera bercorak tasawuf, syair sufi, falsafah, dan ketatanegaraan. Antara karya yang penting ialah Syair Dagang, Syair Burung

Pingai, Syair Burung Pungguk, dan Syair Perahu karya Hamzah Fansuri; karya agama, Mirat al-Mukminin, dan Miratul Iman oleh Shamsuddin al-Sumaterani; Siratul

Page 4: BAHASA melayu moden.docx

Mustaqim, dan Bustan al-Salatin karya Syeikh Nuruddin al-Raniri; serta Mirat al-Tuluh karya Abdul Rauf Singkel.

Di Pulau Penyengat, Johor-Riau, muncul karya dalam bahasa klasik karangan Raja Ali Haji, antaranya Kitab Bustan al-Katibin (1857), Pengetahuan

Bahasa(1859), Salasilah Melayu dan Bugis (1865), dan Tuhfat al-Nafis (1865).

Karya lain dalam bahasa Melayu klasik ialah Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Bayan Budiman, Misa Melayu, Hikayat Negeri

Johor, Kisah Pelayaran Abdullah, Hikayat Anggun Cik Tunggal, Hikayat Awang Sulung Merah Muda, dan Hikayat Panji Semirang.

c. Surat Rasmi Raja MelayuSurat raja-raja Melayu ini bertulisan Jawi dan dikirim kepada orang-orang Eropah atas urusan rasmi kerajaan.

Antara surat tersebut ialah dua pucuk surat daripada Sultan Ternate kepada raja Portugal (1521 Masihi dan 1522 Masihi); surat izin perniagaan Sultan Aceh kepada nakhoda Inggeris (1602 Masihi); surat Sultan Alauddin Shahkepada Kapten Harry Middleton (1602 Masihi), dan surat daripada Sultan Perkasa Alam Johan Berdaulat Aceh kepada King James I, England (1615 Masihi).

CIRIDaripada penggunaan bahasa Melayu klasik dalam penulisan di atas, kita dapat mengenal pasti beberapa ciri utama bahasa tersebut.

1. Huruf dan perkataana. Penggunaan huruf Jawi.Huruf ini diadaptasi daripada huruf Arab. Terdapat tambahan beberapa huruf lain untuk mencukupkan sebutan bahasa Melayu, iaitu ca, nga, ga, pa, dannya.

b. Pengaruh bahasa Arab yang ketara, khususnya bagi istilah yang berkaitan dengan hukum Islam.

Allah taala

daulat

wallahualam

c. Penggunaan bahasa istana:

beradu (tidur)

bersiram (mandi)

gering (sakit)

santap (makan)

d. Terdapat kosa kata klasik: 

berahi (cinta)

ceritera (cerita)

masyghul (sedih)

e. Penggunaan kata pangkal ayat. 

adapun

alkisah

arakian

hatta

maka

sebermula

syahadan

2. Sintaksis

a. Penggunaan ayat majmuk – ayatnya panjang ala ayat Arab kerana menggunakan kata hubung.

b. Terdapat ayat susunan songsang 

c. Penggunaan ayat pasif.

Page 5: BAHASA melayu moden.docx

Contoh penggunaan bahasa Melayu klasik dalam karya sastera:

"Adapun apabila raja dihadap orang di balairung, maka Bendahara dan Penghulu Bendahari dan Temenggung, dan segala menteri dan Orang Besar-besar, segala

sida-sida duduk di seri balai; maka segala anak raja-raja itu duduk dikelek-kelekan balai kiri kanan, dan segala sida-sida yang muda-muda duduk diselang-selang

antara Bentara, dan hulubalang muda-muda berdiri di ketapakan balai memikul pedang, dan kepala bentara yang di kiri itu, daripada anak cucu menteri yang patut

akan menjadi Bendahara dan Penghulu Bendahari dan Temenggung; dan kepala bentara yang di kanan itu, daripada anak cucu hulubalang yang akan patut jadi

Laksamana dan Seri Bija Diraja; dan barang siapa bergelar Sang Setia bakal Seri Bija Diraja, dan barang siapa bergelar Sang Guna bakal Laksamana, dan barang

siapa bergelar Tun Pikrama bakal Bendahara."

BAHASA Melayu kuno ialah bahasa Melayu yang berkembang pada akhir abad ketujuh hingga abad ke-13, seiring dengan tempoh kegemilangan kerajaan Sriwijaya

di Asia Tenggara. Menurut Prof. Ismail Hussein, bahasa Melayu kuno ialah bahasa Melayu yang paling awal pernah ditemukan dalam bentuk tulisan. Pada masa inilah

bahasa Melayu mengalami evolusinya yang pertama.

Bahasa Melayu berkenaan terdiri daripada perkataan Melayu yang bercampur aduk dengan perkataan bahasa Sanskrit. Menurut Prof. Ismail Hussein juga, terdapat

dalam lingkungan 50 baris perkataan bahasa Melayu yang tertulis pada beberapa buah batu bersurat yang ditemukan di Sumatera dan Jawa, sekitar abad ketujuh

dan abad kesembilan. 

Batu bersurat penting yang mengandungi perkataan bahasa Melayu kuno ialah batu bersurat Kedukan Bukit (bertarikh 683 Masihi, ditemukan di Palembang), batu

bersurat Talang Tuwo (bertarikh 683 Masihi, ditemukan dekat Palembang), batu bersurat Kota Kapur (bertarikh 686 Masihi, ditemukan di Pulau Bangka), dan batu

bersurat Karang Brahi (bertarikh 692 Masihi, ditemukan di Jambi). Satu lagi batu bersurat yang penting ialah batu bersurat Gandasuli (bertarikh 832 Masihi,

ditemukan di Jawa Tengah).

CiriCiri utama bahasa Melayu kuno ialah pengaruh bahasa Sanskrit yang sangat ketara.

1. Bentuk huruf/aksaraa. Huruf Palava (dari selatan India) digunakan pada batu bersurat yang dijumpai di Sumatera.

b. Huruf Nagiri (dari utara India) digunakan pada batu bersurat yang ditemukan di Jawa Tengah.

2. Fonema. Penggunaan huruf w sebagai b.

wulan (bulan)

wuat (buat)

wuluh (buluh).

b. Huruf e pepet pula tidak digunakan langsung, atau digantikan dengan hurufa.

dengan ditulis dngan sahaja atau dangan

telaga ditulis tlaga sahaja atau talaga.

c. Huruf n digunakan sebagai ny.

sawanakna (sebanyaknya)

niyur (nyiur)

d. Terdapat gugusan konsonan yang dilafazkan secara aspirasi atau bersifat hembusan.

bh - bhakti (bakti)

th - tathapi (tetapi)

kh - sukhacita (sukacita)

dh - dhawa

Page 6: BAHASA melayu moden.docx

e. Huruf h tertentu yang dihilangkan dalam bahasa Melayu moden.

tuha (tua)

hanau (enau)

haur (aur)

guha (gua).

3. MorfemBahasa Melayu kuno telah memperlihatkan penggunaan imbuhan tertentu seperti yang berikut:

a. Awalan mar sebagai ber-.

marlapas (berlepas)

marwuat (berbuat)

b. Awalan ni digunakan untuk di-.

nitanam (ditanam)

niminumna (diminumnya)

nisuruh (disuruh).

c. Bentuk nipar digunakan sebagai diper-.

niparwuat (diperbuat)

d. Awalan ma berfungsi sebagai mem-.

mawawa (membawa)

mawangun (membangun)

e. Awalan mang digunakan untuk me-.

manghidupi (menghidupi)

f. Apitan par-an digunakan untuk per-...-an.

parsumpahan (persumpahan)

Tulisan pada batu-batu bersurat tersebut diukir dengan perintah raja kerana catatannya tentang pembinaan negeri dan undang-undang. Penggunaan perkataan

Melayu itu pula, walaupun terbit daripada pengaruh Sanskrit, dianggap suatu pencapaian yang membanggakan kerana turut menjadi sebahagian daripada urusan

rasmi negara.