41
KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA, KUALA LUMPUR PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN FEB 2012-2016 SEMESTER 6 TUGASAN PKE3043E PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH NAMA PELAJAR : HASNIZIA BT ABDUL HAMID TARIKH SERAHAN : NAMA PENSYARAH : DR. AZITA BIN AMRIN

bateri ujian

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ppg

Citation preview

Page 1: bateri ujian

KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA, KUALA LUMPUR

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

FEB 2012-2016

SEMESTER 6

TUGASAN

PKE3043E

PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

NAMA PELAJAR : HASNIZIA BT ABDUL HAMID

TARIKH SERAHAN :

NAMA PENSYARAH : DR. AZITA BIN AMRIN

Page 2: bateri ujian

ISI KANDUNGAN M/S

1.0Pengenalan 2

2.0Komponen Ujian Kecergasan Berasaskan Lakuan Motor

( Kepantasan/ Masa Tindak Balas) 3-7

2.1Pengenalan komponen ujian (Kepantasan).

2.2Otot Yang Terlibat

2.3Kajian Literatur Berkaitan Bateri Ujian

3.0Bateri Ujian 7-27

3.1Ujian Lari 30 Meter

3.2Ujian T

3.3Analisa Data

3.4Ujian 3 – Cone Shuttele Drill

4.0Penutup 28-30

5.0Rujukan 31

1

Page 3: bateri ujian

1.0 Pengenalan

Latihan kecergasan fizikal dalam acara olahraga berperanan menyediakan asas-

asas penting dalam semua pergerakan dan kemahiran. Walaupun berlari nampak

mudah dan semulajadi tetapi kepantasan berlari dengan berkesan memerlukan

teknik yang perlu dilatih (Zamerchili, 1977).

Manakala ujian merupakan suatu instrumen yang digunakan untuk mendapat

maklumat atlet. Ia boleh mengambil beberapa bentuk seperti soalan bercetak atau

lisan, bateri prestasi tahap fizikal, pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak

atau rekod anekdotal.

Menurut Borhan Yusof (2008), ujian ialah satu instrumen atau alat yang

digunakan untuk mendapatkan maklumat atlet sebelum, semasa, dan selepas

pengajaran. Pengukuran ialah suatu proses mengutip maklumat berangka tentang

ciri-ciri tertentu yang dipunyai oleh seseorang . pengukuran juga boleh ditakrifkan

sebagai membina, mentadbir dan memberi nilai kepada ujian. Manakala penilaian

merupakan suatu proses untuk mengumpul, menganalisis dan mentafsir data yang

dikutip. Ia juga meliputi ujian dan pengukuran.

Menurut Ahmad Hashim (2004), menyatakan prosedur sebelum sesuatu ujian

ialah perancangan yang dilakukan sebelum melaksanakan ujian yang sebenar. Ia

dilakukan bertujuan bagi menjamin bahawa segala persediaan ujian adalah

mencukupi dan diharapkan bahawa pentadbiran ujian tersebut akan berjalan

dengan lancar. Manakala melalui ujian pasca prosedurnya melibatkan analisis data

ujian membuat penilaian dan menyimpan rekod pencapaian ujian secara individu

dan berkumpulan. Semua skor ujian perlu di analisis dengan menggunakan teknik

statistik yang bersesuaian dengan tujuan ujian. Segala data dan juga maklumat

yang bakal diperoleh akan diproses, dianalisa dan dihuraikan dalam bentuk min,

sisihan piawai, dan juga melalui ujian t-test.

Menurut Bompa (1999) latihan yang bersistematik dengan menggunakan

pendekatan yang terbaik mampu meningkatkan prestasi seseorang atlet olahraga.

Sesuatu program latihan perlu merangkumi faktor-faktor asas latihan iaitu

persediaan taktikal, teknikal dan persediaan psikologi. Perkara yang penting dalam

menghasilkan program latihan olahraga yang berkesan ialah kefahaman jurulatih

tentang persediaan fizikal iaitu penggunaan ciri-ciri komponen latihan dan bentuk-

bentuk latihan khusus dan prinsip-prinsip latihan mengikut peringkat-peringkat

latihan.

2

Page 4: bateri ujian

2.0 Komponen Ujian Kecergasan Berasaskan Lakuan Motor (Kepantasan/ Masa Tindak Balas)

2.1 Pengenalan komponen ujian (Kepantasan).

Mengikut Verdusi (1980), masa reaksi digunakan untuk mengukur

kepantasan ibu jari dan jari telunjuk bertindak balas kepada pembaris yang

dijatuhkan. Kesahan konstruk digunakan oleh penyelidik lampau bagi memilih

masa reaksi. Nilai kebolehpercayaan ujian yang pernah dilaporkan oleh

Jonson & Nelson (1979) ialah 0.89 dan diperolehi melalui kaedah uji dan

ulang uji. Masa reaksi ialah masa yang diambil untuk bertindak balas kepada

sesuatu rangsangan. Kepantasan dan masa reaksi adalah elemen penting

untuk kejayaan prestasi kecergasan motor dalam kebanyakkan kemahiran

sukan. Fulton dan Hubbat (1975), melaporkan bahawa kepantasan dan masa

reaksi kanak-kanak lelaki dan perempuan meningkat secara signifikan

dengan umur.

2.2 Otot Yang Terlibat

Analisis pergerakan berlari dari aspek otot

a. Pergerakan berlari meliputi dua keadaan dimana apabila kaki bersentuhan

dengan tanah ( fasa penujuan) dan satu lagi apabila kaki tidak

bersentuhan dengan tanah (fasa pemulihan). Kedua-dua tindakan ini

menggunakan otot-otot utama.Antara-otot utama yang digunakan dalam

berlari termasuklah:

Quadriceps femoris yang terdiri daripada

o Vastus medialis

o Vastus lateralis

Hamstring yang terdiri daripada

o Semitendinosus dan semimembranosus

o Biceps femoris

Maximus gluteus

Gastrocnemius

Soleus

3

Page 5: bateri ujian

b. Selain itu, terdapat otot penyokong. Otot penyokong dalam pergerakan

berlari ialah bisep. Otot di bahagian lengan digunakan untuk memutar

lengan dan melentur siku. Pergerakan berlari ini lebih cekap apabila siku

dibengkokkan, maka bisep menyokong pergerakan larian.

Gambarajah : Otot pada pandangan anterior

4

Vastus medialis

Vastus lateralis

biseps

Soleus

Page 6: bateri ujian

Gambarajah : Otot pada pandangan posterior.

5

semimembranosus

Semitendinosus

Biseps femoris

Gluteus Maximus

Gastrocnimius

BICEPS TRICEPS

HAMSTRING

GASTROKNEMIUSRECTUS

ABDOMINUS

QUADRICEPS

Page 7: bateri ujian

Gambarajah : Otot – otot utama yang terlibat

2.3 Kajian Literatur Berkaitan Bateri Ujian

Pengukuran dan penilaian boleh mengukur kelemahan atau kekuatan

sesuatu program yang telah dijalankan. Ia biasanya bertujuan untuk

pembaikan (Carroll, 1984). Oleh itu, hasil kajian diharapkan dapat membantu

guru menentukan perancangan dan strategi yang betul bagi meningkatkan

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ia boleh menolong

jurulatih mengesan dan memperbaiki kelemahan program masing- masing.

Melalui kajian ini juga akan dapat mendedahkan pengetahuan baru kepada

guruguru tentang tatacara pentadbiran ujian yang betul dan bersistematik

serta memberi pendedahan tentang pengumpulan dan pemprosesan data

menggunakan komputer dan seterusnya menilai keupayaan pelajar. Hasil

kajian ini nanti diharapkan akan dapat digunakan di sekolah-sekolah dan juga

insititusi-institusi lain.Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap prestasi

Kecergasan Fizikal Berasaskan Lakuan Motor iaitu Kepantasan bagi murid

tahun 4 Budiman SK Bukit Bandaraya.

Kajian yang dibuat oleh Powel & Howe (1939) ke atas atlit badminton

sekolah di sesebuah sekolah telah memperolehi nilai kesahan antara 0.63

hingga 0.77 bagi ujian lari pecut 30 meter. Ini menunjukkan bahawa,setiap

ujian yang dilakukan mempunyai kesahan yang tinggi dan signifikan. Kajian

ini telah disokong oleh hasil dapatan kajian McCloy (1940) dan Humiston

(1942) menunjukkan bahawa di antara komponen ujian yang sesuai diguna

bagi mengukur kecergasan motor ialah kepantasan, kuasa dan koordinasi.

Pengukuran tahap prestasi kecergasan motor memerlukan prosedur ujian

yang jelas dan mudah difahami oleh penguji. Selain daripada mengenalpasti

ujian yang dapat mengukur komponen kecergasan, perhatian harus diberikan

kepada nilai kesahan serta kebolehpercayaan ujian.keberkesanan mengukur

prestasi kecergasan motor adalah bergantung kepada jenis dan kesahan

ujian yang dipilih. Dapatan yang hamper sama juga diperolehi melalui ujian

melontar bola keranjang, lari pecut enam saat, melantun bola keranjang ke

dinding serta lompat jauh berdiri yang terdapat dalam bateri ujian kecergasan

motor Scott Motor Ability Test for high School Girls.Kajian yang dilakukan

oleh Powel & Howe (1939) dan Scott (1939) adalah tidak menyeluruh dan

6

Page 8: bateri ujian

hanya mengambil kira faktor kuasa, kekuatan, kepantasan dan koordinasi

sebagai ciri kecergasan motor. Walaubagaimanapun kajian mereka telah

dapat memberi satu gambaran awal tentang prosedur menentukan kesahan

kriteria ujian dan menghasilkan ujian yang dapat mewakili bateri ujian

kecergasan motor.

Hasil kajian yang dilakukan oleh McCloy (1940) berjaya menghasilkan

sepuluh elemen kecergasan iaitu kekuatan otot, tenaga dinamik, keupayaan

menukar arah, kelembutan, ketangkasan, penglihatan sisi, penglihatan baik,

penumpuan, kefahaman mekanik aktiviti serta perlakuan tanpa gangguan.

3.0 Bateri Ujian

3.1 Ujian Lari 30 Meter

Penyediaan trek 30m

3.1.1 Objektif ujian tersebut

Mengukur kepantasan murid memecut sejauh 30 meter dari

kedudukan berdiri.

3.1.2 Limitasi ujian

7

Page 9: bateri ujian

i. Ujian ini hanya dijalankan di sekolah rendah sahaja iaitu S.K.

Bukit Bandaraya.

ii. Hanya satu kelas sahaja iaitu murid dari tahun 4 Budiman

yang diuji.

iii. Bilangan sampel hanya 30 orang iaitu 11 lelaki dan 19

perempuan.

iv. Masa yang terhad iaitu selama 1 hari dan pada sebelah pagi

sahaja ujian ini dilaksanakan.

v. Masa yang diberikan hanya lebih kurang 2 jam dari jam 8

pagi hingga pukul 10 pagi.

vi. Ada responden yang tidak membawa pakaian pendidikan

jasmani ketika sesi ujian dijalankan.

vii. Murid yang kurang sihat dikecualikan daripada melakukan

ujian ini.

viii. Murid yang tidak berpakaian sukan (perempuan) juga

dikecualikan bagi menitikberatkan aspek keselamatan.

3.1.3 Peralatan yang perlu

8

Page 10: bateri ujian

Gambarajah : peralatan yang digunakan

i. Pita ukur

ii. Jam randik

iii. Wisel

iv. Pelita penanda

v. Penanda

3.1.4 Kesahan

Larian ini adalah sah kerana berkaitan dengan jumlah pengambilan

oksigen yang maksimum. Masa di ambil dari garisan permulaan

sehingga ke garisan penamat sejauh 30m. Catatan terbaik dari 2

percubaan akan diambil kira.

3.1.5 Kebolehpercayaan

Dua jam randik ataupun pencatat digunakan . Sekiranya terdapat

perbezaan antara kedua-dua pencatat , purata catatan di ambil bagi

percubaan tersebut. Paras kesahan diterima.

3.1.6 Pentadbiran/arahan

i. Murid bersedia dalam kedudukan berdiri di belakang garisan

permulaan.

9

Page 11: bateri ujian

Gambarajah: Murid bersedia memulakan larian

ii. Penguji memberi isyarat “sedia” dan “lari” di samping meniup

wisel.

10

Page 12: bateri ujian

Gambarajah : Kedudukan penguji di garisan penamat.

iii. Catatan masa dimulakan oleh seorang penguji yang berada

di garisan penamat dan berhenti apabila murid melepasi

garisan penamat.

3.1.7 Norma Permarkahan

i. Catatan masa dimulakan oleh seorang penguji yang berada

digarisan penamat dan berhenti apabila murid melepasi

garisan penamat.

ii. Dua percubaan diberikan dengan catatan masa terpantas

diambil.

3.1.8 Borang Skor

3.1.8.1 Borang skor individu

BORANG SKOR INDIVIDU

Nama : No. Matrik :___________

Umur :_____ tahun Berat :_____kg Tinggi :______cm

Cubaan 1:

Jam Masa (saat) Purata

1

2

Cubaan 2 :

Jam Masa (saat) Purata

1

2

Keputusan :

Percubaan Masa (saat) Masa

11

Page 13: bateri ujian

terbaik

1

2

Tandatangan penguji 1; Tandatangan penguji 2;

…………………………… ………………………………

( ) ( )

3.1.8.2 Borang skor kumpulan

BORANG SKOR KUMPULAN

Nama Catatan

Cubaan 1 Cubaan 2

1

2

3

4

5

6

12

Page 14: bateri ujian

7

8

9

10

3.2 Ujian T

13

Page 15: bateri ujian

Gamabarajah : Penyediaan trek ujian ‘T’

3.2.1 Objektif ujian tersebut.

Mengenalpasti tahap kepantasan murid dari aspek pertukaran arah

dengan pengulangan perlakuan.

3.2.2 Limitasi ujian

i. Ujian ini hanya dijalankan di sekolah rendah sahaja iaitu S.K.

Bukit Bandaraya.

ii. Hanya satu kelas sahaja iaitu murid dari tahun 4 Budiman

yang diuji.

iii. Bilangan sampel hanya 30 orang iaitu 11 lelaki dan 19

perempuan.

iv. Masa yang terhad iaitu selama 1 hari dan pada sebelah pagi

sahaja ujian ini dilaksanakan. 14

Page 16: bateri ujian

v. Masa yang diberikan hanya lebih kurang 2 jam dari jam 8

pagi hingga pukul 10 pagi.

vi. Ada responden yang tidak membawa pakaian pendidikan

jasmani ketika sesi ujian dijalankan.

vii. Murid yang kurang sihat dikecualikan daripada melakukan

ujian ini.

viii. Murid yang tidak berpakaian sukan (perempuan) juga

dikecualikan bagi menitikberatkan aspek keselamatan.

3.2.3 Peralatan yang perlu

Gambarajah : peralatan yang digunakan

i. Pita ukur

ii. Jam randik

iii. Wisel

iv. Pelita penanda

v. Penanda

3.2.4 Kesahan

Larian ini adalah sah kerana berkaitan dengan jumlah pengambilan

oksigen yang maksimum. Masa di ambil dari kon A ke kon B , kon

C, Kon B, Kon D, Kon B dan berakhir di kon A. Catatan terbaik dari

2 percubaan akan diambil kira

15

Page 17: bateri ujian

3.2.5 Kebolehpercayaan

Dua jam randik ataupun pencatat digunakan . Sekiranya terdapat

perbezaan antara kedua-dua pencatat , purata catatan di ambil bagi

percubaan tersebut. Paras kesahan diterima.

3.2.6 Pentadbiran/arahan

Gambarajah : Murid bersedia di garisan permulaan

i. Ujian ini merangkumi larian pecut, lari sisi (kiri dan kanan)

dan larian undur.

ii. Empat kon akan disusun berbentuk T dan bertanda A, B, C

dan D.

iii. Jarak kon A ke kon B adalah 10 meter dan jarak kon B ke C

dan B ke D adalah 5 meter.

iv. Subjek memulakan larian dan tamat pada kon A.

3.2.7 Norma Permarkahan

Masa larian dicatat sebaik sahaja subjek menyentuh kon A.

16

Page 18: bateri ujian

Skor Lelaki (saat) Perempuan (saat)

Cemerlang < 9.5 < 10.5

Baik 9.5 to 10.5 10.5 to 11.5

Sederhana 10.5 to 11.5 11.5 to 12.5

Lemah > 11.5 > 12.5

3.2.8 Borang Skor

3.2.8.1 Borang skor individu

BORANG SKOR INDIVIDU

Nama : No. Matrik :___________

Umur :_____ tahun Berat :_____kg Tinggi :______cm

Cubaan 1:

Jam Masa (saat) Purata

1

2

Cubaan 2 :

17

Page 19: bateri ujian

Jam Masa (saat) Purata

1

2

Keputusan :

Percubaan Masa (saat) Masa terbaik

1

2

Tandatangan penguji 1; Tandatangan penguji 2;

…………………………… ………………………………

( ) ( )

3.2.8.2 Borang skor kumpulan

BORANG SKOR KUMPULAN

Nama Catatan

Cubaan 1 Cubaan 2

1

2

3

18

Page 20: bateri ujian

4

5

6

7

8

9

10

3.3 Analisa Data

Nama Matrik Jantina Umur Skor Terbaik(Saat)

Abdillah Bin Sudin 133236 L 10 12.4

Ahmad Hisyam Bin

Muda

133271 L 10 11.2

Ahmad Riduan Bin

Abdul Rahim

133283 L 10 13

Fakrul Hazely Bin 134669 L 10 12

19

Page 21: bateri ujian

Ismail

Khairul Anuar Bin

Ahmad Esa

133902 L 10 12.52

Moh Hiong Kwong 134214 L 10 11

Mohamad Nazri Bin

K.Hamid

133234 L 10 11

Mohd Fadli Bin Mansor 134206 L 10 12

Mohd Hizlee Akhman

B.Che Ab Rahman

133761 L 10 12

Mohd Khairol Azhar

Bin Md Noor

134526 L 10 12

Mohd Rozilee Wazir 133229 L 10 11.66

Mohd Shaifudin Bin

Sulong

133282 L 10 13.87

Mohd Zaid Bin Basiron 133904 L 10 12

Mohd Zul Husni B. Che

Husain

133529 L 10 14.97

Muhamad Fairuz Bin

Abdul Razak

133545 L 10 13

Muhamad Fauzi Bin

Hashim

133810 L 10 12

Muhd Firdaus Bin

Ramli

133498 L 22 12.02

20

Page 22: bateri ujian

Suhaimi Bin Hadi 133718 L 10 12.51

Vencant Bin Yakun 128857 L 10 11

Addrawati Nubung 128640 P 10 12.2

Graf catatan ujian T murid tahun 4 Budiman

21

Catatan (s)15.0014.0013.0012.0011.00

Kekera

pan

20

15

10

5

0.0

Graf: Taburan Histrogram Ujian T-test Tahun 4 Budiman

Page 23: bateri ujian

3.4 Ujian 3 – Cone Shuttele Drill

3.4.1 Objektif ujian

Ujian ini menguji kepantasan seseorang individu dalam pertukaran

arah dalam masa yang singkat.

3.4.2 Limitasi ujian

i. Ujian ini hanya dijalankan di sekolah rendah sahaja iaitu S.K.

Bukitb Bandaraya.

ii. Hanya satu kelas sahaja iaitu murid dari tahun 4 Budiman

yang diuji.

iii. Bilangan sampel hanya 30 orang iaitu 11 lelaki dan 19

perempuan.

iv. Masa yang terhad iaitu selama 1 hari dan pada sebelah pagi

sahaja ujian ini dilaksanakan.

v. Masa yang diberikan hanya lebih kurang 2 jam dari jam 8

pagi hingga pukul 10 pagi.

vi. Ada responden yang tidak membawa pakaian pendidikan

jasmani ketika sesi ujian dijalankan.

vii. Murid yang kurang sihat dikecualikan daripada melakukan

ujian ini.

22

Page 24: bateri ujian

viii. Murid yang tidak berpakaian sukan (perempuan) juga

dikecualikan bagi menitikberatkan aspek keselamatan.

3.4.3 Peralatan

Gambarajah : peralatan yang digunakan

i. Pita ukur

ii. Jam randik

iii. Wisel

iv. Pelita penanda

v. Penanda

3.4.4 Kesahan

Larian ini adalah sah kerana berkaitan dengan jumlah pengambilan

oksigen yang maksimum. Masa di ambil bermula dari kon 1 dan

seterusnya ke kon 2 dan berpatah balik ke kon 1, kon 2 , kon 3 , kon

2, dan berakhir di kon 1. Catatan terbaik dari 2 percubaan akan di

ambil.

3.4.5 Kebolehpercayaan

Dua jam randik ataupun pencatat digunakan . Sekiranya terdapat

perbezaan antara kedua-dua pencatat , purata catatan di ambil bagi

percubaan tersebut. Paras kesahan diterima

3.4.6 Pentadbiran/arahan23

Page 25: bateri ujian

(i) Berdasarkan kepada rajah di bawah, satu litar berbentuk L

dibentuk dengan jarak antara ketiga-tiga kon adalah 5 meter.

(ii) Peserta akan bermula dari Kon 1 dan berdiri dalam posisi ‘3

point stance’ iaitu keadaan di mana peserta perlu berdiri

dalam keadaan badan dibongkokkan dengan sebelah tangan

menyentuh permukaan lantai dan tangan yang sebelah lagi

diletakkan di atas paha.

Gambarajah : Kedudukan murid semasa memulakan ujian

24

Page 26: bateri ujian

(iii) Apabila mendapat isyarat ‘mula’, peserta perlu berlari ke Kon

2 dan menyentuh garisan yang telah ditanda dengan tangan

kanan.

(iv) Kemudian, peserta perlu berpusing balik dan berlari ke Kon 1

serta menyentuh garisan yang telah ditanda dengan tangan

kanan.

(v) Peserta akan meneruskan larian ke Kon 2, berpusing ke arah

Kon 3 (berlari keliling) dan terus berlari kembali ke Kon 1

melalui Kon 2 (berlari keliling).

3.4.7 Norma Permarkahan

Masa akan diambil sebaik sahaja peserta menamatkan larian dan

peserta diberi dua kali percubaan di mana catatan masa yang

terbaik akan diambil kira. ( lihat jadual )

25

PERCENTILE

AGE9 –

1011 12 13 14 15 16 17+

TIME (SEC) FOR GIRLS95 10.2 10.0 9.9 9.9 9.7 9.9 10.0 9.6

75 11.1 10.8 10.8 10.5 10.3 10.4 10.6 10.4

50 11.8 11.5 11.4 11.2 11.0 11.0 11.2 11.1

25 12.5 12.1 12.0 12.0 12.0 11.8 12.0 12.0

5 14.3 14.0 13.3 13.2 13.1 13.3 13.7 14.0

TIME (SEC) FOR BOYS95 10.0 9.7 9.6 9.3 8.9 8.9 8.6 8.6

75 10.6 10.4 10.2 10.0 9.6 9.4 9.3 9.2

50 11.2 10.9 10.7 10.4 10.1 9.9 9.9 9.8

25 12.0 11.5 11.4 11.0 10.7 10.4 10.5 10.4

5 13.1 12.9 12.4 12.4 11.9 11.7 11.9 11.7

Page 27: bateri ujian

3.4.8 Borang Skor

3.4.8.1 Borang skor individu

BORANG SKOR INDIVIDU

26

Page 28: bateri ujian

Nama : No. Matrik :___________

Umur :_____ tahun Berat :_____kg Tinggi :______cm

Cubaan 1:

Jam Masa (saat) Purata

1

2

Cubaan 2 :

Jam Masa (saat) Purata

1

2

Keputusan :

Percubaan Masa (saat) Masa terbaik

1

2

Tandatangan penguji 1; Tandatangan penguji 2;

…………………………… ………………………………

( ) ( )

3.4.8.2 Borang skor kumpulan

27

Page 29: bateri ujian

BORANG SKOR KUMPULAN

Nama Catatan

Cubaan 1 Cubaan 2

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

4.0 Penutup

Menurut Wee Eng Hoe (2009:81), ujian ialah suatu instrumen yang digunakan untuk

mendapatkan maklumat murid. Ia boleh mengambil kira beberapa bentuk seperti soalan

28

Page 30: bateri ujian

bercetak atau lisan, bateri prestasi tahap fizikal, pemerhatian tingkah laku melalui

senarai semak atau rekod anecdotal.

Menurut Lee & Mok (1989:2), pengujian merupakan satu prosedur yang sistematik

untuk mengukur perubahan sebahagian daripada semua aspek tingkah laku seseorang

individu terhadap pembelajarannya. Menurut Tuan Jah & Faridah (2012:4) pula,

pengujian merujuk kepada satu teknik untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan

tingkah laku seseorang individu. Penjelasan dalam menerangkan erti dan konsep

berkaitan pengujian ditegaskan oleh  Ng See Ngean (1991:21) iaitu pengukuran dan

pengujian ialah kaedah-kaedah objektif yang sistematik dari mana maklumat yang sah

tentang manusia dan tingkah lakunya akan diperoleh. Ini bermakna bahawa pengukuran

dan pengujian adalah proses objektif dan maklumat sah akan diperoleh.

Menurut Ng See Ngean lagi, sehingga kini istilah pengujian dan pengukuran telah

digunakan dengan erti yang lebih kurang sama. Pengukuran adalah proses yang objektif

untuk memperoleh maklumat yang sah dengan menggunakan salah satu cara di antara

banyak cara seperti ujian kertas pensel, ujian prestasi, ujian lisan, temuduga, soal

selidik, pemerhatian, skala pemeringkatan, teknik projektif dan lain-lain. Sebaliknya

perkataan pengujian, walaupun pada amnya boleh menggantikan perkataan pengukuran

tetapi dalam pendidikan pengujian biasa digunakan untuk merujuk kepada ujian kertas

pensel, lisan dan prestasi sahaja, serta digunakan dalam bilik darjah untuk mengukur

pencapaian dan prestasi sekolah.  

Terdapat beberapa isu yang timbul dalam pengukuran dan penilaian PJ antaranya

ialah :

i. Usaha untuk menentukan prestasi PJ dalam kalangan murid adalah

perkara yang agak sukar kerana terdapat banyak ujian yang tidak

mempunyai prosedur yang lengkap dan ini masih digunakan oleh guru di

sekolah.

ii.  Kesukaran untuk mendapatkan bateri ujian yang sesuai dan

menggunakan ujian yang tidak mempunyai kesahan.  

iii.  Ujian yang sudah lama dan tidak sesuai menghasilkan keputusan yang

tidak tepat.

29

Page 31: bateri ujian

iv. Penggunaan pengukuran dan ujian yang tidak tekal.

v.  Pencapaian yang diperolehi tidak menunjukkan prestasi yang sebenar.

vi. Guru tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran membentuk rubrik

pemarkahan untuk menilai kemahiran teknikal asas sesuatu sukan.

vii.  Keputusan penilaian tidak dilaporkan atau didokumentasi. Contohnya

tiada laporan sekolah-sekolah menjalankan ujian SEGAK atau bukti-bukti

yang menunjukkan ujian telah dilaksanakan.

viii.  Domain pembelajaran atau kemahiran yang diajar tidak dinilai secara

seimbang. Iaitu tidak merangkumi ketiga-tiga domain kognitif,psikomotor

dan afektif.

Dan berdasarkan hasil kajian yang telah diperolehi oleh pengkaji, pengkaji

mencadangkan beberapa cadangan untuk meningkatkan kualiti ujian kognitif dan

psikomotor. Cadangan penambahbaikan adalah seperti berikut.

i. Kaedah uji dan ulang uji perlu dilakukan secara konsisten terutama

kesediaan murid-murid semasa melakukan ujian. Pengkaji perlu

menegaskan kepada murid-murid agar melakukan setiap ujian dengan

bersungguh-sungguh dan tidak melakukannya secara ala kadar.

ii. Pengkaji perlu melaksanakan ujian di tempat yang selesa dan bebas

daripada gangguan terutama bagi murid-murid perempuan yang tidak

bersungguh-sungguh apabila melakukan ujian sekiranya terdapat murid

lelaki melihat mereka.

iii. Pengkaji perlu menunjukkan demonstrasi melalui tayangan video atau

melalui pelakuan untuk memberikan kejelasan kepada murid-murid

sebelum melakukannya.

iv.  Pengkaji perlu melakukan ujian pilot kepada setiap murid bagi kesemua

ujian yang dilakukan terutama ujian psikomotor bagi memberikan

kesediaan dan gambaran awal kepada mereka bagaimana melakukannya.

Selain itu, melalui ujian pilot ini, pengkaji boleh melakukan pembetulan

bagi pelakuan yang salah. Contohnya, cara pegangan bola, kedudukan

30

Page 32: bateri ujian

kaki, kedudukan kontak bola terlalu tinggi dan lain-lain yang telah dikenal

pasti semasa ujian pilot.

v. Pengukuran dan penilaian sepatutnya dijalankan atau dibimbing oleh guru

Pendidikan Jasmani yang sudah terlatih. Sesuatu ujian yang sah dan boleh

dipercayai sepatutnya memperolehi skor ujian yang sah, tetapi jika ia

dilaksanakan oleh guru yang tidak terlatih atau yang tiada pengalaman,

maka skor yang diperolehi mungkin dipertikaikan atau menjadi tidak sah.

Menurut Hashim (2004), bagi meningkatkan kualiti ujian dan akuantabiliti

mata pelajaran Pendidikan Jasmani, adalah dicadangkan supaya semua

guru atau pengkaji yang terlibat mesti mendapatkan latihan mengenai

pentadbiran ujian daripada pakar-pakar tempatan.

vi. Bagi mengelakkan kekangan masa pengkaji dan murid-murid, pengkaji

boleh mentadbirkan ujian pada waktu-waktu lapang murid selepas waktu

persekolahan. Pengkaji juga perlu memaklumkan kepada murid-murid

tujuan dan harapan pengkaji daripada penglibatan mereka dalam ujian

yang bakal dijalankan.

vii.  Instrumen atau alat yang digunakan untuk membuat pengukuran perlulah

konsisten dan tekal terutama semasa mengambil bacaan.

viii.  Pengkaji boleh menjalankan kajian lanjutan menggunakan ujian yang

sama tetapi dilakukan secara teratur, konsisten dan tekal di sekolah yang

lain. 

5.0 Rujukan

A. E. Ashworth. 1982. Testing for Continous Assessment: A Handbook for Teacher in School and College. London: Evans, Yorkshire.

31

Page 33: bateri ujian

Ahmad Hashim. 2004. Pengukuran Kecergasan Motor. Tanjong Malim: Quantum Books.

Lee Shok Mee & Mok Soon Sang. 1989. Pengujian dan Penilaian dalam Pendidikan. Kuala             Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Ng See Ngean. 1991. Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd

Wee Eng Hoe. 2009. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (Edisi Kedua). Selangor: Karisma Publications Sdn. Bhd. 

http://chedinpjk.blogspot.com/2012/06/isu-dalam-pengukuran-dan-penilaian-pj.html . Diakses pada 10 Oktober 2013. 

32