28
B BULETIN ULETIN AUDIT AUDIT BILANGAN 5 | ISSN: 1823-9609 JUN 2008 audit berkualiti meningkatkan akauntabiliti audit berkualiti meningkatkan akauntabiliti Meningkatkan Kredibiliti Penyata Kewangan Badan Berkanun Persekutuan Oleh: Hjh. Zainun Binti Taib Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan Latar Belakang Setiap Badan Berkanun Persekutuan (BBP) bertanggungjawab mengemukakan penyata kewangan tahunannya kepada Ketua Audit Negara untuk diaudit dalam tempoh 6 bulan selepas berakhir tahun kewangannya. Namun demikian sebagai langkah mempercepatkan penyediaan dan pembentangan penyata kewangan, Kementerian Kewangan telah mengeluarkan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 4 Tahun 2007 yang menghendaki penyata kewangan dikemukakan kepada Ketua Audit Negara tidak lewat dari 30 April tahun berikutnya. Penyata Kewangan ini diperakukan oleh Ketua Audit Negara dan kemudiannya dibentangkan di Parlimen mengikut kehendak Perkara 106(i) Perlembagaan Persekutuan, Seksyen 5 dan 6 Akta Audit 1957 dan Seksyen 5 (Bhg. 111) Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 (Akta 240). Sehingga 30 Jun 2008, terdapat sebanyak 118 penyata kewangan BBP bagi tahun 2007 perlu diaudit oleh Ketua Audit Negara. Piawaian Perakaunan Pihak pengurusan setiap BBP bertanggungjawab menyimpan rekod- rekod, akaun-akaun serta semua dokumen yang berkaitan dengan sempurna dan seterusnya menyediakan penyata kewangannya mengikut standard perakaunan yang ditetapkan. Pada peringkat awal, standard perakaunan yang diterima pakai oleh Badan Berkanun ialah International Accounting Standards (IAS). Dengan wujudnya Akta Laporan Kewangan, 1997 dan Malaysian Accounting Standards Board (MASB) pada tahun yang sama, Standard Perakaunan MASB telah dikeluarkan dan diterima pakai mulai tahun kewangan 1999. Di peringkat antarabangsa, International Accounting Standards Board (IASB) telah mengkaji semula IAS dan mengeluarkan International Financial Reporting Standards (IFRS) pada tahun 2005. Selaras dengan perkembangan ini, MASB mengeluarkan dua piawaian perakaunan iaitu Financial Reporting Standards (FRS) dan Private Entity www.audit.gov.my ke muka surat 4... J A B A T A N A U D I T N E G A R A M A L A Y S I A Transformasi Logo Jabatan Audit Negara Juara KMK 3 tahun berturut-turut Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) DINAMIK dari Cawangan Audit Negeri Sembilan telah menjuarai Konvensyen KMK Peringkat Negeri, Negeri Sembilan Ke 20 yang telah diadakan pada 11 dan 12 Jun 2008. Selain itu, Fasilitator kumpulan telah memenangi Fasilitator Terbaik Konvensyen. Kejayaan kumpulan DINAMIK dan Fasilitator kumpulan menjadi juara selama 3 tahun berturut-turut di Konvensyen KMK Peringkat Negeri, Negeri Sembilan bukan sahaja telah mengharumkan nama Cawangan Audit Negeri Sembilan tetapi juga nama Jabatan Audit Negara secara keseluruhannya. Tahniah!!! 2008 2002 - 2008 1972 - 2002 Lihat muka surat 28... Menarik di dalam... Sematkan Tekad Belanja Berhemat ...M 3 Jaminan Kualtiti Dalam Pengauditan dan Pelaporan ...M 8 & 9 Any Carbon Credit Sir ? ...M 12 & 13 Menghargai Minda ...M 23

BILANGAN 5 | ISSN: 1823-9609 BUULETINLEAAUDITTUIDNIT Buletin/4.BIL508.pdf · dan berjimat cermat oleh perkhidmatan awam untuk memenuhi aspirasi rakyat yang tidak suka melihat pengurusan

  • Upload
    others

  • View
    25

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

BBULETINULETINAUDITAUDIT

BILANGAN 5 | ISSN: 1823-9609 JUN 2008

audit berkualiti meningkatkan akauntabilitiaudit berkualiti meningkatkan akauntabiliti

Meningkatkan Kredibiliti Penyata Kewangan Badan Berkanun Persekutuan

Oleh: Hjh. Zainun Binti Taib

Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan

Latar Belakang

Setiap Badan Berkanun Persekutuan (BBP) bertanggungjawab mengemukakan penyata kewangan tahunannya kepada Ketua Audit Negara untuk diaudit dalam tempoh 6 bulan selepas berakhir tahun kewangannya. Namun demikian sebagai langkah mempercepatkan penyediaan dan pembentangan penyata kewangan, Kementerian Kewangan telah mengeluarkan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 4 Tahun 2007 yang menghendaki penyata kewangan dikemukakan kepada Ketua Audit Negara tidak lewat dari 30 April tahun berikutnya. Penyata Kewangan ini diperakukan oleh Ketua Audit Negara dan kemudiannya dibentangkan di Parlimen mengikut kehendak Perkara 106(i) Perlembagaan Persekutuan, Seksyen 5 dan 6 Akta Audit 1957 dan Seksyen 5 (Bhg. 111) Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 (Akta 240). Sehingga 30 Jun 2008, terdapat sebanyak 118 penyata kewangan BBP bagi tahun 2007 perlu diaudit oleh Ketua Audit Negara.

Piawaian Perakaunan

Pihak pengurusan setiap BBP bertanggungjawab menyimpan rekod-rekod, akaun-akaun serta semua dokumen yang berkaitan dengan sempurna dan seterusnya menyediakan penyata kewangannya mengikut standard perakaunan yang ditetapkan. Pada peringkat awal, standard perakaunan yang diterima pakai oleh Badan Berkanun ialah International Accounting Standards (IAS). Dengan wujudnya Akta Laporan Kewangan, 1997 dan Malaysian Accounting Standards Board (MASB) pada tahun yang sama, Standard Perakaunan MASB telah dikeluarkan dan diterima pakai mulai tahun kewangan 1999. Di peringkat antarabangsa, International Accounting Standards Board (IASB) telah mengkaji semula IAS dan mengeluarkan International Financial Reporting Standards (IFRS) pada tahun 2005. Selaras dengan perkembangan ini, MASB mengeluarkan dua piawaian perakaunan iaitu Financial Reporting Standards (FRS) dan Private Entity

ww

w.a

ud

it.g

ov

.my

ke muka surat 4...

JABATAN AUDIT NEGARA

MALAYSIA

Transformasi Logo Jabatan Audit Negara

Juara KMK 3 tahun berturut-turut

Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) DINAMIK dari Cawangan Audit Negeri Sembilan telah menjuarai Konvensyen KMK Peringkat Negeri, Negeri Sembilan Ke 20 yang telah diadakan pada 11 dan 12 Jun 2008. Selain itu, Fasilitator kumpulan telah memenangi Fasilitator Terbaik Konvensyen. Kejayaan kumpulan DINAMIK dan Fasilitator kumpulan menjadi juara selama 3 tahun berturut-turut di Konvensyen KMK Peringkat Negeri, Negeri Sembilan bukan sahaja telah mengharumkan nama Cawangan Audit Negeri Sembilan tetapi juga nama Jabatan Audit Negara secara keseluruhannya.

Tahniah!!!

20082002 - 20081972 - 2002

Lihat muka surat 28...

Menarik di dalam...

Sematkan Tekad Belanja

Berhemat ...M 3

Jaminan Kualtiti Dalam

Pengauditan dan Pelaporan

...M 8 & 9

Any Carbon Credit Sir ?

...M 12 & 13

Menghargai Minda ...M 23

2 Buletin Audit | Jan - Jun 2008

Salam Editor

KANDUNGAN

Meningkatkan Integriti Penyata

Kewangan Badan Berkanun Persekutuan

................................................ M 1, 4, 5 & 6

Salam Editor .........................................M 2

Dari Meja Ketua Audit Negara :

Sematkan Tekad Belanja Berhemat .. M 3

UAD: Perkongsian Strategik Ke Arah

Kecemerlangan Prestasi Kewangan ..M 7

Jaminan Kualtiti Dalam Pengauditan dan

Pelaporan .......................................M 8 & 9

Penstrukturan Semula: Pemangkin

Kecemerlangan Organisasi .............. M 10

Mesyuarat Teknikal Kali ke - 2 di Bali,

Indonesia ........................................... M 11

Any Carbon Credit Sir ? .......... M 12 & 13

Sesi Brainstorming Pelaksanaan

Perancangan Strategik JAN .... M 14 & 15

SIDANG REDAKSI

PENAUNG

Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Setia Ambrin bin Buang

Ketua Audit Negara Malaysia

PENASIHAT

Y. Bhg. Dato’ Azizah binti Hj. Arshad

Timbalan Ketua Audit Negara (Persekutuan)

Y. Bhg. Dato’ Anwari bin Suri

Timbalan Ketua Audit Negara (Negeri)

KETUA EDITOR

Mustafa bin Hj. Saman

PENOLONG KETUA EDITOR

Muhammad Iskandar bin Hj. Mokhtar

PASUKAN EDITORIAL

Y. Hamdan bin Mohd. Dom

Dr. Masiah binti Ahmad

Noor Akma binti Mohd Baki

Alifah Aida binti Lope Abd Rahman

Mona binti Othman

Asrina binti Mahadi

Hasnira binti Hussin

PENYELARAS BULETIN AUDIT

Unit Hal Ehwal Korporat

KONSEP & REKA LETAK

Md.Yazit bin Hashim

Muhammad Syafi q bin Pauzee

Salam sejahtera,

Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan setiap tahun di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri seringkali menjadi bahan perbincangan di kalangan rakyat yang prihatin mengenai pencapaian kerajaan dalam pengurusan kewangannya. Justeru itu adalah menjadi tanggungjawab setiap juruaudit untuk berusaha menjamin kualiti dalam pengauditan agar Laporan Ketua Audit Negara akan terus kekal sebagai wadah untuk mengukur dan menilai tahap akauntabiliti dan ketelusan dalam urus tadbir sektor awam.

Perkembangan pesat di dalam dan luar jabatan seperti penambahan mandat baru, penubuhan agensi baru, dan

pertambahan bilangan auditi menyebabkan jabatan menyemak dan menyusun semula struktur organisasinya. Penstrukturan semula ini telah pun diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan pastinya berita gembira ini dapat menyuntik semangat baru kepada semua warga Audit. Semoga struktur baru ini menjadi pendorong kepada juruaudit untuk terus memantapkan diri dengan kemahiran yang relevan agar lebih profesional dan boleh menangani cabaran yang mendatang.

Perancangan Strategik Jabatan Audit Negara bagi tahun 2008 hingga 2010 yang dilancarkan dalam tahun 2007 menggariskan pelan tindakan serta pencapaian yang disasarkan dalam

bidang pengauditan. Satu sesi brainstorming telah diadakan bagi m e m b i n c a n g k a n pelaksanaan strategi berkenaan. Enam kertas kerja pengauditan telah dibentangkan yang memberi fokus kepada aspek perundangan, bidang keutamaan yang perlu diberi perhatian serta keperluan latihan dalam bidang pengauditan. Perancangan strategik ini akan dapat memacu Jabatan ke arah meningkatkan keberkesanan dan kecekapan dalam bidang pengauditan.

Kita juga sudah biasa mendengar perkataan kredit semasa menjalankan pengauditan dan dalam urusan kewangan. Kini terdapat istilah baru dalam bidang alam sekitar yang

berkait dengan kredit, iaitu Carbon Credit. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut apakah yang dimaksudkan dengan Carbon Credit, sila ikuti rencana menarik mengenainya dalam buletin kali ini. Walau apapun mesej yang ingin disampaikan, kesedaran mengenai pemuliharaan alam sekitar perlu dipupuk demi kesinambungan kehidupan sejagat.

SELAMAT MEMBACA

Diari Jabatan ....................... M 16, 17 & 18

The Traits of a Top Professional Work

............................................................. M 19

Modal Insan ........................ M 20, 21 & 22

Siri Teroka Minda .............................M 23

Kisah Menraik Si Gajah Putih .........M 23

Ceramah Eksekutif ........................... M 24

Ulasan Buku: ‘Tiger’ Zainal -

Reminiscence of An Auditor ............ M 25

Personaliti Audit: Tn. Hj. Mustapha bin

Naina Maricar .......................... M 26 & 27

Kalendar Latihan Akademi Audit Negara

( Julai - Disember 2008) ................... M 28

Keterangan Logo Baru Jabatan Audit

Negara ................................................ M 28

Sidang Redaksi Buletin Audit mengalu-alukan sumbangan berbentuk penulisan atau lain-lain daripada warga Audit

serta komen dan cadangan daripada pembaca

3

Dari Meja Ketua Audit Negara

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera..

Sejak krisis kewangan antarabangsa 1998, sekali lagi perkhidmatan awam Malaysia terpanggil untuk mengamalkan perbelanjaan berhemat ekoran kenaikan harga minyak global dan krisis makanan yang memaksa kerajaan kita mengkaji semula keutamaan-keutamaan dalam perbelanjaannya, sama ada di bawah bajet pembangunan mahupun bajet mengurus. Ini bukanlah pengalaman pertama tetapi satu ulangan bagi menghadapi cabaran ekonomi yang mungkin lebih getir, cabaran yang tidak mungkin dapat ditangani oleh kerajaan tanpa komitmen dan kerjasama semua pihak, lebih-lebih lagi warga perkhidmatan awam. Langkah penjimatan dalam pentadbiran perkhidmatan awam seperti yang digariskan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 1 Tahun 2008 seperti pembekuan jawatan baru dalam perkhidmatan awam kecuali bagi jawatan tertentu dan kritikal; mengehadkan perjalanan Menteri dan pegawai Kerajaan ke luar negara; semua kursus, latihan dan bengkel hendaklah dihadkan dan menggunakan kemudahan sedia ada; perpindahan dan ubah suai pejabat tidak lagi

dibenarkan; pengurangan pembelian aset terutamanya yang belum dimuktamadkan; serta pengurangan penganjuran majlis keraian adalah langkah-langkah yang wajar dan praktikal ke arah menstabilkan pengurusan kewangan kerajaan dan ekonomi Negara.

Jabatan Audit Negara sentiasa menyarankan pengamalan perbelanjaan berhemat dan berjimat cermat oleh perkhidmatan awam untuk memenuhi aspirasi rakyat yang tidak suka melihat pengurusan kewangan kerajaan yang lemah, tidak berakauntabiliti dan tidak berintegriti seperti yang dijelmakan dalam kes-kes pembaziran, pemborosan, penyelewengan yang dilaporkan dalam laporan-laporan audit selama ini. Gejala-gejala negatif ini timbul daripada kelemahan-kelemahan dan kurang teliti dalam merancang, melaksana dan memantau sesuatu perbelanjaaan. Gejala-gejala ini pasti berulang sekiranya tidak ada komitmen yang teguh oleh Pegawai Pengawal, Ketua-ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan untuk bertindak mengadakan penambahbaikan yang berterusan seperti mana yang dihasratkan oleh kerajaan.

Jabatan Audit Negara berpendapat dasar perbelanjaan

berhemat dan jimat cermat hendaklah dibudayakan sebagai satu kewajipan dalam perkhidmatan awam kerana faedah kepada rakyat dan Negara adalah jelas. Banyak pengajaran yang boleh dan patut dimanfaatkan daripada pengalaman kes-kes pembaziran dan pemborosan masa lepas seperti yang sering kali didedahkan dalam laporan audit. Falsafah ‘prevention is better than cure’ jika dihayati Ketua-ketua Jabatan dan Agensi dalam pengurusan kewangan mereka pasti membuahkan hasil bukan saja dari segi produktiviti tapi juga imej Jabatan yang positif dari aspek akauntabiliti dan integriti.

Sematkan Tekad Belanja Berhemat..

Dan berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.

Al-Isra’ 17 : 26 – 27

4 Buletin Audit | Jan - Jun 2008

Reporting Standards (PERS) yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2006. Bagi sektor awam, Kementerian Kewangan telah mengkaji semula pemakaiannya dengan mengambil kira pandangan Jabatan Audit Negara, Jabatan Akauntan Negara dan pihak BBP. Sehubungan ini, Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 4 Tahun 2007 bagi penyediaan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan BBP yang berkuat kuasa mulai tahun kewangan 2007 telah menetapkan FRS dan PERS diterima pakai berdasarkan kriteria berikut:

• PERS – BBP yang tidak mempunyai syarikat subsidiari.

• PERS – BBP yang mempunyai syarikat subsidiari yang bukan merupakan Syarikat Awam Tersenarai dan tidak perlu menyerahkan penyata kewangan kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

• FRS – BBP yang mempunyai syarikat subsidiari yang merupakan Syarikat Awam Tersenarai dan perlu menyerahkan penyata kewangan kepada SC dan BNM.

• FRS – BBP yang merupakan institusi kewangan yang tertakluk kepada Akta Pembangunan Institusi Kewangan atau Development Financial Institutions Act (DFIA).

Jenis Sijil Ketua Audit Negara

Sijil Ketua Audit Negara yang dikeluarkan adalah pendapat Audit terhadap penyata kewangan BBP sama ada ia memberi gambaran mengenai operasi dan kedudukan kewangan yang benar dan

saksama. Sehubungan ini, ada 4 jenis Sijil Ketua Audit Negara yang dikeluarkan seperti berikut:

• Sijil Tanpa Teguran - Penyata kewangan telah disediakan dan dipersembahkan mengikut piawaian yang diterima pakai, diamalkan secara konsisten, seragam serta pendedahan yang mencukupi.

• Sijil Berteguran - Perkara material yang boleh menjejaskan kesaksamaan penyata kewangan dari aspek prinsip perakaunan yang digunakan, konsistensi atau had disebabkan kekangan skop pengauditan.

• Sijil Adverse - Penyata kewangan tidak menunjukkan kedudukan yang benar dan saksama atau tidak mematuhi prinsip perakaunan yang diterima umum. Kesan perbezaan pendapat adalah material dan menyeluruh terhadap penyata kewangan dan pendapat berteguran tidak memadai untuk mendedahkan kekeliruan atau penyata kewangan tidak sempurna.

• Sijil Disclaimer - Kesan yang mungkin timbul daripada kekangan skop pengauditan adalah material dan menyeluruh di mana bukti audit tidak mencukupi untuk memberi pendapat terhadap penyata kewangan.

Kelemahan dan Kesilapan Yang Sering Dibangkitkan

Hasil pengauditan terhadap penyata kewangan BBP menunjukkan kelemahan dan kesilapan seperti berikut masih sering berlaku:

a. Ketidakpatuhan Kepada Undang-undang dan Peraturan

Aktiviti yang dijalankan oleh BBP tidak dibenarkan oleh Akta seperti memberi pinjaman tanpa kuasa.

b. Ketidakpatuhan Kepada Piawaian Perakaunan• Penyata kewangan telah

disatukan dengan penyata kewangan syarikat subsidiari yang belum diaudit.

• Penyata kewangan syarikat subsidiari dan penyata kewangan kumpulan tidak disatukan. Hasil operasi syarikat bersekutu juga tidak diakaunkan secara ekuiti dalam penyata kewangan kumpulan.

• Penjejasan nilai terhadap aset dan pelaburan dalam syarikat subsidiari tidak diambil kira.

• Tiada peruntukan rosot nilai terhadap pelaburan yang mengalami kerugian.

• Tiada pendedahan tentang ketidakupayaan syarikat subsidiari beroperasi sebagai entiti berterusan.

• Membuat pelarasan yang menyebabkan pendapatan tahun semasa kurang dinyatakan.

c. Kelemahan Penyimpanan Dan Penyelenggaraan Rekod Perakaunan• Terdapat perbezaan antara

baki yang ditunjukkan dalam penyata kewangan dengan baki lejar am.

• Rekod aset tetap tidak diselenggarakan dengan lengkap menyebabkan perbezaan antara jumlah di lejar am dan daftar aset tetap.

...dari muka surat 1

Utama

ke muka surat 5...

5

• Ketepatan nilai hartanah, loji dan peralatan tidak dapat disahkan kerana daftar aset tetap tidak diselenggarakan dengan lengkap dan tidak kemas kini.

• Pelarasan dibuat dalam Penyata Perubahan Ekuiti tidak mempunyai dokumen sokongan yang lengkap.

• Penyata Aliran Tunai dan Penyata Penyesuaian Bank tidak disediakan dengan teratur.

• Rekod perakaunan seperti lejar am, daftar deposit, daftar inventori, daftar cek terbatal dan daftar bil tidak diselenggarakan dengan lengkap dan kemas kini.

d. Penyerahan Penyata Kewangan Untuk Diaudit

BBP gagal mengemukakan penyata kewangan dalam tempoh yang ditetapkan.

e. Pembentangan Laporan

Tahunan Dan Penyata Kewangan Di Parlimen

Penyata kewangan belum dibentangkan di Parlimen walaupun Sijil Ketua Audit Negara bagi Penyata Kewangan tahun berkenaan telah pun dikeluarkan.

f. Kesilapan Dalam Persembahan Penyata Kewangan

Kesilapan berikut sering berlaku dalam persembahan penyata kewangan BBP yang diserahkan untuk pengauditan.

(Rujuk jadual di muka surat 6)

Rumusan

Sehingga 30 Jun 2008, sebanyak 117 daripada 118 penyata kewangan BBP bagi tahun berakhir 31 Disember 2007 telah diterima oleh Jabatan Audit Negara. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 35 penyata kewangan BBP telah diberikan Sijil Tanpa Teguran manakala 82 penyata kewangan lagi sedang diaudit. Usaha BBP untuk menyediakan penyata kewangan dalam tempoh yang ditetapkan dan mendapat Sijil Tanpa Teguran daripada Jabatan Audit Negara menunjukkan komitmen BBP untuk meningkatkan tahap akauntabiliti dan integriti Pengurusan Kewangan masing-masing. Sekiranya terdapat BBP yang menerima Sijil Berteguran, usaha hendaklah dipertingkatkan untuk melengkapkan sistem pengurusan kewangan di samping mematuhi dasar-dasar perakaunan yang ditetapkan.

ke muka surat 6...

...dari muka surat 4

“The fi rst basis for economic development is the type of political leadership which will not waste national emotions on non-essential rabble-rousing or continuous beating of the corpse of colonialism and imperialism but on political leadership that can channel national emotions into action and national energies into development results.”

Dipetik daripada buku STRATEGY FOR ACTION TUN ABDUL RAZAK – The Nation Builder

6 Buletin Audit | Jan - Jun 2008

Bil. Kesilapan Format Yang Betul

A. Lembaran Imbangan

i. Butiran penyata kewangan tidak mengikut format current dan non current item.

Butiran hendaklah diasingkan mengikut current dan non current item.

ii.Aset semasa tidak disusun mengikut kecairan.

Kecairan aset semasa disusun sama ada secara menurun atau menaik.

iii.Pinjaman diletakkan di bawah Ekuiti.

Pinjaman adalah liabiliti dan dikelaskan sama ada sebagai semasa serta jangka panjang.

iv. Penyata kewangan Kumpulan tidak disusun mengikut tahun perbandingan.

Bagi memudahkan perbandingan persembahan penyata kewangan perlu disediakan seperti berikut:

Kumpulan Agensi

2007 2006 2007 2006

v. Penyata kewangan Kumpulan dan Agensi tidak ditunjukkan pada muka surat yang sama.

Penyata kewangan Kumpulan dan Agensi perlu ditunjukkan pada muka surat yang sama supaya tidak mengelirukan pengguna penyata kewangan.

vi. Hartanah, loji dan peralatan diletakkan di bawah Aset Semasa Bersih.

Hartanah, loji dan peralatan perlu diletakkan sebelum Aset Semasa kerana ia dikategorikan sebagai non current asset.

B.Penyata Pendapatan

i. Persembahan penyata pendapatan tidak mengikut format yang ditetapkan iaitu pendapatan dan perbelanjaan ditunjukkan secara terperinci.

Persembahan penyata pendapatan sepatutnya mengikut kategori utama pendapatan dan perbelanjaan sahaja. Butiran pendapatan dan perbelanjaan terperinci perlu dinyatakan di Nota Kepada Penyata Kewangan.

ii. Lebihan/(Kurangan) terkumpul, pelarasan, pindahan kumpulan wang ditunjukkan di penyata pendapatan.

Lebihan/(Kurangan) terkumpul dan lain-lain ditunjukkan di Penyata Perubahan Ekuiti. [Penyata pendapatan ditunjukkan setakat lebihan/(kurangan) tahun semasa]

C.Penyata Perubahan Ekuiti

i. Penyata Perubahan Ekuiti tidak mengikut format yang ditetapkan

Penyata Perubahan Ekuiti perlu disediakan mengikut format MASB.

D.Nota Kepada Penyata Kewangan

i. Persembahan geran pembangunan tidak jelas. Persembahan jelas perlu mengandungi butiran iaitu:• Baki awal• Jumlah diterima dalam tahun semasa• Pelunasan tahun semasa• Baki dibawa ke hadapan

ii. Aset dan liabiliti kewangan tidak mempunyai maklumat struktur kematangan. Contoh: Pecahan kematangan kepada tempoh dalam 12 bulan dan melebihi 12 bulan.

Struktur kematangan perlu dinyatakan terhadap:• Pinjaman kepada syarikat subsidiari dan

bersekutu.• Pelaburan dalam Sekuriti Kerajaan Malaysia, bon,

pinjaman staf dan cagaran.• Deposit dengan Institusi Kewangan.• Faedah persaraan kakitangan.• Pemiutang dan penghutang.• Pinjaman.

iii. Perkataan keuntungan/(kerugian) tidak dinyatakan dengan tepat untuk menunjukkan kedudukan kewangan semasa.

Perkataan keuntungan/(kerugian) hendaklah dinyatakan dengan tepat bagi menunjukkan sama ada agensi mengalami keuntungan atau kerugian pada tahun semasa.

E.Kesilapan Pengolahan Perakaunan

i.Lebihan atas penilaian semula aset diambil kira sebagai pendapatan semasa.

Lebihan atas penilaian semula aset hendaklah diakaunkan sebagai rizab.

Kesilapan Dalam Persembahan Penyata Kewangan

...dari muka surat 5

7

Audit Dalaman yang berkesan berperanan meningkatkan

kawalan dalaman, membantu menambah baik tahap pengurusan kewangan, membudayakan prinsip akauntabiliti dan seterusnya mempertingkatkan tadbir urus sesebuah organisasi. Matlamat ini boleh dicapai melalui pengauditan dalaman yang dilaksanakan secara profesional oleh mereka yang berada dalam profesion juruaudit dan mahir, berpengalaman serta terlatih dalam standard perakaunan dan pengauditan yang diterima umum.

Kerajaan telah mewujudkan Unit Audit Dalam (UAD) di Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan serta mengeluarkan beberapa pekeliling yang menekankan peranan dan tanggungjawab UAD. Antara lain pekeliling berkenaan menetapkan UAD bertanggungjawab menjalankan audit pengurusan kewangan yang merangkumi pemeriksaan terhadap sistem kewangan, kawalan dalaman dan rekod kewangan untuk menentukan perbelanjaan, hasil, aset dan stor telah diurus mengikut undang-undang, peraturan dan arahan yang berkaitan. Selain itu, UAD juga hendaklah memastikan aktiviti organisasi diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan serta memberi nasihat/pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk sistem ICT.

Peranan UAD dan Jabatan Audit Negara (JAN) dalam sistem perkhidmatan awam adalah saling lengkap melengkapi (complement) di mana aktiviti pengauditan oleh audit dalaman dan audit luar merupakan sendi kepada tadbir urus sektor awam yang baik.

JAN telah mengambil beberapa inisiatif bagi membantu UAD

menangani isu dan cabaran yang dihadapi dengan mewujudkan kerjasama dan persefahaman ke arah memperkasa peranan UAD. Antara yang telah dilaksanakan ialah :

• Menganjurkan Seminar Audit Dalam sebagai landasan untuk memberi peluang kepada pegawai UAD Kementerian/Jabatan/ Agensi Kerajaan dan pegawai JAN berkongsi maklumat dan pengalaman serta menjana idea ke arah memantapkan prestasi pengauditan sektor awam.

• Menyediakan peluang peningkatan kepakaran melalui latihan dan khidmat nasihat dalam bidang pengauditan, pengurusan dan ICT kepada pegawai UAD secara terancang bagi meningkatkan mutu pengauditan.

• Mengisi jawatan terbuka di UAD dengan jawatan kader JAN untuk mempertingkatkan keupayaan dan keberkesanan UAD di peringkat Kementerian dan Jabatan. Pegawai di UAD boleh bekerja without fear or favour kerana mereka tidak terikat dengan skim perkhidmatan yang sama dengan pegawai-pegawai di tempat mereka bertugas khususnya pegawai yang lebih senior. Kemajuan kerjaya mereka boleh dirancang dan ini akan meningkatkan motivasi pegawai dan produktiviti UAD kerana mereka boleh kekal sebagai juruaudit.

• Menjalankan kajian khas fungsi dan peranan UAD di Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri yang merangkumi aspek struktur organisasi UAD, keberkesanan perjawatan sedia ada, Rancangan Audit Tahunan, peruntukan kewangan, latihan, isu dan cabaran. Melalui kajian ini, didapati beberapa UAD masih berdepan

dengan isu dan cabaran yang boleh menjejaskan keberkesanannya seperti struktur perjawatan yang tidak seimbang, kepakaran dan kompetensi yang terhad, kurang komitmen dari pihak pengurusan, ketiadaan perancangan strategik dan dibebankan dengan tugas di luar bidang pengauditan yang boleh menjejaskan kebebasan sebagai seorang juruaudit (confl ict of interest). Contohnya terdapat Juruaudit Dalam diarahkan untuk menjawab pemerhatian audit dari JAN dan ada yang dilantik sebagai Ahli Lembaga Tender Kementerian/Jabatan/Agensi.

Hasil daripada inisiatif yang telah dibuat, beberapa resolusi dan pendekatan akan dilaksanakan oleh JAN. Antaranya ialah:

• Mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam mengenai isu berkaitan struktur perjawatan UAD.

• Mengadakan perbincangan mengenai peluang kemajuan kerjaya dan kelayakan profesional juruaudit dalaman antara JAN, Institute of Internal Auditors Malaysia (IIAM) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam.

• Rancangan Tahunan UAD dibincangkan bersama JAN bagi mengelakkan pertindihan tugas di samping dapat saling membantu untuk mengenal pasti bidang atau perkara yang perlu diaudit.

Usaha yang diambil oleh JAN bagi merealisasikan hasrat kerajaan mewujudkan UAD yang berkesan akan tercapai sekiranya mendapat sokongan padu dan penglibatan yang lebih komited daripada semua pihak terutamanya Ketua Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan.

Oleh: Alifah Aida binti Lope Abd. Rahman

Bahagian Auditan ICT

Kertas Kerja

UAD: Perkongsian Strategik Ke Arah Kecemerlangan Prestasi Pengurusan Kewangan

8 Buletin Audit | Jan - Jun 2008

Tanda Aras

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang lazimnya

dibentangkan di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri selepas sesi pembentangan bajet sering kali mendapat perhatian media dan rakyat yang prihatin mengenai pengurusan kewangan dan pelaksanaan program/aktiviti kerajaan. Oleh yang demikian, Jabatan Audit Negara perlu memastikan jaminan kualiti wujud pada setiap langkah dalam proses menghasilkan Laporan tersebut, bermula dari peringkat perancangan dan pelaksanaan pengauditan hingga kepada penyediaan Laporan bagi memastikan setiap isu yang dibangkitkan adalah tepat dan relevan serta disokong dengan bukti yang kukuh.

Jaminan kualiti dalam pengauditan dan pelaporan dilaksanakan untuk memberi keyakinan kepada stakeholders dan rakyat. Selain itu, kualiti juga menjamin pencapaian matlamat untuk menjadikan Jabatan Audit Negara (JAN) terunggul dalam pengauditan sektor awam. Adalah perlu bagi JAN mengekal dan memantau piawaian pengauditan agar setanding dengan jaminan kualiti luaran. JAN mempunyai jaminan kualiti yang tersendiri dalam pengauditan dan pelaporan yang mana ia juga menepati piawai dan amalan antarabangsa yang meliputi perkara berikut:

• Peranan Pihak Pengurusan Pihak pengurusan yang

merupakan mekanisme dalaman bertanggungjawab mengenai hal-hal pengauditan bermula dengan kelulusan Rancangan Audit Tahunan dan Memorandum Perancangan Audit sehingga ke peringkat pelaporan. Perancangan, pelaksanaan dan pelaporan berhubung sesuatu

program/aktiviti yang diaudit juga dikaji secara mendalam oleh pihak pengurusan melalui perbincangan dengan setiap sektor audit bagi menjamin kualiti kerja pengauditan yang dijalankan.

• Kawalan Kualiti Pengauditan

Proses pengauditan dilaksanakan mengikut Standard Pengauditan Jabatan dan standard pengauditan yang diterima umum seperti International Standards on Auditing (ISA), Malaysian Approved Standards on Auditing (MASA) dan International Organisation of Supreme Audit Institutions (INTOSAI) Auditing Standards. JAN juga merujuk kepada Akta Acara Kewangan, Arahan Perbendaharaan dan pekeliling-pekeliling yang berkuat kuasa serta standard perakaunan seperti Financial Reporting Standards (FRS) dan Private Entity Reporting

Standards (PERS). Bagi tujuan menyeragamkan kaedah, prosedur dan teknik pengauditan yang digunakan oleh semua Juruaudit, JAN telah mewujudkan Manual Audit, Garis Panduan Pengauditan dan Amalan Terbaik Pengauditan.

• Kawalan Kualiti Pelaporan Dari aspek pelaporan, setiap

perkara yang dilaporkan dalam LKAN melalui kawalan kualiti yang rapi seperti berikut:• Perbincangan dan semakan

pemerhatian Audit diadakan di pelbagai peringkat pegawai bagi memastikan pengauditan dilaksanakan mengikut standard, polisi dan prosedur yang ditetapkan serta mencapai objektif pengauditan;

• Perbincangan dengan auditi melalui exit conference mengenai penemuan, penilaian, kesimpulan dan syor audit; dan

• Draf Laporan Ketua Audit

Jaminan Kualiti Dalam Pengauditan Dan Pelaporan

Dasar Kualiti• Melaksanakan aktiviti pengauditan dengan cekap dan berkesan dari peringkat

perancangan hingga ke peringkat pelaporan bagi memenuhi kehendak

perundangan dan keperluan pelanggan.

• Mematuhi perundangan, standard serta peraturan berkaitan kerja pengauditan

yang dijalankan

• Memastikan dasar, cara kerja dan amalan didokumenkan dan rekod mengenai

pelaksanaannya diselenggarakan

• Menyebarkan setiap dasar, cara kerja dan amalan kepada semua kakitangan

bagi menggalakkan penyertaan aktif mereka

• Membuat penambahbaikan yang berterusan terhadap Sistem Pengurusan

Kualiti dan menilai semula semua objektif kualiti yang ditetapkan bagi

memastikan ianya sentiasa memenuhi kehendak pelanggan.

Objektif Kualiti• Menyediakan pemerhatian Audit dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja

selepas pengauditan dijalankan. Pemerhatian Audit berkenaan dihantar kepada

pihak auditi untuk tindakan dan ulasan.

• Mengesahkan Penyata Kewangan, mengeluarkan Sijil Audit dan menyiapkan

Laporan Audit dalam tempoh empat (4) bulan selepas penerimaannya.

• Aduan sifar dari segi ketepatan fakta Laporan Audit.

Dasar dan Objektif Kualiti di bawah MS ISO 9001:2000 Jabatan Audit Negara

Oleh: Mustafa bin Hj. Saman & Dr. Masiah binti Ahmad

9

Negara berhubung perkara yang akan dilaporkan dikemukakan kepada Ketua Kementerian/Jabatan/Agensi untuk disemak. Maklum balas perlu dikemukakan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh draf Laporan dihantar kepada Ketua Kementerian/Jabatan/Agensi berkenaan. Draf Laporan akan dimuktamadkan dengan mengambil kira maklum balas yang diterima daripada pihak agensi.

• Penilaian Impak Keberkesanan JAN dari aspek

penyampaian perkhidmatannya diukur melalui kajian kepuasan pelanggan terhadap LKAN yang dilakukan setiap dua tahun. Kepuasan hati pelanggan dinilai dari beberapa aspek yang meliputi impak laporan yang disediakan, peranan Jabatan dalam membantu wakil rakyat menjalankan tanggungjawab, ketepatan maklumat yang dilaporkan, isu audit, skop pengauditan, kaedah pengumpulan data, analisis dan rumusan kajian audit dan kebebasan LKAN.

• Persijilan MS ISO 9001:2000

Sebagai satu model jaminan kualiti, ISO 9000 telah memperoleh reputasi di peringkat antarabangsa. JAN telah mendapat persijilan MS ISO 9001:2000 bagi pengauditan kewangan. Oleh yang demikian, pengauditan yang dijalankan perlu mematuhi elemen jaminan kualiti MS ISO tersebut sebagai satu proses yang diamalkan yang akan meningkatkan keyakinan terhadap pengauditan yang dilaksanakan.

• Kualiti Modal Insan Jabatan Kualiti kerja pengauditan dan

laporan bergantung kepada modal insan Jabatan yang cekap, mahir dan berpengalaman. Komposisi Juruaudit JAN terdiri daripada mereka dari pelbagai disiplin

pengajian seperti Perakaunan, Perniagaan, Kewangan, Ekonomi dan ICT bagi memastikan wujud kepakaran dalam semua bidang yang diaudit. Juruaudit diberi latihan dan latihan semula (retraining) secara berterusan untuk membolehkan mereka mengikuti perkembangan ilmu dan perubahan teknologi dan juga memperlengkapkan pengetahuan dan kemahiran mereka selari dengan tahap peningkatan kerjaya, tempoh pengalaman dan kematangan bekerja. Jabatan juga menghantar Juruaudit menghadiri program sangkutan seperti ICT, Alam Sekitar, Fraud dan Forensik di dalam dan luar negara bagi meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang pengauditan tertentu. JAN juga menggunakan kerja kepakaran yang bersesuaian bagi membantu dalam menjalankan tugas-tugas yang melibatkan aspek teknikal seperti percukaian dan kejuruteraan.

• Kod Etika Juruaudit JAN telah menetapkan standard

profesionalisme juruaudit melalui Kod Etika Juruaudit. Dalam melaksanakan pengauditan, setiap juruaudit adalah terikat dengan kod etika tersebut yang memerlukan mereka mengamalkan tingkah laku dan etika profesional yang baik bagi mengekalkan profesionalisme dan keutuhan profesion juruaudit.

• Penanda Aras dan Kolaborasi

JAN sentiasa berusaha untuk mencapai amalan terbaik dengan mengukur kualiti hasil Jabatan berbanding Institusi Audit luar negara. Ukuran ini adalah berasaskan kepada penerbitan dalam jurnal yang dirujuk, kepuasan pelanggan, impak dan penerimaan masyarakat, dan

j a r i n g a n dengan badan

profesional serta institusi audit luar negara. Amalan terbaik dikongsi melalui pertukaran maklumat semasa menghadiri persidangan, simposium, seminar, kursus serta penyertaan sebagai ahli INTOSAI Reference Panel Expert, ASOSAI Research Project, ASOSAI Working Group dan ASOSAI Training Specialist. Melalui penyertaan ini, perkembangan terbaru tentang metodologi dan teknik pengauditan, perakaunan, penyelidikan dan latihan juga diketahui.

Sebagai rumusan, Jabatan Audit Negara akan sentiasa memberi keutamaan terhadap aspek jaminan kualiti dalam pengauditan dan pelaporan agar LKAN akan terus dapat menjadi sumber rujukan yang reliable kepada rakyat untuk mengetahui tahap akauntabiliti dan ketelusan pihak Kerajaan berhubung pengurusan wang awam serta sama ada program/aktiviti dilaksanakan secara berkesan oleh kerajaan dan mencapai objektif yang tetapkan. Penekanan kepada kualiti membolehkan juruaudit meletakkan standard kerja yang tinggi untuk memberi perkhidmatan pengauditan yang bermutu di samping meningkatkan kecekapan dan keberkesanan Jabatan Audit Negara.

10 Buletin Audit | Jan - Jun 2008

Tugas pengauditan sektor awam masa kini menjadi

semakin kompleks dan mencabar ekoran perkembangan pesat dari segi penambahan mandat baru, perubahan struktur organisasi auditi dan penubuhan agensi baru. Selain itu, ledakan teknologi maklumat telah banyak mengubah sistem dan cara bekerja serta perubahan perakaunan dan piawaian antarabangsa menuntut juruaudit melengkapkan diri dengan kemahiran yang berkaitan agar selari dengan arus perdana masa kini. Faktor pertambahan bilangan program dan aktiviti auditi dan sebagainya menyebabkan bilangan juruaudit yang sedia ada tidak mampu melaksanakan pengauditan dalam tempoh yang ditetapkan. Ini turut menjejaskan perancangan audit yang disasarkan.

Rentetan daripada situasi di atas menyebabkan wujudnya keperluan bagi Jabatan Audit Negara untuk menyusun semula struktur organisasinya bagi membolehkan ia memainkan peranan dengan lebih berkesan dalam meningkatkan kualiti tadbir urus sektor awam di semua peringkat, sama ada di Kementerian, Jabatan, Badan-Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi-agensi lain.

Penstrukturan baru yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam menjadikan jumlah keseluruhan perjawatan Jabatan sebanyak 2,101 jawatan. Penyusunan semula organisasi adalah mengikut fungsi tugas yang lebih jelas dan spesifi k. Penstrukturan ini juga telah mewujudkan kumpulan audit di setiap sektor audit bagi melaksanakan Indeks Akauntabiliti

dan pengauditan syarikat/subsidiari Kerajaan.

Warga Audit merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan kerana telah meluluskan penstrukturan semula organisasi bagi memperkasa Jabatan Audit Negara. Ia mencerminkan komitmen Kerajaan untuk menerapkan

Struktur Lama Struktur Baru

1. Sektor Pengurusan Korporat• Bahagian Pengurusan• Bahagian Penyelidikan• Bahagian Teknologi

Maklumat dan Komunikasi

• Cawangan Penyelarasan & Pengurusan Maklumat

• Unit Khidmat Nasihat Teknikal

• Akademi Audit Negara

2. Sektor Audit Kerajaan Persekutuan• 13 Cawangan

3. Sektor Audit Kerajaan Negeri• 13 Cawangan Audit

Negeri

4. Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan• 4 Cawangan

Kewangan• 4 Cawangan Sosial

1. Sektor Pengurusan • Bahagian Sumber Manusia• Bahagian Pentadbiran dan

Kewangan• Bahagian Teknologi Maklumat

dan Komunikasi• Cawangan Khidmat Nasihat

Teknikal

2. Sektor Audit Kerajaan Persekutuan• Sosial dan Keselamatan (11

cawangan)• Kewangan (5 cawangan)

3. Sektor Audit Kerajaan Negeri• 13 Cawangan Audit Negeri

4. Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan• 5 Cawangan Kewangan• 4 Cawangan Sosial• 1 Unit Syarikat

5. Sektor Audit Khas dan Penyelidikan• Bahagian Penyelidikan• Bahagian Audit ICT• Bahagian Audit Air• Bahagian Audit Alam Sekitar• Bahagian Pemeriksaan

Mengejut• Bahagian Kajian Khas

6. Akademi Audit Negara

7. Unit Hal Ehwal Korporat• Seksyen Hubungan Luar• Seksyen Penyelarasan dan

Pengurusan Maklumat

Perbandingan Struktur Lama dan Baru Jabatan Audit Negara

Penstrukturan Semula: Pemangkin Kecemerlangan Organisasi

budaya akauntabiliti dan integriti dalam perkhidmatan awam serta membolehkan Jabatan melaksanakan lebih banyak pengauditan prestasi untuk menilai keberkesanan dan impak program/aktiviti pembangunan Kerajaan bagi memenuhi ekspektasi stakeholders dan rakyat.

Oleh: Dr. Masiah Ahmad Bahagian Penyelidikan

Organisasi

11

Mesyuarat Teknikal Kali Ke-2

antara Jabatan Audit Negara

(JAN) Malaysia dengan Badan

Pemeriksa Keuangan Republik

Indonesia (BPK-RI) telah diadakan

di Bali, Indonesia pada 13 hingga

15 Mac 2008. Delegasi JAN

diketuai oleh Y. Bhg. Dato’ Azizah

binti Hj. Arshad - Timbalan Ketua

Audit Negara (Persekutuan). Ahli

delegasi lain ialah En. Abd. Wahab

bin Ahmad - Pengarah Akademi

Audit Negara, Tuan Haji Mohd

Zaki bin Ismail - Pengarah Audit

Negeri Kelantan, En. Sawaludin bin

Md Nor - Pengarah Audit Negeri

Sembilan, En. Ahmad Sanusi bin

Yaacob - Timbalan Pengarah Audit

Negeri Kedah, En. Abdul Rahim bin

Abdul Kader - Timbalan Pengarah

Cawangan Audit Cukai Pendapatan,

En. Zaharuddin bin Zainal Abidin

- Ketua Sekolah Perakaunan

Akademi Audit Negara, En. Rasdi

bin Mohamed Razali - Juruaudit

Bahagian Penyelidikan, En. Lai Soon

Ming - Juruaudit Cawangan Audit

Cukai Pendapatan dan En. Ahmad

bin Seli - Juruaudit Cawangan Audit

Negeri Sarawak.

Mesyuarat ini merupakan susulan

kepada Memorandum Persefahaman

yang telah ditandatangani di Mexico

City antara Jabatan Audit Negara

Malaysia dengan Badan Pemeriksa

Keuangan Republik Indonesia.

Mesyuarat ini antara lain telah

membincangkan teknik dan kaedah

Pengauditan Perhutanan dan

Pengauditan Cukai Pendapatan serta

kerjasama dalam bidang latihan.

Mesyuarat telah dirasmikan oleh

Prof. Dr. Anwar Nasution, Pengerusi

Badan Pemeriksa

K e u a n g a n

R e p u b l i k

I n d o n e s i a .

Dalam ucapan

p e r a s m i a n n y a

beliau berharap

kerjasama ini

akan memberi

sumbangan yang

penting dalam

p e n g a u d i t a n

alam sekitar bagi menghadapi isu

perubahan iklim dunia dan ini

akan sekali gus memberi manfaat

kepada kerajaan Indonesia dan

Malaysia dalam usaha melindungi

alam sekitar. Kerjasama dalam

bidang latihan pula diharap

dapat membantu pusat latihan

meningkatkan keupayaan Institusi

Audit kedua-dua buah negara.

Prof Dr. Anwar Nasution berharap

Jabatan Audit Negara dapat

membantu dalam melaksanakan

pengauditan cukai di Indonesia

yang sedang melaksanakan program

perubahan dasar pengauditan

cukai.

Dalam ucapan balas, Y. Bhg. Dato’

Azizah bt. Hj. Arshad, Timbalan

Ketua Audit Negara (Persekutuan)

telah menyatakan bahawa MOU

yang dijalin bukan sahaja penting

sebagai program kerjasama

tetapi juga sebagai road map

untuk menghadapi cabaran serta

perubahan baru dan meneroka

peluang baru yang wujud dalam

institusi pengauditan antara kedua-

dua buah negara. Beliau juga telah

menerangkan tentang pembaharuan

pengauditan yang dilaksanakan di

Malaysia yang melibatkan Indeks

Akauntabiliti bagi mengukur

prestasi Pengurusan Kewangan

setiap Kementerian/Jabatan/Agensi

Kerajaan di Malaysia. Mesyuarat

ini merupakan setapak lagi langkah

ke arah mempertingkatkan mutu

pengauditan dan latihan antara

dua buah negara yang berjiran dan

serumpun.

Sebanyak 3 kertas kerja telah

dibentangkan oleh delegasi daripada

Jabatan Audit Negara iaitu:

Pengurusan Pembalakan:

Pengalaman Malaysia

disampaikan oleh En. Ahmad

Sanusi bin Yaacob.

Mutual Cooperation On

Capacity Building Between

Badan Pemeriksa Keuangan,

Republik Indonesia And

Jabatan Audit Negara, Malaysia

disampaikan oleh En. Abd.

Wahab bin Ahmad.

Proposed Cooperation In Tax

Audit disampaikan oleh En.

Abdul Rahim bin Abdul Kader.

Pada akhir mesyuarat, dokumen

perjanjian teknikal bagi setiap

program kerjasama telah

ditandatangani oleh JAN dan BPK-

RI.

Mesyuarat Teknikal Kali Ke - 2 Di Bali, Indonesia

Mesyuarat

Oleh: Rasdi bin Mohamed Razali Bahagian Penyelidikan

12 Buletin Audit | Jan - Jun 2008

Rencana

Lately, a new buzzword has developed in the international

arena – carbon credit. It is not about being average nor is it about credit worthiness in the eyes of the bank. It is something to do with the most fundamental gas - Carbon Dioxide. Who could have thought about carbon credit going international those days? So what has carbon dioxide got to do with carbon credit then?

It all started with the phenomena of climate change. Today is the ‘age of consequences’ as Al Gore puts it. There has been a change in the climate so much so that it has become one of the most critical global challenges of our time. Recent events have emphatically demonstrated our growing vulnerability to climate change. Climate change impacts range from affecting agriculture hence endangering food security, rise in sea-level and the accelerated erosion of coastal zones, increasing intensity of natural disasters, species extinction and the spread of vector-borne diseases.

The scientists are blaming the climate change on the changing presence of certain gases in our atmosphere, mainly carbon dioxide, hydrofl uorocarbons, methane and nitrous oxide. These gases trap energy from the sun and warm our Earth the way a greenhouse does which is why they become known as the greenhouse gases (GHG). Without these gases, heat would escape back into space and Earth’s temperature would be about 60° F colder. The distribution of the greenhouse gases in the atmosphere is best depicted in the following chart:

Distribution of GHG in Earth’s

atmosphere

A rise in temperature that the Earth experiences as an effect from the presence of the greenhouse gases is called the greenhouse effect. The greenhouse effect is critical to our well being. Without the natural greenhouse effect, the temperature of the Earth would be about 0°F (-18°C) instead of its present 57°F (14°C). This means that Earth would not be warm enough for humans to live. Obviously, the major contributor to the greenhouse effect is carbon dioxide as it is the major greenhouse gas. This makes it the major climate regulator too. If the greenhouse effect becomes stronger, it could make the Earth warmer than usual and this little extra warming may well cause problems for humans, plants and animals.

Throughout the past 400,000 years, the concentration of carbon dioxide in the a t m o s p h e r e has stayed within 20% of

an average of 240 parts per million (ppm). The current level of 370 ppm is more than 30% higher than the maximum over the last 400,000 years. Studies show that the current level of increase is mainly due to the burning of fossil fuels and land-use changes which begun during the Industrial Revolution. According to the Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) Special Report on Emission Scenarios (SRES), by the end of the 21st century, we could expect to see carbon dioxide concentrations ranging from 490 to 1,260 ppm (75-350% above the pre-industrial concentration). The current rate of increase of emission may well spell suicidal destruction and a clear underlying agreement need to be made with binding commitment from all the countries before such monumental disaster could be avoided.

Meanwhile, consistent with predictions of the IPCC since 1990, the global average temperature is rising while atmospheric carbon dioxide increases at a rate of approximately 1.6 ppm per year as shown in the fi gure below:-

In its Fourth Assessment Report

Any Carbon Credit, Sir?By: Jacinta Wong Ngouk HuaCawangan Audit Negeri Sarawak

See page 13...

13

(AR4), published on 2 February 2007, the IPCC projects that, without further action to reduce greenhouse gas emissions, the global average surface temperature is likely to rise by a further 1.8-4.0°C this century. Even the lower end of this range would take the temperature increase since pre-industrial times above 2°C, the threshold beyond which irreversible and possibly catastrophic changes become far more likely.

As the world scrambled to keep the increase of greenhouse gas (GHG) emissions under control, various negotiations have been carried out. One such accord is the Kyoto Protocol. The Kyoto Protocol puts a cap on the emissions of 6 GHG by industrialized countries to reduce their combined emissions by at least 5% of their 1990 levels by the period 2008-2012.

In order to minimize the cost of reducing emissions, the Kyoto Protocol has provided 3 mechanisms that will allow industrialized countries fl exibility in meeting their requirements:• International Emissions Trading

(IET) – trading of emission permits (called Assigned Amount Units or AAUs) among the industrialized countries

• Joint Implementation (JI) – crediting of emission offsets resulting from projects among industrialized countries (called Emission Reduction Units or ERUs)

• Clean Development Mechanism (CDM) – crediting of emission offsets resulting from projects in developing countries (called Certifi ed Emission Reductions or CERs)

Carbon Credits are the key component of the international or national emissions trading schemes. They are means and ways to reduce effects of greenhouse emissions on industrial scale through capping total annual

emissions and letting the market assign a monetary value to any shortfall through trading. Credits can be exchanged between businesses, bought or sold in international markets at the prevailing market p r i c e s . According to the latest Vital Signs Update from the Worldwatch I n s t i t u t e , g r o w i n g i n t e r e s t a m o n g n a t i o n a l and regional governments in curbing carbon emissions has led to rapid expansion of the global carbon market.

Buying carbon credits help to reduce emissions through the following scenario:

Factory X putting out 100,000 tones of GHG emissions in a year. Its government allowed quota of 80,000 tones per year

Factory X has to either reduce its GHG emissions to 80,000 tones per year or purchase carbon credits to offset the excess

Costing proves uneconomical or infeasible for Factory X to invest in new machinery, instead chooses to buy carbon credits from open market

The growing global carbon market is sparked by 2 main perceptions; fi rstly the future will be a carbon-constrained environment and secondly, we need to be less dependent on fossil fuel. This has motivated governments, corporations and international entities to take proactive measures to hedge against possible regulatory measures. In the last few years, the carbon credit market has become a multi-billion dollar industry for credits issued under the Kyoto Protocol internationally and for voluntary reduction credits in the United States.

Worldwide, carbon trading reached a value of $59.2 billion in 2007, an increase of 80% from 2006, according to estimates from the market research group Point Carbon. The European

U n i o n ’ s Emissions T r a d i n g S c h e m e (EU-ETS) is the largest c a r b o n market to date, with a trading volume of more than

1 billion tons of carbon dioxide per year. The EU-ETS is helping the EU meet its targets under the Kyoto Protocol at an annual cost of $4.3–$5.4 billion, or less than 0.1% of the region’s gross domestic product. In 2006, the EU-ETS traded more than tripled the volume compared to the previous year. And the market is poised to be worth $2 trillion by the year 2012.

So the next time round, when somebody talks about carbon credit; think not about being average or creditworthiness but something more powerful, something inherently great. Think about survival of mankind.

References:

i. The Discovery of Global Warming by

Spencer R. Weart

ii. Abrupt Climate Change: Inevitable

Surprises by Committee on Abrupt

Climate Change & National Research

Council

iii. Climate Change Policy Facts Issues

and Analyses by Catrinus Jepma,

Mohan Munasinghe

iv. An Inconvenient Truth by Al Gore

v. Emissions Trading CDM JI and More

by Gurmit Singh

vi. Intergovernmental Panel on Climate

Change (IPCC) AR4 Internet

...from page 12

14 Buletin Audit | Jan - Jun 2008

Berita

Perancangan Strategik Jabatan Audit Negara Tahun 2008-2010 telah dilancarkan pada 29 Oktober

2007. Susulan daripada pelancaran tersebut, satu sesi brainstorming di Cameron Highlands pada 28 Februari 2008 bagi membincangkan pelaksanaan perancangan strategik berkenaan. Sesi brainstorming yang diadakan ini telah dipengerusikan oleh Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Setia Ambrin bin Buang, Ketua Audit Negara dan dihadiri oleh seramai 23 pegawai kanan Jabatan.

Enam kertas pengauditan mengenai Alam Sekitar, Forensik, ICT, Hutang Awam, Kewangan dan Private Finance Initiatives (PFI) serta kertas Pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Jabatan telah dibentangkan semasa sesi tersebut. Kertas-kertas berkenaan memberi tumpuan kepada tiga aspek iaitu sama ada undang-undang dan peraturan yang sedia ada memadai untuk membolehkan pengauditan berkaitan dilaksanakan, bidang keutamaan yang perlu diberi perhatian bagi tempoh 3 tahun akan datang serta jenis latihan dan kemahiran yang diperlukan dalam melaksanakan pengauditan tersebut. Berikut adalah intipati setiap kertas kerja yang dibentangkan:

Kertas I - Pengauditan Alam SekitarOleh: En. Rezuoi bin Abdullah Setiausaha Bahagian Audit Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia

Jabatan telah menyediakan Garis Panduan Alam Sekitar sebagai langkah pertama ke arah pengauditan ini. Undang-undang dan peraturan untuk melaksanakan pengauditan kewangan dan prestasi berhubung alam sekitar adalah mencukupi. Bilangan kajian berkaitan isu alam sekitar perlu ditambah dan dibuat secara across the board. Juruaudit perlu dihantar berkursus atau menghadiri program sangkutan ke luar negara bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengauditan alam sekitar. Bagi menambah baik pengauditan ini, adalah disyorkan Jabatan mengkaji kesesuaian dan menerima pakai International Standards of Supreme Audit Insitutions (ISSAI) yang dikeluarkan oleh INTOSAI.

Kertas II - Pengauditan ForensikOleh: En. Roslan bin Abu Bakar Timbalan Pengarah, Akademi Audit Negara Cik Alifah Aida binti Lope Abdul Rahman Ketua Juruaudit, BTMK

Akta Audit 1957 memperuntukkan kuasa yang mencukupi untuk Jabatan melaksanakan pengauditan forensik walaupun kuasa pendakwaan tidak dinyatakan secara khusus. Adalah disyorkan garis panduan pengauditan forensik disediakan dengan memberi penekanan kepada aspek penyelewengan dalam pengurusan kewangan dan bidang yang mempunyai risiko yang tinggi (high risk areas). Juruaudit yang menjalankan pengauditan forensik perlu dilengkapkan dengan kemahiran teknikal dan bukan teknikal melalui program latihan dalaman yang sistematik dan latihan secara sangkutan dengan agensi dalam dan luar negara atau mengundang pakar forensik untuk bersama menjalankan pengauditan.

Kertas III - Pengauditan ICTOleh: Pn. Kartina binti Zamhari Timbalan Pengarah, BTMK

Perubahan dalam sistem dan proses kerja perkhidmatan awam telah memberi impak kepada cara pelaksanaan pengauditan terutama dari segi teknik dan pendekatan. Oleh itu, beberapa strategi perlu diwujudkan untuk memantapkan keupayaan pengauditan ICT JAN. Antaranya mengenal pasti amalan terbaik dan garis panduan dari negara luar, melaksanakan pengauditan ICT mengikut keutamaan contohnya penilaian urus tadbir ICT, mengadakan program latihan yang terancang serta memberi peluang kepada Juruaudit untuk memperolehi sijil kelayakan dalam bidang ICT seperti Certifi ed Information System Auditor dan Professional Certifi cation Program on Intellectual Property Management.

Kertas IV - Pengauditan Hutang AwamOleh: Pn. Lau Tze Ngiik Timbalan Pengarah Cawangan Audit Kewangan

Pengauditan hutang awam tidak dapat dilaksanakan secara komprehensif dan berkesan kerana garis panduan/manual mengenainya belum disediakan dan kompleksiti dalam pengurusan hutang awam. Juruaudit perlu diberi latihan dengan mengadakan kursus/bengkel, menyertai program sangkutan luar negara dan mengadakan joint auditing program dengan negara yang berpengalaman dalam bidang ini. Pengauditan ini hendaklah dibuat secara terperinci dengan menjalankan ujian pematuhan dan substantif mengikut INTOSAI Guidance for Conducting a Public Debt Auditing – The Use of Substantive Tests in Financial Audits.

Sesi Brainstorming Pelaksanaan Perancangan Strategik JAN

15

Kertas V - Pengauditan KewanganOleh: Pn. Hjh. Zainun bt. Taib Timbalan Pengarah, Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan

Akta Audit 1957 telah menetapkan keperluan pengauditan kewangan berasaskan standard pengauditan dan perakaunan yang diterima umum. Jabatan telah mengeluarkan 5 Garis Panduan dan 2 Manual Audit berhubung pengauditan kewangan. Ini dimantapkan dengan Manual/Prosedur Kualiti dan Arahan Kerja MS ISO 9001:2000. Bagi menambah baik pengauditan ini, Jabatan disyorkan mengkaji kesesuaian dan menerima pakai ISSAI yang dikeluarkan oleh INTOSAI.

Kertas VI - Pengauditan Projek Penswastaan Dan Private Finance Initiatives (PFI)Oleh: En. Abd. Aziz bin Shaari Timbalan Pengarah Caw. Audit Kerja Raya Penswastaan melibatkan perpindahan sepenuhnya entiti milik awam di bawah kawalan Kerajaan kepada pihak swasta. Manakala PFI merupakan kontrak berbentuk jangka panjang yang diikat antara Kerajaan dengan syarikat penyedia perkhidmatan yang mana bayaran perkhidmatan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan. Oleh itu akauntabiliti masih terletak pada sektor awam.Jabatan mempunyai mandat yang jelas untuk mengaudit projek PFI. INTOSAI Working Group on the Audit of Privatisation: Guidelines on Best Practices for the Audit of Public/Private Finance and Concessions boleh diguna pakai dengan membuat penyesuaian kepada prosedur dan amalan di Malaysia. Antara aspek yang diberi tumpuan adalah mengenai kaedah perolehan dan perancangan projek, sumber pembiayaan dan risiko kewangan, penyenggaraan kemudahan dan isu perundangan. Juruaudit perlu diberi latihan dan dihantar menghadiri bengkel PFI di luar negara.

Kertas Kerja VII - Petunjuk Prestasi Utama (KPI) JabatanOleh: Pn. Yusnani bt. Zakaria Timbalan Pengarah, Caw. Audit Pelbagai Kementerian/Jabatan I

KPI JAN perlu diwujudkan secara komprehensif dengan mengambil kira pelaksanaan dan perkhidmatan disediakan berbanding matlamat yang disasarkan. Jabatan perlu memantapkan kaedah pengumpulan maklumat pengukuran prestasi serta penyelenggaraannya. Modul latihan mengenai pengumpulan, analisis, penyelenggaraan dan penggunaan maklumat perlu dibangunkan.

Rumusan Sesi Brainstorming• Akademi Audit Negara perlu menyediakan satu

rangka latihan yang komprehensif dan relevan untuk pembangunan modal insan.

• Penempatan pegawai hendaklah dibuat mengikut kepakaran dan pengalaman yang dimiliki supaya mereka boleh menghasilkan output yang optimum.

• Perkongsian maklumat serta kepakaran dari luar negara bagi pengauditan alam sekitar, hutang awam dan PFI dapat mempertingkatkan teknik dan pendekatan pengauditan.

• Penyediaan Garis Panduan terutamanya bagi pengauditan hutang awam dan PFI perlu disediakan dengan mengadaptasi Garis Panduan yang disediakan oleh INTOSAI.

• Pemilihan topik kajian hendaklah memberi tumpuan kepada program/aktiviti yang mempunyai implikasi dari segi impak dan outcome.

• Penglibatan aktif dalam jawatankuasa di peringkat INTOSAI dan ASOSAI bagi membolehkan transfer of technology dan perkongsian maklumat diteruskan.

16 Buletin Audit | Jan - Jun 2008

Diari Jabatan

Majlis Pecah Tanah Pejabat Audit Negara Cawangan Negeri Perak yang telah disempurnakan oleh Ketua Audit Negara, Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Setia Ambrin bin Buang

(4 April 2008)

Pelancaran Buku Kecemerlangan Pengurusan Kewangan dari Perspektif Jabatan Audit Negara dan buku ‘Tiger’ Zainal - Reminiscence of An Auditor

oleh Ketua Setiausaha Negara, Y. Bhg. Tan Sri Mohd. Sidek bin Hj. Hassan(24 April 2008)

Lawatan kerja dan perbincangan dua hala mengenai pengauditan sektor awam antara Ketua Audit Negara Malaysia dengan China. Mr Li Jinhua, Ketua Audit Negara China juga telah menyampaikan ceramah bertajuk “Enhancing Integrity

and Good Governance From the Perspective of the Auditor- General of the People’s Republic of China”(17 - 21 Februari 2008)

Sumber Gambar: Berita Harian

17

Diari Jabatan

Simposium Audit Dalam 2008 bertemakan ‘Ke Arah Memantapkan Prestasi Pengurusan Wang Awam’ yang telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Y. Bhg. Tan Sri Mohd. Sidek bin Hj. Hassan

(24 - 25 April 2008)

Lawatan Ketua Audit Negara Singapura, En. Lim Soo Ping bersama delegasi ke Akademi Audit Negara. (26 Mei 2008)

Lawatan delegasi Badan Pemeriksa Keuangan Republik Indonesia bersempena ‘Performance Audit Course Design and Development’ di Akademi Audit Negara

(3 - 10 Jun 2008)

18 Buletin Audit | Jan - Jun 2008

Diari Jabatan

Kursus Pengauditan Prestasi di bawah pembiayaan MTCP untuk kali kedua di Akademi Audit Negara yang dihadiri oleh seramai 29 peserta dari 22 buah negara.

( 16 - 27 Jun 2007)

Kursus Induksi Kumpulan 1 Siri 1/2008 telah diadakan di Akademi Audit Negara yang dihadiri seramai 62 orang

Penolong Juruaudit gred W27(3 Jun - 2 Julai 2008)

19

The Traits Of A Top

Professional At Work

Compiled by: Bibiana Sinos

Cawangan Audit Negeri Sarawak

There are many common traits or characteristics of excellent workers and top professionals. These traits can be classifi ed with the following distinct categories:-

a) Right Mental Attitudesb) Positive Work Valuesc) Superior Work Habits

A) Right Mental AttitudesHere are 10 characteristics of excellent workers and top professionals with the right mental attitudes. How many characteristics can you honestly fi nd in yourself?

1. Willingness to change and improve for the better.2. Enjoy what I do and do what I enjoy, and be willing to

contribute positively to the Organization, rather than thinking of what I can get from the Organization.

3. Happy, pleasant and friendly expression to everyone.

4. Respect for others including leaders, co-workers and workers.

5. Many interests in life – Knowledgeable.6. Not justifying, making excuses or complaining.7. Readiness to accept responsibility for own mistakes

as well as mistakes made by team members and not blaming others.

8. Willingness to see others’ view/opinion.9. Not critical of others and refrain from gossiping and

bad-mouthing them.10. Willingness to solve problems and contribute ideas.

B) Positive Work ValuesThe following are the common work values constantly practised and upheld by excellent workers and top

professionals. Do make a serious effort and commitment to follow and apply these positive values at your workplace.

1. Integrity and Honesty2. Discipline3. Commitment4. Work Ethics5. Continuous Improvement6. Teamwork7. Quality and Value-added Services to internal and

external customers8. Responsibility and Accountability9. Flexible and Adaptable to changes10. Work Hard and Smart

C) Superior Work HabitsExcellent workers are ordinary persons who cultivated superior work habits with extraordinary efforts and fi rm convictions. Here are the following superior work habits of excellent workers and top professionals: 1. Being open-minded and having the willingness

to learn, unlearn and relearn to upgrade job, knowledge and skills.

2. Willingness to help others.3. Be an effective team-player and team-builder of

team by placing team interest before self-interest.4. Be polite, courteous and well-mannered to

everyone.5. Be an effective communicator especially in

listening skills.6. Be pro-active rather than re-active by having the

initiative to make things happen.7. To think, plan, dress and perform like a top

professional every working day.8. Be creative and innovative to think and act “out-

of-the-box”.9. Upholding positive work values at all times.10. Be highly motivated and stay motivated to achieve

work objectives and the goals of team, organization and customers.

Motivasi

Excellence Is Dedication,To A Job That’s Hard To Do,Going The Extra Mile,To Ensure Our Excellent Service.

Excellence Is Appreciation,Of The Result That We See,Recognising A Job Well Done,Inspire Success And Loyalty.

Excellence Is Communication,Sharing Everything We Know,And Humble Enough To Learn,So Our Expertise Will Grow.

Excellence Is Teamwork,Joyfully Working Hand In Hand,To Achieve Our Work Objectives,By Increasing Our Productivity.

Excellence Is Aspiration,With Our Corporate Vision In Mind,To Trust God And Team-members,That We Can Achieve Our Mission.

By: Bibiana Sinos

Cawangan Audit Negeri Sarawak

Excellence In Our Work

20 Buletin Audit | Jan - Jun 2008

PENERIMA PINGAT & DARJAH KEBESARAN

Bil.Nama

PegawaiPingat

Sektor/Cawangan

1.Hj. Mustapha bin Naina Maricar

Johan Setia Mahkota (JSM)

Cawangan Audit Negeri Sabah

2.Md. Tahib bin Hj. Radzuan

Ahli Mangku Negara (AMN)

Cawangan Audit Negeri Johor

3.Khalid Khan bin Abdullah Khan

Kesatria Mangku Negara (KMN)

Cawangan Audit Negeri Sarawak

4.Azmin bin Husin

Ahli Mangku Negara (AMN)

Cawangan Audit Negeri Kedah

5.Norrizan binti Tahir

Ahli Mangku Negara (AMN)

Sektor Audit Kerajaan Persekutuan

6.Swaibatul Aslamiah Binti Hj. Husain

Pingat Ahli Mahkota Perak (A.M.P)

Cawangan Audit Negeri Perak

7.Ahmad Zainurin bin Alias

Pingat Ahli Mahkota Perak (A.M.P)

Cawangan Audit Negeri Perak

Bil.Nama

PegawaiPingat

Sektor/Cawangan

8.Azura Wani binti Amir Rashid

Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T)

Cawangan Audit Negeri Perak

9.Noraini binti Mustapha

Pingat Pangkuan Negara (PPN)

Sektor Audit Kerajaan Persekutuan

10.Siti Salaton Salmiah binti Syed Alias

Pingat Jaksa Kebaktian (P.J.K)

Cawangan Audit Negeri Perak

11.Noramin @ Norainun binti Tuasin

Pingat Jaksa Kebaktian (P.J.K)

Cawangan Audit Negeri Perak

12.Junaidah binti Abu Hassan

Pingat Jaksa Kebaktian (P.J.K)

Sektor Audit Khas dan Penyelidikan

13.Hjh. Sainap binti Abdul Aziz

Pingat Pangkuan Negara (PPN)

Sektor Pengurusan

KENAIKAN PANGKAT

Bil. Nama Pegawai JawatanSektor/

Cawangan

1.

Ungku Arfah binti Ungku Tahir

Pengarah Audit Negeri Selangor (JUSA C)

Cawangan Audit Negeri Selangor

2.

Lau Tze Ngiik

Pengarah Audit Persekutuan (JUSA C)

Sektor Audit Kerajaan Persekutuan

3.

Che Isa bin Che Kob

Pengarah Audit Negeri Johor (JUSA C)

Cawangan Audit Negeri Johor

4.

Juhari bin Haron

Pengarah Audit Negeri Sabah (JUSA C)

Cawangan Audit Negeri Sabah

5.

Khalid Khan bin Abdullah Khan

Pengarah Audit Negeri Sarawak (JUSA C)

Cawangan Audit Negeri Sarawak

Bil. Nama Pegawai Jawatan Sektor/Cawangan

6. Wee Swee Geok Juruaudit W54

UAD Perbendaharaan Malaysia

7.Abdul Ghani bin Sulaiman

Juruaudit W52

Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan

8.Datin Siti Zaleha binti Bakar

Juruaudit W52

Pejabat Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang

9.Nor Azian binti Nordin

Juruaudit W52

Sektor Audit Kerajaan Persekutuan

10.Chung Mei Ling Gwendoline

Juruaudit W52

Cawangan Audit Negeri Sarawak

11. Ziadi bin ZakariaJuruaudit W52

Sektor Audit Kerajaan Persekutuan

12.Hanizar bin Hamzah

Juruaudit W48

Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) Kuala Lumpur

13.Asrina binti Mahadi

Pegawai Tadbir M44

Sektor Pengurusan

14.Nurul Ain Liew binti Abdullah

Juruaudit W44

Sektor Audit Kerajaan Persekutuan

15.Hazman bin Mohamed

Juruaudit W44

Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan

Modal Insan

21

Modal Insan

Bil. Nama Pegawai Jawatan Sektor/Cawangan

16.Rusni binti Mohamed

Juruaudit W44

Cawangan Audit Negeri Perak

17.Mahiran binti Abdul Aziz

Juruaudit W44

Cawangan Audit Negeri Melaka

18.Wan Mohamad bin Wan Muda

Juruaudit W44

Cawangan Audit Negeri Terengganu

19.Rose Zainam binti Ahmad

Juruaudit W44

Cawangan Audit Negeri Terengganu

20.Carolina Muyang Lileng

Juruaudit W44

Cawangan Audit Negeri Sarawak

21.Sadman@Sick bin Kapit@Kopit

Juruaudit W44

Cawangan Audit Negeri Sabah

Bil. Nama Pegawai Jawatan Sektor/Cawangan

22.Azmiza binti Mohd Khalid

Juruaudit W44

Sektor Audit Khas dan Penyelidikan

23.Mariaty binti Mohd Ali

Juruaudit W44

Cawangan Audit Negeri Sembilan

24.Zunaini binti Alias

Juruaudit W44

Sektor Audit Kerajaan Negeri

25.Awang Samsudin bin Mohd Salleh

Juruaudit W44

Cawangan Audit Negeri Sabah

26.Hairul Nizam bin Yusof

Juruaudit W44

Sektor Audit Kerajaan Persekutuan

27. Basri Bin Nawawi Juruaudit W44

Cawangan Audit Negeri Kedah

PERTUKARAN

Bil. Nama Pegawai Cawangan Baru

1. Mustafa bin Hj. SamanSektor Audit Kerajaan Persekutuan

2. Hamdan bin Ahmad UAD Kem. Luar Negeri

3. Zulkipli bin Abdullah UAD Kem. Kemjuan Luar Bandar dan Wilayah

4.Swaibatul Aslamiah binti Hj Husain

Cawangan Audit Negeri Melaka

5. Mona binti Othman Sektor Audit Kerajaan Negeri

6.Noor Aslinda binti Nasron

Cawangan Audit Negeri Johor

7.Jacinta Wong Ngouk Hwa

Cawangan Audit Negeri Sarawak

8.Khairul Saidah binti Abas Azmi

Sektor Audit Khas dan Penyelidikan

9. Rosenani binti Ahmad Akademi Audit Negara

10. Sabariah binti GulamSektor Audit Kerajaan Persekutuan

11. David @ Daud Ibo Cawangan Audit Negeri Sarawak

12. Zaihasla binti Ibrahim Cawangan Audit Negeri Johor

13.Suip@Kanik bin Saniman @Kadad

Cawangan Audit Negeri Sabah

14. Rohieman bt AbidinCawangan Audit Negeri Pulau Pinang

15. Normah binti DaruisSektor Audit Kerajaan Persekutuan

16. Chong Siaw Jin Cawangan Audit Negeri Sarawak

17. Rusnisi binti Harus UAD Perbendaharaan Malaysia

18.Nooriman binti Sulaiman

Ibu Pejabat Bahagian Audit Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur

19. Zainal Abidin bin AliCawangan Pelbagai Kementerian/Jabatan II, Sektor Audit Kerajaan Persekutuan

20. Suboh bin Mohd AjiCawangan Audit Negeri Sembilan

Bil. Nama Pegawai Cawangan Baru

21. Norsiah binti Yunos Cawangan Audit Negeri Perak

22. Kamel bin Abdullah Sektor Pengurusan

23. Leow Phin Choo Cawangan Audit Negeri Perak

24. Zanariah binti HamidUAD Kem. Pertanian dan Industri Asas Tani

25.Mariatol Kibteah binti Ahmad

Bahagian Audit Dalam, Kem. Pelajaran Malaysia

26.Aezarith Sofi a binti Ahmad Satibi

Pejabat Audit Sekolah Muar Kementerian Pelajaran Malaysia

27.Nur Hiratul Hairin binti Yasin

Cawangan Audit Negeri Johor

28.Ainurzakiah binti Marzuki

Cawangan Audit Negeri Sarawak

29.Aidawati binti Abd Ghani

UAD, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

30.Nurul Akmal binti Abd. Malik

Cawangan Audit Negeri Pulau Pinang

31.Azlin Mazura binti Ismail

Sektor Audit Kerajaan Persekutuan

32. Mazura binti RabuUAD Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

33.Siti Norfaezah binti Kamaludin

Cawangan Audit Negeri Kedah

34.Asman bin Mohamad Siron

Bahagian Audit Dalam Kementerian Dalam Negeri

35.Nurul Najah binti Mungin

Cawangan Audit Negeri Selangor

36.Mohd Saiful bin Mohd Jaapar

Cawangan Audit Negeri Selangor

37. Zaimal bin Md Jamal Cawangan Audit Negeri Melaka

38. Norazmi bin JumaliUnit Audit Dalam Kem. Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah

39. Rosdi bin RamliSeksyen Audit Dalam Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) JPM

40. Samsul bin YekobUAD Jabatan Pendaftaran Negara

22 Buletin Audit | Jan - Jun 2008

Modal Insan

Bil. Nama Pegawai Cawangan Baru

41. Vilasini a/p BasuCawangan Audit Negeri Negeri Sembilan

42.Ahmad Rodzi bin Shafi e

Cawangan Audit Negeri Kedah

43.Reymond Arthur Anak Nyisong

Cawangan Audit Negeri Sarawak

44. Sadri bin Man Cawangan Audit Negeri Kedah

45.Adwin Arokiasamy a/l Thomas

Cawangan Audit Negeri Pulau Pinang

46. Isam bin IsmailBahagian Audit Dalam Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

47. Norbayti binti UriPejabat Audit Sekolah Selangor Kementerian Pelajaran Malaysia

Bil. Nama Pegawai Cawangan Baru

48.Romaini bin Abdul Manap

Cawangan Audit Negeri Terengganu

49. Zaidi bin Arifi n Cawangan Audit Negeri Kelantan

50.Siboi @James bin Muhamat

Cawangan Audit Negeri Sabah

51.Noraziyah binti Abdul Aziz

Sektor Pengurusan

52. Mutaza bin Din Sektor Pengurusan

53. Mohd Azlan bin Daud Sektor Audit Kerajaan Negeri

SENARAI PERSARAAN

Bil. NamaJawatan/

GredCawangan/Bahagian

1.Hj. Mustapha bin Naina Maricar

Pengarah Audit Negeri JUSA C

Cawangan Audit Negeri Sabah

2.Md. Tahib Bin Hj. Radzuan

Pengarah Audit NegeriGred W54

Cawangan Audit Negeri Johor

3.Abdulatif bin Buhairah

Penolong JuruauditGred W32

Cawangan Audit Negeri Johor

4.Azmah binti Bachik

Setiausaha BahagianGred W54

Bahagian Audit Sekolah

5.Chow Kam Ying

JuruauditGred W48

UAD Perbendaharaan Malaysia

6.Abu Zarim bin Ahmad

Penolong JuruauditGred W36

Bahagian Audit Sekolah

7.Kaka Singh a/l Bishan Singh

Penolong JuruauditGred W32

Cawangan Audit Negeri Perlis

8.Damian bin Ismail

Penolong JuruauditGred W32

Cawangan Audit Negeri Sabah

9.Dominic Chai Kim Lian

Penolong JuruauditGred W32

Cawangan Audit Negeri Sarawak

10.Hj. Ismail bin Ab. Kadir

Penolong Juruaudit Gred W32

Cawangan Audit Negeri Kelantan

11.Teh binti Yusof

Penolong JuruauditGred W32

Cawangan Audit Negeri Perak

12.Mazanah binti Hj. Sanusi

Pembantu Juruaudit Gred W27

Cawangan Audit Negeri Melaka

Bil NamaJawatan/

GredCawangan/Bahagian

13.Amran bin Md. Sharif

Pembantu Juruaudit Gred W22

Cawangan Audit Negri Kelantan

14.Mohd Nor bin Mat Ming

Pembantu Juruaudit Gred W22

Cawangan Audit Negeri Perak

15.Noramin @ Norainun binti Tuasin

Pembantu Juruaudit Gred W22

Cawangan Audit Negeri Perak

16.Chai Kian Chung

Pembantu Juruaudit Gred W22

Cawangan Audit Negeri Sarawak

17.Hariah binti Mohamad

Pembantu JuruauditGred W17

Cawangan Audit Negeri Sembilan

18.Fatimah binti Abdullah

Pembantu Tadbir (Kew) Gred W17

Cawangan Audit Negeri Pulau Pinang

19.Norma binti Awang

Pembantu JuruauditGred W17

Cawangan Audit Negeri Kedah

20.Wasli bin Abu Bakar

Pembantu JuruauditGred W17

Cawangan Audit Negeri Sabah

21.Hamiah binti Mohd Razi

Pembantu Tadbir (Kew)Gred W17

Sektor Pengurusan

22.Mohammad bin Sabtu

Pembantu Am Pejabat Gred N1

Sektor Pengurusan

SENARAI PEGAWAI YANG MENINGGAL DUNIA- Al-Fatihah

Bil. Nama Sektor/Cawangan

1.Siti Rokhana binti Wagiman

Sektor Audit Kerajaan Persekutuan

2. Nafri bin Najmi UAD Kem. Luar Negeri

3. Faridah binti Shahdan Cawangan Audit Negeri Johor

Dan (sebaliknya) orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh serta beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang ialah kebenaran dari Tuhan mereka, Allah mengampunkan dosa-dosa mereka dan menjayakan keadaan mereka (di dunia dan di akhirat).

Muhammad 47 : 2

23

Info & Santai

Di Negara India dan Thailand

Gajah berwarna putih memang dianggap sebagai binatang istimewa di kedua-dua negara tersebut. Simbol yang membawa tuah dan suci... maka dipuja dan dihormati. Puas dijamunya si gajah dengan tebu dan pucuk pisang atau daun-daun pokok yang terbaik dan diberi minum susu, dibelai serta dijaga lebih daripada anak sendiri.

Di Negara Eropah

Seorang pengusaha sarkas telah disaman dan didenda di Mahkamah kerana cuba menipu orang ramai dan mengaut keuntungan dengan mengecat badan seekor gajah dengan warna putih bagi menarik lebih ramai pengunjung menonton pertunjukan sarkas. Giler punya pengurus .. takde ke cara lain nak menipu. Kesian si gajah menjadi mangsa dengan dilumurnya cat... habis kekawan gajah membawa diri tak mahu berkawan sebab pelik tiba-tiba je berwarna putih le pulak .

Di Malaysia

Gajah Putih lebih diibaratkan sebagai sebuah projek mewah (Mega) yang disiapkan tetapi tidak digunakan disebabkan beberapa masalah dan faktor. Itu le sebabnya kita akan jumpa tak kira di mana, projek yang dah siap tetapi tak digunakan atau yang siap separuh jalan. Istilah yang lebih bersifat pembaziran.

Moral ceritanya: Manusia pelik adalah ciptaan Tuhan, binatang pelik pun ciptaannya. Kita jangan pandai-pandai nak ubah.

Coretan: Zulkefl e Awang KechekCawangan Audit Kementerian Kerja Raya

Kisah Menarik Si Gajah Putih

Siri Teroka Minda

Menghargai Minda...

Minda! Ia biasa kita dengar… namun sedarkah kita, setiap kita punya kuasa minda yang benar-benar hebat. Ya! Memang hebat, terlalu hebat… Sayangnya tidak ramai antara kita ambil kisah berkenaan penguasaan minda dan mengoptimumkan kuasa minda sendiri. Soalnya, bagaimana untuk menguasai minda?

Sebelum kita bicara lebih jauh, kita perlu faham dan jelas bahawa antara otak dan minda adalah dua perkara yang berbeza. Pada dasarnya otak adalah organ fi zikal, manakala minda pula bersifat tenaga bukan fi zikal. Otak kita dicipta dengan penuh keajaiban. Ia diliputi oleh 100 billion neuron (nerve cells) yang mempunyai peranan tersendiri. Apa yang menarik tidak semua sel dan neuron ini bersambung secara fi zikal. Fakta ini mendorong pengkaji sains neuro untuk mencari jawapan bagaimana sel dan neuron ini dapat dihubungkan. Hasilnya mudah, maklumat dipindah atau dihantar pada otak menerusi dua pendekatan iaitu menerusi gelombang elektrik dan kimia (saraf yang dihubungkan). Apa yang menarik lagi, setiap neuron boleh berkomunikasi dengan banyak neuron lain pada masa sama secara serentak.

Bagaimana pula dengan minda? Minda memang tidak bersifat fi zikal, namun ia mempunyai hubung kait langsung dengan otak. Umumnya, minda boleh diamati dari dua sudut iaitu minda sedar (conscious) dan minda separa sedar (sub-concious), ada juga mengatakan ia boleh mencapai tahap super concious. Zahirnya, kita lebih banyak menggunakan minda sedar dalam kehidupan

dan perjalanan hidup harian. Manakala minda separa sedar hanya berperanan sebagai

pelengkap kepada aktiviti yang biasa kita lakukan.

Sama ada kita sedar atau tidak, aktiviti dan kehidupan manusia 90% dikuasai oleh minda separa sedar. Minda separa sedar ini sentiasa aktif dan melakukan

aktiviti selama 24 jam walaupun fi zikal kita tidur. Lihatlah! betapa agungnya ciptaan Allah ke atas akal dan minda manusia.

Adakah kita mengambil peluang untuk menguasai minda? Siri akan datang akan membincangkan perkara yang lebih menarik dan sedikit teknik mencapai tahap minda separa sedar... Selamat bertemu kembali.

Oleh: Md. Yazit bin Hashim

(Bahan yang ditulis adalah berdasarkan kursus minda yang pernah dihadiri di samping pembacaan bahan ilmiah seperti buku, makalah,

kajian akademik serta laman internet)

Sumber Gambar: www.brainhealthandpuzzles.com

24 Buletin Audit | Jan - Jun 2008

Kepentingan Wasiat: • Melantik pelaksana harta (wasi)/pentadbir harta• Mempercepatkan proses perundangan (probet dan

sijil faraid)• Melunaskan hutang dan pinjaman• Melantik penjaga (bagi yang mempunyai anak

berumur bawah 18 tahun)• Memberi 1/3 daripada harta kepada bukan waris• Menyampaikan pesanan terakhir pewasiat

Amanah Hayat - Setlor kepada pemegang amanah seterusnya kepada benefi siari. Kelebihan membuat amanah hayat:• Harta amanah bukan harta pusaka setlor, oleh itu

ianya tidak terbeku selepas kematian setlor, tidak perlukan perintah mahkamah untuk mentadbir dan ia berkuatkuasa segera mengikut terma dan syarat-syarat yang ditetapkan dalam surat ikatan amanah

• Terkecuali daripada tuntutan pemiutang• Bebas daripada hukum faraid• Tidak tertakluk kepada peraturan satu pertiga• Hak benefi siari terselamat dan terpelihara• Tenang fi kiran

Kelebihan membuat deklarasi harta sepencarian: • Semua pihak boleh memutuskan dan bersetuju

dengan cara pembahagian• Semua pihak benar-benar berpuas hati dengan

pembahagian masing-masing• Melindungi hak suami isteri• Mempercepatkan proses pembahagian• Menjimatkam masa• Tiada pertelingkahan• Memberi keselesaan dan memudahkan

Hibah - daripada pemilik kepada benefi siari. Kelebihan membuat deklarasi hibah:• Aset yang dihibahkan tidak dianggap sebagai harta

penghibah (pusaka)• Berkuatkuasa serta merta mengikut terma dan syarat

di dalam deklarasi hibah• Aset tidak tertakluk kepada faraid• Hak benefi siari selamat dan terjamin

Kesimpulannya Perancangan Harta Pusaka mempunyai kelebihan seperti berikut:• Melindungi harta dan orang kesayangan anda• Tempoh yang singkat• Jimat• Mudah dan • Tenang fi kiran

Tajuk : Perancangan Harta Pusaka Daripada Perspektif IslamOleh : Encik Mohd Hairulazlan bin Ramlan Ketua Pembangunan Perniagaan As – Salihin Trustee BerhadTarikh : 8 April 2008Tempat: Ibu Pejabat JAN, Putrajaya

Ceramah Eksekutif

Pemikiran 3K iaitu kreatif, konstruktif dan kritikal merupakan peningkatan daya kemahiran dan keupayaan berfi kir menggunakan pendekatan yang berkualiti dan pelbagai dalam menganalisis isu, menggubal polisi, menyelesaikan masalah, menjana idea, mengatasi halangan, membentang hujah dan mempelbagaikan opsyen bertindak.

Pemikiran Kreatif

Merupakan kemampuan mencari idea-idea/peluang-peluang yang bersifat tulen, nilai tambah dan baru. Elak ciplak idea pihak lain dan terkongkong dengan kebiasaan. Melihat sesuatu dengan holistik. Mencari alternatif dan perspektif baru. Mencari input untuk inovasi. Perlu pada minda berani. Perlu gilap kuasa mata hati.

Pemikiran Konstruktif

Merupakan kemampuan mengutarakan pendirian, berbeza pendapat dan menasihati dengan cara yang bijaksana dan sudi diterima orang. Elak wujudkan kekeruhan dan ketegangan suasana perbincangan. Melahirkan hujah yang kemas, tertib dan mantap. Kawal sikap gopoh, beremosi dan memaksa.

Pemikiran Kritikal

Merupakan kemampuan memperbaiki pendirian, idea dan saranan tanpa mengguris perasaan mana-mana pihak iaitu guna lojik, fakta, analisis, soalan, ujian, penilaian dan pengadilan. Mesti elak sifat taasub, ego, kebutaan sengaja, dengki terhadap kejayaan orang lain, tamak dan memiliki agenda tersirat. Bermula dengan kritis terhadap diri sendiri. Mampu mempertahankan sesuatu yang lebih benar dan lebih baik daripada hasil diri sendiri.

Kesimpulan

Kebiasaan merupakan nilai tambah, bukan zon selesa. Isu merupakan percambahan membina, bukan punca perbalahan. Masalah merupakan penyelesaian, bukan benih fobia dan senario pelbagai merupakan kemampuan memilih, bukan pencetus masalah.

Tajuk : Pembentukan Pemikiran Insan Yang UnggulOleh : Y. Bhg. Dato’ Aidit bin Ghazali Pengerusi Eksekutif Akademi Aidit Sdn. Bhd.Tarikh : 25 Januari 2008Tempat: Ibu Pejabat JAN, Putrajaya

25

Buku ‘Tiger’ Zainal - Reminiscence of an Auditor yang diterbitkan oleh Jabatan Audit Negara mengandungi beberapa episod menarik mengenai perjalanan dan pengalaman yang dilalui oleh penulis sepanjang 35 tahun berkhidmat dalam bidang pengauditan sektor awam. Penulisnya, H.P. Zainal Abidin adalah satu nama yang cukup sinonim dengan Jabatan Audit Negara di era 1960an hingga awal 1990 an. Penceritaan pengalamannya menggambarkan sikapnya yang sentiasa berpaksikan nilai kemanusiaan seperti berdisiplin, tegas dalam pendirian, bertanggungjawab, amanah, komited, sensitif kepada persekitaran, bijak dalam membuat keputusan, menjalin hubungan baik sesama insan dan bertindak mengikut lunas yang ditetapkan. Kualiti peribadi ini menjadikan beliau seorang pegawai yang berjaya dan disegani oleh rakan seperjuangan dan juga auditi.

Episod-episod dalam buku ini jelas

mencerminkan sifat unggul yang perlu dihayati oleh setiap juruaudit iaitu ‘master in your subject’ dan menjalankan tugas “without fear or favour” seperti dalam episod “Over payment of salaries”. Kisah ‘The Missing Weapons and Ammunition” memperlihatkan betapa seorang juruaudit perlu berpegang teguh pada prinsip dan tidak mudah dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Sifat yakin pada diri sendiri dan berani menegakkan kebenaran demi keadilan tanpa prasangka keturunan ataupun kepercayaan diceritakan dalam kisah “I Am A Different Malay Not Any Malay”. Pengalaman penulis di Kedah dan Selangor menggambarkan bagaimana hubungan baik yang terjalin antara juruaudit dengan auditi telah berjaya meningkatkan tahap akauntabiliti dalam pengurusan kewangan. Episod-episod lain banyak memberi teladan dan mengajar juruaudit supaya teliti dan berhati-hati dalam menjalankan tugas dan membuat keputusan kerana sebarang kesilapan

atau kecuaian boleh membawa padah/ implikasi yang amat besar kepada diri dan jabatan. Buku ini harus dibaca oleh setiap juruaudit kerana setiap episod mengandungi mesej tersendiri yang boleh dijadikan iktibar serta sesuai untuk tatapan semua golongan masyarakat.

‘Tiger’ Zainal - Reminiscence Of An Auditor

Ulasan Buku

Kulit Buku ‘Tiger Zainal - Reminiscence of an Auditor’

Sekitar Majlis pelancaran Buku ‘Tiger’ Zainal - Reminiscence of An Auditor yang telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara, Y. Bhg. Tan Sri Mohd Sidek bin Hj. Hassan pada 24 April 2008

The ABCs energy-drain

Activity Without Direction – doing things that don’t seem matterBurden Without Action – not being able to do things that really matterConfl ict Without Resolution – not being able to deal with what’s the matter

Dipetik daripada buku ‘The 360o Leader’Oleh John C. Maxwell

Oleh: Noor Akma binti Mohd Baki Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan

26 Buletin Audit | Jan - Jun 2008

Personaliti Audit

Latar belakang keluarga dan pendidikan

Dilahirkan di Kota Bharu dan dibesarkan di Pasir Mas, Kelantan dalam keluarga serba sederhana dan merupakan anak bongsu daripada 5 beradik. Dalam keluarga hanya saya menjawat jawatan Kerajaan manakala adik beradik yang lain menjalankan perniagaan dalam bidang makanan. Mendirikan rumah tangga pada tahun 1980 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Ibrahim Pasir Mas dan diploma dari ITM Shah Alam. Melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah pertama dan Masters di USA pada tahun 1973 - 1976 dalam bidang Pengurusan Perniagaan.

Pengalaman semasa mula bertugas

Mula bertugas di Jabatan Audit Negara pada 30 April 1977 di Seksyen Audit Kementerian Kerja Raya, Sektor Persekutuan.

Semasa mula berkhidmat di Seksyen JKR, keadaan pejabat saya baik sedikit daripada attic berbanding dengan persekitaran masa kini. Calculator pada masa itu dianggap satu alat yang amat berharga dan pembeliannya memerlukan kelulusan MAMPU. Peristiwa yang paling menakutkan dan susah dilupakan adalah apabila

mengetuai Seksyen Jabatan Tak Mengakaun Sendiri (JTMS) pada awal tahun 90an di mana tidak ada ruang pejabat dikhaskan untuk 22 anggota. Kami terpaksa menumpang secara diam-diam di ruang yang dikhaskan untuk Seksyen Audit Pertahanan sehingga dinasihatkan berpindah oleh MINDEF. Untuk menyelesaikan masalah kami terpaksa meminta bantuan dari Kementerian Kewangan yang akhirnya bersetuju meminjamkan ruang tersebut.

Perbezaan cara bekerja

Pada hemat saya teras dan ciri utama pengauditan adalah Akta Audit, personaliti dan kemahiran. Audit yang proaktif sangat mustahak manakala bidang pengauditan utama perlu diteruskan baik dalam audit persekitaran manual mahu pun persekitaran ICT. Saya juga berpendapat objektif utama audit adalah untuk mendedahkan segala kelemahan dengan tujuan untuk memperbaiki. Sekiranya ini tidak dapat dilakukan maka ianya menjejaskan keberkesanan audit. Namun demikian dengan adanya pelaporan susulan berkesan untuk isu-isu yang belum selesai, dapat memberi kesan positif terhadap aspek pemeliharaan dan pemuliharaan pengurusan kewangan dan aktiviti Kerajaan. Pendekatan audit masa kini lebih proaktif dan auditee friendly dan memerlukan right attitude dan aptitude terhadap auditi.

Perkembangan Kerjaya

Selepas mendapat diploma pada tahun 1973 saya bertugas di ITM sebagai Penolong Pentadbir. Setelah berkhidmat selama 5 bulan saya melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah bermula bulan Disember 1973 hingga Disember 1976.

Selaku pemegang biasiswa Kerajaan saya terikat untuk berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam selama 7 tahun. Selepas menerima segulung Ijazah, saya ditawarkan jawatan Pensyarah di UKM. Namun begitu saya memilih untuk bekerja dengan Jabatan Audit dan melaporkan diri pada bulan April 1977.

Sepanjang berkhidmat di Jabatan Audit Negara saya diberi kesempatan untuk bertugas di peringkat Audit Persekutuan, 4 buah Negeri termasuk Sabah dan juga pernah dipinjamkan ke Kementerian Kewangan selama 6 tahun. Bermula dengan jawatan Juruaudit (A20/W41) saya dinaikkan pangkat ke Juruaudit Kanan (A11/W44) selepas 11 tahun. Saya bersara dengan jawatan JUSA C yang disandang mulai tahun 2002.

Pandangan mengenai kepimpinan dalam Jabatan

Sepanjang berkhidmat dengan Jabatan Audit Negara saya berpeluang untuk berkhidmat di bawah 5 Ketua Audit Negara. Pada pendapat saya kelima-lima Ketua Audit Negara ini berjaya mencorakkan hala tuju Jabatan mengikut kaedah dan pendekatan yang sejajar dengan peredaran masa. Pada awal perkhidmatan, kepimpinan telah mempelbagaikan corak pengauditan dengan memperkenalkan pengauditan prestasi di samping mengekalkan pengauditan pematuhan dan attestation. Di samping itu kepimpinan juga telah meminda Akta Audit. Kepimpinan seterusnya menekankan aspek pengauditan Penyata Kewangan yang tepat dan mutakhir disusuli dengan aspek disiplin dan persekitaran kerja yang kondusif termasuk dalam menjalankan tugas pengauditan menggunakan ICT. Seterusnya menstrukturkan Jabatan ke arah pengauditan yang mesra auditi dengan memperkenalkan program anak angkat serta laporan seimbang. Pada masa kini Jabatan Audit Negara diperkuatkan lagi ke

Tuan Haji Mustapha Bin Naina MaricarPengarah Audit Negeri Cawangan Audit Negeri Sabah

27

arah merealisasikan kehendak Akta Audit dengan memperkenalkan star rating untuk pengauditan pematuhan dan menstrukturkan Jabatan untuk mencapai dan melaksanakan kehendak-kehendak Akta Audit dengan lebih berkesan. Pendek kata kesemua kepimpinan Jabatan Audit Negara telah berjaya mencorakkan Jabatan Audit Negara supaya menjadi relevan pada setiap masa dan pada pandangan saya pendekatan ini memberi banyak manfaat kepada Jabatan dan warga Audit.

Pengalaman yang sukar dilupakan

Perbezaan tanggapan audit dahulu dan sekarang oleh pihak Auditi banyak mempengaruhi pengalaman kerja. Pada tahun 70 an Jabatan Audit Negara sangat digeruni malah ada yang sanggup mengambil cuti sakit semasa lawatan audit dibuat. Sebagai contoh seorang Jurutera Air mengambil cuti sakit kerana sakit gigi semasa saya melawat jabatannya sehingga selesai audit dijalankan. Di peringkat dalaman pegawai-pegawai kanan begitu garang dan tegas dan staff tidak bebas bersuara. Saya telah ditukarkan sebanyak 2 kali oleh kerana menegur pegawai kanan. Namun demikian pengalaman ini menjadi pengajaran kepada saya untuk lebih berhati-hati apabila berurusan dengan pegawai kanan. Selain daripada kerja-kerja rasmi saya juga banyak menyumbang kepada aktiviti riadah kepada Jabatan sama ada dalam bidang sukan mahu pun bidang hiburan walaupun terdapat tentangan pada mulanya. Sebagai contoh dalam bidang sukan pakaian kita lazimnya hanyalah t-shirt. Tetapi apabila saya memperkenalkan tracksuit, saya telah dipanggil oleh Ketua Audit Negara untuk memberi penjelasan kerana dikatakan saya menjual tracksuit untuk mendapat keuntungan. Oleh itu terpaksalah saya menyediakan penyata penjualan tracksuit yang tertera nama dan logo Jabatan. Bagi menyerikan majlis-majlis anjuran Jabatan saya telah menubuhkan kumpulan pemuzik dan

juga Koir Jabatan dan nampaknya kini mendapat sambutan yang baik dalam majlis-majlis rasmi dan perpisahan anjuran Jabatan. Ini saya lakukan setelah mendapat pengalaman bekerja di Kementerian Kewangan yang mana mereka mempunyai kelengkapan yang mencukupi dan sambutan yang baik dari semua pihak.

Nasihat kepada warga Audit

Sebagai penjawat awam yang menegakkan peraturan kerajaan terutama pengurusan kewangan dan menilai prestasi Kerajaan, warga Audit perlulah sentiasa memahirkan diri dan menambah ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa bagi menghasilkan pandangan-pandangan audit yang kreatif dan relevan. Warga Audit juga perlu memanfaatkan segala kemudahan yang disediakan dan sentiasa memikir untuk menyumbang kepada Jabatan bukan sahaja dari aspek profesionalisme tetapi juga hal ehwal kebajikan. Warga Audit hendaklah berani dalam menegakkan perkara-perkara yang mendatangkan faedah dan sentiasa mahir untuk mendapat dan memberi kerjasama dengan semua pihak dari dalam dan luar jabatan. Perkara-perkara negatif yang dapat memecahkan keharmonian dalam jabatan hendaklah dihindarkan. Semangat kerjasama hendaklah dipupuk pada setiap masa tidak kira agama, bangsa atau pun warna kulit. Sentiasa mementingkan perkhidmatan daripada kepentingan peribadi.

Perancangan selepas bersara

Saya bersyukur kerana dianugerahkan kesihatan serta keluarga yang makmur sehingga kini dan saya berdoa agar sentiasa mendapat rahmat serta perlindungan dari Allah s.w.t. terhadap diri saya, keluarga dan seterusnya rakan-rakan. Sekiranya diberi peluang saya ingin menyumbang lagi khidmat bakti kepada Kerajaan sama ada secara rasmi atau tidak rasmi di samping mendekatkan diri kepada keluarga dan agama.

Falsafah hidup sebagai Juruaudit khasnya dan Penjawat Awam umumnya

Jujur, ikhlas, komited dan sabar dalam memberi perkhidmatan. Kepuasan hanya dapat dinikmati sekiranya cadangan-cadangan yang bernas diterima dan dilaksanakan bagi mencapai sasaran Kerajaan. Put your heart and soul in your work. Tidak terdapat lagi jabatan lain yang mendokong kerja-kerja audit secara berkesan selain daripada anggota Jabatan Audit Negara. Maka sekiranya isu audit terlepas pandang maka tidak terjamin adanya lagi peluang kedua. Selain itu Juruaudit perlu sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan rajin untuk mengambil tahu apa yang berlaku – dinamik dan energetik.

ABANG DAH BERSARA

Dinyanyikan semula oleh :KUMPULAN e-SUMANDAK

Ingat Tak Lagi Abang Sayang Saat Indah KitaAbang Dan Kami Bekerja Sampai Tak Kira MasaTapi Sayang Saat Itu Dirampas Oleh UsiaOh Abang Sayang Kini Abang Dah Bersara

Sampai Masa Abang Bersara JuaKami Sambut Dengan Hati Yang RelaSedih Hati Bila Abang Berkata‘Selamat Tinggal Wahai Semua’

Pasrah Kerana Kini Tibanya Detik PerpisahanKu Sedar Bukan Kehendakmu tapi apakan dayaMasih Terngiang nyanyian dan gelak ketawamuOh Abang Sayang Kepergianmu Ku Terima

Sampai Hati Tinggalkan Kami PergiSusah Hati Tempatmu Kosong LagiSiapa Ganti Kami Tak Tahu LagiNamun Kami Tetap Menanti

Abang Abang AbangSayang Sayang SayangAbang Abang AbangAbang Abang Sayang

Oh adakah Lagi Peluang Kita Untuk BersamaOh Abang Sayang Tidak Akan Kami Lupa

Abang Abang . .Abang Abang SayangSayang Sayang . . Sayang Sayang AbangAbang Abang . . Abang Abang SayangSayang Sayang . . Abang Dah Bersara

LAGU ASAL: ASPALELA (Nyanyian: Saiful Apek)

LIRIK LAGU DIGUBAH SEMULA OLEH : e-SUMANDAKJabatan Audit Negara, Cawangan Negeri Sabah

Keterangan Logo Baru Jabatan Audit Negara

Lambang PersekutuanMelambangkan punca kuasa dan kebebasan yang diperuntukkan kepada Ketua Audit Negara bagi melaksanakan pengauditan akaun Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun Persekutuan serta aktiviti Kementerian/Jabatan/Agensi/ Syarikat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

Dua Tangkai PadiMelambangkan usaha dan kegigihan warga Audit untuk meningkatkan produktiviti Jabatan secara berterusan serta pelaporan seimbang yang diamalkan oleh Jabatan Audit Negara

Bentuk BulatMelambangkan keteguhan dan keutuhan semangat kerja berpasukan di kalangan warga Audit sebagai penyumbang utama ke arah kecemerlangan pengurusan kewangan dan akauntabiliti sektor

awam dalam menghadapi era globalisasi.

Warna MaroonMelambangkan imej korporat dan identiti Jabatan Audit Negara.

KALENDAR LATIHAN AKADEMI AUDIT NEGARA(JULAI - DISEMBER 2008)

SEKOLAH PENGAUDITAN

Nama Kursus Tarikh Kursus

Pengauditan Pengurusan Kewangan - Kerajaan Persekutuan

4-8 Ogos

Pengauditan Pengurusan Kewangan - Kerajaan Negeri 11-15 Ogos

Pengauditan Pengurusan Kewangan - Badan Berkanun Persekutuan/PBT/MAI

18-22 Ogos

Pengauditan Pengurusan Bekalan Air – Perkhidmatan Pengurusan Pelanggan

19-21 Ogos14-16 Oktober

Penulisan Laporan Audit 25-29 Ogos

Pengauditan Perolehan Bekalan 18-12 September

Pengauditan Prestasi – Hasil 22-26 September

Teknik Pengauditan Berasaskan Risiko 22-26 September

Pengauditan Prestasi – Hasil 13-17 Oktober

Pengauditan Perolehan Kerja 13-17 Oktober

Pengauditan Pelaburan 13-17 Oktober

Pengauditan Forensic/Fraud 20-23 Oktober

Pengauditan Pengurusan Hasil – Umum 3-6 November

Pengauditan Alam Sekitar- Pengurusan Bahan Buangan

10-15 November

Pengauditan Prestasi – Perbelanjaan 17 -21 November

Pengauditan Pengurusan Tanah 17-21 November

Pengauditan Pengurusan Bekalan Air – Pengurusan Projek

18-20 November16-18 Disember

Pengauditan Perolehan Bekalan 1-5 Disember

Pengauditan Prestasi – Perbelanjaan 15-19 Disember

Pengauditan Pengurusan Syarikat 15-19 Disember

SEKOLAH PERAKAUNAN

Nama Kursus Tarikh Kursus

Bengkel FRS – Tangible & Non- Current Assets 25-27 Ogos

Bengkel FRS – Business Combination & Consolidation Financial Statement

28 – 29 Ogos

Seminar Private Entity Reporting Standard 8-9 September

Bengkel FRS – Presentation of Financial Statement 20-22 Oktober

Kursus Kewangan (Analisis Penyata Kewangan) 24-26 November

Kursus Intensif Perakaunan 15-19 Disember

SEKOLAH ICT

Nama Kursus Tarikh Kursus

ACL untuk Pengauditan Aplikasi Sistem SPEKS 11-15 Ogos

Modul 2 – ICT Controls 14-18 Ogos

Networking 18-22 Ogos

Modul 1 – ICT Awareness 8-12 September

ACL untuk Pengauditan Aplikasi Sistem eSPKB 13-17 Oktober

Modul 4- Auditing SDLC 1-5 Disember

ACL untuk Pengauditan Aplikasi Sistem GFMAS 15-19 Disember

Audit ICT (MTCP) 16-29 November

SEKOLAH PENGURUSAN

Nama Kursus Tarikh Kursus

Team Building 1-3 Ogos

Induksi Umum – Kumpulan II/Kumpulan I 4-15 Ogos

Kursus PTK Gred 448 -12 Ogos15-19 Disember

Kursus Pengurusan Integriti 16 Ogos

Induksi Khusus – Kumpulan II/Kumpulan I 18 – 29 Ogos

Kursus Bahasa Inggeris 1-5 September

Kursus PTK Gred 5415-27 September8-20 Disember

Kursus PTK Gred 52 & 4815-24 September10-19 Disember

Kursus PTK Gred 366-10 Oktober1-5 Disember

Kursus PTK Gred 2627-31 Oktober8-12 Disember

Blue Ocean Strategy 8-12 Disember

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

Akademi Audit Negara, Persiaran Timur 3,

71760 Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan

Tel: 06 782 2000 | Fax: 06 782 2082

Warna BiruMelambangkan perpaduan, keharmonian dan kesepakatan warga Audit dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

Warna KuningMelambangkan kedaulatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara yang melantik Ketua Audit Negara atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Warna PutihMelambangkan keikhlasan dan ketelusan Jabatan dalam melaksanakan tanggungjawabnya untuk memastikan wujudnya akauntabiliti dan integriti dalam pengurusan kewangan sektor awam.