Upload
others
View
6
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PSZ 19:16 (Pind. 1/17)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS***
JUDUL : KESAN AIR BIASA (AIR KOSONG) DAN MINUMAN TENAGA (100PLUS)
TERHADAP DEHIDRASI KE ATAS PEMAIN HOKI
SESI PENGAJIAN : 2005/2006
Saya : SYARATUL IRWINA NADRAH MD ISA________ _ (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis *(PSM/Sarjana/Doktor Falsafah) ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
TIDAK TERHAD
__________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Nama Penyelia: Alamat Tetap : NO. 17, LRG. IM 2/35, DR. MOHAD ANIZU MOHD NOR INDERA MAHKOTA 2, 25200, KUANTAN, PAHANG. Tarikh : 6 APRIL 2006 Tarikh : 6 APRIL 2006
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
*** Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjana muda.
ii
KESAN AIR BIASA (AIR KOSONG) DAN MINUMAN TENAGA (100PLUS)
TERHADAP DEHIDRASI KE ATAS PEMAIN HOKI
SYARATUL IRWINA NADRAH BINTI MD ISA
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
iii
“ Saya akui bahawasanya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)”
Tandatangan : ____________________________
Nama Penyelia : Dr. Mohad Anizu Bin Mohd Nor
Tarikh : April, 2006
iv
“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ____________________________
Nama Penulis : Syaratul Irwina Nadrah Binti Md Isa
Tarikh : April, 2006
v
DEDIKASI
Teristimewa buat keluarga tersayang………………
Terutamanya buat Emak, Puan Jameliah Daud, yang banyak berkorban membesarkan
kami, Acik, Angah dan Adik sehinggalah kami sampai ke mercu kejayaan. Juga yang
tidak jemu memberi sokongan dan kata-kata nasihat untuk kami menghadapi kehidupan
yang penuh pancaroba ini. Emak adalah inspirasi Acik dan ketabahan mu merupakan
kekuatan ku. Acik sayang Mak.
Buat Angah (Syaratul Agustika Sari Md Isa) dan Adik (Syajaratul Adhawiyah Md Isa),
terima kasih kerana menyokong dan membantu Acik sampai ke tahap ini. Acik sayang
kalian....
Buat ahli keluarga yang lain, terima kasih kerana memahami dan menyokong Acik
sekeluarga.
Buat sahabat baik ku, Siti Musyrifah Ismail (CT), terima kasih kerana bersahabat dengan
ku dan sentiasa berada di sisi ku waktu bergembira dan waktu berduka. Terima kasih
juga kerana melayani karenah ku selama 5 tahun ini.
Tidak dilupakan rakan-rakan seperjuangan (Sports Science 2001/2006). Kamu semua
senantiasa di dalam ingatan ku. Kenangan sewaktu kita bersama sepanjang 5 tahun ini
tidak akan ku lupakan.
Buat adik Mohd Naim Rosli, pemergian mu menghadap Ilahi amat ku rasai. Tanggal 10
Mac 2006 tidak akan ku lupakan. Acik doakan Naim ditempatkan di kalangan orang-
orang soleh. Amin...........
vi
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim…………..
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah dan kurnia-Nya,
dapatlah saya menyiapkan satu kajian ilmiah tepat pada masa yang telah ditetapkan.
Terlebih dahulu, ribuan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah Sains Sukan
Tuan Haji Abdul Hamid Rahabah, Encik Yunos Dahalan, Puan Halijah Ibrahim dan Dr.
Zainal Abidin Zainuddin kerana banyak memberikan tunjuk ajar sepanjang pengajian
saya di sini. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Dr. Mohad Anizu Mohd Nor,
merangkap penyelia Projek Sarjana Muda saya kerana dengan adanya sokongan dan
tunjuk ajar beliau, dapatlah saya menyiapkan satu projek yang akan menentukan sama
ada saya layak untuk dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains
Sukan).
Seterusnya, terima kasih saya ucapkan kepada individu-individu yang sanggup
mengorbankan banyak masa dan tenaga untuk menjadi sample dalam kajian saya ini.
Tanpa pengorbanan dan bantuan anda, kajian ini tidak bermakna. Ucapan terima kasih
juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang secara tidak langsung mahupun
secara langsung bersama-sama menjayakan kajian ini.
Akhir sekali, segala pengorbanan dan jasa yang telah kalian curahkan tidak
terbalas oleh saya. Semoga Allah membalas jasa kalian. Terima kasih.
vii
ABSTRAK
Air merupakan elemen penting yang diperlukan oleh badan (70% dari berat
badan) dan jika kandungan air di dalam tubuh berkurangan, seseorang individu tersebut
akan mengalami dehidrasi. Berdasarkan perkara tersebut, kajian yang berbentuk
eksperimental dijalankan bertujuan untuk menguji keberkesanan air biasa (air kosong)
dan minuman tenaga (100plus) terhadap dehidrasi ke atas pemain hoki sewaktu menjalani
latihan. Kajian ini dijalankan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, di mana
seramai 10 orang pemain hoki wanita dari pasukan UTM dipilih sebagai sampel kajian
ini. Kesemua sampel ini telah dibahagikan kepada dua kumpulan yakni lima orang untuk
kumpulan air biasa dan lima orang yang lain untuk kumpulan air minuman tenaga
(100plus). Pengujian ini mengambil masa selama tiga minggu dengan kekerapan latihan
dua kali seminggu. Keberkesanan dua jenis air ini diuji dengan mengukur berat badan
dan kandungan air di dalam tubuh sebelum dan selepas sampel menjalani latihan hoki.
Selain itu juga, beberapa pembolehubah juga diukur untuk menguji jika terdapat
kemungkinan yang ia memberikan kesan sampingan terhadap dehidrasi ke atas pemain
hoki. Semua data diproses dengan menggunakan SPSS versi 14 iaitu sebuah perisian
statistik dan dianalisis dengan menggunakan Ujian t Sampel Berpasangan (Paired Sample
t-Test) pada tahap signifikan p ≤ 0.05 untuk menguji hipotesis kajian. Hasil daripada
kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap dehidrasi ke atas
pemain hoki UTM selepas mengambil dua jenis air minuman yang berbeza. Selain itu,
pengambilan air minuman tenaga amat sesuai apabila jangka masa latihan atau
pertandingan melebihi satu jam dan jumlah pengambilannya mestilah berpatutan.
Pengambilan air biasa merupakan kaedah terbaik untuk mengelakkan atlit dari
viii
mengalami dehidrasi. Secara kesimpulannya, pengambilan air adalah amat penting untuk
atlit bagi menggantikan air tubuh yang hilang sewaktu menjalani latihan melalui
perpeluhan. Kajian ini boleh diubah oleh pengkaji pada masa akan datang dengan
memilih subjek yang berlainan jantina dan kajian dilakukan untuk dua situasi yang
berbeza yakni pada waktu latihan dan waktu pertandingan bagi melihat kesan yang lebih
signifikan.
ix
ABSTRACT
Water is an important element that is needed in human body (70% from the body
mass) and if the amounts of water decrease, an individual will be facing dehydration.
Based on that, an experimental research had been made to test the effects of two different
types of water; plain water and sports drink (100plus), towards dehydration on hockey
field players during their training exercises. This research was held in Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai, where, 10 female hockey players from university’s team
had been chosen as the research samples. All samples were divided into two groups, five
persons were placed in the plain water group and the other five persons were placed in
the sports drink (100plus) group. The experiments took three weeks with the frequency
of training two times per week. The effectiveness of those two types of water was tested
by measuring the body mass and the amounts of water in the sample’s body before and
after the training session. Besides that, there are several variables that can be measured
to test the effectiveness of fluids towards dehydration among those samples. All data was
processed by using statistic software (SPSS version 14) and analyzed using the ‘Paired
Sample t Test’ with the significant level at p ≤ 0.05 to test the hypothesis. The analyzed
data had showed that there was significantly different in the dehydration on hockey
players after taking two different types of water. This research had proven that sports
drink was useful when the durations of training or match were more than one hour period.
Water consuming is the best way to prevent athletes from facing dehydration. As a
conclusion, water consuming is important for athletes to replace water in the body that
had lost through sweating. This research can be modified in the future with choosing
x
subject from two different genders and deeper the research in two different situations that
is during training period and during match to find out a more significant effectiveness.
xi
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Judul ii
Pengakuan iii
Dedikasi v
Penghargaan vi
Abstrak vii
Isi Kandungan xi
Senarai Jadual xiii
Senarai Rajah xv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 4
1.5 Hipotesis Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 5
1.7 Limitasi Kajian 6
1.8 Definisi Operasional 7
2 SOROTAN KAJIAN 9
xii
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 17
3.2 Rekabentuk Kajian 17
3.3 Lokasi Kajian 18
3.4 Populasi dan Persampelan 18
3.5 Instrumentasi Kajian 18
3.6 Prosedur Kajian 19
3.6.1 Pemilihan Sampel 19
3.6.2 Penyerahan Surat Perlatikan 19
3.6.3 Taklimat Kajian 19
3.6.4 Prosedur Pengujian Sewaktu Latihan 20
3.7 Pengumpulan Data 21
3.8 Penganalisaan Data 21
4 PENGANALISAAN DATA
4.1 Pengenalan 22
4.2 Analisis Deskriptif 23
4.3 Analisis Inferensi 27
5 PERBINCANGAN, CADANGAN
DAN RUMUSAN
5.1 Pengenalan 40
5.2 Perbincangan 41
5.3 Masalah-Masalah yang Dihadapi 43
5.4 Cadangan 44
5.5 Kesimpulan 45
RUJUKAN 46
LAMPIRAN 48
xiii
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1 Bilangan dan Peratusan Sampel Mengikut Umur 23
2 Bilangan dan Peratusan Sampel Mengikut Berat Badan 25
3 Nilai Min, Sisihan Piawai, Nilai Minimum dan 27
Maksimum Berat Badan, Berat Air,dan Peratus
Air Sebelum dan Selepas Latihan Mengikut
Kelas Kumpulan [Air Biasa dan Minuman Tenaga
(100plus)] Pada Hari Pertama.
4 Nilai Min, Sisihan Piawai, Nilai Minimum dan 28
Maksimum Berat Badan, Berat Air,dan Peratus Air
Sebelum dan Selepas Latihan Mengikut
Kelas Kumpulan [Air Biasa dan Minuman Tenaga
(100plus)] Pada Hari Kedua
5 Nilai Min, Sisihan Piawai, Nilai Minimum dan 29
Maksimum Berat Badan, Berat Air,dan Peratus Air
Sebelum dan Selepas Latihan Mengikut
Kelas Kumpulan [Air Biasa dan Minuman Tenaga
(100plus)] Pada Hari Ketiga
6 Nilai Min, Sisihan Piawai, Nilai Minimum dan 31
Maksimum Berat Badan, Berat Air,dan Peratus Air
Sebelum dan Selepas Latihan Mengikut
Kelas Kumpulan [Air Biasa dan Minuman Tenaga
(100plus)] Pada Hari Keempat
7 Nilai Min, Sisihan Piawai, Nilai Minimum dan 32
Maksimum Berat Badan, Berat Air,dan Peratus Air
Sebelum dan Selepas Latihan Mengikut
Kelas Kumpulan [Air Biasa dan Minuman Tenaga
xiv
(100plus)] Pada Hari Kelima
8 Nilai Min, Sisihan Piawai, Nilai Minimum dan 33
Maksimum Berat Badan, Berat Air,dan Peratus Air
Sebelum dan Selepas Latihan Mengikut
Kelas Kumpulan [Air Biasa dan Minuman Tenaga
(100plus)] Pada Hari Keenam
9 Perbezaan Nilai Min Berat Badan, Berat Air, 35
Peratusan Air Di Dalam Badan Mengikut Mengikut
Jenis Kumpulan Dan Hari Pengujian
10 Ujian Sampel Berpasangan 38
xv
SENARAI RAJAH
RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1 Bilangan Sampel Mengikut Umur 24
2 Peratusan Sampel Mengikut Umur 24
3 Peratusan Sampel Mengikut Berat Badan 26
4 Min Berat (kg) Di Antara Air Biasa dengan 100plus 36
5 Min Berat Air (kg) Di Antara Air Biasa dengan 36
100plus
6 Min Peratus Air (%) Di Antara Air Biasa 36
Dengan 100plus
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Air merupakan elemen penting dalam kehidupan seharian. Semua benda hidup
memerlukan air untuk melakukan aktiviti harian. Bagi manusia, air merupakan medium
akues (aqueous) yang digunakan sebagai pengangkutan bahan makanan dan tempat
berlakunya tindakbalas biokimia tubuh. Tubuh manusia boleh bertahan tanpa makanan
untuk tujuh hari hingga beberapa minggu. Tetapi, ia hanya dapat bertahan untuk empat
hari sahaja tanpa air.
Kandungan air di dalam tubuh manusia meliputi 60 peratus dari berat badan
sebenar. Adakalanya bagi sesetengah keadaan, kandungan air di dalam tubuh akan
mencapai sehingga 70 peratus bagi individu yang berotot (very lean) dan hanya 40
peratus bagi individu yang obesiti. Ini kerana tisu lemak mengandungi kandungan air
yang rendah berbanding tisu otot. Air terdapat di dalam setiap otot, sel-sel lemak, darah
dan setiap tulang. Setiap sel, tisu dan organ memerlukan air untuk menjalankan tugas
dan fungsinya.
Fungsi air adalah menjadi medium pengangkutan bagi segala nutrien dan gas
oksigen ke setiap sel yang terdapat di dalam tubuh badan manusia. Ia juga berfungsi
untuk membuang segala bahan kumuhan yang tidak diperlukan oleh tubuh,
2
melembabkan segala tisu yang terdapat di bawah kulit, mulut, mata serta hidung, dan
membantu untuk mengekalkan suhu badan manusia. Air juga berfungsi untuk mencegah
dari mengalami dehidrasi (keadaan di mana tubuh kehilangan air), mengekalkan kulit
yang sihat dan membantu sewaktu proses pencernaan. Air juga membuatkan latihan
sukan menjadi lebih selamat dengan mengawal suhu badan juga mengurangkan tekanan
kardiovaskular. Tidak terdapat kalori di dalam air biasa berbanding air minuman tenaga
contohnya seperti 100 Plus, Isotonik, dan pelbagai lagi yang mempunyai 50 kalori (kcal)
untuk satu hidangan.
Selain air biasa (plain water), kini terdapat pelbagai jenis minuman kecergasan
serta minuman tenaga sukan dicipta yang menjanjikan pelbagai perkara menarik
bermula dengan dapat meningkatkan tenaga segera hingga kebaikan pemakanan
berkhasiat. Minuman tenaga yang dihasilkan ini hanya berfungsi dengan baik ketika
melakukan aktiviti yang mempunyai jangka masa lama, yakni permainan yang
dimainkan lebih dari satu jam. Ini kerana minuman ini mempunyai sumber karbohidrat
yang perlu digantikan semula. Minuman tenaga diperkukuhkan lagi oleh beberapa
vitamin dan mineral. Walaupun begitu, sumber-sumber nutrien ini tidak dapat hilang
semasa menjalankan aktiviti fizikal dan ia sebenarnya mudah dijumpai di dalam diet
permakanan yang sihat. Minuman tenaga ini kebanyakannya mempunyai nutrien
karbohidrat, yang mana minuman tenaga ini sesuai untuk digunakan apabila melakukan
aktiviti fizikal yang melebihi satu jam.
Kesan air biasa ke atas prestasi sukan tidak boleh disangkal lagi. Air biasa
merupakan elektrolit semulajadi yang tidak mempunyai bahan tambahan yang boleh
memberi kesan sampingan bagi jangka masa yang lama. Minuman tenaga pula
keupayaannya untuk meningkatkan prestasi dapat ditunjukkan pada atlit daya tahan
(endurance athlete). Kandungan minuman tenaga yang mempunyai karbohidrat
merupakan sumber tenaga tambahan bagi atlit yang melakukan aktiviti lebih dari satu
jam. Kedua-dua jenis minuman sebenarnya berupaya untuk meningkatkan prestasi atlit.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Kehilangan air atau dehidrasi boleh dan sememangnya mempengaruhi prestasi
ahli sukan. Dehidrasi akan mempengaruhi tapak jalan metabolik, gangguan fungsi
kardiovaskular serta mengurangkan kapasiti latihan secara keseluruhan. Apabila air
tubuh hilang sebanyak satu hingga empat peratus dari jumlah keseluruhan berat badan,
prestasi akan menurun secara mendadak. Kehilangan air lebih dari empat peratus boleh
menyebabkan pitam dan kadangkala boleh membawa maut jika air hilang melebihi 10
peratus dari jumlah berat badan.
Tahap kehilangan air tubuh pada ahli sukan bergantung kepada intensiti,
jangkamasa latihan atau perlawanan, keadaan cuaca dan suhu persekitaran. Intensiti dan
jangkamasa latihan atau perlawanan berkadar terus dengan kehilangan air tubuh, di
mana jika intensiti tinggi dan jangkamasa latihan atau perlawanan yang lama maka lebih
banyak air hilang akibat berpeluh dan penggunaan otot yang berlebihan. Ini ditambah
lagi jika berlatih atau bermain dalam cuaca yang panas dan suhu persekitaran yang
tinggi dan menyebabkan tubuh berpeluh dengan banyak untuk membebaskan tenaga
haba.
Jika pengambilan minuman yang tidak betul sebelum dan semasa latihan atau
perlawanan ia akan menyebabkan penurunan tahap kemampuan tubuh untuk berpeluh,
suhu badan bertambah tinggi dan membawa kepada peningkatan tahap kepekatan
mineral di dalam darah. Keadaan ini juga mengganggu keupayaan darah untuk
mengangkut mineral seperti potassium dan sodium yang merupakan mineral yang
membolehkan otot untuk mengembang dan menguncup dengan betul. Dehidrasi ketika
latihan atau perlawanan juga akan menyebabkan (heat stroke), yang boleh dikenalpasti
dengan demam panas yang mengejut dan sistem perpeluhan tubuh tidak dapat berfungsi
dengan baik.
Oleh itu, berdasarkan dengan pernyataan di atas, pengkaji mengambil keputusan
untuk melihat kesan air biasa dan minuman tenaga terhadap dehidrasi ke atas atlit. Ini
4
bagi memberikan maklumat dan pengetahuan yang berguna bagi jurulatih dan juga atlit
akan keupayaan dehidrasi untuk memberi impak yang negatif terhadap prestasi
permainan.
1.3 Pernyataan Masalah
Prestasi atlit di negara ini sering diperkatakan oleh masyarakat. Keupayaan
untuk terlibat dengan perlawanan bertaraf dunia amatlah sedikit pada ketika ini bagi
permainan berpasukan. Contohnya pasukan bola sepak, hoki, bola jaring dan pelbagai
lagi. Faktor-faktor yang menyebabkan prestasi atlit negara sentiasa berada di takuk yang
sama atau merosot antaranya ialah latihan yang tidak mencukupi, pemakanan yang tidak
seimbang, pengambilan cecair, disiplin dan banyak lagi. Sehubungan dengan itu,
penyelidik telah terdorong untuk membuat kajian tentang faktor pengambilan cecair oleh
pemain-pemain hoki wanita Universiti Teknologi Malaysia bagi melihat kesan cecair itu
terhadap tahap dehidrasi yang dialami oleh mereka.
1.4 Objektif Kajian
Objektif utama kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk:
1.1.1 Mengetahui keberkesanan air biasa (plain water) terhadap dehidrasi ke atas
pemain hoki UTM, Skudai, Johor.
1.1.2 Mengetahui keberkesanan minuman tenaga terhadap dehidrasi ke atas pemain
hoki UTM, Skudai, Johor.
5
1.1.3 Melihat kesan perbandingan di antara air biasa (plain water) dengan minuman
tenaga terhadap dehidrasi.
1.5 Hipotesis Kajian
Terdapat 2 jenis hipotesis yang boleh didapati daripada kajian ini, iaitu:
HO Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap dehidrasi ke atas
pemain hoki wanita UTM selepas mengambil 2 jenis minuman yang
berbeza.
HA Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap dehidrasi ke atas
pemain hoki wanita UTM selepas mengambil 2 jenis minuman yang
berbeza.
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini dibuat adalah untuk melihat keberkesanan air biasa dan minuman
tenaga terhadap dehidrasi ke atas pemain hoki UTM Skudai, Johor. Selain itu, kajian ini
turut dibuat untuk mengukur tahap dehidrasi yang dialami oleh para pemain hoki selepas
latihan. Kajian ini juga adalah untuk memberi kesedaran kepada semua atlit sukan
bahawa pengambilan cecair adalah amat penting bagi mengelakkan dehidrasi. Dehidrasi
memberi kesan yang segera kepada prestasi atlit dengan menyebabkan atlit berasa
kelesuan, berlaku kekejangan otot, suhu badan menaik secara mendadak, serangan
jantung dan pelbagai lagi.
6
Diharapkan hasil kajian ini dapat memberikan ilmu pengetahuan dan maklum
balas yang boleh dijadikan sebagai panduan oleh semua jurulatih dan persatuan-
persatuan sukan dan dapat membantu menaikkan lagi mutu sukan Negara. Ilmu
pengetahuan ini bukan sahaja hanya untuk individu yang terlibat di dalam bidang sukan,
ia turut boleh dijadikan panduan oleh orang ramai yang lain.
1.7 Limitasi Kajian
Kajian ini terbatas kepada perkara-perkara berikut:
1.7.1 Subjek yang terlibat di dalam kajian ini hanyalah terdiri daripada 10 orang
pemain hoki wanita dari pasukan hoki Universiti Teknologi Malaysia, Skudai,
Johor yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 26 tahun.
1.7.2 Kajian ini dibuat hanya untuk melihat kesan perbandingan di antara air biasa
(plain water) dengan air minuman tenaga terhadap dehidrasi.
1.7.3 Kajian ini hanya dilakukan pada waktu latihan pasukan hoki disebabkan jadual
perlawanan bagi pasukan hoki wanita UTM adalah pada bulan Mei tahun 2006
dan akan berlangsung secara karnival.
7
1.8 Definisi Operasional
Pelbagai istilah-istilah penting telah digunakan di dalam kajian ini. Berikut
merupakan makna sebenar istilah-istilah yang digunakan.
1.8.1 Air Tubuh
Cecair yang terdapat di dalam organisma hidup.
1.8.2 Dehidrasi
Keadaan di mana sesuatu organisma hidup kehilangan air tubuh.
1.8.3 Air Biasa / Air Kosong (Plain Water)
Cecair yang tidak berwarna, cerah, tidak berperisa, serta tidak berbau dan
berguna untuk semua benda hidup. Tidak mempunyai kalori.
1.8.4 Air Tawar (Fresh Water)
Air yang tidak mengandungi garam, seperti air dari sungai dan tasik.
1.8.5 Potassium
Merupakan elektrolit (molekul yang mempunyai cas elektrik dan dapat
mengalirkan kuasa elektrik) yang terdapat di dalam tubuh.
8
1.8.6 Sodium
Merupakan elektrolit (molekul yang mempunyai cas elektrik dan dapat
mengalirkan kuasa elektrik) yang bergaram dan terdapat di dalam tubuh.
1.8.7 Proses Pencernaan
Proses penghadaman atau menghancurkan makanan hingga menjadi larut atau
cair untuk diserapkan ke dalam darah.
1.8.8 Subjek
Terdiri daripada 10 orang pemain hoki wanita dari pasukan hoki Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.