3
Enam Belas dan lagi pun tembak alat itulah yang sifat tembak tika itu mana jikalau barang siapa tiada tahu akan tembak yang tika itu mana jikalau barang siapa tiada tahu akan tembak alat itu nescaya tiadalah sempurna tembak mereka itu kerana tembak alat itu memeliharakan tembak yang tika itu maka adalah tembak midik 1 itu dan tembak kilat dan tembak ustaz itu masing2 dengan takuknya dengan takuknya dan masing2 dikangkangnya dan masing2 dengannya dan masing2 dengan makrifatnya adapun alamat yang pada kita itu orang dengan mata kita itulah yang bertumpukan mata hitam alamat datangkan kepada kita dengan makrifat dilantikkan kepada orang2 dengan mata kita alamat yang jauh itu maka itulah tempat berdiri makrifat adapun yang sebenar2 itu apabila berdiri salah demikian Zalim haramlah iradat Allah dengan Qudrat Allah Ta’ala jangan lagi dijait2 lagi tembak yang lebih daripada ini maka inilah tembak dunia akhirat Wallahu A’lam. Fasal pada menyatakan tembak yang putus jikalau hendak menjangka istinggar mahulah jauh itu enam depa maka bubuh ubatnya itu berat semasa sapung 2 samakan dengan tumbuk tiga puluh depa tetapi jangan dibubuh ubat itu sedikit tiada baik sebagai lagi menjangka istinggar itu dekat maka dibubuh ubat itu sedikit salahlah tembaknya itu dan jikalau tembak itu jauh maka bubuh ubat itu banyak itu pun salah juga tembak dan jikalau dekat pun sama juga ubatnya itu maka batallah tembaknya jika bedil itu batal maka kita tarahkan penjaranya pada sama tengah hitam maka tembaknya… …nescaya betul dan jikalau tembaknya sekali maka kebawah pelurunya dan belahnya penjaranya ke atas nescaya salahnya tembaknya dan demikian jikalau peluru itu kekanan maka diubah penjaranya kekiri atau peluru kekiri dibubah penjaranya ke kanan maka sekalian itu salahlah tembak mereka itu dan yang benarnya 1 Teliti, sidik-~ dgn teliti atau hati-hati sekali (memeriksa sesuatu). http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=midik 2 Tumbuhan, akar, Pittosporum Ferrugineum. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx? k=sapung

Bedil

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ilmu bedil, manuskrip

Citation preview

Page 1: Bedil

Enam Belas dan lagi pun tembak alat itulah yang sifat tembak tika itu mana jikalau barang siapa tiada tahu akan tembak yang tika itu mana jikalau barang siapa tiada tahu akan tembak alat itu nescaya tiadalah sempurna tembak mereka itu kerana tembak alat itu memeliharakan tembak yang tika itu maka adalah tembak midik1 itu dan tembak kilat dan tembak ustaz itu masing2 dengan takuknya dengan takuknya dan masing2 dikangkangnya dan masing2 dengannya dan masing2 dengan makrifatnya adapun alamat yang pada kita itu orang dengan mata kita itulah yang bertumpukan mata hitam alamat datangkan kepada kita dengan makrifat dilantikkan kepada orang2 dengan mata kita alamat yang jauh itu maka itulah tempat berdiri makrifat adapun yang sebenar2 itu apabila berdiri salah demikian Zalim haramlah iradat Allah dengan Qudrat Allah Ta’ala jangan lagi dijait2 lagi tembak yang lebih daripada ini maka inilah tembak dunia akhirat Wallahu A’lam.

Fasal pada menyatakan tembak yang putus jikalau hendak menjangka istinggar mahulah jauh itu enam depa maka bubuh ubatnya itu berat semasa sapung2 samakan dengan tumbuk tiga puluh depa tetapi jangan dibubuh ubat itu sedikit tiada baik sebagai lagi menjangka istinggar itu dekat maka dibubuh ubat itu sedikit salahlah tembaknya itu dan jikalau tembak itu jauh maka bubuh ubat itu banyak itu pun salah juga tembak dan jikalau dekat pun sama juga ubatnya itu maka batallah tembaknya jika bedil itu batal maka kita tarahkan penjaranya pada sama tengah hitam maka tembaknya…

…nescaya betul dan jikalau tembaknya sekali maka kebawah pelurunya dan belahnya penjaranya ke atas nescaya salahnya tembaknya dan demikian jikalau peluru itu kekanan maka diubah penjaranya kekiri atau peluru kekiri dibubah penjaranya ke kanan maka sekalian itu salahlah tembak mereka itu dan yang benarnya itu melainkan yang pandang itu jangan diubahkan yang ke atas kekiri dan ke kanan itu daripada panggang kita juga dan hendaklah sekali yang misbaq itu apabila salah tembak sifat yang dituju itu maka hendaklah difikirkan dahulu dengan sa belit mana maka peluru itu ke atas dank e bawah dan keikir dank e kanan maka tiap2 yang demikian itu daripada panggang kita juga dan apabila diketahui kesalahan…

…dirinya itu maka sempurnalah tembakannya dan jika menjangka istinggar sekalipun yang tiada akan pada tempat yang ditujunya itu daripada belit bedil juga tiada dengan kerananya salah pandangannya itu demikianlah kata sekali yang berustaz dan apabila fahamlah engkau seperti yang tertib itu maka tembaklah maka sempurnalah tembakannya dan apabila tiada faham akan perkataan ini maka sebarkan dahulu supaya tiada sia2 tembakannya itu Wallahu A’lam. Sebagai pula adapun tertib menembak itu hendaklah memegang lingkaran sumbunya itu dengan kelingking kanan seperti bedil dan hujung sumbunya itu dapat dengan telunjuk kanan dan panjang sumbunya itu kira2 dua hasta maka hendaklah memekang bedil itu lebih daripada

1 Teliti, sidik-~ dgn teliti atau hati-hati sekali (memeriksa sesuatu). http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=midik2 Tumbuhan, akar, Pittosporum Ferrugineum. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sapung

Page 2: Bedil

penjara pangkal itu tiada jari dan beri lampu hujung sumbunya itu tika jari adapun tatkala kita hendak…

…duduk menembak itu maka adalah pegang bedil itu dan lingkaran sumbu itu pegang dengan tangan kiri dan hujung sumbunya itu lebihkan tiga jari maka lekatkan lah sumbu itu pada pemetakan itu adapun jika menembak itu berdiri betul seperti alif memandang penjaranya juga jangan tersipit kekiri atau kekanan dan renggangkan kaki itu kira2 dulapan(8) belas jari dan tubuh itu pun betul berrhadap kepada alamat sudah itu maka undurkan kaki kanan itu jangan diberi hiringan kepada alamat sudah itu maka undurkan lagi kanan itu sedikit.

Fasal jika hendak menembak alamat hendaklah diberi tangkai hujung bedil itu dua jari daripada alamat itu kemudian maka rednahkan pula dua jari maka tembakkan seperti di dalam naskhah ini tawar dijauh di dekatnya dan jika menarik pemetakan itu dikeraskan necaya rendah kerginya dan jikalau memandang penjara itu sifat tunduk atau matanya itupun sangat dibekalkan nescaya tingilah perginya dan jika tunduk memandang penjara itu rendah pelurunya dan hendaklah lehar itu diberi betul dan pesegi bedil itupun beri betul dan jika pesegi bedil itu senget ke kanan peluru itupun ke kanan dan jika pesegi bedil itu senget kekiri peluru pun kekiri dan jika lembut tangan kiri daripada tangan kanan rendah pelurunya dan jika tangan kanan lembut daripada tangan kiri nescaya tinggilah pelurunya dan hendaklah pegang bedil itu beri sama berat dan jika melepaskan peluru itu sifat nafas…