32
BERITA JMM JILID 22/BIL.2 MEI - OGOS 2017

BERITA JMM JILID 22/BIL.2 MEI - OGOS 2017 JMM Jld 22 Bil 2 (Mei-Ogos 2017).pdf · Berita JMM diterbitkan 4 bulan sekali. Buletin ini boleh dimuat turun daripada laman web JMM. RASIONAL

  • Upload
    others

  • View
    30

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

BERITA JMM JILID 22/BIL.2 MEI - OGOS 2017

ED

ITO

RIA

L

Lidah Pengarang

Editorial

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia.

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan rahmatNya dapat kita bersua lagi menerusi buletin JMM bilangan kedua bagi tahun 2017. Sempena dengan sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2017 yang disambut di Negeri Terengganu Darul Iman pada 14 hingga 20 Mei 2017 bertemakan “Muzium dan Pertikaian Sejarah: Mengungkap Yang Tersirat”, muzium dilihat berfungsi sebagai hub untuk menggalakkan hubungan harmoni ke arah meningkatkan kesejahteraan hidup. Ia harus mengajak semua agar melihat dan mengamati sejarah yang sering diperdebatkan dari pelbagai perspektif atau sudut pandangan, dengan melangkaui pengalaman peribadi atau pemikiran yang sempit. Penghayatan dan pengamatan dari pelbagai perspektif mampu mengubah persepsi dan membuka minda kita untuk lebih bijaksana dalam mendepani isu yang dianggap kontroversi atau sensitif serta berisiko mencetus ketegangan atau ketidakharmonian dalam masyarakat.

Selain sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2017, pelbagai program telah dapat dilaksanakan sepanjang bulan Mei-Ogos 2107 antaranya Perasmian Pameran Raja Kita bersempena pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V pada 2 Mei 2017, Pameran Kuala Lumpur 2017 bersempena dengan Sukan SEA 2017 dan Pameran Ikon Fesyen Retro Saloma. Muzium-muzium di bawah JMM juga turut giat mengadakan pelbagai program bagi menyokong visi dan misi JMM. Antara lain, program Bicara@Muzium dan Jejak Sejarah yang menampilkan sejarahwan dari pelbagai latar belakang akademik berkongsi ilmu pengetahuan berkaitan permuziuman.

Selari dengan tagline JMM iaitu “Muzium Kita Tamadun Kita”, saya berharap kepada seluruh warga muzium agar lebih proaktif, responsif, inovatif, berintegriti dan bersemangat kerja berpasukan untuk memastikan peranan dan perkhidmatan yang diberikan akan terus cemerlang.

Sekian, terima kasih.

“MUZIUM KITA TAMADUN KITA”

Mohd Azmi bin Mohd Yusof Timbalan Ketua Pengarah (Permuziuman) Jabatan Muzium Malaysia

Penasihat Datuk Kamarul Baharin bin A. Kasim

Ketua Editor Mohd Azmi bin Mohd Yusof

Editor Azmi bin Ismail Esa bin Haron Samsol bin Sahar

Penyelaras Nor Hasni binti Che Hassan Mohd Hazilas bin Mat Hashim

Fotografi Unit Sumber Media

Edaran Unit Perpustakaan

Diterbitkan oleh Jabatan Muzium Malaysia Jalan Damansara 50566 Kuala Lumpur Tel:(+603)2267 1000 (+603)2282 6255 Faks: (+603)2282 6434 http://www.jmm.gov.my

Dicetak oleh OMR Press (M) Sdn. Bhd.

Berita JMM diterbitkan 4 bulan sekali. Buletin ini boleh dimuat turun daripada laman web JMM.

RASIONAL GAMBAR MUKA DEPAN Muskat merupakan pakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong. Baju ini dipamerkan semasa Pameran Raja Kita sempena Pertabalan KDYMM SPB Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V.

BERITA JMM JILID 22/BIL.2 MEI - OGOS 2017

BERITA JMM

2

KANDUNGAN

Perasmian Pameran Raja KitaPerasmian Pameran Kuala Lumpur 2017

Perasmian Pameran Ikon Fesyen Retro - SalomaPameran Diplomacy@60, Dulu dan Sekarang

Sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2017Muzium Perak Dulu, Kini dan Selamanya

Mengimbau Kenangan ChimneyAnjung Budaya Kg. Layang-Layangan, Labuan

Perang Kedah-Siam (1821-1842)Ilmu Langit Orang Asli, Khazanah Yang Dilupakan

Program Living Museum Day 2017Album JMM

Rentaka - Satu Pemerhatian AwalMari Bercerita Bersama Si Cilik

Bicara Kurator - Sejarah Pengamalan Adat Perpatih MRT Muzium Negara

Program Outreach ‘Kenali Muzium’ Siri IiProgram Semarak Merdeka @ Muzium Matang

Kembara Warisan Seni BinaProgram Inreach ‘Discover Museum’

Projek Sains dan Kreativiti Marin di Muzium Marin LabuanProgram Semarak Merdeka “Negaraku Sehati Sejiwa”

Bengkel Membuat Acuan Duit PitisLawatan Kumpulan Kedua Penuntut Kursus Mekanik Kejuruteraan

Jejak Sejarah Siri 3 Di Muzium ChimneyEksplorasi Hidupan Marin Muzium Marin Labuan

Kursus Asas Taksidermi Ikan 2017Khasiat Pokok BekoPuisi Jiwa Merdeka

468910121213131415161820212223242525262627282829293031

4 8

6

15

18

14

JILID 22 BIL. 2 MEI - OGOS 2017

Jabatan Muzium Malaysia sekali lagi telah diberi peluang dan kepercayaan untuk mengadakan pameran yang penuh bermakna iaitu, Pameran

Raja Kita yang diadakan di Muzium Diraja. Pameran Raja Kita ini merupakan pameran kali kedua diadakan di Muzium Diraja yang dahulunya dikenali Istana Negara Lama. Pameran pertama diadakan pada 2012 bersempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

CE

RIT

A M

UK

A D

EP

AN

PERASMIAN PAMERAN RAJA KITAKDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XV SULTAN MUHAMMAD VOleh Noraini binti Basri, Muzium Negara ([email protected])

BERITA JMM

4

untuk generasi akan datang sebagai simbol kedaulatan negara, payung yang melindungi rakyat Malaysia. Pameran turut menyajikan pelbagai koleksi peribadi Sultan Muhammad V termasuk Al-Quran dan rehal, set sukan menyelam, peralatan memanah, pelana kuda sukan polo dan basikal riadah baginda. Selain barangan peribadi baginda, manuskrip seperti Misa Melayu, Taj Al-Salatin dan Sejarah Negeri Kelatan yang asal turut dipamerkan.

Turut dipaparkan dalam pameran tersebut ialah segmen Alat-alat Kebesaran Diraja yang merangkumi Keris Panjang Diraja, Cogan Alam, Cogan Agama, Cokmar, Pedang, Keris Panjang dan Sudang Diraja. Segmen ini memberi peluang kepada masyarakat untuk menyaksikan alat-alat kebesaran yang digunakan sempena istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V dan ia tidak dipamerkan di mana-mana kecuali pameran khas sahaja. Manakala

pakaian istiadat yang dipakai oleh Yang di-Pertuan Agong pada majlis

pertabalan, iaitu Muskat, Tengkolok, Pending dan Keris Pendek

juga merupakan sebahagian daripada koleksi yang dipamerkan.

Pameran yang berlangsung selama empat bulan ini diharap dapat memberi

manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya

dan pelancong-pelancong luar negara amnya sebagai platform

yang terbaik untuk mengenali keperibadian baginda secara lebih dekat

dan keunikan sistem pemerintahan di negara kita.

CE

RITA

MU

KA

DE

PA

N

Pada tanggal 2 Mei 2017, Sultan Muhammad V telah berkenan merasmikan Pameran Raja Kita sempena pertabalan Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15. Keberangkatan tiba Seri Paduka diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin. Sultan Muhammad V berkenan memalu gong sebanyak tiga kali sebagai simbolik kepada perasmian pameran yang mula dibuka kepada orang ramai pada 3 Mei hingga 4 September 2017.

Pameran Raja Kita diadakan sebagai satu cara untuk memperkenalkan dan memupuk hubungan yang lebih erat antara KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dengan rakyat selain memperkukuh semangat cinta negara dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara dan kerajaan baginda sultan. Pameran ini juga bertujuan untuk memberi manfaat dan menyedarkan rakyat akan kepentingan memelihara sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan konsep Raja Berperlembagaan

JILID 22 BIL. 2 MEI - OGOS 2017

5

Kuala Lumpur 2017 merupakan jenama kepada Sukan SEA ke-29 yang berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos manakala Sukan Para ASEAN ke-9 pula dari 17 hingga 23 September. Temasya ini adalah kali ke-6 bagi Malaysia

sebagai tuan rumah. Sebelum ini, Malaysia pernah menjadi tuan rumah pada tahun 1965, 1971, 1977, 1989 dan 2001. Kali ini, tema “Bangkit Bersama” dipilih kerana salah satu lambang negara-negara Asia Tenggara yang perlu bersatu sebagai sebuah komuniti yang makmur dan sejahtera. Bahkan, ia turut menggambarkan semangat atlet yang tidak berputus asa. Maskot temasya ini ialah Harimau Malaya yang digelar “Rimau”. Perkataan “Rimau” memberi makna tersendiri iaitu “Respect”, “Integrity”, “Move”, “Attitude” dan “Unity”.

Bersempena sambutan temasya yang gilang-gemilang ini, Jabatan Muzium Malaysia telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan Pameran Kuala Lumpur 2017: Bangkit Bersama yang bertempat di Galeri 1 dari 17 Ogos hingga 30 September. Pameran julung kali ini telah mendapat kerjasama daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia; Kementerian Belia dan Sukan Malaysia; Majlis Sukan Negara; Majlis Olimpik Malaysia; dan Majlis Paralimpik Malaysia. Bagi meraikan pameran ini, majlis perasmian telah berlangsung pada 17 Ogos di Dataran Muzium Negara. YB Brig. Jen. Khairy Jamaluddin selaku Menteri Belia dan Sukan telah merasmikan pameran ini dengan upacara menyalakan obor dan memotong reben di pintu masuk pameran. Majlis ini juga diserikan dengan kehadiran YBhg. Datuk Rashidi bin Hasbullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) MOTAC, YBhg. Datuk Kamarul Baharin bin A. Kasim,

Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia; ketua-ketua agensi; dan orang awam.

Memetik ucapan YB Menteri, pameran ini amat bersesuaian sekali dengan penganjuran temasya ini. Ianya juga menjadi satu detik yang penting kerana ia merupakan Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN yang pertama diadakan selepas penubuhan Komuniti ASEAN pada tahun 2015. Kementerian sedang merancang untuk membina sebuah muzium sukan kebangsaan di Kuala Lumpur Sports City fasa kedua. Muzium sukan ini akan mempamerkan kejayaan sukan negara dan koleksi-koleksi atlet seperti jersi, kasut, pingat dan peralatan sukan.

Pameran ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang sejarah penganjuran Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN yang menandakan hubungan negara-negara di rantau

PA

ME

RA

N

PERASMIAN PAMERAN

Oleh Nor Hasni binti Che Hassan, Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi ([email protected])

BERITA JMM

6

Asia Tenggara terjalin sejak tahun 50-an. Selain itu, pameran ini mampu mendekatkan masyarakat kepada acara-acara sukan yang dipertandingkan sekaligus membangkitkan minat kesukanan dalam kalangan rakyat. Bahkan, ia sebagai salah satu pengiktirafan dan penghargaan kepada barisan atlet yang mengharumkan nama negara dalam temasya sukan Asia Tenggara.

Antara bahan-bahan yang dipamerkan ialah kronologi siri-siri penganjuran termasuk penganjuran kali ini; pencapaian Malaysia sepanjang siri temasya; lagenda sukan negara; dan koleksi-koleksi sukan seperti piala, pingat, cenderamata maskot, serta jersi atlet. Malahan, tayangan video di ruang audio-visual juga menjadi tarikan pengunjung. Pameran ini boleh dilawati secara percuma oleh semua lapisan masyarakat termasuk pelancong luar negara. Diharapkan pameran ini dapat memberi manfaat kepada negara mahu pun seluruh negara serantau, dan menyemarakkan lagi temasya dwitahunan ini.

PA

ME

RA

NJILID 22 BIL. 2 MEI - OGOS 2017

7

PA

ME

RA

N

Pameran Ikon Fesyen Retro: Saloma dirasmikan Timbalan Menteri Pelancongan dan

Kebudayaan Malaysia, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Saloma atau nama sebenarnya Salmah Ismail pernah mencipta gaya pemakaian unik mengikut potongan badannya dan pinggang seramping 21 sentimeter, dengan bahagian atas dada dan bahu yang terdedah. Ketika zamannya, fesyen begitu agak baharu, terutama jika digayakan perempuan Melayu yang masih kuat adat budaya ketimuran.

Malah, penyanyi yang terkenal dengan Gita “Tiru Macam Saya” itu turut mendapat perhatian Seniman Barat, termasuk pelakon dan pengarah, Marlon Brando sehingga menyodorkan jolokan `Marilyn Monroe of The East’ kepadanya sekitar 1958.

Antara potongan fesyen yang pernah dipopularkan Saloma Adalah peplum, kain kipas, kain sempit, kain belah dan kebaya ketat, sekitar 1950-an dan 1960-an.

Contoh peplum dan kain belah sempit yang pernah digayakan beliau ialah ketika menyanyikan Gita Selamat Pengantin Baru dalam filem Madu Tiga pada 1964.

Saloma juga mempopularkan potongan kebaya tradisional klasik sehingga ia diguna pakai sebagai seragam rasmi pramugari Malaysia Airlines dan Singapore Airlines (SIA) sehingga ke hari ini.

PERASMIAN PAMERANSalomaIKON FESYEN RETRO

Oleh Sila binti Sulaiman, Muzium Tekstil Negara ([email protected])

BERITA JMM

8

PAMERAN DIPLOMACY@60 DULU DAN SEKARANGGALERI 1 & 2

Bermula pada 8 Mei 2017, Kementerian Luar Negeri dengan kerjasama Jabatan Muzium

Malaysia telah mengadakan satu pameran yang bertajuk Diplomacy @ 60 Dulu dan Sekarang yang bertempat di Galeri 1 dan 2 Jabatan Muzium Malaysia. Pameran ini dibuka kepada awam dari 8 Mei sehingga 15 Julai 2017. Pameran ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang hubungan diplomatik Malaysia dengan negara lain sejak negara mencapai kemerdekaan. Pelancaran pameran ini telah disempurnakan oleh Y.B Dato’ Anifah Haji Aman, Menteri Luar Negeri, pada 23 Mei 2017 yang lalu.

Oleh Zuniwati binti Ab. Rahman, Muzium Negara ([email protected])

PA

ME

RA

N

Galeri 1 memaparkan pameran oleh 18 perwakilan asing di Kuala Lumpur iaitu negara-negara yang telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan Malaysia sejak tahun 1957. Galeri 2 pula memaparkan sejarah perkembangan hubungan luar Malaysia, sejarah Kementerian Luar Negeri dan koleksi peribadi Menteri Luar dan Malaysia yang pernah berkhidmat di luar negara.

Pameran yang diadakan sehingga 15 Julai ini turut mempamerkan kenangan tokoh-tokoh yang disegani dalam pelaksanaan dasar luar Malaysia yang bermula daripada Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sehinggalah kini. Pameran ini juga mempamerkan pembabitan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sejak tahun 1957 yang menandakan penglibatan Malaysia di persada antarabangsa sejak 60 tahun dahulu. Pameran Diplomacy @ 60 Dulu dan Sekarang ini dibuka setiap hari mulai jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang dan masuk adalah percuma.

JILID 22 BIL. 2 MEI - OGOS 2017

9

Setiap tahun pada 18 Mei, kita menyambut perayaan Hari Muzium Antarabangsa (HMA). Pada tahun ini, negeri Terengganu menjadi tuan rumah bagi sambutan HMA peringkat kebangsaan dengan tema Muzium

Dan Pertikaian Sejarah: “Mengungkap Yang Tersirat”, ”Museums and contested histories: Saying the unspeakable in museums”. Acara sambutan bermula pada 14 Mei hingga 20 Mei. Penyertaan pada kali ini amat menggalakkan, hampir seluruh muzium-muzium di Malaysia menghantar penyertaan bagi memeriahkan sambutan pada kali ini.

SAMBUTAN HARI MUZIUM ANTARABANGSA 2017

PR

OG

RA

M

Oleh Mohd Hazilas bin Mat Hashim, Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi ([email protected])

BERITA JMM

10

Antara program yang istimewa di Terengganu ialah bengkel gamelan, santai kolek, santai batik kapok dan paling istimewa tentulah program mencandat sotong, walaupun hasilnya kurang memberangsangkan, namum para peserta sedikit sebanyak boleh menimba pengalaman dengan merasai sendiri pahit manis rutin sebagai nelayan mencari rezeki.

Program muzium dan masyarakat yang berlangsung di Kampung Jenang juga tidak kurang hebat sambutannya dari penduduk kampung, antara aktiviti yang dijalankan bersama penduduk kampung antaranya ialah gotong-royong, mainan tradisional, kenduri ala kampung dan sebagainya. Menerusi program komuniti seperti ini, sistem komunikasi menjadi lebih mudah dan jelas antara muzium dan masyarakat. Diharapkan program seumpama ini dapat dikekalkan dan diperluaskan supaya menjadi salah satu medium menyalurkan maklumat yang berkesan.

PR

OG

RA

MJILID 22 BIL. 2 MEI - OGOS 2017

11

Muzium Perak Dulu, Kini dan Selamanya Mengimbau

Kenangan Chimney

Oleh Barhaman Zaktom bin Ahmad, Muzium Perak ([email protected])

Oleh Zainon binti Halon, Muzium Chimney ([email protected])

Pada 4 Mei 2017, Muzium Perak telah mengadakan program Bicara@Muzium bertajuk Muzium Perak Dulu, Kini dan Selamanya. Program ini diadakan bagi menyampaikan maklumat kepada masyarakat mengenai kepentingan muzium sebagai sebuah organisasi untuk memelihara warisan sejarah, budaya dan alam semulajadi negara. Penceramah jemputan adalah terdiri daripada mantan ketua Muzium Perak iaitu YBhg. Dato’ Paiman bin Keromo dan YBhg. Dato’ Ibrahim bin Ismail.

Pada tahun ini genap 134 tahun usia penubuhan Muzium Perak. Ia merupakan muzium yang pertama dan tertua di negara ini. Idea penubuhannya telah dicetuskan oleh Sir Hugh Low, Residen British ketiga di Perak ketika itu. Beliau telah melantik Leonard Wray Junior, seorang ahli botani dan zoologi serta pernah berkhidmat sebagai Penguasa di Bukit Maxwell (Bukit Larut) sebagai kurator Muzium Perak yang pertama. Jadi tidak hairanlah jika zoologi merupakan antara koleksi Muzium Perak yang terawal dan banyak spesimen yang dikumpulkan pada ketika itu. Sehingga kini, Muzium Perak telah diketuai oleh pegawai-pegawai yang terdiri daripada pelbagai bidang permuziuman dan kepakaran seperti arkeologi, etnologi, taxidermi, entomologi, konservasi, antropologi, sosiologi, seni halus, seni reka dan sebagainya.

Institusi permuziuman merupakan salah satu pusat pengembangan minda masyarakat dan menjadi gedung ilmu kepada pelbagai genre pengetahuan. Namun demikian, institusi muzium terpaksa berdepan dan bersaing dengan keseronokan yang terdapat di taman-taman tema, pusat membeli-belah dan pusat-pusat peranginan yang lebih menarik minat masyarakat terutamanya generasi belia. Justeru itu, satu anjakan paradigma perlu dilakukan agar aktiviti permuziuman tidak terus menjadi rutin yang basi sehingga tidak berupaya menarik pengunjung datang ke muzium. Bagi mendepani cabaran ini, penganjuran program Bicara @ Muzium: Muzium Chimney dengan tema “Mengimbau Kenangan Chimney” dilaksanakan melalui kaedah pendekatan yang lebih santai dan relevan selaras dengan kehendak semasa. Program yang berlangsung pada 29 Julai 2017 bertempat di Muzium Chimney diterima baik oleh pelbagai lapisan masyarakat di Wilayah Persekutuan Labuan. Program yang julung-julung kalinya diadakan ini telah dihadiri sebanyak 80 orang peserta yang terdiri daripada jabatan kerajaan, ahli-ahli masyarakat, NGO, pemandu pelancong, pelajar sekolah dan komuniti setempat.

Program bual bicara Mengimbau Kenangan Chimney telah dilangsungkan secara santai dalam 2 sesi yang berasingan. Sesi pertama telah menampilkan seorang ahli masyarakat tempatan iaitu Puan Wahidah Binti Abdullah dari RTM Labuan yang membicarakan topik Mengimbau Kenangan Chimney. Seterusnya diikuti dengan Encik Willie Teo, Penasihat Kehormat Persatuan Pemandu Pelancong Labuan dengan tajuk Chimney Dan Interpretasi Sejarah Labuan. Acara kemudiannya diteruskan dengan sesi soal jawab dan persembahan kebudayaan Mukun Kedayan daripada kumpulan Kumala Labuan.

BIC

AR

A @

MU

ZIU

MBERITA JMM

12

Di Anjung Budaya Kg. Layang-Layangan, Labuan

Perang Kedah-Siam (1821-1842)

TN

50B

ICA

RA

@ M

UZ

IUM

Oleh Arzmi bin Dulang, Muzium Labuan ([email protected])

Oleh Azhar bin Mohamed Noor, Muzium Kota Kuala Kedah ([email protected])

Muzium adalah sebuah Institusi yang telah diberikan tanggungjawab dalam pengekalan dan memartabatkan sejarah, kebudayaan dan warisan negara. Masyarakat perlu menghargai usaha dan peranan yang dipelopori oleh Jabatan Muzium Malaysia dalam elemen pendokumentasian dan kajian ilmiah yang bermutu sebagai cabang pendidikan untuk tatapan generasi akan datang. Justeru itu, Jabatan Muzium Malaysia Wilayah Labuan telah mengambil inisiatif menganjurkan Program Bicara@Muzium pada 13 Mei 2017 di Anjung Budaya, Kampung Layang-Layangan. Penganjuran program ini adalah kesinambungan daripada program “Bicara Sarjana” yang telah diadakan pada 28 September 2016 dan program-program bicara tokoh sebelum itu.

Program ini bertujuan untuk menggalakkan perkongsian ilmu melalui hasil kajian ahli akademik, sejarahwan, penyelidikan tempatan sebagai bukti dokumentasi sejarah dan kebudayaan di Wilayah Persekutuan Labuan. Program Bicara@Muzium yang bertemakan sejarah dan kebudayaan telah disampaikan oleh Prof. Madya

Muzium Kota Kuala Kedah telah mengadakan Program Bicara @ Muzium: Perang Kedah - Siam (1821-1842) pada 21.08.2017 bertempat di ruang pejabat Muzium Kota Kuala Kedah. Perang Kedah - Siam mulai tercetus pada tahun 1821 dan merupakan perjuangan orang Melayu Kedah di bawah pimpinan Orang Besar Kedah menentang serangan mengejut yang dilakukan oleh angkatan tentera Siam. Angkatan Kedah gagal mempertahankan tanah air mereka, berikutnya negeri Kedah diduduki Siam.

Antara pembentang yang terlibat dalam program bicara ini adalah Tuan Haji Hasim bin Saari, Pensyarah/ Ketua Unit Praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPDA) dengan tajuk Perang Kedah - Siam (1821 - 1842) “British: Telunjuk Lurus Kelingking Berkait Dalam Perang

Dr. Ismail B. Ali, Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah dan anak watan Pulau Labuan untuk

membicarakan, berkongsi pandangan dan pengalaman beliau berhubung elemen sejarah dan kebudayaan di WP Labuan. Kemasyhuran Pulau Labuan baik dari segi sejarah, kedudukan geografi, ekonomi dan kepelbagaian masyarakat di rantau ini sejak zaman-berzaman telah menjadikannya unik sehingga mendapat jolokan mutiara di Laut China Selatan.

Program ini menerima 120 orang penyertaan yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, Ahli Masyarakat, NGO, guru sekolah menengah dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi. Program Bicara@Muzium telah disempurnakan oleh En. Muhamad Nazli Ho B. Abdullah Penolong Kurator Kanan Muzium Labuan yang mewakili Ketua Pengarah Jabatan Muzium Labuan. Turut hadir ialah Encik Mahathir bin Abdul Hamid, Pengarah Jabatan Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Perbadanan Labuan.

Kedah-Siam” dan Profesor Emiritus Dr. Abdullah Zakaria bin Ghazali, Pensyarah Jabatan Sejarah Fakulti Sastera Dan Sains Sosial, Universiti Malaya dengan tajuk Perang Kedah - Siam (1821 - 1842).

Program bicara ini melibatkan 150 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Laksamana dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sharifah Rodziah serta wakil dari Muzium Negeri Kedah, Pusat Sains Negara Cawangan Kedah, Jabatan Warisan Negara, Tourism Malaysia, Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Negeri Kedah, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis, Galeria Perdana, Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Institut Perguruan Guru Kampus Darulaman, Persatuan Sejarah Negeri Kedah dan orang perseorangan.

JILID 22 BIL. 2 MEI - OGOS 2017

13

Khazanah Yang Dilupakan

BIC

AR

A @

MU

ZIU

M

Pada tahun ini, Muzium Seni Kraf Orang Asli (MSKOA) sekali lagi meneruskan penganjuran satu

program wacana ilmu yang dinamakan Bicara@Muzium 2017. Satu tajuk khusus telah dipilih untuk program ini iaitu Ilmu Langit Orang Asli – Khazanah Yang Dilupakan. Program bicara ini juga telah dimasukkan dalam Kalendar Tahun 2017 Jabatan Muzium Malaysia (JMM).

Pembentang kertas kerja untuk Program Bicara@Muzium ini ialah Saudari Nurul Fatini binti Jaafar daripada Pertubuhan Astronomi Pulau Pinang. Program bicara ini telah berlangsung dengan jayanya pada 15 Ogos 2017 (Selasa), bertempat di Auditorium, Jabatan Muzium Malaysia. Para peserta seramai 316 orang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, pegawai dan kakitangan JMM, siswa dan siswi dari

beberapa Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), pihak media, aktivis dan NGO Orang Asli, pengiat seni, orang perseorangan,yang berkaitan dengan masyarakat Orang Asli serta masyarakat Orang Asli itu sendiri. Program ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YBhg. Datuk Kamarul Baharin bin A.Kasim, Ketua Pengarah, Jabatan Muzium Malaysia. Program ini juga turut dihadiri oleh YBrs. Encik Mohd Azmi bin Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah(Permuziuman), Jabatan Muzium Malaysia.

Objektif utama program bicara ini ialah untuk memberi pendedahan dan penyebaran maklumat kepada masyarakat umum mengenai keilmuan dan pegangan budaya masyarakat orang asli terhadap ilmu astronomi dan kosmologi dalam kehidupan mereka. Program bicara ini berlangsung selama dua jam dan diserikan lagi dengan satu Pentomin Khas Kisah Gerhana mengikut kepercayaan masyarakat orang asli, Suku Kaum Semai yang telah dipentaskan oleh para pelajar Sekolah Kebangsaan Seksyen 20, Shah Alam, Selangor.

Oleh Asmawi bin Mohamed Yunos, Muzium Seni Kraf Orang Asli ([email protected])

BERITA JMM

14

Buat pertama kalinya, Muzium Seni Kraf Orang Asli (MSKOA) telah menganjurkan PROGRAM LIVING

MUSEUM DAY 2017 pada 18 Mei 2017 (Khamis) bermula jam 09.00 pagi hingga 5.00 petang, bertempat di Galeri MSKOA . Seramai 14 orang masyarakat Orang Asli dari Suku Kaum Mah Meri dan Semai telah terlibat dalam menjayakan program ini, serta dimeriahkan lagi dengan kehadiran para peserta Program TM - JMM Media Challenge 2017 yang juga berlangsung pada hari yang sama di Galeri MSKOA. Para peserta Program TM - JMM Media Challenge ini perlu mengambil bahagian dalam aktiviti menyumpit dan menjawab soalan kuiz yang telah disediakan oleh pihak MSKOA sempena program ini.

Program Living Museum Day ini telah berjaya menarik kehadiran pengunjung ke Galeri MSKOA seramai 705 orang sepanjang seharian program berlangsung. Para pengunjung yang hadir ke program ini terdiri daripada pelawat tempatan dan luar negara, pegawai dan kakitangan JMM, siswa dan siswi dari universiti tempatan, aktivis dan NGO Orang Asli serta masyarakat Orang Asli itu sendiri.

PROGRAM LIVING MUSEUM DAY 2017

PA

ME

RA

N

Oleh Asmawi bin Mohamed Yunos, Muzium Seni Kraf Orang Asli ([email protected])

JILID 22 BIL. 2 MEI - OGOS 2017

15

Bengkel Penyelidikan FRIM

Pameran Diplomacy @ 60 - Dulu & Sekarang

Aidilfitri JMM

ALB

UM

JM

MBERITA JMM

16

Aidilfitri JMM

Hari Muzium Antarabangsa 2017

Aidilfitri MOTAC

ALB

UM

JMM

JILID 22 BIL. 2 MEI - OGOS 2017

17

Berdasarkan Kamus Melayu Global tahun 1997 meriam adalah senjata api yang besar dan berat serta pelurunya boleh menghancurkan sasaran. Dalam masyarakat Melayu, meriam digunakan dalam peperangan dan merupakan

senjata utama untuk mempertahankan kedaulatan tanah air. Meriam di Tanah Melayu dipercayai telah wujud sekitar abad ke -14 dan 15 Masihi berdasarkan jumpaan serpihan besi yang menyerupai acuan Meriam di Jeram Kawi, Pahang yang dinyatakan dalam artikel ‘Some Discoveries On The Tembeling” (1928 : 68) oleh Linehan. Dalam alam Melayu Nusantara ia dikenali juga sebagai bedil oleh masyarkat Brunei dan Meriam Bedil oleh Masyarakat Jawa. Selain Tanah Melayu meriam juga dibuat di Jawa, Sumatra, Minangkabau, Acheh dan Brunei.

Meriam Melayu berbeza daripada meriam Barat terutamanya dari segi ragam hias dan saiznya. Seni ragam hias pada meriam Melayu mempunyai motif dan dekorasi yang bercirikan ketimuran seperti kerawang pada permukaan badannya dan juga bahagian muncungnya yang berbentuk mulut naga. Meriam Barat pula tidak ada dekorasi atau motif, biasanya ada logo tertentu sahaja. Ianya diperbuat daripada besi padu, saiz yang lebih besar dan berat, berbentuk silinder dan memerlukan roda untuk digerakkan. Manakala meriam Melayu kebanyakkannya diperbuat daripada Tembaga dan juga yang diperbuat daripada besi, berlaras panjang, lebih ringan, kecil dan mudah alih.

Sebagai salah satu tinggalan warisan sejarah yang bernilai tinggi meriam Melayu merupakan diantara koleksi yang terdapat di Muzium. Ia terdiri daripada pelbagai jenis, salah satu daripadanya adalah meriam yang dikenali sebagai Rentaka.Rentaka dikenali juga sebagai Lela Rentaka, Lantaka dan Rentakan. Biasanya ia diperbuat daripada besi baja, bersaiz kecil, lebih ringan dan mudah alih. Menurut Kamus Dewan dipetik bahawa Rentaka adalah sejenis meriam yang larasnya boleh diarahkan kemana-mana, boleh dipusing-pusingkan, boleh diputar-putarkan dan sejenis Lela tetapi saiznya lebih kecil. Berdasarkan daftar koleksi Muzium Brunei, Rentaka boleh dikategorikan dalam Meriam kecil yang bersaiz diantara 1 cm hingga 30 cm dangan berat dalam 1 kg hingga 8 kg.

SATU PEMERHATIAN AWAL

Oleh Nurlina binti Hamza ([email protected]) Mohd Hazilas bin Mat Hashim ([email protected])

TAH

UK

AH

AN

DA

?BERITA JMM

18

PEMERHATIAN AWAL

Pihak kami telah dibawa ke pusat Repositori Utama untuk mendapatkan dan meneliti sendiri Rentaka berkenaan. Didapati bahawa Rentaka jenis ini adalah satu-satunya yang terdapat dalam daftar koleksi Repositori Utama. Selain itu terdapat juga beberapa jenis koleksi rentaka yang turut dipamerkan di beberapa Muzium yang lain.

Daripada pemerhatian awal, didapati bahawa Rentaka ini diperbuat daripada besi baja sebab walaupun kecil ia padu dan mempunyai berat 5.5 kg. Berwarna hitam, bersaiz kecil, berbentuk silinder dan tertutup rata dibahagian belakang. Mempunyai struktur seperti gelung yang dipasang dibahagian tengah. Cara pembuatan yang kasar jelas pada dipermukaan badannya. Tiada motif atau dekorasi. Ukuran artifak seperti dalam Rajah.1.

Secara teorinya dari kajian awal yang telah dilakukan didapati bahawa kaedah pembuatan Rentaka ini menggabungkan kaedah acuan dan pemasangan komponen secara berperingkat. Bentuk Rentaka ini didapati terdiri daripada beberapa komponen dan dipasang secara berasingan. Dalam Rajah 2 digambarkan secara jelas komponen Rentaka tersebut.

Berdasarkan dari pemerhatian awal yang telah dilakukan boleh dikatakan bahawa Rentaka ini mempunyai ciri dwifungsi iaitu sebagai senjata untuk menembak dan juga alat komunikasi seperti menghantar isyarat (suar). Dimana bahagian belakang yang rata boleh dijadikan sebagai kaki untuk ianya diletakkan secara menegak diatas permukaan tanah ataupun diatas dek perahu. Bersifat mudah alih dan boleh dibawa dengan tangan.

Rajah 1: Keratan rentas rentaka

Laras / barrel – merupakan badan utama pada rentaka, dimana pada bahagian dalamnya terdapat kebuk iaitu tempat

melancarkan peluru. Laras dikira bermula dari lubang belerang hingga ke muncung / kaliber.

Lubang belerang / vent – lubang untuk membakar sumbu belerang dan menghasilkan letupan.

Kaliber / calibre – terletak pada hujung rentaka, tempat keluar

peluru rentaka.

Bahagian belakang / seater – bahagian belakang ini bertindak sebagai kaki

sesebuah rentaka apabila ia perlu berada pada posisi

yang menegak.

Gelang penguat / reinforce bangle – bertindak sebagai penyokong dan menambahkan lagi

kekuatan struktur sesebuah rentaka.

Analisis DataNama Koleksi : Rentaka Jenis : MeriamTarikh Perolehan : Tidak diketahuiAsal Koleksi : Tidak diketahui Lokasi : Repositori UtamaUkuran / Saiz : i. Panjang Laras : a) 25 cm (Teras)ii. Lebar Laras : a) Mulut / Muncung : 8 cm / plain b) Belakang : 8.5cm / tertutup / Rataiii. Ukur Lilit : a) Depan : 25 cm b) Belakang : 26 cmiv. Lubang belerang : ~3 cmv. Kaliber : 3 cmvi. Berat : 5.5 kgvii. Bahan Asas : Besi Bajaviii. Gelung/Sangga : a) Panjang : - b) Lebar : 3 cm

TAH

UK

AH

AN

DA

?JILID 22 BIL. 2 MEI - OGOS 2017

19

maribercerita

(Storytelling) Sempena Cuti Hari WesakBersama Si Cilik

Oleh Muhamad Lutfil Hadi bin Ruslan, Pelajar Latihan Industri Muzium Negara

Bersempena cuti Hari Wesak yang jatuh pada 10 Mei 2017, Muzium Negara telah mengadakan aktiviti pendidikan bagi memenuhi aspirasi menjadikan Muzium Negara wadah kepada penyampaian ilmu secara tidak langsung

kepada masyarakat. Objektif bagi aktiviti ini adalah untuk berkongsi ilmu pengetahuan terutamanya kepada kanak-kanak melalui aktiviti interaktif dalam dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Selain itu, aktiviti seperti ini juga bertujuan mendekatkan diri mereka terhadap sejarah, seni dan budaya yang terdapat di muzium.

Program yang melibatkan pelajar Tabika Kemas, Taman Sri Keramat, Kuala Lumpur yang tiba di Muzium Negara sekitar jam 9.00 pagi dan dibawa melawat kesemua empat galeri. Aktiviti teras telah berlangsung di Ruang Penerokaan Muzium Negara. Antara aktiviti yang dianjurkan adalah Mari Bercerita (storytelling), mewarna,

SE

MIN

AR

BERITA JMM

20

BICARA KURATORSEJARAH

PENGAMALAN ADAT PERPATIH

DI NEGERI SEMBILAN

Oleh Juliyana binti Othman, Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi ([email protected])

Bicara Kurator siri 2 tahun 2017 telah berlangsung pada 25 Mei 2017 bertempat di bilik Persidangan Jabatan Muzium Malaysia. Bicara Kurator ini telah dibentangkan oleh saudara Rosiswandy bin Mohd. Salleh, Penolong Kurator Muzium Adat dan dihadiri oleh seramai 54 orang peserta. Melalui bicara kurator ini, para peserta didedahkan dengan sejarah Negeri Sembilan yang memang terkenal mengamalkan Adat Perpatih. Pengamalan Adat Perpatih di Negeri Sembilan sedikit berbeza dengan Adat Perpatih yang diamalkan di tanah Minangkabau, Sumatera. Sehingga kini Adat Perpatih memainkan peranan penting kepada sistem pentadbiran Negeri Sembilan yang merangkumi aspek pelantikan pemimpin di semua peringkat, pemilikan harta pusaka, penerapan nilai-nilai keperibadian, kekeluargaan dan kemasyarakatan yang menjadi tonggak kepada keutuhan Negeri Sembilan sebagai Negeri Beradat.

Negeri Sembilan terletak di pantai barat semenanjung Malaysia dan berkeluasan kira-kira 2,565 batu persegi dan mempunyai tiga batang sungai utama iaitu sungai Linggi, sungai Muar dan sungai Teriang. Ketua pentadbiran tertinggi Negeri Sembilan ialah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan mempunyai beberapa luak (daerah). Empat buah Luak utama yang diketuai oleh seorang Undang ialah Luak sungai Ujong, Luak Jelebu, Luak Rembau dan Luak Johol. Manakala Luak-luak yang lain pula diketuai oleh seorang Penghulu. Adat Perpatih ini digunapakai dalam sistem politik dan adat-istiadat. Undang Yang Empat ini bertanggungjawab dalam melantik Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan jawatan Undang pula dilantik oleh Lembaga Adat dan Lembaga pula dilantik oleh Buapak dan seterusnya Anak Buah. Begitu unik Adat Perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan dan sedikit sebanyak melalui Bicara Kurator ini ilmu berkaitan Adat Perpatih dapat dikongsi dengan para peserta.

menyelesaikan teka-teki dan sebagainya. Aktiviti Mari Bercerita (storytelling) membawa kanak-kanak ini mengenali cerita-cerita klasik. Antaranya, ‘Red Riding Hood’, ‘Arnab Yang Cerdik’ dan ‘Monyet Yang Sombong’. Kanak-kanak dari Tabika Kemas tersebut amat teruja dan seronok mendengar dan melakukan aktiviti-aktiviti yang disediakan.

Aktiviti di Ruang Penerokaan selesai sekitar jam 12.00 tengah hari dan mendapat maklum balas positif daripada ibu bapa kanak-kanak yang menyertai aktiviti ini malah mencadangkan agar aktiviti seumpamanya diadakan pada masa akan datang.

Pelbagai manafaat yang boleh dipelajari oleh anak-anak cilik ini daripada aktiviti yang disediakan terutamanya berkaitan sejarah dan budaya di Muzium Negara. Umpama kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Rasa sayang kepada sejarah, budaya dan seni perlu diterapkan dalam diri bukan sahaja kepada orang dewasa malahan kanak-kanak dan juga remaja kerana setiap daripada kita haruslah mempunyai rasa bangga terhadap negara yang tercinta.

SE

MIN

AR

JILID 22 BIL. 2 MEI - OGOS 2017

21

Malaysia sudah terkenal dengan negara yang mempunyai jumlah penduduk yang berbilang kaum. Selain itu, ia juga dipacu dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat yang dahulunya berasaskan pertanian dan sekarang

berkembang menjadi sebuah negara perindustrian. Selaras dengan Wawasan 2020 yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020, kepimpinan di bawah Perdana Menteri kita sekarang, Y.A.B. Dato’ Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, yang mana salah satu dari enam teras NKRA adalah menambah baik pengangkutan awam bandar. Dalam usaha melonjakkan Malaysia ke arah Transformasi Negara 2050 (TN50), pembangunan sesebuah negara haruslah seimbang dengan kesempurnaan dan keselesaan pengangkutan awam yang juga semestinya mesra pengguna.

mrt muzium negara

Pada 17 Julai 2017 yang lalu, tercetusnya lagi sejarah apabila secara rasminya Fasa 2 laluan MRT (Mass Rapid Transit) dari Muzium Negara ke Kajang yang telah dibuka kepada orang ramai. Lokasi Stesyen MRT Muzium Negara ini terletak di Jalan Damansara di bahagian barat pusat bandar Kuala Lumpur atau lebih tepat di seberang pembangunan KL Sentral itu sendiri. Pintu masuk utamanya betul-betul terletak di hadapan bangunan Muzium Negara. Selain itu, Stesyen MRT Muzium Negara ini adalah zon laluan integrasi yang menghubungkan laluan ke Kelana Jaya melalui Stesyen Putra LRT, laluan ke Batu Caves-Tampin dan Tanjung Malim-Pelabuhan Klang melalui Stesyen Komuter serta laluan terus ke KLIA melalui KLIA Ekspres (ERL) serta Stesyen Monorel di Brickfields.

Semua ini dihubungkan melalui laluan pejalan kaki (linkway) yang menghubungkan KL Sentral dan Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Muzium Negara. Projek yang menelan belanja RM22 bilion dengan penjimatan kos sekitar RM330 juta dan membabitkan pembinaan

laluan sepanjang 240 meter itu berjaya disiapkan enam bulan lebih awal berbanding perancangan awal iaitu 18 bulan. Laluan pejalan kaki bawah tanah berhawa dingin itu hanya mengambil masa kira-kira empat minit bagi pengguna untuk berjalan dari Stesen MRT Muzium Negara ke KL Sentral.

Lebih menarik, setiap stesen bawah tanah mempunyai tema dan reka bentuk tersendiri yang mencerminkan lokasi dan persekitaran unik stesen. Ruang ke platfom gerabak dihiasi dengan gambar-gambar evolusi sistem pengangkutan di Malaysia dari zaman dahulu sehinggalah sekarang. Pembinaan stesen MRT ini sedikit sebanyak dapat membantu merancakkan ekonomi Malaysia ke tahap yang lebih tinggi lagi sekaligus dapat membuka banyak peluang pekerjaan bagi rakyat Negara ini amnya. Akhir kata, pembangunan sesebuah negara seperti Malaysia harus seiring dengan kepesatan infrastruktur terutama sekali berkenaan pengangkutan awam demi kemajuan sebuah negara.

Oleh Azman bin Abd Manap, Bahagian Penyelidikan dan Dokumentari ([email protected])

INFO

BERITA JMM

22

Pada 26 Julai 2017 (Rabu), Program Outreach “Kenali Muzium” telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Jijan, Nilai, Negeri Sembilan. Program ini merupakan satu program outreach yang dianjurkan oleh Muzium Automobil Nasional untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah mengenai latar belakang penubuhan muzium, koleksi dan juga kerjaya dalam bidang permuziuman.

Objektif program secara amnya ialah untuk mendedahkan kepada pelajar tentang peranan dan fungsi muzium dalam memelihara, mempamer dan menjaga khazanah warisan bangsa, mempromosikan dan menonjolkan peranan muzium sebagai tempat pendidikan tidak formal dan gedung ilmu kepada masyarakat, memupuk semangat patriotik dan cintakan negara, mendekatkan muzium dengan masyarakat terutamanya dengan pelajar-pelajar sekolah melalui aktiviti permuziuman yang dijalankan dan menambahkan statistik pelawat muzium.

Oleh Intan Khafdzrillia binti Fadzri, Muzium Automobil Nasional ([email protected])

LA

PO

RA

N P

RO

GR

AM

PROGRAM OUTREACH ‘KENALI MUZIUM’ SIRI II

Laporan Program

Muzium Automobil Nasional turut bekerjasama dengan Bahagian Pengurusan Konservasi, Jabatan Muzium Malaysia (JMM) dalam melaksanakan program dan aktiviti ini. Aktiviti dimulakan dengan taklimat mengenai Muzium Automobil Nasional dan ‘Pengenalan Asas Konservasi’ yang diadakan di surau sekolah kepada murid pra-sekolah dan semua pelajar dari tahun 1 hingga tahun 6. Aktiviti seterusnya adalah demonstrasi ‘Casting & Moulding’ diketuai oleh Encik Muhamad Faiz bin Azizan, kurator Bahagian Pengurusan Konservasi, Jabatan Muzium Malaysia dan dibantu oleh lima orang kakitangan dari unit yang sama. Keseluruhan jumlah peserta program adalah seramai 500 orang pelajar.

JILID 22 BIL. 2 MEI - OGOS 2017

23

Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 60 tahun, Muzium Matang telah mengadakan program Semarak Merdeka selama dua hari iaitu pada 16hb dan 17hb Ogos 2017 yang bertemakan “Negaraku Sehati Sejiwa”. Objektif utama program ini diadakan ialah mendidik masyarakat agar memahami erti kemerdekaan. Seramai 35 orang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Simpang, Taiping telah menyertai program ini. Taklimat awal telah diberikan oleh Ketua Muzium Matang mengenai sejarah Kota Ngah Ibrahim dan pengisian aktiviti program. Program bermula dengan aktiviti explorasi merdeka yang agak mencabar dan memerlukan kerjasama berpasukan. Terdapat 5 checkpoint yang perlu diselesaikan bagi menamatkan aktiviti ini. Kelewatan di setiap checkpoint, denda akan dikenakan kepada peserta berkumpulan. Seterusnya peserta disajikan tayangan rakaman video kepulangan Che Ngah Ibrahim dari Makam Al-Junid Singapura ke Matang pada 9 September. Program berakhir dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang.

PROGRAM SEMARAK MERDEKA @ MUZIUM MATANG

Laporan Program

LA

PO

RA

N P

RO

GR

AM

Pada 17 Ogos 2017, sekali lagi Muzium Matang menyemarakkan bulan kemerdekaan dengan mengadakan program bersama anak-anak kecil dari Tabika KEMAS di sekitar Muzium Matang. Sebanyak 5 buah Tabika KEMAS iaitu Tabika KEMAS pekan Matang, Tabika KEMAS Matang Gelugor, Tabika KEMAS Matang Road, Tabika KEMAS Kuala Sepetang dan tabika KEMAS Sg. Mati yang terdiri daripada 95 orang kanak-kanak terlibat dalam program ini. Ibu bapa juga turut hadir bagi memeriahkan lagi program Semarak Merdeka yang diadakan pada tahun ini. Program ini bermula dengan acara perbarisan dan nyanyian lagu-lagu patriotik. Seterusnya gimik penyerahan jalur gemilang oleh Tn. Hj Khairuddin bin Halim,Ketua Kampung Hujung Matang kepada Puan Zairul Hida binti Hamdan, Ketua Muzium Matang. Majlis turut dirasmikan oleh Encik Kamarudin bin Abu Bakar, Pegawai JASA daerah Larut Matang Selama merangkap pengerusi Tabika KEMAS Pekan Matang. Program diteruskan dengan pertandingan Kolaj Merdeka ‘Negaraku Sehati Sejiwa’ iaitu mewarna lakaran jalur gemilang berasaskan beras berwarna mengikut warna bendera Malaysia. Program berakhir dengan majlis penyampian hadiah kepada para pemenang.

Oleh Zairul Hida binti Hamdan, Muzium Matang ([email protected])

BERITA JMM

24

LA

PO

RA

N P

RO

GR

AM

Kembara Warisan Seni Bina

25 Mei 2017, Program Kembara Warisan Seni Bina anjuran Muzium Seni Bina Malaysia dengan kerjasama Kolej Komuniti Jasin, Melaka. Objektif program adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepelbagaian seni bina bangunan dan monumen warisan yang terdapat di sekitar tapak warisan Banda Hilir Melaka. Disamping itu melalui program ini peserta diberi pendedahan mengenali seni bina bangunan yang menjadi nilai sejarah dan warisan negara yang perlu dihargai oleh generasi sekarang dan akan datang.

Pengisian aktiviti adalah taklimat dan penerangan pengenalan Muzium Seni Bina Malaysia serta aktiviti cari harta karun. Dalam aktiviti cari harta karun peserta

Pada 3 Mei 2017 (Rabu), Program Inreach “Discover Museum” telah diadakan di Muzium Automobil Nasional dengan penyertaan dari murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn (2), Cheras Selangor. Program ini merupakan satu program yang dianjurkan oleh Muzium Automobil Nasional untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah mengenai latar belakang penubuhan muzium, koleksi dan juga kerjaya dalam bidang permuziuman.

Objektif program secara amnya ialah mendedahkan kepada pelajar tentang peranan dan fungsi muzium

dikehendaki menyelesaikan permasalah secara berkumpulan berkaitan sejarah dan bangunan warisan,disekitar tapak warisan . Antara bangunan yang terlibat ialah Muzium Seni Bina Malaysia, Bangunan Stadhuys, Replika lstana Kesultanan Melaka, Muzium Stem, Muzium Islam Melaka, Muzium Rakyat, dan Memorial Pengistiharan Kemerdekaaan.

Program ini diakhiri dengan majlis penutup dan penyampaian sijil serta cenderahati kepadapeserta dan wakil Kolej Komuniti Jasin.

Laporan Program

Program Inreach ‘Discover Museum’

Laporan Program

dalam memelihara, mempamer dan menjaga khazanah warisan bangsa. Sejumlah 36 orang murid telah menyertai aktiviti seperti lawatan berpandu, teka silang kata dan mencari perkataan tersembunyi. Aktiviti seperti ini memerlukan pelajar untuk mencari jawapan di panel grafik di galeri pameran. Pelajar-pelajar akan mencari jawapan dengan membaca teks dan kapsyen di panel grafik tersebut.

Oleh Zairul Hida binti Hamdan, Muzium Matang ([email protected])

Oleh Azahar bin Mat Daud, Muzium Seni Bina ([email protected])

Oleh Intan Khafdzrillia binti Fadzri, Muzium Automobil Nasional ([email protected])

JILID 22 BIL. 2 MEI - OGOS 2017

25

LA

PO

RA

N P

RO

GR

AM

Projek Sains dan Kreativiti Marin di Muzium Marin Labuan

Variasi aktiviti, kreativiti idea dan impak yang maksimum dalam perancangan sesebuah program menjadi keutamaan agar dapat menarik minta belia terutamanya untuk menyertai program yang dianjurkan oleh sesebuah muzium. Bagi menepati kriteria ini, Muzium Marin Labuan telah melaksanakan sebuah program yang dikenali Projek Sains dan Kreativiti Marin pada 12 Ogos 2017 yang lalu. Program yang melibatkan 30 orang pelajar ini telah disertai oleh pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Perumahan Bedaun, SMK Pantai dan SMK Rancha-Rancha. Objektif perlaksanaan program ini adalah untuk mendedahkan para peserta mengenali dan menambah pengetahuan mengenai spesies-spesies hidupan laut yang terdapat di Wilayah Persekutuan Labuan khususnya. Pengisian utama program ini ialah menghasilkan diorama ekosistem aquascaping hidupan marin dan mereka cipta sebuah bristle bot mengikut kreativiti masing-masing dengan menggunakan bahan yang disediakan dan yang diperolehi daripada aktiviti eksplorasi Pantai Tanjung Purun.

Pada 9 Ogos 2017 (Rabu), Program Inreach Semarak Merdeka “Negaraku Sehati Sejiwa” telah diadakan di Bilik Tayangan, Muzium Automobil Nasional bersempena sambutan bulan kemerdekaan negara. Program ini merupakan satu program inreach yang dianjurkan oleh Muzium Automobil Nasional untuk meraikan hari kemerdekaan Malaysia ke 60 bersama-sama murid-murid dari tadika ‘Growing Tree’ seramai 65 orang berusia 2 hingga 6 tahun beserta 13 orang guru pengiring.

Objektif program secara amnya ialah untuk menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan tanahair, berdisiplin dan bekerjasama dan mempunyai semangat patriotik dan cintakan negara; memupuk semangat perpaduan kaum antara murid; mendekatkan dan menarik minat kanak-kanak untuk berkunjung ke muzium dan menambahkan statistik pelawat muzium.

Majlis penutupan program ini telah disampaikan oleh Puan Salmiahwati Binti Djafar, Pengarah Muzium Labuan sekaligus menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Program ini diharap dapat mencapai objektifnya iaitu memberi pengetahuan secara tidak langsung kepada para pelajar mengenai hidupan dan habitat marin melaui kaedah pembelajaran informal dan santai.

Laporan Program

Oleh Mohd Rafizal Rashidi, Muzium Mesin Labuan ([email protected])

Oleh Rostan Hakimi bin Samad, Muzium Automobil Nasional ([email protected])

Program Semarak Merdeka“Negaraku Sehati Sejiwa”

Laporan Program

BERITA JMM

26

Oleh Mohammad Zaidi bin Haron, Muzium Kota Kayang ([email protected])

Muzium Kota Kayang telah menganjurkan Bengkel Membuat Acuan Duit Pitis pada 22 Julai 2017 (Sabtu) bertempat di Pusat Sumber, Muzium Kota Kayang, Perlis. Penyertaan bengkel ini adalah seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada peminat dan pengumpul mata wang lama, Persatuan Masdinar Kedah, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah dan juga peserta persendirian dari serata tempat. Bengkel ini diadakan selama satu hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. En. Ahmad Nasyruddin bin Ismail daripada Majlis Perbandaran Seberang Perai, Pulau Pinang telah dijemput sebagai penceramah jemputan bagi bengkel ini.

Objektif bengkel ini diadakan adalah memberi pendedahan kepada peserta mengenai sejarah perkembangan numismatik mata wang Kesultanan Melayu sekitar abad ke-16 hingga abad ke-18. Selain itu, peserta juga dapat menambah kefahaman perkembangan evolusi rekabentuk mata wang dari kerajaan Melayu suatu ketika dahulu. Peserta juga dapat mempelajari teknik-teknik asas dalam pembuatan acuan duit pitis. Bengkel dimulakan dengan sesi tayangan slaid “Acuan Mata Wang & Numismatik” yang menerangkan sejarah evolusi mata wang, jenis-jenis acuan wang pitis, perkembangan pembuatan wang pitis, reka bentuk pembuatan wang pitis, jenis batu yang digunakan dalam proses membuat acuan serta peralatan-peralatan yang digunakan untuk membentuk dan mengukir batu kawi.

Proses pembelajaran seterusnya ialah peserta diajar teknik merangka acuan mengunakan peralatan jangka iaitu sejenis alat untuk membuat bentuk bulatan di

BENGKEL MEMBUAT ACUAN DUIT PITIS

Laporan Program LA

PO

RA

N P

RO

GR

AM

atas permukaan batu kawi. Saiz bulatan yang diukir adalah sebesar saiz duit pitis yang asal. Bulatan pada permukaan yang telah dilorek tadi kemudiannya akan dikikis menggunakan mata pahat bersaiz kecil untuk menghasilkan lubang sedalam 2mm bertujuan membentuk ketebalan duit pitis. Proses berikutnya ialah melakar nama raja pemerintah dalam tulisan Jawi secara terbalik di atas permukaan lubang yang telah dikikis tadi. Nama itu kemudiannya akan dilorek menggunakan paku untuk menghasilkan bentuk tulisan apabila cecair timah dituang.

Pada sebelah petang, aktiviti para peserta bengkel diteruskan dengan mempelajari teknik memasukkan cecair timah yang telah dipanaskan ke dalam acuan batu kawi yang telah ditangkup dengan seketul batu yang telah diratakan. Proses ini perlu dilakukan dengan berhati-hati agar cecair timah supaya tidak melimpah ke luar. Peserta perlu membiarkan seketika supaya cecair timah menjadi keras dan tidak patah apabila acuan dibuka. Kerja terakhir yang perlu dilakukan oleh peserta ialah proses kekemasan di mana peserta perlu mengikis lebihan timah yang terbentuk ketika kerja-kerja menuang cecair timah di dalam acuan wang pitis. Walaupun bengkel ini dijalankan selama satu hari iaitu satu masa yang agak singkat, semua peserta amat berpuas hati kerana berjaya menghasilkan wang pitis hasil dari ketekunan dan kesungguhan mereka. Mereka menzahirkan perasaan yang amat teruja kerana berpeluang menyertai bengkel yang julung kalinya diadakan di Muzium Kota Kayang dan pertama kali di Malaysia.

JILID 22 BIL. 2 MEI - OGOS 2017

27

Lawatan Kumpulan Kedua Penuntut Kursus Mekanik Kejuruteraan

Jejak Sejarah Siri 3 Di Muzium Chimney

Pada 15 Jun 2017, Kumpulan Kedua Penuntut Kursus Mekanik Kejuruteraan Kelas II – IJED, Port Dickson telah mengadakan program lawatan tentang sejarah sempena aktiviti luar yang dianjurkan oleh Jawatankuasa pihak IJED, Port Dickson tersebut diadakan di sekitar kawasan Muzium Lukut serta lanjutan ke Lawatan Tapak Sejarah Kota Lukut. Program ini berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tghari. Program ini telah disertai seramai 98 orang penuntut bersama 5 orang staf jurulatih.

Bagi menarik perhatian generasi muda, program ini juga sedikit sebanyak membantu para penuntut untuk mempelajari sesuatu dalam mengenali sejarah pemerintahan Kota Lukut dan aktiviti yang dijalankan pada masa dahulu. Berdasarkan lawatan ini, ianya dapat membuka minda untuk terus menghargai sejarah.Penuntut dapat bersosialisasi dan berkomunikasi bersama rakan-rakan. Rasional mengadakan aktiviti ini untuk meningkatkan pengetahuan minda penuntut serta dapat berkongsi sedikit sebanyak ilmu dalam pengetahuan sejarah.

Disamping itu juga, memberikan peluang untuk menjalinkan kerjasama dengan institusi IJED dalam mempromosi Muzium Lukut. Selain itu, program ini telah menarik minat mengembangkan minda dan potensi mereka dan menerapkan nilai-nilai murni, jati diri, integrasi dan sifat ingin tahu berkaitan sejarah. Kerjasama sebegini dialukan-alukan kepada semua pihak untuk program tour seperti ini lagi.

Laporan Program

Laporan Program

LA

PO

RA

N P

RO

GR

AM

Oleh Zainon binti Halon & Nurlina binti Hamza, Muzium Chimney ([email protected])

Oleh Peterson Augustine anak Augustine Jadan, Muzium Lukut ([email protected]

Pada 4 Mei 2017, Muzium Perak telah mengadakan program Bicara@Muzium bertajuk Muzium Perak Dulu, Kini dan Selamanya. Program ini diadakan bagi menyampaikan maklumat kepada masyarakat mengenai kepentingan muzium sebagai sebuah organisasi untuk memelihara warisan sejarah, budaya dan alam semulajadi negara. Penceramah jemputan adalah terdiri daripada mantan ketua Muzium Perak iaitu YBhg. Dato’ Paiman bin Keromo dan YBhg. Dato’ Ibrahim bin Ismail.

Pada tahun ini genap 134 tahun usia penubuhan Muzium Perak. Ia merupakan muzium yang pertama dan tertua di negara ini. Idea penubuhannya telah dicetuskan oleh Sir Hugh Low, Residen British ketiga di Perak ketika itu. Beliau telah melantik Leonard Wray Junior, seorang ahli botani dan zoologi serta pernah berkhidmat sebagai Penguasa di Bukit Maxwell (Bukit Larut) sebagai kurator Muzium Perak yang pertama. Jadi tidak hairanlah jika zoologi merupakan antara koleksi Muzium Perak yang terawal dan banyak spesimen yang dikumpulkan

pada ketika itu. Sehingga kini, Muzium Perak telah diketuai oleh pegawai-pegawai yang terdiri daripada pelbagai bidang permuziuman dan kepakaran seperti arkeologi, etnologi, taxidermi, entomologi, konservasi, antropologi, sosiologi, seni halus, seni reka dan sebagainya.

BERITA JMM

28

Program Eksplorasi Hidupan Marin telah diadakan pada 6 Mei 2017 di Muzium Marin Labuan. Program ini disertai oleh 30 orang pelajar sekolah menengah dan 4 orang guru pengiring dari 3 buah sekolah iaitu SMK Lajau, SMK Pantai dan SM St. Anthony. Tujuan program ini diadakan agar peserta mengenal dan menambah pengetahuan mengenai spesies-spesies hidupan laut dan meningkatkan daya kreativiti supaya mereka dapat berfikir secara kritis dan kreatif. Di samping itu, program ini memberi pendedahan mengenai fungsi muzium sebagai sebuah institusi pendidikan tidak formal yang boleh membantu dalam pembelajaran para peserta di sekolah.

Dimulakan dengan taklimat ringkas,kemudian sesi eksplorasi mencari dan mendapatkan hidupan laut yang ada di pesisir pantai Tanjung Purun. Hidupan

Kursus Asas Taksidermi Ikan 2017 telah diadakan dari 21 hingga 25 Ogos 2017 di Dataran Muzium Negara, Jabatan Muzium Malaysia, Kuala Lumpur. Kursus ini telah dihadiri 20 orang peserta dan telah dikendalikan oleh tiga orang tenaga pengajar dari Muzium Alam Semula, Jabatan Muzium Malaysia yang diketuai oleh Encik Ridhuan Akhiruddin dengan kerjasama Unit Pembangunan Modal Insan, Jabatan Muzium Malaysia. Ia turut merangkumi kuliah dan latihan amali secara hands-on yang bertujuan meningkatkan pemahaman peserta dalam bidang taksidermi amnya dan taksidermi ikan khasnya. Setiap peserta telah dibekalkan spesimen ikan untuk diawet dibawah pengawasan dan bimbingan tenaga pengajar. Antara ikan yang menjadi pilihan peserta adalah Ikan Rohu (Labeo rohita), Ikan Lampam (Barbonymus gonionotus) dan ikan Kerapu (Epinephelus Bleekeri). Kursus intensif ini meliputi kuliah dan sesi soal jawab yang memberikan peluang kepada peserta memahami teori asas dan juga praktikal tentang bidang taksidermi yang merangkumi pengenalan taksidermi secara umum dan khusus, amali pengulitan (skinning), rendaman kulit (tanning/preservative), kaedah membuat badan tiruan menggunakan polyurethane foam block

Oleh Zuriani binti Abdul Ghani, Muzium Marin Labuan ([email protected])

Oleh Mohammed Ali bin A.M Hj. Mohaideen, Muzium Alam Semula Jadi ([email protected])

Eksplorasi Hidupan Marin Muzium Marin Labuan

Laporan Program

laut yang dikutip ini akan digunakan sebagai bahan untuk dekorasi habitat hidupan marin. Seterusnya ialah slot yang kedua, para peserta diminta menyelesaikan dua tugasan iaitu mereka cipta habitat hidupan marin dan membuat buku skrap. Dalam tugasan mereka cipta habitat hidupan

marin, setiap kumpulan perlu menggunakan kreativiti masing-masing untuk menghasilkan diorama habitat hidupan marin yang menarik dengan menggunakan bahan-bahan yang diperolehi semasa aktiviti eksplorasi. Majlis penutupan program ini disempurnakan oleh En. Muhammad Nazli Ho bin Abdullah, Penolong Kurator Kanan Muzium Labuan.

LA

PO

RA

N P

RO

GR

AM

Kursus Asas Taksidermi Ikan 2017

Laporan Program

(high density), pemasangan kulit dan akhir sekali proses kemasan yang meliputi pemasangan mata tiruan serta proses mewarna. Pelbagai maklumat bermanfaat telah diperolehi sepanjang kursus ini dan pada akhir kursus, para peserta mendapat pemahaman dan pengetahuan bagaimana taksidermi ikan dihasilkan dari peringkat awal sehingga spesimen tersebut menjadi sebahagian dari spesimen.

Selain itu, kursus seumpama ini amat sesuai sebagai platform yang berkesan untuk perkembangan bidang taksidermi di Malaysia dalam membolehkan penggunaan metodologi yang betul dan terkini untuk menghasilkan spesimen awetan yang berkualiti. Kursus seumpama ini perlu diteruskan pada masa akan datang kerana ia secara tidak langsung wujudkan jaringan kerjasama dengan pelbagai agensi yang berkaitan dalam pemuliharaan warisan alam semula jadi.

JILID 22 BIL. 2 MEI - OGOS 2017

29

Pokok Beko atau nama saintifiknya Oroxylum Indicum merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai banyak khasiat. Dari pucuk hingga ke batang pokok beko dapat digunakan untuk tujuan perubatan dan juga dijadikan makanan. Pucuk Beko muda kebiasaannya dijadikan ulam dengan cara merebus terlebih dahulu ataupun di masak lemak, rasanya yang sedikit pahit dan berlemak baik untuk wanita dalam pantang bagi menambahkan susu badan. Buah beko dijadikan kerabu dengan membakar terlebih

Khasiat Pokok Beko

dahulu kulit luar dan dikikis bahagian yang dibakar lalu isinya diambil untuk dibuat kerabu. Daun beko boleh dijadikan air mandian ketika demam dengan cara meramas daun didalam baldi berisi air dan dilumur ke badan sehingga mengeluarkan lendir seterusnya dibuat mandi. Khasiat air mandian ini boleh menurunkan suhu badan secara alami. Selain daripada itu, kulit pokok beko boleh digunakan untuk menurunkan kadar bacaan darah tinggi dengan cara merebus kulitnya dan dibuat minum.

TAH

UK

AH

AN

DA

?

Oleh Juliyana binti Othman, Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi ([email protected])

BERITA JMM

30

Jiwa MerdekaMerdeka

bukan bebas semata-matabukan untuk dipersiakan

jangan sampai lekaia ibarat kertas jati diri

diwarnai semangat nasionalissedia melakar dan berbakti

agar alam merdeka initerus tumbuh indah.

Bangsa yang teguhpunyai jiwa yang luhur

dilindung payung merdekamenjunjung obor patriotikmeniup angin perpaduan

panji perjuangan ditegakkankeris kedaulatan sentiasa tajam

ke arah Malaysia mampan.

Jiwa merdekasudah 60 tahun

ayuh bentengkan, teguhkanbuang yang keruhambil yang jernihdemi dirgahayuMalaysia kita.

Lensa Hidup2017