28
Pengantar Pentadbiran Awam SKSJ1043 Soalan 2: Bincangkan peranan dan bidang khusus parlimen, kabinet, kementerian dan jabatan dalam sistem pentadbiran awam negara. Jawapan: 1.0 PENGENALAN Memahami sistem dan struktur pemerintahan kerajaan adalah penting bagi mengenali cara dan hala tuju pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Sistem dan struktur ini akan menentukan keberkesanan dan kecekapan pemerintahan serta menjamin kestabilan negara pada masa hadapan. Lantaran itu, penulisan esei pendek ini akan menghuraikan beberapa unsur utama yang digunakan dalam sistem dan struktur pemerintahan negara ini yang diamalkan semenjak era selepas kemerdekaan sehingga ke hari ini. Perkara yang bakal dihuraikan ialah peranan dan bidang khusus yang dilaksanakan oleh parlimen, kabinet, kementerian dan jabatan dalam sistem pentadbiran awam negara. Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia mengamalkan Sistem Kerajaan Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berpelembagaan dengan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) sebagai Ketua Negara. Di bawah sistem ini, kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga komponen utama, iaitu Badan Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman. 1

Bincangkan peranan dan bidang khusus parlimen, kementerian dan jabatan dalam sistem pentadbiran awam negara oleh Zulkifli Ajoi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Tugasan SKSJ 1043: Pengantar Pentadbiran Awam

Citation preview

Page 1: Bincangkan peranan dan bidang khusus parlimen, kementerian dan jabatan dalam sistem pentadbiran awam negara oleh Zulkifli Ajoi

Pengantar Pentadbiran Awam SKSJ1043

Soalan 2: Bincangkan peranan dan bidang khusus parlimen, kabinet, kementerian dan

jabatan dalam sistem pentadbiran awam negara.

Jawapan:

1.0 PENGENALAN

Memahami sistem dan struktur pemerintahan kerajaan adalah penting bagi mengenali

cara dan hala tuju pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Sistem dan struktur ini

akan menentukan keberkesanan dan kecekapan pemerintahan serta menjamin kestabilan

negara pada masa hadapan. Lantaran itu, penulisan esei pendek ini akan menghuraikan

beberapa unsur utama yang digunakan dalam sistem dan struktur pemerintahan negara ini

yang diamalkan semenjak era selepas kemerdekaan sehingga ke hari ini. Perkara yang

bakal dihuraikan ialah peranan dan bidang khusus yang dilaksanakan oleh parlimen,

kabinet, kementerian dan jabatan dalam sistem pentadbiran awam negara. Seperti yang

kita sedia maklum, Malaysia mengamalkan Sistem Kerajaan Demokrasi Berparlimen di

bawah pentadbiran Raja Berpelembagaan dengan Yang di-Pertuan Agong (YDPA)

sebagai Ketua Negara. Di bawah sistem ini, kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga

komponen utama, iaitu Badan Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman.

2.0 PARLIMEN

Badan Perundangan atau Parlimen Persekutuan mempunyai tiga komponen yang

dianggotai oleh Yang di-Pertuan Agong YDPA, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Semua undang-undang yang dibawa ke parlimen mesti diluluskan oleh ketiga-tiga

komponen di atas. Walaupun YDPA tidak menghadiri persidangan Parlimen, tetapi

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya YDPA sahaja yang boleh

memanggil Parlimen untuk bersidang, memberhentikan dan membubarkan Parlimen.

1

Page 2: Bincangkan peranan dan bidang khusus parlimen, kementerian dan jabatan dalam sistem pentadbiran awam negara oleh Zulkifli Ajoi

Pengantar Pentadbiran Awam SKSJ1043

Parlimen merupakan badan perundangan tertinggi negara dan undang-undang yang

diluluskan akan berkuat kuasa di seluruh negara. Parlimen akan terus berjalan untuk

tempoh lima tahun bermula dari tarikh mesyuarat pertamanya, iaitu selepas pilihan raya

umum. Bagaimanapun, di atas sebab-sebab tertentu Parlimen boleh dibubarkan walaupun

belum cukup tempoh lima tahun. Pada penghujung tempoh lima tahun, Parlimen dengan

sendirinya terbubar. Pilihan raya umum hendaklah diadakan bagi memilih wakil bagi

Dewan Rakyat dalam masa 60 hari bagi negeri-negeri di Semenanjung dan 120 hari bagi

Sabah dan Sarawak dari tarikh pembubaran Parlimen. Dewan Rakyat perlu bermesyarat

pada suatu tarikh yang tidak lewat dari 120 hari dari tarikh pembubaran.1

2.1 Peranan dan bidang khusus Parlimen

Parlimen berfungsi sebagai badan yang meluluskan undang-undang persekutuan,

membuat pindaan atau memansuhkan undang-undang persekutuan mengeanai percukaian

dan belanjawan tahunan negara. Parlimen juga menjadi forum untuk membincangkan

perkara-perkara yang mempunyai kepentingan nasional.

Bagi membolehkan Parlimen menjalankan tanggungjawab dengan berkesan,

Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa hak dan pengecualian yang dipanggil

”Keistimewaan Ahli-ahli Parlimen” di dalam dewan. Keistimewaan ini sah digunakan

bagi ahli kedua-dua dewan.

2.2 Peranan dan Fungsi Komponen-Komponen dalam Parlimen

Parlimen Malaysia adalah berbeza daripada parlimen negara-negara lain, di mana ia

merupakan parlimen yang unik sekali. Parlimen negara ini mempunyai tiga komponen

iaitu Yang di-Pertuan agong (YDPA), Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Semua

1 Pentadbiran dan Pengurusan Awam Malaysia, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), 2006, hlm.75-76.

2

Page 3: Bincangkan peranan dan bidang khusus parlimen, kementerian dan jabatan dalam sistem pentadbiran awam negara oleh Zulkifli Ajoi

Pengantar Pentadbiran Awam SKSJ1043

undang-undang yang dikemukakan di dalam Parlimen mestilah mendapat kelulusan

daripada ketiga-tiga komponen tersebut. Lantaran itu, saya akan mengupas peranan dan

fungsi komponen-komponen tersebut.

2.2.1 Fungsi Yang di-Pertuan Agong

Yang di-pertuan Agong adalah ketua utama negarayang mengambil keutamaan mengatasi

semua orang dalam persekutuan dan tidak boleh dikena dakwa dalam apa-apa jua

pembicaraan dalam mana-mana mahkamah.Sebagai ketua utama negara, YDPA

mempunyai kuasa eksekutif. Kuasa ini boleh dilaksanakan oleh baginda sendiri atau oleh

Jemaah Menteri. Mengikut Perlembagaan Persekutuan, YDPA hanya boleh

melaksanakan tiga perkara mengikut budibicara baginda sendiri iaitu melantik Perdana

Menteri, tidak mempersetujui permintaan membubarkan Parlimen dan meminta supaya

diadakan mesyuarat Majlis Raja-raja mengenai keistimewaan kedudukan, kemuliaan dan

kebesaran Raja-raja.

Selain itu, YDPA merupakan pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan.

Baginda berkuasa mengampun dan menangguhkan hukuman-hukuman di atas kesalahan-

kesalahan yang dibicarakan di Mahkamah-mahkamah Tentera. Baginda juga berkuasa

mengampunkan semua kesalahan lain yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan dan

juga kesalahan-kesalahan tertentu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

YDPA juga adalah ketua Agama Islam di Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau

Pinang, Sabah dan Sarawak. Baginda turut diberi kuasa oleh Perlembagaan Persekutuan

untuk melantik hakim-hakim Mahkamah agong, Mahkamah Tinggi, Jemaah Menteri dan

jawatan-jawatan tinggi yang lain. Perlembagaan Persekutuan Perkara 153 juga memberi

peruntukkan khas kepada YDPA untuk memelihara kedudukan istimewa orang-orang

Melayu dan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak.2

2.2.2 Peranan Dan Fungsi Dewan Negara

2 Malaysia Kita, 1992, hlm.65.

3

Page 4: Bincangkan peranan dan bidang khusus parlimen, kementerian dan jabatan dalam sistem pentadbiran awam negara oleh Zulkifli Ajoi

Pengantar Pentadbiran Awam SKSJ1043

Dewan Negara adalah Majlis Tertinggi atau Senat. Fungsi utama Dewan Negara adalah

untuk membahaskan sesuatu rang undang-undang dengan lebih teliti dan mendalam

setelah rang undang-undang tersebut dibahas dan diluluskan oleh Dewan Rakyat. Semasa

persidangan, ahli dewan juga boleh membincangkan perkara-perkara yang menjadi

kepentingan umum. Sehingga Mac 2006 keahlian Dewan Negara ialah seramai 70 orang.

Ahli Dewan Negara juga dipanggil Senator. Tempoh perlantikan seorang Senator ialah

selama tiga tahun dan seorang Senator tidak boleh memegang jawatan tersebut lebih

daripada dua penggal.

Kedudukan ahli Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran Parlimen. Ahli

Dewan Negara dilantik atau dipilih daripada kalangan mereka yang telah menyumbang

khidmat yang cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan dalam profesion masing-

masing, seperti perdagangan, perindustrian, pertanian, aktiviti kebudayaan dan

perkhidmatan sosial serta wakil kaum minoriti seperti Orang Asli.

2.2.3 Peranan dan Fungsi Dewan Rakyat

Dewan Rakyat merupakan satu forum untuk wakil rakyat menyuarakan permintaan, rasa

tidak puas hati serta mendapatkan pembelaan rakyat yang diwakilinya. Dewan Rakyat

mempunyai seramai 222 ahli dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli

dewan dipilih daripada calon yang menang dalam pilihan raya. Ahli Dewan Rakyat juga

dipanggil ahli Parlimen. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama lima tahun

dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan. Setiap ahli Parlimen hendaklah

bersumpah dan berjanji bahawa mereka akan menjalankan tugas sebagai ahli dewan

dengan sebaik mungkin dan memberikan taat setia kepada negara serta mematuhi,

menjaga dan mempertahankan Perlembagaan.

2.3 Persidangan Parlimen

4

Page 5: Bincangkan peranan dan bidang khusus parlimen, kementerian dan jabatan dalam sistem pentadbiran awam negara oleh Zulkifli Ajoi

Pengantar Pentadbiran Awam SKSJ1043

Parlimen akan bersidang apabila dipanggil oleh YDPA dan penangguhannya tidak boleh

berlanjutan selama enam bulan selepas mesyuarat terakhir bagi sesuatu penggal.

Persidangan Parlimen diadakan di Banggunan Parlimen, Kuala Lumpur. Semua

mesyuarat Parlimen disusun dalam satu kalendar yang dipanggil Takwim Parlimen.

Parlimen mengadakan mesyuarat antara tiga atau empat kali dalam satu penggal.

Biasanya setiap mesyuarat mengambil masa dua minggu bagi Dewan Rakyat dan satu

minggu bagi Dewan Negara, kecuali Mesyuarat Belanjawan yang mengambil masa yang

lebih lama.

Setiap dewan mempunyai peraturan mesyuarat yang mesti dipatuhi oleh ahli

dewan. Sekiranya persetujuan sebulat suara tidak diperolehi, keputusan hendaklah

diambil menurut suara terbanyak ahli yang hadir dan mengundi. Yang Dipertua biasanya

tidak mengundi, tetap apabila berlaku bilangan undi menyokong dan menentang yang

sama banyak, Yang Dipertua boleh memberi undi pemutus. Jika Yang Dipertua bukan

daripada ahli dewan, beliau tidak boleh mengundi.3

2.4 Keistimewaan-Keistimewaan Parlimen

Mengikut Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan, Parlimen mempunyai keistimewaan-

keistimewaannya yang tertentu. Antara keistimewaannya ialah, sahnya apa-apa

perjalanan dalam mana-mana Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasanya tidak

boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah, tiada seseorang pun boleh dekena

dakwa dalam apa-apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah mengenai apa-apa

jua yang dikatakan atau apa-apa undi yang diberi olehnya apabila mengambil bahagian

dalam apa-apa perjalanan Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasanya.

Keistimewaan seterusnya ialah tiada seseorang pun boleh dikena dakwa dalam apa-apa

3 Pentadbiran dan Pengurusan Awam Malaysia, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), 2006, hlm.76-79.

5

Page 6: Bincangkan peranan dan bidang khusus parlimen, kementerian dan jabatan dalam sistem pentadbiran awam negara oleh Zulkifli Ajoi

Pengantar Pentadbiran Awam SKSJ1043

jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah menhenai apa-apa jua yang disiarkan

dengan atau di bawah kuasa mana-mana Majlis Parlimen.4

3.0 KABINET

Kabinet Malaysia ialah sebuah badan eksekutif kerajaan Malaysia. Diketuai oleh Perdana

Menteri, kabinet merupakan sebuah majlis menteri-menteri yang bertanggungjawab

kepada Parlimen. Seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 43 Perlembagaan

Persekutuan Malaysia, anggota Kabinet hanya boleh dipilih daripada mana-mana Majlis

Parlimen iaitu Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara. Kebiasaannya, Yang di-Pertuan

Agong melantik semua menteri atas nasihat Perdana Menteri. Namun begitu, seorang

Perdana Menteri hendaklah dilantik terlebih dahulu dari Dewan Rakyat. Perdana Menteri

dilantik daripada parti yang mendapat kemenangan majoriti dalam Parlimen sehingga

dapat membentuk sebuah kerajaan. Kebiasaannya ketua parti akan dilantik menjadi

Perdana Menteri dan mengetuai Jemaah Menteri.

Anggota Kabinet sering dilantik daripada majlis terendah bagi Parlimen, Dewan

Rakyat. Walaupun Timbalan Menteri atau Setiausaha Parlimen dilantik mengikut setiap

portfolio, tetapi mereka tidak termasuk dalam Kabinet. Kabinet seringkali bermesyuarat

secara mingguan, setiap Rabu. 5

Menurut apa yang tercatat dalam buku bertajuk Malaysia Kita (1992), Kabinet atau

Jemaah Menteri merupakan sebuah badan yang melaksanakan kuasa eksekutif yang

dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong. Dasar dan polisi Kabinetlah yang dilaksanakan

oleh jentera pentadbiran kerajaan diperingkat Persekutuan.

Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri. Badan ini dianggotai oleh menteri-menteri yang

memegang portfolio tertentu dan bertanggungjawab secara kolektif mengenai semua 4 Malaysia Kita, 1992, hlm. 71.5 Hj. Mohd Jali et al, 2003, hlm. 73.

6

Page 7: Bincangkan peranan dan bidang khusus parlimen, kementerian dan jabatan dalam sistem pentadbiran awam negara oleh Zulkifli Ajoi

Pengantar Pentadbiran Awam SKSJ1043

keputusan yang dibuat oleh kabinet. Oleh kerana Kabinet merupakan badan tertinggi di

negara ini bagi membentuk dasar-dasar kerajaan, maka beberapa buah Jawatankuasa

Tetap Kabinet telah diwujudkan. Jawankuasa-jawatankuasa ini dipengerusikan dan

dianggotai oleh menteri-menteri yang berkenaan. Di samping itu, beberapa buah Majlis

telah diwujudkan seperti Majlis Tindakan Negara, Majlis Ekonomi Negara, Majlis

Keselamatan Negara dan Majlis Perancangan dan Pembangunan Negara.

3.1 Kabinet di Sabah dan Sarawak

Sabah dan Sarawak mengamalkan sistem kabinet di mana terdapat menteri-menteri yang

bertanggungjawab ke atas kementerian-kementerian tertentu. Di Sabah, Kabinet

dipanggil Kabinet Negeri manakala kabinet di Sarawak dipanggil Majlis Tertinggi.

Pegawai Pentadbir Utama bagi sesebuah Kementerian Negeri ialah Setiausaha Tetap.

Peranan Setiausaha Tetap ini adalah lebih kurang serupa dengan peranan Ketua

Setiausaha Kementerian di peringkat Persekutuan. 6

3.2 Fungsi dan Peranan Kabinet/Jemaah Menteri

Perdana Menteri sebagai Ketua Jemaah Menteri / Kabinet mempunyai kuasa untuk

mencalonkan sesiapa sahaja kepada YDPA untuk menyertai Jemaah Menteri.

Kebiasannya seseorang yang dilantik menganggotai Jemaah Menteri / Kabinet adalah

penyokong parti yang memerintah. Perubahan keanggotaan Jemaah Mentei akan berlaku

sekiranya ada penstrukturan semula fungsi kementeian ataupun perubahan status politik

ahlinya.

Dalam konteks Sistem Kerajaan Demokrasi Berparlimen, ahli Jemaah Menteri secara

kolektif bertanggungjawab terhadap segala keputusan yang dibuat oleh Jemaah Menteri.

Seseorang ahli Jemaah Menteri perlu mempertahankan keputusan yang telah dipersetujui

6 Malaysia Kita, 1992, hlm. 108.

7

Page 8: Bincangkan peranan dan bidang khusus parlimen, kementerian dan jabatan dalam sistem pentadbiran awam negara oleh Zulkifli Ajoi

Pengantar Pentadbiran Awam SKSJ1043

oleh Jemaah Menteriapabila dibahaskan di Parlimen. Peranan Menteri adalah penting,

kerana mereka akan membawa usul atau rang undang-undang kerajaan untuk dibincang

dan diluluskan di Parlimen.

Selain itu, Jemaah Menteri juga merupakan badan tertinggi yang

bertanggungjawab terhadap penggubalan dasar kerajaan. Dasar dan arahan Jemaah

Menteri seterusnya akan dilaksanakan oleh jentera pentadbiran kerajaan. Biasanya

Jemaah Menteri akan mengadakan mesyuarat mingguannya pada setiap hari rabu.

Perdana Menteri akan mempengerusikan mesyuarat tersebut dan sekiranya beliau tidak

dapat hadir, tugas ini akan diambil alih oleh timbalannya.

Jemaah Menteri boleh menubuhkan beberapa Jawatankuasa Kabinet atau

Jawatankuasa Khas Kabinet Peringkat Pegawai untuk membantu Jemaah Menteri

meneliti sesuatu isu atau masalah sebelum sesuatu keputusan diambil. Jawatankuasa

Kabinet akan ditubuhkan mengikut kepentingan masalah atau isu dalam tiga keadaan.

Pertama, masalah yang timbul tidak dapat diselesaikan oleh Jemaah Menteri kerana

memerlukan masa dan pengetahuan yang mendalam sebelum sesuatu penyelesaian

dibuat. Kedua, apabila sesuatu masalah itu merupakan masalah yang berlarutan dan

memerlukan kajian mendalam. Ketiga, apabila sesuatu perkara penting yang melibatkan

seluruh negara, seperti keselamatan dan perpaduan yang memerlukan kajian dari pelbagai

aspek sebelum dapat membuat dasar untuk mengatasinya.

Penubuhan Jawatankuasa Kabinet telah banyak menyelesaikan masalah,

terutamanya selepas tahun 1976, antaranya ialah Jawatankuasa Kabinet mengenai

langkah-langkah mempercepatkan perlaksanaan projek pembangunan, Jawatankuasa

Kabinet mengenai perjawatan dan kewarganegaraan, Jawatankuasa Kabinet mengenai

pembangunan luar Bandar dan Jawatankuasa Khas Kabinet Peringkat Pegawai mengenai

kemudahan asas di lading (estet) dan Rancangan Tanah FELDA.

Setiausaha tetap kepada Jabatan Perdana Menteri akan bertindak sebagai Ketua

Sekretariat Jemaah Menteri. Beliau bertanggungjawab untuk memanggil mesyuarat

Jemaah Menteri, menyimpan minit dan menyampaikan keputusan Jemaah Menteri

8

Page 9: Bincangkan peranan dan bidang khusus parlimen, kementerian dan jabatan dalam sistem pentadbiran awam negara oleh Zulkifli Ajoi

Pengantar Pentadbiran Awam SKSJ1043

kepada badan-badan kerajaan yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakan keputusan

tersebut.7

4.0 KEMENTERIAN

Kementerian adalah sebuah kerajaan tertinggi di dalam sistem jentera pentadbiran

kerajaan persekutuan. Kementerian merupakan sebuah entiti yang bertanggungjawab bagi

menggubal dasar, merancang program, mengawal dan memantau serta menyelaras

perlaksanaan dasar dan program yang berkaitan dengan bidang masing-masing.

Kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri atau

Setiauaha Parlimen. Bagaimanapun, Timbalan Menteri atau Setiausaha Parlimen

bukanlah ahli Jemaah Menteri.

Bagi Kementerian yang penting dan mempunyai tanggungjawab yang besar

seperti Jabatan Perdana Menteri, ia akan diketuai oleh Perdana Menteri dan dibantu oleh

Timbalan Perdana Menteri serta beberapa orang Menteri yang dilantik bagi menjalankan

tugas tertentu. Pada masa ini, terdapat enam orang Menteri, dua orang Timbalan Menteri

dan dua orang Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri.

4.1 Peranan Kementerian

Setiap Kementerian bertangungjawab mengubal dasar, merancang program, mengawal

dan memantau serta menyelaras perlaksanaan dasar dan program serta aktiviti dan projek

yang berkaitan dengan bidang tugas kementerian berkenaan. Pada masa ini, terdapat 28

kementerian yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi melicinkan pentadbiran Negara. Setiap

kementerian mempunyai beberapa jabatan dan perbadanan awam bagi membantu

melaksanakan aktiviti dan projek yang ditetapkan dibawah dasar dan program

kementerian masing-masing.7 Pentadbiran dan Pengurusan Awam Malaysia, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), 2006, hlm. 101-102

9

Page 10: Bincangkan peranan dan bidang khusus parlimen, kementerian dan jabatan dalam sistem pentadbiran awam negara oleh Zulkifli Ajoi

Pengantar Pentadbiran Awam SKSJ1043

Jabatan ditubuhkan untuk melaksanakan tugas dan tanggangjawab yang lebih

khusus. Perbadanan awam pula ditubuhkan untuk membantu kementerian dan jabatan

untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan. Contohnya,

jabatan dan perbadanan awam di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan

Koperasi

Memandangkan jabatan dan perbadanan awam ditubuhkan di bawah kuasa

kementerian berkenaan, maka menjadi tanggungjawab kementerian berkenaan untuk

mengawal selia jabatan dan perbadanan berkenaan. Contohnya, Kementerian Hal-Ehwal

Dalam Negeri bertanggungjawab mengawal selia Jabatan Pendaftaran Negara dan

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan sejajar dengan bidang tugas dan kuasa undang-undang

yang diperuntukkan. Begitu juga dengan beberapa kementerian lain seperti Jabatan

Perdana Menteri, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pendidikan

TInggi dan Kementerian Perdagagan Antarabangsa dan Industri yang turut memainkan

peranan menyelaras dan mengawal selia pengurusan dan pentadbiran jabatan serta

perbadanan awam yang ditubuhkan di bawah kementerian masing-masing.8

4.2 Pegawai Pentadbir Utama dan Personel Kementerian

Pegawai Pentadbir utama sesebuah kementerian ialah Ketua Setiausaha (KSU), Tugas

dan tanggungjawab KSU adalah menggubal dan melaksana dasar serta merancang,

melaksana, mengawal dan menyelaraskan program dan aktiviti di bawah tanggungjawab

kementerian. Di samping menjalankan urusan pentadbiran an pengurusan kementerian,

KSU juga berperanan untuk menyelaraskan semua kegiatan jabatan dan perbadanan

awam yang terletak di bawah kementerian berkenaan. KSU juga berperanan sebagai

penasihat kepada menteri mengenai pentadbiran dan pengurusan kementerian dan

bertanggungjawab penuh kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang merupakan Ketua

Perkhidmatan Awam Persekutuan.

8 Ibid

10

Page 11: Bincangkan peranan dan bidang khusus parlimen, kementerian dan jabatan dalam sistem pentadbiran awam negara oleh Zulkifli Ajoi

Pengantar Pentadbiran Awam SKSJ1043

KSU akan dibantu oleh sekumpulan pegawai dan kakitangan yang mempunyai

kemahiran dan kepakaran yang sesuai dengan tugas dan tanggungjawab kementerian

masing-masing. Bilangan personel ini bergantung kepada saiz, fungsi dan tanggungjawab

kementerian berkenaan untuk mendapatkan kelulusan daripada agensi pusat yang

bertanggungjawab bagi perjawatan dan kelulusan kewangan.

Pegawai tadbir utama Jabatan Perdana Menteri ialah KSN, KSN juga menjadi

Setiausaha Jemaah Menteri, penasihat kepada Perdana Menteri tentang pentadbiran dan

pengurusan perkhidmatan awam, bertangungjawab kepada keseluruhan kelicinan jentera

pentadbiran kerajaan persekutuan dan menjadi penyelaras kepada pentadbiran di

peringkat negeri dan tempatan.

4.3 Organisasi Kementerian

Sesebuah kementerian mempunyai struktur organisasi yang tersendiri. Struktur organisasi

biasanya boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian atau unit tertentu berdasarkan

kepada saiz dan keperluan kementerian berkenaan. Pada umumnya, pegawai dalam

Kumpulan Pengurusan dan Profesional mengisi kebanyakan jawatan pengurusan dan

pentadbiran, manakala jawatan teknikal diisi oleh pegawai dalam perkhidmatan teknikal

tertentu tertakluk kepada jenis pengkhususan jabatan masing-masing.

Ketua Setiausaha merupakan pegawai pentadbir utama atau tertinggi bagi sesebuah

kementerian. Ketua Setiausaha juga merupakan penasihat kepada Menteri, terutamanya

di dalam pembentukan dasar-dasar dan tanggungjawab bagi melaksanakan dasar dan

melaksanakan arahan-arahan Menteri.

11

Page 12: Bincangkan peranan dan bidang khusus parlimen, kementerian dan jabatan dalam sistem pentadbiran awam negara oleh Zulkifli Ajoi

Pengantar Pentadbiran Awam SKSJ1043

4.4 Sistem Kewangan Kementerian

Sistem kewangan kementerian terbahagi kepada dua, iaitu:

1. Kementerian yang mengakaun (self-accounting) adalah kementerian yang besar dan

mempunyai beberapa jabatan seperti Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pertahanan,

Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Kerja Raya, Kementerian

Dalam Negeri dan Kementerian Pertanian.

2. Kementerian yang tidak mengakaun sendiri (non self-accounting) adalah kementerian

yang kecil seperti Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pelancongan

Malaysia.

Penentuan sama ada sesebuah kementerian mengakaun sendiri atau tidak adalah

berdasarkan kepada saiz kementerian berkenaan. Ini bertujuan untuk melicinkan

pentadbiran dan mempercepatkan proses kewangan bagi kementerian yang terlibat. Bagi

kementerian yang tidak mengakaun sendiri, Jabatan Akauntan Negara bertanggungjawab

menguruskan hal ehwal kewangannya. Pegawai pengawal kewangan bagi kementerian

ialah KSU. 9

4.5 Contoh: Peranan dan Fungsi Kementerian Kewangan

Secara umumnya, Kementerian Kewangan ditubuhkan untuk memastikan dasar

kewangan negara dapat mencapai pertumbuhan dan pembangunan ekonomi agar selaras

dengan Dasar Pembangunan Nasional. Antara peranan yang dilaksanakan oleh

kementerian ini ialah merumus dan melaksanakan dasar-dasar kewangan dan fiskal untuk

9 Pentadbiran dan Pengurusan Awam Malaysia, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), 2006, hlm. 126-128

12

Page 13: Bincangkan peranan dan bidang khusus parlimen, kementerian dan jabatan dalam sistem pentadbiran awam negara oleh Zulkifli Ajoi

Pengantar Pentadbiran Awam SKSJ1043

menjamin kecekapan dalam pembahagian dan pengurusan sumber-sumber kewangan

kerajaan. Ini meliputi aktiviti-aktiviti pengurusan belanjawan, dasar-dasar kawalan

kewangan, analisa ekonomi dan cukai, pentadbiran hasil dan pengurusan pinjaman.

Kementerian ini juga berfungsi dalam merumus dan mengawal dasar-dasar yang

berkaitan dengan perkhidmatan kontrak, bekalan dan pinjaman perumahan kerajaan.

Dalam hubungan ini, terdapat undang-undang dan peraturan kewangan yang ditadbir dan

dikuatkuasakan oleh Bahagian- bahagian di perbendaharaan.

Selain itu, Kementerian Kewangan ini juga berperanan dalam menyediakan

perkhidmatan ke atas segala aspek operasi, prosedur dan prinsip-prinsip perakaunan bagi

agensi-agensi kerajaan. Ini termasuklah penyenggaraan dan pemajuan sistem perakaunan

dan prosedur untuk digunakan oleh agensi-agensi Kerajaan seperti Kerajaan-kerajaan

Negeri dan Badan-badan Berkanun. Kerajaan juga berfungsi menyediakan pengurusan

am dan perkhidmatan bantuan kepada agensi-agensi lain di bawah Kementerian

Kewangan dan bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai sebuah agensi

pusat dalam membentuk syarat-syarat dan peraturan perkhidmatan untuk sektor awam

secara keseluruhannya dan mentadbir skim pencen untuk Badan-badan Berkanun.

Kementerian Kewangan juga mengeluarkan lesen dan mengadakan kawalan bagi

perniagaan-perniagaan yang dilesenkan oleh Perbendaharaan Malaysia mengikut undang-

undang. Bahagian-bahagian yang sentiasa di hubungi oleh orang ramai ialah Bahagian

Analisa Cukai, Pengurusan Kontrak dan Bekalan dan Bahagian Bahagian Pengurusan

Kewangan, hutang dan pelaburan. 10

5.0 JABATAN

Jabatan merupakan agensi kerajaan yang diwujudkan di dalam sesebuah Kementerian.

Jabatan kerajaan di peringkat persekutuan terdiri daripada jabatan di peringkat pusat dan

jabatan persekutuan di setiap negeri. Setiap jabatan mempunyai ibu pejabatnya sendiri

yang terletak di Putrajaya, Kuala Lumpur. Ibu pejabat jabatan berfungsi menggubal

dasar, undang-undang dan peraturan, merancang mengawas serta menyelaras akiviti

10 Ahmad Atory Hussain, 2002, hlm. 204 - 205.

13

Page 14: Bincangkan peranan dan bidang khusus parlimen, kementerian dan jabatan dalam sistem pentadbiran awam negara oleh Zulkifli Ajoi

Pengantar Pentadbiran Awam SKSJ1043

jabatan di peringkat ibu pejabat, negeri dan daerah. Di samping itu, ibu pejabat juga

bertanggungjawab terhadap perkara yang berkaitan dengan kemajuan kerjaya pegawai

dan kakitangan jabatan masing-masing.

Jabatan kerajaan ini terletak di bawah pengawasan kementerian masing-masing.

Conthnya, Jabatan Polis Diraja Malaysia terletak di bawah Kementerian Keselamatan

Dalam Negeri. Kebanyakan bidang tugas yang dipertanggungjawabkan kepada sesebuah

jabatan itu akan dilaksanakan oleh jabatan berkenaan. Bagaimanapun, dalam hal ehwal

yang diperuntukkan oleh undang-undang, pihak jabatan akan merujuk kepada

kementerian untuk mendapatkan keputusan muktamad. Contohnya, Jabatan Imigresen

Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan yang terletak

di bawah Kementerian Hal-Ehwal Dalam Negeri akan merujuk kepada kementerian

tersebut dari semasa ke semasa mengenai sesuatu perkara yang memerlukan keputusan

menteri.

Jabatan kerajaan ini mempunyai cawangan di peringkat negeri dan dipanggil

jabatan negeri. Tugas jabatan ini ialah memberi perkhidmatan kepada seluruh rakyat.

Contohnya, di Selangor, Jabatan Imigresen Selangor terletak di Shah Alam yang

menjalankan tugas menyediakan perkhidmatan dan penguatkuasaan di seluruh Selangor.

Sesetengah jabatan yang besar seperti Pertanian, Kebajikan dan Pendaftaran, mempunyai

pejabat masing-masingdi peringkat daerah. Cawangan jabatan di peringkat daerah

dipanggil jabatan peringkat daerah seperti jabatan Pertanian Daerah Hulu Langat.

5.1 Peranan Jabatan

Fungsi jabatan adalah melaksanakan dasar dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh

kerajaan. Jabatan kerajaan berperanan memberi perkhidmatan kepada masyarakat,

meliputi bidang sosial, ekonomi, kesihatan, keselamatan dan pembangunan. Contohnya,

Jabatan Pendaftaran Negara bertanggungjawab memberi perkhidmatan seperti pemberian

taraf kewarganegaraan kepada individu yang layak, mengeluarkan kad pengenalan,

14

Page 15: Bincangkan peranan dan bidang khusus parlimen, kementerian dan jabatan dalam sistem pentadbiran awam negara oleh Zulkifli Ajoi

Pengantar Pentadbiran Awam SKSJ1043

mendaftar dan menyusun maklumat mengenai kependudukan Negara, mendaftar

kelahiran dan kematian, perkahwinan dan lain-lain.

Memandangkan keperluan dan kepentingan perkhidmatan jabatan kepada rakyat,

kerajaan telah menubuhkan beberapa jabatan di peringkat persekutuan, negeri dan daerah.

Pada masa ini, terdapat 74 buah jabatan persekutuan yang berfungsi sebagai jentera

pelaksana dasar kerajaan. Jabatan ini terletak di bawah pengawasan dan kawalan pelbagai

kementerian.

5.2 Pegawai Tadbir Utama dan Personel Jabatan

Jabatan kerajaan diketuai oleh seorang pegawai tadbir utama, iaitu Ketua Pengarah

Jabatan. Nama jawatan ini disesuaikan mengikut nama jabatan yang berkenaan.

Contohnya, Ketua Jabatan Polis dinamakan Ketua Polis Negara, Ketua Jabatan Akauntan

Negara digelar Akauntan Negara dan Ketua Jabatan Pelajaran digelar Ketua Pengarah

Pelajaran. Bagi Jabatan Pelajaran di peringkat negeri dan daerah pula digelar Pengarah

Pelajaran Negeri dan Pegawai Pelajaran Daerah.

Ketua Pengarah bertanggungjawab kepada Ketua Setiausaha Kementerian dan

menteri yang mengetuai kementerian berkenaan. Peranan Ketua Pengarah Jabatan adalah

dalam menentukan matlamat jabatan dicapai dengan menggerakkan jentera pengurusan

jabatan secara cekap dan berkesan.

Ketua Pengarah dibantu oleh sebilangan pegawai dan kakitangan yang berkelayakan

sesuai dengan fungsi serta tanggungjawab jabatan berkenaan. Bagi sesetengah jabatan,

jawatan di peringkat pengurusan tertinggi diisi oleh pegawai daripada kumpulan

Pengurusan dan Profesional, iaitu Pegawai Tadbir dan Diplomatik, manakala

sebahagian jabatan lain diisi oleh Pegawai Pengurusan dan Profesional dalam bidang

pengkhususan tertentu. Contohnya, jawatan peringkat pengurusan di Jabatan Imigresen,

Jabatan Pendaftaran dan Jabatan Pengangkutan Jalan diisi oleh Pegawai Perkhidmatan

15

Page 16: Bincangkan peranan dan bidang khusus parlimen, kementerian dan jabatan dalam sistem pentadbiran awam negara oleh Zulkifli Ajoi

Pengantar Pentadbiran Awam SKSJ1043

Tadbir dan Diplomatik. Manakala jabatan yang lain seperti Jabatan Pelajaran diisi oleh

Pegawai Perkhidmatan Pelajaran, Jabatan Kesihatan diisi oleh Pegawai Perkhidmatan

Perubatan dan Jabatan Kerja Raya diisi oleh Jurutera.

Bilangan personel sesebuah jabatan bergantung kepada saiz dan fungsi serta

tanggungjawab jabatan berkenaan. Jumlahnya perlu mendapat persetujuan daripada

kementerian berkenaan dan kelulusan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam serta

Kementerian Kewangan.

5.3 Sistem Kewangan Jabatan

Berdasarkan kepada sistem kewangan terkini, peruntukan kewangan jabatan disediakan

oleh Perbendaharaan, Kementerian Kewangan melalui kementerian masing-masing. Bagi

mewujudkan pengurusan kewangan secara berkesan, KSU sebagai Pegawai Pengawal

akan manurunkan kuasa kepada Ketua-ketua Pengarah Jabatan di bawah kementerian

masing-masing. Bagi jabatan yang terletak di bawah kementerian yang mempunyai

sistem akaun sendiri, maka jabatan ini akan menggunakan sistem akaun sendiri,

manakala jabatan yang tidak mempunyai akaun sendiri, urusan kewangan jabatan akan

diuruskan oleh Jabatan Akauntan Negara.Dan Ketua Jabatan Akauntan Negara digelar

Akauntan Negara.11

5.4 Contoh: Fungsi Jabatan Penerangan Malaysia dan Jabatan Penyiaran Malaysia

Jabatan ini sentiasa memastikan penyaluran maklumat kerajaan malalui komunikasi

bersemuka, media elektronik, cetak dan komunikasi visual dapat berfungsi dengan

berkesan. Ia bertujuan untuk mewujudkan masyarakat bermaklumat mengenai falsafah,

11 Pentadbiran dan Pengurusan Awam Malaysia, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), 2006, hlm. 130-132

16

Page 17: Bincangkan peranan dan bidang khusus parlimen, kementerian dan jabatan dalam sistem pentadbiran awam negara oleh Zulkifli Ajoi

Pengantar Pentadbiran Awam SKSJ1043

dasar dan program kerajaan supaya rakyat sentiasa faham dan komited dengan aktiviti-

aktiviti kerajaan.

Antara fungsi yang dilaksanakan oleh Jabatan Penerangan Malaysia ini ialah

memasarkan maklumat berkaitan dasar, falsafah dan wawasan negara. Jabatan ini juga

memberikan perkhidmatan perundingan Perhubungan Awam kepada agensi-agensi

kerajaan di Peringkat Pusat, Negeri dan Daerah khususnya dari segi perancangan dan

perlaksanaan kempen. Selain itu, jabatan ini turut mengurus isu dan maklumat sebagai

input untuk perancangan kerajaan, serta mengurus, menyelaras dan melaksanakan

aktiviti-aktiviti perhubungan media.

Bagi Jabatan Penyiaran Malaysia pula ia sentiasa memberi dan menyebarkan

maklumat serta perkhidmatan penyiaran melalui radio dan televisyen. Ia bertujuan untuk

membina sikap, peribadi, pemikiran dan nilai-nilai yang sesuai untuk membantu dalam

menggalakkan pembangunan sosioekonomi masyarakat selaras dengan cita-cita negara.

Antara fungsi yang dimainkan oleh jabatan ini ialah menerang dan memberi liputan

secara meluas dan mendalam mengenai dasar-dasar dan rancangan kerajaan bagi

membolehkan rakyat memahami dengan sepenuhnya segala dasar dan rancangan

tersebut.

Selain itu Jabatan Penyiaran Malaysia turut berfungsi dalam menggalakkan

perhatian rakyat dan cara mereka berfikir untuk melahirkan perubahan sikap yang positif

sejajar dengan kehendak dan dasar kerajaan. Jabatan ini turut membantu mewujudkan

integrasi kaum. Secara tidak langsung ia turut membantu melahirkan kesedaran sivik dan

menggalakkan perkembangan seni dan kebudayaan Malaysia.12

6.0 KESIMPULAN

12 Nurazila Azizan & Anwar Rafie, 2005, hlm 43-44.

17

Page 18: Bincangkan peranan dan bidang khusus parlimen, kementerian dan jabatan dalam sistem pentadbiran awam negara oleh Zulkifli Ajoi

Pengantar Pentadbiran Awam SKSJ1043

Secara kesimpulannya, jentera pentadbiran kerajaan di negara ini telah menampakkan

perubahan-perubahan penting. Ia selaras dengan harapan rakyat yang kian meningkat dan

keazaman kerajaan untuk membentuk sebuah negara yang bersatu padu, aman dan

makmur. Bertepatan dengan konsep satu Malaysia “Rakyat didahulukan, pencapaian

diutamakan”

7.0 RUJUKAN

Ahmad Atory Hussain. 2002. Kerajaan Tempatan: Teori dan Peranan di Malaysia.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hj. Mohd Jali et. al. 2003. Kajian Malaysia: Kenegaraan dan Kewarganegaraan.

Paerson Malaysia.

18

Page 19: Bincangkan peranan dan bidang khusus parlimen, kementerian dan jabatan dalam sistem pentadbiran awam negara oleh Zulkifli Ajoi

Pengantar Pentadbiran Awam SKSJ1043

Malaysia Kita. 1992. Panduan dan Rujukan untuk Peperiksaan Am Kerajaan. Cetakan

Ke-2. Kuala Lumpur: International Law Book Services.

Nurazila Bt Azizan & Anwar Rafie. 2005. Kementerian- Kementerian, Jabatan dan

Agensi di Malaysia Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan Malaysia.

Pentadbiran dan Pengurusan Awam Malaysia. 2006. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran

Awam Malaysia.

19