6
BIDANG : Al-Quran dan Tafsir TAJUK : Surah Al-Maa’un dan Surah Quraisy MASA : 30 Minit RUJUKAN TAMBAHAN : OBJEKTIF :1. Membaca ayat-ayat dengan betul dan bertajwid. 2. Memahami tafsiran ayat-ayat Surah Al-Asr dan Al-Kauthar 3. Mendalami ilmu tajwid untuk diamalkan dalam pembacaan TERJEMAHAN 1. Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? 2. orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, 3. dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin. 4. (kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang 5. (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; 6. (juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya), 7. dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya). SEBAB NUZUL 1. Sebab turun ayat 1: Firman Allah (bermaksud): “Tahukah engkau orang yang mendustakan agama?”. Ibn ‘Abbas berkata, ia diturunkan kepada al-‘As bin Wail al-Sahmi. Al-Suddi berkata, diturunkan kepada al-Walid bin al-Mughirah. Ada yang berpendapat ia diturunkan

Bidang Quran Mursyid 5

Embed Size (px)

DESCRIPTION

mursyid

Citation preview

Page 1: Bidang Quran Mursyid 5

BIDANG : Al-Quran dan Tafsir

TAJUK : Surah Al-Maa’un dan Surah Quraisy

MASA : 30 Minit

RUJUKAN TAMBAHAN :

OBJEKTIF :1. Membaca ayat-ayat dengan betul dan bertajwid.

2. Memahami tafsiran ayat-ayat Surah Al-Asr dan Al-Kauthar

3. Mendalami ilmu tajwid untuk diamalkan dalam pembacaan

TERJEMAHAN

1. Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)?

2. orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,

3. dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang

miskin.

4. (kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama),

maka kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang –

5. (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;

6. (juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),

7. dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak

mendapatnya).

SEBAB NUZUL

1. Sebab turun ayat 1:

Firman Allah (bermaksud): “Tahukah engkau orang yang mendustakan agama?”. Ibn

‘Abbas berkata, ia diturunkan kepada al-‘As bin Wail al-Sahmi. Al-Suddi berkata,

diturunkan kepada al-Walid bin al-Mughirah. Ada yang berpendapat ia diturunkan

Page 2: Bidang Quran Mursyid 5

kepada Abu Jahl. Beliau adalah penyelia seorang anak yatim. Pada suatu hari dalam

keadaan tidak berbaju anak yatim itu datang meminta sedikit harta (kepunyaan sendiri)

kepada Abu Jahl. Lantas Abu Jahl menolak ke tepi anak yatim tersebut. Manakala Ibn

Juraij berkata, ia diturunkan kepada Abu Sufian. Menurut riwayat, Abu Sufian

menyembelih unta setiap minggu. Maka, datanglah anak yatim meminta sebahagian

daripadanya. Beliau lantas mengetuk anak yatim tersebut dengan tongkatnya, lalu Allah

pun menurunkan surah ini.

2. Sebab turun ayat 4:

Diriwayatkan oleh Ibn al-Manzur daripada Ibn ‘Abbas mengenai ayat tersebut, beliau

berkata: “Diturunkan kepada orang-orang munafik. Mereka mempamerkan ibadat

sembahyang mereka kepada orang-orang Islam bila bersama mereka. Tetapi

meninggalkannya apabila orang-orang Islam tidak ada bersama. Mereka juga tidak suka

member pertolongan atau meminjamkan sesuatu kepada orang lain.”

INTISARI SURAH

1. Menurut pendapat jumhur ulama’ surah al-Ma’un adalah surah Makkiyyah. Walau

bagaimanapun, menurut Ibn ‘Abbas dan Qatadah ia adalah surah Madaniyyah. Sementara

Hibbatullah (seorang ahli tafsir yang cacat penglihatan) berkata: “Sebahagian surah al-

Ma’un diturunkan di Mekah mengenai al-‘Asi bin Wail dan sebahagian lagi diturunkan di

Madinah tentang ‘Abdullah bin Ubay, seorang munafik.”

2. Permulaan surah mengandungi celaan terhadap orang-orang kafir yang mendustai hari

akhirat. Mereka dikatakan mempunyai dua sifat yang utama. Pertama: mereka tidak suka,

bersikap kasar dan mengusir anak-anak yatim. Kedua: mereka tidak menggalakkan orang

lain memberi makan kepada fakir miskin, tidak sempurna dalam beribadat kepada Allah

dan tidak suka berbudi kepada orang lain.

3. Di akhir surah mengandungi celaan terhadap orang-orang munafik yang menzahirkan

keislaman dan menyembunyikan kekufuran. Mereka dilihat mempunyai tiga sifat utama

iaitu; Pertama: mereka lalai dan cuai terhadap sembahyang. Kedua: mereka suka

mempamerkan apa-apa yang dilakukan kepada orang lain. Ketiga: mereka enggan

memberi bantuan yang lumrah kepada jiran, tidak melakukan sesuatu perkara kerana

Allah, bahkan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain tentang solat dan

kebaikan yang dilakukannya.

Page 3: Bidang Quran Mursyid 5

TAFSIR DAN ULASAN (Ayat 4-5)

1. “Maka celakalah orang-orang yang sembahyang. Yang lalai daripada sembahyang

mereka”. Kerugian dan kesiksaan terhadap orang-orang munafik yang menunaikan

sembahyang dengan riya’. Mereka lalai dan tidak prihatin terhadapnya. Sekiranya mereka

sembahyang, mereka tidak mengharapkan ganjaran pahala dari sembahyang yang

dilakukan. Juga tidak takut kepada balsan dosa jika mereka meninggalkannya. Ternyata

mereka lalai sehingga luput waktunya. Apabila bersama dengan orang-orang beriman

mereka akan sembahyang dalam keadaan riya’ dan tidak menunaikan ibadat tersebut jika

orang Islam tidak lagi bersamanya.

2. Ayat tersebut tidak mengungkapkan bahawa mereka lalai di dalam ibadat sembahyang,

kerana lupa semasa mengerjakan sembahyang adalah sesuatu yang dimaafkan

memandangkan ia dilakukan dengan tidak sengaja. Sebaliknya yang dimaksdukan dengan

lalai di dalam sembahyang ini ialah meraka menangguh ke akhir waktu atau

melakukannya dalam keadaan malas seperti firman Allah (maksudnya), “Apabila mereka

berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas, mereka hanya bertujuan riya’

(memperlihatkan sembahyangnya kepada manusia).” (al-Nisa’,4:142)

3. Sehubungan dengan itu adalah wajar dipadankan perkataan al-musallin kepada orang-

orang yang meniggalkan sembahyang memandangkan mereka adalah sebahagian

daripada orang-orang yang diwajibkan sembahyang.

4. Riya’: Orang yang lalai terhadap sembahyang adalah mereka yang suka mempamerkan

amalan tersebut kepada orang lain atau bersikap riya’ terhadap semua amalan baik yang

mereka lakukan supaya mereka dipuji.

Page 4: Bidang Quran Mursyid 5

Surah Quraisy

TERJEMAHAN

1. kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah)

2. (laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada

musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam),

3. maka hendaklah mereka menyembah Tuhan Yang Menguasai rumah (Kaabah) ini,

4. Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan

mengamankan mereka dari ketakutan.

SEBAB NUZUL

Al-Hakim dan lainnya meriwayatkan dari Ummu Hani binti Abu Thalib yang berkata,

"Rasulullah bersabda, “Allah telah memberikan kelebihan kepada orang-orang Quraisy

dengan tujuh perkara: Aku adalah salah seorang daripada mereka, di kalangan mereka

ada nabi, penjaga pintu Ka’abah (al-Hijabah) dan pemberi khidmat kepada hujjaj (al-

siqayah) juga dari kalangan mereka. Allah membantu mereka mengalahkan tentera

bergajah, mereka (taat) menyembah Allah selama sepuluh tahun sedangkan orang lain

tidak melakukannya, Allah menurunkan satu surah mengenai mereka dalam al-Qur’an.

Kemudian Baginda Rasulullah membaca surah Quraisy ini.

Ibn Kathir berkata: “Hadith ini adalah hadith gharib”

INTISARI SURAH

1. Surah Makkiyyah ini memperincikan beberapa nikmat Allah kepada orang-orang

Quraisy. Mereka merupakan penduduk utama Kota Mekkah. Allah menjadikan mereka

kaum yang bersatu-padu serta kasih-mengasihi sesama sendiri di bawah perlindungan

Allah.

2. Mereka dapat bergerak dengan bebas dan dapat berniaga dengan selamat ke Yaman pada

musim sejuk dan ke Syam pada musim panas. Keistimewaan ini menambahkan lagi

Page 5: Bidang Quran Mursyid 5

kekayaan mereka.

3. Allah menyediakan kepada mereka di negeri yang aman dan berstatus suci dengan nikmat

keamanan, ketenangan dan kestabilan tanpa diganggu-gugat oleh sesiapa.

TAFSIR DAN ULASAN (Ayat 4-5)

1. Orang-orang Quraisy hendaklah menyembah Tuhan mereka sebagai tanda kesyukuran di

atas kurnia dan kemudahan Allah sehingga menyebabkan mereka dapat menagadakan

misi perdagangan kedua lokasi perdagangan yang penting. Yaman pada musim sejuk

(mendapatkan minyak wangi dan rempah ratus dari India dan Parsi). Syam pada musim

panas (mendapatkan bijih-bijian).

2. Mereka tidak berhadapan dengan ancaman serangan orang Arab lain kerana masyarakat

Arab berpendapat bahawa orang-orang Quraisy adalah warga Bayt Allah.

3. Penghormatan yang begitu tinggi kepada orang-orang Quraisy penduduk Mekkah adalah

anugerah Allah; berkat kewujudan Bayt Allah. Lantaran itu mereka perlu mengakui

nikmat ini dan mengabdikan diri serta beribadat hanya kepada / dan untuk Allah.

4. Perkataan ibadah bermaksud merendah diri, tunduk dan patuh kepada Allah semampu

yang boleh untuk mencapai maksud perhambaan yang sebenar.

5. Masyarakat Arab sentiasa berperang antara satu kabilah dengan yang lain. Mereka saling

memperhamba tawanan satu sama lain. Namun orang-orang Quraisy terselamat daripada

bencana tersebut disebabkan kesucian tanah haram (Ka’abah); sebagaimana

terselamatnya mereka daripada ancaman tentera bergajah Abrahah.

HUKUM TAJWID

1. HUKUM MIM TASYDID DAN NUN TASYDID

Tiap-tiap huruf Mim atau Nun yang bersyaddah. Bacaannya WAJIB didengungkan

(Wajibul ghunnah) dengan sempurna sebanyak 2 harakat.

Contoh ayat:

Surah At-Takatsur 102:7

Surah At-Takatsur 102:8

Page 6: Bidang Quran Mursyid 5

2. HUKUM QALQALAH (Lantunan)

Bunyi lantunan yang kuat daripada makhraj ekoran bacaan huruf bertanda sukun,

makrajnya ditekan terlalu kuat dan dilepaskan dalam waktu yang singkat. Terdapat lima

huruf Qalqalah iaitu:

ج* ب * د * ط* ق

Hukum Qalqalah dibahagikan kepada 3 bahagian.

a) Qalqalah Sughra

Terjadi apabila bertemu huruf Qlqalah yang mati pada asalnya. Cara membacanya

harus bergerak dan berbunyi seperti membalik.

Contohnya:

Surah Al-‘Aadiyaat 100:4

b) Qalqalah Kubra

Terjadi apabila berhenti bacaan di atas huruf-huruf Qalqalah yang berbaris. Cara

membacanya lebih jelas dan berkumandang.

Contohnya:

Surah Al-Buruj 85:20

c) Qalqalah Asyaddu Kubra

Terjadi apabila berhenti bacaan di atas huruf-huruf Qalqalah yang bersyaddah.

Pantulan bunyi disebut dengan jelas lagi.

Contohnya:

Surah Al-MAsad 111:1