9
Karangan Respons Terbuka Soalan 1-Dimensi Diri/remaja 1. Anda telah menyertai pertandingan perbahasan peringkat daerah yang bertajuk "Perubatan Moden Lebih Banyak Mendatangkan Kebaikan Berbanding Perubatan Tradisional Kepada Masyarakat". Sebagai pihak pencadang atau pembangkang, sediakan teks perbahasan anda selengkapnya. 2. Sahabat pena anda di luar negara ingin mengetahui destinasi pelancongan yang terdapat di negara kita . Balas surat sahabat pena anda itu. 3. Sekolah anda telah dipilih untuk menyertai pertandingan Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan (3K) peringkat daerah. Sebagai Ahli Jawatankua 3K, nyatakan persiapan yang anda lakukan untuk menyertai pertandingan tersebut. 4. Persatuan Bahasa Melayu di sekolah anda telah mengadakan lawatan sambil belajar ke beberapa tempat pelancongan di Malaysia. Sebagai setiausaha persatuan, anda diminta menulis laporan tentang lawatan tersebut. Tulis laporan itu selengkapnya. 5. Kampung anda berpotensi menjadi sebuah kawasan pelancongan yang menarik dan terkenal. Anda bercadang untuk menulis surat kepada pihak ya berkenaan menyatakan keistimewaan-keistimewaan yang terdapat di kampung anda dan cadangan-cadangan bagi menjadikan kampung tersebut sebagai destinasi pelancongan yang terkenal . Tulis surat itu selengkapnya. 6. Kelulusan akademik semata-mata tidak lagi menjadi penentu kejayaan seseorang pelajar setelah mereka meninggalkan institusi pendidikan forma Berikan pandangan anda tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang pelajar sebagai pelengkap diri memasuki alam pekerjaan . 7. Anda bercita-cita untuk menjadi pemimpin negara pada masa akan datang . Huraikan perubahan-perubahan yang akan anda lakukan sekiranya anda berjaya mencapai cita-cita tersebut . 8. Gejala sosial yang berlaku di tempat anda mendatangkan kesan buruk kepada masyarakat. Sebagai remaja yang prihatin anda ingin menyuarakan pandangan anda tentang langkah-langkah yang wajar diambil untuk mengatasi masalah tersebut. Tulis pendapat anda selengkapnya.

BM Karangan

Embed Size (px)

Citation preview

Karangan Respons Terbuka Soalan 1-Dimensi Diri/remaja 1. Anda telah menyertai pertandingan perbahasan peringkat daerah yang bertajuk "Perubatan Moden Lebih Banyak Mendatangkan Kebaikan Berbanding Perubatan Tradisional Kepada Masyarakat". Sebagai pihak pencadang atau pembangkang, sediakan teks perbahasan anda selengkapnya. 2. Sahabat pena anda di luar negara ingin mengetahui destinasi pelancongan yang terdapat di negara kita. Balas surat sahabat pena anda itu. 3. Sekolah anda telah dipilih untuk menyertai pertandingan Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan (3K) peringkat daerah. Sebagai Ahli Jawatankuasa 3K, nyatakan persiapan yang anda lakukan untuk menyertai pertandingan tersebut. 4. Persatuan Bahasa Melayu di sekolah anda telah mengadakan lawatan sambil belajar ke beberapa tempat pelancongan di Malaysia. Sebagai setiausaha persatuan, anda diminta menulis laporan tentang lawatan tersebut. Tulis laporan itu selengkapnya. 5. Kampung anda berpotensi menjadi sebuah kawasan pelancongan yang menarik dan terkenal. Anda bercadang untuk menulis surat kepada pihak yang berkenaan menyatakan keistimewaan-keistimewaan yang terdapat di kampung anda dan cadangan-cadangan bagi menjadikan kampung tersebut sebagai destinasi pelancongan yang terkenal. Tulis surat itu selengkapnya. 6. Kelulusan akademik semata-mata tidak lagi menjadi penentu kejayaan seseorang pelajar setelah mereka meninggalkan institusi pendidikan formal. Berikan pandangan anda tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang pelajar sebagai pelengkap diri memasuki alam pekerjaan. 7. Anda bercita-cita untuk menjadi pemimpin negara pada masa akan datang. Huraikan perubahan-perubahan yang akan anda lakukan sekiranya anda berjaya mencapai cita-cita tersebut. 8. Gejala sosial yang berlaku di tempat anda mendatangkan kesan buruk kepada masyarakat. Sebagai remaja yang prihatin anda ingin menyuarakan pandangan anda tentang langkah-langkah yang wajar diambil untuk mengatasi masalah tersebut. Tulis pendapat anda selengkapnya.

9. Kes penculikan kanak-kanak di negara ini hangat diperkatakan oleh masyarakat. Kes ini membimbangkan semua pihak. Sebagai seorang remaja prihatin, anda ingin mengemukakan cadangan untuk mengelakkan kejadian ini daripada terus berlaku. Tulis cadangan anda itu. 10. Kegiatan lumba motosikal haram masih berlaku di negara ini. Kegiatan ini kebanyakannya melibatkan golongan remaja. Sebagai seorang remaja yang prihatin, bincangkan peranan yang dapat anda lakukan untuk membanteras kegiatan tersebut. 11. Selain menumpukan bidang pelajaran, setiap pelajar digalakkan menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah, malah penglibatan pelajar dalam kokurikulum diambil kira untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi. Huraikan kepentingan menyertai kokurikulum kepada para pelajar. 12. Pembangunan teknologi sekiranya tidak digandingkan dengan pembangunan sahsiah diri akan melahirkan masyarakat yang pincang. Jelaskan pendirian anda berkenaan penyataan ini 13. Para remaja sering menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan mereka. Sebagai remaja cadangkan strategi untuk menangani masalah remaja. 14. Penghayatan nilai-nilai murni dapat membentuk pelajar yang berketrampilan. Jelaskan langkah-langkah yang dapat dilakukan untuk menerapkan nilai-nilai muni dalam diri pelajar 15. Masalah pengangguran dalam kalangan siswazah menjadi satu topik hangat yang dibincangkan kini. Sebagai seorang remaja yang masih berada di bangku sekolah, anda harus mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu serta kemahiran agar tidak menghadapi kesukaran memperoleh pekerjaan setlah tamat pengajian pada peringkat tinggi nanti. Huraikan ilmu serta kemahiran yang perlu anda pelajari sejak berada di bangku sekolah bagi menghadapi alam pekerjan nanti. 16. Setiap individu mempunyai impiannya tersendiri. Sebagai seorang pelajar yang berwawasan, anda mempunyai impian untuk menjadi seorang angkasawan yang dapat mengharumkan nama negara di persada dunia. Jelaskan persediaan-persedian yang perlu anda lakukan untuk mencapai citacita tersebut. 17. Belakangan ini, gejala sosial dalam kalangan pelajar sekolah semakin hangat diperkatakan dalam media massa. Berikan pendapat anda tentang penyataan di atas.

18. Kesedaran terhadap perlunya pengambilan makanan tambahan dalam kalangan masyarakat Malaysia semakin meningkat. Sehubungan dengan itu, terdapat pelbagai jenis produk makanan tambahan di pasaran. Anda telah dijemput untuk menyampaikan ceramah tentang isu tersebut kepada penduduk di sebuah taman perumahan Sempena Hari Kesihatan Sedunia. Tajuk ceramah tersebut ialah Kepentingan Pengambilan Makanan Tambahan. Tulis teks ceramah anda selengkapnya 19. Dunia remaja dikatakan sebagai dunia yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Bincangkan penyataan di atas. 20. Anda ialah seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia pada peringkat kebangsaan. Pihak sekolah telah mengundang anda untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk langkah-langkah untuk menjadi pelajar cemerlang. Tulis ceramah anda selengkapnya. masyarakat terhadap bidang sastera.

SOALAN 5: Arus globalisasi telah menyebabkan pelbagai budaya warisan rakyat Malaysia semakin terhakis. Sebagai rakyat yang cinta akan negara, sarankan sumbangan anda untuk mengekalkan budaya warisan rakyat Malaysia. Format : Tiada Pendahuluan: Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas warisan budaya bangsa perlu dipertahankan agar sentiasa releven dan diingati oleh masyarakat Malaysia, terutamanya golongan mudamudi kemasukan budaya asing sudah mula menjajahi minda warisan yang dianggap pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara Fenomena ini melunturkan semangat menghargai warisan bangsa remaja seperti saya memainkan peranan penting untuk mengembalikan zaman kegemilangan untuk warisan rakyat Malaysia supaya tinggalan nenek moyang kita sentiasa subur dalam sanubari kita Isi-isi:(a) Sebagai remaja, saya akan mengaktifkan diri dalam persatuan atau kelab permainan tradisional menyertai aktiviti dalam kelab tersebut saya dapat memahami permainan tradisional yang terdapat di Malaysia tak kenal maka tak cinta menghadiri perjumpaan dan belajar bermain permainan seperti congkak dan gasing, kita dapat mengetahui betapa halusnya dan tingginya tahap pemikiran nenek moyang kita yang mewariskan permainan ini kepada kita warisan bangsa ini dapat diturunkan dari satu generasi kepada satu generasi di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

(b) Anak remaja seperti saya yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang perlulah mengingati warisan nenek moyang seperti pantang larang sekali gus mempraktikkannya kita akan memperoleh pengetahuan dan pengalaman yang banyak daripada amalan tersebut kita dapat mengetahui kebaikan yang diperoleh daripada amalan pantang larang tersebut anak gadis tidak digalakkan duduk di anjung rumah dan bernyanyi di dapur pantang larang ini sebenarnya mendisiplinkan diri kita selain dapat menglakkan anak gadis daripada terjerumus dalam kebejatan sosial warisan dan amalan nenek moyang harus dijadikan tunjang kehidupan agar kita berjati diri teguh untuk menangkis segala godaan anasir yang jahat yang mampu menggadaikan maruah diri dan keluarga tidak menconteng arang di muka ibu bapa kita (c) Golongan pelajar seperti saya sewajarnya memainkan peranan yang penting dengan mengetengahkan pakaian tradisional pemakaian busana klasik ini bukan sahaja menutup aurat, malah dapat menonjolkan keistimewaan Malaysia kepada jagatraya memakai pakaian tradisional untuk menghadiri majlis rasmi atau majlis tidak rasmi seperti jamuan pakaian tradisional seperti baju kurung dan baju kebaya bukan sahaja menampilkan kecantikan diri seseorang gadis malah kemanisan gadis yang memelihara adab pemakaian dan adab berjalan apabila berpakaian tradisional bangga jika busana tradisional kita dipakai oleh model terkenal dunia lalu berjalan di pentas fesyen dunia harus mengorak langkah untuk merealisasikannya kerana genggam bara api, biar sampai jadi arang (d) Kita sepatutnya menunjukkan penghargaan kepada golongan tua dengan mempelajari cara penyediaan makanan tradisional Golongan yang lebih banyak makan garam ini telah mencipta makanan tradisisional yang berwarna warni untuk terus dapat dinikmati oleh muda-mudi zaman globalisasi ini nenek atau datuk kita pasti sejuk hati melihat kejayaan kita menyediakan makanan kegemaran mereka seperti petai, jering, kuih-muih dan sebagainya makanan tradisional yang bebas daripada bahan kimia bukan sahaja lebih sihat, malah dapat memperkukuh silaturahim dan ukhuwah antara golongan tua dengan yang muda (e) Peribahasa bagaimana acuan, begitulah kuihnya juga jelas menunjukkan kebijaksaan golongan veteran menyamakan sikap ibu bapa kepada anak-anak mereka golongan muda seperti saya sepatutnya memberikan teladan yang baik kepada adik-adik kita supaya mengenali dan mengamalkan warisan rakyat Malaysia membawa adik kita bermain wau, congkak, mahupun menyertai pertandingan membuat wau mampu mencambahkan minat anak-anak muda untuk terus berkecimpung dalam bidang tugas yang diperturunkan oleh nenek moyang kita - menghargai dan menjadikannya sebagai kayu pengukur tahap pemerimaan kita terhadap nenek moyang kita dan betapa kita menghormati dan menyanjungi mereka Penutup:

Tiada kusut yang tidak boleh dileraikan, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan arus globalisasi yang mengalir deras dalam kehidupan kita tidak wajar menghakiskan jati diri kita yang sebenar warisan kita tanggungjawab kita kita harus mengekalkan warisan nenek moyang kita menggembleng tenaga demi memastikan warisan kita terus berdiri teguh di belakang kita sebagai warisan yang tidak boleh dijual beli oleh bangsa lain Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!

SOALAN 4: Bencana alam yang berlaku di dunia ini banyak mengorbankan nyawa dan memusnahkan harta benda. Nyatakan pendapat anda tentang bantuan yang dapat diberikan untuk membantu negaranegara yang dilanda bencana ini. Format: Tiada Pendahuluan: Banyak negara di dunia dilanda bencana alam bencana alam sering melanda dan menunjukkan belang satu fenomena yang tidak dapat kita halang bak kata pepatah, geruh tidak berbunyi, malang tidak berbau - banjir, gempa bumi, letupan guunung berapi bencana alam menyebabkan pelbagai kesulitan yang dihadapi sebagai masyarakat yang mempunyai sifat kemanusiaan, kita sepatutnya bersimpati dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan ibarat hulurkan tangan, ringankan beban bantuan segera perlu diberikan kepada negara-negara yang terlibat Isi-isi:(a) Memberikan sumbangan kewangan kita boleh menyalurkan bantuan dengan kutipan derma derma yang dihulurkan akan disalurkan kepada mangsa bencana alam yang amat memerlukan dan mendambakannya bagi meneruskan kehidupan di bumi ciptaan Tuhan ini tidak hanya berfokuskan wang ringgit, tetapi bantuan lain seperti ubatubatan, pakaian dan makanan juga diperlukan - setelah bencana berlaku, pastinya mangsa bencana tidak memiliki kelengkapan yang sempurna untuk hidup kerana semua harta mereka telah dimusnahkan oleh bencana alam yang di luar jangka ini - pelbagai peringkat kutipan derma telah dijalankan oleh pihak berwajib sama ada pihak swasta ataupun pihak kerajaan yang berasa bertanggungjawab untuk membantu sesama manusia - meringankan beban berat mata memandang, berat lagi bahu memikul kita tidak harus lokek dalam menghulurkan sumbangan kerana cubit paha kiri, paha kanan pun sakit juga agar mangsa dapat hidup sempurna seperti kita (b) Sumbangan dalam bentuk tenaga dan kepakaran mencari mangsa-mangsa yang tertimbus atau hilang pasukan sukarela atau badan-badan bukan kerajaan turut memberikan bantuan pasukan yang terdiri daripada Pasukan Gerak Cepat dan Pasukan SMART di samping pasukan bomba sentiasa dihantar sebagai kumpulan awal untuk turut sama dalam kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa membantu atas dasar kemanusiaan demi menginsafi diri bahawa mereka perlu bersyukur dengan segala keselesaan dan telah terselamat daripada bencana alam ini sudah terang lagi bersuluh bahawa menyumbangkan tenaga boleh menjadi satu platform untuk menyalurkan bantuan dalam melaksanakan usaha murni ini lantaran kita berpegang pada kata pepatah, hari tidak selamanya panas. (c) Memberikan rawatan kesihatan dan kecemasan pelbagai jenis penyakit akan merebak selepas bencana akam bekalan air bersih akan terjejas keadaan persekitaran akan kotor dan tercemar - doktor-doktor pakar dihantar untuk memberi rawatan terbaik kepada mangsa-mangsa bencana dan mendirikan pusar rawatan atau hospital sementara - memastikan lebih banyak nyawa mampu diselamatkan

(d) Bantuan psikologi bimbingan dan kaunseling kepada mangsa bencana alam mereka menjadi trauma memberikan semangat baru untuk meneruskan kehidupan Sokongan yang dihulurkan, sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka di samping dapat memberikan sinar kehidupan yang baharu kepada mereka selepas diuji dengan musibah yang tidak diduga itu. (e) Bantuan membina prasarana dan infrastruktur yang rosak semula sekolah, hospital, klinik, jalan raya membantu menggerakkan sektor ekonomi yang lumpuh semula Kerajaan menghantar pegawai-pegawai perancang ekonomi bersama-sama ahli perniagaan tempatan untuk menghidupkan semula aktiviti ekonomi yang sudah lumpuh di kawasan bencana itu. Hubungan ekonomi ini memastikan masa depan penduduk terbabit bertambah baik.

Penutup: Semua orang seharusnya melupakan batasan geografi dalam menghulurkan bantuan dan tidak menjadi enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing peka dengan permasalahan yang dihadapi oleh negara jiran walau di mana-mana jua kita berada, kita harus sedar bahawa manusia semuanya sama iaitu menginginkan kehidupan yang sempurna amat wajar membudayakan sikap saling membantu selagi kita termampu lantaran buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat, malah buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali - Semua pihak haruslah bersama-sama menghulurkan bantuan dengan apa-apa cara sekalipun kerana ada pepatah mengatakan hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih perasaan muhibah dapat dipupuk melahirkan dunia aman dan sejahtera SOALAN 3: Malaysia kini dibanjiri oleh pekerja asing daripada pelbagai bangsa sebagai kesan dasar pintu terbukanya. Dasar tersebut telah membawa pelbagai implikasi buruk dan perlu diperketat semula. Huraikan kesan-kesan buruk dasar tersebut dan kemukakan langkahlangkah proaktif untuk membendungnya. Format : Tiada Pendahuluan: Kedatangan pekerja asing ke negara kita bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan Pekerja asing merujuk kamus bermaksud tenaga kerja yang datang dari negara lain seperti Indonesia, Bangladash, Filipina, Thailand, dan sebagainya dianggap sebagai lombong emas kerana di mana ada gula, di situ ada semut Sektor yang menjadi tumpuan sektor pertanian, perkilangan dan perladangan Dasar kerajaan yang membuka lebih luas peluang pelaburan serta memberi layanan dan kemudahan kepada pelabur asing untuk membina kilang mereka di sini merancakkan kedatangan mereka lagi membawa kesan-kesan negatif Isi-isi: Kesan-kesan negatif:(a) menyekat peluang pekerjaan penduduk tempatan sikap majikan di negara gemar mengupah pekerja asing kadar upah murah sikap tidak memilih pekerjaan hidup penduduk tempatan tersepit kera di hutan disusui, anak di rumah mati

kelaparan Buktinya, hampir 2.1 juta rakyat tempatan hilang peluang pekerjaan kadar pengangguran semakin meningkat (b) Peningkatan jenayah - tidak mempunyai gaji yang mencukupi dan tidak mempunyai pekerjaan kos sara hidup semakin meningkat sebagai akibat kemelut ekonomi global pecah rumah, kecurian, rogol, rusuhan, dan lain-lain Mantan Ketua polis Negara ( KPN) Tan Sri Musa Hassan mengakui pendatang asing yang melebihi 2.4 juta orang di negara ini menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah (c) Kesan ekonomi pengaliran keluar mata wang negara pada kadar yang banyak pada setiap bulan merugikan negara dari segi tukaran wang asing dan menguntungkan negara asal pekerja asing ini - sistem transaksi canggih di bank-bank negara kita proses pertukaran wang dapat dilakukan dengan mudah dan cepat serta perkhidmatan yang murah Bukti statistik, sebanyak RM9.124 juta telah dihantar ke negara asal pekerja asing di antara bulan Januari hingga Jun 2008 membebankan kewangan negara RM1.169 juta digunakan sehari oleh kerajaan sebagai kos untuk penahanan PATI akan merugikan negara dari segi kerancakan perniagaan dan melemahkan kerancakan ekonomi di negara kita

Langkah-langkah membendungnya:(d) mengehadkan pergantungan kepada buruh asing - menimbulkan pelbagai masalah sosial dan keselamatan pengambilan pekerja asing dalam sektor-sektor tertentu mengikut negara sumber yang diluluskan kerajaan - pihak berkuasa akan mampu memantau kehadiran dan pergerakan warga asing di negara ini - Dengan mengehadkan penyertaan pekerja asing dalam sektor perladangan dan pembantu rumah, mudahlah rakyat serta pihak berkuasa mempersoal dan mengambil tindakan segera ke atas kehadiran rakyat asing yang tiada permit kerja dalam sektor-sektor yang ditetapkan oleh kerajaan Jelasnya, pihak ejen dan majikan yang mengambil pekerja asing perlu memenuhi syaratsyarat yang ditetapkan oleh kerajaan. (e) menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas - Hal ini kerana banyak pekerja asing adalah pendatang haram yang menyusup masuk dengan menggunakan dokumen palsu. Akta imigresen perlulah lebih tegas agar pendatang haram ini tidak berani bertindak lebih jauh. Perairan negara juga haruslah dikawal sepanjang masa untuk mengelakkan mereka menyusup melalui jalan laut.

Penutup: Kedatangan pekerja asing ini tetap ada kebaikannya - kerajaan haruslah mengkaji segala aspek dari segi ekonomi, politik, dan sosial kesejahteraan dan pembangunan negara.

1.KEBAIKAN RIADAH DAN REKREASI 2.USAHA-USAHA UNTUK MENGALAKKAN PEMBELIAN BARANGAN BUATAN MALAYSIA 3.KESAN PEMBUANGAN SAMPAH TERHADAP ALAM SEKITAR 4.KEPENTINGAN PENGANGKUTAN AWAM

5.CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG. 6.KEPENTINGAN PERMAINAN TRADISIONAL DAN USAHA-USAHA UNTUK MENGELAKANNYA 7.USAHA-USAHA MENGERATKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN. 8.USAHA-USAHA UNTUK MENGGLAKAN AMALAN GOTONG ROYONG 9.PERANAN PELBAGAI PIHAK UNTUK MENGEKALKAN PERPADUAN KAUM. 10.FAEDAH MENABUNG DALAM KEHIDUPAN KITA. 11.MASALAH KEMASUKKAN PENDATANG ASING,PUNCA,KESAN DAN LANGKAH UNTUK MENGATASINYA. 12.PUNCA DAN LANGKAH-LANGKAH MENANGANI KEMALANGAN JALAN RAYA.

Simpanan wang merupakan satu amalan murni yang harus ditanam dalam jiwa remaja kita. Cuma amalan ini belum lagi berakar umbi dalam masyarakat kita. Nyatakan tindakan-tindakan yang boleh dilaksanakan untuk mencapai matlamat ini. Amalan menyimpan wang bolehlah dikaitkan sebagai sikap suka menabung dalam kalangan masyarakat moden. Wang dianggap oleh masyarakat sebagai satu kayu pengukur dalam penentuan kejayaan kehidupan seseorang itu. Individu yang mempunyai simpanan wang yang cukup pasti akan menikmati satu kehidupan yang jauh berbeza daripada mereka yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Lantaran itu, ada pelbagai tindakan yang boleh dilaksanakan untuk memastikan sikap menyimpan wang ini menjadi satu budaya kita yang berakar umbi dalam jiwa masyarakat. Langkah awal ialah kerajaan perlulah mengadakan satu kempen kesedaran yang efektif. Kempen kesedaran ini boleh menggunakan kecanggihan media massa yang wujud di negara ini untuk mencapai tahap keberksanan yang sebaik mungkin. Dalam kempen ini dijelaskan cara-cara menyimpan wang, faedahnya dan dirangka dalam satu bentuk yang mudah untuk difahami oleh remaja kita semua. Maka, kempen yang dirangka dengan baik dan dilaksanakan sepanjang tahun berupaya untuk membentuk satu kesedaran dalam naluri masyarakat kita terutamanya remaja yang sememangnya

dahagakan kesedaran sejati itu. Selain itu, ibu bapa perlu memainkan peranan mereka sebagai pembentuk yang sejati dengan memberikan teladan yang sewajarnya. Setiap bulan ibu bapa haruslah memaparkan kepada anak mereka bahawa mereka memang membuat simpanan wang di dalam bank yang akan meninggalkan kesan mendalam dalam pemikiran anak mereka itu kelak. Kalau sejak kecil remaja sudah didedahkan dengan sikap ibu bapa merek sendiri yang suka menyimpan wang sudah pasti sikap yang positif ini akan terus tertanam dalam jiwa mereka. Sesungguhnya ayah borek anak rintik menjadi bukti bahawa teladan ibu bapa yang mampu mewujudkan tabiat suka menyimpan dalam jiwa remaja kita itu. Malahan, pihak bank juga boleh mewujudkan pelbagai pakej simpanan yang menarik dan memberikan pulangan pelaburan jangka panjang yang banyak. Kewujudan pakej simpanan sebegini mampu menarik minat masyarakat terutama golongan muda untuk membuat simpanan ketika usia mereka masih muda kerana menyedari simpanan itu akan membawa pulangan yang lumayan kelak. Simpanan yang dibuat sejak muda hendaklah diberi sedikit keistimewaan yang memberikan faedah tambahan seperti pemberian perlindungan insuran selain memberikan faedah yang tinggi kadarnya. Jelaslah, pihak bank turut mempunyai peranan untuk memupuk semangat suka menyimpan ini dengan merangka pakej simpanan yang mampu menarik minat masyarakat. Tambahan pula, pihak sekolah juga boleh menghulurkan bantuan dengan mewujudkan Kelab Menabung di sekolah. Kita semua sedia maklum bahawa sekolah mempunyai banyak pelajar yang mampu untuk menyimpan dalam bentuk harian yang boleh dikumpulkan untuk menjadi satu jumlah yang besar lalu boleh dilaburkan oleh pihak sekolah dalam pakej kewangan yang membawa keuntungan pula. Wang saku yang diberi oleh ibu bapa tidak digunakan sepenuhnya oleh pelajar lalu boleh dijadikan asas kepada simpanan secara sedikit demi sedikit oleh pelajar itu. Sesungguhnya, pihak sekolah mampu memberi kefahaman kepada pelajar akan kepentingan simpanan dengan penubuhan kelab sebegini di sekolah. Konklusinya, semua tindakan yang dijelaskan itu berupaya untuk memupuk sikap suka menyimpan dalam diri masyarakat terutama golongan muda. Kerjasama semua pihak terutama pihak sekolah dan ibu bapa pula memberikan impak yang paling penting kerana remaja menghabiskan masa mereka di rumah dan sekolah. Jika amalan ini mampu dipupuk sudah pasti negara kita akan mempunyai satu aset simpanan wang yang sukar untuk ditandingi oleh mana-mana negara di dunia pun. Sememangnya menyimpan wang itu satu amalan murni kerana sedikit demi sedikit lama-lama menjadi bukit.