Upload
others
View
15
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PSZ 19:16 (Pinc.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: PEMBANGUNAN KAMUS FIZIK INTERAKTIF BERASASKAN
WEB : ASKPHYSICS
SESI PENGAJIAN: 2009/2010
Saya NORSYAFRINA BINTI ABD RAHMAN
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (√ )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
(T
Alam
NO 4
TAM
PAH
Tarik
TIDAK TERHAD
SULIT
√
TERHAD
Disahkan oleh
CATAT
ANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
at Tetap:
3, JALAN 22,
AN TAS, 25150 KUANTAN,
ANG DARUL MAKMUR
h: 5 MEI 2009 Tarikh: 5 MEI 2009
PROF. DR. BAHARUDDIN BIN ARIS
Nama Penyelia
AN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)”.
Tandatangan : ....................................................
Nama Penyelia : PROF. DR. BAHARUDDIN BIN ARIS
Tarikh : 5 ME1 2009
i
PEMBANGUNAN KAMUS FIZIK INTERAKTIF
BERASASKAN WEB: ASKPHYSICS
NORSYAFRINA BINTI ABD RAHMAN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan
(Fizik)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2009
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : …………………………….....
Nama Penulis : NORSYAFRINA BINTI ABD RAHMAN
Tarikh : 5 ME1 2009
iii
DEDIKASI
Setinggi-tinggi kesyukuran kupanjatkan ke hadrat
Allah S.W.T.dengan kekuatan rahmat dan izinNya terhasillah laporan ini.
Teristimewa buat ayahanda dan bondaku tercinta,
Abd Rahman bin Yusof dan Saharul Bariah binti Daud
Kesabaran,ketabahan dan kecekalanmu membesarkanku tanpa mengenal erti susah
Tiada kata-kata yang mampu mentafsir segala pengorbananmu...
Hanya ucapan terima kasih yang mampu ku ucapkan.
Adinda yang disayangi,
Mohd Aifil Asyaraf dan Noor Syahiera Izzati
Apa yang ada di hadapanmu haruslah direntangi
Tabahkan hatimu. semoga sinar kejayaanku pembuka lembaranmu
Buat adinda yang telah ‘pergi’,
Allahyarham Mohd Aliff Asyaraf
Kata-katamu sumber inspirasiku
Sahabat seperjuangan sekalian,
Aiman, Yati, Shikin, Dat dan Nana
Juga seluruh warga 4 SPP 09’dan Palapes UTM 06’-09’
Sesungguhnya kejayaan ini milik kita bersama.
Terima kasih di atas segala sokongan dan pengorbanan yang telah kalian berikan…
Semoga Allah akan membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.InsyaAllah…
iv
PENGHARGAAN
Segala puji dan syukur ke hadrat Ilahi di atas limpah dan rahmat yang
dikurniakanNya kepada saya di sepanjang pembinaan Kamus Fizik Interaktif berasaskan
web: AskPhysics serta penghasilan laporan ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima
kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada:
Penyelia saya, Prof Dr Baharuddin bin Aris yang tidak jemu memberi tunjuk
ajar, membantu saya meneliti pembangunan projek, memberikan galakan yang tidak
ternilai harganya. Sesungguhnya, pengalaman luas dan kepakaran beliau amat saya
kagumi.
Buat ayahanda, bonda dan adinda tersayang yang menjadi sumber inspirasi serta
pendorong sepanjang masa. Terima kasih kerana sentiasa mendoakan kejayaan ini.
Akhir sekali, tidak lupa juga buat teman seperjuangan. Segala pengalaman, pahit
maung perjuangan yang kita lalui serta kenangan manis yang tercipta bersama akan
terpahat di ingatan buat selamanya. Semoga Allah s.w.t memberkati dan merahmati
perjuangan kita di sini. InsyaAllah.
Sekian, wassalam.
v
ABSTRAK
Tujuan projek ini adalah untuk mereka bentuk dan membangunkan sebuah
Kamus Fizik Interaktif AskPhysics berasaskan web bagi istilah Fizik Tingkatan Empat
mengikut huraian sukatan Kementerian Pendidikan Malaysia. Kamus web ini dibina
dengan perisian Macromedia Dreamweaver 8 dan perisian sokongan lain seperti Adobe
Photoshop CS2 dan Sony Foundry Sound Forge 6.0. Penghasilan kamus web ini
berpandukan oleh ciri-ciri reka bentuk persekitaran pembelajaran konstruktivis oleh
Jonassen (1999) seperti pendedahan dan manipulasi masalah, alat kognitif
(pembangunan pengetahuan), alat kolaboratif, sokongan sosial dan kontekstual. Selain
itu, elemen multimedia teks, grafik, animasi, audio dan video juga diintegrasikan dalam
pembangunan web agar menimbulkan suasana pembelajaran yang lebih menarik dan
menghiburkan. Model ADDIE telah dijadikan tunjang asas bagi pembangunan web ini.
Diharapkan dengan pembangunan kamus berasaskan web ini dapat membantu pelajar
memahami dan seterusnya menguasai konsep asas fizik.
vi
ABSTRACT
The purpose of this project is to design and develop a web based physics
interactive dictionary entitled AskPhysics for Physics Form Four terms based on the
requirements stated in physics syllabus of Ministry of Education Malaysia. This physics
online dictionary is developed using Macromedia Dreamweaver 8 and other supporting
software such as Adobe Photoshop CS2 and Sony Foundry Sound Forge 6.0. The
development of this website is based on constructivist learning environment (CLE)
which is proposed by Jonassen (1999) which emphasize on learning designs’
environment such as expose and problem manipulation, linking to other sources of
information, cognitive tool (development of knowledge), collaborative tool, social
supporting and contextual. Besides that, the elements of multimedia like texts, graphics,
animation, audio and video are integrated in this website to create learning environment
more interactive and fun. ADDIE model is used as a basic guideline for this website.
Hopefully, with the development of this physics web based dictionary could help
students to understand and master the basic concepts of physics.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Pembangunan 6
1.5 Rasional Pembangunan 6
1.6 Kepentingan Pembangunan 7
viii
1.6.1 Pelajar 8
1.6.2 Guru 8
1.6.3 Kementerian Pendidikan Malaysia 9
1.6.4 Masyarakat 9
1.7 Skop Pembangunan 10
1.8 Definisi operasi 10 1.8.1 Interaktif 10
1.8.2 Konstruktivisme 11
1.8.3 Laman web 11
1.8.4 Multimedia 12
1.8.5 Pembelajaran tradisi 12
1.9 Penutup 13 BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Kepentingan Kefahaman Konsep Fizik
dalam Pembelajaran 15
2.3 Masalah Pembelajaran Fizik 16
2.4 Komputer dalam Pendidikan 17
2.4.1 Pembelajaran menerusi internet 18
2.4.2 Potensi pembelajaran menerusi web 19
2.4.3 Teknologi multimedia menerusi web
dalam pendidikan 19
2.5 Teori Konstruktivisme 21
2.5.1 Model persekitaran pembelajaran bercirikan konstruktivsme 24 2.5 Penutup 25
BAB 3 REKA BENTUK LAMAN WEB
3.1 Pengenalan 27
ix
3.2 Model Reka bentuk Pengajaran Bersistem 28
3.3 Model Reka bentuk Laman Web 29
3.4 Fasa Analisis 30
3.4.1 Analisis Masalah Pembelajaran Fizik 31
3.4.2 Analisis Pakar Bidang 31
3.4.3 Analisis Spesifikasi Perkakasan 32
3.4.3 Analisis Spesifikasi Perkakasan 32
3.4.3 Analisis Keperluan Perisian 32
3.5 Fasa Reka bentuk 34
3.5.1 Reka bentuk informasi 35
3.5.2 Reka bentuk interaksi 38
3.5.3 Reka bentuk antaramuka
atau persembahan 40
3.6 Fasa Pembangunan 40
3.7 Fasa Perlaksanaan 41
3.8 Fasa Penilaian 41
3.9 Rasional Pemilihan Model ADDIE 42
3.10 Penutup 42
BAB 4 HASIL REKA BENTUK LAMAN WEB
4.1 Pengenalan 43
4.2 Struktur asas laman web 43
4.3 Kandungan laman web 45
4.4 Paparan Antaramuka Laman Web
4.4.1 Paparan Antaramuka Home 46
4.4.2 Paparan Antaramuka Find 46
4.4.3 Paparan Antaramuka Link 50
4.4.4 Paparan Antaramuka Fun 51
4.4.5 Paparan Antaramuka Share 53
x
4.4.6 Paparan Antaramuka Help 54
4.4.7 Paparan Antaramuka Sitemap 55
4.4.8 Paparan Antaramuka Webmaster 56
4.4.8 Paparan Antaramuka Credit 57
4.5 Penutup 58
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan 59
5.2 Perbincangan 59
5.3 Kekangan yang dihadapi semasa
pembangunan laman web 60
5.3.1 Penerapan strategi berasaskan
konstruktivisme 60
5.3.2 Kemahiran teknikal 61
5.3.3 Masa 61
5.4 Kekuatan dan Kelemahan Laman Web 62
5.4.1 Kekuatan Laman Web 62
5.4.2 Kelemahan Laman Web 63
5.5 Cadangan Penambahbaikan 64
5.6 Penutup 66
RUJUKAN 67
LAMPIRAN
LAMPIRAN A : Carta Alir Pembangunan 72
xi
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK MUKASURAT
Jadual 3.0 Senarai Isi Kandungan Laman Web 36
Jadual 5.0 Pasukan Pengurusan Projek Web 62
xii
SENARAI RAJAH
RAJAH TAJUK MUKASURAT
Rajah 2.0 Konsep Pembelajaran Konstruktivisme 23
Rajah 2.1 Model Reka Bentuk CLE 25
Rajah 3.0 Aliran Kerja Model ADDIE 30
Rajah 4.0 Paparan Antaramuka Home 46
Rajah 4.1 Paparan Antaramuka Find 47
Rajah 4.2 Contoh paparan Alphabet dalam antaramuka Find 47
Rajah 4.3 Contoh paparan Topics dalam antaramuka Find 48
Rajah 4.4 Contoh paparan Words dalam antaramuka Find 48
Rajah 4.5 Contoh paparan Sound of Term dan paparan
Related Video dalam antaramuka Find 49
Rajah 4.6 Contoh paparan yang menerapkan unsur capaian
kepada sumber maklumat dan kontekstual dalam
antaramuka Find 50
Rajah 4.7 Paparan Antaramuka Links yang mengaplikasikan
ciri pautan kepada sumber maklumat berkaitan 51
Rajah 4.8 Paparan Antaramuka Fun 52
Rajah 4.9 Paparan simulasi yang menerapkan ciri
pendedahan dan manipulasi masalah dan
alat kognitif dalam antaramuka Fun 52
Rajah 4.10 Contoh paparan permainan yang menerapkan
unsur pendedahan dan manipulasi masalah dan
alat kognitif dalam antaramuka Fun 52
xiii
Rajah 4.11 Paparan Antaramuka Share yang menawarkan
kemudahan alat kolaborasi dan sokongan sosial 53
Rajah 4.12 Contoh paparan kemudahan forum dalam
antaramuka Share 54
Rajah 4.13 Paparan Antaramuka Help 55
Rajah 4.14 Paparan Antaramuka Site Map 56
Rajah 4.15 Paparan Antaramuka Webmaster 57
Rajah 4.16 Paparan Antaramuka Credit 58
xiv
SENARAI SINGKATAN
ADDIE - Analysis, Design, Development, Implementation,
Evaluation
CD - Compact Disc
CLE - Constructivist Learning Environment
CSS - Cascading Style Sheet
e - Electronic
FLV - Flash Video
GPMP - Gred Purata Mata Pelajaran
GIF - Graphics Interchange Format
HTML - Hypertext Markup Language
IT - Information Technology
ICT - Information and Communication Technology
JPG - Joint Photographics Experts Group
K - Knowledge
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
MOOs - Multiuser dimensions object oriented
MSC - Multimedia Super Corridor
MUDs - Multiuser dimensions
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
WWW - World Wide Web
WYSIWYG - What You See Is What You Get
XHTML - Extensible Hypertext Markup Language
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa hampir segenap aspek kehidupan manusia
semakin dihimpit dengan komputer. Menurut Alvin Toffler, (1970) dalam bukunya yang
berjudul Future Shock, manusia kini dikatakan berada dalam satu era revolusi iaitu dari
zaman industri ke zaman informasi dalam pelbagai bidang antaranya termasuk bidang
pendidikan.
Pelbagai istilah seperti dunia tanpa sempadan, IT , ICT , e, K, siber, global,
sinergi, dalam talian, pintar, rangkaian, dan pelbagai lagi istilah lain yang sekiranya gagal
untuk difahami dan ditafsirkan menjadikan kita seolah-olah berada di dunia lain yang
asing. Komputer kini dilihat sudah menjadi alat elektronik penting yang diperlukan untuk
melibatkan diri dengan pertukaran maklumat global, perdagangan antarabangsa,
pertumbuhan ekonomi, dan pendidikan. Oleh itu, penggunaan komputer seharusnya
bukanlah lagi menjadi sesuatu yang asing dalam pendidikan.
Dalam perkembangan yang berkaitan, sekolah merupakan wadah atau agen
sosialisasi yang terbaik dalam memberi pendedahan tentang komputer dan teknologi
maklumat. Hal ini demikian, memandangkan sekolah merupakan sebuah institusi yang
mempunyai kurikulum yang begitu terancang dalam merencanakan aktiviti pembelajaran
dan pengajaran pelajar ( Mohd Salleh, 2007).
2
Kemajuan teknologi maklumat telah meningkatkan penggunaan laman web dan
jaringan (networking) dalam pendidikan (Baharuddin et al., 2000). Ianya telah
mewujudkan persekitaran pembelajaran baru yang lebih fleksibel dari segi masa, tempat,
kaedah dan bahan pembelajaran (Nunen, 1996; Juha, 1997 dalam Baharuddin et al.,
2000). Perkembangan baru ini telah menimbulkan impak dan trend baru dalam proses
pembelajaran antara lainnya ialah perubahan fokus daripada pengajaran berpusatkan guru
kepada konsep pembelajaran yang berpusatkan pelajar.
Untuk menjamin survival negara dalam persaingan masyarakat dunia sejagat, di
samping melahirkan masyarakat khususnya generasi muda celik dalam teknologi
maklumat dan komunikasi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyusun
pelbagai program komputer dalam pendidikan secara lebih komprehensif sejak tahun
1994 sehinggalah membawa kepada pengwujudan projek Koridor Raya Multimedia atau
Multimedia Super Corridor (MSC). Di bawah projek ini, konsep sekolah bestari telah
diperkenalkan pada tahun 1997 yang memperlihatkan kesungguhan kerajaan dalam
mentransformasikan pendidikan agar bangsa Malaysia abad ke-21 ini bukan sahaja
mampu menguasai teknologi maklumat malah berupaya merealisasikan Wawasan 2020.
Transformasi ini telah mengubah anjakan paradigma pengajar dan pelajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dalam pendidkan negara khususnya dalam meningkatkan
minat pelajar, meningkatkan kreativiti dan pengetahuan pelajar melalui penggunaan
teknologi multimedia dan jaringan seluruh dunia.
Secara amnya, multimedia boleh didefinisikan sebagai suatu proses komunikasi
interaktif berasaskan komputer yang merangkumi penggunaan media audio visual seperti
teks, grafik, audio, video dan animasi (Jamalludin dan Zaidatun, 2000). Pengintegrasian
elemen multimedia dalam pembelajaran berasaskan web dilihat mampu memberikan
banyak faedah antaranya dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
dalam subjek sukar seperti Sains dan Matematik. Menurut Rozinah (2007), melalui e-
pembelajaran, pelajar secara langsung dapat belajar secara ‘hands-on’ dan meninjau
masalah serta mempertingkatkan kemahiran tahap pemikiran tinggi mereka. Ini secara
tidak langsung dapat membantu pelajar dalam memahami sesuatu konsep sains yang
abstrak dan memerlukan daya imaginasi yang tinggi.
3
Seterusnya dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan latar belakang masalah,
penyataan masalah, rasional pemilihan tajuk, objektif kajian, persoalan kajian,
kepentingan kajian, skop kajian dan definisi istilah.
1.2 Latar belakang masalah
Fizik di kaca mata para pelajar, sering dianggap sebagai mata pelajaran sains tulen
yang paling sukar dan mencabar jika dibandingkan dengan Biologi dan Kimia. Maka tidak
hairanlah jika subjek tersebut mendapat julukan ‘killer subject’ di kalangan para pelajar.
Ini dapat dibuktikan melalui gred purata mata pelajaran (GPMP) bagi keputusan SPM
2002 di negeri Johor di mana GPMP bagi mata pelajaran Fizik adalah yang terendah
sekali iaitu (5.80), seterusnya diikuti oleh Biologi (6.02) dan Kimia (6.07). Bukan itu
sahaja malahan, analisis peperiksaan SPM pada tahun 2004 dan 2005 juga menunjukkan
bahawa tidak sampai 10% pelajar mendapat keputusan yang cemerlang dalam Fizik.
Fenomena ini berlaku kerana sejak awal-awal lagi, pelajar telah meletakkan persepsi
mereka bahawa mata pelajaran Fizik merupakan salah satu subjek yang memerlukan daya
imaginasi yang tinggi kerana kebanyakan konsep-konsep Fizik adalah berbentuk abstrak.
Antara faktor-faktor lain yang membatas pemikiran para pelajar adalah
pengetahuan sedia ada pelajar terhadap konsep-konsep di dalam mata pelajaran Fizik.
Umumnya, penyelidik dalam bidang pendidikan sains bersetuju bahawa halangan utama
para pelajar berpunca daripada kerangka konseptual pelajar yang sangat berbeza dengan
konseptual pakar atau saintis. Pelbagai label telah diberikan bagi menggambarkan
kesukaran pelajar dalam memahami konsep-konsep sains antaranya misconceptions
(Gilbert dan Watts, 1983), alternative schema, (Driver dan Easley, 1978) alternative
framework, (Driver, 1985), sains kanak-kanak (Meor, 1999), prior ideas (Sharifah Fetom
dan Mohd Yusof Arshad, 1996) dan alternatif idea ( Mohd Yusof Arshad). Kerangka yang
tidak saintifik dan bercanggah itu dapat menimbulkan masalah terhadap mempelajari
konsep-konsep sains atau Fizik.
4
Menurut Rio Sumarni dan Tark Wei, (1997), kanak-kanak akan terbina idenya
tersendiri melalui pengalaman hidupnya terhadap perubahan alam sekitar, ilmu
pengetahuan, latar belakang kebudayaan, bahasa, adat resam dan agama. Kebanyakan ide
kanak-kanak mengenai sains dibawa ke bilik darjah biasanya diperkukuhkan sehingga ke
peringkat menengah dan biasanya sukar diubah. Ini dibuktikan melalui kajian yang
dilakukan oleh Reiner dan Shauble, 1990 dalam Rio Sumarni dan Tark Wei (1997) yang
mendapati selepas pengajaran mata pelajaran Fizik pelajar masih sering menggunakan ide
kanak-kanak daripada konsep dan prinsip yang diajar oleh guru untuk menyelesaikan
masalah. Ini menunjukkan ide kanak-kanak yang tepat adalah penting kerana ia
mempengaruhi pembelajaran di masa akan datang. Di sinilah terletak tugas dan
tanggungjawab guru dalam menstruktur semula ide-ide dan konsep pelajar. Guru perlu
bertindak sebagai fasilitator bagi membantu perubahan minda pelajar ke arah konsep-
konsep sains yang betul.
Selain masalah kerangka konseptual yang bercanggah dengan kerangka saintifik
terhadap mata pelajaran Fizik, para pelajar juga bosan untuk mempelajari mata pelajaran
Fizik kerana pendekatan yang digunakan oleh para guru tidak bersesuaian dengan konsep
yang akan diterangkan. Pendekatan pengajaran guru dilihat masih lapuk, terkebelakang
dan terikat dengan kaedah tradisi yang berasaskan chalk and talk (Kian Sam,1997).
Fenomena ini dapat dibuktikan dengan jelas melalui hasil kajian yang diperolehi daripada
Laporan Persidangan Antarabangsa Mengenai Fizik di Edinburgh yang merumuskan
bahawa guru kurang menekankan proses kognitif dalam mempelajari Fizik sebaliknya
guru lebih tertumpu kepada kaedah tradisi dengan memberikan rukun-rukun Fizik semata-
mata.
Sewajarnya, proses P&P dalam Fizik memberikan ruang dan peluang kepada
pelajar untuk membuat pemerhatian, eksperimen, berbincang dan berfikir (Kian Sam,
1997). Oleh itu, kaedah penyampaian mata pelajaran Fizik haruslah diubahsuai daripada
pendekatan tradisi kepada pendekatan alternatif yang lain seperti penerokaan, penemuan
kendiri, simulasi, pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran masteri dan sebagainya
menerusi laman web multimedia interaktif yang melibatkan pelajar secara aktif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
5
Terdapat pelbagai contoh penggunaan aplikasi multimedia yang popular dewasa
ini. Antara aplikasi multimedia dalam bidang pendidikan yang kian mendapat tempat di
hati pengguna masa kini ialah kamus multimedia elektronik. Dalam mempelajari subjek
Fizik terdapat banyak istilah Fizik yang bakal para pelajar temui. Kadang kala istilah yang
ditemui mungkin kerap kali digunakan dalam kehidupan seharian. Namun begitu,definisi
dari konteks sains atau Fizik itu sendiri mungkin berbeza dari konteks biasa. Sekiranya
berlaku salah tanggapan terhadap istilah-istilah tersebut, memungkinkan proses
pengajaran dan pembelajaran dalam Fizik terencat. Ini adalah bertepatan dengan kajian
yang dilaporkan oleh Croft (1982) dalam Nurul Syazwani (2007) yang menegaskan
bahawa masalah dalam sesuatu subjek harus diterjemahkan kepada sebutan dan konsep
subjek tersebut sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan
fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut.
Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan sesetengah pelajar.
Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui penggunaan kamus multimedia
elektronik di mana pelajar bukan sahaja dapat memahami sesuatu istilah dengan lebih
jelas dan berkesan malahan maklumat yang lebih terperinci tentang sesuatu konsep dapat
dipersembahkan dengan bantuan elemen-elemen multimedia yang lain selain teks seperti
audio, grafik, animasi dan video.
1.3 Pernyataan masalah
Daripada latar belakang masalah yang dihuraikan, terdapat kekangan seperti
masalah perbezaan kerangka konseptual pelajar dengan kerangka saintifik dan kaedah
pembelajaran tradisi yang membosankan pelajar yang menghambat proses P&P dalam
mata pelajaran Fizik. Pembangun telah bersetuju memilih aplikasi multimedia iaitu
Kamus Interaktif Fizik berasaskan web: AskPhysics untuk menangani permasalahan ini.
AskPhysics merupakan transformasi idea daripada penyampaian cara lama iaitu di atas
kertas kepada persembahan maklumat yang lebih ‘hidup’secara elektronik dengan
memberi fokus bukan sekadar pada teks sahaja bahkan meliputi elemen-elemen
multimedia lain seperti grafik, animasi, audio dan video. Pembangun memilih
pengabungjalinan elemen-elemen multimedia dalam reka bentuk kamus elektronik ini
6
memandangkan banyak kajian yang memberikan respon positif terhadap pembelajaran
berasaskan multimedia. Pembangunan kamus multimedia istilah Fizik berasaskan web ini
bakal mengaplikasikan ciri-ciri persekitaran pembelajaran konstruktivisme di mana
pelajar membina pengetahuan secara aktif menerusi persekitaran dan pengalaman yang
dialami semasa penerokaan ke laman ini. Dalam masa sama, pembangun juga bakal
mengambil kira pengalaman pembangun semasa membangunkan laman web ini.
1.4 Objektif Pembangunan
Antara objektif utama projek ini dihasilkan ialah untuk :
1. Mereka bentuk dan membangunkan sebuah pembangunan multimedia iaitu
Kamus Fizik Interaktif, AskPhysics bagi subjek Fizik Tingkatan Empat.
2. Mengaplikasikan ciri-ciri persekitaran pembelajaran konstruktivisme oleh
Jonassen (1999) dalam pembangunan laman web .
1.5 Rasional Pembangunan
Rasionalnya, pengkaji membangunkan projek ini kerana terdapat kekangan yang
dihadapi oleh pelajar dalam proses P&P Fizik. Berdasarkan pengalaman latihan mengajar
yang dikutip selama 13 minggu di sebuah sekolah menengah teknik di daerah Johor,
pengkaji mendapati salah satu faktor utama menghambat proses P&P dalam mata
pelajaran Fizik ialah istilah-istilah dan formula Fizik yang masih kabur atau kurang jelas
di kalangan para pelajar. Bertitik tolak dari itu, muncullah ilham pengkaji untuk
menghasilkan sebuah kamus multimedia interaktif Fizik berasaskan web bagi istilah Fizik
tingkatan 4.