Upload
ieka-adila
View
240
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
BEBANAN KERJA
Citation preview
Bebanan kerja
Dengan pertambahan tugas tersebut, ramai guru akan mengalami tekanan
jiwa. Kajian telah menunjukkan kebanyakan tekanan guru berpunca daripada
tugas mereka dan persekitaran mereka. Di samping itu, Kyriacou(1987)
mengenal pasti bahawa punca tekanan ialah tekanan masa, sikap buruk
murid terhadap sekolah dan kurangnya motivasi di sekolah, masalah
pengurusan bilik darjah, bilangan murid yang ramai di dalam bilik darjah, gaji
yang rendah,dan sebagainya. Oleh itu, beban tugas yang semakin meningkat
ditambah pula dengan kerenah murid yang pelbagai turut menjadi salah satu
punca yang mengakibatkan kes guru bertindak ganas terhadap murid berlaku.
Menurut pakar pendidikan, Prof. Dr. Robiah Sidin, guru sekarang berdepan
dengan bilangan pelajar yang terlalu ramai ditambah dengan pelbagai
karenah. Ini berbeza dengan murid yang diajar oleh rakan sejawat mereka
sedekad dua yang lalu. Ketika itu murid lebih patuh kepada guru dan wajar
dicontohi .
Prof. Dr. Robiah Sidin berpendapat punca guru bertindak keterlaluan mungkin
kerana menghadapi tekanan jiwa akibat beban kerja yang terlalu banyak,
tanggungjawab semakin berat dan tuntutan masyarakat yang menggunung
terhadap guru.
Ahli sosiologi UKM, Dr. Sarifa Zaleha Syed Hassan berpendapat punca guru
bertindak agak kasar mungkin kerana hilang kesabaran. Mungkin jika seorang
murid yang nakal dapat dikawal tetapi kalau terlalu ramai boleh
menghilangkan kesabaran guru. Guru juga manusia biasa jika terlalu
tertekan, sesekali kesabaran tidak boleh dikawal.
Tekanan mempunyai hubung kait dengan sokongan sosial dan juga bantuan
yang diterima. Sokongan sosial yang kuat boleh mengurangkan tahap
tekanan. Kewujudan sistem sokongan yang kuat membolehkan guru-guru
untuk berkongsi permasalahan antara satu sama lain di mana ia boleh
menyumbang kepada cadangan yang membantu. (Woods & Weasmer,
2004).
Tekanan guru boleh ditakrifkan sebagai perasaan tidak selesa, emosi negatif
seperti marah, kebimbangan, tekanan serta kekecewaan yang berpunca dari
aspek kerja mereka sebagai seorang guru. Dalam hal ini, guru dalam kes ini
adalah guru yang tidak dapat mengawal emosi mereka terhadap perubahan
budaya pendidikan yang bukan sahaja untuk memberi ilmu pengetahuan
tetapi perlu mendidik manusia agar menjadi masyarakat yang berguna.
Justeru itu, tekanan kerja pada tahap yang tinggi biasanya akan membawa
kepada ketidakpuasan kepada kerja, sikap suka mengelak dan pengabaian
kerja. Tindakbalas penyesuaian tekanan oleh guru merangkumi tindak balas
psikologikal (keletihan dan kemurungan) , fisiologikal (sakit kepala, tekanan
darah tinggi) dan berkaitan sikap (pengambilan alkohol, merokok, gaya hidup
dan masalah tidur). Selain itu juga, tekanan yang berpanjangan boleh
melemahkan mental dan fizikal seseorang guru serta boleh membawa risiko
ke atas kesihatan jika tidak menerima rawatan dengan sebaiknnya. Ternyata,
tekanan kerja sememangnya akan mengganggu gaya hidup dan
kesejahteraan hidup seseorang insan bergelar guru. Ini seterusnya akan
mengganggu prestasi kerja dan outputnya dalam bidang pendidikan yang
diceburinya.
Individu akan berupaya untuk berdaya tindak ke atas tekanan secara lebih
efektif jika beliau mempunyai perhubungan sosial yang lebih berkesan. Kajian
dalam bidang tekanan menunjukkan sokongan sosial sangat efektif dalam
meningkatkan kesejahteraan kesihatan mental individu. Mempunyai kaedah
berdaya tindak dan mempunyai sokongan sosial adalah amat penting dan ini
selari dengan hasrat Kementerian Pelajaran sekarang iaitu mendidik guru-
guru baru agar dapat mengawal emosi mereka supaya kejadian memukul
pelajar dapat dielakkan. Berbalik dengan isu pelajar mendawa dipukul guru,
tindakan sewajarnya perlu diambil terhadap individu terlibat.
Guru yang menghadapi tekanan adalah guru yang tidak dapat mengawal
emosi mereka terhadap perubahan budaya pendidikan yang bukan sahaja
untuk memberi ilmu pengetahuan tetapi perlu mendidik manusia agar menjadi
modal insan yang berguna kepada masyarakat. Mengikut Kyriacou & Sutcliffe
(1978) dalam Nazariah (2011) menyatakan bahawa tekanan guru boleh
ditakrifkan sebagai perasaan tidak selesa, emosi negatif seperti marah,
kebimbangan, tekanan serta kekecewaan yang berpunca dari aspek kerja
mereka sebagai guru. Dunia pendidikan kini memaksa guru melakukan kerja
lebih masa, perkeranian, menyediakan alat bantu mengajar, menghadiri
kursus atau bengkel sepanjang minggu sambil terpaksa melakukan
penyesuaian terhadap kaedah pengajaran yang baru sehingga mengabaikan
emosi dan kehendak dalaman mereka.
Menurut Sapora Sipon (2007), guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan
akan memberikan kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga
mutu pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini seterusnya boleh
menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan yang seterusnya
akan membantutkan usaha
2
mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa atau memacu
Malaysia ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikannya.
Tahap tekanan guru yang tinggi ini disumbangkan oleh perubahan dan
persaingan dunia pendidikan dalam menghadapi era globalisasi yang serba
canggih. Pelaksanaan segala bentuk dasar, polisi dan inovasi pendidikan
yang berlaku diperingkat sekolah secara tidak langsung akan turut memberi
impak kepada segala bentuk tingkah laku guru. Keadaan ini boleh
menyebabkan tekanan dan kekangan yang tinggi kepada guru yang menjadi
penentu kepada keberkesanan pelaksanaannya (Tajulashikin, Fazura &
Mohd. Burhan, 2013). Sebenarnya, guru ialah pendidik profesional dengan
tugas utamanya ialah mendidik, membimbing, mengarah, melatih, menilai dan
mengevolusi dalam pendidikan formal, pendidikan dasar dan pendidikan
menengah. Guru bertanggungjawab bagi mernbentuk generasi berakhlak
mulia dan ini adalah suatu amanah yang perIu dilaksanakan. Walau
bagaimanapun, tanggungjawab ini merupakan sesuatu yang berat untuk
dipikul, malah ada dalam kalangan guru yang menganggapnya suatu beban
dalam kerjaya mereka.
Tekanan kerja merupakan salah satu faktor yang telah menyebabkan guru
melakukan kesalahan yang boleh mencalarkan imej guru (Raja Maria, 2011;
Ross, 2006). Tugas guru bukanlah satu tugas yang mudah untuk dipikul.
Tuntutan kerja
3
merupakan tuntutan yang berat lebih-lebih lagi menjadi guru pada zaman
teknologi dan dunia tanpa sempadan ini. Tugas guru bukan hanya mendidik,
mengajar dan membimbing pelajar. Selain itu, guru juga banyak menerima
tekanan daripada ibu bapa, masyarakat, kerajaan, pertubuhan, pihak atasan
dan juga masalah peribadi (Raja Maria, 2011). Masyarakat melihat tugas guru
adalah mudah, masa kerja yang pendek dan banyak cuti. Guru pula berasa
beban kerja yang terlalu banyak sehingga membawa ke bilik tidur. Sebagai
contoh, yang membabitkan kes beban kerja guru yang bertajuk „Guru
Sekolah England Mogok” (BBC, 2013) yang dilaporkan oleh akhbar Berita
Harian yang bertarikh 03 Oktober 2013 telah menjadikan isu ini semakin
hangat diperkatakan oleh segenap lapisan masyarakat. Berdasarkan isu ini,
sebanyak 2, 500 buah sekolah diseluruh England terpaksa ditutup selepas
dua kesatuan guru iaitu Kesatuan Guru Kebangsaan dan Persatuan
Kebangsaan Pengetua Sekolah dan Kesatuan Guru Wanita (NASUWT)
melancarkan mogok menentang beban kerja berlebihan selain mendesak
kenaikan gaji dan pencen. Rentetan dari kerja lebih masa yang tidak dihargai
serta pandangan dan persepsi yang berbeza akan menyebabkan segelintir
guru merasa kecewa. Tekanan yang diterima ini boleh menyebabkan guru
cepat melenting dan melepaskan kemarahan terhadap pelajar. Di Australia,
tekanan kerja guru juga telah menyebabkan guru melancarkan aksi mogok
yang memaksa 62 buah sekolah di Australia ditutup (Republikan Online,
2013).
Di Malaysia, persoalan mengenai tekanan kerja dalam kalangan guru juga
menjadi topik penyelidikan. Basinun (1995), mengatakan bahawa antara
masalah utama guru adalah masalah kenaikan gaji, peluang kenaikan
pangkat dan beban kerja guru yang keterlaluan. Selain daripada tugas
mendidik murid-murid, guru-guru perlu berdepan dengan karenah disiplin
murid yang menambahkan lagi beban kerja guru. Baharin & Mariam (2013)
turut mengatakan bahawa profesion guru sangat mencabar kerana mereka
bukan setakat sahaja mengajar, malah terpaksa menangani masalah disiplin
pelajar dan kerja-kerja perkeranian yang menuntut masa yang banyak untuk
diselesaikan. Dapatan hasil kajian mereka juga menunjukkan bahawa
tekanan guru adalah signifikan disebabkan oleh penghargaan dan sokongan
pemimpin sekolah.
elain itu, punca guru yang bertindak keterlaluan terhadap murid yang hanya 7
tahun mungkin kerana menghadapi tekanan jiwa akibat beban kerja yang
terlalu banyak, tanggungjawab semakin berat dan tuntutan masyarakat yang
menggunung terhadap guru. Tekanan boleh menyebabkan tahap mental dan
fizikal guru menjadi rendah dan seterusnya terdedah kepada perlakuan-
perlakuan yang negative sebagai satu bentuk tindak balas ke atas tekanan
yang dihadapi. Oleh itu, guru yang mengalami tekanan itu kemungkinan besar
bertindak dengan cara yang tidak dapat diterima akal iaitu mengikat tangan
murid pada tingkap dan membelasahnya sehingga murid menjadi koma dan
meninggal dunia. Tindakan seperti ini telah menjejaskan profesionalisme guru
sebagai seorang pendidik. Guru seharusnya perlu mengetahui cara terbaik
untuk menguruskan tekanan yang dihadapi terutamanya pada zaman yang
mencabar ini. Tindakan yang tidak betul ini akan memungkinkan rekod bersih
mereka tercalar ditambah pula dengan pelbagai tindakan disiplin akan
dikenakan kepada mereka sebagai satu bentuk hukuman.
Bebanan dan cabaran kerjaya guru pada masa kini menuntut individu yang
menceburi profesion ini untuk menjadi individu serba boleh dan multi-disiplin.
Bermula dari seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran, melaksanakan
tugas-tugas pengurusan murid, kelas, rekod, dan seumpamanya. Oleh sebab
itu, sepanjang seorang guru berkhidmat di sesebuah sekolah, guru perlu
bersedia dari segala aspek terutamanya sewaktu sesi pengajaran dan
pembelajaran, atau dengan makna lain , ia bermaksud bahawa seseorang
guru pada masa kini mesti tahap kesediaan yang tinggi sebelum melakukan
apa-apa jua tugas yang melibatkan bidangnya. Sebagai contoh, dari aspek
pengurusan pengajaran dan pembelajaran, boleh dikatakan penyediaan
bahan-bahan untuk mengajar dan tugas mengajar pelajar sekolah boleh
menyebabkan guru mula merasakan tekanan kerana tugas tersebut perlu
dilakukan setiap hari (lima hari seminggu). Tambahan pula, guru perlu
memastikan kualiti bahan-bahan pengajaran sentiasa tinggi dan selalu
dikemaskinikan bagi membantu mempermudah pemahaman pelajar dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran.
aktor bebanan kerja yang terlampau banyak juga menyebabkan guru-guru
mengalami masalah stress. Menurut Esah Sulaiman (2003), guru merupakan
pengurus pembelajaran yang bertanggungjawab untuk merancang
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang hendak diajar kepada pelajar setiap
hari. Ini menunjukkan tanggungjawab guru untuk menyediakan maklumat-
maklumat untuk diajar tidak semudah yang disangkakan. Guru juga
dibebankan dengan tugas-tugas lain seperti tugas pentadbiran sekolah
contohnya merancang dan menjalankan aktiviti sekolah, menjadi penasihat
persatuan dan kelab, menjalani kursus yang telah ditetapkan oleh pihak
sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri dan sebagainya. Perkara ini
mungkin dilihat mudah oleh sesetengah pihak namun ia merupakan bebanan
yang amat tinggi kepada para guru kerana mereka terpaksa melakukan
pelbagai jenis kerja yang berkaitan dengan akademik, kokurikulum dan
pentadbiran sekaligus setiap hari. Tambahan pula, adakalanya tugas-tugas ini
perlu diselesaikan pada hari minggu sehingga menyebabkan guru tidak
mendapat ruang waktu untuk berehat dan bersama keluarga. Ia menjadi
menjadi satu masalah yang besar dan dipandang serius oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia sehingga wujudnya satu Jawatankuasa Khas bagi
mengkaji bebanan tugas guru yang terlampau banyak. Menurut Ketua
Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Don yang mempengerusikan
jawatankuasa itu, beberapa cadangan sudah dikenalpasti bagi menangani
masalah ini. Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi memberi maklumbalas
terhadap aduan yang dibuat oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan (NUTP) terhadap bebanan tugas guru dalam satu sidang media
yang diadakan pada tarikh 30 Mac 2010. Ini membuktikan bahawa banyak
pihak yang menyedari akan bebanan tugas guru yang semakin mencabar.
enurut Kamus Dewan (1999), tekanan membawa maksud sesuatu desakan
atau paksaan yang diterima oleh seseorang. Manakala Kamus Oxford
Advanced Learner’s (1983) mendefinisikan tekanan atau dalam Bahasa
Inggerisnya stress sebagai pressure; condition causing hardship, disquiet.
Seyle (1964) adalah orang yan pertama menggunakan terma ‘tekanan’
mendefinisikannya sebagai satu set fizikal dan psikologikal yang bertindak
balas kepada keadaan dan pengaruh yang sebaliknya. Manakala Kamus
Behavioral Science medefinisikan tekanan sebagai satu keadaan fizikal atau
tekanan mental yang menyebabkan perubahan dalam sistem saraf autonomi.
Kyriacou & Sutcliffe, (1978) menyatakan bahawa tekanan guru boleh
ditakrifkan sebagai perasaan tidak selesa, emosi negatif seperti marah,
kebimbangan, tekanan serta kekecewaan yang berpunca dari aspek kerja
mereka sebagai seorang guru. Dalam hal ini, guru yang menghadapi tekanan
adalah guru yang tidak dapat mengawal emosi mereka terhadap perubahan
budaya pendidikan yang bukan sahaja untuk memberi ilmu pengetahuan
tetapi perlu mendidik manusia agar menjadi modal insan yang berguna
kepada masyarakat.
Guru terpaksa melakukan kerja lebih masa, perkeranian, menyediakan alat
bantu mengajar, menghadiri kursus atau bengkel sepanjang minggu sambil
terpaksa melakukan penyesuaian terhadap kaedah pengajaran yang baru
sehingga mengabaikan emosi dan kehendak dalaman mereka. Oleh itu,
kadangkala mereka akan bertindak diluar jangkaan semata-mata untuk
memuaskan kehendak dalaman mereka yang selama ini tidak dapat dipenuhi
berikutan bebanan kerja yang terlalu banyak.
ekanan kerja merupakan salah satu faktor yang telah menyebabkan guru
melakukan kesalahan yang boleh mencalarkan imej guru (Raja Maria, 2011;
Ross, 2006). Tugas guru bukanlah satu tugas yang mudah untuk dipikul.
Tuntutan kerja
3
merupakan tuntutan yang berat lebih-lebih lagi menjadi guru pada zaman
teknologi dan dunia tanpa sempadan ini. Tugas guru bukan hanya mendidik,
mengajar dan membimbing pelajar. Selain itu, guru juga banyak menerima
tekanan daripada ibu bapa, masyarakat, kerajaan, pertubuhan, pihak atasan
dan juga masalah peribadi (Raja Maria, 2011). Masyarakat melihat tugas guru
adalah mudah, masa kerja yang pendek dan banyak cuti. Guru pula berasa
beban kerja yang terlalu banyak sehingga membawa ke bilik tidur.
ekanan yang diterima ini boleh menyebabkan guru cepat melenting dan
melepaskan kemarahan terhadap pelajar. Di
Perasaan tertekan menjadikan seseorang itu mudah tidak rasional, cemas,
tegang, tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja dan gagal
menikmati rasa gembira atau bersikap puas hati terhadap kerja yang
dilakukan. Hal-hal ini akan pasti menghalang seseorang mewujudkan sifat
positifnya, apatah lagi perasaan kasih sayang. Terdapat kajian-kajian (Mohd
Taib & Hamdan, 2006; Supian et. al., 2001; Fejgin et al., 1995; Pastore &
Judd, 1992), membuktikan sebahagian guru memang mengalami perasaan
tertekan, sikap berang, murung, mengambil keputusan atau memikirkan untuk
berhenti atau bersara sebelum masa kerana mengalami tekanan.
elbagai masalah yang melibatkan etika perguruan sering dilaporkan dan
melibatkan beberapa kes tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru
seperti kes dera, rasuah, gangguan seksual dan sebagainya. Guru masa kini
tidaklah semudah yang disangka. Cabaran tugas dan tanggungjawab yang
diletakkan dibahu guru-guru kini ternyata amat berat.
Sebagai contoh, kes salah laku guru yang bertajuk „Murid cedera dikepala
dipukul guru dengan penyapu‟ yang dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia
telah menjadikan isu ini semakin hangat diperkatakan oleh segenap lapisan
masyarakat (Utusan Malaysia, 21 Oktober 2009). Utusan Malaysia juga
melaporkan kes salah laku guru dengan tajuk „Murid patah tulang tangan
dipukul guru‟ (Utusan Malaysia, 1 Ogos 2005). Selain itu, seorang murid
tahun satu patah tulang bahagian tengah tapak tangan kanannya selepas
dikatakan telah dipukul oleh seorang guru sebagai hukuman kerana membuat
bising di dalam kelas di sebuah sekolah di Yan, Kedah. Tindakan tidak
bertanggungjawab guru terus dilaporkan lagi oleh akhbar Utusan Malaysia
dengan tajuk „Siasatan kes guru pukul pelajar‟ (Utusan Malaysia, 4 Mei
2009). Di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia telah berlaku satu kes yang
bertajuk „Pelajar pecah gegendang telinga ditampar guru‟ (Sinar Harian, 17
Ogos 2012). Terkini, dua murid Tahun Empat di Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina (SJKC) Khai Meng, Sungkai, Perak telah dilayan seperti seekor lembu
apabila digantung loceng dileher mereka dan dipaksa makan rumput selepas
gagal menyiapkan tugasan mata
6
pelajaran Bahasa Inggeris. Kes-kes salah laku guru sekolah seperti contoh-
contoh di atas kerap berlaku di sekolah dan segala tindakan yang dilakukan
oleh guru tersebut telah dikaitkan dengan ketidakstabilan emosi dan faktor
tekanan kerja yang dialami oleh mereka sama ada dari aspek fizikal,
psikologikal, tingkah laku mahupun mental (Gelman, 2008; Baharin & Mariam,
2013).