22
BANDINGKAN PENTADBIRAN KERAJAAN TEMPATAN DI DUA BUAH NEGARA YANG ANDA PILIH. 1.0 Pengenalan Dalam struktur pentadbiran sesebuah negara sama ada dalam sistem komunis, sistem demokrasi dan sebagainya,kita dapat mengklasifikasikan kerajaan kepada tiga peringkat iaitu kerajaan pusat (central government),kerajaan negeri (state government) dan kerajaan tempatan (local government) . Struktur pembahagian tiga peringkat ini terdapat di kebanyakkan negara di dunia , terutama yang mengamalkan sistem federation” atau persekutuan . Walaubagaimanapun negara yang mengamalkan sistem “ unitary” atau kesatuan juga masih mempunyai kerajaan tempatan seperti yang terdapat di Britain,Jepun dan sebagainya. Konsep pentadbiran daerah (tempatan) termasuk dibawah istilah “field administration” (pentadbiran luar ) iaitu satu cara kebanyakan negara negara di dunia mentadbir wilayah yang jauh daripada pusat bandar. “field administration” menjadi satu struktur yang disukai oleh pemerintah kerana sesetengah negara amat luas dan tidak dapat ditadbir secara berkesan dari ibu negara atau pusat pentadbiran . satu lagi sebab ialah di negara-negara yang mengamalkan demokrasi terdapat tuntutan daripada rakyat supaya mereka yang jauh dari pusat

Bandingkan pentadbiran kerajaan tempatan di dua buah negara yang anda pilih

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Tugasan SKSJ 1043: Pengantar Pentadbiran Awam

Citation preview

Page 1: Bandingkan pentadbiran kerajaan tempatan di dua buah negara yang anda pilih

BANDINGKAN PENTADBIRAN KERAJAAN TEMPATAN DI DUA BUAH

NEGARA YANG ANDA PILIH.

1.0 Pengenalan

Dalam struktur pentadbiran sesebuah negara sama ada dalam sistem komunis,

sistem demokrasi dan sebagainya,kita dapat mengklasifikasikan kerajaan kepada tiga

peringkat iaitu kerajaan pusat (central government),kerajaan negeri (state government)

dan kerajaan tempatan (local government) . Struktur pembahagian tiga peringkat ini

terdapat di kebanyakkan negara di dunia , terutama yang mengamalkan sistem

“federation” atau persekutuan . Walaubagaimanapun negara yang mengamalkan sistem “

unitary” atau kesatuan juga masih mempunyai kerajaan tempatan seperti yang terdapat di

Britain,Jepun dan sebagainya.

Konsep pentadbiran daerah (tempatan) termasuk dibawah istilah “field

administration” (pentadbiran luar ) iaitu satu cara kebanyakan negara negara di dunia

mentadbir wilayah yang jauh daripada pusat bandar. “field administration” menjadi satu

struktur yang disukai oleh pemerintah kerana sesetengah negara amat luas dan tidak dapat

ditadbir secara berkesan dari ibu negara atau pusat pentadbiran . satu lagi sebab ialah di

negara-negara yang mengamalkan demokrasi terdapat tuntutan daripada rakyat supaya

mereka yang jauh dari pusat pemerintahan dapat menentukan corak pentadbiran yang

mereka kehendaki sendiri ,dalam erti kata yang lain memberi sedikit autonomi dalam

pemerintahan wilayah mereka sendiri (Abdullah Sanusi Ahmad, 1980:40). Dalam

pengertian organisasi , kerajaan tempatan boleh dianggap sebagai satu unsur daripada

konsep “decentralization” atau pemencaran kuasa.

Page 2: Bandingkan pentadbiran kerajaan tempatan di dua buah negara yang anda pilih

2.0 Sistem pemerintahan Kerajaan malaysia

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah

pentadbiran Raja Perlembagaan. Malaysia diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-

Pertuan Agong yang dipilih daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk berkhidmat

selama lima tahun sebagai Ketua Negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan

Tentera.Sistem ini adalah berdasarkan sistem Westminster kerana Malaysia merupakan

bekas tanah jajahan British. Kuasa eksekutif ditetapkan oleh kabinet yang dipimpin oleh

Perdana Menteri. Berdasarkan perlembagaan Malaysia, Perdana Menteri mestilah

seorang anggota Dewan Rakyat, yang pada pendapat Yang di-Pertuan Agong, memimpin

kumpulan majoriti dalam parlimen. Manakala kabinet merupakan ahli parlimen yang

dipilih daripada Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

Malaysia mengamal sistem parlimen dwidewan: Dewan Rakyatdan Dewan

Negara. Dewan Negara mempunyai 70 orang yang terpilih selama 3 tahun. Pemilihan

ahlinya boleh dibahagikan kepada dua: 26 ahli dipilih oleh Dewan Undangan Negeri

sebagai mewakili 13 negeri. 44 ahli lagi dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-

Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan

Putrajaya.

Dewan Rakyat pula mempunyai seramai 222 ahli, dan setiap ahli mewakili satu

kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya.

Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama 5 tahun, dan selepas itu pilihan

raya yang baru akan diadakan.

Kuasa perundangan dibahagi antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Ini

ditentukan oleh parlimen. Undang-undang tertinggi ialah Perlembagaan Malaysia dan ini

memerlukan majoriti dua pertiga untuk diubah. Walau bagaimanapun, peratusan ahli

pihak pemerintah sentiasa melebihi nisbah ini. Undang-undang kedua ialah undang-

Page 3: Bandingkan pentadbiran kerajaan tempatan di dua buah negara yang anda pilih

undang syariah yang menumpukan pada orang Islam di Malaysia. Sultan merupakan

ketua agama Islam dan kuasa ini tertakluk kepada baginda kerajaan negeri. tidak

memeranjatkan, undang-undang syariah ini agak berbeza mengikut negeri.

Sistem legaliti Malaysia berasaskan undang-undang British. Walau

bagaimanapun, kebanyakan daripada undang-undang dan konstitusi telah diambil dari

undang-undang India. Mahkamah Persekutuan mengkaji kembali keputusan yang rujuk

daripada Mahkamah Rayuan; ia mempunyai jurisdiksi asal dalam hal-hal konstitusi dan

dalam perselisihan di antara negeri-negeri atau di antara kerajaan persekutuan dan

sesuatu negeri. Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak setiap satunya mempunyah

mahkamah tinggi. Kerajaan Persekutuan mempunyai autoriti terhadap hal-hal luar

negara, pertahanan, keselamatan dalam negeri, keadilan (kecuali kes-kes undang-undang

sivil di kalangan orang Melayu dan orang-orang Muslims yang lain dan juga orang-orang

asli, yang diletakkan di bawah undang-undang Islam dan tra tradisi), warganegara

persekutuan, kewangan, perdagangan, industri, komunikasi, penngangkutan, dan hal-hal

lain.

3.0 Sistem Pemerintahan Indonesia

Republik Indonesia ialah sebuah negara kepulauan yang juga disebut

sebagai Nusantara Kepulauan Antara yang terletak di antara tanah besar Asia

Tenggara dan Australia dan antara Lautan Hindi dan lautan pasifik. Perlembagaan

Indonesia menetapkan pembahagian kuasa antara eksekutif, legislatif dan kehakiman.

Kerajaan mempunyai kuasa eksekutif. Kuasa legislatif dimiliki bersama oleh

kerajaan dan Dewan Perwakilan Rakyat. Sistem kehakiman pula bebas dari eksekutif dan

legislatif. Seperti juga di negara-negara demokrasi lainnya, sistem politik di Indonesia

didasarkan pada Trias Politika yaitu kekuasaan legislatif, eksekutif dan yudikatif.

Kekuasaan legislatif dipegang oleh sebuah lembaga bernama Majelis Permusyawatan

Rakyat (MPR) yang terdiri dari dua badan yaitu DPR yang anggota-anggotanya terdiri

dari wakil-wakil Partai Politik dan DPD yang anggota-anggotanya mewakili provinsi

Page 4: Bandingkan pentadbiran kerajaan tempatan di dua buah negara yang anda pilih

yang ada di Indonesia. Setiap daerah diwakili oleh 4 orang yang dipilih langsung oleh

rakyat di daerahnya masing-masing.

Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR) adalah lembaga tertinggi negara.

Keanggotaan MPR berubah setelah Amandeman UUD 1945 pada periode 1999-2004.

Seluruh anggota MPR adalah anggota DPR ditambah anggota DPD (Dewan Perwakilan

Daerah). Sebelumnya, anggota MPR adalah seluruh anggota DPR ditambah utusan

golongan. Anggota MPR saat ini terdiri dari 550 anggota DPR dan 128 anggota DPD.

Anggota DPR dan DPD dipilih melalui pemilu dan dilantik dalam masa jabatan lima

tahun. Sejak 2004, MPR adalah sebuah parlemen bikameral, setelah terciptanya DPD

sebagai kamar kedua. Lembaga eksekutif berpusat pada presiden, wakil presiden, dan

kabinet. Kabinet di Indonesia adalah Kabinet Presidenstil sehingga para menteri

bertanggung jawab kepada presiden dan tidak mewakili partai politik yang ada di

parlemen. Lembaga Yudikatif sejak masa reformasi dan adanya amandemen UUD 1945

dijalankan oleh Mahkamah Agung, termasuk pengaturan administrasi para Hakim.

Indonesia bersempadankan Malaysia di Kalimantan, Papua New Guinea di pulau

Papua, dan Timor Leste di pulau Timor.Negara jiran lain termasuklahSingapura, Filipina,

Australia dan wilayah India Kepulauan Andaman dan Nicobar. Ibu negara Indonesia

ialah Jakarta.Dengan 17,508 pulau, Indonesia merupakan negara kepulauan terbesar di

dunia. Dengan jumlah penduduk seramai 222 juta orang pada 2006, ia merupakan negara

keempat paling banyak penduduk dan negara berpenduduk Muslim yang terbesar di

dunia, walaupun secara rasminya ia bukanlah sebuah negara Islam. Indonesia merupakan

sebuah republik, dengan parlimen dan presiden yang dipilih secara langsung

Indonesia merupakan sebuah Negara republik demokrasi dengan sistem berpresiden.

Dalam sistem politik Indonesia, presiden merupakan ketua negara dan ketua

kerajaan serentak. selain itu juga, panglima besar Tentera Nasional Indonesia. 

Page 5: Bandingkan pentadbiran kerajaan tempatan di dua buah negara yang anda pilih

4.0 Latar belakang sejarah Kerajaan Tempatan

Kerajaan tempatan yang wujud di Malaysia mempunyai pertalian sejarah sejak

kedatangan Bristish ke Negara kita. Pertempatan dan Kerajaan Tempatan yang mula

diadakan ialah di Melaka, pulau Pinang dan Singapura. Dengan cara pentadbiran British

ini maka berkembanglah bandar-bandar tersebut dengan dibawa bersama-sam pendatang-

pendatang cina dan India. Pola Bandar yang kita saksi hari ini adalah disebabkan tidak

ada galakan dari penjajah supaya orang melayu tinggal di Bandar.

Anggota-anggota Majlis Perbandaran di Pulau Pinang dan Melaka misalnya

terdiri dari kaum majoriti yang dilantik oleh pihak British. Pada mulanya didapati bahawa

perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh Majlis Perbandaran adalah seperti

berikut:

1. Perkhidmatan dari segi kesihatan seperti membina longkang, salura

perbentungan, jalan-jalan raya, tempat membuang sampah, mendirikan klinik

bersalin dan perubatan.

2. Membina tempat-tempat reakrasi untuk sukan dan kanak-kanak.

3. Perkhidmatan-perkhidmatan membaiki jalan, zon-zon kilang, kawasan-

kawasan perdagangan dan perniagaan, perancangan bandar, menyediakan

pasar-pasar, tandas, lampu jalan dan mengawasi bangunan.

4. Memberi perlindungan seperti bomba, mengawal makanan dan minuman serta

mengadakan pusat piawaian timbang dan sukatan.

5. Mengadakan perkhidmatan perniagaan seperti air dan elektrik.

Page 6: Bandingkan pentadbiran kerajaan tempatan di dua buah negara yang anda pilih

Setelah British campur tangan ke negeri melayu, maka sistem pentadbiran tempatan

British juga diperluaskan ke negeri tersebut dan sehinggalah ke hari ini, kita dapati

kerajaan telah mewarisi sistem ini dan membaiki dari segi undang-undang dan

sebagainya. Sebelum merdeka, kebanyakan anggota Perbandaran ini telah dilantik oleh

pihak British sendiri. Tetapi menjelang kemerdekaan, anggota-anggota perbandaran telah

mula dipilih melalui pilihanraya, seperti yang pernah dibuat di Kuala Lumpur pada tahun

1952 dahulu. Pilihanraya seperti ini berterusan selepas merdeka seperti di Seremban,

Ipoh, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, dan beberapa buah bandar lagi. Sehinggalah

tahun 1967, kerajaan telah meminda akta kerajaan tempatan yang antara lain

menghapuskan sistem pilihanraya untuk memilih anggota dalam Majlis Kerajaan

Tempatan.

Pada pendapat kerajaan bahawa, pilihan seperti ini tidak berkesan untuk integrasi

nasional, di mana di bandar-bandar, kecenderungan parti pembangkang menguasai majlis

tempatan begitu luas yang mungkin mengancam atau melambatkan proses pembangunan

nasional. Dengan mansuhnya akta tersebut, maka kerajaan tempatan ditadbir oleh

kerajaan negeri yang mana anggotanya dilantik oleh kerajaan negeri dan kebiasaanya

pengawai daerah menjadi pengerusi majlis daerah atau perbandaran dan menteri besar

atau ketua menteri menjadi pengerusi majlis perbandaran di ibu-ibu negeri di seluruh

negara

4.1 Definisi kerajaan tempatan di Malaysia

Dalam memahami istilah kerajaan tempatan , sebenarnya tidak ada satu

pentakrifan yang tepat tentangnya , walau bagaimanapun definisi-definisi yang telah

diberikan oleh kebanyakkan sarjana sudah cukup untuk mengambarkan apa sebanarnya

kerajaan tempatan . Orang yang pertama sekali yang menggunanakan istilah kerajaan

tempatan (local government) ialah Jeremy Bentham (di England) .Dalam memperkatakan

kerajaan tempatan , selalu juga timbul kekeliruan antara penggunaan perkataan

“Kerajaan Tempatan” dan “Penguasa Tempatan “. Kerajaan tempatan adalah satu cara

pentadbiran sesebuah negara di peringkat bawahan iaitu melalui pentadbiran daerah

Page 7: Bandingkan pentadbiran kerajaan tempatan di dua buah negara yang anda pilih

menerusi pegawai daerah , jabatan , agensi dan perbadanan kerajaan yang tertentu .

Sedangkan Penguasa Tempatan pula ialah unit-unit dalam dalam sistem pentadbiran

kerajaan tempatan

4.2 Konsep kerajaan tempatan di Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan corak pemerintahan

secara mengagihkan kuasanya mengikut peringkat-peringkat tertentu. Oleh itu terdapat

tiga peringkat kerajaan yang penting di Malaysia iatu Kerajaan persekutuan, Kerajaan

negeri dan Kerajaan tempatan . Kerajaan persekutuan dibentuk melalui pilihanraya

parlimen , dan begitu juga kerajaan negeri dibentuk melalui pilihanraya negeri . Kerajaan

tempatan tidak dibentuk melalui pilihanraya sejak tahun 1967 lagi, Perlu ditegaskan

bahawa kerajaan pusat dan kerajaan negeri diketuai oleh Perdana Menteri yang

membentuk kerajaan negeri setelah memenanggi pilihanraya . Pentadbiran pusat diketuai

oleh ketua Setiausaha negara yang membantu kerajaan pusat dalam hal ehwal

pentadbiran. Manakala setiausaha kerajaan negeri membantu kerajaan negeri dalam hal

ehwal pentadbiran peringkat negeri.

Kerajaan tempatan dan pentadbiran peringkat daerah dijalankan oleh pentadbir-

pentadbir yang dilantik oleh kerajaan . Tidak ada pilihanraya bagi memilih pentadbir

diperingkat daerah tersebut. Kerajaan tempatan merupakan satu institusi yang wujud

berunsur politik yang bertujuan untuk mendapatkan sokongan rakyat dan meningkatkan

penglibatan rakyat dalam pentadbiran . Dari segi fungsi ia bertanggunjawab dalam

menjaga dan mentadbir hal ehwal kebajikan penduduk tempatan serta menjalankan

aktiviti pembangunan sosi-ekonomi. Kerajaan tempatan timbul akibat wujudnya

kesedaran bahawa semakin tinggi aktiviti kerajaan , maka semakin sukar untuk

merancang dan mentadbir aktiviti itu daripada kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri

ataupun wilayah. Bagi mendapatkan keberkesanan , pentadbiran awam moden tidak

sahaja terletak pada dasar dan cara di bahagian pusat semata-mata malah bagaimana

dilaksanakan hingga ke peringkat bawahan seperti wilayah , daerah dan juga kampung .

Oleh itu , perlu diadakan satu pentadbiran kerajaan yang meluas bagi memastikan

kejayaan sesuatu rancangan itu. Jadi kerajaan tempatan akan mewakili kehendak seluruh

Page 8: Bandingkan pentadbiran kerajaan tempatan di dua buah negara yang anda pilih

rakyat tempatan dalam mentadbir hal-ehwal tempatan bagi kepentingan rakyat tempatan .

Dengan itu timbul konsep pemencaran (decentralization) kuasa yang boleh memberikan

autoriti kepada pihak-pihak yang terlibat di peringkat daerah untuk mentadbir kawasan-

kawasan dalam daerah. Perbezaan dalam desentralisasi ini bergantung pada setakat

manakah rancangan pentadbiran kerajaan tempatan mendapat autoriti untuk rancangan

membuat keputusan dan pengurusan yang dialihkan daripada kerajaan pusat kepada

mereka . Terdapat 4 bentuk desentralisasi iaitu:

Devolution (pengagihan/penyerahan kuasa)

Deconcentration (pecahan tumpuan)

Delegation (penurunan)

Transfer of function (pemindahan fungsi)

4.3 Tugas dan Fungsi kerajaan tempatan di Malaysia

Tugas dan fungsi Kerajaan tempatan di Malaysia telah diberi kuasa penuh di bawah

Akta kerajaaan tempatan 1976.Peranan dan fungsinya merangkumi bidang kuasa dan

tugas-tugas wajib seperti pengumpulan sampah,penyelenggaraan lampu-lampu jalan dan

aktiviti-aktiviti berkaitan dengan kesihatan awam.Fungsi eko-sosial pula termasuklah

peranan pembangunan seperti menyediakan kemudahan-kemudahan awam,taman –taman

rekreasi,perumahan dan juga kegiatan-kegiatan perdagangan.Selain itu, ia juga

bertanggungjawab ke atas ;

a) Merancang dan menyediakan kemudahan - kemudahan awam

b) Kuasa mengeluarkan lesen

c) Kuasa mengenakan cukai-cukai tertentu

d) Program-program mengindahkan kawasan

e) Penyenggaran dan penambahbaikan kawasan persekitaran

f) Menyenggarakan air-air pancut dan pencahayaan jalan-jalan awam.

g) Perkhidmatan rumah penyembelihan,perkhidmatan veterinar,pengangkutan

h) Perparitan dan pembetungan yang sempurna

i) Membina bangunan,perumahan dan unit-unit perdagangan

Page 9: Bandingkan pentadbiran kerajaan tempatan di dua buah negara yang anda pilih

j) Kuasa untuk menjalankan fungsi merancang dan menguruskan kawasan bandar

k) Mengurus dan mengawal lalulintas

l) Perkhidmatan seperti pembersihan,pengumpulan dan pembuangan sisa-sisa pejal

m) Kawasan-kawasan pengebumian dan juga tempat membekar mayat.

n) Menyediakan kemudahan sosial seperti pusat penjagaan anak,klinik-klinik

5.0 Definisi kerajaan tempatan di Indonesia

Mengenai pemerintahan Daerah di dalam fasal 18 undang-undang dasar 1945 ditentukan

bahawa ”Pembahagian Daerah Indonesia atas dasar daerah besar dan kecil dengan bentuk

susunan pemerintahannya di tetapkan dengan undang-undang dan mengingati dasar

permeryuaratan dalam sistem pemerintahan negara, dan hak asal usul dalam daerah –

daerah yang bersifat istemewa.

Menurut penjelasan undang-undang dasar tersebut oleh kerana Negara Indonesia

itu suatu “eenfeidstaat” maka Indonesia tidak akan mempunyai daerah dalam

lingkungannya yang bersifat ”staat” .Daerah indonesia akan dibagi dalam daerah

Propinsi dan daerah Propinsi akan dibahagi pula dalam daerah yang lebih kecil.

Daerah-daerah yang bersifat autonomi (streek dan locale rechtgemeenschappen) atau

bersifat daerah pentadbiran,semuanya menurut aturan yang akan ditetapkan dengan

undang-undang. Daerah-daerah yang bersifat autonomi akan diadakan Badan Perwakilan

Daerah oleh kerana didaerah pun, pemerintahan akan atas dasar permesyuaratan

5.1 Konsep kerajaan tempatan di Indonesia

Sistem pemerintahan daerah dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu Daerah Autonomi,

sebagai pelaksanaan asas desentralisasi dan Wilayah sebagai pelaksanaan asas

dekonsentrasi. Pemakaian dua sistem pemerintahan di daerah secara menyeluruh

merupakan suatu sistem pemerintahan di daerah yang baru indonesia kerana didalam

masa pemerintahan Hindia Belanda pun penerapan dua asas tersebut secara bersamaan

Page 10: Bandingkan pentadbiran kerajaan tempatan di dua buah negara yang anda pilih

telah dijalankan. Adapun apa yang dianggap sebagai suatu yang baru ialah pengaturan

tentang pemerintahan di daerah berasaskan dua seperti yang dimaksudkan adalah di

dalam satu undang-undang, kerana cara pengaturan yang demikian itu belum pernah

terjadi sebelumnya.

5.2 Fungsi desa di Indonesia

Bidang kuasa desa adalah seperti berikut;-

a) Menyenggarakan urusan pemerintahan

b) Menyelenggarakan urusan pemerintahan yang menjadi bidang kuasa

kabupaten/kota yang diserahkan kepada desa.iaitu urusan langsung untuk

meningkatkan perkhidmatan kepada masyarakat.

c) Membantu pemerintah provinsi serta pemerintah kabupaten/kota dalam tugas

masing-masing

d) Urusan pemerintahan yang lain yang diserahkan kepada desa.

6.0 Perbandingan pentadbiran kerajaan tempatan di Malaysia dan Indonesia

Perbandingan yang dapat di lihat antara sistem pemerintahan Kerajaan tempatan

di Malaysia dan Indonesia ialah kerajaan tempatan di Malaysia adalah di peringkat

terendah dalam sistem pemerintahan kerajaan dimana bidang kuasa kerajaan tempatan

adalah menjalankan undang-undang kecil, mengenakan cukai pintu yang terhad.

Kerajaan tempatan ini boleh menguatkuasakan undang-undang kecil (by-laws) kepada

penduduk yang tinggal di kawasan pentadbiran mereka. Pegawai yang tertinggi dalam

kerajaan tempatan ialah Datuk bandar manakala di kawasan perbandaran pula ia diketuai

oleh Yang Dipertua Majlis dan Majlis –majlis daerah seterusnya peringkat kampung

diketuai oleh ketua kampung. Kesemua ketua-ketua organisasi ini bertanggungjawab

terhadap bidang kuasa yang telah ditetapkan oleh kerajaan untuk membantu pihak

kerajaan disamping memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di sesuatu

kawasan.

Page 11: Bandingkan pentadbiran kerajaan tempatan di dua buah negara yang anda pilih

Indonesia pula mengamalkan sistem daerah oleh kerana terdapat beribu-ribu

pulau dan daerah disamping mempunyai bilangan penduduk yang ramai telah

menyebabkan pemerintah Indonesia mewujudkan pemerintahan daerah. Hubungan

pemerintah Pusat dan Daerah dapat dibahagikan kepada dua fungsi iaitu Daerah yang

bertanggunjawab mengatur dan mengurus perjalanan pentadbirannya sendiri sebagai asas

pelaksanaan dari asas desentralisasi . Secara umumnya fungsi pemerintahan (daerah) di

Indonesia dapat digolongkan kepada 4 kelompok iaitu : penyediaan pelayanan,

pengaturan, pembangunan, dan perwakilan. Fungsi penyediaan pelayanan-pelayanan

berorientasi dalam lingkungan dan kemasyarakatan. Tanggunjawab tersebut mencakupi

antara lain iaitu jalan-jalan daerah, lampu jalan, pembuangan sampah, saluran longkang,

pencegahan banjir, pemeliharaan taman dan tempat rekreasi dan kesihatan. Paling umum

bagi pemerintah daerah adalah kekuasaannya untuk mengatur kegiatan-kegiatan khusus

seperti penggunaan tanah, kelulusan bangunan dan permit hiburan. Fungsi pembangunan

melibatkan secara langsung pemerintah daerah dalam bentuk-bentuk kegiatan ekonomi,

seperti industri, pertanian, perhutanan dan perdagangan. Lembaga kemasyarakatan

dibentuk oleh masyarakat dan merupakan perkongsian dengan pihak pemerintah desa

dalam usaha meningkatkan keupayaan masyarakat.Ia ditetapkan melalui Peraturan desa

dan peranannya sebagai penampungan dan penyaluran aspirasi masyarakat dalam bidang

pembangunan.Ia mempunyai hubungan kerja dengan pemerintah desa yang bersifat

perkongsian,perundingan dan penyelaras.

Di sebahagian negara Asia Tenggara pemerintah daerah ditujukan untuk

memainkan suatu peranan pembangunan dengan penekanan utama pada bidang pertanian.

Sistem pemerintahan di daerah yang mula-mula dipakai ialah sistem sentralisasi yang

keras, kerana sistem sentralisasi yang keras itu ternyata kurang memadai untuk membina

pemerintahan di indonesia yang terdiri dari ribuan pulau-pulau di mana masing-masing

antara lain mempunyai keadaan dan sifat yang berbeza-beza. Maka sebahagian daripada

tanggunjawab pemerintahan pusat itu desentralisasikan atau diserah kepada pihak lain

untuk ditadbir. Desentralisasi mempunyai banyak bentuk misalnya Desentralisasi

territorial, Desentralisasi functioneel,(menurut jabatan,kepentingan dan sebagainya) dan

Desentralisasi Adminidtratif (ambtelijk) atau dekonsentrasi. Di bawah merujuk Struktur

Kerajaan Tempatan di Malaysia dan Indonesia ;

Page 12: Bandingkan pentadbiran kerajaan tempatan di dua buah negara yang anda pilih

Struktur kerajaan tempatan Malaysia

Sebelum Akta kerajaan tempatan 1976 Selepas penerapan Akta 171

*Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

*Majlis perbandaran

*majlis bandaran

*Lembaga Bandaran

*majlis daerah luar bandar

*Majlis Tempatan

*Bandar raya-Dewan bandaraya atau majlis

Bandaraya

*bandar-Majlis perbandaran

*luar bandar-majlis Daerah

Kawasan khas-Perbadanan atau Pihak

berkuasa tempatan

Struktur kerajaan tempatan Indonesia

Peringkat Kawasan Pentadbiran Indonesia

Peringkat Provinsi

Provinsi

Daerah khusus-Daerah Istimewa

Peringkat kabupaten/kota

Kabupaten-Kota

Kabupaten Tadbir

Sagoe

Peringkat kecamatan

Kecamatan

Distrik-sagoe cut

Peringkat kelurahan/desa

Keluharan-desa

Nagari-kampung-Gampong

Lain-lain

Dusun-lingkungan

Rukun warga

Rukun tetangga

Page 13: Bandingkan pentadbiran kerajaan tempatan di dua buah negara yang anda pilih

7.0 Kesimpulan

Kalau dilihat susunan sistem pemerintahan di Malaysia, pihak berkuasa tempatan

adalah sebahagian dari keseluruhan system pemerintahan, dan terletak di lapisan paling

bawah sekali selepas kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Ianya bertanggungjawab di

peringkat wilayah atau daerah atau kawasan-kawasan yang diistilah urban atau separuh

Bandar semi-urban. Kawasan-kawasan ini adalah meliputi yang sekarang ini diberi nama

majlis perbandaran dan majlis daerah.

Pihak berkuasa kerajaan tempatan mempunyai kuasa autonomi dalam bidang-

bidang yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri atau pusat. Biasanya bidang-bidang ini

bersabit dengan kuasa-kuasa untuk menjalankan peranan sebagai pihak berkuasa

tempatan termasuklah tugas-tugas untuk memberi perkhidmatan serta kemudahan sosial

kepada penduduk –penduduk di bawah kawasan pentadbirannya.

Objektifnya pembangunan negara disamping membasmi kemiskinan adalah juga

ditegaskan tentang penyusunan semula masyarakat terutamanya di kawasan-kawasan

bandar serta daerah yang mempunyai matlamat jangka panjang untuk mencapai

perpaduan antara masyarakat.

Dengan melihat faktor-faktor di atas maka dapat dirumuskan bahawa kerajaan

tempatan boleh diberi penglibatan yang besar sebagai salah sebuah badan pelaksana

program pembangunan.

Di indonesia pelaksanaan kerajaan tempatan masih kurang berkesan dan sering

menimbulkan perasaan tidak puas hati daerah kepada pemerintah pusat kerana

pembahagian kuasa legislatif dan kewangan kepada daerah adalah sepenuhnya

bergantung kepada pemerintah pusa

Page 14: Bandingkan pentadbiran kerajaan tempatan di dua buah negara yang anda pilih

8.0 Rujukan

Ahmad Atory Bin Hussain, Penghantar Pentadbiran Awam. (1983). Utusan Publication &

Distributors Sdn.Bhd

Ahmad Atory Hussin, Kerajaan Tempatan: Teori dan Peranan di Malaysia. (1991).

Dewan Bahasa Dan Pustaka

Irawan Soejito, Hubungan Pemerintah Pusat dan Pemerintah Daerah.(Ogos 1984).

Penerbit Bina Aksara:Anggota IKAPI

J.Wajong, Azas dan Tujuan Pemerintahan Daerah.(1975).Penerbit Djambatan

Abdullah Sanusi Ahmad, Kerajaan dan Pentadbiran Malaysia.(1980).Dewan Bahasa Dan

Pustaka.

Rujukan Asas

http//ms.wikipedia.org/wiki/desa_(Indonesia)

http//ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_tempatan_di_Malaysia

http//shaifuklbahri.blogspot.com/2006/06/dilema-pbt-ikut-arahan-pusat-atau.html

www.tulunggagung.go.id/infopublik/perda_8_08.pdf

www.eprints.undi.ac.id/909/1/Artikal_Kushandayari.pdf

www.jeparakab.go.id/files/perda/perda_2008-xx_sot-camatdesa.rtf