Upload
santhia-pereiasamy
View
27
Download
1
Embed Size (px)
DESCRIPTION
bajet
Citation preview
SOALAN B : Berpandukan bajet yang anda sediakan dalam (a), sediakan bajet perbelanjaan anda sendiri. kenal pasti keperluan dan kehendak anda. Bajet perbelanjaan anda haruslah spesifik dan realistik . Kira peningkatan/penurunan serta penambahan /pengurangan setiap aspek perbelanjaan berbanding dengan (a). Beri justifikasi bagi setiap item.
Dengan berpandukan bajet perbelanjaan yang sediakan dalam (a), kumpulan saya
dapat melihat beberapa sumber pendapatan dan perbelanjaan. Antara sumber pendapatan
ialah elaun dan duit poket. Antara sumber perbelanjaan ialah penginapan, makanan,
tambang bas, bil internet, barang pengurusan diri, pendidikan, hiburan, kesihatan dan
pengangkutan. Dengan bajet ini, saya akan menjelaskan perbelanjaan bajet saya.
Pertamanya, saya akan menjelaskan sumber pendapatan saya. Elaun sebagai
sumber pendapatan. Sebagai pelajar yang menjalankan kursus PISMP, saya mendapat
elaun sebanyak RM 595 setiap bulan. Semasa saya berada di kampus selama 5 bulan, saya
mengunakan elaun bulanan untuk perbelanjaan seharian. Jumlah elaun yang saya dapat
untuk 5 bulan ialah RM 2975.
Seterusnya, saya akan menjelaskan sumber perbelanjaan saya. Penginapan
sebagai sumber perbelanjaan saya. Saya memilih kolej kediaman Kampus IPGKSAH
sebagai tempat penginapan saya. Saya akan tinggal selama 5 bulan dalam satu semester
dalam kolej kediaman Kampus IPGKSAH. Saya akan membayar sebanyak RM 80 setiap
bulan untuk penginapan. Jumlah perbelanjaan penginapan yang saya lakukan dalam satu
semester ialah RM 400.
Makanan sebagai sumber perbelanjaan. Jadual 1 menunjukkan perbelanjaan
makanan saya. Pada hari selasa, saya akan pergi ke kuil dan akan mengambil makanan
sayuran sahaja. Jumlah perbelanjaan makanan seminggu yang saya tidak balik rumah ialah
RM 36.40. Saya akan mengikut perbelanjaan makanan ini dalam dua minggu sahaja kerana
saya akan balik ke rumah pada hujung minggu dua minggu lain. Terdapat beberapa
perubahan dalam perbelanjaan makanan dalam minggu saya balik ke rumah. Perubahan
berlaku pada hari khamis, jumaat dan sabtu. Belanja makanan tetap sama pada hari ahad,
isnin, selasa dan rabu. Pada hari khamis tersebut, saya akan makan malam di rumah. Pada
hari jumaat dan hari sabtu sehingga tengahari, saya akan makan makanan di rumah. Oleh
itu, perbelanjaan makanan tidak berlaku. Pada hari sabtu, saya akan makan malam di kolej
kediaman Kampus. jumlah perbelanjaan makanan seminggu yang saya balik rumah ialah
RM 30.90. Saya juga akan membeli susu sepaket dan gula sepaket setiap bulan dengan
kos, RM 22.50. jumlah perbelanjaan makanan sebulan ialah RM 157.10. Jumlah
perbelanjaan makanan yang saya lakukan dalam satu semester ialah RM 785.50.
1
Keterangan Pengiraan Jumlah Jumlah
AHAD : Sarapan
Makan Tengahari
Makan Malam
Nasi Lemak = RM 1.00
Air Kotak = RM 1.60
Nasi Campur = RM 3.50
Nestum Sepaket = RM 0.60
Susu + Gula *
RM 6.70
ISNIN : Sarapan
Makan Tengahari
Makan Malam
Roti = RM 0.80
Air Suam = RM 0.00
Nasi Campur = RM 3.50
Biskut Sepaket = RM 0.30
Susu + Gula *
RM 4.60
SELASA : Sarapan
Makan
Tengahari
Makan Malam
Roti = RM 0.80
Air Suam = RM 0.00
Nasi Campur = RM 3.00
Nestum Sepaket = RM 0.60
Susu + Gula *
RM 4.40
RABU : Sarapan
Makan Tengahari
Makan Malam
Nasi Lemak = RM 1.00
Nasi Campur = RM 3.00
Air Minuman = RM 2.00
Roti = RM 0.80
Susu + Gula *
RM 6.80
Khamis : Sarapan
Makan Tengahari
Makan Malam
2 Kuih(2 XRM 0.40)= RM 0.80
Air Kotak = RM 1.60
2 Roti (2 XRM 0.80)= RM 1.60
Nestum Sepaket = RM 0.60
Susu + Gula *
RM 4.60
2
Keterangan Pengiraan Jumlah Jumlah
Jumaat : Sarapan
Makan Tengahari
Makan Malam
Biskut = RM 0.30
Susu+ Gula *
Nasi Campur = RM 4.00
Nasi Lemak = RM 1.50
RM 5.80
Sabtu : Sarapan
Makan Tengahari
Makan Malam
Nestum Sepaket = RM 0.60
Susu + Gula*
Kari Maggie = RM 1.00
Air Minuman = RM 1.60
Biskut Sepaket = RM 0.30
Susu + Gula*
RM 3.50
JUMLAH PERBELANJAAN MAKANAN SEMINGGU YANG
SAYA TIDAK BALIK RUMAH
RM 36.40
JUMLAH PERBELANJAAN MAKANAN DUA MINGGU YANG SAYA
TIDAK BALIK RUMAH (2 X RM 36.40)RM 72.80
AHAD RM 6.70
ISNIN RM 4.60
SELASA RM 4.40
RABU RM 6.80
Khamis : Sarapan
Makan Tengahari
Makan Malam
2 Kuih(2 XRM 0.40) = RM 0.80
Air Kotak = RM 1.60
Nasi Campur = RM 4.50
Makan di rumah = RM 0
RM 6.90
JUMAAT Makan di rumah RM 0.00
Keterangan Pengiraan Jumlah Jumlah
3
Sabtu : Sarapan
Makan Tengahari
Makan Malam
Makan di rumah = RM 0.00
Makan di rumah = RM 0.00
Nasi Lemak = RM 1.50
RM 1.50
JUMLAH PERBELANJAAN MAKANAN SEMINGGU YANG
SAYA BALIK RUMAH RM 30.90
JUMLAH PERBELANJAAN MAKANAN DUA MINGGU YANG
SAYA BALIK RUMAH RM 61.80
Susu
Gula
* Sebulan sekali
RM 20.00
RM 2.50
RM 22.50
JUMLAH PERBELANJAAN SEBULAN RM 157.10
JUMLAH PERBELANJAAN SATU SEMESTER (5 BULAN X RM 157.10) RM 785.50
Jadual 1 : Perbelanjaan makanan satu semester
Seterusnya, tambang bas sebagai sumber perbelanjaan. Saya akan balik rumah
dua minggu dalam sebulan. Saya akan mengambil bas dari Sungai Petani ke Butterworth
dan Butterworth ke Taiping. Jumlah kos tambang sekali saya pergi dan balik rumah ialah
RM 28.60. Jumlah kos tambang untuk sebulan ialah RM 57.20. Secara keseluruhannya,
jumalah kos tambang untuk satu semester ialah RM 286. Selain itu, bil internet sebagai
sumber perbelanjaan. Saya menggunakan 1.5 GB data dan bayarannya sebulan RM 50.
Jumlah bil internet untuk satu semester ialah RM 250. Barang pengurusan diri sebagai
sumber perbelanjaan. Saya berbelanja sebanyak RM 85 sebulan untuk pengurusan diri
dengan membeli sabun, pencuci pakaian, pakaian, kad tambah nilai dan sebagainya. Oleh
itu, jumlah kos barang pengurusan diri untuk satu semester ialah RM 425. Saya juga
melakukan perbelanjaan untuk pendidikan. Saya berbelanja sebanyak RM 27 sebulan
untuk fotostat, pembelian barang amali dan alat tulis. Oleh itu, saya berbelanja RM 135
untuk satu semester dengan fotostat, pembelian barang amali dan alat tulis. Saya juga akan
membeli buku dan fail untuk satu semester dengan kosnya RM 120. Oleh itu, jumlah kos
perbelanjaan pendidikan untuk satu semester ialah RM 255.
4
Selain itu, saya juga berbelanja untuk hiburan. Saya akan pergi wayang sebulan
sekali. Saya akan berbelanja RM 12 sebulan untuk membeli tiket. Secara keseluruhannya,
saya berbelanja RM 60 pada satu semester untuk hiburan. Selain daripada hiburan, saya
menyimpan wang untuk mengahadapi masalah kesihatan pada masa depan. Saya juga
berwaspada masa depan dan menyimpan RM 10 setiap bulan agar boleh menggunakan
wang tersebut apabila saya menghadapi masalah kesihatan. Saya menyimpan RM 50 untuk
satu semester untuk menghadapi masalah kesihatan.
Akhirnya, saya berbelanja untuk pengangkutan. Saya berbelanja pengangkutan
semasa saya balik rumah, semasa saya pergi hiburan dan semasa saya pergi kuil. Saya
berbelanja sebanyak RM 2.50 untuk sekali pergi ke stesen bus, pusat membeli belah untuk
menonton wayang dan kuil. RM 2.50 merupakan caj teksi yang dikenakan. Saya akan
membahagikan caj teksi (RM 10) dengan kawan saya semasa menggunakan pengangkutan
teksi. Saya berbelanja sebanyak RM 10 setiap bulan untuk pergi ke stesen bus. Saya
berbelanja sebanyak RM 5 setiap bulan untuk pergi ke pusat membeli belah. Saya akan
membeli barang pendidikan, barang keperluan diri dan menjelaskan bil internet semasa
saya pergi untuk menonton wayang. Dengan ini, saya dapat menjimatkan masa dan duit
saya. Saya berbelanja sebanyak RM 20 setiap bulan untuk pergi ke kuil. Jumlah kos
pengangkutan sebulan saya ialah RM 35. Saya berbelanja RM 175 untuk pengangkutan
dalam satu semester. Jadual 2 menunjukkan perbelanjaan pengangkutan saya.
Keterangan Pengiraan (Sebulan) Pengiraan (Satu semester)
Semasa saya balik rumah
(1 Bulan = 2 kali pergi + 2 kali balik )
RM 2.50* X 4 =
RM 10
RM 10 X 5 Bulan =
RM 50
Semasa saya pergi hiburan
(1 Bulan = 1 kali pergi + 1 kali balik )
RM 2.50* X 2 =
RM 5
RM 5 X 5 Bulan =
RM 25
Semasa saya pergi kuil
(1 Bulan = 4 kali pergi + 4 kali balik )
RM 2.50* X 8 =
RM 20
RM 20 X 5 Bulan =
RM 100
Jumlah RM 35 RM 175
*RM 2.50 = Tambang teksi sehala.
Jadual 2 : Perbelanjaan pengangkutan saya.
5
Keterangan Pengiraan Jumlah
Penginapan RM 80 X 5 Bulan = RM 400.00
Makanan Sertakan dalam Lampiran 1 RM 785.50
Tambang Bas
Sungai petani - Butterworth : RM 4.30 X 4* = RM 17.20Butterworth - Taiping : RM 10.00 X 4*= RM 40.00Jumlah tambang bas sebulan = RM 57.20Jumlah tambang bas satu semester: RM 57.20 X 5 Bulan= RM 286.00
Bil Internet RM 50 X 5 Bulan = RM 250.00
Barang Pengurusan Diri RM 85 X 5 Bulan = RM 425.00
PendidikanFotostat , Barang Amali dan Alat Tulis : RM 27 (Sebulan)RM 27 X 5 Bulan = RM 135Fail dan Buku = RM 120 (Satu Semester) RM 255.00
Hiburan RM 12.00 X 5 Bulan RM 60.00
Kesihatan RM 10 X 5 Bulan RM 50.00
Pengangkutan Sertakan dalam Lampiran 2 RM 175.00
JUMLAH PERBELANJAAN SATU SEMESTER RM 2686.50
* 4 = 2 Pergi Rumah + 2 Balik Rumah
Jadual 3 : Perbelanjaan peribadi saya.
Penginapan
Makanan
Tambang Bas
Bil Internet
Barang Pengurusan Diri
Pendidikan
Hiburan
Kesihatan
RM400.00
RM785.50
RM286.00
RM250.00
RM425.00
RM255.00
RM60.00
RM50.00
Jenis PerbelanjaanJUMLAH
Graf 1 : Jenis Perbelanjaan saya.
6
Butiran Jumlah Jumlah
Pendapatan
Elaun : RM 595 X 5 Bulan = RM 2975.00
(-) Perbelanjaan (Pengiraan dalam Jadual 1) RM 2686.50
Simpanan Satu semester RM 288.50
Jadual 4 : Bajet peribadi saya.
Jadual 3 menunjukkan perbelanjaan peribadi secara keseluruhan. Graf 1
menunjukkan jenis perbelanjaan saya. Jadual 4 menunjukkan bajet peribadi saya. Dengan
graf 1, perbelanjaan makanan adalah tinggi manakala, perbelanjaan kesihatan adalah
rendah berbanding dengan jenis perbelanjaan yang lain. Saya juga mempunyai simpanan
dalam bajet peribadi saya. Dengan bajet ini, saya mengetahui bahawa saya berbelanja
secara berhemah.
BUTIRAN BAJET (a) BAJET PERIBADI
Elaun RM 2975.00 RM 2975.00
Duit Poket RM 345.00 -
JUMLAH PENDAPATAN RM 3320 RM 2975
Penginapan RM 400.00 RM 400.00
Makanan RM 1200.00 RM 785.50
Tambang Bas RM 500.00 RM 286.00
Bil Internet RM 350.00 RM 250.00
Barang Pengurusan Diri RM 250.00 RM 425.00
Pendidikan RM 170.00 RM 255.00
Hiburan RM 250.00 RM 60.00
Kesihatan RM 50.00 RM 50.00
Pengangkutan RM 150.00 RM 175.00
JUMLAH PERBELANJAAN RM 3320 RM 2686.50
SIMPANAN RM 0 RM 288.50
Jadual 5 : Jadual ini menunjukkan perbezaan antara bajet (a) dan bajet peribadi.
7
Dengan berpandukan jadual 5, terdapat beberapa peningkatan dan pengurangan
dalam pendapatan dan perbelanjaan saya apabila berbanding dengan bajet (a). Graf 2
menunjukkan perbezaan antara bajet (a) dan bajet peribadi. Jumlah pendapatan dalam
bajet (a) adalah lebih tinggi dengan pendapatan dalam bajet peribadi. Hal ini kerana saya
tidak mendapat duit poket daripada ibu bapa. Saya tidak ingin membebankan keluarga saya
dari segi kewangan. Oleh itu, saya akan berbelanja elaun saya untuk perbelanjaan seharian
dan tidak meminta duit daripada ibu bapa saya.
Seterusnya, jumlah perbelanjaan penginapan dalam bajet (a) dan bajet peribadi
adalah sama kerana saya tinggal di kolej kediaman kampus Ipgksah dan rakan sekumpulan
saya juga tinggal di kolej kediaman kampus Ipgksah. Jumlah perbelanjaan makanan dalam
bajet (a) adalah lebih tinggi daripada bajet peribadi. Hal ini kerana saya mengambil diet dan
tidak mengambil nasi pada waktu malam. Pada hari selasa, saya makan makanan sayuran
sahaja. Jumlah perbelanjaan tambang bas dalam bajet (a) adalah lebih tinggi daripada bajet
peribadi. Hal ini kerana saya balik rumah 2 kali dalam sebulan manakala ahli kumpulan saya
balik rumah sekurang- kurangnya 4 kali dalam sebulan.
Selain itu, Jumlah perbelanjaan bil internet dalam bajet (a) adalah lebih tinggi dengan
perbelanjaan bil internet dalam bajet peribadi. Hal ini kerana saya mengambil pelan internet
yang rendah daripada ahli kumpulan saya. Jumlah perbelanjaan pengurusan diri dalam bajet
(a) adalah lebih rendah daripada bajet peribadi. Hal ini kerana saya membeli banyak
pakaian berbanding dengan ahli kumpulan lain dalam sebulan. Jumlah perbelanjaan
pendidikan dalam bajet (a) adalah lebih rendah daripada bajet peribadi. Hal ini kerana saya
membeli banyak buku cerita dan buku nota jika berbanding dengan ahli kumpulan saya
dalam satu semester. Saya juga suka membaca buku cerita pada masa lapang. Tambahan
pula, jumlah perbelanjaan hiburan dalam bajet (a) adalah lebih tinggi daripada bajet
peribadi. Hal ini kerana saya tidak suka untuk berbelanja wang yang tinggi dalam hiburan
jika berbanding dengan ahli kumpulan saya.
Seterusnya, jumlah perbelanjaan kesihatan dalam bajet (a) dan bajet peribadi adalah
sama kerana ahli kumpulan dan saya menyimpan RM 10 setiap bulan untuk menghadapi
masalah kesihatan. Jumlah perbelanjaan pengangkutan dalam bajet (a) adalah lebih rendah
daripada bajet peribadi. Hal ini kerana saya akan pergi ke kuil setiap minggu sekali. Dengan
ini, kos pengangkutan saya meningkat daripada ahli kumpulan saya.
8
Pengin
apan
Makan
an
Tamban
g Bas
Bil Inter
net
Barang P
engu
rusan
Diri
Pendidika
n
Hiburan
Kesihata
n
Penga
ngkutan
RM0
RM200
RM400
RM600
RM800
RM1,000
RM1,200
RM1,400 R
M40
0
RM
1,20
0
RM
500
RM
350
RM
250
RM
170
RM
250
RM
50
RM
150 RM
400.
00 RM
785.
50
RM
286.
00
RM
250.
00
RM
425.
00
RM
255.
00
RM
60.0
0
RM
50.0
0
RM
175.
00
Perbezaan Perbelanjaan antara Bajet (a) dengan Bajet Peribadi
BAJET (a)BAJET PERIBADI
Graf 2 : Perbezaan Perbelanjaan antara Bajet (a) dengan Bajet Peribadi.
Dengan membuat perbandingan antara bajet (a) dengan bajet peribadi, saya
mengetahui bahawa saya membuat perbelanjaan yang kurang daripada ahli kumpulan saya
dan mempunyai simpanan. Saya juga perlu mengelak perbelanjaan yang berlebihan dalam
pengurusan diri.
9
Anda berhasrat mendapatkan lesen memandu kelas D untuk memudahkan anda semasa menghadiri praktikum pada semester lima. Dapatkan maklumat tentang satu syarikat memandu berdaftar. Tentukan bagaimana anda boleh mengikuti kelas memandu tersebut dan mendapatkan lesen tanpa memberi impak kepada jadual pembelajaran anda dan juga tanpa membebankan ibu bapa anda dari segi kewangan.
Saya juga berhasrat untuk mendapatkan lesen memandu kelas D. Hal ini kerana
lesen ini akan membantu saya semasa saya menghadiri praktikum pada semester lima.
Pada semester lima, saya perlu tinggal di luar kampus untuk menghadiri praktikum. Dengan
ini, saya perlu mempunyai lesen D untuk memandu kereta dan dapat menyediakan
pengangkutan sendiri. Dengan pengangkutan sendiri, saya dapat pergi ke sekolah yang
menghadiri praktikum tanpa bantuan orang lain dan saya juga tidak ingin menyusahkan
orang lain. Semasa menghadiri praktikum, saya perlu membuat banyak bahan bantu
mengajar untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Apabila
saya boleh memandu kereta dengan lesen D, saya boleh membawa bahan bantu mengajar
saya dengan baik dan selamat.
Saya telah mendapat maklumat daripada Institut Sri Taiping iaitu syarikat memandu
berdaftar yang berdekatan dengan rumah saya untuk menyempurnakan hasrat saya. Di
institut tersebut, pihak berkuasa menjelaskan bahawa kos mengambil lesen D ialah
RM 1200. Di institut tersebut, pihak berkuasa menyediakan pengangkutan kepada pelajar
yang belajar memandu di institut tersebut. Caj pengangkutan yang pihak berkuasa
ditetapkan kepada saya ialah RM 50. Kos Ini adalah untuk sepanjang saya belajar
memandu di syarikat tersebut. Pihak berkuasa akan mengambil saya dari rumah saya dan
menghantar saya ke rumah selepas kelas memandu.
Seterusnya, saya juga ingin mengikuti kelas memandu dan mendapatkan lesan
tanpa memberi impak kepada jadual pembelajaran saya. Dengan ini, saya telah memilih cuti
akhir semester untuk mengikuti kelas memandu. Cuti akhir semester akan bermula pada
pertengahan bulan November dan berakhir pada bulan Disember, iaitu selama 1 ½ bulan.
Saya berjangka masa selama 6 minggu ini adalah cukup untuk saya mengikuti kelas
memandu. Saya memilih cuti semester ini kerana saya boleh memberi fokus kepada lesen
memandu dan dapat mempelajarinya dengan baik. Jika saya memilih hujung setiap minggu
untuk mengikuti kelas memandu, saya akan mangalami stres dan tidak boleh memberi fokus
kepada pelajaran dan kelas memandu.
10
Selain itu, saya juga ingin mengikuti kelas memandu dan mendapatkan lesan tanpa
membebankan ibu bapa saya dari segi kewangan. Oleh itu, saya ingin melakukan pekerjaan
sampingan untuk menampung perbelanjaan lesen memandu. Saya akan menyusun biskut-
biskut dalam tin yang dihantar oleh kedai Ipoh Bakery. Ini merupakan pekerjaan sampingan
saya. Saya akan melakukan kerja sampingan apabila saya bailk rumah. Saya akan balik
rumah pada 4 hari dalam sebulan. Pekerjaan saya tidak menganggu pelajaran saya kerana
saya bekerja pada hujung minggu. Saya juga mempunyai masa untuk mengulangi pelajaran
saya selepas pekerjaan sampingan. Dalam sebulan, saya bekerja sebanyak 4 hari sahaja.
Oleh itu, saya boleh mengulangkaji selepas pekerjaan. Jika saya menyusun satu tin, saya
akan mendapat gaji sebanyak RM 4. Saya dapat menyusun satu tin dengan penuh dalam
15 minit. Saya akan menyusun sebanyak 6 tin dalam sehari. Saya berbelanja selama 1 ½
jam sahaja dalam sehari untuk menyusun biskut dalam tin. Pemilik bakeri akan menghantar
biskut dengan tin kepada rumah saya. Oleh itu, saya tidak perlu melakukan apa - apa
perbelanjaan seperti belanja pengangkutan, belanja makanan dan sebagainya. Saya akan
memperoleh sebanyak RM 96 dalam sebulan. Saya peroleh sebanyak RM 480 dalam 5
bulan. jadual 4 menunjukkan pendapatan kerja sampingan saya.
Butiran Jumlah
Sehari : RM 4 X 6 Tin = RM 24
Sebulan : RM 24 X 4 Hari = RM 96
Satu Semester : RM 96 X 5 Bulan = RM 480
Jadual 4 : Pendapatan pekerjaan sampingan
Dengan pendapatan pekerjaan sampingan, saya tidak boleh mengambil lesen
memandu. Saya mempunyai simpanan dan elaun bulan jun. Simpanan saya ialah
RM 288.50 dan elaun bulan jun ialah RM 595. Semasa saya berada di rumah, saya tidak
mempunyai perbelanjaan. Oleh itu, saya boleh menggunakan elaun saya dengan penuh.
Secara keseluruhan, saya akan mempunyai RM 1363.50 (RM 480 + RM 288.50 + RM 595).
Dengan ini, saya boleh mengambil lesen memandu saya.
11
RUMUSAN
Saya telah mempelajari kepentingan bajet dalam kehidupan seharian. Sebelum ini,
saya tidak pernah mengira pendapatan dan perbelanjaan saya. Dengan membuat bajet ini,
saya dapat mempelajari bagaimana membuat bajet. Saya juga mengetahui bahawa saya
perlu menentukkan simpanan sebelum melakukan perbelanjaan saya dengan pendapatan
saya. Hal ini kerana jika kita tidak menentukkan simpanan, kita akan berbelanja pendapatan
tanpa mengetahui hadnya. Oleh itu, kita perlulah menentukkan simpanan sebelum membuat
perbelanjaan. Dengan bajet ini, saya juga mempelajari bahawa saya perlu berbelanja secara
berhemah agar saya mempunyai wang semasa kecemasan pada masa depan. Saya juga
mempelajari bahawa saya perlu mengutamakan barang keperluan semasa melakukan
perbelanjaan. Dengan ini, saya dapat menggunakan wang secara berhemah.
12
RUJUKAN
BUKU
Abdullah, S. A. (2007). Kewangan & pelajar IPT. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Kiyosaki, R. T. (2014). Increase Your Financial IQ: Mengurus Wang Secara Bijak. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Mohammad Jais, M. Z. (2013). Membina kekayaan dengan pengurusan kewangan peribadi berkesan. Kuala Lumpur: PTS Publications.
Segar, S. (2007). Kerjaya Sebagai Perancang Kewangan Peribadi. Kuala Lumpur: PTS Professional.
INTERNET
Abdullah, N. S. (2 Februari, 2013). The colour of life. Retrieved 14 March, 2015, from Tips Mengurus Kewangan Keluarga dan peribadi: http://shafinizain.blogspot.com/2013/02/tips-mengurus-kewangan-keluarga-dan.html
jaarsmtd. (5 April, 2014). Pengurusan Kewangan Peribadi. Retrieved 14 March, 2015, from Cara Berkesan Menabung: http://pengurusan-kewangan-peribadi.blogspot.com/2014/04/cara-berkesan-menabung.html
Mukmar, A. H. (14 Februari, 2014). Zulpress. Retrieved 14 March, 2015, from Tip Kewangan Peribadi – 5 Tip cukup duit gaji: http://www.zulpress.com/kewangan/tip-kewangan-peribadi-tip-cukup-duit-gaji/
Shah, S. S. (12 Mac, 2010). Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Retrieved 5 March, 2015, from Amalan pengurusan kewangan peribadi yang berhemah: http://km.anm.gov.my/Artikel/Amalan%20pengurusan%20kewangan%20peribadi%20yang%20berhemah.aspx
Thinkerich, K. J. (4 Januari, 2015). Retrieved 14 March, 2015, from Tips bijak megurus wang: http://www.tips.kewanganperibadi.com/
13
LAMPIRAN
14
8 Langkah Menguruskan Kewangan Dengan Bijak dan Sistematik
Kalau kita tidak merancang, maka kita merancang untuk gagal.
Kemahiran menguruskan wang, sama seperti kemahiran menjadi ibu bapa tidak diajar di
sekolah-sekolah mahupun universiti. Sedangkan kita mula menguruskan wang sendiri
sepenuhnya sejak memperoleh gaji / pendapatan sendiri sehinggalah kita meninggal dunia
kelak.
Berikut adalah 8 langkah untuk tuan puan yang serius menguruskan wang dengan bijak dan
sistematik.
1. Mempunyai Matlamat Kewangan
Kita semua mesti tahu apa yang kita mahu. Apakah yang kita mahukan apabila menjelang
usia persaraan yang barangkali lagi 10, 20, 30 tahun akan datang? Pengurusan kewangan
yang baik membabitkan matlamat kewangan jangka masa panjang. Ibaratnya macam kita
mahu menanam pokok durian.
Apabila kita mempunyai satu pandangan jauh, kita telah menetapkan langkah yang betul
untuk berjaya. Kerana itulah Islam menyuruh kita berfikir mengenai mati, kerana keyakinan
kita mengenai syurga neraka, kehidupan alam akhirat menyebabkan kita bersungguh-
sungguh bekerja dengan penuh amanah di dunia.
2. Mempunyai Sumber Pendapatan yang Mencukupi
Dalam surah Yusuf, ayat 47 menyebut kepentingan menanam selama 7 tahun dengan
bersungguh-sungguh.
Ya, dengan bersungguh-sungguh.
Dalam erti kata lain, sama ada kita makan gaji atau bekerja sendiri kita perlu benar-benar
berjaya (termasuklah memperoleh gaji tinggi) dalam bidang kita. 7 tahun zaman senang itu
tadi adalah untuk menghadapi 7 tahun zaman susah.
Jika kita tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi maka kita tidak dapat menyimpan
seterusnya mengumpul aset-aset kekayaan. Apakah mempunyai hanya satu sumber
pendapatan telah mencukupi? Bagaimana kita dapat menambah pendapatan sampingan?
15
3. Simpan Sebelum Belanja
Ayat 47, surah Yusuf juga menyebut dengan jelas hasil-hasil tanaman itu tadi disimpan
dalam bentuk tangkai, selepas menyimpan barulah selebihnya kita belanjakan untuk hidup.
Kita perlu menangguhkan kepuasan terlebih dahulu.
Sekiranya kita membelanjakan semua pendapatan kita terlebih dahulu dan jika ada lebih
baru kita mahu simpan, maka itulah langkah paling berkesan untuk mencipta masalah
kewangan yang kronik.
Gaji – simpanan = belanja.
Mudah.
4. Berbelanja dengan Bijak
Kita perlu mengenal pasti keutamaan perbelanjaan kita. Setelah kita menyelesaikan
keperluan-keperluan asas hidup iaitu untuk makan, minum, pakaian, tempat tinggal,
pendidikan, kesihatan maka kita perlu pastikan kita mengumpul aset-aset terlebih dahulu.
Dalam hal ini, penyata kewangan (financial statement) memainkan peranan penting untuk
kita menguruskan kewangan. Angka-angka dalam penyata kewangan dapat memberi
petunjuk kepada kita sama ada pembelian ‘harta’ kita adalah bersifat aset atau punliabiliti.
Penyata kewangan juga dapat menentukan sama ada kita patut menumpukan membaiki
aliran tunai atau dapat fokus menambah aset-aset untuk tujuan capital gain.
5. Menguruskan Risiko Kewangan
Risiko adalah sesuatu yang tidak dapat dihapuskan sepenuhnya. Apa yang kita dapat buat
adalah menguruskan risiko tersebut dengan efektif. Bagi kebanyakan orang, cara paling
mudah menguruskan risiko kewangan adalah dengan membeli produk-produk takaful.
Dan untuk menjadi seorang yang betul-betul berjaya dalam pengurusan kewangannya, ilmu
adalah sangat penting kerana produk takaful tidak mampu menguruskan semua risiko
kewangan kita. Adakah ada produk takaful yang dapat melindungi kita dari inflasi, kejatuhan
harga saham atau kemerosotan bisnes?
16
6. Membayar Zakat (… dan cukai!)
Zakat dan sedekah merupakan proses 3+1. Dengan banyak memberi, kita dapat
menyucikan harta, melindungi harta dan mengembangkan harta sekaligus. Harta-harta yang
kita beri ini sama sekali tidak berkurangan, malah semakin bertambah dengan cara yang
Allah sahaja yang tahu.
Zakat hanya untuk harta halal, manakala harta dari sumber haram kita perlu bersihkan
100%.
Manakala cukai pula, suka atau tidak kita pasti membayarnya! Duit itulah yang
membolehkan kerajaan memberikan kita jalan, sekolah, longkang, hospital dan keperluan
lainnya … untuk rakyat.
7. Membuat Pelaburan yang Bijak
Simpanan yang kita telah buat itu adalah untuk dijadikan modal pelaburan. Tujuan
pelaburan kita adalah untuk kegunaan menunaikan haji, tabung persaraan, tabung
pendidikan anak-anak, tabung percutian dan apa-apa sahaja matlamat kewangan kita.
Kita perlu tahu menyusun strategi pelaburan dengan bijak. Sama seperti permainan bola
sepak, ada strategi menyerang seperti 4-3-3, ada strategi bertahan sepeti 5-4-1 mahupun
false-nine (4-6-0) berdasarkan kelas aset tertentu.
8. Membahagikan Harta
Setelah kita berjaya mengumpul harta, jangan lupa menyediakan exit strategy ini kerana kita
semua pasti mati. Selain faraid, kita ada instrumen-instrumen tertentu seperti wasiat, hibah,
wakaf yang dapat menentukan ke mana harta kita selepas mati.
Pembahagian harta ini adalah sangat penting. Harta untuk anak angkat, anak luar nikah,
anak susuan, tidak mempunyai anak lelaki misalnya antara isu pembahagian yang mesti
diselesaikan sebelum mati. Jangan sampai harta kita beku sebab kelalaian kita dalam
urusan ini.
Urus duit & hutang dengan bijak dari sekarang, sila klik link di bawah untuk panduan lanjut.
www.panduancashflow.com
17