Upload
gaman-ngam
View
56
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
BIG PPG Panduan Dan Jadual PelaksanaanPPG10JAN2012
Citation preview
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Berkuat kuasa mulai Jun 2011
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
KANDUNGAN MUKA SURAT
1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan 2
2. Falsafah Pendidikan Guru 2
3. Model Konseptual Pendidikan Guru 3
4. Jadual Pelaksanaan BIG PPG 6
5 Pengenalan Program Bina Insan Guru 6
6. Matlamat dan Objektif Program BIG PPG 14
7. Objektif Modul Pelaksanaan BIG PPG 15
8. Jawatankuasa Pelaksanaan dan Bidang Tugas 16
9 Struktur Ahli Jawatankuasa Kerja 17
10. Jadual Pelaksanaan Program BIG PPG 19
11. Panduan dan Prosedur Pelaksanaan 20
12. Peraturan dan Arahan Tetap Program Perkhemahan BIG PPG 25
13. Prosedur Keselamatan BIG PPG 25
14. Panel Modul 33
10JAN2012-IPGKIPTI MK 1
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan Negara.
Falsafah Pendidikan Guru
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta
menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang
bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.
10JAN2012-IPGKIPTI MK 2
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU
Model Konseptual Pendidikan Guru dibina berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah
Pendidikan Guru ( FPG ) yang menekankan kepentingan tiga aspek asas iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
disepadukan merentasi semua disiplin mata pelajaran serta program yang dirancangkan seperti gambar rajah
di bawah:
Model Konseptual Pendidikan Guru mengutamakan akauntabiliti guru kepada tiga dimensi utama, iaitu kendiri,
kemasyarakatan dan ketuhanan. Citra guru dalam ketiga-tiga dimensi ini dijelmakan dalam program yang dirancangkan
seperti berikut:
10JAN2012-IPGKIPTI MK 3
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
Ketuhanan :Menganjurkan peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu sebagai insan yang percaya
dan patuh kepada ajaran agama.
Kemasyarakatan :Menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan sebagai agen perubahan.
Kendiri :Menjurus kepada pembinaan profesionalisme, daya ketahanan, patriotisme, pemupukan budaya
ilmu dan pembentukan sahsiah dan berpekerti mulia.
Selaras dengan FPK dan FPG, model ini menggambarkan suatu usaha membina kekuatan dan ketahanan diri guru
berasaskan kepatuhan kepada Tuhan dan kesejahteraan bermasyarakat. Hasrat ini dapat dicapai menerusi pelaksanaan
kurikulum pendidikan guru yang menyepadukan aspek-aspek pengetahuan, kemahiran ikhtisas dan amalan nilai-nilai
keguruan.Kurikulum Bina Insan Guru Program Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan( PISMP ) digubal dengan
mengambil kira usaha menterjemahkan ketiga-tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai secara bersepadu yang
diperjelas seperti berikut:
Pengetahuan: Merangkumi pengetahuan dan kefahaman tentang kandungan ilmu bidang pengajian, teori
pembelajaran, bahan kurikulum, pentaksiran dan pengurusan persekitaran pembelajaran serta sumber
berkaitan bidang pengajian.
10JAN2012-IPGKIPTI MK 4
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
Kemahiran : Merangkumi kemahiran intelek yang melibatkan penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam
pembelajaran, penyelesaian masalah dan membuat keputusan; penggunaan ilmu dan kemahiran dalam
pelaksanaan pengajaran pembelajaran; dan keupayaan memindahkan pengetahuan dan kemahiran
yang dikuasai dalam pelbagai situasi sebenar.
Nilai : Merujuk kepada penerapan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni sebagai insan yang percaya dan
patuh kepada ajaran agama dan kesejahteraan bermasyarakat serta memiliki dan menampilkan
nilai, etika dan amalan yang bertepatan dengan Prinsip Etika Kerja Perkhidmatan Awam dan Kod Etika
Keguruan Malaysia.
10JAN2012-IPGKIPTI MK 5
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
JADUAL PELAKSAAN BINA INSAN GURUPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG )
Peringkat SemesterPerlaksanaan Pro Forma Kursus Jumlah
Jam Catatan
1 2 dan 3 WAJ 3114 ( Perkhemahan 1 )Pro Forma Fasa 1 ( 45 Jam )A. Aktiviti di IPG ( IPG Based )
Taklimat Umum BIG ( 1 Jam ) Taklimat Perkhemahan ( 1 Jam ) Taklimat Keselamatan di air ( 1 Jam ) Taklimat LDK ( 2 Jam )
1112
5 Taklimat dilaksanakan di IPG oleh Pensyarah kepada pelajar PPG
( 1 pensyarah :30 pelajar )
B. Kem Kepimpinan – perkhemahan 2H1M *** Mendirikan khemah Malaysia Cergas Latihan Dalam Kumpulan Kembara / Orienteering Tazkirah dan Moral Persembahan Kumpulan Refleksi Pelaporan Refleksi Persediaan
Perkhemahan
2223333255
1015
40 Dilaksanakan di sekolah ( school based ) ***Semua aktiviti ini hendaklah diuruskan/dijalankan oleh pelajar PPG semasa perkhemahan
2 4 dan 5 WAJ 3114 ( Ceramah / Aktiviti Kemasyarakatan ) Pro Forma Fasa 2 (10 Jam )
10JAN2012-IPGKIPTI MK 6
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
Peringkat SemesterPerlaksanaan Pro Forma Kursus Jumlah
Jam Catatan
1. Ceramah A. Pembinaan Insan Guru Yang Seimbang ( kumpulan sasaran - rakan
sejawat ) i. Guru sebagai insan muliaii. Kualiti peribadi dan profesionalisma seorang guru.iii. Pembelajaran berterusan dan seluas hayat.
B. Guru dan Hubungan Komuniti ( kumpulan sasaran - masyarakat setempat )
i. Cabaran guru merealisasikan pendemokrasian pendidikan.ii. Guru sebagai agen perubahan masyarakat.iii. Hubungan sekolah dan komuniti ke arah pembangunan
pendidikan.
C. Guru dan Akauntabiliti Profesionalisme ( kumpulan sasaran - rakan sejawat )
i. Pembinaan semula sikap ke arah perkhidmatan pendidikan bertaraf dunia
ii. Guru reflektif menjana keberkesanan tugas.iii. Etika dan moral profesional.iv. Dasar dan wawasan pendidikan dan implikasinya kepada
peranan dan tanggungjawab guru.
3 Dilaksanakan di
sekolah ( school based )
Pelajar PPG boleh memilih tajuk A, B atau C untuk dilaksanakan
2. Aktiviti Kemasyarakatan A. Khidmat sosial ( sasaran adalah murid sekolah )
i. khidmat sosial dan kebajikan (rumah kebajikan, hospital, rumah anak yatim, pusat penjagaan warga emas dan lain-lain)
ii. bantuan bencana (banjir, kebakaran, bencana alam)iii. gotong royong (membersihkan tanah perkuburan, rumah
ibadat, pusat-pusat komuniti, khidmat kebajikan dan lain-lain).
7 Dilaksanakan di sekolah ( school based ) atau persekitaran setempat.
Pelajar PPG boleh memilih tajuk i, ii atau iii untuk
10JAN2012-IPGKIPTI MK 7
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
Peringkat SemesterPerlaksanaan Pro Forma Kursus Jumlah
Jam Catatan
dilaksanakanWAJ 3114 ( Bengkel / Aktiviti Kemasyarakatan ) Pro Forma Fasa 3 (10 Jam ) 1. Bengkel ( kumpulan sasaran - murid sekolah )
Bengkel Etiket dan Sosiali. Pengucapan awamii. Kesantunan berbahasaiii. Tertib / adab di meja makaniv. Pengendalian Majlisv. Etika berpakaian
3 Dilaksanakan di sekolah ( school based )
Pelajar PPG boleh memilih sekurang-kurang SATU tajuk untuk dilaksanakan
2. Aktiviti Kemasyarakatan ( kumpulan sasaran – murid ) 1. Khidmat kepada komuniti
i. Kelas tambahanii. Klinik subjek bimbingan / pembelajaraniii. Kempen kesedaran ( AADK, ASNB dan sebagainya )
7 Dilaksanakan di sekolah ( school based )
Pelajar PPG boleh memilih sekurang-kurang SATU tajuk untuk dilaksanakan
WAJ3114 ( Perkhemahan II / Khidmat Kemasyarakatan / Kem Motivasi dan Bimbingan ) Pro Forma Fasa 4 1. Perkhemahan II - 3H2M ( kelas bimbingan / motivasi )
a. Penyediaan tapak b. Interaksi dengan komuniti setempatc. Aktiviti kerohanian / moral d. Kem Motivasi / kerjaya / Kem Akil Baligh / Kem Solat / Kem Pintar
Cerdase. Malaysia Cergas dan patriotikf. Latihan Dalam Kumpulan ( LDK )
i. Reengineering – interpersonal
35 Dilaksanakan di sekolah ( school based )
3H2M***Semua aktiviti ini hendaklah diuruskan/dijalankan oleh pelajar PPG semasa perkhemahan
10JAN2012-IPGKIPTI MK 8
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
Peringkat SemesterPerlaksanaan Pro Forma Kursus Jumlah
Jam Catatan
ii. EIC (Emotional & Spiritual Competency -interpersonel)
g. Jenis Khidmat Masyarakat – i. Khidmat sosial (khidmat sosial dan kebajikan (rumah
kebajikan, hospital, rumah anak yatim, pusat penjagaan warga emas)
ii. gotong royong (membersihkan tanah perkuburan, rumah ibadat, pusat-pusat komuniti, dan khidmat kebajikan).
iii. Bantuan bencana bantuan bencana (banjir, kebakaran, bencana alam)
Dilaksanakan di sekolah ( school based ) atau masyarakat setempat.
Pelajar PPG boleh memilih sekurang-kurang satu jenis khidmat masyarakat untuk dilaksanakan
3 6 WAJ3114 ( Bengkel / Lawatan Benchmarking-Sekolah Cemerlang ) Pro Forma Fasa 5 ( 10 Jam ) 1. Bengkel – ( kumpulan sasaran rakan sejawat )
a. Guru dan Perundangan ( Akta Kanak-kanak ) b. Standard Guru Malaysia ( SGM )c. Akta 550 / Akta Pendidikand. Surat Pekeliling Ikhtisas / Perkhidmatan / Perintah Am Perkhidmatane. NKRA
3 Dilaksanakan di sekolah ( school based )
Pelajar PPG boleh memilih sekurang-kurang satu tajuk untuk LADAP di sekolah.
2. Lawatan Benchmarking ( sasaran murid sekolah ) a. Lawatan ke sekolah cemerlang ( sekolah harapan Negara / Sekolah
Cluster / Sekolah Amanah / Sekolah Bestari / Sekolah Wawasan / Sekolah Berprestasi Tinggi )
i. Ciri-ciri kepimpinan (jenis kepimpinan )ii. Pengurusan ( sistematik, misi sekolah, visi sekolah )iii. Iklim sekolah / Budaya sekolah
7 Dilaksanakan di sekolah ( school based ) dan berdekatan dengan sekolah anda.
10JAN2012-IPGKIPTI MK 9
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
Peringkat SemesterPerlaksanaan Pro Forma Kursus Jumlah
Jam Catatan
iv. Infrastruktur / Infostruktur KurikulumWAJ3114 ( Bengkel / Lawatan Benchmarking-Guru Cemerlang ) Pro Forma Fasa 6 ( 10 Jam ) 1. Lawatan Benchmarking – ( kumpulan sasaran - kumpulan pelajar PPG )
a. Inovasi pedagogi Guru Cemerlangb. Amalan pengajaran dan pembelajaran Guru Cemerlangc. Ciri-ciri Profesionalisme dan Komitmen Guru Cemerlang
Laporan dan Penilaian Reflektif
7 Pelajar PPG secara berkumpulan dalam sesebuah daerah melakukan lawatan Benchmarking
2. Bengkel a. Refleksi WAJIB BIG Peringkat 1 hingga 3b. Majlis Penutupan BIG PPG peringkat IPG
3 Dilaksanakan di IPG dengan pensyarah / jurulatih ( 1 pensyarah :30
pelajar )
10JAN2012-IPGKIPTI MK 10
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
PROGRAM BINA INSAN GURUBAGI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG )
1. PENGENALAN PROGRAM BINA INSAN GURU
Guru adalah pembina generasi Malaysia. Pembangunan modal insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan
dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi
menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guru Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan
intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran profesional yang mantap serta diperkasakan dengan penguasaan kemahiran dan
teknologi baru, penghayatan nilai dan etika keguruan serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan hasrat
negara.
YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ketika membentangkan Rancangan Malaysia
ke-9 di Parlimen telah menegaskan bahawa pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik,
menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif serta nilai etika
dan moral yang tinggi.
Selaras dengan hasrat ini, pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat serta komitmen
untuk membentuk, memupuk dan melahirkan insan guru yang berkualiti, iaitu yang memiliki pengetahuan dan ketrampilan
profesional yang tinggi serta ciri dan kualiti sahsiah yang terpuji.
10JAN2012-IPGKIPTI MK 11
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
Kursus Bina Insan Guru (BIG ) merupakan suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru
yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program
ini melibatkan semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Program ini direalisasikan dalam
tiga fasa yang dilaksanakan ditempat masing –masing dalam sepanjang tempoh pengajian. Melalui aktiviti yang dirancang,
pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah
pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki
kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran
pendidikan dan arus globalisasi.
Pelaksanaan Bina Insan Guru ( BIG ) lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah
dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan di
kalangan pelajar. Di samping program dan aktiviti yang dirancang secara khusus, usaha pembinaan insan guru yang unggul
ini juga diperkukuhkan melalui aktiviti tutorial dan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG).
10JAN2012-IPGKIPTI MK 12
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
2. MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BIG PPG
Program Bina Insan Guru ( BIG ) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-
nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun
Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan guru merupakan usaha
berterusan sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan
guru adalah pembina generasi negara. Program BIG akan bermula dengan Peringkat 1- Perkhemahan I ( 45 Jam ) yang
akan dilaksanakan pada semester ke dua dan ke tiga. 5 jam pertama di laksanakan di IPGK dan 40 jam lagi dilaksanakan
secara berasaskan sekolah ( school based ). Fokus aktiviti Peringkat 1 ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar:
1. Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang
berbeza.
2. Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti
3. Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.
4. Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran positif terhadap kerjaya
keguruan.
5. Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan diri
yang sesuai.
6. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
7. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani ( spritual ) dan sosial.
10JAN2012-IPGKIPTI MK 13
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
8. Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara
berkumpulan.
9. Berupaya berfikir secara reflektif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil
tindakan penambahbaikan secara berterusan
3. OBJEKTIF MODUL PELAKSANAAN BIG PPG
Buku Panduan Pelaksanaan dan Modul BIG PPG ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut:
a. Menjadi rujukan dan panduan kepada pelaksana program BIG PPG di Institut Pendidikan Guru di Malaysia
b. Memastikan wujudnya kesetaraan dan keseragaman dalam pelaksanaan BIG PPG di Institut Pendidikan Guru
di Malaysia
c. Memastikan pelaksanaan BIG PPG memenuhi matlamat kurikulum dan mencapai hasil pembelajaran yang
ditetapkan.
.
10JAN2012-IPGKIPTI MK 14
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
4. CADANGAN JAWATANKUASA PELAKSANA PERINGKAT SEKOLAH DAN BIDANG TUGAS
Struktur Jawatankuasa Program Bina Insan Guru PPG ( MENGIKUT KEPERLUAN AKTIVITI )
Pengerusi : Guru Pelatih PPG
Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan KK
Setiausaha : Pelajar PPG ( Program Pensiswazahan Guru )
Bendahari : ( Lantikan sekolah )
Ahli Jawatankuasa :
i. Pengerusi Jawatankuasa Kerohanian dan Moral
ii. Pengerusi Jawatankuasa Peralatan
iii. Pengerusi Jawatankuasa Makanan
iv. Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti
v. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan
10JAN2012-IPGKIPTI MK 15
Dilantik mengikut keperluan aktiviti
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
SENARAI TUGAS PELAJAR PPG UNTUK PERLAKSANAAN PERINGKAT 1 BIG - PERKHEMAHAN
Bil Jawatan Bidang Tugas
1. Pelajar PPG Menyediakan kertas cadangan pelaksanaan BIG PPG Mengadakan mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan aktiviti. Menguruskan surat menyurat dan hubungan dengan agensi-agensi luar yang terlibat Membuat post mortem dan laporan pelaksanaan BIG PPG Menyediakan laporan penilaian BIG PPG Pemantauan pelaksanaan keseluruhan program Menyediakan anggaran perbelanjaan BIG PPG. Menyediakan laporan kewangan pelaksanaan BIG PPG Mengendalikan aktiviti kerohanian / moral Mengenalpasti fasilitator aktiviti kerohanian / moral Menyediakan dan memastikan semua peralatan perkhemahan boleh digunakan. Menyediakan peralatan memasak Menyediakan peralatan siaraya Menyediakan bahan alat tulis Menyediakan peralatan komunikasi Menyediakan peralatan kembara dan orienteering Mengawasi kuantiti bekalan makanan Menyediakan menu makanan Mengawasi kebersihan penyediaan makanan dan mengawal mutu penyediaan makanan Memberi taklimat kepada semua jurulatih dan jawatankuasa. Menyelaraskan semua aktiviti sepanjang perkhemahan. Mengadakan mesyuarat “O Group” setiap malam Memastikan semua aktiviti sepanjang perkhemahan berjalan mengikut jadual. Sentiasa berada di tapak perkhemahan. Sentiasa menjaga kebajikan dan keselamatan jurulatih dan peserta Menjadi pegawai perhubungan dengan pihak luar sepanjang perkhemahan Menjadi pegawai pengiring ”LO” kepada VIP semasa perasmian penutup Merancang dan mengendali aktiviti Memilih dan menentukan jurulatih / fasilitator mengikut kepakaran. Menjadi tempat rujuk bagi pelaksanaan sesuatu aktiviti. Memastikan pelaksanaan aktiviti mengikut arahan dan prosedur yang ditetapkan
10JAN2012-IPGKIPTI MK 16
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
Bil Jawatan Bidang Tugas
Menyediakan peralatan kecemasan dan ubat-ubatan Menguruskan pengangkutan peserta ke tapak perkhemahan Menguruskan insuran peserta Menyediakan kawasan selamat bagi setiap program BIG PPG Dan lain-lain yang difikirkan perlu.
10JAN2012-IPGKIPTI MK 17
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
CADANGAN JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURUPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG ) PERINGKAT 1
Hari/Masa
1.00 – 2.00 petang 2.00 – 4.00 petang4.004.30 4.30 – 6.30 petang
6.30 –8.00 malam
9.00 11.00
Hari 1Taklimat Penyediaan Tapak Perkhemahan, Ikatan asas &
mendirikan khemah
Penyediaan dan mendirikan khemah
Solat ZohorRehat
Taklimat Keselamatan / Panduan Ketika Kecemasan
dan Asas bantu Mula
Pengurusan Diri, Solat dan Tazkirah
" Ice Breaking "
Hari / Masa
5.30 –6.30 pagi
6.30 – 7.30 pagi
8.00 – 10.00 pagi
10.00 – 10.30 pagi
10.30 – 12.30
tengahari
12.30 – 2.00 petang
2.00 – 5.00
petang
5.00 – 6.00
petang
6.00 –8.00 mlm
8.00 – 11.00 mlm
Hari 2
Qiy
amul
lai/
tazk
irah/
Mo
ral
Mal
aysi
a C
erga
s/
Men
aikk
an B
ende
ra/ L
agu
N
ega
raku
Akt
iviti
KU
DA
PA
N
Akt
iviti
Rehat / Solat . Makan
AktivitiRehat / Solat
Makan Malam
Aktiviti Malam
kebudayaan
Hari 3
Majlis Penutupan
Rasmi / Menurunkan Khemah dan Pembersihan
Kawasan
Bersurai
10JAN2012-IPGKIPTI MK 18
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
PANDUAN DAN PROSEDUR PELAKSANAAN
1. PERANCANGAN AWAL DAN PERSEDIAAN PROGRAM
Program BIG PPG akan menjadi satu aktiviti yang sempurna jika terdapat perancangan dan persediaan dibuat
dengan teliti dan sistematik. Oleh sebab itu, pelajar PPG perlu mengadakan perbincangan, mesyuarat dan permuafakatan
dalam mengenal pasti beberapa perkara penting sebelum, semasa dan sesudah program dijalankan.
Antara perkara yang perlu diuruskan ialah:
a. Penubuhan dan pemilihan Jawatankuasa Kerja
b. Menyediakan Kertas kerja pelaksanaan dan mengemukakan kepada pihak sekolah untuk tujuan kelulusan
c. Memilih dan menentukan lokasi program
d. Merancang pengisian aktiviti.
e. Merancang perbelanjaan
f. Memberi taklimat dan merancang latihan asas kepada murid-murid / peserta taklimat kepada jurulatih /
fasilitator dan urusetia
g. Merancang dan menentukan bantuan logistik yang diperlukan
h. Mengenal pasti dan menyediakan peralatan yang diperlukan
10JAN2012-IPGKIPTI MK 19
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
2. TINDAKAN YANG PERLU DILAKSANAKAN
SEBELUM AKTIVITI PERINGKAT 1
Bil Perkara Isi Kandungan Tindakan
1. Taklimat Pertama Program BIG PPG Kepada Pelajar
A. Taklimat Umum BIGa. Rasional BIG PPGb. Objektif BIG PPGc. Model Konseptual BIG PPG ( Rujuk
pro Forma Fasa 1 hingga 6 BIG PPG)
d. Struktur Organisasi
B. Taklimat Perkhemahana. Panduan pelaksanaan perkhemahan
( rujuk Buku Panduan Pelaksanaan ) b. Penulisan Refleksi / Folioc. Persiapan awald. Etika Peserta BIG PPG e. Keadaan Fizikalf. Peralatang. Status Kesihatanh. Kuatermaster makanani. Kuatermaster peralatanj. Kebajikan dan Keselamatank. Jadual Pelaksanaan
C. Taklimat Keselamatan di aira. Teori keselamatan di airb. Arahan, ciri dan dan langkah
keselamatan di air
Diadakan di IPG Dikendalikan oleh Penyelaras
Program BIG PPG IPG Bahan-bahan taklimat
VCD dan LCD Bahan bercetak
10JAN2012-IPGKIPTI MK 20
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
D. Taklimat LDKa. Taklimat dan panduan pelaksanaan
LDK.b. Cara dan pengendalian LDKc. Bentuk-bentuk permainan LDK
2. Mesyuarat Perancangan Pelaksanaan BIG PPG
Perancangan Pelaksanaan Programi. Lokasi Programii. Tarikh Programiii. Lawatan Tapakiv. Perhubungan luarv. Peralatanvi. Pembahagian tugas Kem Komander
/Jurulatih / Fasilitatorvii. Kosviii. Kebajikan / makanan
Pelajar PPG dengan Jawatankuasa Pelaksana BIG PPG peringkat sekolah.
SEMASA AKTIVITI PERINGKAT 1
Bil Perkara Isi Kandungan Tindakan
1. Taklimat kepada peserta program
i. Memperkenalkan Jurulatih / Fasilitator Siri BIG PPG kepada peserta.
ii. Pembahagian Tugas kepada peserta iii. Keadaan Fizikaliv. Peralatanv. Status Kesihatanvi. Kuatermaster makananvii. Kuatermaster peralatanviii. Kebajikan dan Keselamatanix. Jadual Pelaksanaanx. Pergerakan Aktiviti
Urusan pelajar PPG
10JAN2012-IPGKIPTI MK 21
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
xi. Disiplin Pesertaxii. Peraturan Perkhemahanxiii. Jadual Aktivitixiv. Pembahagian Nombor Peserta
(Numbering).
2. Pelaksanaan Aktiviti i. Arahan tetap yang merangkumi prosedur sebelum aktiviti.
ii. Melaksanakan semua komponen dalam jadual
iii. Penilaian dan penulisan refleksi
Urusan pelajar PPG
3. Penutup Aktiviti i. Protokol acara penutup siri BIG PPGii. Perbarisaniii. Ucapan VVIP
Urusan pelajar PPG
4. Tindakan sebelum perjalanan pulang
1. Membersihkan peralatan dan kawasan perkhemahan.
2. Memastikan peralatan adalah dalam keadaan yang baik.
3. Pemulangan peralatan dengan amaun yang sama.
4. Menyusun peralatan.
Urusan pelajar PPG
SELEPAS AKTIVITI PERINGKAT 1
Bil Perkara Isi KandunganTindakan
1. Tindakan Selepas Aktiviti 1. Membuat refleksi / laporan perlaksanaan BIG PPG
2. Menyediakan dokumentasi audio/video
Penyelaras Program BIG PPG IPG
10JAN2012-IPGKIPTI MK 22
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
SELEPAS AKTIVITI PERINGKAT 1
untuk tujuan pelaporan dan penilaian( Rujuk Pentaksiran BIG PPG )
3. Menyiapkan portfolio.4. Surat Penghargaan kepada agensi
yang membantu program BIG PPG (cth: Polis, Jabatan Hutan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, , Jabatan Laut / Marin, Penghulu) – jika perlu.
10JAN2012-IPGKIPTI MK 23
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
PERATURAN DAN ARAHAN TETAP PROGRAM BIG PPG
Peraturan dan arahan tetap perkhemahan program Bina Insan Guru perlu dilaksanakan dan dikuatkuasakan supaya
program dan aktiviti yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar, berdisiplin, selamat dan mencapai objektif.
Peraturan dan arahan tetap yang dikendalikan oleh pelajar PPG kepada peserta adalah seperti berikut:
1. Mematuhi arahan, jadual aktiviti dan penglibatkan diri secara menyeluruh dalam setiap aktiviti BIG PPG.
2. Hendaklah menjalinkan hubungan silaturahim, kenal mengenal dan hormat menghormati antara satu sama lain.
3. Hendaklah mengawal diri sendiri, berdisiplin dan mempamerkan tingkah laku yang terpuji sepanjang perkhemahan
4. Peserta yang beragama Islam diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di tapak perkhemahan apabila masuk
waktu solat.
5. Peserta diwajibkan meghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program / aktiviti yang dilaksanakan.
6. Peserta mesti menjaga dan bertanggungjawab terhadap peralatan yang disediakan. (Dilarang merosak atau
memindahkan peralatan ke tempat lain tanpa kebenaran)
7. Peserta dilarang merokok sepanjang masa perkhemahan.
8. Peserta dilarang membuang sampah di merata tempat dan bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan.
9. Peserta dilarang menebang atau merosakkan pokok dan perlu sentiasa mengamalkan sikap mesra alam sekitar.
10. Peserta lelaki dilarang masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan juga sebaliknya tanpa kebenaran.
11. Pergaulan sihat secara kumpulan adalah dibenarkan tetapi berpasangan lelaki dan perempuan sepanjang
perkhemahan adalah ditegah.
12. Peserta mesti sentiasa berpakaian yang sesuai dengan aktiviti (berlandaskan tuntutan agama ) dan dilarang
memakai selipar atau kain pelikat di dewan makan atau mana-mana kawasan rasmi perkhemahan.
13. Peserta dilarang membawa dan memakai barang kemas semasa aktiviti perkhemahan.
10JAN2012-IPGKIPTI MK 24
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
14. Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali.
15. Peserta tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah selepas jam 11.00 malam.
16. Peserta dilarang memancing, berburu, menangkap dan membunuh fauna atau merosakkan habitatnya.
17. Peserta dilarang membeli makanan dan minuman dari luar semasa aktiviti perkhemahan.
18. Peserta dilarang keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi atau dengan kebenaran.
19. Peserta bertanggungjawab terhadap penjagaan diri, peralatan dan harta persendirian.
20. Peserta dilarang membakar dalam kawasan perkhemahan tanpa kebenaran.
21. Penggunaan peralatan berbahaya dan berisiko perlu mendapat kebenaran dan pengawasan jurulatih / fasilitator.
22. Peserta dilarang menggunakan telefon bimbit tanpa kebenaran.
23. Peserta mesti mematuhi lain-lain arahan keselamatan berkaitan pelaksanaan sesuatu aktiviti yang dilaksanakan.
24. Peserta yang melanggar peraturan akan diberi amaran atau dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan /
Urusetia.
PERINGATAN
Pelajar PPG dikehendaki berada bersama pelajar dari mula sehingga tamat aktiviti perkhemahan dan pada setiap aktiviti yang dijalankan.
Kenderaan kecemasan perlu disediakan dan berada sepanjang masa di kawasan perkhemahan.
10JAN2012-IPGKIPTI MK 25
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
SPESIFIKASI TAJUK BINA INSAN GURU PPGPERINGKAT 1
TAJUK / AKTIVITI KANDUNGAN JAM INTERAKSI
1. Aktiviti di IPG Taklimat umum BIG
Taklimat perkhemahan
Taklimat keselamatan di air
Taklimat LDK
5 Jam
2. Mendirikan Khemah Perancangan, pemilihan tapak, pembahagian tugas
Pembinaan khemah, penyediaan dan penyajian makanan
Pembubaran khemah
40 jam.
3. Malaysia cergas dan patriotik. Nyanyian patriotik
Menaikkan bendera
Kawad kaki
Senamrobik / aktiviti kalistenik
4. Latihan Dalam Kumpulan (LDK) Cadangan tajuk dan aktiviti LDK
Ice Breaking
Personaliti Guru dan Konflik Personaliti
Realiti persekitaran
Realiti diri dan motivasi keguruan
Perubahan sikap
10JAN2012-IPGKIPTI MK 26
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
TAJUK / AKTIVITI KANDUNGAN JAM INTERAKSI
Pembinaan self –esteem
Catatan:
Pelajar PPG boleh memilih tajuk-tajuk atau aktiviti LDK selain di atas yang bersesuaian dengan kursus dan peserta.
5. Kembara dan Orienteering Cadangan aktiviti semasa kembara dan orienteering.
Berjalan lasak
Aktiviti penghayatan alam
Pengenalan arah mata angin / kiblat
Penyelesaian masalah berkaitan dengan bila berlaku kecemasan / kecederaan.
Permainan " Tresure-hunt"
Catatan:
Pelajar PPG boleh memilih sebarang aktiviti selain di atas yang bersesuaian dengan kursus dan peserta.
6. Tazkirah / aktiviti moral Cadangan tajuk-tajuk tazkirah / moral
Aku Ingin Menjadi Anak Soleh
Mencontohi Saidina Ali : Remaja Cemerlang
Bila Quran berbicara " .....perihal kepimpinan.."
Rasulullah Pemimpin Teladan
Cadangan tajuk-tajuk moral
Rakyat Cemerlang Negara Gemilang
10JAN2012-IPGKIPTI MK 27
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
TAJUK / AKTIVITI KANDUNGAN JAM INTERAKSI
( SAM ) Saya Anak Malaysia
Pemimpin dan Kepimpinan
Malaysia Negaraku Tercinta
Catatan:
Pelajar PPG boleh memilih sebarang tajuk tazkirah / moral selain di atas yang bersesuaian dengan kursus dan peserta.
7. Persembahan kumpulan Pembahagian tajuk persembahan
Perlantikan hakim persembahan
Mengumumkan keputusan
8. Refleksi Refleksi aktiviti
Refleksi umum
10JAN2012-IPGKIPTI MK 28
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
PROSEDUR KESELAMATAN BIG PPG PERINGKAT 1
SEBELUM AKTIVITI
1. Pelajar PPG
a. Menguruskan borang kebenaran waris / penjaga.
b. Memastikan setiap peserta dilindungai insuran/takaful PTKB.
c. Taklimat pelaksanaan BIG PPG Jurulatih, dan semua AJK.
d. Taklimat pelaksanaan BIG PPG peserta / pelajar
e. Memilih & Memastikan tapak perkhemahan
f. Memastikan peralatan dalam keadaan baik & selamat digunakan
g. Memaklumkan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti Polis,Bomba dan Penyelamat dan hospital
terdekat
h. Memastikan jurulatih yang berkelayakan menjalankan tugas
i. Memastikan peserta memulakan perjalanan di Institut dan tamat di institut
j. Memastikan peralatan & ubat-ubatan dibawa bersama
k. Memastikan semua peserta / pelajar dalam keadaan sihat sebelum, semasa dan selepas aktiviti BIG PPG
l. Memastikan pengangkutan pelajar terurus dengan baik pergi dan balik
m. Memastikan borang-borang penilaian yang berkaitan mencukupi untuk digunakan
10JAN2012-IPGKIPTI MK 29
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
SEMASA AKTIVITI
1. KEM KOMANDANa. Tiba lebih awal di tapak perkhemahan
b. Memastikan tapak perkhemahan selamat dan ada kemudahan air dan eletrik
c. Memastikan semua jurulatih yang dilantik sampai di tapak perkhemahan sebelum memulakan aktiviti
d. Taklimat kepada jurulatih tentang spesifikasi tugas dan keselamatan pelajar
e. Taklimat kepada peserta/ pelajar tentang spesifikasi tapak perkhemahan
f. Memastikan semua peserta menduduki kawasan yang telah disediakan
g. Menentukan kawasan / tempat yang selamat berkumpul sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini / waktu
kecemasan
2. JURULATIH AKTIVITI KETAHANAN
a. Membuat tinjauan awal ke lokasi aktiviti
b. ”Head Count” untuk memastikan semuanya selamat
c. Memastikan semua bilangan peralatan mencukupi dan selamat digunakan
d. Membuat laporan sekiranya kehilangan / kerosakan peralatan kepada QM Peralatan
e. Melaporkan keadaan / perubahan struktur muka bumi di lokasi aktiviti kepada kem komandan
f. Menunjuk cara menggunakan peralatan dengan betul dan selamat
g. Memberi penerangan tentang keselamatan diri
h. Mengenal pasti tahap kebolehan kesihatan dan kecergasan pelajar sebelum melaksanakan aktiviti
i. Menyediakan satu pelan tindakan sekiranya berlaku kemalangan semasa aktiviti
10JAN2012-IPGKIPTI MK 30
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
SELEPAS AKTIVITI
1. KEM KOMANDAN
a. Menerima Laporan ketua jurulatih
b. Menerima Laporan Kuarter Master Kebajikan dan Keselamatan
c. Menerima Laporan Kuarter Master Peralatan
d. Menerima Laporan Kuarter Master Makanan
e. Menerima Laporan Kewangan daripada Bendahari.
f. Memastikan peralatan yang digunakan dibersihkan selewat-lewatnya 1hari selepas perkhemahan
g. Memastikan semua peralatan mencukupi dan dalam keadaan baik
h. Memastikan surat penghargaan dihantar kepada agensi yang membantu program BIG PPG contoh Polis,
Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Marin, Jabatan Hutan dan lain-lain lagi
i. Menyediakan sijil-sijil penyertaan kepada peserta yang mengambil bahagian.
j. Memastikan laporan penilaian dan segala bukti perlaksanaan perkhemahan dihantar kepada mentor kuliah
berkenaan di IPG masing-masing ( Mesti dihantar pada interaksi bersemuka berikutnya )
10JAN2012-IPGKIPTI MK 31
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
AHLI PANEL PENGGUBAL DAN PEMURNIANBUKU PANDUAN PELAKSANAAN BINA INSAN GURU-PPG
JULAI 2011
Bil. Nama Jabatan / Institut
1 Puan Hjh Dr.Noriati binti Abd,Rashid Penyelaras PengarahPusat Pengembangan Akademik, IPGM, KPM
2 Tuan Haji Ust.Aleas bin Mat Isa Pen.Penyelaras Pusat Pengembangan Akademik, IPGM, KPM
3 En.Baharuddin bin Ab. Latiff Pen.Penyelaras Pusat Pengembangan Akademik, IPGM, KPM
4 En. Ahmad Sukri b. Mustaffa Ahli IPG Kampus Darulaman, Kedah Darul Aman
5 Tuan Haji Ruslan bin Saad Ahli IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman
5 En. Mohamad Hafedz b. Salleh Ahli IPG Kampus Darulaman, Kedah Darul Aman
7 En. Hishamuddin bin Hassan Ahli IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Baharu DT
8 En.Zakaria bin Mustaffa Ahli IPG Kampun Bahasa Melayu, Kuala Lumpur
9 Tuan Haji Norhizan b. Zainol Ahli IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Baharu DT
10 En.Zulkapli bin Wagini Ahli IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur
10JAN2012-IPGKIPTI MK 32