21
Tajuk Soalan: Bincangkan beberapa peruntukan khas yang diberikan oleh perlembagaan kepada negeri Sabah dan Sarawak. Mengapa peruntukan khas ini diberi kepada negeri berkenaan. 1.0 Pengenalan Perlembagaan Malaysia berasal daripada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (1957) yang dipinda melalui Akta Malaysia (1963). Perkara ini dilakukan atas cadangan Inter Governmental Committee (IGC) bagi memudahkan kemasukan negeri-negeri Borneo ke dalam Persekutuan Malaysia. Alasan mendapat hak keistimewaan inilah yang perlu dikaji. Pertama, ada beberapa kejadian dari segi sejarah dan perundangan, antaranya Resolution of the Malaysia Solidarity Consultative Committee (1961), Resolution of the Legislative Council of North Borneo (1962), Report of the Cobbold Commission (1962) dan Twenty Point Manifesto of the Sabah Alliance (1962). Di samping itu, ada Report of the Inter- Governmental Committee/Landsdowne Committee (1963), Malaysia Agreement (1963) dan Malaysia Act 1963. Semuanya mengiktiraf keperluan istimewa dan memberi persetujuan kepada tuntutan negeri-negeri Borneo. Pertimbangan politik menyebabkan terdapat beberapa perlindungan khas diberi kepada Sabah dan Sarawak. Oleh sebab wujudnya syarat-syarat khas ini, kedudukan kedua-dua negeri ini

Bincangkan beberapa peruntukan khas yang diberikan oleh perlembagaan kepada negeri Sabah dan Sarawak

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Bincangkan beberapa peruntukan khas yang diberikan oleh perlembagaan kepada negeri Sabah dan Sarawak

Tajuk Soalan: Bincangkan beberapa peruntukan khas yang diberikan oleh perlembagaan

kepada negeri Sabah dan Sarawak. Mengapa peruntukan khas ini diberi kepada negeri

berkenaan.

1.0 Pengenalan

Perlembagaan Malaysia berasal daripada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (1957) yang

dipinda melalui Akta Malaysia (1963). Perkara ini dilakukan atas cadangan Inter Governmental

Committee (IGC) bagi memudahkan kemasukan negeri-negeri Borneo ke dalam Persekutuan

Malaysia. Alasan mendapat hak keistimewaan inilah yang perlu dikaji. Pertama, ada beberapa

kejadian dari segi sejarah dan perundangan, antaranya Resolution of the Malaysia Solidarity

Consultative Committee (1961), Resolution of the Legislative Council of North Borneo (1962),

Report of the Cobbold Commission (1962) dan Twenty Point Manifesto of the Sabah Alliance

(1962). Di samping itu, ada Report of the Inter-Governmental Committee/Landsdowne

Committee (1963), Malaysia Agreement (1963) dan Malaysia Act 1963. Semuanya mengiktiraf

keperluan istimewa dan memberi persetujuan kepada tuntutan negeri-negeri Borneo.

Pertimbangan politik menyebabkan terdapat beberapa perlindungan khas diberi kepada

Sabah dan Sarawak. Oleh sebab wujudnya syarat-syarat khas ini, kedudukan kedua-dua negeri

ini berlainan dengan negeri-negeri di Tanah Melayu. Perbezaan syarat secara amnya berkaitan

dengan kuasa yang dimiliki oleh Sabah dan Sarawak. Kedua-dua negeri ini mempunyai kuasa

yang lebih luas daripada negerinegeri Tanah Melayu lain. Sebagai contoh, ada kuasa yang

dipunyai oleh kerajaan Persekutuan tidak boleh dijalankan di negeri-negeri itu, kecuali

dipersetujui oleh undang-undang negeri atau oleh Yang Dipertua Negeri yang berkenaan. Dalam

banyak aspek, gabungan baru itu merupakan penyatuan lima entiti yang tidak seimbang kerajaan

persekutuan yang berkuasa, 11 negeri-negeri semenanjung yang mempunyai kuasa autonomi

terhad dan negeri-negeri yang mendapat keistimewaan iaitu Sabah, Sarawak dan Singapura

dengan mendapat hak keistimewaan atau ‘kelonggaran’ dalam beberapa aspek daripada kerajaan

persekutuan..

Page 2: Bincangkan beberapa peruntukan khas yang diberikan oleh perlembagaan kepada negeri Sabah dan Sarawak

2.0 Hak Keistemewaan Bumiputera Sarawak dan Sabah

Pada prinsipnya suku kaum Bumiputera di Borneo Utara (Sarawak dan Sabah) hendalah

menikmati hak-hak istimewa seperti yang dinikmati oleh kaum Melayu ketika ini tidak

semestinya boleh digunakan untuk Sarawak dan Sabah. Hak kedudukan istimewa Bumiputera ini

disediakan dalam Perkhidmatan Awam termaktub dalam Artikel 161 A Perlembagaan

Persekutuan. dalam Artikel ini memberi kedudukan Bumiputera di Borneo Utatara dengan hak

keistimewaan orang Melayu di bawah perkara 153.

Kedudukan istimewa kaum bumipetera Malaysia ini sangat penting untuk dihayati kerana

perkara ini mudah disalah tafsir dan jika ini berlaku, perbalahan akan berlaku serta hubungan

antara kaum atau etnik akan menjadi keruh. Ia telah disentuh di dalam Bahagian 12, Bab 1,

Perkara 153 yang mana meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan,

perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan. Keistimewaan ini tetap mempunyai batasan

demi menghormati hak kaum bukan bumiputera. Sehubungan dengan itu, Perlembagaan

Persekutuan telah memberi tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi

hak-hak mereka yang sah menurut peruntukan lain.

Perkara 153 tidak akan terlaksana seandainya untuk tujuan tersebut, kaum bukan

bumiputera kehilangan sebarang jawatan awam yang dipegang, ditarik dari menerima biasiswa

atau keistimewaan lain atau dilucutkan atau ditamatkan permit lesen yang dipegangnya. Orang

Melayu menurut tafsiran Perlembagaan Persekutuan, Perkara 160, membawa erti seseorang yang

menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan yang lahir

sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdekadan

ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka

berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atauialah zuriat seseorang yang sedemikian.

Page 3: Bincangkan beberapa peruntukan khas yang diberikan oleh perlembagaan kepada negeri Sabah dan Sarawak

Bumiputera di Sabah dan Sartawak pula ialah:

1. Di Sarawak mana-mana suku kaum asli iaitu Bukitan, Bidayuh, Dusun, Dayak Laut,

Dayak Darat, Kadazan, Kelabit, Kayan, Kenyah,Kajang,Lugat, Lisum,

Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit atau dia

berketurunan campuran daripada kaum tersebut.

2. Di Sabah anak atau cucu kepada seorang daripada suatu kaum asli Sabah dan dia telah

dilahirkan di Sabah.

Setelah kita melihat pentafsiran melayu dalam perlembagaan, sekarang kita akan melihat

pula apakah peruntukan-peruntukan yang dinyatakan oleh Perlembagaan Persekutuan megenai

orang melayu, pertama yang perlu kita amati ialah Perkara 153 yang menjamin kedudukan

istimewa orang melayu dan bumiputera yang termaktub di bawah klausa (2) perkara 153. Perkara

ini juga menggariskan bahawa Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri atau Kabinet

berkuasa menyelamatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan

Sarawak dengan menentukan bagi mereka kedudukan dalam perkhidamatan awam, agihan

biasiswa atau pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan oleh kerajaan

termasuk permit dan lesen perniagaan. Antara sebahagian Peruntukan Perkara 153 adalah seperti

berikut:

(1) Adalah menjadi tanggugjawab Yang di Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa

oaring Melayu dan Bumiputera mana-mana Negeri Sarawk dan Sabah dan kepentingan-

kepentigan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.

(2) Walau apapun yang terkandung dalam perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada

peruntukan Perkara 40, Yang di Pertuan Agong hendaklah menjalankan tugas-tugasnya di

bawah perlembagaan dan dibawah undang-undang Persekutuan mengikut apa-apa cara

sebagaimana yang perlu untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera

mna-mana Negeri Borneo dan juga untuk menentukan perezapan bagi orang Melayu dan

Page 4: Bincangkan beberapa peruntukan khas yang diberikan oleh perlembagaan kepada negeri Sabah dan Sarawak

bumiputera mna-mana negeri-negeri Sabah dan Sarawak suatu kadar yang difikirkan patut oleh

Yang di Pertuan Agong mengenai biasiswa, bantuan atau lain-lain kemudahan khas yang diberi

atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di

Pertuan Agong mengenai permit atau lesen bagi menjalankan apa-apa trade atau perniagaan,

dan perezapan permit dan lesen adalh tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan

Perkara ini.

Walaubagaimanapun perkara-perkara yang dinyatakan tadi tidak boleh dilaksanakan jika

mengakibatkan kehilangan sebarang jawatan awam yang dipegang oleh sesiapa pun atau

penarikan sebarang biasiswa atau keistimewaan yang dinikmati olehnya, atau perlucutan atau

penamatan permit dan lesen yang dipegang olehnya. Sebenarnya terdapat beberapa klausa yang

dinyatakan dalam perkara ini, Cuma yang dapat kita rumuskan disini terdapat tiga perkara utama

yang disebut dalam Perkara 153 mengenai hak keistimewaan yang diberikan oleh Perlembagaan

kepada Orang Melayu iaitu kedudukanya dalam perkhidmatan awam, perniagaan(ekonomi) dan

pelajaran yang man ketiga-tiga keistimewaan ini dijamin oleh perlembagaan serta dilindungi

oleh Yang di Pertuan Agong.

2.1 Kuasa Parlimen

Anggota-anggota Dewan Rakyat disusun mengikut cantuman (component ) dalam Malaysia dan

terdapat tiga cantuman utama: Cantuman pertama 153 orang kesemuanya bagi negeri-negeri di

Tanah Melayu atau Semenanjung dan ini tidak termasuk 11 bagi Wilayah Persekutuan, satu bagi

Wilayah Persekutuan Putrajaya dan satu bagi Wilayah Persekutuan Labuan;

Cantuman kedua 25 orang bagi Sabah; dan

Cantuman ketiga 25 orang bagi Sarawak.

Perkara-perkara yang termasuk dalam bidang kuasa negeri-negeri Borneo sebenarnya

lebih banyak daripada perkara yang tertakluk di bawah bidang kuasa negeri-negeri di Tanah

Melayu. Negeri-negeri Borneo mempunyai senarai tambahan kepada senarai negeri dan senarai

bersama untuknya. Antara perkara yang termasuk di bawah bidang kuasa negeri Borneo adalah

Page 5: Bincangkan beberapa peruntukan khas yang diberikan oleh perlembagaan kepada negeri Sabah dan Sarawak

mengikut Perkara 968(3) Dewan Undangan Negeri-negeri Borneo boleh membuat undang-

undang mengenakan cukai jualan. Kuasa ini tidak dipunyai oleh negeri-negeri di Tanah Melayu,

kerana kuasa ini ada pada Parlimen.

Dalam Perkara 76(1) (b) pula, Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai

perkara-perkara dalam bidang kuasa negeri bagi maksud menyeragamkan undangundang

beberapa buah negeri atau bagi menyeragamkan undang-undang dan dasar tentang tanah, kadar

dan nilaian tanah dan kerajaan tempatan antara negeri. Namun bagi negeri-negeri Borneo,

Parlimen tidak mempunyai kuasa membuat undang-undang ini. Mengikut Perkara 76A, Parlimen

berkuasa mewakilkan mana-mana negeri supaya membuat undang-undang bagi perkara dalam

bidang kuasanya. Perwakilan kuasa ini boleh dibuat dengan perintah Yang di-Pertuan Agong

sahaja. Perwakilan kuasa bagi membuat undang-undang telah diberi kepada negerinegeri Borneo

yang berkuat kuasa pada Hari Malaysia. Antara kuasa yang diberi adalah yang berkaitan dengan

pengangkutan jalan raya, lalu lintas, kuasa elektrik, pembahagian gas, getah dan Badan

Persuratan Borneo. Kuasa membuat undang-undang tentang pengangkutan jalan raya dan lalu

lintas diberi hingga akhir tahun 1973.

2.2 Imigresen

Sungguhpun hal ehwal imigresen termasuk dalam bidang kuasa Persekutuan, negeri-negeri

Borneo mempunyai hak dan kuasa tertentu dalam perkara ini. Hal ini dijelaskan melalui Perkara

9 (3) Perlembagaan Malaysia. Bagi melaksanakan Perkara 9(3) ini, Parlimen telah meluluskan

undang-undang yang disebut Akta Imigresen 1963 pada 16 September 1963. Akta ini telah

memperluas kuat kuasa Ordinan Imigresen 1969 ke negeri-negeri Borneo dan juga telah

memberi beberapa kuasa yang penting kepada kerajaan kedua-dua negeri itu. Kuasa ini tidak

boleh dipinda oleh Parlimen, melainkan dengan persetujuan Yang di-Pertua Negeri-negeri yang

berkenaan. Pindaan ini dibuat dengan sokongan suara dua pertiga.

Page 6: Bincangkan beberapa peruntukan khas yang diberikan oleh perlembagaan kepada negeri Sabah dan Sarawak

Sepatutnya, seseorang warganegara berhak pergi dari sebuah negeri ke sebuah

negeri dalam Malaysia ini, dan juga berhak tinggal di mana-mana negeri. Walau bagaimanapun

disebabkan negeri-negeri Borneo itu dianggap berada dalam keadaan yang khas oleh pembentuk-

pembentuk Malaysia, maka Perlembagaan telah memberi kuasa kepada Parlimen supaya dapat

mengenakan sekatan-sekatan ke atas kebebasan warganegara dalam hal itu. Oleh itu, kerajaan

negeri-negeri ini berhak menyekat kemasukan rakyat Malaysia dari negeri-negeri Tanah Melayu.

kawalan kemasukan orang ke mana-mana kawsan di Malaysia dari luar adalah terletak di bawah

kuasa kerajaan Pusat tetapi kemasukan ke Sarawak dan Sabah perlu mendapat kelulusan kerajaan

Negeri. Kerajaan Persekutuan tidak boleh mengahklang kemasukan orang ke Sarawak dan Sabah

untuk tujuan keraja Negeri kecuali atas sebab keselematan. Sarawak dan Sabah hendaklah

mempunyai kuasa yang tidak terbatas bagi mengawal pergerakan orang-orang dari kawasan

kawasan lain di Malaysia ke dalam Sarawak dan Sabah , selain daripada yang bekerja dengan

kerajaan Persekutuan di Sarawak dan Sabah.

Imigrasi hendaklah tetap dalam senarai Persekutuan tetapi undang-undang hendaklah

digubal oleh Parlimen untuk menentukannya, kecuali perkara-perkara tertentu,  seperti

permintaan masuk ke negeri-negeri Borneo ini mestilah diluluskan oleh negeri-negeri berkenaan.

Undang-undang ini tidak boleh dipindah atau dihapuskan melainkan dengan persetujuan negeri -

negeri tersebut. Sarawak dan Sabah juga hendaklah mempunyai kuasa yang tidak terbatas bagi

mengawal pergerakan orang-orang dari kawasan-kawasan lain di Malaysia ke dalam Sarawak

dan Sabah, selain daripada yang bekerja dengan Persekutuan di Sarawak dan Sabah. Perkara ini

dikemukakan demi menjaga kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak supaya peluang-peluang

yang terdapat di kedua negeri ini tidak diperolehi oleh orang luar. Ini memberi keuntungan

kepada Sabah dan Sarawak kerana peraturan ini akan menyekat kemasukan orang-orang luar dn

sesiapa yang mahu memasuki negeri-negeri ini perlu mendapat kebenaran kecuali yang bekerja

dengan kerajaan Persekutuan.

Page 7: Bincangkan beberapa peruntukan khas yang diberikan oleh perlembagaan kepada negeri Sabah dan Sarawak

2.3 Hal Ehwal Tanah

Di bawah peruntukan Perkara 83, kerajaan Persekutuan berhak mendapatkan tanah dalam sebuah

negeri untuk maksud Persekutuan. Ini tertakluk kepada syarat, jika tanah itu tanah kerajaan,

maka rundingan hendaklah diadakan antara kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan. Jika

tanah itu tanah yang telah diberi milik, maka tidak perlu hal ini dibincangkan dengan kerajaan

negeri. Namun dalam hal kerajaan negeri-negeri Borneo, kerajaan Pusat hendaklah berunding

terlebih dahulu dengan kerajaan-kerajaan negeri ini, sama ada tanah yang dikehendaki oleh

kerajaan Persekutuan itu tanah yang telah diberi milik atau tanah kerajaan.

Mengenai tanah simpanan Bumiputera, mengikut Perkara 89, Parlimen berhak membuat

undang-undang untuk menyeragamkan undang-undang dan dasar dalam hal ehwal tanah. Namun

bagi negeri-negeri Borneo, kuasa Parlimen dalam hal ini dikecualikan. Seperkara lagi, negeri-

negeri di Tanah Melayu tidak mempunyai kuasa penuh dalam hal mewujudkan tanah simpanan

untuk orang Melayu. Walaupun begitu, negeri-negeri Borneo berkuasa penuh dalam hal

mewujudkan tanah simpanan untuk bumiputeranya.

Di bawah perkara 91, segala keputusan yang dibuat oleh Majlis Tanah Negara hendaklah

dipatuhi oleh kerajaan negeri. Sebaliknya, bagi negeri-negeri Borneo, keputusan itu tidak

semestinya dipatuhi oleh kerajaan negeri. Perbezaan hanya akan terhapus jika Parlimen, dengan

persetujuan Yang di-Pertua Negeri itu, membuat undang-undang supaya keputusan Majlis Tanah

Negara mesti dipatuhi oleh kerajaan-kerajaan negeri itu.

2.4 Kewangan

Anda perlu tahu bahawa seperti bahagian-bahagian yang lain, kerajaan Sabah dan Sarawak turut

mempunyai kuasa yang lebih luas dalam bahagian kewangan. Antara kuasa-kuasa yang diberi

adalah;

Page 8: Bincangkan beberapa peruntukan khas yang diberikan oleh perlembagaan kepada negeri Sabah dan Sarawak

(a) Kuasa Meminjam Wang

Di dalam Perlembagaan Perkara 112B, Kuasa meminjam bagi Negeri Sabah dan Sarawak, fasal

(2) Perkara 111 tidak boleh menyekat kuasa Negeri Sabah atau Sarawak untuk meminjam di

bawah kuasa undang-undang Negeri di dalam Negeri itu, jika peminjam itu telah mendapat

kelulusan Bank Negara yang ada pada masa itu bagi Persekutuan. Pada umumnya, kerajaan-

kerajaan negeri di Tanah Melayu diberi kuasa yang terbatas bagi peminjaman kewangan, iaitu

hanya boleh meminjam daripada kerajaan Pusat dan mana-mana badan yang dibenarkan sahaja.

Sebaliknya, bagi Sabah dan Sarawak, kedua-dua negeri ini boleh meminjam daripada mana-

mana pihak dalam negara, dengan syarat mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia.

(b) Penerimaan Geran Kewangan

Perlembagaaan Malaysia memberi hak kepada negeri-negeri Borneo bagi

mendapat jumlah pemberian wang yang lebih besar daripada Kerajaan Pusat.

Selain daripada tiga punca utama iaitu pemberian wang per kapita; peruntukan

jalan-jalan raya dan punca-punca hasil yang diberi kepada semua kerajaan

negeri, Sabah dan Sarawak berhak mendapat pemberian wang tambahan.

(c) Sumber-sumber Tambahan Hasil

Selain daripada sumber hasil yang diserahkan kepada negeri-negeri seperti

Bahagian 3, Jadual 10 Perlembagaan Malaysia, negeri-negeri Sabah dan

Sarawak turut menerima sumber tambahan hasil seperti ;

1. Cukai import dan eksais serta hasil petroleum;

2. Cukai eksport atau kayu kayan dan keluaran hutan;

3. Cukai eksport bahan galian selain bijih timah dengan royalti tidak

lebih 10%;

Page 9: Bincangkan beberapa peruntukan khas yang diberikan oleh perlembagaan kepada negeri Sabah dan Sarawak

4. Bayaran lesen pengangkutan jalan raya, lalu lintas dan pendaftaran

kereta, iaitu selagi kedua-dua negeri bertanggungjawab membuat

undang-undang berkenaan;

5. Cukai-cukai jualan negeri; dan

6. Bayaran-bayaran daripada pelabuhan negeri.

3.0 Mengapakah hak keistimewaan diberi kepada Sabah dan Sarawak di dalam

Perlembagaan Malaysia ?

Dalam banyak aspek, gabungan baru itu merupakan penyatuan lima entiti yang tidak

seimbang kerajaan persekutuan yang berkuasa, 11 negeri-negeri semenanjung yang mempunyai

kuasa autonomi terhad dan negeri-negeri yang mendapat keistimewaan iaitu Sabah, Sarawak dan

Singapura dengan mendapat hak keistimewaan atau ‘kelonggaran’ dalam beberapa aspek

daripada kerajaan persekutuan.

Pertama, ada beberapa kejadian dari segi sejarah dan perundangan, antaranya Resolution

of the Malaysia Solidarity Consultative Committee (1961), Resolution of the Legislative Council

of North Borneo (1962), Report of the Cobbold Commission (1962) dan Twenty Point Manifesto

of the Sabah Alliance (1962). Di samping itu, ada Report of the Inter-Governmental

Committee/Landsdowne Committee (1963), Malaysia Agreement (1963) dan Malaysia Act

1963. Semuanya mengikhtiraf keperluan istimewa dan memberi persetujuan kepada tuntutan

negeri-negeri Borneo.

Keduanya, dari segi budaya, agama dan bahasa tersendiri penduduk Borneo yang

memberi peruntukan istimewa sebagai langkah memelihara tradisi yang unik dan ulung.

Ketiganya, negeri-negeri Borneo merangkumi wilayah yang besar dan merupakan sumber yang

tidak terbatas kepada persekutuan. Seluruh keluasan adalah 198,069 km persegi, melebihi

keluasan semenanjung Malaysia 131,681 km persegi. Pantai Sabah dan Sarawak sepanjang 2,607

km jika dibandingkan dengan semenanjung, 2,068 km. Keempat, walau pun mempunyai sumber

Page 10: Bincangkan beberapa peruntukan khas yang diberikan oleh perlembagaan kepada negeri Sabah dan Sarawak

yang banyak, mereka masih mempunyai masalah kemiskinan dan banyak kawasan di Sabah dan

Sarawak yang mundur dan tidak dimajukan. Kelima, pakatan 1963 di antara Persekutuan

Malaya, United Kingdom, Utara Borneo, Sarawak dan Singapura bukanlah semata-mata

persetujuan domestik. Ia adalah Treaty Antarabangsa.

Disebabkan alasan-alasan yang disebutkan tadi, Constitution Persekutuan Malaya telah

ditulis semula untuk merangkumi kedudukan istimewa negeri-negeri baru tersebut. Ketiga-

tiganya diberikan pendapatan tambahan yang tidak diberikan kepada negeri-negeri Barat

Malaysia. Ini menekankan kuasa legislatif persekutuan dan negeri-negeri; mengandungi tiga

senarai legislatif – Federal List dengan 27 topik; State List dengan 13 topik; dan Concurrent List

dengan 14 topik. Untuk menguatkan kuasa legislatif negeri-negeri Borneo, diadakan

Supplementary State List dengan 6 topik dan Supplementary Concurrent List dengan 9 topik,

ditambah kepada Federal Constitution.

Negeri-negeri Borneo diberikan kuasa ke atas aspek imigrasi ke dalam Negeri-negeri.

Sabah dan Sarawak mempunyai Mahkamah Tinggi, Hakim Besar dan mahkamah kaum.

Perlantikan Hakim untuk Borneo High Court memerlukan persetujuan dengan Ketua Menteri

negeri terbabit. Oleh kerana ramai penduduk bukan Islam di Sabah dan Sarawak, Perlembagaan

kedua-dua negeri, pada 1963 tidak mengandungi peruntukan untuk Islam. Kebanyakan undang-

undang persekutuan yang berkaitan dengan Islam sebagai agama persekutuan tidak termaktub di

Sabah dan Sarawak. Sabah dan Sarawak mempunyai hak eksklusif ke atas tanah dan kerajaan

tempatan. Sungguh pun Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, penggunaan English dan

bahasa kaum lain adalah dibenarkan di Negeri-negeri Borneo. Serupa dengan kedudukan

istimewa orang Melayu di bawah Artikel 153, kaum di negeri-negeri tersebut juga diberikan

perlindungan istimewa di bawah Artikel 153.

Sebarang perubahan kepada Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh keistimewaan

Sabah dan Sarawak memerlukan persetujuan Gabenor kedua-dua negeri. Pakatan memberikan

Sabah, Sarawak dan Singapura perwakilan di Dewan Rakyat yang merangkumi lebih sepertiga

kerusi yang diperuntukkan. Mungkin ini membolehkan negeri-negeri itu mempunyai kuasa

menentang sebarang perubahan perlembagaan. Artikel 150(6A) emergency chapter melindungi

undang-undang dan budaya kaum di negeri-negeri Borneo even against emergency legislation.

Page 11: Bincangkan beberapa peruntukan khas yang diberikan oleh perlembagaan kepada negeri Sabah dan Sarawak

Peguam di Barat Malaysia tidak mempunyai hak untuk berkhidmat di mahkamah di Borneo

tanpa permit kerja. Sungguhpun diberikan pelbagai keistimewaan, perhubungan Kuala Lumpur

dengan ketiga-tiga negeri tidak berjalan lancar.

Penyatuan dengan Singapura bertahan selama dua tahun. Ketegangan dengan negeri-

negeri Borneo juga banyak. Pada 1966, darurat terpaksa diisytiharkan di Sarawak untuk melantik

Ketua Menteri, Stephen Kalong Ningkan. Ketika diketuai oleh Tun Mustapha, Sabah

menyaksikan satu keadaan di mana mereka menggunakan kuasa meyakinkan. PBS memegang

tampuk pemerintahan beberapa kali dengan cara menaikkan semangat nasionalisme Sabah.

Kebanyakan penduduk Sabah mempunyai persepsi dan persepsi sangat penting bahawa

kepentingan istimewa yang termaktub di dalam persetujuan 20-poin tidak dihormati dengan

sepenuhnya. Apa yang memberangkan mereka adalah kegagalan kerajaan persekutuan untuk

mengawal kemasukan beramai-ramai pendatang haram ke Sabah. Malah ada dakwaan bahawa

beribu-ribu “pendatang haram” telah diberikan taraf residen tetap atau menjadi warganegara dan

dengan itu mengakibatkan hilangnya kuasa Sabah dari aspek imigrasi. Sudah tentu pertambahan

penduduk Sabah sangat ketara. Kerajaan persekutuan menolak dakwaan ini dengan menyatakan

bahawa mereka mendapat tekanan antarabangsa untuk melayan pendatang dengan rasa

perikemanusiaan.

Satu lagi aspek adalah perubahan Perlembagaan untuk mengikhtiraf Labuan sebagai

wilayah persekutuan. Isu ketiga yang menggemparkan berkaitan dengan perubahan

perlembagaan ke atas Artikel 3(3) dan 38(7), polisi Islam telah menular ke Sabah dan Sarawak

walau pun larangan telah dikeluarkan pada 1963 tentang hal-ehwal keagamaan. Negeri-negeri

Borneo telah mengungkit bahawa jumlah wakil mereka di Dewan Rakyat telah menurun

walaupun wujud Artikel 161E(2)(e).

Pihak berkuasa menolak perubahan ini dengan menyatakan bahawa kebanyakan daripada

perubahan telah dibuat dengan persetujuan ketua-ketua negeri-negeri Borneo dan mematuhi

prosedur perlembagaan Artikel 161E. Dalam setiap sistem federal, pertelingkatan di antara

kerajaan pusat dan majlis tempatan tidak dapat dielakkan dan mungkin dianggap sebagai

persaingan sihat.

Page 12: Bincangkan beberapa peruntukan khas yang diberikan oleh perlembagaan kepada negeri Sabah dan Sarawak

Menyentuh tentang demokrasi yang berfungsi, tiada persetujuan tentulah akan timbul.

Jika negeri bersekutu tidak mempamerkan ketidakpuasan, itu bermakna tanda-tanda untuk

penyakit yang lama. Kadangkala ketiadaan masalah adalah menjadi masalah tersendiri. Malaysia

berjaya dalam mengelakkan tekanan negeri-negeri bersekutu daripada meletus menjadi konflik

terbuka. Semangat moderasi dan penyesuaian yang menjadi ikutan ketika kelahiran di tahun

1963 mesti diteruskan sebagai persediaan untuk menerima dugaan seterusnya. Warga Sabah dan

Sarawak mempunyai banyak kesedihan yang wajar didengari.

Page 13: Bincangkan beberapa peruntukan khas yang diberikan oleh perlembagaan kepada negeri Sabah dan Sarawak

4.0 Kesimpulan

Buat masa ini masih belum ada apa-apa petanda pencapaian untuk dari kaum “prebumi” Sabah

dan Sarawak dalam bidang politik, pembangunan ekonomi, pembangunan manusia, kesihatan

dan pendidikan serta penyelididkan yang boleh dijadikan ukuran tertentu yang mana boleh

dijadikan penanda aras pencapaian mereka. Pada pendapat saya jika berlakunya ketidak

kestabilan politik ataupun kemerosotan ekonomi, kaum “prebumi” Sabah dan Sarawak tidak

boleh dipersalahkan sama sekali kerana ketidak adanya keseimbangan dari segi: pembahagian

ekuiti; pengagihan pembangunan; dan peruntukkan dana serta modal insan/korporat kepada

kaum “prebumi” Sabah dan Sarawak semenjak dan dari mulainya penubuhan Malaysia Kita

haruslah sama-sama telus, ikhlas dan perlu mengambil iktibar dari pengorbanan yang telah

ditunjukkan oleh generasi terdahulu (termasuklah Dayak Trackers/ Sarawak Ranger) dalam

menghayati erti sedia berkorban, toleransi dan rela berkongsi kuasa. Tiada satu etnik dapat

menegakkan kerajaan sendiri kecuali melalui kerjasama antara pelbagai etnik agar tiada

kelompok dianiayai kerana percaturan kuasa dan politik sempit.

Malaysia perlu memperjuangkan politik demokrasi yang telus, transperansi dan

mampan; dari, kepada dan untuk rakyat serta negara secara umumnya. ataupun orang Melayu

dan pribumi Sabah dan Sarawak menikmati keistimewaan di Malaysia ia tidak bermakna orang

bukan Melayu dan bukan pribumi Sabah dan Sarawak dipinggirkan. Mereka juga mempunyai

hak yang sah di negara ini sebagaimana diperuntukkan oleh undang-undang. Mereka tidak harus

bimbang mengenai hak mereka itu. Selagi ia tidak menghakis ciri istimewa Perlembagaan

Persekutuan ini, orang bukan Melayu berhak mengecapi nikmat sama sebagai warga negara

Malaysia. Mulakanlah paradigma baru selaras dengar nasihat itu. Jangan sesekali

mempertikaikannya lagi pada masa depan. Keunikan negara kita ini perlulah dipertahankan dan

jatidiri negara kita ini hendaklah sentiasa dipelihara.

Page 14: Bincangkan beberapa peruntukan khas yang diberikan oleh perlembagaan kepada negeri Sabah dan Sarawak

5.0 Rujukan

Abd. Ghani Hj. Awing. (1983). Apakah Undang-Undang? Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohamed Sufian. (1987). Mengenal Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Noor bin Abdullah. (1979). Kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalamPersekutuan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Salleh Abas. (1997). Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shaik Mohd Noor Alam bin S.M. Hussain. (1988). Federalisme di Malaysia. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Salleh Abbas.(1985). Unsur-unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Malaysia. Dewan

Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur

Perlembagaan Persekutuan beserta Index:Semua Pindaan sehingga Julai 2009.

Cetakan 14. 2009. MDC Publishers Sdn Bhd. Kuala Lumpur

Rujukan Asas

http//wikisource.org/wiki/Perlembagaan_Persekutuan_Malaysia