45
CABARAN BAHASA MELAYU DALAM MENGHADAPI ABAD KE-21 Rozali bin Rajab Abstrak Pada masa ini, Bahasa Melayu menghadapi cabaran yang sengit terutamanya dalam abad ke-21. Pada dasarnya bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara iaitu perkara 152 yang menyatakan bahawa Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu. Jadi, pada abad ke-21, bahasa Melayu yang diperkasakan dan dimartabatkan di negara ini terpaksa menghadapi saingan dengan penggunaan bahasa Inggeris yang merupakan bahasa global. Persaingan yang paling hebat dan mencabar kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara ini ialah pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Oleh yang demikian, tumpuan kertas kerja ini ialah membincangkan cabaran pemerkasaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, cabaran bahasa Melayu dalam kemajuan teknologi maklumat, cabaran bahasa Melayu terhadap sikap penuturnya dan cabaran bahasa Melayu dalam penggunaan bahasa Melayu. Jadi, pelbagai seminar atau pembentangan telah dijalankan, kegusaran bahasa Melayu terus membimbangkan pada setiap insan yang mencintai bahasa Melayu. Melalui kertas kerja ini, perbincangan akan ditumpukan kepada cabaran-cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu dalam abad ke-21 supaya cabaran-cabaran tersebut tidak membantut perkembangan bahasa Melayu pada masa akan datang. Justeru, cabaran- cabaran ini tidak akan mengancam kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar pendidikan di Malaysia pada abad ke-21. Isu-isu akan dibincangkan secara satu persatu supaya jelas tentang cabaran-cabaran tersebut. PENDAHULUAN Sebelum mengorak melangkah untuk membicarakan cabaran-cabaran bahasa Melayu dalam abad ke-21, penulis ingin mengajak sekalian dahulu berkenaan bahasa Melayu. Menurut Prof. Dato Awang Had Salleh, dalam Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia menegaskan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa ibunda kepada orang-orang keturunan Melayu. Jadi, Perkara 152 Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan bahawa bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Kebangsaan ini hendaklah digunakan di dalam urusan rasmi dalam semua bidang. Walaupun terdapat pelbagai halangan, penggunaan Bahasa Kebangsaan tetap berjalan dengan lancar. Untuk memenuhi kehendak tersebut, pada peringkat awal, Bahasa Kebangsaan telah diperkenalkan sebagai satu mata pelajaran di sekolah rendah atau menengah, khususnya sekolah yang bahasa pengantarnya bukan bahasa Melayu.. Pada peringkat yang terkemudian, apabila kedudukan Bahasa Kebangsaan ini sudah cukup matang dan stabil, barulah wujud pula

karangan spm.docx

  • Upload
    sara

  • View
    131

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: karangan spm.docx

CABARAN BAHASA MELAYU DALAM MENGHADAPI ABAD KE-21Rozali bin RajabAbstrakPada masa ini, Bahasa Melayu menghadapi cabaran yang sengit terutamanya dalam abad ke-21. Pada dasarnya bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara iaitu perkara 152 yang menyatakan bahawa Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu. Jadi, pada abad ke-21, bahasa Melayu yang diperkasakan dan dimartabatkan di negara ini terpaksa menghadapi saingan dengan penggunaan bahasa Inggeris yang merupakan bahasa global. Persaingan yang paling hebat dan mencabar kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara ini ialah pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Oleh yang demikian, tumpuan kertas kerja ini ialah membincangkan cabaran pemerkasaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, cabaran bahasa Melayu dalam kemajuan teknologi maklumat, cabaran bahasa Melayu terhadap sikap penuturnya dan cabaran bahasa Melayu dalam penggunaan bahasa Melayu. Jadi, pelbagai seminar atau pembentangan telah dijalankan, kegusaran bahasa Melayu terus membimbangkan pada setiap insan yang mencintai bahasa Melayu. Melalui kertas kerja ini, perbincangan akan ditumpukan kepada cabaran-cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu dalam abad ke-21 supaya cabaran-cabaran tersebut tidak membantut perkembangan bahasa Melayu pada masa akan datang. Justeru, cabaran- cabaran ini tidak akan mengancam kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar pendidikan di Malaysia pada abad ke-21. Isu-isu akan dibincangkan secara satu persatu supaya jelas tentang cabaran-cabaran tersebut.

PENDAHULUAN 

Sebelum mengorak melangkah untuk membicarakan cabaran-cabaran bahasa Melayu dalam abad ke-21, penulis ingin mengajak sekalian dahulu berkenaan bahasa Melayu. Menurut Prof. Dato’ Awang Had Salleh, dalam Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia menegaskan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa ibunda kepada orang-orang keturunan Melayu. Jadi, Perkara 152 Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan bahawa bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Kebangsaan ini hendaklah digunakan di dalam urusan rasmi dalam semua bidang. Walaupun terdapat pelbagai halangan, penggunaan Bahasa Kebangsaan tetap berjalan dengan lancar. Untuk memenuhi kehendak tersebut, pada peringkat awal, Bahasa Kebangsaan telah diperkenalkan sebagai satu mata pelajaran di sekolah rendah atau menengah, khususnya sekolah yang bahasa pengantarnya bukan bahasa Melayu.. Pada peringkat yang terkemudian, apabila kedudukan Bahasa Kebangsaan ini sudah cukup matang dan stabil, barulah wujud pula keperluan untuk memperkukuhkan perpaduan rakyat dan memupuk keperibadian Malaysia, maka istilah Bahasa Malaysia telah digunakan. 

Page 2: karangan spm.docx

Manakala cabaran pula ialah sesuatu iaitu unsur, atau faktor yang mencabar,menguji, kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi. (Kamus Dewan Edisi Ke-4, 2005). Oleh itu cabaran bahasa Melayu dalam abad ke-21 bermaksud mencabar kemampuan bahasa Melayu dalam menuju abad ke-21 atau dipanggil era globalisasi. Jadi, abad ke-21 atau lebih dikenali sebagai era globalisasi merupakan satu zaman yang penuh dengan cabaran terutama kedudukan bahasa Melayu di negara ini. 

Persoalannya, apakah cabaran bahasa Melayu mempunyai kemampuan dalam abad ke-21. Adakah cabaran-cabaran itu menidakkan kedudukan bahasa Melayu di negara ini? Oleh yang demikian, harapan kita terhadap bahasa Melayu terlalu besar. 

Bahasa Melayu harus berupaya menggambarkan kelahiran fikiran, kreativiti dan aktiviti besar bangsa Malaysia. Cabaran-cabaran bahasa Melayu dalam abad ke-21, perlu ditangani dengan berhati-hati supaya bahasa Melayu terus hidup dan mampu bersaing di peringkat antara bangsa. Kajian ini akan membincangkan cabaran dalam memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dengan perbincangan tertumpu kepada cabaran bahasa Melayu dalam kemajuan teknologi maklumat, cabaran bahasa Melayu terhadap sikap penutur cabaran bahasa Melayu dalam penggunaannya. 

Skop perbincangan kertas kerja ini menumpukan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu dalam abad ke-21. Oleh yang demikian, penulisan kertas kerja ini membataskan tentang cabaran bahasa Melayu dalam menghadapi abad ke-21. 

CABARAN BAHASA MELAYU DALAM MENGHADAPI ABAD KE-21

Untuk memastikan kesinambungan kewujudannya dan kegemilangannya di persada dunia dalam abad ke-21 , bahasa Melayu terpaksa menghadapi pelbagai cabaran, sama ada dalam konteks nasional atau antarabangsa. Cabaran-cabaran ini memperlihatkan bahawa bahasa Melayu pada suatu ketika dahulu iaitu bahasa Melayu dalam sejarahnya telah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah menjadi bahasa antarabangsa sejak zaman Empayar Srivijaya pada abad ke-7 Masihi sehingga abad ke-19 Masihi. apabila bahasa Melayu menjadi lingua franca dirantau ini. Malahan bahasa Melayu telah menjadi bahasa perdagangan dan bahasa perhubungan antarabangsa. Kegemilangan bahasa Melayu telah menjadi kenyataan pada masa itu apabila bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dan bahasa persuratan bagi pusat- pusat pemerintahan seluruh rantau berkenaan. 

Namun, permulaan abad ke-20 merupakan era penjajahan Barat ke atas Kepulauan-kepulauan Melayu iaitu Inggeris bagi Semenanjung Tanah Melayu dan utara Borneo,Belanda bagi kepulauan Sumatera, Jawa,selatan Borneo,Sulawesi ,Meluku, Madura dan Bali, dan Sepanyol bagi kepulauan Filipina.[Prof.Dr.Hashim Hj.

Page 3: karangan spm.docx

Musa,2009].Keadaan yang sedemikian telah menyebabkan bahasa Melayu telah menghadapi cabaran iaitu bermulalah kemerosotan kedudukan bahasa Melayu sebagai lingua franca di rantau ini. Dalam konteks ini, pihak penjajah telah memaksa menggunakan bahasa mereka sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar pendidikan terhadap jajahan takluk mereka. Setelah sekian lama, kemerdekaan tercapai barulah bahasa Melayu telah dikembalikan statusnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan lingua franca di rantau ini. 

Setelah 52 tahun Malaysia merdeka dan 32 tahun pelaksanaan sepenuhnya dasar bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan, bahasa Melayu telah menghadapi cabaran yang tidak diduga apabila Akta Pendidikan 1996 dan Akta IPTS 1996 diluluskan, maka semua IPTS dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Keadaan belum reda, satu cabaran telah muncul iaitu pada tahun 2003, penggunaan bahasa Inggeris bagi semua matematik dan sains dalam semua peringkat. Namun, pejuang-pejuang bahasa bersatu tenaga untuk memastikan bahasa Melayu mendapat tempat di negara ini seperti termaktub dalam Perlembagaan Negara, Perkara 152. Akhirnya, tahun 2012 penggunaan bahasa Inggeris dalam sains dan matematik dihapuskan. Munculnya abad ke-21, telah menjadikan bahasa Melayu semakin mendapat persaingan sengit atau cabaran daripada bahasa Inggeris. Jadi, dalam kertas kerja ini membincangkan empat cabaran yang bahasa Melayu hadapi pada abad ke-21. 

Cabaran Pemerkasaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi 

Oleh yang demikian, pemerkasaan bermaksud menjadikan sesuatu itu berwibawa, dominan, kuat, hebat, terkenal, berdaulat, dominan, dan sebagainya.[Kamus Dewan Edisi Ke-4,2005] Justeru, pemerkasaan bahasa Melayu bermaksud menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang hebat, terkenal, berdaulat dan dominan di dunia ; hebat dari segi kandungan ilmunya, keintelektualannya, keluasan penggunaannya, nilai ekonominya dan keterbacaannya.[Prof,Dr, Hashim Hj.Musa,2009] Pada masa ini, sistem pendidikan negara berpengantarkan bahasa Melayu seperti yang tercatat dalam Perkara 152 Perlembagaan Negara iaitu bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Dalam abad ke-21, bahasa Melayu telah menghadapi cabaran apabila pada tahun 2003, sains dan matematik dalam semua peringkat diajar dalam bahasa Inggeris. Senario ini telah memberi impak kepada kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di negara ini. Pejuang-pejuang bahasa telah bersatu hati untuk mendaulatkan dan memperkasakan bahasa Melayu, Seminar-seminar, pembentangan kertas kerja dan sebagainya telah diadakan bukan sahaja di dalam negara malahan di luar negara. Tidak cukup dengan itu, badan NGO dan bukan NGO turut bersama-sama untuk memastikan bahasa Melayu perlu dikembalikan dalam mata pelajaran sains dan matematik. 

Pada tahun 2010,, Tan Sri Muhiyidin Yasin,Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa pada tahun 2012, mata pelajaran Sains dan matematik

Page 4: karangan spm.docx

akan diajar dalam bahasa Melayu. Langkah ini, telah menjadikan bahasa Melayu kembali dominan dan diperkasa. 

Kejayaan sesuatu bangsa bukanlah berdasarkan bahasa Inggeris, tetapi kefahaman sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa ibunda. Justeru, ada yang menganggap bahawa orang Melayu atau negara ini tidak akan maju jikalau orang Melayu tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan. Perlu diingati, negara Jepun, Korea Selatan dan banyak negara lain masih menggunakan bahasa ibunda dalam semua bidang. Pemerkasaan bahasa ibunda mereka, telah menjadikan negara mereka maju malah lebih maju daripada negara barat. Selain itu, masyarakat sudah mula menunjukkan pentingnya peneguhan dan penegasan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Maksudnya, masyarakat sudah sedar betapa pentingnya bahasa Melayu dan kini wujudnya generasi yang mahu mempelajari dan mahir menggunakan bahasa Melayu. Menurut Dr. Nik Safiah Karim[1993], Dasar Bahasa Kebangsaan di Malaysia telah berjaya, terutamanya jika dilihat dari perspektif penggunaannya dalam jentera pentadbiran, dalam sistem pendidikan, dan dalam beberapa domain utama kehidupan sehari-hari masyarakat Malaysia. Kita boleh berbangga dengan kejayaan tersebut. Namun cabaran yang lain timbul pula, iaitu dalam bentuk penggemblengan usaha daripada pelbagai pihak yang masih diperlukan untuk melestarikan (mengekalkan atau menetapkan) sekali gus mempertingkatkan mutu bahasa yang digunakan. Dalam kata lain, semua pihak perlu bekerjasama untuk memastikan bahasa Melayu terus diperkasakan agar cabaran abad ke-21 tidak meminggirkan bahasa Melayu sama ada dalam sistem pendidikan atau pentadbiran. 

Cabaran Bahasa Melayu Dalam Kemajuan Teknologi Maklumat 

Pada masa ini, bidang teknologi maklumat amat penting. Jadi, Malaysia telah mendapat impak yang besar terutama dari segi penggunaan bahasa teknologi maklumat. Sedia maklum, bahasa teknologi maklumat yang paling dominan di dunia ialah bahasa Inggeris. Keadaan ini sudah tentu memberi kesan kepada penggunaan bahasa Melayu dalam teknologi maklumat. Oleh itu, kita seharusnya mempelajari bahasa teknologi maklumat supaya perbendaharaan kata berkenaan teknologi maklumat dalam bahasa Melayu diperkaya. Jadi, bahasa Inggeris tetap dipelajari kerana ilmunya. Kita haruslah berfikiran positif dan memandang ke hadapan. Semua negara mempelajari bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua selain bahasa ibunda. negara Korea Selatan, dan Jepun merupakan sebuah negara yang maju dalam bidang sains dan teknologi, namun mereka tetap mempertahankan bahasa ibunda dan bahasa Inggeris tetap dipelajari. 

Menurut Kamal Shukri Abdullah Sani,[2007;50] bahawa Jepun tidak berganjak daripada menggunakan bahasanya dari peringkat tadika sehinggalah ke peringkat

Page 5: karangan spm.docx

pengajian tinggi dalam semua bidang mata pelajaran. Bahasa Inggeris hanya dipelajari mulai di peringkat menengah dan bukan di peringkat rendah. Peluang mempelajari bahasa lain seperti Jerman, Sepanyol, Portugis, Rusia,Mandarin dan lain-lain turut disediakan sama ada di institusi pendidikan, rancangan televisyen dan lain-lain. Walau bagaimanapun bahasa Jepun tetap diutamakan dan dijunjung tinggi martabat dan maruahnya. 

Oleh yang demikian, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah diasaskan oleh perkembangan dan kemajuan yang pesat dalam bidang mikroelektronik sehingga menghasilkan pelbagai kemudahan teknologi maklumat seperti komputer peribadi, telekomunikasi multimedia dan sebagainya. Seterusnya kemunculan Internet telah meluaskan penggunaan ICT dengan jaringan informasi bersepadu sehingga membolehkan diaplikasikan sebagai media komunikasi yang melibatkan teks, bunyi, grafik dan video. 

Permasalahan ini secara langsung mempengaruhi dan mencabar kewibawaan dan kedudukan bahasa Melayu di rantau Nusantara ini. Apatah lagi, negara Malaysia yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di negara ini. Adakah kita mampu menghadapi cabaran ini dan menidakkan penggunaan teknologi maklumat dalam arus pembangunan negara. Bagaimana dengan Jepun.? Negara mereka maju dalam teknologi maklumat, namun bahasa ibunda tetap terjaga dan terpelihara. Perkara ini perlu kita renung dan fikir bersama. 

Oleh yang demikian, penekanan terhadap ICT pada era globalisasi dan liberalisasi bermakna penggunaan bahasa Inggeris menjadi semakin penting dan tidak dapat dielakkan oleh masyarakat dunia. Era ICT telah menunjukkan bahasa Inggeris mengiringi kelahiran pertama Internet dunia di Amerika Syarikat dan seterusnya diikuti dengan pengeluar perisian dan perkakasan komputer seperti Microsoft, Dell dan Hewlett-Packard yang semuanya diasaskan oleh mereka yang berbahasa Inggeris. Perubahan persekitaran ini menimbulkan persoalan sama ada mampukan bahasa Melayu digunakan di dalam era ICT sebagai bahasa perantaraan alternatif untuk dimanfaatkan oleh masyarakat bahasanya? Mampukah penggiat-penggiat bahasa Melayu menggunakan ICT sebagai alat penyelidikan, perkakasan, perisian dan aplikasi untuk pembangunan bahasa Melayu? 

Sebagai satu pandangan umum, masyarakat perlu memperlihatkan sikap terbuka dan kesediaan untuk menghadapi cabaran perkembangan yang pesat dalam ICT dengan pengaruh bahasa asing khususnya bahasa Inggeris. Perlu diakui bahawa bahasa Melayu masih lagi ‘muda’ atau setahun jagung dari sudut peristilahan sains dan teknologi berbanding dengan bahasa Inggeris. Usaha supaya bahasa Melayu diterima dalam era siber hanya akan terlaksana jika masyarakat bahasanya mempelajari pengalaman dan kejayaan yang telah dicapai oleh bahasa Inggeris. Dengan cara dan langkah ini, kita percaya perkembangan bahasa Melayu akan terus bersemarak seandainya kita bersikap terbuka. Dengan adanya ilmu sains dan

Page 6: karangan spm.docx

teknologi maklumat dalam bahasa Inggeris, kita boleh menterjemahkan ke dalam bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu. 

Secara langsung, bahasa Melayu dalam sains dan teknologi maklumat akan terus meningkat dan berkembang. Mengikut pendapat Prof. Dr. Hashim Hj. Musa, dalam buku Sosiolinguistik Lanjutan, [ 2009; 61]bahawa penguasaan ilmu, sains dan teknologi yang tinggi, kemahiran dan kepakaran secara meluas dalam kalangan rakyat jelata, merupakan faktor utama dalam pembangunan Sumber Daya Tenaga Manusia sesebuah negara secara menyeluruh, yang menjadi faktor utama pula kepada pembangunan dan kemajuan negara itu. Penyampaian dan pemahaman ilmu pengetahuan, sains, teknologi dan kepakaran serta kemahiran dengan cara yang paling berkesan adalah dengan perantaraan bahasa kebangsaan rakyat jelata itu sendiri. 

Oleh yang demikian, walaupun cabaran dalam teknologi maklumat begitu hebat, bahasa Melayu perlu seiring dengan perkembangan teknologi maklumat. Hal ini disebabkan, pelbagai maklumat yang terkandung dalam pelbagai jenis teknologi maklumat yang sedia ada harus terdapat dalam bahasa Melayu ini, benar-benar sesuai dengan hasrat untuk menyejagatkan bahasa Melayu, dan teknologi maklumat itu sendiri merupakan saluran yang cukup penting canggih, cekap dan pantas untuk tujuan tersebut. Oleh itu, bahasa Melayu bukannya perlu bersaing dengan teknologi maklumat, sebaliknya ia patut bersepadunya dengannya. Dengan cara ini, bahasa Melayu mampu mengaplikasikan sumber ilmu itu untuk menjanakan maklumat pelbagai bidang dalam dunia serba teknikal ini. 

Cabaran Bahasa Melayu Terhadap Sikap Penuturnya 

Dalam abad ke-21, sikap penutur atau masyarakat amat penting dalam penggunaan bahasa ibunda. Sekiranya sikap penutur tiada kesungguhan atau perasaan malu menebal dalam diri penutur kerana menggunakan bahasa ibunda, sudah pasti bahasa ibunda akan terkubur. Oleh yang demikian, bagi bahasa Melayu, cabaran yang sebenarnya terletak pada sikap yang dipegang oleh penuturnya. Jadi , abad ke-21 telah memperlihatkan kelemahan terhadap sikap penutur yang tidak mengambil berat terhadap bahasa kebangsaan mereka. Hal ini disebabkan mereka sudah terdidik dalam bahasa Inggeris dan lebih selesa bercakap bahasa Inggeris. Akibatnya, mereka yang tidak mahu menggunakannya telah membentuk satu sikap tidak ‘kisah’ terhadap bahasa ibunda. Peristilahan dan tutur kata tidak dilakukan kerana tidak mengikuti perkembangan bahasa Melayu. Apabila disuruh memberi pendapat dan idea, mereka lebih suka bertutur dalam bahasa Inggeris. Begitulah apabila ada seminar atau pembentangan walaupun di dalam dewan ada seorang bukan rakyat Malaysia, mereka lebih suka bertutur dalam bahasa Inggeris. Justeru, permasalahan ini iaitu sikap penutur merupakan satu cabaran yang perlu ditangani secara berhati-hati pada abad ke-21 agar bahasa Melayu tidak dipandang rendah oleh masyarakat sendiri. Nik Safiah Karim dalam buku Sumbangsih, Kumpulan Esei

Page 7: karangan spm.docx

Mengenang Jasa Asraf, memperkatakan, bahawa bahasa Melayu, cabaran yang sebenarnya terletak pada sikap yang dipegang oleh penuturnya. Yang tidak dapat dinafikan ialah hakikat kepentingan dan kesesuaian bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa. Jadi, yang tidak dapat dinafikan ialah hakikat kepentingannya dan kesesuaian bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa. 

Abad ke-21 memang membawa cabaran kepada bahasa Melayu dari segi persaingan dengan bahasa Inggeris tetapi tidaklah keadaan ini menjadi satu cabaran besar sehingga menggugat kedudukan bahasa Melayu. Oleh yang demikian sikap rakyat Malaysia mesti yakin dengan keupayaan dan kemampuan bahasa kebangsaan. Kita seharusnya berasa bangga dengan bahasa Melayu kerana kekal sehingga sekarang dan bangga terhadap bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi. Kemudian sesuaikan dengan keadaan apabila hendak menggunakan bahasa Inggeris. Ironisnya, langkah ini tidak akan timbul keadaan bahasa Melayu tergugat oleh bahasa Inggeris. 

Cabaran Bahasa Melayu Dalam Penggunaan Bahasa Melayu 

Belakangan ini, pada abad ke-21 beberapa gejala yang amat membimbangkan berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu. Pengaruh media elektronik telah merosakkan penggunaan bahasa Melayu dari segi pertuturan,ayat, istilah, bahasa rojak dan sebagainya. Kerosakan penggunaan bahasa Melayu yang paling teruk berlaku ialah golongan remaja. Pada abad ke-21, sudah menjadi satu trend atau ikutan kepada golongan remaja dalam penggunaan bahasa Melayu. Senario ini cukup membimbangkan dan jika tidak ditangani dengan segera, sudah pasti keindahan bahasa Melayu tidak kedengaran atau berkumandang lagi. 

Berbalik kepada penggunaan bahasa Melayu, kebanyakan pengacara majlis atau program di televisyen dan radio dalam pengendalian sesuatu program, sudah menjadi kewajiban untuk mencampuradukkan bahasa mereka. Dalam mengendalikan sesuatu program atau rancangan, pengacara pada peringkat awal menggunakan bahasa Melayu. Namun, perkara yang sebaliknya telah berlaku iaitu dalam pertengahan program hingga akhir, pengacara mencampuradukkan penyampaian bahasa Melayu dan bahasa Inggeris walaupun programnya lebih kepada berbahasa Melayu dan penontonnya majoritinya berbangsa Melayu. 

Memang tidak dapat dinafikan, rakyat di negara kita mahir dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Terdapat pelbagai bentuk dan cara dalam pertuturan mereka. Mengikut Nik Safiah Karim, [2004], ada kalanya dua bahasa ini berselang-seli ,iaitu satu ayat dalam satu bahasa diikuti oleh ayat dalam bahasa kedua. Sebagai contoh ialah “ Saya mengambil keputusan untuk pergi, then I thought I should consult my father.” Begitulah dengan penggunaan perkataan yang lain iaitu “ Dalam hal ini you paling best.” “How are you today..harap OKlah.”Keadaan ini sudah menjadi kebiasaan mana-mana rancangan atau program

Page 8: karangan spm.docx

televisyen pada abad ke-21. Sekiranya permasalahan ini tidak dibendung, sudah tentu memberi impak atau cabaran yang besar kepada kedudukan bahasa Melayu di negara ini. 

Manakala golongan remaja pula, penggunaan bahasa Melayu mereka cukup membahayakan dan boleh merosakkan nilai bahasa Melayu. Hal ini disebabkan kecanggihan teknologi maklumat pada abad ke-21 iaitu penggunaan telefon bimbit. Untuk menghantar sms kepada rakan-rakan, mereka menggunakan bahasa rojak dan berlakulah kerancuan bahasa. Menurut Prof Dr. Hashim Hj. Musa, kerancuan bahasa ialah penggunaan bahasa yang tidak mengikut peraturannya sama ada dari segi sintaksis, morfologi, fonologi, kosa kata, istilah dan sebagainya, yang mengakibatkan kekacauan dan ketidaktekalan dari segi pembentukan ayat, klausa, frasa, ejaan, sebutan, kosa kata dan istilah. Di sini , terdapat beberapa perkataan yang sering disalahgunakan semasa menghantar sms. Misalnya, perkataan-perkataan seperti kang (nanti), a’kum (assalamualaikum), w’lam (wa’alaikumsalam), dowang (mereka), tipon (telefon) dan persal (mengapa). Pengubahsuaian juga telah dibuat kepada kata gantinama seperti sayer (saya), dier (dia) dan nko (engkau). Begitu juga dengan kata tanya telah diubah suai seperti biler (bila), camner (bagaimana) dan maner (mana). Kerancuan bahasa Melayu abad ke-21 merupakan satu cabaran yang boleh merosakkan keteraturan,kehalusan dan keintelektualan bahasa Melayu, kerana menjejas sistem dan peraturannya yang menyebabkan kecelaruan dan ketidaktekalannya. Hal ini akan merosakkan martabat dan kewibawaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pendidikan dan bahasa ilmu tinggi, yang akhirnya akan menurunkan maruahnya dan disisihkan sedikit demi sedikit oleh pengguna bahasanya. 

KESIMPULAN

Mampukah bahasa Melayu menghadapi cabaran pada abad ke-21? Daripada perbincangan di atas, kita telah membincangkan cabaran bahasa Melayu sebelum dan selepas kemerdekaan secara ringkas.. Pada peringkat ini, bahasa Melayu terus berkembang tanpa menghadapi masalah. Namun, semasa penjajahan Inggeris perkembangan bahasa Melayu terus malap dan tidak bermaya. Pejuang-pejuang bahasa yang mencintai bahasa, terus berjuang untuk memartabatkan bahasa Melayu. Selepas kemerdekaan, bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan universiti. 

Walau bagaimanapun pada abad ke-21, bahasa Melayu mula dipersoalkan dan ada pihak-pihak tertentu ingin mengembalikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di negara ini. Oleh yang demikian, cabaran-cabaran seperti cabaran pemerkasaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, cabaran bahasa Melayu dalam kemajuan teknologi maklumat , cabaran bahasa Melayu terhadap sikap penuturnya dan cabaran bahasa Melayu dalam penggunaan bahasa Melayu menjadi isu perbincangan dalam abad ke-21. Cabaran-cabaran ini terpaksa dilalui secara

Page 9: karangan spm.docx

berhati-hati agar permasalahan yang sedikit akan memberi impak yang besar terhadap bahasa Melayu. Pada masa ini, pengaruh bahasa Inggeris begitu kuat dan dikenali sebagai bahasa antarabangsa.Untuk berhubung pada peringkat antarabangsa, bahasa Inggeris menjadi keutamaan. 

Justeru, jalan terbaik untuk menghadapi cabaran ini ialah sikap kita terhadap bahasa Melayu. Walaupun kita menghadapi pelbagai cabaran, bahasa kedua perlu kita pelajari. Sebab saya berkata demikian, bahasa Inggeris amat diperlukan untuk kita berhubung di peringkat antarabangsa. Namun , tidaklah keadaan ini menjadi satu cabaran besar sehingga menggugat kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pengantar dan bahasa berdaulat seperti yang tercatat dalam Perlembagaan Negara. Paling penting rakyat Malaysia mempunyai sikap atau jati diri yang betul terhadap bahasa kebangsaan. Seandainya rakyat Malaysia mempunyai perasaan bangga terhadap bahasanya, jikalau rakyat Malaysia tahu bila hendak menggunakan bahasa Inggeris dan bilakah pula keadaan penggunaan bahasa kebangsaannya, maka tidak akan timbul persaingan dan tidak akan timbul keadaan bahasa Melayu dalam dilema itu, kita mesti mengetahui tempat penggunaannya supaya permasalahan tidak timbul. 

Dengan langkah yang sedemikian, nescaya permasalahan dan cabaran-cabaran bahasa Melayu dalam abad ke-21 dapat diatasi. Paling penting, masyarakat Malaysia perlu mempunyai sikap bangga diri terhadap bahasa ibunda kerana pada suatu masa dahulu bahasa Melayu merupakan bahasa yang telah diterima di peringkat antarabangsa iaitu zaman Empayar Srivijaya. Pada hari ini, bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang dianggarkan hampir 250 juta dan bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi untuk empat buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei, dan Singapura. Hal ini ditambah lagi bahawa bahasa Melayu pernah berkumandang buat kali pertama di Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu [PBB].Oleh itu, semangat dan jiwa seumpama ini perlu diikuti,dicontohi dan diteladani oleh masyarakat Malaysia, pemimpin-pemimpin dan ilmuwan. Saya percaya dengan langkah yang sedemikian, membolehkan bahasa Melayu menongkah arus pada abad ke-21 dan martabat bahasa Melayu akan kembali di landasan yang kita ingini. 

Page 10: karangan spm.docx

CIRI-CIRI PEMIMPIN YANG BAIK DALAM SESEBUAH ORGANISASI-Sem April 10/11, Hubungan Manusia Dalam Pentadbiran.-Disediakan oleh: mindss -Disediakan untuk:  Dr. Kalthum Haji Hassan

1.0  PENGENALANKepemimpinan adalah merupakan satu topik yang diminati kerana ia menyentuh kehidupan masyarakat dunia tanpa mengira budaya, sama ada dalam masyarakat primitif atau sebaliknya. Ia juga diminati kerana kepemimpinan membawa kuasa, kedinamikan dan kejayaan individu dalam lapangan masing-masing. Kepemimpinan juga menjadi penting kerana kita boleh memilih sesiapa sahaja untuk dijadikan pemimpin tetapi kita tidak boleh memilih untuk tidak mempunyai pemimpin.

Seperti mana yang kita ketahui kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada prestasi pentadbirnya dalam erti kata lain yang memimpin. Seseorang pemimpin yang baik harus mempunyai ciri-ciri khusus tertentu dalam menjalankan peranannya sebaik mungkin serta menguasai kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk mengelola ahli-ahli di bawah untuk mencapai matlamat organisasi. (Zainal Abidin Mohamad, 1998).    Kejayaan sesebuah organisasi bergantung ke atas prestasi kolektif pentadbirnya, iaitu orang yang mengarah kerja dan memimpin kakitangan keseluruhannya. Pemimpin (atau Ketua Jabatan) secara bersendirian mesti mendapatkan kerjasama secara sukarela daripada rakan sejawatnya kerana proses kepimpinan memang melibatkan dua orang atau lebih. (Fatimah Wati Halim & Iran Herman, (1997).

Selain itu, pemimpin juga membawa maksud seorang daripadanya cuba membimbing dan mendorong yang lain dalam usaha mencapai matlamat sistem. Apabila seseorang itu berjaya memimpin, ini bermakna dia berjaya mempengaruhi anggota-anggota yang lain di dalam organisasi itu. Kebolehan mempengaruhi bergantung kepada unsur yang penting iaitu kuasa yang ada pada seseorang itu.

Seperti mana yang umum ketahui sejak dari awal kajian dibuat tentang sains pengurusan, terdapat beberapa pendekatan yang digariskan dalam membuat penilaian ke atas ciri-ciri pemimpin. Kepemimpinan menjadi penting kerana ia sering dikaitkan dengan keberkesanan dan kecekapan sesebuah organisasi termasuklah sekolah. Berasaskan premis inilah maka timbulnya slogan: "Pemimpinlah yang menjadikan organisasi itu berbeza dengan yang lain".Mengikut Dr Robiah Sidin (1988), dalam bukunya ‘Asas Pentadbiran Pendidikan’, beliau menegaskan bahawa secara umumnya ada dua jenis kuasa yang boleh

Page 11: karangan spm.docx

dipegang oleh seseorang pemimpin itu iaitu yang pertama, kuasa yang datang dengan jawatannya di dalam organisasi itu dan kedua, kuasa yang berpunca daripada keadaan dirinya sendiri atau kuasa individu. Kuasa yang bersangkut paut dengan jawatan adalah penting kerana memberi kepercayaan kepada anggota-anggotanya. Walaubagaimanapun untuk seseorang itu kekal menjadi pemimpin dia mesti juga mempunyai kuasa yang berunsurkan kebolehan tersendirinya. (Dr Robiah Sidin (1988).

2.0  CIRI-CIRI PERSONALITI YANG DIKAITKAN DENGAN SEORANG PEMIMPINTerdapat beberapa personaliti yang sering dikaitka dengan seorang pemimpin. Personaliti berikut ialah;

•      Keyakinan kendiri            Merujuk kepada sejauh manakah individu itu berasa selesa dengan pertimbangan,

keupayaan dan kemahirannya. Individu yang tidak berkeyakinan tidak suka menanggung risiko dan berasa tidak selesa apabila terpaksa membuat keputusan. Pemimpin yang berkeyakinan lebih berjaya berbanding dengan pemimpin yang rendah keyakinan kendiri.

•      Bertanggungjawab            Individu yang bertanggungjawab cenderung melaksanakan kerjayadengan penuh

hati-hati dan bersedia mematuhi peraturan yangditetapkan. Sifat ini sering dikaitkan dengan kejayaan seseorang pemimpin.

•      Penyesuaian            Merujuk kepada ketahanan dan keupayaan emosi menghadapi tekanan, konflik,

dan kekecewaan. Pemimpin yang berupaya mengharungi rintangan-rintangan ini adalah lebih berkesan mberbanding dengan pemimpin yang tidak boleh menyesuaikan diri dalam keadaan tertekan

•      Suka bergaul/ramah            Sifat ini juga disebutkan sebagai penting dalam kejayaan kepemimpinan kerana

orang yang suka bergaul biasanya memperolehi banyak pengalaman dan mudah mempengaruhi orang-orang dalam organisasinya.

•      Dapat diterima            Merujuk kepada sifat amanah, mudah bekerjasama, mesra, dan sopan. Orang

seperti ini mudah bekerjasama dengan orang lain. Manakala sifat orang yang sukar diterima, biasanya tidak sabar, muram, syak wasangka, dan sukar bekerjasama dengan orang lain.

•      Berorientasi Pencapaian            Individu yang berorientasi pencapaian berusaha melaksanakan tugasdengan

jayanya kerana individu ini akan hanya berasa puas jika ia beroleh kejayaan. Individu seperti ini cenderung bekerja keras, bercita-cita tinggi dan suka persaingan. Manakala orang yang rendah orientasi pencapaian adalah tidak bercita-cita tinggi, suka dengan keadaan yang sedia ada, dan pasif serta usaha-usahanya adalah sedikit, kecuali jika ia dijanjikan ganjaran ekstrinsik.

Page 12: karangan spm.docx

3.0  CIRI-CIRI YANG BAIK MENGIKUT PADANGAN TOKOH TERKEMUKAMengikut pandangan tokoh Islam daripada Al Mawardi menyatakan bahawa seorang pemimpin perlu mempunyai sifat seorang yang adil dalam memimpin pekerja di dalam organisasi tersebut. Seorang pemimpin juga perlulah seorang yang berfikiran matang dan berani berijtihad dalam melakukan tugasnya. Seorang pemimpin juga menurut Al Mawardi perlulah berpancaindera yang sempurna. Ianya juga perlu mempunyai ilmu agama yang tinggi. Hal ini kerana dengan adanya ilmu agama yang tinggi secara tidak langsung dapat mengelakkan seorang pemimpin daripada melakukan perkara yang mungkar dan seorang pemimpin juga perlu mempunyai anggota badan yang sempurna supaya boleh menguruskan pekerjaannya dengan sempurna. (Ahmad Ibrahim Abu Sin, (1991).Manakala  menurut Imam Al-Ghazali menyatakan seorang pemimpin perlulah seorang yang hidupnya dengan cara sederna tidak terlalu membazir dengan harta yang dimiliki olehnya. Seorang pemimpin juga perlulah melaksanakan kerja dengan tenang tanpa merungut dengan pekerjaan yang dilakukanna. Dia juga harus cuba memuaskan semua pihak jika hal itu tidak melanggar undang-undang dan peraturan. Seorang pemimpin juga menurut Imam Al-Ghazali perlulah mempunyai sifat kesedaran akan tanggungjawab besar jawatannya. Seorang pemimpin juga perlulah seorang yang suka bersahabat dengan para ilmuan dan mendengar arahan para ilmuan tersebut. Hal ini keran supaya seorang pemimpin tersebut tidak melanggar undang-undang yang telah digariskan dalam Islam ataupun tidak terpesong daripada landasan agama Islam yang telah ditetapkan oleh syarak. (Ahmad Ibrahim Abu Sin, (1991).Manakala menurut pandangan daripada tokoh barat iaitu Edwin Ghiselli menyatakan bahawa seorang pemimpin perlulah mempunyai sifat kesungguhan dan keyakinan kepada diri sendiri. Tanpa sifat kesungguhan dan keyakinan dalam diri sendiri boleh menyebabkan sesebuah organisasi tidak akan berjalan dengan baik. Begitu juga dengan kecerdasan yang terlalu tinggi atau kecerdasan yang terlalu rendah akan mengurangkan keberkesanan memimpin. (Mustafa Hj. Daud, (1996).Selain itu, menurut pandangan tokoh Barat lainnya iaitu Ralph M. Stogdill, seorang pemimpin perlulah bersifat kecerdasan dan kemampuan juga bijak, matang, mempunyai harta sebagai modal supaya seorang pemimpin tersebut dapat menguruskan organisasinya dengan baik. Seorang pemimpin juga perlu adanya sifat sosial iaitu dimana mempunyai daya kerjasama, kemampuan berkomunikasi dan berkebolehan untuk bermasyarakat. (Mustafa Hj. Daud, (1996).Selain itu, seorang pemimpin juga seharusnya mempunyai sifat keperibadian iaitu dimana berkebolehan, agresif dan berkeyakinan tinggi dalam menjalankan tugas sebagai seorang pemimpin. (Mustafa Hj. Daud, (1996).

4.0  PERANAN PEMIMPINPemimpin diamanahkan untuk menerajui organisasi bagi kepentingan semua ahli. Pemimpin dipilih dan dilantik kerana kelebihan-kelebihan tertentunya yang dikira dapat membantu organisasi, antaranya memainkan peranan-peranan penting

Page 13: karangan spm.docx

mewakili organisasi. Oleh itu jelas seseorang pemimpin memainkan beberapa peranan secara serentak. Peranan-peranan berikut adalah seperti;  

4.1 Sumber rujukan: pemimpin berperanan sebagai pemberi maklumat dan idea kepada ahli-ahli apabila diperlukan. Oleh itu pemimpin harus luas pembacaannya, sentiasa mengikuti perkembangan, mempunyai hubungan yang luas, banyak pengalaman dan rajin belajar

4.2 Model: sebagai model atau contoh, pemimpin memperlihatkan sifat-sifat, tingkah laku dan kebolehan yang boleh diteladani.

4.3 Pendorong: pemimpin juga harus sentiasa meransang dan mendorong ahli-ahli dan rakan-rakan sepimpinannya untuk membangun diri, meningkatkan komitmen dan terus gigih memberikan khidmat serta subangan untuk kebaikan bersama.

4.4 Pembimbing: selaku pembimbing pemimpin turut mendidik, menyokong dan membolehkan ahli berperanan dengan aktif. Belajar memahami potensi dan bakat, minat dan kecenderungan, serta kekuatan dan kelemahan ahli dan membantu mereka untuk menjadi ahli yang aktif dan menyumbang      

4.5 Jurucakap/jurubicara: peranan ini menyerupai peranan “pegawai perhubungan awam”.  Iaitu berperanan sebagai jurucakap atau wakil organisasi dalam perhubungan dengan pihak-pihak luar.

4.6 Orang tengah: jika berlaku perbezaan pendapat, konflik antara ahli-ahli pemimpin berperanan sebagai orang tengah bagi mencari pendamaian. Bersikap adil dan tidak condong(bias) kepada mana-mana pihak. Disamping memainkan peranan-peranan seperti di atas, di dalam sesuatu keadaan tertentu pemimpin juga turut berperanan sebagai pakar (berdasarkan kemahiran dan pengelaman yang dimilikinya) guru, penyelaras, mentor, kaunselor, ideologi, penilai dan sebagainya.   

5.0  KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG HARUS DIMILIKI PEMIMPINSetiap pemimpin perlu mempunyai pengetahuan dan beberapa kemahiran asas, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan tugasnya dalam sesebuah organisasi. Pengetahuan dan kemahiran yang dimaksudkan ialah pelbagai dan antaranya ialah;

1) Bekerja Dengan Orang. Boleh berhubung dan bekerja dengan orang, berbincang, mendengar   pandangan, merangsang ahli-ahli, menggalakkan ahli mengambil inisiatif dan menyerlahkan bakat dan potensi mereka.

2) Kebolehan Menganalisis. Kemampuan memahami dan menghuraikan sesuatu isu/persoalan dari pelbagai sudut serta merumusnya. Dapat berfikir dengan menggunakan berbagai-bagai teknik(kreatif/kritikal/lateral) 

3) Pengorganisasian/Penyusunan/Penggemblengan Tenaga. Memahami bagaimana organisasi beroperasi, cara-cara yang sesuai dan berkesan untuk menggerakkan tenaga-tenaga di dalam pertubuhan serta mendapatkan sokongan masyarakat.

4) Komunikasi. Dapat menyampaikan sesuatu denganbaik, berhujah dengan meyakinkan dan merangsang ahli.

Page 14: karangan spm.docx

5) Penggunaan Sumber. Tahu tentang kewujudan pelbagai sumber di dalam dan di sekitar organisas (individu, kumpulan,budaya,agama), sedar tentang pelbagai institusi dan pertubuhan di sekeliling dan dapat bekerjasama dengan mereka.6)  Mesyuarat. Menguruskan mesyuarat dengan berkesan.7)  Penulisan. Boleh menulis ucapan, kenyataan media, menyediakan cadangan dan laporan.

8) Kewangan. Tahu bagaimana mendapatkan wang yang diperlukan pertubuhan, merangka belanjawan dan menguruskan dana.

9) Kajian/Penyelidikan. Tahu bagaimana melakukan penyelidikan asas, faham kegunaan maklumat dan bagaimana mendapatkan maklumat yang dikehendaki.

10) Isu. Dapat mengenal pasti isu-isu penting dan dapat menilai potensi sesuatu isu bagi kepentingan organisasi.

11) Latihan. Tahu akan keperluanlatihan-latihan untuk organisasi dan dapat mengendalikan latihan.

12) Penggunaan Teknologi. Tahu menggunakan teknologi yang sesuai dan terkini bagi memudahkan kerja.

13) Alat-alat Komunikasi. Pandai menggunakan alat-alat komunikasi yang asas untuk pelbagai tugasan seperti internet, persidangan media, pembinaan kontrak dan lln. Walaupun kemahiran-kemahiran yang dinyatakan agak banyak, ini tidak bererti seseorang pemimpin itu harus menguasainya. Namun mereka harus berusaha menguasainya untuk kepentingan bersama terutamanya diri sendiri. Dalam pada itu pemimpin juga seharusnya berkemahiran mengangihkan sesuatu tugas, peranan dan bidang kerja tertentu kepada ahli-ahlinya.       

6.0  PENUTUPKepimpinan ialah perlakuan seseorang yang boleh menggerakkan orang lain untuk berfikir, merasa, bertindak dengan cara-cara tertentu. Dalam hal ini seorang pemimpin harus mengetahui keperluan dan motif orang-orang yang berkerja dengannya dan harus menitikberatkan pencapaian matlamat kumpulan. Dia juga harus berjaya mengekalkan kekuatan yang ada pada kumpulannya untuk menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat masa depan.

Walaupun kepimpinan boleh dipelajari, tapi tidak semua orang dapat menjadi pemimpin yang baik. Menjadi pemimpin yang baik memerlukan kesabaran, kecekalan, pembelajaran yang berterusan, sikap cintakan ilmu, penguasaan pelbagai kemahiran, disiplin diri yang tinggi, kesediaan untuk menerima teguran juga kritikan dan sebagainya. Natijahnya seorang pemimpin organisasi yang baik bukan sahaja bergantung kepada jawatan yang disandang tetapi lebih kepada keupayaannya mengendalikan peranan-peranan dalam organisasi dengan berkesan serta menguasai kemahiran-kemahiran yang dinyatakan dengan baik.

Sekolah atau alma mater merupakan tempat kita belajar. Oleh sebab itu, tempat kita menimba ilmu ini mestilah berada dalam keadaan yang selamat dan selesa. Hal ini

Page 15: karangan spm.docx

penting agar sekolah dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikukum. Sebenarnya, terdapat pelbagai cara yang dapat kita lakukan untuk menjadikan sekolah sebagai tempat yang selamat. Cara-cara berikut mestila kita ketahui demi menjadikan sekolah sebagai tempat anak-anak belajar yang selamat dan selesa.

Pihak sekolah mestilah menyediakan alat kawalan kebakaran di tempat-tempat yang strategik di kawasan sekolah. Langkah ini amat penting supaya kebakaran dapat dielakkan daripada merebak ke bangunan yang lain. Walau bagaimanapun, kebanyakan sekolah di Malaysia mengalami nasib yang sama, yakni alat kawalan kebakaran seperti pili bomba dan alat kawalan kebakaran berbentuk semburan tidak dapat berfungsi dengan normal kerana rosak atau hilang. Sebenarnya, alat kawalan kebakaran yang rosak dan yang telah dicuri mestilah digantikan yang baharu. Pihak sekolah juga haruslah mendidik murid cara-cara menggunakan alat tersebut pada waktu kecemasan. Dengan ini, sekolah akan menjadi tempat belajar yang selamat.

Selain itu, pihak pentadbir sekolah juga haruslah melukis pelan kecemasan yang dapat digunakan pada saat-saat sekolah ditimpa kecemasan. Hal ini demikian kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Oleh sebab itu, pelan tangga kecemasan dan pelan larian ke padang mestilah ditampal di tempat-tempat yang mudah dilihat. Dari semasa ke semasa, latihan kebakaran haruslah dijalankan juga. Hal ini dapat memastikan pelajar bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Cara ini pasti dapat mengurangkan kemalangan dan kecederaan dalam kalangan wara sekolah.

Di samping itu, keselamatan pelajar di pintu sekolah juga mestilah dijaga dengan rapi. Setiap pintu sekolah mestilah dijaga oleh beberapa orang pengawal keselamatan. Pondok sekuriti mestilah dibina untuk memastikan para pelajar dapat melaporkan sebarang kejadian yang tidak diingini kepada pihak yang bertugas. Dengan ini, kejadian seperti kes culik dan kes ragut dapat diatasi sekali gus menjamin keselamatan anak-anak yang mahu memasuki pintu sekolah mahupun semasa balik ke rumah. Ibu bapa juga pasti berasa puas hati dengan tahap keselamatan sekolah. Tahap kebimbangan ibu bapa dan keyakinan ibu bapa yang tinggi ini dapat meningkatkan imej sekolah secara tidak langsung.

Sementara itu, keselamatan di jalan-jalan berdekatan dengan kawasan sekolah juga harus ditingkatkan oleh pihak yang bertanggungjawab. Perhatian harus diberikan oleh pihak kerajaan tempatan dengan menyediakan lampu isyarat di jalan-jalan yang menjadi lintasan pelajar. Penyediaan “lintasan zebra” juga merupakan langkah penting supaya murid-murid dapat melintas jalan ke sekolah dengan selamat. Kawalan trafik oleh pihak pengawal keselamatan sekolah juga amat penting selain memasang papan tanda isyarat “Kurangkan Kelajuan, Kawasan Sekolah”. Hal ini dapat memberi kesedaran kepada para pemandu supaya mengurangkan kelajuan di

Page 16: karangan spm.docx

kawasan sekolah. Apabila langkah di atas dapat diambil, murid-murid akan berasa selamat dan kes kemalangan di kawasan sekolah dapat dikurangkan.

Kesimpulannya, Keselamatan pelajar menjadi tanggungjawab semua pihak. Semua pihak yang terlibat haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menjamin keselamatan anak-anak ke sekolah dan sepanjang berada di sekolah. Para pelajar mestilah dididik mematuhi segala arahan dan peraturan di sekolah. Lebih-lebih lagi, ibu bapa haruslah memastilah anak-anak selamat masuk ke sekolah sebelum beredar ke pejabat. Kempen “Sekolah Selamat” haruslah diuar-uarkan supaya keselamatan anak-anak dapat dijamin. Saya berharap sekolah akan menjadi tempat belajar yang selamat dan kondusif.

Soalan ContohProgram 1Murid 1Sukan yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran banyak memberikan manfaat kepada murid. Huraikan manfaat tersebut kepada murid.

Rangka KaranganPendahuluan- Program 1Murid 1Sukan - pembangunan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar   penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolahIsii. Aktiviti sukan dapat mengisi masa lapang murid secara berfaedah - mengelakkan gejala negatifii. Murid yang menceburkan diri secara serius dalam bidang sukan dapat mengharumkan nama sekolah dan negaraiii. Mewujudkan budaya yang sihat - suka bersukan untuk kesihataniv. Menggalakkan penyertaan murid dalam sukan - setiap murid berpeluangv. Memupuk semangat kesukanan dan perpaduan kaumPenutup- Program ini banyak manfaatnya - perlu disokong oleh semua pihak  

Karangan ContohDasar 1Murid 1Sukan yang telah diperkenalkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada tahun 2011 banyak mendatangkan manfaat kepada murid. Dasar ini memang penting untuk program pembangunan sukan di sekolah-sekolah. Dasar 1Murid 1Sukan menjadiserampang dua mata bagi melengkapkan skop pembangunan sukan sekolah iaitu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dasar ini dikatakan berupaya untuk meningkatkan kadar  penglibatan dan penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah. Oleh itu,

Page 17: karangan spm.docx

pelbagai manfaat tersebut akan dihuraikan dengan lebih lanjut dalam perbincangan di bawah ini. 

Antara manfaat dasar 1Murid 1Sukan ini ialah aktiviti sukan tersebut dapat mengisi masa lapang murid secara berfaedah.Selain itu, dengan melibatkan diri dalam aktiviti sukan, mereka dapat mengelakkan gejala negatif daripada mempengaruhi mereka. Hal ini demikian kerana, kebanyakan murid yang terlibat dalam aktiviti yang kurang sihat selalunya dikaitkan dengan tindakan mereka yang suka membuang masa dengan sia-sia tanpa melakukan sesuatu aktiviti yang bermanfaat kepada mereka.

Dasar ini membolehkan murid yang menceburkan diri secara serius dalam                                 bidang sukan itu, dapat mengharumkan nama sekolah dan negara.  Mereka dapat menyumbangkan bakat dan kemahiran mereka untuk mewakili sekolah dalam acara-acara tertentu dalam bidang sukan ini kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Sebagai contohnya, mereka boleh menjadi pemain bola sepak, hoki, badminton, squash, dan sebagainya. Dengan cara itu, mereka dapat menunjukkan bakat mereka itu dan berlatih dengan gigih untuk mencapai kemenangan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan negara.  

Manfaat lain program ini dapat mewujudkan budaya yang sihat dalam kalangan murid sekolah. Seterusnya, murid-murid yang sihat ini menjadikan mereka cerdas dalam pelajaran. Perkara ini akan turut menyuburkan budaya suka bersukan untuk kesihatan dalam kalangan murid sekolah. Dengan badan yang sihat, murid-murid akan mudah untuk menerima pelajaran dan seterusnya mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. Hal ini demikian kerana, otak yang cerdas itu ada pada badan yang sihat.

Seterusnya, dasar ini berupaya untuk menggalakkan penyertaan murid dalam sukan. Hal ini demikian kerana, setiap murid berpeluang untuk melibatkan diri dalam bidang permainan atau sukan yang diminati oleh mereka. Selain itu, perkara ini menunjukkan bahawa tidak ada murid yang tidak berpeluang atau dipinggirkan daripada melibatkan diri dalam permainan atau sukan yang diminatinya. Jadi, pihak sekolah perlu membuat perancangan sistematik, memaksimumkan penggunaan kemudahan, peralatan dan kepakaran yang sedia ada dan mewujudkan kerjasama dengan agensi berkaitan dengan sukan.  

Melalui dasar ini, usaha kerajaan untuk memupuk semangat kesukanan dan perpaduan kaum akan menjadi lebih mudah. Dengan melibatkan diri dalam sukan atau permainan tertentu, murid-murid akan mempelajari dan menghayati semangat kesukaan semasa dalam permainan. Selain itu, murid-murid turut berpeluang untuk bergaul dengan murid yang berbilang kaum. Seterusnya, perkara ini akan membantu kerajaan untuk meningkatkan perpaduan kaum di negara ini.

Page 18: karangan spm.docx

Jelaslah di sini bahawa dasar 1Murid 1Sukan ini merupakan satu tranformasi baharu dalam sistem pendidikan yang banyak manfaatnya. Oleh itu, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat perlu memahami dan menyokong usaha murni kerajaan ini. Sekiranya usaha ini tidak digerakkan dengan betul dan sempurna, sudah tentu hasrat murni tersebut tidak akan tercapai. Jadi, semua pihak perlu bekerjasama dalam hal ini, ibarat bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Dengan usaha yang bersepadu itu, kita berharap lebih banyak ahli sukan yang bertaraf  dunia akan dilahirkan pada masa akan datang.   

CARA-CARA ANDA MENGATASI TEKANAN ATAU STRES

Setiap manusia tidak terlepas daripada menghadapi tekanan dalam kehidupan. Hal ini bertepatan dengan maksud peribahasa, bumi mana yang tidak ditimpa hujan dan lautan mana yang tidak bergelora. Bagaimanapun, tekanan yang dihadapi itu berbeza-beza  tahapnya. Tekanan yang dihadapi oleh golongan dewasa mungkin akibat memikirkan masalah keluarga, kewangan atau kerjaya, manakala bagi remaja pula tekanan yang dihadapi mungkin berkaitan dengan pelajaran, hubungan dengan rakan atau masalah yang berkaitan dengan keluarga. Bagi sesetengah orang, tekanan mungkin membawa  kejayaan dan kebahagiaan dalam kehidupan, manakala yang lainnya pula menganggap tekanan sebagai sumber kesengsaraan dan penderitaan  sehingga tekanan yang dihadapi  itu  membawa kepada pengakhiran kehidupan. Sebagai pelajar, saya juga tidak terlepas daripada menghadapi tekanan yang berpunca daripada pelbagai faktor terutamanya faktor pelajaran. Oleh hal yang demikian, sebelum nasi menjadi bubur, beberapa langkah telah saya ambil bagi menangani masalah tekanan.             Kehidupan yang terlalu sibuk menyebabkan kita sering melupakan kegiatan yang sangat berfaedah untuk kesihatan fizikal, mental dan psikologi kita. Kegiatan tersebut ialah riadah, iaitu aktiviti yang sering dilakukan pada waktu lapang terutamanya pada hujung minggu. Antara kegiatan riadah yang kerap saya lakukan ialah berbasikal, joging, bermain futsal, bermain badminton, bersiar-siar di taman rekreasi dan memancing ikan. Selepas bermain futsal dan badminton umpamanya, selain peluh mengalir membasahi tubuh, kepenatan akan dapat dirasakan. Selepas mandi dan membersihkan diri, saya akan berehat melepaskan lelah. Keadaan akan menjadi lebih baik apabila saya dapat melelapkan mata. Oleh sebab kepenatan selepas melakukan riadah, saya akan  tidur dengan sangat lena. Hilang sebentar segala masalah yang membelenggu diri. Tekanan pun menghindar dan akhirnya fikiran menjadi lapang. Ada waktunya saya melakukan riadah bersama-sama ibu bapa saya. Peluang keemasan itu saya gunakan sepenuhnya dengan melakukan perbincangan, sama ada yang berkaitan dengan masalah peribadi, mahupun

Page 19: karangan spm.docx

masalah pelajaran yang sering memberikan tekanan kepada saya. Lantaran itu, saya menganggap kegiatan riadah sebagai serampang dua mata yang membantu meningkatkan kesihatan diri di samping menjadi salah satu cara untuk mengurangkan tekanan.

Sesungguhnya saya amat meyakini bahawa cara kita berfikir amat mempengaruhi kesihatan diri, terutamanya kesihatan mental. Lantas, demi memastikan saya  memiliki kesihatan yang baik tanpa menghadapi tekanan,saya  sentiasa berfikiran positif apabila berhadapan dengan situasi yang kritikal dan sukar. Apabila menerima pujian, saya tidak akan  berbangga dengan pujian tersebut, sebaliknya saya akan memikirkan sama ada pujian terebut diberikan secara ikhlas atau diberikan kepada saya kerana ada udang di sebalik batu. Berkemungkinan pujian itu diberikan secara bersahaja, atau jika tidak pun saya menerimanya sebagai satu penghargaan. Bagaimanapun, jika kritikan atau teguran pula yang diberikan, saya akan menerimanya dengan minda terbuka dan menganggapnya sebagai kritikan yang membina. Ibu sering mengingatkan saya bahawa kritikan yang diberikan oleh seseorang itu sebenarnya lebih ikhlas dan memiliki nilai kejujuran berbanding dengan pujian yang selalunya lebih bersifat palsu. Di sebalik kritikan yang diterima itu saya akan melakukan muhasabah diri lalu membaiki segala kekurangan yang ada agar saya tidak menerima kritikan yang sama pada waktu yang lain pula. Sekiranya saya tidak dapat menerima kritikan  tersebut, fikiran akan menjadi tidak menentu dan kusut, lalu akhirnya saya akan terjerat dalam kancah tekanan yang melampau. Natijahnya, saya sentiasa menghadapi tekanan dengan fikiran yang positif.

Saya ialah penggemar dan pencinta muzik sama ada muzik ciptaan anak tempatan mahupun muzik antarabangsa. Seandainya muzik tidak didengar menerusi cakera padat, masih ada muzik di dalam jiwa saya yang membuatkan kaki bergoyang. Bagi saya, muzik pencetus kegembiraan dan keceriaan, walaupun sesekali muzik mengundang kesedihan dan kedukaan. Hal ini bertepatan dengan pandangan ahli-ahli psikologi bahawa muzik merupakan salah satu wahana terapi yang efesien dan sumber ketenangan fikiran yang sering diabaikan. Apabila muzik bergema, hati akan dibuai oleh alunan melodinya sehingga di luar kesedaran diri, saya seperti berada di alam yang lain. Muzik yang rancak akan menyebabkan kaki bergoyang, manakala muzik sentimental pula akan menjadikan diri dibuai perasaan.  Seni katanya yang melankolik akan menyumbang ke arah penghayatan yang tinggi seolah-olah saya turut merasakan kedukaan yang sedang dialami oleh pelantun lagu tersebut.  Jika tekanan menghimpit perasaan, tanpa disedari saya telah melupakan sebentar tekanan tersebut dengan bantuan muzik. Hal ini bertepatan dengan kata-kata pujangga yang menukil bahawa muzik tak mungkin dapat dipisahkan daripada jiwa setiap manusia. Tanpa muzik juga kehidupan akan menjadi sepi.  Oleh itu, muzik bukan sahaja dapat menghiburkan hati, malah  muzik seperti memiliki kuasa magis yang berupaya mengurangkan tekanan yang saya hadapi, bertepatan dengan maksud peribahasa sambil menyelam minum air.

Page 20: karangan spm.docx

Saya juga menjadikan ibadat sebagai salah satu cara untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi. Setiap hari saya akan mendirikan solat , sekurang-kurangnya lima kali sehari kerana solat merupakan tiang agama. Apabila saya tidak mendirikan solat, hal ini bermakna runtuhlah agama saya. Sesungguhnya, solat memberikan ketenangan yang tidak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata. Solat yang khusyuk akan menjadikan saya melupakan semua tekanan yang saya hadapi, malah saya dapat merasakan betapa dekatnya diri  saya dengan Yang Maha Pencipta. Jiwa berasa tenang dan damai, hati juga menjadi bersih. Benarlah seperti yang pernah dikatakan oleh  seorang penceramah gaya hidup sihat, Encik Norhisham Mustaffa bahawa solat merupakan senaman yang paling ampuh untuk memberikan kesihatan terbaik buat tubuh badan kita . Ketika rukuk dan sujud, darah akan mengalir dengan lebih sempurna di tubuh kita. Demikian juga ketika saya duduk di antara dua sujud dan duduk tahyat awal serta akhir, kedudukan tubuh dan jari-jari kaki memberikan bentuk senaman yang begitu berkesan. Selepas mendirikan solat, saya akan berzikir yang mampu membersihkan dan memberikan kedamaian kepada hati serta jiwa. Saya sangat menyedari dan menginsafi bahawa hanya Allah yang dapat membantu saya dalam segala hal. Lantaran itu, saya menjadikan ibadat sebagai usaha yang terbaik untuk menghindari dan mengurangkan tekanan yang dihadapi.

Melancong merupakan aktiviti kekeluargaan yang amat saya nanti-nantikan. Setiap tahun ayah dan ibu akan membawa saya serta adik melancong ke luar negara. Sehingga kini kami telah melawat Indonesia, China, Kemboja dan India selain melancong di dalam negara. Sejujurnya, setiap kali melancong saya dapat merasakan keterujaan dan kegembiraan yang membolehkan saya melupakan segala masalah yang membelenggu fikiran. Secara tidak langsung, tekanan yang mengganggu fikiran yang berpunca daripada masalah yang dihadapi dapat saya atasi atau setidak-tidaknnya dapat saya lupakan sebentar. Ketika melancong itu, saya dapat menikmati keindahan dan keunikan panorama negara lain di samping menambahkan pengetahuan tentang budaya dan sejarah negara tersebut, bertepatan dengan maksud peribahasa jauh perjalanan luas pemandangan, banyak pula pengalaman. Ketika melawat Solo dan Jogjakarta di Pulau Jawa, Indonesia umpamanya, saya dapat menyaksikan keunikan budaya mereka walaupun kita masih dalam rumpun yang sama, iaitu Melayu. Seni tari mereka sangat halus dan mempesona berdasarkan gerak jari tangan, kaki dan tubuh mereka dengan iringan muzik gamelan yang syahdu. Adat di keraton pula masih dikekalkan untuk tatapan pelancong walaupun sistem pemerintahan beraja tidak lagi diamalkan di republik tersebut. Keunikan Candi Borobudur amat mengagumkan dengan seni binanya yang amat halus. Keseluruhan aktiviti ketika melancong itu termasuk sesi membeli-belah cukup membantu saya melupakan segala tekanan yang dihadapi.

Page 21: karangan spm.docx

Sebagai kesimpulan, terdapat pelbagai usaha yang saya lakukan untuk menghadapi tekanan dalam kehidupan. Walau apa-apa pun yang berlaku, mahu atau tidak, saya terpaksa menghadapi segala tekanan yang ada demi kelangsungan hidup yang lebih bermakna. Tekanan merupakan masalah dan tekanan juga merupakan sumber motivasi, justeru tanpa tekanan, hidup kurang berseri umpama pokok yang tidak berbunga. Dengan tekanan jugalah fikiran saya menjadi lebih matang dan dewasa. Di sebalik ketabahan saya menghadapi tekanan itu, saya masih memerlukan insan lain untuk menghadapinya dengan lebih rasional. Dalam hal ini, kedua-dua ibu bapa akan menjadi sumber rujukan saya di samping rakan-rakan sebaya yang rapat hubungannya dengan saya. Saya juga tidak melupakan guru yang mendidik dan mengajar saya menjadi insan berilmu. Sesungguhnya, hanya dengan ketabahan dan keimanan yang kukuh dapat membantu saya menghadapi semua tekanan dengan tenang.

KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN KEPADA MASYARAKAT

Nusa tercinta kita Malaysia merupakan negara yang mempunyai anak watan

berbilang kaum dan hidup secara bersama sehati sejiwa ibarat  peribahasaseikat

bak sirih, serumpun bak serai.  Sehubungan dengan itu, kebanyakan anggota

masyarakat hidup berjiran di kawasan bandar ataupun di kawasan luar bandar dan

mereka saling berhubung, bertemu dan berurusan antara satu sama lain. Namun

terdapat lakaran suram yang menyelubungi kita bahawa ada pandangan yang

menyatakan bahawa semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia

pada masa ini dikatakan semakin terhakis ibarat hidup segan mati tak mahu.

Banyak kempen dan  usaha telah dijalankan oleh pelbagai pihak untuk merapatkan

kembali hubungan dalam kalangan jiran kerana semangat kejiranan begitu penting

dalam kehidupan bermasyarakat.

41

Sebenarnya semangat kejiranan dapat memupuk kerjasama dalam kalangan

anggota masyarakat di sesuatu tempat . Kerjasama ini boleh dipupuk melalui

penglibatan anggota masyarakat dalam pelbagai aktiviti yang diadakan di kawasan

tempat mereka tinggal. Aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, majlis

Page 22: karangan spm.docx

sambutan perayaan  atau perjumpaan bulanan komuniti dapat mempertemukan

semua jiran, saling berkenalan dan merapatkan hubungan . Mereka akan lebih

mesra, saling membantu bagai aur dengan tebing tanpa membezakan warna kulit,

bangsa atau kepercayaan. Hal ini menunjukkan bahawa semangat kejiranan yang

dipupuk dapat membentuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat

seterusnya membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh.

Selain itu semangat kejiranan juga penting kerana dapat membentuk semangat

kekitaan dan melahirkan masyarakat yang bersatu padu.Mengimbas kembali

Peristiwa 13 Mei 1969 menunjukkan bahawa jika masyarakat tidak bersatu padu dan

berpecah-belah, negara akan musnah dan kehidupan anggota masyarakat tidak

akan selesa dan aman. Tuntasnya, semangat kejiranan membolehkan semua

anggota masyarakat memahami antara satu sama lain. Masyarakat yang berbilang

kaum ini boleh mempelajari  perbezaan budaya dan sistem sosial masyarakat lain

seterusnya memahami sensitiviti mereka agar dapat bertoleransi, bekerjasama dan

saling menghormati. Tegasnya semangat kejiranan penting dalam membentuk

masyarakat yang bersatu padu dan seterusnya dapat memacu pembangunan

negara ke arah kegemilangan.

Di samping itu, semangat kejiranan juga penting kepada negara

keranamemudahkan kerajaan melaksanakan pelbagai program pembangunan

dan membawa kemajuan kepada rakyat. Slogan Negara Maju Rakyat

Sihat menunjukkan apabila rakyat hidup dalam keadaan sihat sejahtera maka

pelbagai rancangan pembangunan dapat diatur, dirancang dan dilaksanakan secara

lancar tanpa sebarang kekangan. Jika masyarakat dapat hidup bersama dalam

suasana yang aman dan harmoni maka segala kemajuan yang disediakan oleh

kerajaan di seluruh pelosok tanah air akan dapat dinikmati bersama-sama secara

adil dan saksama. Sebagai contohnya, kerajaan telah berupaya membina pelbagai

kemudahan dan infrastrukutr di kawasan taman-taman perumahan seperti dewan

orang ramai, balai raya, taman permainan kanak-kanak mahupun pusat komuniti

atas inisiatif, semangat kejiranan dan perpaduan yang ditunjukkan oleh anggota

masyarakat di sesetengah kawasan tempat tinggal. Jelaslah semangat kejiranan

penting bagi membantu anggota masyarakat dalam suatu kawasan kejiranan

menikmati pelbagai kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Page 23: karangan spm.docx

Negara yang cemerlang lahir daripada rakyatnya yang berhemah tinggi dan hidup

bersatu padu seia sekata . Jika masyarakat dapat berganding bahu dan saling

mengekalkan kehidupan yang harmoni maka negara akan melakar kejayaan

gemilang. Semangat kejiranan merupakan salah satu elemen penting dan vital yang

membantu melahirkan anggota masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri

dan  semangat cinta akan negara . Melalui hubungan kejiranan, pelbagai aktiviti

berbentuk pemupukan nilai-nilai patriotisme dapat diimplimentasikan. Sebagai

contoh, mengibarkan jalur gemilang, mengadakan pameran sempena ulang tahun

kemerdekaan negara ataupun menyertai perarakan dalam sesebuah pesta. Datuk

Azhar Bin Mansor merupakan  contoh paling jelas, dan atas sokongan  rakyat

Malaysia membolehkan beliau melakukan pelayaran solo mengelilingi dunia sambil

mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh kejayaan. Hal Ini jelas menunjukkan

keharmonian kehidupan rakyat Malaysia membolehkan mereka  melakukan sesuatu

hal dan perkara yang amat hebat bagi melonjakkan Malaysia di persada

antarabangsa.

43

Semangat kejiranan yang wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia yang

berbilang kaum juga penting sebagai produk pelancongan. Sesungguhnya,

kedatangan pelancong asing ke negara ini banyak disebabkan kehidupan

masyarakat Malaysia yang unik, mempunyai pelbagai seni budaya yang menarik

dan hidup secara harmoni dalam komuniti kejiranan. Sesungguhnya, perpaduan

masyarakat banyak membantu menarik kehadiran pelancong terutamanya ketika

musim perayaan besar. Sebagai contohnya pada sambutan Hari Kemerdekaan,

Majlis Rumah Terbuka dan sambutan pesta-pesta tertentu menampilkan perpaduan

masyarakat berbilang kaum di negara kita yang amat  disukai oleh para pelancong

asing tersebut . Selain di kawasan bandar, produk pelancongan seperti Program

Homestay atau Inap Desa di kawasan luar bandar juga dapat menunjukkan

semangat hidup berjiran dalam kalangan masyarakatnya . Maka sememangnya

semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia sangat berfaedah dan

membawa pulangan ekonomi yang begitu memberangsangkan kepada negara.

Intihanya, semangat kejiranan merupakan sebahagian daripada amalan dan menjadi

budaya masyarakat di Malaysia yang menjadikan negara kita unik pada pandangan

Page 24: karangan spm.docx

masyarakat di luar sana malah dikenali di seluruh dunia. Tuntasnya, Semangat

kejiranan bukan sahaja penting dalam mengekalkan suasana harmoni dalam

kalangan rakyat di negara kita malah sumbangannya cukup besar terutamanya bagi

memastikan Malaysia terus cemerlang dan mampu berdaya saing pada masa akan

datang kerana  rakyatnya yang bersahsiah terpuji bagi melahirkan modal insan

berminda kelas pertama yang dapat memacu negara tercinta ke arah kegemilangan

di puncak jagat.

KEPENTINGAN PEMAKANAN SEIMBANG

Sejak kita mentah lagi dan darah hanya setampuk pinang, kita telahpun dididik dan

diingatkan berulang-ulang kali oleh ibu bapa dan guru tentang kepentingan

pemakanan seimbang. Satu senario yang tidak asing kepada seseorang kanak-

kanak adalah apabila ditegur oleh ibu bapa kerana enggan makan sayur-sayuran

dan hanya ingin menjamah makanan ringan. Terdapat sesetengah pihak yang

berpendapat bahawa pemakanan seimbang tidak begitu vital kepada kesihatan

seseorang individu. Menurut persepsi mereka, kehidupan manusia di muka bumi

hanyalah sementara dan harus dinikmati sepenuhnya. Oleh itu, mereka memandang

enteng terhadap kepentingan pemakanan seimbang. Pandangan ini dapat disangkal

dengan mudah kerana impak pemakanan seimbang terhadap kesihatan dan

kebahagiaan seseorang amat ketara dalam kehidupan seharian kita sebagai

manusia. Namun demikian, mengapakah masalah obesiti kian bertambah kritikal

jikalau kebanyakan komuniti sedar tentang kepentingan pemakanan seimbang?

Kajian terkini mendapati bahawa 33% daripada semua penghuni dunia ini

menghadapi masalah obesiti. Statistik ini amat meruncing kerana hal ini bermaksud

terdapat kira-kira 2 bilion orang di seluruh pelosok dunia yang tergolong dalam

kategori obes! Apakah kepentingan pemakanan seimbang yang harus dikupas dan

dibugar secara terperinci hingga ke akar umbi, bagi menyedarkan dan menginsafkan

masyarakat agar lebih peka terhadap diet mereka dan tidak bersikap bena tak bena

terhadap kesihatan dan kebajikan peribadi mereka? Marilah kita mengkaji persoalan 

yang masih menjadi polemik dalam kalangan  masyarakat..

                 

Sebagai pembuka tirai pembincangan ini, salah satu kepentingan atau faedah

pemakanan seimbang yang jelas dan nyata adalah untuk menjadikan tumbesaran

manusia lebih sempurna dari aspek fizikal dan fisiologi. Tubuh badan akan

menerima semua zat yang diperlukan untuk menjalani aktiviti seharian tanpa

Page 25: karangan spm.docx

menjadi lesu. Oleh itu, seseorang yang menjaga dan mengawal pemakanannya

akan memiliki keadaan fizikal yang jauh lebih baik berbanding seseorang yang

kurang prihatin terhadap diet dan cara pemakanannya. Zat dan mineral seperti

kalsium, magnesium dan fosforus penting dalam proses pembentukan gigi dan

tulang yang kuat. Kanak-kanak khususnya yang harus mengambil zat-zat ini dalam

kuantiti yang optimum supaya dapat membesar sebaik-baiknya. Di samping itu,

mineral seperti zat besi penting untuk memastikan sistem peredaran darah

seseorang itu efisien dan berfungsi secara lancar. Kanak-kanak dan remaja

memerlukan tenaga dan bahan mineral secukupnya untuk membesar, bukan sahaja

dari aspek lahiriah seperti ketinggian dan berat badan, malah juga dari segi

kelancaran fungsi organ dalaman dan kecekapan sistem-sistem badan. Sekiranya

pemakanan mereka tidak seimbang, mereka akan mengalami pertumbuhan yang

terbantut serta tidak sempurna. Hal ini akan memudaratkan kesihatan mereka

secara keseluruhannya dan akan mengakibatkan mereka kurang berkemampuan

untuk menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Satu tamsilan yang amat menyayat

hati ialah kanak-kanak yang berada di negara-negara Dunia Ketiga seperti Ethiopia

dan Afrika Selatan yang tidak mempunyai akses kepada makanan berkhasiat. Oleh

sebab tidak berpeluang mengamalkan pemakanan yang seimbang, kanak-kanak ini

tidak dapat membesar dengan sempurna dan kebanyakannya mereka mempunyai

jangka hayat yang amat pendek, seperti 7 hingga 12 tahun sahaja. Ironinya, ramai

individu di negara yang maju berupaya mengamalkan diet yang sihat dan berkhasiat,

namun mereka enggan bertindak sedemikian.

                 

Bertitik tolak daripada huraian sebelum ini, manfaat lain yang diperoleh daripada

pemakanan seimbang ialah menjamin perkembangan mental seseorang yang lebih

cekap dan berkesan. Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan

mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba

menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami semasa meneroka liku-liku kehidupan.

Situasi ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya

dengan lebih efektif dan rasional berbanding dengan individu yang seimbang aspek

pemakanannya. Dr Andrew McCulloch dari Mental Health Foundation telah

menjalankan penyelidikan yang mendapati bahawa pelbagai penyakit mental seperti

depresi ( kemurungan ), schizofrenia, penyakit Alzheimer dan ADHD ( Attention

Deficit Hyperactivity Disorder ) dapat dihindari sekiranya mengambil makanan dan

minuman yang seimbang dan berkhasiat. Menurut beliau, otak manusia sebagai

pusat kawalan seluruh sistem badan juga dipengaruh oleh nutrien-nutrien yang

Page 26: karangan spm.docx

terdapat dalam diet kita. Kajian saintifik terkini juga mengeluarkan laporan bahawa

mineral seperti kalsium dan sodium terlibat dalam proses penghantaran impuls

dalam sistem saraf badan kita. Dr McCulloch telah mengutarakan evidens bahawa

pemakanan seimbang dapat mengurangkan tekanan emosi serta meningkatkan

keupayaan seseorang individu untuk menangani dan mengatasi sesuatu masalah

atau pancaroba dengan minda yang tenang dan waras.

                 

Sebagai rentetan daripada perbincangan di atas, pemakanan seimbang telah

terbukti dapat mengurangkan risiko untuk menghidapi pelbagai penyakit yang

berbahaya. Malnutrisi didefinisikan sebagai mempunyai diet yang tidak seimbang,

seperti mengambil nutrien-nutrien dalam kadar yang terlalu banyak ataupun terlalu

sedikit. Makanan ringan yang digemari ramai mempunyai kandungan kolesterol,

garam, gula dan lemak yang terlalu tinggi. Sekiranya kita terlalu kerap makan

makanan ringan, kita akan mempunyai risiko tinggi untuk menghidapi penyakit

obesiti, diabetes, hipertensi dan juga strok. Sebaliknya sekiranya kita kekurangan

kalsium, fosforus dan vitamin D dalam diet harian, kita akan menghidapi penyakit

osteoporosis dan osteomalacia, iaitu tulang dan gigi menjadi lemah dan mudah

retak. Seperti yang berlaku kepada kanak-kanak di negara-negara daif, kekurangan

protein akan menyebabkan penyakit kwashiorkor dan marasmus. Penyakit  kanser

juga terbukti dapat dielakkan dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang,

terutamanya kanser payu dara, kanser buah pinggang dan kanser hati. Oleh itu,

memang tidak dapat dinafikan bahawa jikalau kita mengambil semua nutrien, bahan

mineral dan zat yang diperlukan oleh tubuh badan dalam kuantiti yang tepat, kita

akan mengurangkan risiko diri untuk dijangkiti berbagai-bagai penyakit yang bukan

sahaja menderitakan malah juga berpotensi membawa maut. Janganlah sampai nasi

menjadi bubur, barulah kita bertindak dan  mengambil berat  kepentingan

pemakanan seimbang kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada

gunanya.

                 

Kepentingan pemakanan seimbang yang terakhir namun tidak kurang signifikannya

berbanding kepentingan yang dihuraikan sebelum ini ialah pemakanan seimbang

dapat menjimatkan kos dan perbelanjaan perubatan seseorang, khususnya

golongan yang kurang berkemampuan. Suatu soal selidik yang dijalankan iaitu

Consumer Expenditure Survey 2009 telah menganggarkan bahawa setiap individu

membelanjakan kira-kira 6.37% daripada pendapatan bulanan mereka untuk

membiayai perbelanjaan perubatan. Secara amnya, seseorang itu akan

Page 27: karangan spm.docx

membelanjakan sebanyak US$3,126 (RM9,975) setiap tahun semata-mata untuk

menjelaskan kos perubatan. Pada tahun 2009, kerajaan Malaysia telah

memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM13.8 bilion untuk menampuang segala

keperluan dan kemudahan perubatan rakyat Malaysia. Senario ini tidak harus

berlaku, kerana kita sewajarnya berusaha menjaga kesihatan diri dan tidak

bergantung kepada kerajaan untuk menyelesaikan masalah-masalah kita. Jikalau

kita mengamalkan pemakanan yang seimbang, kita mampu menjimatkan

perbelanjaan perubatan sebanyak beribu-ribu ringgit dan wang tersebut dapat

disimpan untuk masa kecemasan yang lain. Dari aspek ekonomi negara pula,

berbilion-bilion ringgit dapat difokuskan bagi menjana pembangunan dan

perkembangan dalam industri lain seperti industri pelancongan dan penyelidikan.

Sesetengah pihak akan mengemukakan hujah bahawa pemakanan seimbang tidak

begitu penting, kerana sains dan teknologi moden dalam bidang perubatan

menjelang era pascaglobalisasi ini mampu mengubati hampir setiap penyakit.

Memang benar, bidang perubatan kini semakin canggih hasil daripada daya intelek

golongan saintis dan pakar perubatan. Namun demikian, persis madah pujangga

Melayu ada berbunyi, mencegah lebih baik daripada mengubati. Dalam konteks ini,

peribahasa ini menegaskan bahawa lebih baik kita menghindari diri daripada

menghidapi sesuatu penyakit daripada mengubati penyakit tersebut selepas

dijangkiti. Hal ini juga dapat menjimatkan kos dan perbelanjaan kita. Membeli

makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran jauh lebih murah

daripada membeli ubat-ubatan daripada farmasi.

                 

Tuntasnya, kepentingan pemakanan seimbang amat jelas dan ketara dalam

kehidupan seharian setiap manusia di permukaan bumi ini. Sebelum meletakkan

mata pena dan menulis noktah terakhir, seruan saya ialah kita mestilah sedar

bahawa tabiat pemakanan kita bukan sahaja mendatangkan kesan terhadap

kesihatan fizikal kita, malah akan meninggalkan implikasi terhadap kesihatan kita

secara holistik. Pepatah ada mengatakan, Diri Anda ialah Apa yang Anda Makan

dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Memang tidak payah untuk

mengamalkan diet yang sihat dan seimbang. Kita perlulah membina jadual

pemakanan yang terancang berdasarkan Piramid Makanan serta mematuhi arahan

doktor. Andai kata semua warganegara Malaysia berganding bahu dan bersama-

sama mempraktikkan diet dan pemakanan yang seimbang, bukan sahaja individu

malah masyarakat dan negara yang akan menerima kesan positif daripada usaha

kolaboratif ini. Akhir kata, marilah kita semua mengamalkan pemakanan seimbang

Page 28: karangan spm.docx

supaya negara dan juga dunia kita ini akan lebih sihat dan cergas, sekali gus

melahirkan masyarakat yang cemerlang dan berakal tajam, kerana badan sihat, otak

cerdas.

SEBAB-SEBAB MEMILIH MALAYSIA SEBAGAI TEMPAT/ DESTINASI

PELANCONGAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang istimewa.  Ramai pelancong memilih

negara kita sebagai destinasi pelancongan.   Apakah sebab-sebab rakyat Malaysia

memilih  untuk melancong di negara sendiri? Malaysia sebenarnya mempunyai

pelbagai jenis industri pelancongan yang boleh dikomersialkan. Antaranya

termasuklah destinasi pelancongan berasaskan Kebudayaan, Industri Kraftangan,

Makanan Tradisi, Tempat-tempat Menarik, Sukan dan Agrotourism. Klasifikasi ini

penting kerana pelancong mempunyai minat yang berbeza dan memudahkan

mereka membuat pilihan untuk melancong ke tempat-tempat tersebut.

Kebiasaannya, tempat tersebut wujud kerana keunikan  identiti dan keistimewaan

tersendiri. Contohnya, destinasi pelancongan berasaskan tempat-tempat menarik

seperti Pulau Pangkor, Pulau Tioman, Pulau Redang dan Taman Negara Bako.

Selain itu, destinasi pelancongan berasaskan Sukan dapat direalisasikan melalui

penganjuran Sukan Antarabangsa seperti Formula 1 di Sepang dan Le Tour De

Langkawi yang menjadi acara tahunan di Pulau Langkawi. Jelaslah sektor

pelancongan yang mempunyai identiti tersendiri dapat menarik minat pelancong.

                 

Antara sebabnya ialah keindahan alam sekitar yang menarik terdapat di negara ini. 

Malaysia mempunyai hutan yang menarik.  Tempat-tempat ini boleh menenangkan

fikiran kita contohnya, Taman Negara Endau, Rompin, Gua Niah di Sarawak dan

lain-lain. Promosi ini keunikan dan keindahan alam semula jadi telah diwara-

warakan melalui iklan-iklan di media cetak dan media elektronik termasuklah di

laman-laman web. pameran di  tempat-tempat awam seperti

pasar raya, pertandingan-pertandingan dan pesta jualan. Contohnya pertandingan

memancing ‘Joran’ anjuran Berita Harian yang diadakan saban tahun secara tidak

langsung turut mempromosikan tempat-tempat menarik di Malaysia seperti Pulau

Tioman, Tasik Kenyir dan Empangan Temenggor.  Ringkasnya, Promosi destinasi

pelancongan yanggiat dilakukan dalam usaha memperkenalkan destinasi menarik di

Malaysiamerupakan pemangkin Malaysia menjadi lokasi tarikan utama pelancong

kerana tak kenal maka tak cinta.

Page 29: karangan spm.docx

                 

Pada masa yang sama, kemajuan industri pelancongan tanah air dibantu oleh

wujudnya keunikan budaya di negara kita. Memandangkan Malaysia merupakan

sebuah negara yang memiliki masyarakat majmuk maka pelbagai budaya menarik

terdapat di sini. Gabungan budaya masyarakat Melayu, Cina dan India telah berjaya

meningkatkan kunjungan pelancong asing ke Malaysia. Kaum Melayu umpamanya

terkenal dengan tarian inang dan zapin manakala kaum Cina pula terkenal dengan

tarian naga. Selain itu, Malaysia juga kaya dengan pelbagai makanan tradisional

yang dapat dinikmati oleh para pelancong. Masyarakat Melayu misalnya terkenal

dengan makanan seperti sate, ketupat dan rendang manakala kaum India pula

terkenal dengan masakan kari, tosei, idali dan lain-lain. Justeru keunikan budaya

masyarakat di Malaysia telah berjaya menjadi daya tarikan kepada para pelancong

untuk berkunjung ke negara kita yang menjadi faktor serampang dua mata dalam

menjana ekonomi negara. .

                 

Malaysia juga mempunyai pantai-pantai yang menarik.  Apabila melancong di pantai,

pulau, dan kawasan tanah tinggi, kita dapat menghilangkan tekanan dan mendapat

hiburan.  Rakyat Malaysia yang melancong bersama-sama keluarga boleh

mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.  Sebagai contoh Pulau Pinang, Pulau

Tioman, Pulau Langkawi, Port Dickson, Desaru Kota Tinggi, Tanah Tinggi Cameron,

Tanah Tinggi Genting dan lokasi lain yang boleh dijadikan destinasi pelancongan

keluarga.  Sebagai contohnya, Malaysia memiliki kawasan rekreasi di tanah tinggi

yang mempunyai suhu sejuk seperti Cameron Highlands dan Genting Highlands. Di

kawasan ini, para pelancong dapat menikmati keindahan alam semula jadi yang unik

di samping melihat pelbagai tanaman hawa sederhana iaitu sayur-sayuran serta

buah-buahan tropika. Malaysia juga mempunyai hutan semula jadi iaitu hutan hujan

Khatulistiwa yang berusia lebih dua juta tahun. Di kawasan hutan semula jadi ini

pelancong dapat menjalankan aktiviti riadah sambil menikmati keindahannya

mahupun menjalankan kajian tentang flora dan fauna yang terdapat di situ. Justeru,

kewujudan kawasan reakrasi seperti ini menjadi faktor dominan  menarik pelancong

dari dalam dan dari luar negara.

               

Malaysia juga popular dengan  pusat-pusat beli-belah yang terkenal.  Contohnya,

Mega Mall di Kuala Lumpur, Mahkota Parade di Melaka, The Summit. Alamanda,

Mid-Valley dan lain-lain.  Barangan yang dijual di negara kita setanding dengan

negara  di luar negara.  Selain itu, terdapat juga pelbagai kraftangan yang boleh

Page 30: karangan spm.docx

dijadikan cenderamata.  Pelancong sangat  suka barangan kraftangan Malaysia

kerana menarik dan terdapat pelbagai tawaran harga murah oleh pelbagai pihak. 

Pada setiap tahun juga, diadakan promosi harga barangan dan jualan

mega. Contohnya seperti yang telah dilakukan oleh ‘First World Hotel’. Agensi

tersebut telah menyediakan pakej yang murah, serendah RM 88.00 untuk satu

malam meliputi penginapan, makan malam, sarapan, makan tengah hari dan

lawatan ke taman tema. Jelasnya, melalui tawaran pakej istimewa tersebut,  sudah

pasti pelbagai golongan masyarakat dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk

memajukan sektor pelancongan di negara kita.  Oleh itu, rakyat Malaysia tidak perlu

melancong  luar negara kerana Malaysia mempunyai segala-galanya.

Tuntasnya, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, jika usaha

yang dilakukan amat kurang dan terbatas, bagaimanakah hasrat untuk melihat

sektor pelancongan di negara kita merentasi benua dan dunia akan menjadi nyata.

Segala usaha yang dirancang dan direncana memerlukan bantuan dan kerjasama

daripada semua pihak. Semoga melalui keprihatinan dan rasa bertanggungjawab

serta cinta akan negara , nama Malaysia akan menjadi sebutan dan pilihan utama

seluruh penduduk dunia sebagai destinasi merehatkan minda.

CARA-CARA MENANGANI KENAIKAN HARGA BARANG

Setelah menghela nafas kemerdekaan selama 55 tahun, ibu pertiwi kita yang telah

bebas daripada cengkaman penjajah begitu pesat membangun bagaikan cendawan

tumbuh selepas hujan. Sehubungan dengan hal itu, peribahasa ada menyebut

bahawa, ada bukit, ada paya, namun kita tidak boleh mendabik dada kerana di

sebalik kemajuan yang sedang dikecapi, negara kita masih lagi terkongkong dalam

gelombang inflasi yang semakin rumit. Walaupun isu ini hangat diperkatakan dan

sering meniti di bibir masyarakat, tetapi pernahkah terlintas dalam benak fikiran kita,

apakah yang dimaksudkan dengan inflasi?  Mengikut penjelasan yang terdapat

dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, inflasi didefinisikan sebagai keadaan kenaikan

Page 31: karangan spm.docx

harga barangan yang disebabkan oleh bertambahnya kuasa membeli. Oleh itu,

masalah ini tidak boleh dipandang remeh dan formula penyelesaian harus

diimplimentasikan untuk merungkai masalah ini bak kata peribahasa, tak ada

gunung yang tak dapat didaki, tak ada lurah yang tak dapat dituruni.

            

Setiap penyakit ada penawarnya yang mustajab, setiap masalah ada jalan

penyelesaian yang berkesan, oleh itu, pihak kerajaan sewajarnya mengambil inisiatif

dengan menganjurkan kempen berhemat secara istiqamah dan konsisten ke seluruh

pelosok negara dan bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga. Memetik kata-

kata azimat  Lootze, kehidupan membazir dan tamak haloba mendorong manusia ke

arah kebinasaan. Lantaran itu, kempen tersebut haruslah menekankan kepentingan

amalan berjimat cermat supaya nilai murni ini dapat dijadikan amalan dalam

kehidupan masyarakat Malaysia. Tindakan yang lebih afdal, masyarakat sewajarnya

diseru supaya berbelanja mengikut kemampuan sendiri ibarat mengukur baju di

badan sendiri dan usahlah bersikap membesarkan kerak nasi. Cara berbelanja

dengan mengikut hawa nafsu akan membawa padah yang buruk kerana peribahasa

Melayu ada menyatakan, ikut nafsu lesu, ikut hati mati, ikut rasa binasa.  Tambahan

pula, pihak kerajaan juga harus mengadakan pertandingan yang dapat menarik

penyertaaan khalayak seperti sayembara puisi, menulis esei, persembahan artis dan

sebagainya dalam usaha menyebarluaskan kempen tersebut. Jelaslah bahawa

penganjuran kempen berhemat secara berterusan dan holistik merupakan perisai

yang ampuh untuk merungkai masalah kenaikan harga barangan.

            

Page 32: karangan spm.docx

“Jika satu pintu tertutup, pintu lain akan terbuka untuk menyelesaikan sebarang

kesulitan yang berlaku di negara kita termasuk isu kenaikan harga barang. Namun

begitu. kita tetap melihat dan kemudiannya menyesal kerana pintu penyelesaian itu

tertutup terlalu lama sehingga kita tidak dapat melihat pintu lain yang telah terbuka.

Begitulah gambaran implikasi daripada kata-kata mutiara Alexander Graham Bell,

seorang ahli sains dan matematik Barat yang menunjukkan bahawa setiap masalah

pasti ada cara yang berkesan untuk mengatasinya. Sebagai kesinambungan idea,

tindakan agensi bukan kerajaan atau NGO melindungi hak-hak pengguna daripada

kenaikan harga barangan tanpa kawalan di pasaran merupakan langkah konkrit

yang patut dilaksanakan sepanjang masa. Organisasi atau agensi yang menyokong

peranan kerajaan ini seperti Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia atau FOMCA

dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang atau CAP, telah mendukung obligasi untuk

melindungi hak para pengguna. Pihak-pihak ini berperanan untuk menerima

sebarang aduan dan menyiasat segala permasalahan yang dihadapi termasuklah

masalah kenaikan harga barangan keperluan, penjualan barangan yang telah luput

tarikh, caj perkhidmatan yang melampau dan sebagainya. Seterusnya FOMCA dan

CAP haruslah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak

golongan pengguna akan terpelihara dan tidak mudah dieksploitasi oleh peniaga-

peniaga yang licik dan tidak bertanggungjawab. Organisasi-organisasi ini haruslah

menjalinkan hubungan ukhuwah ibarat seikat bak sirih, serumpun bak serai dan kita

juga berpegang pada falsafah Confusius, apakah gunanya sekiranya kita tidur

sebantal tetapi mimpi kita lain-lain, lebih baik kita tidur bantal yang berlainan, tetapi

mimpi kita tetap sama. Deduksinya, melindungi hak-hak pengguna daripada

Page 33: karangan spm.docx

kenaikan harga barangan tanpa kawalan di pasaran merupakan tindakan efektif oleh

agensi bukan kerajaan atau NGO.

            

Tokoh psikologi Barat pernah mengungkapkan bahawa tiada masalah yang tidak

boleh diselesaikan, sebaliknya hidup tanpa dibebani masalah adalah kosong. Kata-

kata ini memang ada kebenarannya dan semua rakyat di negara ini perlu berpijak di

bumi nyata kerana setiap kemelut yang kita hadapi mesti ada uslub dan minhaj yang

komprehensif. Bertitik tolak daripada manifestasi ini, pihak berkuasa seharusnya

sentiasa membuat pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-

mana pihak yang menaikkan harga barangan sesuka hati tanpa memperoleh

kelulusan daripada pihak berwajib. Pegawai kerajaan berkaitan juga haruslah

memainkan peranan yang penting untuk mengadakan pemeriksaan secara mengejut

ke premis-premis perniagaan dari semasa ke semasa untuk memastikan para

peniaga mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan tidak bersikap seperti lintah

darat. Sementelahan itu, pihak kerajaan juga haruslah melunaskan tanggungjawab

yang terletak di atas pundak mereka untuk menggubal, mengkodifikasikan

seterusnya menguatkuasakan undang-undang secara serius dan telus supaya dapat

memberi peringatan kepada golongan peniaga. Mana-mana peniaga yang cuba

menaikkan harga barangan atau memasang lukah di pergentingan hendaklah

didakwa di mahkamah agar kesalahan sebegini tidak berulang ibarat pisang berbuah

dua kali. Oleh itu, usaha pihak berkuasa yang sentiasa membuat pemantauan dan

mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab dapat

mengekang masalah kenaikan harga barangan di pasaran.

Page 34: karangan spm.docx

            

Lampu Aladdin tidak akan bersinar sendiri, tetapi Aladdin akan menggosoknya

terlebih dahulu, persis ungkapan kata Alex Osborn telah membuktikan bahawa

kejayaan semanis madu tidak akan terjana tanpa curahan usaha yang bersungguh-

sungguh kerana peribahasa Melayu ada menyebut, kalau tak dipecahkan ruyung,

manakan dapat sagunya. Hakikatnya, media massa juga menggalas kewajipan

untuk menyebarluaskan informasi berkaitan ilmu kepenggunaan merupakan

prakarsa bagi menangkis masalah kenaikan harga barang. Sebagaimana yang kita

sedia maklum bahawa ilmu kepenggunaan dalam kalangan masyarakat Malaysia

masih kurang meluas dan berada di takuk yang lama. Oleh itu, tidak hairanlah

sekiranya segelintir golongan peniaga yang mengutamakan keuntungan akan

bersikap ibarat menangguk di air keruh, menindas gologan pengguna yang tidak

berdosa. Oleh hal yang sedemikian, media massa haruslah menyumbang tenaga

secara optimum dengan menerapkan pengetahuan berkaitan hak-hak pengguna

kepada seluruh strata masyarakat. Dengan komitmen pihak media massa,

pengguna akan mengetahui kaedah yang efisien untuk menuntut hak mereka

daripada dimanipulasikan oleh para peniaga yang durjana. Misalnya, apabila berlaku

kenaikan harga barangan, pengguna akan dapat membuat aduan kepada pihak

berwajib dan agensi bukan kerajaan supaya hak-hak mereka dapat dipertahankan.

Melalui penyebaran maklumat oleh media cetak dan media elektronik, para

pengguna termasuk suri rumah tangga akan memperoleh ilmu kepenggunaan

secara total dan bertindak berani kerana benar dalam memperjuangkan hak mereka

seterusnya mengatasi kemelut kenaikan harga barangan di negara ini.

Page 35: karangan spm.docx

            

Setelah meniti perbincangan secara panjang lebar, sudah terang lagi bersuluh,

segenap lapisan masyarakat mesti bersama-sama menggembleng tenaga untuk

mengekang kenaikan harga barangan dari peringkat akar umbinya. Sebagai

manusia yang kamil dan soleh, kita tidak wajar menadah tangan ke langit menunggu

kejatuhan lampu ajaib Aladdin kerana peribahasa Melayu ada menyatakan, yang

bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang. Oleh itu,semua

anggota komuniti haruslah mendukung semangat habis kapak berganti

beliung untuk membendung masalah tersebut.  Oleh itu, Wawasan 2020 yang

dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri kita yang keempat, Tun Mahathir bin

Mohamad bukan lagi menjadiangan-angan Mat Jenin.

Pelancongan Desa (Homestay).

• Pelancongan Desa atau 'Homestay' merupakan salah satu aktiviti pelancongan yang dapat menghasilkan pendapatan kepada penduduk kampung. 'Homestay' diperkenalkan sebagai usaha menggalakkan aktiviti ekonomi tersebut di kalangan penduduk kampung. Pelancongan desa dapat memajukan pelancongan eko(eco-tourism) dan pelancongan tani (agro-tourism) di kawasan-kawasan desa bagi membawa manfaat ekonomi kepada kumpulan sasaran tempatan Pelancongan desa yangberasaskan pertanian misalnya, dapat memberi pengalaman kepada pelancong merasai hidup kampung dan merasai nikmat alam semula jadi dengan melawat ladang buah-buahan, ladang sayur-sayuran, ternakan ikan dan sebagainya.

• Projek ini secara tidak langsung memberi pendedahan kepada pemimpin masyarakat, individu dan warga desa tentang pendapatan sampingan yang boleh diperoleh daripada aktiviti ‘homestay’ di tempat mereka.

• Untuk menggalakkan pelancong datang dan mendiami kawasan luar bandar, penduduk luar bandar perlu diberi panduan atau orientasi dan persiapan mental untuk sedia menerima pengunjung luar secara yang lebih professional dan sistematik. Secara tidak langsung, pelancongan desa mewujudkan kesedaran

Page 36: karangan spm.docx

mengenai pentingnya pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar. Persediaan Ke Arah MenjalankanProjek ‘Homestay’

• Menyediakan kemudahan infrastruktur kawasan seperti rumah penginapan, kantin, bekalan air bersih, elektrik, jambatan gantung dan kemudahan- kemudahan asas yang lain.

• Menyediakan aktiviti-aktiviti rekreasi seperti mendaki bukit dan gunung, memancing, berkhemah, melawat gua, merentas hutan, memerhati burung, melawat ladang, kebun buah-buahan, berbasikal dan aktiviti-aktiviti lain yang menarik.

• Mempromosikan kawasan pelancongan di desa kepada para pelawat daripada dalam dan luar negeri melalui kerjasama agensi-agensi kerajaan dan swasta (agensi pelancongan).

• Membangunkan kawasan-kawasan desa yang sesuai untuk tujuan pelancongan dengan menyediakan penginapan dankawasan menjamu selera.

• Projek Homestay adalah satu konsep penginapan yang unik dan sangat sesuai bagi mereka yang ingin merasaipengalaman menjalani cara hidup masyarakat Melayu.

• Kampung-kampung yang terlibat di dalam projek ini sangat komited dalam memberikan gambaran sebenar cara hidup masyarakat Melayu. Di samping itu. projek ini memastikan setiap pengujung yang memilih penginapan secara 'Homestay' memperoleh pengalaman yang menggembirakan selain dapat meningkatkan pemahaman mengenai budaya Melayu. Contoh Projek ‘Homestay’ : Banghuris

• Banghuris' adalah ringkasan kepada cantuman 3 buah kampung iaitu Kg. Bukit Bangkong, Kg. Ulu Chuchoh dan Kg. Ulu Teris.Banghuris merupakan program ‘homestay’ pertama bagi Daerah Sepang.Setiap kampung mempunyai jentera pentadbiran yang dikenali dengan nama Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) yang berasingan.Nama 'Banghuris' mula diiktiraf

Pada 14 Mac 1997 dengan Jawatankuasanya terdiri daripada wakil setiap kampung yang bertanggungjawab mengendalikan program bersama dalam aspek yang lebih menyeluruh bagi ketiga-tiga kampung.Projek ini terletak di dalam Mukim Sepang dengan jarak 50 minit perjalanan daripada Kuala Lumpur dan 30 minit daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

• Keseluruhan jumlah penduduk Banghuris adalah seramai lebih kurang 6,500 orang dengan keluasan tanah lebih kurang 1,200 hektar (3,000 ekar). Kampung-kampung ini telah dilengkapkan dengan kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air paip,

Page 37: karangan spm.docx

klinik, rangkaian jalan kampung, sekolah rendah dan sekolah menengah, sekolah agama, masjid, klinik kerajaan, balairaya, tadika dan sebagainya.Hampir 90% tanah di Banghuris digunakan untuk projek-projek pertanian, dusun buah-buahan, kelapa sawit, getah, kelapa dan kopi.Sumber pencarian penduduk di sini ialah sektor pertanian, kerajaan, kontraktor, pekerja kilang, nelayan, industri kecil dan perniagaan runcit.

• Banghuris merupakan pengeluar terbesar industri makanan ringan di daerah Sepang dengan pengeluaran seperti kerepek ubi, pisang, keledek, tempe, cakar ayam serta kuih tradisional.Pada masa ini, projek pelancongan "Homestay Banghuris" adalah lebih menonjol denganpelbagai promosi telah diadakan di dalam dan luar negeri bagi menarik lebih ramai pelancong menyertai program ini untuk menikmati suasana kehidupan kampung serta adat istiadat.Buat masa ini, purata kehadiran pelancong dalam dan luar negara melawat dan tinggal di ‘homestay’ lebih kurang 2,500 orang pada tahun 2000.