23
PSZ 19:16 (Pind 1/97) CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor dan Sarjana Secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA (PSM) JUDUL : PENGUASAAN PENGGUNAAN ALAT RADAS MAKMAL SAINS DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI SEKOLAH MENENGAH SEKITAR DAERAH KUALA TERENGGANU . SESI PENGAJIAN : 2004/2005 FARHANA MUNIRAH BINTI ROSLAND (HURUF BESAR) Saya mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) SULIT TERHAD TIDAK TERHAD (TANDATANGAN PENYELIA) PROF. DR. NOOR AZLAN AHMAD ZANZALI Nama Penyelia Tarikh : 21 OKTOBER 2004 (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap : D-86 JALAN JATI SUASA, TAMAN BUKIT, 43000 KAJANG, SELANGOR. Tarikh : 21 OKTOBER 2004

BORANG PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK … · PENGUASAAN PENGGUNAAN ALAT RADAS MAKMAL SAINS DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI SEKOLAH MENENGAH FARHANA MUNIRAH BINTI

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK … · PENGUASAAN PENGGUNAAN ALAT RADAS MAKMAL SAINS DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI SEKOLAH MENENGAH FARHANA MUNIRAH BINTI

PSZ 19:16 (Pind 1/97)

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor dan Sarjana Secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA (PSM)

JUDUL : PENGUASAAN PENGGUNAAN ALAT RADAS MAKMAL SAINS DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI SEKOLAH MENENGAH SEKITAR DAERAH KUALA TERENGGANU.

SESI PENGAJIAN : 2004/2005

FARHANA MUNIRAH BINTI ROSLAND

(HURUF BESAR)

Saya

mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

(TANDATANGAN PENYELIA)

PROF. DR. NOOR AZLAN AHMAD ZANZALI Nama Penyelia

Tarikh : 21 OKTOBER 2004

(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap : D-86 JALAN JATI SUASA, TAMAN BUKIT, 43000 KAJANG, SELANGOR. Tarikh : 21 OKTOBER 2004

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK … · PENGUASAAN PENGGUNAAN ALAT RADAS MAKMAL SAINS DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI SEKOLAH MENENGAH FARHANA MUNIRAH BINTI

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)”.

Tandatangan : ....................................................

Nama penyelia : Prof. Dr. Noor Azlan Ahmad Zanzali

Tarikh : 21 OKTOBER 2004

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK … · PENGUASAAN PENGGUNAAN ALAT RADAS MAKMAL SAINS DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI SEKOLAH MENENGAH FARHANA MUNIRAH BINTI

PENGUASAAN PENGGUNAAN ALAT RADAS MAKMAL SAINS DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT

DI SEKOLAH MENENGAH

FARHANA MUNIRAH BINTI ROSLAND

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

OKTOBER, 2004

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK … · PENGUASAAN PENGGUNAAN ALAT RADAS MAKMAL SAINS DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI SEKOLAH MENENGAH FARHANA MUNIRAH BINTI

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ..................................

Nama penulis : Farhana Munirah Binti Rosland

Tarikh : 21 OKTOBER 2004

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK … · PENGUASAAN PENGGUNAAN ALAT RADAS MAKMAL SAINS DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI SEKOLAH MENENGAH FARHANA MUNIRAH BINTI

iii

Dedikasi

Segala Puji-pujian hanya UntukMu

Tuhan Yang Mentadbir Sekalian Alam

Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang

Yang disanjungi

Ayahandaku yang sentiasa berkorban

mengerah keringat demi masa hadapan anak-anaknya

akanku cuba membalas segala jasa

Yang dikasihi

Bondaku yang sentiasa memberikan dorongan dan perangsang

doa dan harapanmu tidakku persiakan

Yang disayangi

Kekanda-kekanda dan adinda-adindaku

yang banyak memberikan mutiara hikmah bagiku

nasihatmu menjadi pedoman hidupku

Buat sahabat-sahabat yang dihormati

terima kasih di atas segala bimbingan dan dorongan

menjalani hidup di rantau orang

semoga Allah memberkati ketulusan hatimu

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK … · PENGUASAAN PENGGUNAAN ALAT RADAS MAKMAL SAINS DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI SEKOLAH MENENGAH FARHANA MUNIRAH BINTI

iv

PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T. Yang Maha Pemurah Lagi Maha

Penyayang kerana dengan rahmat-Nya telah mengizinkan saya menyiapkan kajian ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penyelia saya Prof. Dr. Noor

Azlan Ahmad Zanzali yang tidak jemu memberikan bimbingan, panduan dan tunjuk ajar

sehingga kajian ini dapat disiapkan dengan sebaik-baiknya dalam waktu dan menepati

syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Ucapan jutaan terima kasih juga saya ajukan kepada pihak-pihak yang terlibat di atas

kerjasama dan jasa baik yang diberikan iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan

Pendidikan Negeri Terengganu melalui Unit Perhubungan, Pendaftaran dan Pendidikan

Swasta, serta pengetua-pengetua sekolah yang terlibat dalam kajian ini.

Saya juga merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga

kepada semua pensyarah Universiti Teknologi Malaysia yang tidak jemu menyumbang

ilmu pengetahuan dan sokongan kepada saya untuk mencapai kejayaan ini. Tidak lupa

ucapan terima kasih dan penghargaan juga diajukan kepada keluarga, rakan-rakan

seperjuangan dan sesiapa sahaja yang secara langsung atau tidak langsung membantu

menyiapkan projek ini. Semoga Allah memberkati usaha dan jasa baik yang telah

disumbangkan.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK … · PENGUASAAN PENGGUNAAN ALAT RADAS MAKMAL SAINS DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI SEKOLAH MENENGAH FARHANA MUNIRAH BINTI

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan penggunaan alat

radas makmal sains pelajar tingkatan empat aliran sains sekitar Kuala Terengganu.

Instrumen kajian yang digunakan ialah satu set soalan yang terdiri daripada tiga

bahagian. Bahagian A merangkumi latar belakang responden, Bahagian B mengandungi

soalan struktur yang merangkumi kemahiran membaca skala, pengiraan isipadu asid

dalam pentitratan dan kemahiran menggunakan alat radas mengikut fungsi dan

kesesuaian bahan yang diukur; manakala, Bahagian C mengandungi 30 item soal selidik

yang bertujuan untuk menilai tahap penguasaan pelajar dalam penggunaan alat radas

makmal sains. Kajian yang dilakukan hanya melibatkan beberapa alat radas makmal

sains iaitu termometer, tabung uji, kelalang kun, kelalang volumetrik, silinder

bersenggat, buret dan pipet. Responden kajian yang terlibat terdiri daripada 120 orang

pelajar Tingkatan Empat dari empat buah sekolah menengah di sekitar Kuala

Terengganu, Terengganu. Berdasarkan dapatan kajian, penguasaan pelajar dalam

penggunaan alat radas makmal sains adalah sederhana. Pelajar paling lemah dalam

membaca skala alat radas, diikuti pemilihan alat radas yang sesuai untuk mengukur

sesuatu bahan dengan tepat. Pelajar kurang mengalami masalah dalam teknik

mengendalikan alat radas makmal. Seterusnya cadangan diberikan untuk

mempertingkatkan situasi dan cadangan kajian lanjutan juga diberikan.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK … · PENGUASAAN PENGGUNAAN ALAT RADAS MAKMAL SAINS DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI SEKOLAH MENENGAH FARHANA MUNIRAH BINTI

vi

ABSTRACT

This study aims to identify the mastery level of form four students in Kuala

Terengganu area studying science course in using science lab apparatus. The instrument

consists of a set of questions, which is divided into three parts. Part A looks into the

respondents’ personal information. Part B consists of structured questions including the

scale of skill, calculating volume of acid in titration and skill in using apparatus by its

function and suitability of material measured. Part C consists of 30 questionnaire items

which attempt to identify students’ mastery level in using science lab apparatus. This

study is limited to basic science laboratory apparatus such as thermometers, test tubes,

conical flasks, volumetric flasks, measuring cylinders, burettes and pipettes. The sample

study consists of 120 form four students from four schools around Kuala Terengganu,

Terengganu. Based on this research, the students’ mastery level in using science lab

apparatus is at the average level. Students are not good in study of scale followed by

choosing suitable apparatus to measure certain materials accurately. Students

experience less problem in operating apparatus technique. Suggestion are given to

improve and to upgrade the present situation and further research should be conducted.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK … · PENGUASAAN PENGGUNAAN ALAT RADAS MAKMAL SAINS DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI SEKOLAH MENENGAH FARHANA MUNIRAH BINTI

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Pengesahan Status Tesis

Pengesahan Penyelia

Halaman Judul i

Halaman Pengakuan ii

Halaman Dedikasi iii

Halaman Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Halaman Kandungan vii

Halaman Senarai Jadual x

Halaman Senarai Rajah xi

Halaman Senarai Singkatan xii

Halaman Lampiran xiii

BAB I PENGENALAN 1

1.0 Pendahuluan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.2 Pernyataan Masalah 5

1.3 Objektif Kajian 8

1.4 Persoalan Kajian 8

1.5 Tujuan Kajian 9

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK … · PENGUASAAN PENGGUNAAN ALAT RADAS MAKMAL SAINS DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI SEKOLAH MENENGAH FARHANA MUNIRAH BINTI

viii

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Definisi Operasional 10

1.8.1 Penguasaan 10

1.8.2 Penggunaan 10

1.8.3 Alat radas 11

1.8.4 Pelajar 11

BAB II SOROTAN PENULISAN 12

2.0 Pendahuluan 12

2.1 Kemahiran Manipulatif 12

2.2 Kepentingan Kemahiran Manipulatif Dalam 13

Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

2.3 Aspek Yang Dikaji Dalam Kemahiran Manipulatif 14

BAB III METODOLOGI 16

3.0 Pendahuluan 16

3.1 Rekabentuk Kajian 16

3.2 Populasi Dan Sampel Kajian 17

3.3 Instrumen Kajian 17

3.4 Prosedur Kajian 18

3.5 Analisis Data 19

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK … · PENGUASAAN PENGGUNAAN ALAT RADAS MAKMAL SAINS DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI SEKOLAH MENENGAH FARHANA MUNIRAH BINTI

ix

BAB IV ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN HASIL 21

4.0 Pendahuluan 21

4.1 Latar Belakang Responden 21

4.2 Maklum Balas Responden Bagi Kemahiran 23

Menentukan Bacaan Instrumen Dengan Tepat

Dan Jitu

4.3 Maklum Balas Responden Dalam Penggunaan 25

Dan Pengendalian Alat Radas Makmal Sains

Bagi Setiap Aspek Yang Dikaji.

BAB V RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN 28

KAJIAN LANJUTAN

5.0 Pendahuluan 28

5.1 Rumusan 28

5.2 Implikasi Kajian 29

5.3 Cadangan Kajian Lanjutan 30

5.4 Penutup 31

RUJUKAN 32

LAMPIRAN A - F 34

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK … · PENGUASAAN PENGGUNAAN ALAT RADAS MAKMAL SAINS DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI SEKOLAH MENENGAH FARHANA MUNIRAH BINTI

x

SENARAI JADUAL

NO. TAJUK MUKA

JADUAL SURAT

3.1 Aras penguasaan penggunaan alat radas makmal sains 20

4.1 Maklumat bilangan responden lelaki dan perempuan 22

4.2 Maklumat bilangan responden mengikut kaum 22

4.3 Kemahiran menentukan bacaan instrumen dan kesesuaian 24

alat radas dengan tepat dan jitu

4.4 Pengendalian dan penggunaan alat radas makmal sains 26

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK … · PENGUASAAN PENGGUNAAN ALAT RADAS MAKMAL SAINS DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI SEKOLAH MENENGAH FARHANA MUNIRAH BINTI

xi

SENARAI RAJAH

NO. TAJUK MUKA

RAJAH SURAT

1.1 Kemahiran saintifik 2

4.1 Bilangan responden perempuan dan lelaki 22

4.2 Bilangan responden mengikut kaum 23

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK … · PENGUASAAN PENGGUNAAN ALAT RADAS MAKMAL SAINS DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI SEKOLAH MENENGAH FARHANA MUNIRAH BINTI

xii

SENARAI SINGKATAN

PEKA - Pentaksiran Kerja Amali

SPM - Sijil Persekolahan Malaysia

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

APU - Unit Penilaian Pencapaian

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK … · PENGUASAAN PENGGUNAAN ALAT RADAS MAKMAL SAINS DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI SEKOLAH MENENGAH FARHANA MUNIRAH BINTI

xiii

SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA

SURAT

A Borang Soal Selidik 34

B Analisis Data Bagi Aspek Penguasaan Penggunaan 42

Alat Radas Makmal Sains

C Surat Kebenaran Penyelidikan Bahagian Perancangan 43

Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian

Pendidikan Malaysia

D Surat Kebenaran Penyelidikan Daripada Jabatan 45

Pendidikan Negeri Terengganu

E Surat Memohon Kebenaran Untuk Menjalankan 46

Penyelidikan dari Jabatan Pendidikan Negeri

Terengganu

F Surat Pengesahan Pelajar Fakulti Pendidikan 47

Universiti Teknologi Malaysia

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK … · PENGUASAAN PENGGUNAAN ALAT RADAS MAKMAL SAINS DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI SEKOLAH MENENGAH FARHANA MUNIRAH BINTI

BAB I

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi yang pesat, bidang pendidikan

juga memerlukan perubahan agar selari dengan perkembangan terkini. Oleh itu,

Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) diperkenalkan pada tahun 1999 kepada pelajar

tingkatan 4 dan 5, bagi menggantikan Peperiksaan Amali Biologi, Kimia dan Fizik di

peringkat Sijil Persekolahan Malaysia (SPM). PEKA merupakan instrumen penilaian

berasaskan sekolah yang menggunakan pendekatan rujuk-kriteria. Pada tahun 2003

pula, Ujian Amali Bertulis bagi matapelajaran Biologi, Kimia dan Fizik telah

diperkenalkan sebagai kertas 3 dalam SPM.

Sebelum kehadiran PEKA, Peperiksaan Amali dijalankan untuk menilai

kemahiran saintifik pelajar hanya sekali dalam tempoh 2 tahun pengajian di tingkatan 4

dan 5. Jelaslah di sini bahawa penilaian PEKA yang bersifat formatif lebih berkesan

untuk menilai kemahiran saintifik pelajar. Hal ini berikutan prestasi pembelajaran

pelajar dalam aspek kemahiran saintifik dapat dinilai secara langsung dan segala

kelemahan pelajar dapat diperbaiki dari semasa ke semasa. Ujian Amali Bertulis pula

merupakan penyelesaian masalah yang melibatkan aktiviti mengeksperimen. Soalan-

soalan yang dikemukakan merupakan soalan eksperimen berdasarkan Sukatan Pelajaran.

Ujian Amali Bertulis menekankan kebolehan mengaplikasi pengetahuan, kemahiran

saintifik dan kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah secara penyiasatan

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK … · PENGUASAAN PENGGUNAAN ALAT RADAS MAKMAL SAINS DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI SEKOLAH MENENGAH FARHANA MUNIRAH BINTI

2

saintifik merangkumi penyelesaian secara kualitatif dan kuantitatif. Penguasaan

kemahiran saintifik amat penting kepada pelajar untuk menjawab Ujian Amali Bertulis

dengan sebaiknya. Kemahiran saintifik terbahagi kepada dua iaitu Kemahiran Proses

Sains dan Kemahiran Manipulatif sebagaimana dalam Rajah 1.1.

Rajah 1.1: Kemahiran Saintifik

KEMAHIRAN SAINTIFIK

Kemahiran Proses Sains

Kemahiran Manipulatif

Asas Bersepadu

• Memerhati • Mengelas • Mengukur dan

menggunakan nombor

• Membuat inferens

• Meramal • Berkomunikasi • Menggunakan

perhubungan ruang dan masa

• Mentafsir maklumat

• Mendefinisi secara operasi

• Mengawal pembolehubah

• Membuat hipotesis

• Mengeksperimen

• Menggunakan dan mengendali peralatan sains dan bahan dengan betul

• Menyimpan peralatan sains dan bahan dengan betul dan selamat

• Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul

• Mengendalikan spesimen hidup dan bukan hidup dengan betul dan cermat

• Melakar spesimen, bahan dan peralatan sains dengan tepat

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK … · PENGUASAAN PENGGUNAAN ALAT RADAS MAKMAL SAINS DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI SEKOLAH MENENGAH FARHANA MUNIRAH BINTI

3

Kemahiran proses sains lebih menekankan penilaian melalui laporan amali yang

ditulis pelajar manakala kemahiran manipulatif menjurus kepada penilaian terhadap

pengendalian dan penggunaan alat atau bahan semasa menjalankan amali. Kedua-dua

kemahiran ini adalah saling berkaitan dan merupakan aspek yang amat dititik beratkan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains terutamanya semasa menjalankan

amali.

Bagi menyahut cabaran keenam Wawasan 2020, Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM) telah menggubal Falsafah Pendidikan Sains Negara yang menjadi dasar

kemajuan pendidikan sains negara.

Pendidikan sains di Malaysia bertujuan memupuk budaya sains dan teknologi

dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif,

dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan

berketrampilan teknologi.

Penguasaan kemahiran saintifik yang baik dapat merealisasikan Falsafah Pendidikan

Sains dalam memupuk budaya sains dan teknologi di kalangan masyarakat dan

melahirkan masyarakat yang celik sains.

1.1 Latar Belakang Masalah

Menurut Aminuddin (1997), dalam suasana ingin memantapkan kemahiran

saintifik sebagai salah satu objektif kurikulum sains, latihan praktis dalam kemahiran ini

amatlah diperlukan. Maka para saintis telah memanipulasikan kemahiran psikomotor

dengan kemahiran lain yang dianggap sebagai unsur penting yang perlu dikuasai

seseorang pelajar.

Elemen dan aspek kemahiran manipulatif yang dinilai dalam PEKA terdapat

pada elemen E2 dan aspek A1 iaitu mengendalikan alat dan radas (menggunakan serta

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK … · PENGUASAAN PENGGUNAAN ALAT RADAS MAKMAL SAINS DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI SEKOLAH MENENGAH FARHANA MUNIRAH BINTI

4

mengendalikan alat radas). Penekanan kemahiran manipulatif dalam PEKA adalah

selaras dengan misi Pendidikan Sains Negara:

Melahirkan masyarakat Malaysia yang celik sains dan teknologi serta

membangunkan sumber manusia yang terlatih, dinamik dan produktif dan yang

menyumbangkan pencapaian taraf negara maju yang ulung.

Dalam misi Pendidikan Sains Negara di atas, sumber manusia yang terlatih,

dinamik dan produktif adalah merujuk kepada kecenderungan dalam kemahiran

manipulatif atau penguasaan penggunaan alat radas yang cekap dan mahir. Oleh yang

demikian, penguasaan kemahiran manipulatif perlu diterapkan kepada pelajar sejak

peringkat awal lagi bagi memahirkan mereka dengan kaedah dan teknik yang betul.

Pendedahan terhadap alat radas makmal sains dan cara penggunaannya telah

diperkenalkan di peringkat tingkatan satu. Begitu juga dengan peraturan makmal dan

langkah-langkah keselamatan ketika berada di makmal. Namun, masih ramai pelajar

yang melakukan kesilapan dan tidak dapat mengendalikan peralatan makmal dengan

baik. Akibatnya, bacaan atau dapatan yang diperoleh tidak tepat dan jitu serta

mempengaruhi keputusan eksperimen. Kesalahan biasa yang dilakukan pelajar adalah

ketika mengambil bacaan ketika menyukat isipadu cecair menggunakan alat penyukat di

makmal sains. Unit Penilaian Pencapaian atau Assessment of Performance Unit (APU)

telah melakukan penyelidikan dengan memberi penekanan dalam penggunaan alat radas

dan instrumen pengukuran (Abu Hassan, 2001). Hasil penyelidikan tersebut, didapati

pelajar sering melakukan kesilapan ketika mengukur isipadu suatu larutan.

Pelajar biasanya sering menghadapi masalah dalam mengendalikan instrumen

seperti termometer, tabung uji, kelalang kun, kelalang volumetrik, silinder bersenggat,

buret dan pipet. Kemahiran mengendalikan instrumen ini merangkumi pengetahuan

tentang fungsi setiap bahagian yang terdapat pada alat pengukur tersebut. Ralat paralaks

sering berlaku semasa pelajar mengambil bacaan kerana mereka memandang remeh

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK … · PENGUASAAN PENGGUNAAN ALAT RADAS MAKMAL SAINS DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI SEKOLAH MENENGAH FARHANA MUNIRAH BINTI

5

terhadap ketepatan bacaan yang diambil. Kesilapan ini akan mempengaruhi keputusan

eksperimen yang dijalankan.

1.2 Pernyataan Masalah

Kemahiran menggunakan alat radas amat penting terutamanya untuk

mendapatkan isipadu suatu cecair dengan tepat dan jitu. Namun pelajar sering

mengendalikan alat ini dengan kaedah yang kurang tepat. Sebelum memulakan

eksperimen, mereka tidak membilas alat tersebut dengan air suling dan larutan yang

hendak digunakan. Hal ini akan menyebabkan kepekatan larutan berubah dan keputusan

yang diperolehi kurang tepat.

Ketika melakukan pemanasan suatu larutan, pelajar sering menggunakan

termometer untuk mengacau larutan. Mereka juga meninggalkan termometer di dalam

bikar sehingga bebulinya mengenai dasar bikar kerana malas untuk memegang

termometer tersebut. Kedua-dua kaedah ini adalah salah dalam penggunaan termometer

dan boleh menyebabkan bebuli termometer rosak..

Tabung uji secara umumnya berfungsi sebagai alat untuk pencampuran bahan

cecair dalam jumlah yang sedikit. Kaedah kukus air digunakan bagi melakukan

pemanasan menggunakan tabung uji. Hal ini berbeza dengan tabung didih yang boleh

dibakar secara terus di atas api. Pelajar biasanya bermasalah untuk menentukan

perbezaan kedua-duanya. Mereka menganggap tiada beza di antara tabung uji dan

tabung didih.

Kelalang kun pula biasanya digunakan untuk melihat perubahan yang berlaku

terhadap larutan ketika menjalankan pentitratan. Untuk mendapatkan keputusan yang

baik, jubin digunakan untuk melapik bahagian bawah kelalang kun supaya sebarang

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK … · PENGUASAAN PENGGUNAAN ALAT RADAS MAKMAL SAINS DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI SEKOLAH MENENGAH FARHANA MUNIRAH BINTI

6

perubahan yang berlaku mudah dikesan. Namun pelajar selalu memandang remeh

perkara ini. Kelalang kun juga tidak boleh digoncang terlalu kuat kerana dikhuatiri

larutan di dalamnya terpercik keluar. Hal ini akan mengurangkan ketepatan dan kejituan

hasil eksperimen.

Penyediaan larutan dengan kemolaran tertentu memerlukan penggunaan kelalang

volumetrik. Pelajar sering menghadapi masalah ketika mengisi air suling sehingga

menepati senggatan yang telah ditetapkan. Sekiranya air suling melebihi senggatan,

larutan tersebut sudah tidak menepati kemolaran yang dikehendaki walaupun air tersebut

dikeluarkan semula. Apabila ini berlaku, pelajar lebih suka mengambil jalan mudah

dengan mengeluarkan semula air yang terlebih tadi.

Silinder bersenggat berfungsi untuk menyukat isipadu tertentu larutan. Larutan

yang telah disukat seterusnya dimasukkan ke dalam alat radas lain seperti tabung uji.

Kadang kala pelajar menggunakan hanya sebuah silinder bersenggat untuk menyukat

isipadu beberapa larutan yang berlainan tanpa membersihkannya dahulu. Masalah ini

jarang berlaku kerana guru sentiasa mengingatkan pelajar agar membasuhnya. Setelah

dibasuh, masih terdapat air yang tertinggal di dalam silinder bersenggat tersebut

walaupun dilap dengan kain kerana dasarnya sukar dicapai terutamanya yang bersaiz

kecil seperti silinder bersenggat 10mL. Hal ini akan mempengaruhi isipadu larutan yang

disukat.

Ketika menggunakan buret, pelajar sering mengalami masalah untuk menentukan

isipadu larutan dengan tepat. Kadang kala isipadu pada senggatan tidak menunjukkan

nilai sebenar kerana masih terdapat gelembung udara terutamanya pada bahagian jet

buret. Ketika melakukan pentitratan, pelajar memegang kelalang kun dan mengawal pili

dengan kaedah yang salah dan menyukarkan mereka menjalankan eksperimen. Hal ini

akan mengurangkan minat mereka dalam matapelajaran sains kerana merasa sukar

menguasai kemahiran manipulatif.

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK … · PENGUASAAN PENGGUNAAN ALAT RADAS MAKMAL SAINS DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI SEKOLAH MENENGAH FARHANA MUNIRAH BINTI

7

Pelajar juga sering mengalami masalah ketika mengendalikan pipet kerana

mereka kurang mahir untuk menyedut larutan menggunakan penyedut pipet. Mereka

bimbang sekiranya terlalu banyak larutan disedut hingga mencapai bahagian hujung atas

pipet. Hal ini berikutan penyedut pipet yang dibekalkan di sekolah kebiasaannya

penyedut yang mempunyai satu lubang sahaja. Masalah juga sering dihadapi pelajar

ketika hendak menanggalkan penyedut pipet dan menutup hujung atas pipet dengan

cepat. Sekiranya terlambat, larutan keluar sehingga ke paras bawah tanda senggatan dan

pelajar terpaksa menyedut larutan sekali lagi. Ketika memindahkan larutan, pelajar

tidak sepatutnya mengeluarkan kesemua larutan yang terdapat dalam pipet, sama ada

dengan cara meniup atau menggenggam bahagian bebuli sambil menutup bahagian atas

pipet dengan jari. Tindakan ini akan menyebabkan isipadu larutan yang dikeluarkan

menjadi tidak jitu.

Pelajar juga sering keliru ketika memilih alat pengukur yang sesuai untuk

mengukur isipadu suatu larutan. Adakalanya mereka menggunakan alat kaca seperti

silinder bersenggat atau buret untuk mendapatkan isipadu larutan yang memerlukan

ketepatan isipadu yang tinggi. Sebenarnya, pipet dapat mengukur isipadu larutan

dengan lebih tepat dan jitu berbanding silinder bersenggat dan buret.

Berdasarkan banyaknya masalah yang timbul dalam pengendalian alat radas

makmal sains, satu kajian dijalankan untuk mengenal pasti kemahiran pelajar

menggunakan alat-alat tersebut. Hal ini adalah bagi membantu pelajar menguasai

kemahiran menggunakan alat radas agar mereka memperoleh hasil yang tepat dan jitu.

Pelajar dapat mengetahui kelemahan mereka dan memperbaikinya. Hasilnya, pelajar

lebih berminat untuk meneroka dunia sains melalui kajian kendiri dengan penguasaan

kemahiran saintifik.

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK … · PENGUASAAN PENGGUNAAN ALAT RADAS MAKMAL SAINS DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI SEKOLAH MENENGAH FARHANA MUNIRAH BINTI

8

1.3 Objektif Kajian

Terdapat tiga objektif dalam kajian ini iaitu untuk mengenalpasti:

i. penguasaan penggunaan dan pengendalian termometer, tabung uji, kelalang

kun, kelalang volumetrik, silinder bersenggat, buret dan pipet di kalangan

pelajar tingkatan empat.

ii. masalah yang sering dihadapi pelajar ketika mengendalikan termometer,

tabung uji, kelalang kun, kelalang volumetrik, silinder bersenggat, buret dan

pipet.

iii. kebolehan pelajar dalam memilih peralatan yang sesuai untuk mengukur

sesuatu bahan dengan tepat.

1.4 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, terdapat beberapa persoalan yang perlu dikaji:

i. Adakah pelajar dapat mengendalikan termometer, tabung uji, kelalang

kun, kelalang volumetrik, silinder bersenggat, buret dan pipet dengan

kaedah yang betul?

ii. Apakah masalah yang sering dihadapi oleh pelajar ketika mengendalikan

termometer, tabung uji, kelalang kun, kelalang volumetrik, silinder

bersenggat, buret dan pipet?

iii. Adakah pelajar dapat memilih alat yang sesuai untuk mengukur isipadu

sesuatu larutan dengan tepat?