11
2/21/2015 BICARA KAMI BERSAMA: GEJALA SOSIAL data:text/html;charset=utf8,%3Cdiv%20style%3D%22color%3A%20rgb(0%2C%200%2C%200)%3B%20fontfamily%3A%20Neucha%3B%20fontsize%3A… 1/11 DEFINISI GEJALA SOSIAL Gejala bermaksud: tandatanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda. Menurut contoh yang terdapat dalam kamus dan istilah, memang padanan yang kerap diberikan adalah gejala (petanda) yang membawa masalah. Walau bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk maksud yang bukan mendatangkan masalah seperti gejala klinikal dan gejala tunggal (istilah perubatan). Sosial ialah kata yang merujuk kepada halhal yang berkaitan masyarakat dan kemasyarakatan Gejala sosial ialah tandatanda, alamat atau petanda tentang segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan atau hal yang berkaitan dengan persahabatan, pergaulan dan aktiviti masa lapang. MASALAH GEJALA SOSIAL Pada era globalisasi ini pelbagai masalah gejala sosial yang berlaku di negara kita. Keruntuhan akhlak dan moral dikalangan remaja menjadi topic hangat yang diperkatakan disebakan golongan ini merupakan generasi yang bakal memimpin

Bicara Kami Bersama_ Gejala Sosial

Embed Size (px)

DESCRIPTION

gejala sosial

Citation preview

Page 1: Bicara Kami Bersama_ Gejala Sosial

2/21/2015 BICARA KAMI BERSAMA: GEJALA SOSIAL

data:text/html;charset=utf­8,%3Cdiv%20style%3D%22color%3A%20rgb(0%2C%200%2C%200)%3B%20font­family%3A%20Neucha%3B%20font­size%3A… 1/11

DEFINISI GEJALA SOSIAL

Gejala bermaksud: tanda­tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda.Menurut contoh yang terdapat dalam kamus dan istilah, memang padanan yangkerap diberikan adalah gejala (petanda) yang membawa masalah. Walaubagaimanapun, ia boleh digunakan untuk maksud yang bukan mendatangkanmasalah seperti gejala klinikal dan gejala tunggal (istilah perubatan).

Sosial ialah kata yang merujuk kepada hal­hal yang berkaitan masyarakat dankemasyarakatan

Gejala sosial ialah tanda­tanda, alamat atau petanda tentang segala yang berkaitandengan masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan atau hal yang berkaitandengan persahabatan, pergaulan dan aktiviti masa lapang.

MASALAH GEJALA SOSIAL

Pada era globalisasi ini pelbagai masalah gejala sosial yang berlaku di negara kita.Keruntuhan akhlak dan moral dikalangan remaja menjadi topic hangat yangdiperkatakan disebakan golongan ini merupakan generasi yang bakal memimpin

Page 2: Bicara Kami Bersama_ Gejala Sosial

2/21/2015 BICARA KAMI BERSAMA: GEJALA SOSIAL

data:text/html;charset=utf­8,%3Cdiv%20style%3D%22color%3A%20rgb(0%2C%200%2C%200)%3B%20font­family%3A%20Neucha%3B%20font­size%3A… 2/11

negara pada masa hadapan.

STATISTIK LAPORAN GEJALA SOSIAL

STATISTIK LUMBA HARAM BAGI TAHUN 2001 ­ 2004 NEGERI BILANGAN %Perlis 27 0.5Kedah 112 2.0PulauPinang 431 8.0Perak 635 12.0Selangor 1,041 20.0Kuala Lumpur 255 5.0Negeri Sembilan 469 9.0Melaka 81 1.0Johor 925 17.0Pahang 477 8.9Kelantan 141 3.0Terengganu 201 4.0Sabah 240 4.5Sarawak 292 5.0Labuan 5 0.1Jumlah 5,332 100.0

Penyalahgunaan Dadah di Malaysia

Etnik Bilangan %Melayu 191,141 65.9Cina 53,210 18.4India 29,134 10.1Bumiputera Sabah & Sarawak 11,795 4.0Lain­lain 4,483 1.6Jumlah 289,763 100.0

Kes Pembuangan Bayi 2000­2006

Page 3: Bicara Kami Bersama_ Gejala Sosial

2/21/2015 BICARA KAMI BERSAMA: GEJALA SOSIAL

data:text/html;charset=utf­8,%3Cdiv%20style%3D%22color%3A%20rgb(0%2C%200%2C%200)%3B%20font­family%3A%20Neucha%3B%20font­size%3A… 3/11

Masalah yang sering berlaku dikalangan remaja antaranya:

Ponteng sekolah Merokok dan menghisap dadah Seks bebas dan jenayah seksual Samseng dan gengtarisme Vendalisme Memeras ugut Mencuri dan menyamun Balck metal Lumba haram

Page 4: Bicara Kami Bersama_ Gejala Sosial

2/21/2015 BICARA KAMI BERSAMA: GEJALA SOSIAL

data:text/html;charset=utf­8,%3Cdiv%20style%3D%22color%3A%20rgb(0%2C%200%2C%200)%3B%20font­family%3A%20Neucha%3B%20font­size%3A… 4/11

PUNCA GEJALA SOSIAL

Punca – punca utama yang mendatangkan gejala sosial adalah globalisasi danmodenasasi. Perubahan­perubahan pantas tahap nasional berlaku keranaperubahan padaarus global yang digelar globalisasi.

Globalisasi tidak saja ditandai dengan dominasiekonomi tetapi ia merentasi kearah budaya dan pemikiran. Pembudayaan kota (cityculture) menuruti landasan

Page 5: Bicara Kami Bersama_ Gejala Sosial

2/21/2015 BICARA KAMI BERSAMA: GEJALA SOSIAL

data:text/html;charset=utf­8,%3Cdiv%20style%3D%22color%3A%20rgb(0%2C%200%2C%200)%3B%20font­family%3A%20Neucha%3B%20font­size%3A… 5/11

Barat berlaku dengan lebih pantas dan agresif dengan adanyateknologi maklumatdan multi media sebagai kenderaan yang amat berkesan untuk melakukan agendaglobalisasi. Lazimnya, kita sebagai manusia mempunyai sifat ingin tahu terhadapperkara baru dan trendy, yakni bukan dari budaya ketimuran. Tidak mustahil kita akanjatuh terpengaruhdan mengikut arah aliran kebaratan, terutama sekali golonganbelia. Contohnya seperti mewarnakan rambut, memakai anting­anting atau tattoobahkan sampai kepada hal­halyang sangat teruk seperti pengambilan minuman kerasdan pergaulan bebas yang bolehmenjurus kepada masalah – masalah gejala sosialyang lebih serius.

Dalam dunia serba moden ini, masyarakat mementingkan prestij dankemewahan; oleh sebab itu, mereka menjadi semakin individualistik dan materialistik.Bandingkan dengan masyarakat tradisional,masyarakat moden mempunyai cita­citatinggi, kompetitif dan tidak lagi menganggapsaudara­mara atau jiran­jiran sebagaikelompok rujukan, bahkan adat tradisional sepertimemuncang­muncang juga sudahditinggalkan. Bukan saja ini berpaling daripada budaya kita sebagai orang Melayutetapi juga daripada tuntutan agama Islam. Ukhuwah atau persaudaraan adalahsesuatu yang amat dituntut dalam Islam memandangkan ianya akan dapatmengukuhkan perpaduan sesama manusia, khususnya sesama muslim

Bentuk­bentuk Manifestasi globalisasi dan modenisasi

Media Massa

Pengaruh modenisasi dan globalisasi in lebih terasa dan ketara dengan bantuanberbagaialat media­massa yang serba canggih. Media massa merupakan sumbermaklumat ygcukup berkesan dalam penyebaran berbagai informasi. Melalui teknologiyang semakincanggih ini, golongan belia mudah terdedah kepada banyakmaklumat, namun tidak semua maklumat­ maklumat itu sesuai untuk kesemuaperingkat umur.Ini menjadimasalah kerana lazimnya golongan belia mudah menirudan mengikut hal yang dilihat disekeliling mereka. Paparan adegan­adegan negatifdari filem barat menimbulkan perasaaningin tahu dan ingin cuba sendiri mengikut apayang ditonton.

Internet

Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) juga turut menyumbang kepadapemaparangejala­gejala negatif selain peranannya yang begitu penting bagikemajuan sesebuah bangsa dan negara. Melalui internet umpamanya, masyarakatyang berfikiran kurangsehat dengan mudahnya boleh akses kepada maklumat­maklumat yang boleh menjurus kearah pemikiran negatif.

Institusi Kekeluargaan Yang Goyah

Institusi kekeluargaan yang bermasalah juga boleh menimbulkan gejala sosial.Ibu bapaseharusnya menerap dan mendidik anak­anak mereka dari kecil. Sekiranya,ibu bapa bersikap sambil lewa terhadap pendidi kan agama anak­anak mereka, iniakan menjadisatu faktor punca gejala sosial.Dan lagi, dengan bertambahnyakomitmen ibu bapaterhadap kerjaya mereka, masa diluangkan untuk keluarga ituterhad. Ini akan membuatanak ­ anak kurang mendapat kasih sayang dan tidak

Page 6: Bicara Kami Bersama_ Gejala Sosial

2/21/2015 BICARA KAMI BERSAMA: GEJALA SOSIAL

data:text/html;charset=utf­8,%3Cdiv%20style%3D%22color%3A%20rgb(0%2C%200%2C%200)%3B%20font­family%3A%20Neucha%3B%20font­size%3A… 6/11

mustahil mereka akan mencarialternatif lain untuk mengisi kegersangan kasih sayang.Selain daripada itu, rumahtanggayang bermasalah juga, seperti perceraian danpergaduhan turut mempengaruhi remajauntuk terlibat dalam aktiviti­aktiviti yang tidaksihat.

Cara Berpakaian

Jika kita perhatikan pakaian sesetengah golongan muda di masa ini cukupmemalukan.Cara berpakaian mereka bertentangan dengan cara pakaian budayamelayu sekali gus bertentangan dengan cara pemakaian yang digariskan Islam,agama rasmi negara kita.Mereka begitu ghairah untuk mengikut budaya asing yangdianggap moden dan maju.Mereka takut dan terlalu ego untuk dikatakanketinggalan zaman, kuno, dan berfikiransempit.Sayangnya, tidak semua dapatmenerima pendapat bahawa mereka ada memainkan peranan dalam melonjaknyajumlah kes rogol dan seks bebas. Walaupun BruneiDarussalam sebuah negara MIB, kitatidak dilarang berfesyen, akan tetapi berpadalahdengan aturan dan garis panduansyarak dan budaya yang telah ditetapkan

Dunia Cinta Remaja

Di zaman moden ini, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yangbukan mahramtelah dilihat sebagai satu kemajuan dalam pembentukan masyarakatyang lebih majutetapi bukan sebagai pelanggaran perintah Allah SWT. Memanglumrah, perasaan ingin berpasangan semakin memuncak ketika berada di alamremaja. Tetapi sekiranya perasaanini tidak dikawal, sudah tentu ini akan menimbulkangejala ­ gejala sosial seperti pergaulan bebas, anak luar nikah, zina dansebagainya.Bercinta tidak pernah dianggap salah malahan orang yang tidakpercaya akan cintakepada insan lain dan pencipta­Nya merupakan golonganmanusia yang rugi. Islamsendiri menggalakkan umatnya saling kenal mengenaliantara satu sama lain tanpamengira jantina, bangsa dan agama. Mungkin ada carauntuk menangani masalah percintaan. Remaja diingatkan supaya berkawan ataubercinta dengan cara yang telahdigariskan oleh Islam yang diantaranya adalahmengelakkan pergaulan tanpa batas, berdua­duaan di tempat sunyi dansebagainya.

Terlalu Banyak Masa Lapang

Sekiranya masa lapang golongan belia terbatas,mereka akan rasa kurangberminat pada kegiatan­kegiatan yang tidak berfaedah. Pengisian masa lapangyang kurangterarah, akan mendesak remaja untuk melakukan aktiviti yang tidakbermanfaatseperti perbuatan negatif.

Pengaruh Rakan Sebaya

Kawan­kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik,boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan,akan mempengaruhi mereka kepada perkara­perkara yang buruk. Selain itu sikapremaja turut menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudahmempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan­rakan merekalebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang

Page 7: Bicara Kami Bersama_ Gejala Sosial

2/21/2015 BICARA KAMI BERSAMA: GEJALA SOSIAL

data:text/html;charset=utf­8,%3Cdiv%20style%3D%22color%3A%20rgb(0%2C%200%2C%200)%3B%20font­family%3A%20Neucha%3B%20font­size%3A… 7/11

dilakukan oleh rakan­rakan. Mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala bolehmakan kawan. Dalam keadaan ini ramai para remaja terjerumus ke dalam gejalasosial.

Dahagakan Keseronokkan

Sikap remaja juga dahagakan keseronokan. Jadi apa sahaja benda­bendayang memberikan keseronokan kepada mereka akan dilakukan sama ada keranaterikut­ikut dengan sikap kawan­kawan atau pilihan sendiri. Hal ini menyebabkanremaja terlibat dengan rokok, pergaulan bebas, lepak, mat rempit, dadah dansebagainya. Ketika ini apa yang terlintas di pemikiran mereka adalah keseronokantanpa memikirkan akibat perbuatan mereka itu kelak.

KESAN MASALAH GEJALA SOSIAL

Masalah gejala sosial di dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikankesan dan impak yang begitu besar dalam diri individu, masyarakat dan Negara. Remaja pada hari ini merupakan aset utama dan sangat penting dalampembangunan negara pada masa akan datang. Kesan jangka panjang dan jangkapendek pasti akan berlaku seandainya remaja dan masyarakat pada hari ini tidaktahu bagaimana untuk menanganani permasalahan yang kian meruncing ini, inimenjadikan pembentukkan jati diri dan kemuliaan akhlak rapuh dari mata masyarakat

Page 8: Bicara Kami Bersama_ Gejala Sosial

2/21/2015 BICARA KAMI BERSAMA: GEJALA SOSIAL

data:text/html;charset=utf­8,%3Cdiv%20style%3D%22color%3A%20rgb(0%2C%200%2C%200)%3B%20font­family%3A%20Neucha%3B%20font­size%3A… 8/11

kita sendiri.Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu.Sekiranya seseorang individu itu mempunyai akhlak yang buruk, maka peribadiseseorang individu itu juga akan menjadi buruk. Remaja yang mempunyai akhlakyang buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, dannegara.

Kesan Ke atas Individu

Seseorang insan yang dilahirkan didunia yang fana ini ibarat sesuci kain putih yangtiada kotoranya, ianya terpulang pada seseorang individu itu bagaimana dia hendakmencorakkan kehidupannya. Individu yang mencorakkan dirinya dengan akhlak yangbaik akan dipandang mulia dan tinggi, berbanding individu yang mencorakkandirinya dengan perkara­perkara negatif akan dipandang serong dan dicemuh olehmasyarakat sekeliling. Bagi seseorang yang bergelar muslim terutamanya remaja,akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan perkara­perkara keimanan danketakwaan kepada Allah. Sebaliknya, kebanyankkan remaja muslim pada hari ini tidakmengikut ajaran islam yang sebenarnya, sebaliknya memalukan agama, bangsa danNegara. Tidak dapat dinafikan juga kesan gejala sosial ini akan memberikan kesanyang mendalam pada diri seseorang remaja itu.

Kesan Ke atas Keluarga

Keluarga memainkan peranan yang sangat penting kerana dari institusikekeluargaanlah kebahagian dan keharmonian sesuatu masyarakat itu terbentuk.Keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnyakebahagian dan keharmonian yang dialami sesuatu masyarakat. Akhlak seseorangindividu remaja yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusikekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak dalaminstitusi kekeluargaan akan memberikan kesan yang besar ke atas kebahagian dankeharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu. Akibat daripada wujudnya ketidakharmonian dalam kekeluargaan, sesebuah kekeluargaan pastinya akan berlakunyapenceraian. Ini akan menjadikan masa depan anak­anak akan terbiar dan tidakterpelihara, seterusnya hilang tempat bergantung dan bermanja. Kesannyaberlakunya masalah­masalah sosial yang lain seperti budaya lepak, ketagihan dadah,pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis dan masalah­masalah yang lain.

Kesan Ke atas Masyarakat

Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa pada masa kini ialah denganmelihat akhlak dan moral sesuatu masyarakat. Tidak dinafikan akhlak remaja padahari ini sangat membimbangkan masyarakat. Sekiranya hal ini tidak dibendung olehpihak–pihak yang tertentu, terutamanya oleh pihak kerajaan, maka tidak hairanlahsuatu hari nanti, akan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlakremaja–remaja Melayu terutamanya akan rosak dan binasa. Namun begitu terdapatkesan yang paling ketara yang akan dilihat kiranya akhlak remaja pada hari ini tidakdibendung dengan segera. Masyarakat di negara ini akan menjadi porak­peranda,berpecah­belah dan tidak bersatu­padu. Akibatnya perasaan buruk dan prasangkaakan wujud dalam masyarakat. Sifat saling curiga­mencurigai akan bertahta di hatimasyarakat. Hal ini menberi kesan apabila berlaku pergaduhan dalam masyarakat.Isu­isu perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua

Page 9: Bicara Kami Bersama_ Gejala Sosial

2/21/2015 BICARA KAMI BERSAMA: GEJALA SOSIAL

data:text/html;charset=utf­8,%3Cdiv%20style%3D%22color%3A%20rgb(0%2C%200%2C%200)%3B%20font­family%3A%20Neucha%3B%20font­size%3A… 9/11

kaum. Sekaligus kadar jenayah dalam kalangan masyarakat juga akan meningkatyang mana hal ini disebabkan oleh kadar keruntuhan akhlak di kalangan remajasemakin meningkat.

Kesan Ke atas Negara

Implikasi utama terhadap negara jika gejala sosial tidak ditengani segera akanmenyebabkan negara akan kehilangan pelapis generasi kepimpinan pada masahadapan. Hal ini akan menjadikan kerancakan pembangunan negara akan terbantutdan keadaan sosioekonomi negara menjadi lembap kerana wujudnya gejala sosialdan keruntuhan akhlak yang tinggi di kalangan masyarakat. Perkara ini menjadikankadar jenayah dalam negara juga akan meningkat sejajar dengan peningkatangejala sosial ia sekaligus meningkatkan kos perbelajaan kerajaan untukmengurangkan kadar jenayah. Seterusnya anasir­anasir luar akan meresap masukkedalam negara sekiranya generasi muda pada hari ini tidak tahu menjaga akhlakmereka. Dan, kesan paling utama ialah remaja pada hari ini terutamanya akhlakremaja Islam hancur dan rosak, maka pandangan bangsa lain terhadap agama yangkita anuti pada hari ini tentulah serong dan buruk

CARA MENANGANI MASALAH GEJALA SOSIAL

Page 10: Bicara Kami Bersama_ Gejala Sosial

2/21/2015 BICARA KAMI BERSAMA: GEJALA SOSIAL

data:text/html;charset=utf­8,%3Cdiv%20style%3D%22color%3A%20rgb(0%2C%200%2C%200)%3B%20font­family%3A%20Neucha%3B%20font­size%3A… 10/11

Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajarremaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golonganremaja ini. Berikut beberapa saranan:

Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang seriusterhadap anak­anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak­geriatau pergerakan anak­anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui danmengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggupmeluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnyamengetahui rakan­rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak­anak merekaberkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yangbaik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masaseharian bersama anak­anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian,mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itutingkatkan penghayatan anak­anak terhadap agama, nilai­nilai murni, motivasi,melatih anak cara bersopan, prinsip­prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan,menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diriserta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk akhlak anak­anak

Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti­aktivitiberteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko­kurikulum di sekolah.Begitu juga dengan perubahan­perubahan teknik­teknik pengajaran sepertipenggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaranluar kelas.

Page 11: Bicara Kami Bersama_ Gejala Sosial

2/21/2015 BICARA KAMI BERSAMA: GEJALA SOSIAL

data:text/html;charset=utf­8,%3Cdiv%20style%3D%22color%3A%20rgb(0%2C%200%2C%200)%3B%20font­family%3A%20Neucha%3B%20font­size%3A… 11/11

Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang­undang di peringkatsekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di sampingmengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalampengawasan disiplin.

Penguatkuasaan Undang­Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasapolis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalammendisiplinkan pelajar­pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatandengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.

Langkah­langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan sepertikaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalammembantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermaknasekiranya kaunselor­kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalammemantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting.Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakankhasnya bagi pelajar­pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerimateguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif. PIBG jangan lah jadiumpama “KUCING TAK BERGIGI, TIKUS LOMPAT TINGGI­TINGGI”