Upload
trinhnga
View
261
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
i
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : GAYA HIDUP REMAJA DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANJUNG PUTERI RESORT, PASIR GUDANG, JOHOR.
SESI PENGAJIAN : 2008/2009
Saya THILAGAWATHY A/P LOGANATHAN
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
_____________________________________
(TANDATANGAN PENULIS)
Alamat Tetap : NO 87 JALAN 3, TAMAN BUKIT DINDING, 28600 KARAK, PAHANG. Tarikh : __________________________
_____________________________________
(TANDATANGAN PENYELIA)
DR FAIZAH ABD GHANI
NAMA PENYELIA Tarikh : ______________________
ii
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Serta Teknologi Pendidikan ( Kemahiran Hidup ) ”
Tanda tangan : …………………………………….
Nama Penyelia : DR FAIZAH ABDUL GHANI
Tarikh : ……………………………………..
iii
GAYA HIDUP REMAJA DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANJUNG PETERI RESORT, PASIR GUDANG, JOHOR.
THILAGAWATHY A/P LOGANATHAN
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup )
FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.
2009
iv
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya
jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : .............................................
Nama Penulis : THILAGAWATHY A/P LOGANATHAN
Tarikh : .............................................
v
DEDIKASI
Kepada Ibu Bapaku Tersayang dan Dihormati,:
MR & MRS LOGANATHAN KALIAMAH
Pengorbanan, sokongan, segala pertolongan dan dorongan yang diberikan sehingga
anakmu ini berjaya mencapai cita-citanya.
Kepada adik beradik yang aku kasihi,
GUNALAN LOGANATHAN
SURENDARAN LOGANATHAN
Dan juga
VARJANTHY MALA
KAVIARASU
Segala bantuan dan dorongan yang dihulurkan selama ini sangat aku hargai.
Kepada semua sahabat handai:
SUE, HEMA, THERESA, SHALU
Terima kasih tidak terhingga di atas segala pertolongan, dorongan dan nasihat yang
diberikan selama tempoh berkursus di UTM ini.
vi
PENGHARGAAN
Pertama sekali saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia
projek sarjana muda, DR Faizah Abd Ghani di atas bimbingan dan dorongan yang
diberikan sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini. Terima kasih yang tidak terhingga.
Kerjasama daripada guru-guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Tanjung
Puteri Resort di sepanjang tempoh pengedaran borang soal selidik amatlah dihargai.
Akhir sekali, penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung kerana sudi menghulurkan bantuan, pendapat dan idea
dalam menjayakan projek penyelidikan ini.
vii
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pola kecenderungan gaya hidup remaja
di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort. Objektif kajian adalah untuk
mengenalpasti kecenderungan gaya hidup remaja, faktor yang mempengaruhi pola gaya
hidup remaja dan hubungan di antara pola kecenderungan dengan faktor yang
mempengaruhi gaya hidup remaja. Seramai 140 pelajar daripada 220 pelajar Tingkatan
4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, Johor Bahru
dipilih secara rawak mudah sebagai responden kajian. Soal selidik pola kecenderungan
remaja yang dibina oleh penyelidik digunakan dalam kajian ini. Soal selidik ini
mempunyai nilai cronbach alpha 0.785. Selain itu, soal selidik faktor yang dibina oleh
Mustafa Kamal yang mempunyai kebolehpercayaan cronbach alpha 0.8 digunakan
dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan remaja di Sekolah Menengah
Kebangsaan Tanjung Puteri Resort lebih cenderung kepada agama, diikuti dengan
akademik dan hiburan manakala tidak cenderung kepada seksual. Analisis deskriptif
menunjukkan bahawa faktor utama yang mempengaruhi gaya hidup remaja adalah
faktor keluarga diikuti oleh rakan sebaya dan media massa. Analisis infrensi kolerasi
Pearson ‘r’ digunakan untuk melihat hubungan antara kecenderungan pola gaya hidup
remaja dengan faktor yang mempengaruhinya. Dapatan kajian menunjukkan terdapat
hubungan yang signifikan dalam keadaan positif antara faktor keluarga dengan
kecenderungan akademik dan agama manakala hubungan yang signifikan dalam
keadaan negatif terhadap faktor keluarga dengan kecenderungan seksual. Dari segi
faktor rakan sebaya pula, terdapat hubungan yang signifikan dalam keadaan positif
terhadap kecenderungan seksual dan hiburan, manakala hubungan yang signifikan dalam
keadaan negatif terhadap kecenderungan akademik dan agama. Dapatan kajian juga
menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara faktor media massa dengan
kecenderungan hiburan.
viii
ABSTRACT
The purpose of this research is to identify tendency pattern teenager's life style at
Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort. Objective of the study was to
identify teenagers lifestyle tendency, factor which influenced teenages lifestyle pattern
and relationship between tendency pattern with factor which influenced teenager's life
style. As many as 140 student of 220 Form 4 student in Sekolah Menengah Kebangsaan
Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, Johor Bahru choosed as a research respondent.
Pattern questionnaire tendency are built by researcher applies in this study. This
questionnaire has value alpha cronbach 0.785.Apart from that, questionnaire factor are
built by Mustafa Kamal that value credibility cronbach alpha 0.8 applies in this study.
Research showed in Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort more to
religion, followed by academic and entertainment while no biased to sexual. Descriptive
analysis show that major factor which influenced a teenage lifestyle is families factor
followed by peer group and mass media. Analysis inference colerasion Pearson 'r' used
to be looking interrelationship pattern tendency teenager's life style with factor which
influenced its.Research showed found significant relationship in positive condition
between factor family with academic and religion tendency while significant
relationship in the event negative on factor family with sexual proclivities. From aspect
factor peer group also, found significant relationship in positive condition on sexual
proclivities and entertainment, while significant relationship in the event negative on
academic and religion tendency. Also indicative study findings found significant
relationship on mass media with entertainment tendency.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS i
PENGESAHAN PENYELIA ii
TAJUK KAJIAN iii
HALAMAN PENGAKUAN iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xviii
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
x
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4. Objektif Kajian 6
1.5. Persoalan Kajian 7
1.6 Hipotesis Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 9
1.8 Kepentingan Kajian 9
1.9 Definisi Operasi 11
1.10 Penutup 13
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Kerangka Teorikal 14
2.3 Kajian-Kajian Lepas 25
2.3.1 Kajian Dalam Negara 25
2.3.1.1 Kajian Mengenai Seksual 25
2.3.1.2 Kajian Mengenai Akademik 27
2.3.1.3 Kajian Mengenai Hiburan 31
2.3.1.4 Kajian Mengenai Agama 32
2.3.2 Kajian Luar Negara 32
xi
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 34
3.2 Rekabentuk Kajian 34
3.3 Populasi dan Sampel Kajiant 35
3.4 Instrumen Kajian 36
3.5 Prosedur Pengumpulan Data Kajian 38
3.6 Kajian Rintis 39
3.7 Penganalisisan Data 40
3.8 Penutup 43
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 44
4.2 Analisis Bahagian A 45
4.3 Analisis Bahagian B 52
4.3.1 Taburan min keseluruhan pola kecenderungan
gaya hidup remaja 52
4.4 Analisis Bahagian C 63
4.4.1 Taburan min keseluruhan setiap factor yang
mempengaruhi gaya hidup remaja 63
4.5 Hubungan Pola Hidup Remaja Dengan Faktor
Yang Mempengaruhinya 73
4.5.1 Hubungan antara faktor keluarga terhadap
kecenderungan gaya hidup remaja 73
4.5.2 Hubungan antara faktor rakan sebaya terhadap
kecenderungan gaya hidup remaja 77
4.5.3 Hubungan antara faktor media massa terhadap
kecenderungan gaya hidup remaja 81
4.6 Kesimpulan 85
xii
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 87
5.2 Perbincangan Kajian 89
5.2.1 Pola Kecenderungan Gaya Hidup Remaja Secara
Keseluruhan 89
5.2.2 Faktor Yang Mempengaruhi Gaya hidup Remaja 91
5.2.3 Hubungan antara kecenderungan dan faktor yang
mempengaruhi pola gaya hidup remaja 93
5.2.3.1 Faktor Keluarga 93
5.2.3.2 Faktor Rakan Sebaya 95
5.2.3.3 Faktor Media Massa 97
5.3 Cadangan Kajian 99
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 100
5.5 Kesimpulan 101
Biblografi 102
Lampiran A - D 106- 115
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Tahap Perkembangan Manusia berdasarkan Teori Erikson 23
3.1 Pembahagian item berdasarkan Pola Kecenderungan
gaya hidup remaja 37
3.2 Pembahagian item berdasarkan faktor yang mempengaruhi
gaya hidup remaja 38
3.3 Jadual skala jawapan item soalan bahagian B dan bahagian C 38
3.4 Dapatan kajian rintis 39
3.5 Jadual Nilai pekali Korelasi 40
3.6 Kaedah penentuan hipotesis bagi proses penganalisisan data 41
4.1 Taburan Responden Mengikut Bangsa 45
4.2 Taburan Responden Mengikut Jumlah Adik beradik 45
4.3 Taburan Responden Mengikut Jenis Pekerjaan Bapa 46
4.4 Taburan Responden Mengikut Jumlah Pendapatan Bapa 47
4.5 Taburan Responden Mengikut Jenis Pekerjaan Ibu 48
xiv
4.6 Taburan Responden Mengikut Jumlah Pendapatan Ibu 48
4.7 Taburan Responden Mengikut Hubungan Antara Penjaga 49
4.8 Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal 50
4.9 Taburan Responden Mengikut Jenis Pengangkutan ke Sekolah 50
4.10 Taburan Responden Mengikut Jumlah Wang saku 51
4.11 Taburan Min Keseluruhan Pola Kecenderungan 52
4.12 Taburan Pola Kecenderungan Agama 53
4.13 Taburan Pola Kecenderungan Akademik 55
4.14 Taburan Pola Kecenderungan Hiburan 58
4.15 Taburan Pola Kecenderungan Seksual 60
4.16 Taburan Min Keseluruhan Setiap Faktor 63
4.17 Faktor Keluarga Yang Mempengaruhi Gaya Hidup Remaja 64
4.18 Faktor Media Massa Yang Mempengaruhi Gaya Hidup Remaja 67
4.19 Faktor Rakan Sebaya Yang Mempengaruhi Gaya Hidup Remaja 70
4.20 Hubungan antara pengaruh keluarga dengan gaya hidup remaja
terhadap akademik 73
4.21 Hubungan antara pengaruh keluarga dengan gaya hidup remaja
terhadap Seksual 74
4.22 Hubungan antara pengaruh keluarga dengan gaya hidup remaja
terhadap Hiburan 75
xv
4.23 Hubungan antara pengaruh keluarga dengan gaya hidup remaja
terhadap Agama 76
4.24 Hubungan antara pengaruh rakan sebaya dengan gaya hidup remaja
terhadap akademik 77
4.25 Hubungan antara pengaruh rakan sebaya dengan gaya hidup remaja
terhadap Seksual 78
4.26 Hubungan antara pengaruh rakan sebaya dengan gaya hidup remaja
terhadap Hiburan 79
4.27 Hubungan antara pengaruh rakan sebaya dengan gaya hidup remaja
terhadap Agama 80
4.28 Hubungan antara pengaruh media massa dengan gaya hidup remaja
terhadap akademik 81
4.29 Hubungan antara pengaruh media massa dengan gaya hidup remaja
terhadap seksual 82
4.30 Hubungan antara pengaruh media massa dengan gaya hidup remaja
terhadap hiburan 83
4.31 Hubungan antara pengaruh media massa dengan gaya hidup remaja
terhadap agama 84
4.32 Dapatan hipotesis kajian 85
xvi
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN KETERANGAN
r - Nilai Pekali Pearson
p - Hubungan Yang Signifikan
% - Peratus
N - Jumlah
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
SPSS - Statistical Package of Social Science.
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Jadual Krejcie, R.V and Morgan D. W. 107
B Surat Kebenaran 108
C Pengesahan Soal Selidik 109
D Soal Selidik 110
1
BAB 1
PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Alam remaja adalah zaman perkembangan seseorang individu daripada alam
kanak-kanak memasuki ke alam dewasa dan seterusnya tua. Zaman remaja sering
dianggap sebagai masa yang paling mencabar dalam proses kehidupan ini. Remaja
adalah masa peralihan dari kanak-kanak ke dewasa. Para ahli pendidikan berpendapat
bahawa remaja adalah mereka yang berusia antara 13 tahun hingga 18 tahun. Seorang
remaja sudah tidak lagi dapat dikatakan sebagai kanak-kanak,namun masih belum cukup
matang untuk dapat dikatakan dewasa. (Y.M. Uttamo Thera –Dhammadesana Buddhist
Online).
Ada banyak pengertian yang dapat dihuraikan apabila perkataan remaja
dibincangkan. Menurut G.Stanley Heal (1924) remaja adalah peringkat di mana
seseorang itu mengalami konflik dan tekanan. Remaja sering kecewa dan emosi mereka
tidak stabil. Hal ini kerana remaja mengalami faktor biologi dan psikologi yang
berubah. Pandangan ini dikukuhkan dengan pendapat Havighurst (1972) yang
mengatakan remaja akan mengalami beberapa tugas perkembangan yang melibatkan
kebolehan, pengetahuan, fungsi dan sikap yang mempengaruhi remaja tersebut.
2
Dari segi psikologi, remaja adalah mereka yang sedang melalui proses perubahan
pemikiran. Mereka boleh memikirkan mengenai apa yang mungkin berlaku. Mereka
berfikiran seolah-olah mereka berada di atas pentas dan mereka adalah pelakon. Mereka
ingin menjadi wira dan wirawati. Remaja mereka adalah individu yang sedang mencari
identiti sendiri yang kadangkala dikatakan sedang berada di dalam krisis identiti. Pada
ketika itu akibat daripada perubahan fizikal yang amat pesat, emosi mereka turut
berubah. Perubahan pemikiran menyebabkan berlakunya pertelingkahan pendapat di
antara remaja dengan ibu bapa. Remaja sering mencari “role model” yang sesuai
untuknya tetapi tidak ditemui (DR AB Rahim Bakar, Berita Harian Online 03.04.1997).
Remaja sama ada lelaki ataupun perempuan semuanya merupakan aset negara.
Mereka sama penting sebagai sumber tenaga manusia yang akan merencana dan
menggerakkan pembangunan Negara. Bezanya hanyalah dari segi keperluan dan
keupayaan fizikal masing-masing. Remaja hari ini bakal mewarnai pentas pembangunan
Negara dan penentu kepada jatuh bangunnya generasi akan datang. Remaja hari ini
adalah insan-insan yang bertanggungjawab untuk mengisi keperluan Negara di masa
hadapan.
Di Malaysia, bilangan remaja adalah sebanyak 9.85 juta pada tahun 2000 dan
meningkat kepada 11.10 juta pada tahun 2005. Dijangka pada tahun 2010, bilangan
remaja akan meningkat kepada 11.65 juta. Peningkatan ini adalah anggaran daripada
kadar pertumbuhan penduduk sebanyak 1.6% iaitu jangkaan daripada tahun 2006 hingga
2010. Pada tahun 2000, remaja lelaki adalah seramai 4.86 juta. Pada tahun 2005 pula,
daripada 11.10 juta remaja sebanyak 5.6 juta adalah lelaki manakala 5.5 juta adalah
perempuan (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization,
2006:Commonwealth Youth Program, Strategic Plan 2003- 2006: Dasar Pembangunan
Belia Negara, 1997).
3
Walaubagaimanapun, remaja pada masa kini sedang tenggelam dalam arus
keruntuhan akhlak dan moral lantaran tidak memiliki daya tahan spiritual yang kuat.
Menurut Statistik Polis DiRaja Malaysia (PDRM), sebanyak 76403 kes jenayah yang
dilaporkan pada tahun 2005 di seluruh Malaysia iaitu kes yang melibatkan golongan
remaja. Penglibatan remaja dalam gejala sosial boleh memberi implikasi negatif kepada
pembangunan masyarakat yang merupakan kes-kes seperti jenayah, penyalahgunaan
dadah, merokok,lumba haram boleh membantut pembinaan modal insan jika tidak
dibendung.
1.2 Latar Belakang Masalah Kepentingan remaja yang mempunyai jati diri dan modal insan adalah syarat
yang diperlukan bagi menjamin keharmonian negara. Walaubagaimanapun, kebanyakan
data dan statistik menunjukkan keruntuhan akhlak di kalangan remaja di negara ini
adalah semakin serius. Mengikut Pihak Berkuasa Jenayah Bukit Aman antara tahun
1990 dan 1992 sahaja, seramai 37602 individu ditahan bagi kesalahan jenayah harta
benda serta kekerasan. Daripada jumlah ini, seramai 3450 atau 9.17% adalah remaja
dan di kalangan remaja yang diberkas pula, kesalahan yang dilakukan boleh dibahagikan
kepada jenayah kekerasan dan harta benda. (Berita Harian, 22 September 1993)
Perangkaan polis menunjukkan, antara kes jenayah yang sering dilakukan oleh
remaja adalah pecah rumah, rusuhan, pergaduhan sesama mereka, salah guna dadah, dan
mencuri basikal atau motosikal. Jenayah yang dilakukan oleh remaja bukan saja berlaku
di kawasan bandar raya atau bandar-bandar besar sahaja, malah di merata tempat di
seluruh pelosok negara. Sebagai contoh, di Kedah sahaja, sebanyak 307 kes jenayah
berlaku sepanjang tahun 1991. Daripada jumlah itu, 73 kes membabitkan pelajar
sekolah. Mengikut pembahagian kaum, sebanyak 204 kes melibatkan kaum Melayu, 54
remaja Cina dan 47 adalah remaja kaum India. (Utusan Malaysia, Januari 1992)
4
Berdasarkan statistik, kes melibatkan remaja jelas meningkat antara tahun 1990
dan 1992. Pada tahun 1990, sebanyak 657 kes dicatatkan, diikuti 830 kes pada tahun
1991 dan 1487 kes pada tahun 1992. Satu lagi kesalahan yang melibatkan remaja adalah
hilang atau lari dari rumah. Pada tahun 1990, terdapat 1578 kes dan meningkat kepada
1981 kes pada tahun berikutnya. Pada tahun 1992 jumlah kes meningkat kepada 2221
kes dan menurun pada tahun berikutnya kepada 1485 kes.
Statistik seterusnya adalah bersabit kesalahan akhlak yang amat serius dari kaca
mata masyarakat Malaysia, iaitu perbuatan maksiat di kalangan remaja. Menurut
Menteri Perpaduan Negara dan Pembanguan Masyarakat, Datuk Napsiah Omar (Berita
Harian, 3 Februari 1992), bilangan remaja yang rosak ahklaknya masih tinggi. Pada
tahun 1988, sebanyak 3978 kes dicatatkan, 4111 kes pada tahun 1989, 3763 kes pada
tahun 1990 dan sebanyak 2658 kes sehingga bulan Oktober 1991.
Menurut sumber daripada Unit Penyelidikan Dasar, Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia pada bulan Oktober
1999 terdapat 13 jenis salah laku jenayah yang sering melibatkan pelajar kumpulan
gengsterisme mengikut respon pengetua dan guru di sekolah iaitu berjudi, mencuri,
melawan guru, melawan pengawas, peras ugut, buli, pelacuran, salah guna dadah, bawa
senjata, cabul kehormatan, mengancam pelajar lain, mengancam dan ceroboh.
Tambahan pula, sebanyak 5 salah laku lucah yang sering melibatkan kumpulan gengster
di sekolah mengikut respon Pengetua dan Guru sebagaimana senarai berikut berkhalwat,
mengintai murid perempuan, membawa bahan lucah, mengguna kata lucah dan melukis
gambar lucah. Sementara itu bilangan kes pelajar yang terlibat dengan perlakuan
gengster dan membakar premis sekolah dari tahun 1987 hingga 1999 menurut sumber
Kementerian Pendidikan Malaysia.
5
Akhbar-akhbar tempatan juga sering melaporkan tentang kejadian jenayah dan
gengsterisme di kalangan pelajar sekolah. Berita Harian pada 13 Julai 2000
mengutarakan isu gengsterisme berlaku berpunca kejahilan agama di kalangan remaja
dan pelajar sekolah. Hal ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh persekitaran
yang banyak mendorong kepada keruntuhan moral dan kemusnahan jati diri dan akhlak.
Berdasarkan laporan di atas dapat disimpulkan bahawa aktiviti kumpulan
gengster di sekolah agak menyeluruh dalam pelbagai kegiatan. Ini merupakan satu
fenomena yang kurang sihat terhadap iklim pengajaran dan pembelajaran di sekolah-
sekolah di negara kita. Hanya dengan satu kes, ianya boleh menjejaskan iklim
persekolahan dan mengganggu pelbagai peringkat proses pengajaran dan pembelajaran
di sekolah.
1.3 Pernyataan Masalah
Keterlibatan remaja dalam salah laku jenayah semakin membimbangkan di
Malaysia. Kajian-kajian yang dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), 2005
menunjukkan sebanyak 76403 kes jenayah dilaporkan pada tahun 2005 yang melibatkan
gejala sosial di kalangan 11.10 juta jumlah remaja. Isu ini merupakan satu tamparan
hebat dalam membina satu lapisan remaja yang maju. Data-data dan kes-kes
penglibatan remaja di dalam jenayah turut merupakan satu fenomena yang member
implikasi negative terhadap gaya hidup remaja.
Gaya hidup remaja yang cenderung kea rah jenayah boleh merencatkan
pembangunan modal insan. Statistik PDRM menunjukkan kecenderungan remaja kea
rah jenayah semakin kritikal dan jika tidak dibendung, boleh menjejaskan pembentukan
6
modal insan. Kerana remaja adalah pewaris Negara dan masa depan Negara adalah
bergantung kepada golongan remaja masa kini.
Oleh sebab remaja merupakan asset dan tulang belakang negara, maka, kajian ini
sangat penting dilakukan untuk mengenalpasti gaya hidup remaja.
1.4 Objektif kajian
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti gaya hidup remaja. beberapa
kemusykilan yang berlaku terhadap gaya hidup remaja seperti:
i) Mengenalpasti pola kecenderungan gaya hidup remaja secara keseluruhan
ii) Mengenalpasti faktor yang mempengaruhi gaya hidup remaja
iii) Mengenalpasti hubungan pola hidup remaja dengan faktor yang
mempengaruhinya
1.5 Persoalan kajian
Berdasarkan kepada objektif kajian yang dikemukakan,beberapa persoalan kajian yang
boleh diacukan seperti:
i) Apakah pola kecenderungan gaya hidup remaja secara keseluruhan?
ii) Apakah faktor yang mempengaruhi gaya hidup remaja?
iii) Apakah hubungan pola hidup remaja dengan faktor yang mempengaruhinya?
7
1.6 Hipotesis Kajian
Berdasarkan objektif dan persoalan kajian, terdapat 16 hipotesis kajian yang
dibentuk. Iaitu:
1.6.1 Terdapat hubungan yang signifikan antara gaya hidup remaja dengan
faktor keluarga
H1 :Terdapat hubungan yang signifikan antara pengaruh keluarga terhadap gaya hidup
remaja dengan akademik
H2: Terdapat hubungan yang signifikan antara pengaruh keluarga terhadap gaya hidup
remaja dengan seksual
H3:Terdapat hubungan yang signifikan antara pengaruh keluarga terhadap gaya hidup
remaja dengan hiburan
H4: Terdapat hubungan yang signifikan antara pengaruh keluarga terhadap gaya hidup
remaja dengan agama
1.6.2 Terdapat hubungan yang signifikan antara gaya hidup remaja dengan
faktor rakan sebaya
H5: Terdapat hubungan yang signifikan antara pengaruh rakan sebaya terhadap gaya
hidup remaja dengan akademik
H6: Terdapat hubungan yang signifikan antara pengaruh rakan sebaya terhadap gaya
hidup remaja dengan seksual
8
H7: Terdapat hubungan yang signifikan antara pengaruh rakan sebaya terhadap gaya
hidup remaja dengan hiburan
H8: Terdapat hubungan yang signifikan antara pengaruh rakan sebaya terhadap gaya
hidup remaja dengan agama
1.6.3 Terdapat hubungan yang signifikan antara gaya hidup remaja dengan
faktor media massa
H9: Terdapat hubungan yang signifikan antara pengaruh media massa terhadap gaya
hidup remaja dengan akademik
H10: Terdapat hubungan yang signifikan antara pengaruh media massa terhadap gaya
hidup remaja dengan seksual
H11: Terdapat hubungan yang signifikan antara pengaruh media massa terhadap gaya
hidup remaja dengan hiburan
H12: Terdapat hubungan yang signifikan antara pengaruh media massa terhadap gaya
hidup remaja dengan agama
1.7 Batasan Kajian
Kajian yang dilakukan hanya terbatas kepada pelajar-pelajar Tingkatan Empat
daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, Johor.
Kajian ini dilakukan untuk mengetahui pola gaya hidup di kalangan remaja masa kini.
Ianya dikaji dari empat perspektif, iaitu akademik, hiburan, agama dan seksual.
9
1.8 Kepentingan Kajian
Melalui kajian yang dilakukan ini, pihak-pihak yang berkaitan akan memperolehi
faedahnya. Antara pihak yang terlibat adalah seperti;
1.8.1 Pihak Ibu Bapa
Melalui kajian ini, diharapkan dapat memberi informasi tentang gaya hidup
remaja, sebagai satu langkah dan ibu bapa dalam membentuk dan menunjukkan gaya
hidup yang sesuai pada remaja. Para ibu bapa dapat memahami masalah dan keperluan
anak mereka. Ini akan membantu mereka memenuhi kehendak anak mereka dan dapat
membendung penglibatan remaja terhadap gejala-gejala yang negatif. Untuk menangani
masalah yang berbangkit di kalangan remaja, ibu bapa boleh memantau gerak geri anak
mereka.
1.8.2 Pihak Sekolah
Menerusi kajian ini, adalah diharapkan pihak sekolah dapat mengenalpasti gaya
kecenderungan pelajar dan merancang pelajaran yang bersesuaian.
1.8.3 Jabatan Pendidikan Negeri
Kajian ini diharapkan dapat memberi sumber rujukan kepada Jabatan Pendidikan
Negeri dalam mewujudkan program-program yang bersesuaian. Selain itu, Jabatan
10
Pendidikan Negeri dapat mengawal dan membendung pembabitan pelajar dalam
sebarang kegiatan berbentuk negatif dengan membuat pendekatan-pendekatan untuk
melahirkan suasana kondusif bagi proses pengajaran dan pembelajaran tehadap mereka.
1.8.4 Kementerian Pendidikan Malaysia
Kajian ini juga diharapkan dapat menjadi sumber rujukan dan bantuan dalam
mengenalpasti pola gaya hidup pelajar. Menerusi kajian ini, diharapkan pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia, boleh menghasilkan modul yang sesuai.
Kementerian Pendidikan dapat memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek,rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
tuhan.
1.8.5 Institusi Pendidikan Tinggi
Kajian ini juga dapat membantu pihak IPT sebagai satu platform rujukan ilmu.
Boleh dijadikan sebagai kerangka bagi kajian-kajian yang akan datang.
11
1.9 Definisi Operasi
1.9.1 Remaja
Berdasarkan Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas, remaja pada
umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur di antara 12 hingga 21
tahun. Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat
perkembangan manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan
peringkat dewasa. Semasa seseorang itu mengalami zaman remaja dia akan mengalami
pelbagai perubahan yang drastik, termasuklah perubahan jasmani, sosial, emosi, dan
bahasa. Akibat daripada itu, orang remaja merupakan orang yang emosinya tidak stabil,
dan sentiasa "bermasalah".
Dalam kajian ini, remaja dihadkan kepada remaja yang berada di Tingkatan
empat sahaja.
1.9.2 Gaya hidup
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Empat (2005), gaya hidup bermaksud sikap,
kesukaan, ketidaksukaan dan cara berkelakuan yang menjadi ciri seseorang,
menunjukkan corak, bentuk, rupa atau sifat yang tertentu manakala hidup bermaksud
seseorang itu hidup atau berada dalam keadaan tertentu.
Dalam kajian ini, gaya hidup dikategorikan kepada empat perspektif. Iaitu:
12
1.9.2.1 Agama
Berdasarkan wikipedia bahasa melayu agama pada lazimnya bermakna
kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa, dan
juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut. Agama dan
kepercayaan merupakan dua pekara yang sangat berkaitan. Tetapi Agama mempunyai
makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohensif,
dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek ketuhanan.
1.9.2.2 Akademik
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Empat (2005), akademik adalah mengenai atau
berkaitan dengan akademik (pusat Pengajian Tinggi), bersifat atau mengandungi ilmu
pengetahuan yang tinggi atau mendalam. Dalam kajian ini, remaja yang digunakan
sebagai respondan adalah yang berada di tingkatan empat iaitu yang berumur antara 15
hingga 17 tahun.
1.9.2.3 Seksual
Berdasarkan wikipedia bahasa melayu, seks adalah cara genetis untuk
menciptakan dan mewariskan ciri individu dalam suatu populasi. Seks menjadi
reproduksi seksual, dimana seks digunakan secara rutin dalam proses reproduksi. Dalam
kajian ini, seksual dikaji dari segi minat dan dorongan pelajar terhadap seks.
13
1.9.2.4 Hiburan
Berdasarkan wikipedia bahasa melayu, hiburan ialah peristiwa, persembahan,
atau kegiatan yang direka bentuk untuk memberii nikmat kepada penonton, sebagai
contohnya untuk permainan komputer, "penonton" mungkin hanya seorang sahaja. Para
penonton boleh menyertai hiburan secara pasif, umpamanya menonton opera, atau
secara aktif seperti dalam permainan komputer. Pada umumnya, bermain dan membaca,
serta penghargaan seni, tidak dianggap sebagai hiburan tetapi tergolong dalam rekreasi
kerana hiburan biasanya memerlukan pembekal persembahan dilihat oleh penonton,
kecuali dalam permainan komputer.
1.10 Penutup
Dalam bab ini, pengkaji telah membincangkan tentang latar belakang masalah,
pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, definisi
konsep serta operasional dalam kajian. Dengan ini, jelaslah bahawa kajian ini bertujuan
untuk mengkaji pola kecenderungan gaya hidup remaja secara keseluruhan,
mengenalpasti faktor yang mempengaruhi gaya hidup remaja dan mengenalpasti
hubungan pola kecenderungan hidup remaja dengan faktor yang mempengaruhinya.