Upload
hoangnhi
View
221
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
iPZS 19 : 16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN MOODLE BERTAJUK “QUADRATIC EXPRESSIONS AND EQUATIONS” DAN “STATISTICS” TINGKATAN EMPAT
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya : __________KAIZAN BINTI MAMAT_____________________ (HURUF BESAR)
Mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
____________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) ALAMAT TETAP: PM. DR ZALEHA BINTI ISMAIL 296 JALAN PANTAI, KG SEBERANG MARANG, Nama Penyelia 21600 MARANG, TERENGGANU Tarikh: 25 APRIL 2008 Tarikh: 25 APRIL 2008 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak yang berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)”
Tandatangan : _______________________
Nama penyelia : PM. DR. ZALEHA BINTI ISMAIL
Tarikh : 25 APRIL 2008
iii
PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN MOODLE
BERTAJUK “QUADRATIC EXPRESSIONS AND EQUATIONS” DAN “STATISTICS”
TINGKATAN 4
KAIZAN BINTI MAMAT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
iv
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumber”
Tandatangan : …………………………………..
Nama Penulis : KAIZAN BINTI MAMAT
Tarikh : 15 APRIL 2008
v
DEDIKASI
Sekalung budi buat bonda dan ayahanda
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah banyak memberi dorongan
dan sokongan sejak kaki ini mula menjejak ke alam persekolahan sehinggalah
sekarang...
Sudi berkongsi susah senang walau apa jua terjadi..
Ucapan terima kasih atas doa, nasihat dan sokongan moral yang diberikan
sepanjang anakanda menuntut ilmu di Universiti Teknologi Malaysia
Buat KAK LAH, KAK ANI, ABG PI, ABG DI, MATNOR dan ADIK
kalianlah yang membakar semangat perjuangan ini …
doa, sokongan dan material yang kalian berikan sentiasa dalam ingatan
Buat sahabatku NorHaslida Hassan terima kasih atas segala-galanya,
Hanya Allah SWT yang mampu membalas jasamu
Buat teman-teman jasa dan dorongan kalian terlalu besar sepanjang penulisan
dan ketika menjalani kehidupanku di UTM ini. Dan kepada semua rakan dan orang
perseorangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung...
Terima kasih, semoga kalian diberkati Allah S.W.T..
vi
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia, taufiq dan
hidayahNYA, penulis dapat disiapkan juga akhirnya.
Di kesempatan ini, penulis ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak
terhingga kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung
dalam menyiapkan kajian ini termasuk yang telah memberi sokongan dan sokongan
kepada penulis serta memberi kekuatan dalam menyiapkan Projek Saujana Muda ini
dengan jayanya.
Setinggi penghargaan yang tidak terhingga khas kepada penyelia tesis saya iaitu
Prof. Madya Dr Zaleha Binti Ismail atas bimbingan, tunjuk ajar dan dorongan beliau
dalam sepanjang masa saya untuk menyiapkan tesis ini.
Jutaan terima kasih juga kepada :
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.
Pelajar-pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan yang terlibat di dalam kajian ini.
Dengan kerjasama semua, maka projek ini dapat berjalan dengan lancar dan
dapat disiapkan dengan sempurna. Semoga Allah S.W.T membalas segala jasa baik
kalian..
vii
ABSTRAK
E-Pembelajaran bukan sesuatu yang baru malahan mengalami perkembangan
pesat sekali di dunia pendidikan. Pembelajaran berasaskan web telah dilihat sebagai satu
alternatif yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana kaedah ini mampu
mewujudkan pembelajaran berpusatkan pelajar yang terarah kendiri, kadar kendiri dan
akses kendiri. Untuk mencari pendekatan efektif dalam melaksanakan e-pembelajaran,
projek ini telah memilih satu sistem pengurusan kursus yang dinamakan MOODLE.
Sistem ini dianggap sesuai memandangkan reka bentuknya menyokong prinsip
konstruktivisme sosial. Pembangunan Web Portal ini adalah berasaskan model ADDIE.
Bahan e-pembelajaran yang bertajuk “Quadratic Expression And Equation” dan
“Statistics”.ini menyediakan pelbagai jenis sumber dan aktiviti pembelajaran
berdasarkan KBSM. Bentuk aktiviti yang dimaksudkan dalam istilah MOODLE ialah
Lesson, Quiz, Choices, Forum, Chat, Journal dan Assignment. Aktiviti tertentu
membenarkan pelajar berinteraksi dengan guru serta mendapat maklumbalas secara
spontan. Persekitaran pembelajaran turut dimantapkan dengan audio, grafik dan animasi.
viii
ABSTRACT
E-learning is no longer considered as new since it has been rapidly spreading in
education era. Web based learning is viewed as an effective means of delivering courses
in the process of teaching and learning as this medium can support student-centered
learning which is self-directed, self-paced and self access. In the search for an effective
approach to implement e-learning, this project has employed a course management
system by the name of MOODLE. This web portal is based on ADDIE’s model. This
system is favorable as it design support the principles of social constructivism. The web
portal entitled “Quadratic Expression And Equation” and “Statistics”. The various
activities under MOODLE’s terminologies are Lesson, Quiz, Choices, Forum, Chat,
Journal and Assignment. From certain activities, students have the opportunity to
interact with the course instructors as well as getting immediate feedback. The learning
environment is enhanced with audio, graphics and animations.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
TAJUK i
PENGESAHAN PENYELIA ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI SINGKATAN xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI JADUAL xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB I PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Projek 9
1.5 Kepentingan Projek 10
x
1.6 Skop dan BatasanProjek 12
1.7 Kerangka Teori Projek 13
1.8 Definisi Istilah 15
1.9 Penutup 16
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 17
2.2 E-Pembelajaran 18
2.3 Penggunaan Istilah dan E-Pembelajaran 19
2.4 Perisian Sumber Terbuka
Open Source Software (OSS) 22
2.5 Sistem Pengurusan Kursus Modular Object
Oriented Dynamic Learning Environment
(Moodle) 24
2.6 Kerangka Keseluruhan Moodle 25
2.7 Teori Dan Pembelajaran Yang Diaplikasikan
Oleh Moodle 30
2.8 Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Secara
Konstruktivisme Sosial 34
2.9 Pola Kesilapan Dan Kesukaran Matematik 35
2.10 Penutup 42
BAB III PROSEDUR PEMBANGUNAN
3.1 Pengenalan 43
3.2 Kaedah Pelaksanaan 43
3.3 Penutup 71
xi
BAB IV WEB PORTAL “QUADRATIC EXPRESSIONS AND EQUATION”
DAN “STATISTICS”
4.1 Pengenalan 73
4.2 Pendaftaran Pengguna (Login) 73
4.3 Menu Utama Web Portal 75
4.4 Sumber (Resources) 76
4.5 Aktiviti (activity) 79
4.6 Kemudahan lain 87
4.7 Ciri-ciri Multimedia dalam Web Portal 88
4.8 Penutup 90
BAB V KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 92
5.2 Perbincangan 93
5.3 Masalah-masalah yang di Hadapi Semasa
Penghasilan Projek 94
5.4 Cadangan 96
5.5 Kesimpulan 97
5.6 Penutup 97
RUJUKAN 99
LAMPIRAN
xii
SENARAI SINGKATAN
BBM Bahan Bantu Mengajar
CBT Computer Based Training
CD-ROM Compact Disc – Read Only Memory
CIE Computer in Education
CMC Computer-Mediated Communication
CMS Course Management System
DLE Digital Learning Environment
HTML Hyperlink Text Markup Language
IPT Institut Pengajian Tinggi
KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
LMS Learning Management System
MDC Multimedia Development Corporation
MOODLE Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment
OSS Open Source Software
OSSC Open Source Software Centre
RMK-6 Rancangan Malaysia ke Enam
SCORM Sharable Courseware Object Reference Model
TMK Teknologi Maklumat dan Komunikasi
VLE Virtual Learning Environment
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
Rajah 1.1 Kerangka Teori Projek 13
Rajah 3.1 Aliran kerja Berdasarkan Model ADDIE 45
Rajah 3.2 Files dalam MOODLE 59
Rajah 3.3 Slot ‘Link to a file or web page’ 59
Rajah 3.4 Slot ‘Link to a file web page’ (Setelah Dipilih) 60
Rajah 3.5 Slot ‘Lesson’ 61
Rajah 3.6 Slot ‘Lesson’ (Setelah Dipilih) 62
Rajah 3.7 Slot ‘Lesson’ (Setelah Save Changes) 62
Rajah 3.8 Slot Quiz 63
Rajah 3.9 Slot Quiz (Setelah Dipilih) 64
Rajah 3.10 Slot Quiz (Setelah Save Changes) 64
Rajah 3.11 Antaramuka Hot Potatoes 65
Rajah 3.12 Pembinaan JCross 66
Rajah 3.13 Pembinaan JCross (add clue) 67
Rajah 3.14 Pembinaan JCloze 68
Rajah 4.1 Paparan pendaftaran kata kunci 73
Rajah 4.2 Paparan login dan membuka akaun baru 74
Rajah 4.3 Paparan menu utama web portal 75
xiv
Rajah 4.4 Paparan topik pertama dalam web portal 76
Rajah 4.5 Paparan silibus 77
Rajah 4.6 Paparan Nota 78
Rajah 4.7 Paparan contoh 79
Rajah 4.8 Paparan ringkas dalam modul pengajaran 80
Rajah 4.9 Paparan nota ringkas dalam modul pengajaran 80
Rajah 4.10 Paparan soalan berbentuk jawapan 81
Rajah 4.11 Paparan maklumbalas bagi jawapan betul 81
Rajah 4.12 Paparan maklumbalas bagi jawapan salah 82
Rajah 4.13 Paparan modul kuiz 82
Rajah 4.14 Paparan modul forum 84
Rajah 4.15 Paparan modul tugasan 85
Rajah 4.16 Paparan modul perbincangan 86
Rajah 4.17 Paparan set induksi yang menggambarkan kehidupan
seharian 87
Rajah 4.18 Paparan set induksi pembaca minda 88
xv
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Jadual yang terdiri daripada item-item soalan,
jawapan dan maklumbalas bagi kuiz Quadratic
Expressions and Equation 50
3.2 Jadual yang terdiri daripada item-item soalan,
jawapan dan maklumbalas bagi kuiz Statistics 53
3.3 Jadual P&P mengikut aras sukatan matapelajaran
Matematik Tingkatan Empat 55
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dewasa kini, perkembangan dalam bidang internet adalah yang sangat pesat
dan membangun sehingga membentuk satu revolusi maklumat. Revolusi maklumat
yang seterusnya mewujudkan era maklumat yang akan membawa perubahan yang
menyeluruh kepada cara hidup masyarakat baru yang lebih celik ICT. Baharuddin
Aris (2003). Seterusnya era maklumat ini akan menjadi pemangkin kepada
pembentukan masyarakat serta generasi yang berilmu dan bermaklumat. Kemahiran
dan keupayaan dalam menguasai ilmu komputer dan aplikasinya memberikan impak
yang besar terutamanya dalam aspek pendidikan kerana perkembangannya adalah
sangat pantas.
Sehubungan dengan itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran perlulah
diubahsuai sejajar dengan era perkembangan teknologi maklumat. Menurut Rozinah
Jamaludin (2000), “kita mestilah melihat kepada fenomena dalam sistem pendidikan
baru yang merangkumi bagaimana fenomena itu distrukturkan , apa yang sepatutnya
diajar, dan bagaimana bahan patut diajarkan.” Dalam pada itu, para pendidik kita
seharusnya memikirkan cara yang terbaik untuk pelajarnya supaya sistem
2
pengajaran dan pembelajaran memberikan pendedahan yang banyak tentang
teknologi maklumat kepada pelajar. Ini adalah mustahak kerana pelajar boleh
berdikari dari segi pencapaian maklumat tambahan bagi menguasai mata pelajaran
tertentu. Menurut Muhammad Hassan (1998) dan Sundhaltz (1997), penggunaan
teknologi di sekolah boleh mendorong bagi memudahkan pengajaran dan
pembelajaran.
Rentetan itu, pendidikan matematik kebelakangan ini lebih memberi tumpuan
kepada penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik seharian. Malah matematik kini dilihat dari perspektif binaan dan
bukannya dari perspektif matematik sebagai ‘absolute’.(Noor Wahida, 2006).
Sehubungan itu, para pelajar perlu didedahkan kepada penggunaan komputer supaya
ia dapat meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran,
memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai
keupayaan, meningkatkan motivasi murid dan membolehkan pembelajaran sendiri
(individualise learning) dilakukan.
Menurut Susan Codone, (2001) E-pembelajaran kadangkala diklasifikasikan
sebagai penyelarasan serentak yang mana melibatkan satu atau lebih perkara boleh
dilakukan dalam satu masa dan tidak pada satu masa. Laman web juga merupakan
gerbang pendidikan masa kini yang berperanan sebagai sebuah institusi pendidikan
dan rujukan kepada masyarakat. Malah ia menyediakan maklumat yang berkualiti
dan interaktif.
Selain itu, penggunaan laman web e-pembelajaran dapat membantu pelajar
membuat rujukan bagi mata pelajaran terus secara komprehensif berdasarkan huraian
sukatan pembelajaran. Ia juga berfungsi sebagai sumber maklumat elektronik yang
mengandungi kursus, objektif kursus, maklumat tentang mata pelajaran dan banyak
lagi. Melalui laman web e-pembelajaran ini juga pelajar dapat bertukar-tukar
pendapat dan maklumat tentang tajuk-tajuk tertentu melalui sesi perbincangan maya
(Samat, 2000).
3
Selain kebaikan yang kita peroleh daripada penggunaan e-pembelajaran,
terdapat juga beberapa kekurangan yang berkaitan dengan bahasa pengantar,
pertembungan budaya yang pelbagai, pemupukan pemikiran yang kritikal dan
analitis dan pendekatan pembelajaran (Haslinda, 2002). Terdapat juga masalah yang
lain melibatkan masalah teknikal yang boleh dianggap sebagai risiko dalam
penggunaan medium pembelajaran berasaskan e-pembelajaran.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pengajaran dan pembelajaran yang berdasarkan pendekatan secara tradisional
sudah tidak sesuai digunakan dan ianya menekan pelajar serta sudah dianggap
ketinggalan zaman. Menurut Esah Binti Sulaiman (2003) pelajar mudah berasa
bosan dan malas untuk mengikuti kelas yang dijalankan. Tambahan pula sistem
pembelajaran masa kini yang lebih berorentasikan kepada exam oriented dan content
oreinted menjadikan pelajar semakin memfokuskan matlamat belajar kepada
peperiksaan semata-mata dan mengabaikan matlamat pembelajaran yang sebenar.
Tujuan pembelajaran yang utama ialah Long Life Learned Journey. Konsep ini
memberi penekanan kepada pelajar untuk menggunakan matematik dalam setiap inci
kehidupan.
Pada masa kini pelajar lebih berminat dengan pembelajaran yang bersifat
aktif dan berpusatkan pelajar. Mereka cenderung untuk meneroka dan mencari
sendiri maklumat dan ilmu pengetahuan untuk membina kefahaman dan pengetahuan
yang baru. Menurut Mat Jizat Abdol, (2006) Dalam proses pembelajaran pelajar
perlu dan berkemahiran untuk melakukan aktiviti dan berkreativiti untuk
mendapatkan ilmu. Rentetan itu, bermulalah perubahan sedikit demi sedikit dalam
kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar
seperti kaedah berkumpulan, inkuiri penemuan, perbincangan, penyoalan,
penyelesaian masalah, permainan (games), simulasi dan lain-lain.
4
Seperti yang kita ketahui, setiap pelajar adalah berbeza dengan yang lain.
Mereka mempunyai perbezaan dalam kecergasan, berbeza dari jati diri dan berbeza
pada ragam perhubungan sosial iaitu ia disebut “multiple intelligences” . Dan
kesempatan inilah yang sepatutnya dimanfaatkan oleh guru untuk mendekati pelajar
dengan kepelbagaian jenis kaedah untuk menjadikan proses P&P itu berkesan kepada
pelajarnya dan ciri kepimpinan guru pula adalah bersifat demokratik, Dr.Ragbir Kaur
A/P Joginder Singh (2005).
Pendidik matematik menyatakan sesetengah pelajar beranggapan bahawa
subjek matematik memerlukan proses menghafal bagi menyediakan sesuatu latihan
matematik. Secara tradisinya mungkin ia merupakan salah satu kaedah yang terbaik
digunakan suatu masa dulu, namun Razali Ismail (2002) berpendapat bahawa
pengajaran secara tradisional memberi penekanan kepada mengingati konsep-konsep
dan istilah-istilah saintifik atau matematik secara terasing yang mana akhirnya akan
dilupai. Selain itu, dengan menggunakan sistem pengajaran tradisional, guru tidak
mampu untuk memantau prestasi setiap pelajar di dalam kelas disebabkan kekangan
masa dan bilangan pelajar yang ramai.
Selaras dengan itu, kerajaan menyedari bahawa sangat penting pembangunan
ilmiah terutamanya memperkasakan teknologi dan inovasi pembelajaran
menggunakan komputer dan internet bagi memudahkan proses penyerapan dan
perkembangan ilmu sains dan matematik. Dalam Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan 2006-2010 berdasarkan teras utama ini, KPM merancang serta
melaksanakan dasar-dasar pembangunan pendidikan bagi mencapai matlamat
pendidikan yang telah di kenal pasti. Antaranya:
1. Memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan
insan yang seimbang dari segi Jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI)
2. Meningkatkan kreativiti dan inovasi dan budaya ilmu pelajar
3. Membudayakan sains dan teknologi dan pembelajaran sepanjang hayat
4. Menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap, berkesan dan bertaraf
dunia
5
5. Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan, dan
6. Meningkatkan martabat pendidikan Malaysia pada peringkat
antarabangsa
Rentetan daripada itu, teknologi komputer dan internet semakin meluas.
Sejajar dengan kehendak kerajaan yang melancarkan Kempen sebuah rumah satu
komputer mendapat sambutan yang hangat. Penggunaan komputer dan internet
sangatlah penting ia merangkumi keseluruhan aktiviti dalam kehidupan kita hari ini.
Termasuklah komunikasi, perniagaan, pendidikan dan banyak lagi. Dalam Jurnal
IPDA bil.11 (2004), pembelajaran yang berbantukan internet dan rangkaian
komputer mewujudkan persekitaran dan pembelajaran maya. Dalam pembelajaran
maya, kursus yang dibangunkan melalui perisian- perisian berasaskan web dan
internet merupakan satu elemen yang penting. Teknologi interaktif multimedia
melalui internet, mempunyai potensi untuk mempersembahkan idea dan maklumat
melalui teras pembelajaran yang berstruktur kepada pelajar untuk mereka bebas
meneroka dan seterusnya membina konsep, makna dan kefahaman sendiri.
Seperti yang telah diketahui umum bahawa internet adalah salah satu alat
yang dapat memberi kemudahan pencapaian maklumat secara global. Internet
berkeupayaan untuk membawa perubahan dalam sistem pendidikan sekali gus dapat
melibatkan para pelajar dalam aktiviti P&P untuk meningkatkan prestasi pencapaian
mereka. Menurut jurnal tulisan Chan Yuen Fook (2004) pengaliran maklumat secara
global dan tanpa sempadan telah menjadi satu realiti dan sekali gus menggoncang
dunia pendidikan.
E- pembelajaran menurut Masie (2000) menggambarkan teknologi dan
pengalaman pembelajaran. Pengalaman merupakan komponen yang mustahak dalam
e-pembelajaran, oleh itu program e-pembelajaran yang berteraskan kepada teori dan
prinsip konstruktivisme merupakan satu usaha ke arah mewujudkan keupayaan
pelajar untuk membentuk pengetahuan daripada pengalaman melalui aktiviti- aktiviti
pembelajaran yang direka oleh guru.
6
Potensi e-pembelajaran melalui web memang tidak dapat dinafikan dan ia
bertujuan untuk menyokong dan menambah baik pengajaran dan pembelajaran di
samping membekalkan satu alternatif bagi menyelesaikan masalah pengajaran dan
pembelajaran dan segala ini dapat dimanfaatkan dengan Moodle (Modular Object
Oriented Dynamic Learning Environment). Sebenarnya Moodle adalah sejenis
perisian (software) atau sistem pengurusan kursus yang tidak jauh berbeza
berbanding dengan pembelajaran persekitaran visual (Visual Learning Environment)
secara on-line seperti Blackboard, WebCT or Teletop, tetapi Moodle berbeza dari
satu major aspek iaitu : ia mempunyai lesen Open Source. Ini bermakna Moodle
boleh didapati dengan percuma dan sesiapa pun berhak melihat kod sumbernya
malah menukarkannya dengan tujuan memperbaiki kelemahan supaya lebih canggih
aplikasinya. (Martin Dougiamas, 2000).
Menurut Jane K. Seale (2006)
Evidence from both primary and secondary sources suggests that for student
with disabilities, the positive experiences of e-learning fall into three categories:
1. Used and availability of generic technology
2. Used and availability of specialist technology
3. Provision of electronic or non electronic alternatives.
Pembelajaran berteraskan e-pembelajaran adalah berkait rapat dengan
persekitaran yang terbentuk melalui pengalaman yang diperoleh semasa proses
pembelajaran. Proses ini juga dikenali sebagai konstruktivisme sosial. Persekitaran
dalam e-pembelajaran dapat menggalakkan kerjasama antara pelajar tanpa kehadiran
mereka secara fizikal di sesuatu tempat. Logiknya pelajar di sekolah menengah
memang tidak berjauhan antara satu sama lain, namun kemungkinan besar mereka
tidak berada dalam kelas yang sama ataupun jadual waktu masing-masing berbeza.
Menurut Weller dan Mason (2000) “time is the new distance”. Sebagaimana
kekurangan masa, walaupun jarak yang jauh memang menjadi alasan utama pelajar
tercicir daripada suatu mata pelajaran. Moodle dalam konteks ini dapat menangani
kekangan tempat dan masa demi melaksanakan tugasan secara koperatif pada
peringkat sekolah. Tugasan ini memerlukan kerjasama dan usaha yang sewajar
7
membuahkan hasil; mencari penyelesaian masalah bersama ataupun membincangkan
topik bersama.
E-Pembelajaran bukan sesuatu yang baru malahan ianya memberikan impak
terhadap perkembangan yang pesat dalam dunia pendidikan masa kini. E-
pembelajaran mempelbagaikan persekitaran pembelajaran kolaboratif dan
pembelajaran masteri yang dapat meningkatkan strategi penyelesaian masalah. Jadi
e-pembelajaran menggalakkan revolusi dalam pendidikan di mana satu persekitaran
pembelajaran yang baru berdasarkan prinsip pembelajaran aktif mencerminkan
perubahan daripada pemusatan guru kepada pemusatan pelajar. Dengan ini, Moodle
dapat memainkan peranan yang mustahak dari konteks persekitaran pembelajaran
berdasarkan pembelajaran aktif.
Pembelajaran dikatakan berkesan apabila kebanyakan pelajar menguasai
sebahagian besar bahan pembelajaran. Terdapat banyak faktor mengapa
pembelajaran di kalangan pelajar kurang berkesan. Iaitu jenis bahan pembelajaran
kurang sesuai, persekitaran yang kurang fleksibel atau ketidakpelbagaian kaedah
pengajaran oleh pendidik. Seperti yang sedia maklum, Moodle telah direka khas
untuk rangka kerja pendidikan berlandaskan teori konstruktivisme sosial yang akan
memberikan persekitaran pembelajaran yang bermakna kepada pelajar. Ini disokong
oleh kajian bahawa epistemologi konstruktivisme dalam konteks e-pembelajaran
merupakan cara yang efektif untuk mempersembahkan isi pelajaran, menggalakkan
interaksi dan memberikan penilaian dan maklum balas.
Moodle juga memperluaskan dimensi yang baru untuk pengajaran dan
pembelajaran yang boleh diaplikasikan di sekolah dan menyeru pendekatan
pembelajaran kolaboratif. Selain itu, Moodle berkemampuan membawa pengalaman
pembelajaran yang bermakna (berlandaskan teori konstruktivisme sosial) kepada
pelajar. Sebagai pendidik, kita haruslah bertanggungjawab dan berusaha
mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran untuk kebaikan guru
mahupun pelajar. Potensi Moodle sememangnya boleh dirasai namun kecerahan
8
masa depan penggunaan Moodle di sekolah masih menunggu peluang untuk
dicungkil, segalanya adalah bergantung kepada komitmen yang ditonjolkan oleh
guru itu sendiri dalam mengaplikasikan penggunaan kaedah e-pembelajaran ini.
1.3 Penyataan Masalah
E-pembelajaran merupakan alternatif utama dalam membantu pelajar
mendalami proses-proses kerja selaras dengan kehendak organisasi sekarang iaitu
mengiktiraf bahawa pelajar bukan semata-mata dalam bilik darjah. Selain itu, kita
juga dapat lihat kurangnya pembangunan bahan e-pembelajaran yang berasaskan
sumber terbuka pada masa kini. Melalui penganalisisan yang dilakukan terhadap
pelajar, kita juga dapat mengagak trend pembelajaran pada masa kini adalah lebih
berpusatkan pelajar berbanding pembelajaran bersifat konvensional. Selaras dengan
itu, satu projek web portal dilaksanakan bagi menghasilkan produk yang berkualiti
untuk para pelajar dalam menghadapi globalisasi pendidikan Matematik kini. Web
Portal yang dihasilkan adalah untuk matapelajaran Matematik (Tingkatan Empat) ia
terbahagi kepada dua tajuk iaitu “Quadratic Expression And Equation” dan
“Statistics”.
9
1.4 Objektif Projek
Objektif bagi projek e-pembelajaran berasaskan MOODLE ini ialah
membangunkan web portal menggunakan Sistem Pengurusan Kursus bagi topik
‘Statistics’ dan ‘Quadratic Exprestion and Equation’ Tingkatan Empat. Ia
merangkumi:-
1. Sumber Pengajaran guru ( teacher’s lesson )
2. Sumber Pembelajaran Pelajar ( student’s lesson )
3. Tugasan ( Assignment ) dan Latihan (Exercises)
4. Forum dan Perbualan ( Chatting )
5. Kuiz ( quiz ) dan Pengukuhan ( reinforcement )