Upload
phamdan
View
248
Download
6
Embed Size (px)
Citation preview
BORANG PENGESAHAN STATUS TESISO
JUDUL: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULI\TIT DAN PEI\TYEDHANPENULISAN LAPORAN AMALI MATA PELAJARAN KIMIA BAGI PELAJARTINGKATANEMPAT
Saya
SESI PENGAJIAN : 24|d9. D010
SURAIZA BINTI SAMSUDIN( HURtr BESAR )
mengaku membenarkan tesis (PSlWSarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syard kegunaan seperti berikut:
Tesis adalah hatcnilik Universiti Teknologi Malaysia.Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibena*an membuat salinan untuk tujuanpengajian sahajaPerpustakaan dib€narkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertulcaran antarainstitusi pengajian tinggi.**9i1a1616a[61(r' )
fl sur.n
l .2.
3.
4.
TERHAI}
TIDAK TERHAI)
Alamat tetap: 811 TAMAN NUruJALI\N DATUK KUMBARO53OOALORSETARKEDAH
Tarikh: el APRIL 00rO
Mengandungi maklumat yang bdaxjah keselanatan daukepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalun(AKTA RAHSIA RASMI 1972)
Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan olehorganisasi/badan di mana penyelidikan dijatankan
PROF. MADYA DR BAtrARINABU
ITrar ikh: >l /41)rcto
UTPSZ 19:16 (Pind.1197)
T'NTVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaanf * Jika tesis ini SLJLIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
Ue*uasalorganisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebb dan tempohtesis ini perlu dikelaskan sebagai SLJLIT atau TERHAD.
t Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjanasecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus danpenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
" Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ljanh Sarjana Muda
Sains serta Pendidikan ( Matematik )"
Tandatangan
NamaPenyelia
Tarikh
PROF. MADYA DR BAHARIN ABUY lq />.rt,r
""""" ' f "
TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DAN PENYEDIAAN
PENULISAN LAPORAN AMALI MATA PELAJARAN KIMIA BAGI PELAJAR
TINGKATAN EMPAT
SURAIZA SAMSUDIN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai
memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2010
Saya akui karya ini yang bertajuk "Tahap Penguasaan Kemahiran Manipulatif dan
Penyediaan Penulisan Laporan Amali Mata Pelajaran Kimia bagi Pelajar Tingkatan
Empaf'adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiaptiap
satunya telah saya perjelaskan sumbernya.
Tandatangan
Nama Penulis
Tarikh A' APRI L 2OIO
iii
DEDIKASI
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Segala pujian dan syukur kupanjatkan di atas nikmat dan limpah kurnia Allah S.W.T tuhan
sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
Dedikasi istimewa ditujukan buat........
Ayahanda, Ibunda dan Keluarga yang tercinta, Samsudin Salleh dan Che Rokiah Bakar
Kakak-kakak dan adikku,
Suriaty, Suriany dan Syahirah
Anak saudara dan abang iparku,
Nazhan Sufi dan Nurul Zawawi
Buat Pensyarah-pensyarah yang disanjungi, Terutama buat Prof. Madya Dr. Baharin Abu
Buat Teman Seperjuangan yang dikasihi, Rakan-rakan 4 SPM.
Terima kasih atas segalanya dan semoga kalian akan diberkati Allah.
Sekian, Wassalam.
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya segala puji-pujian kepunyaan Allah. Kita memujiNya, meminta pertolongan daripadaNya dan memohon ampun kepadaNya. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, maka saya telah dapat menyiapkan kajian ini bagi memenuhi syarat untuk memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik). Dalam ruangan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Madya. Dr. Baharin Abu selaku pensyarah pembimbing, di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar, nasihat serta teguran di sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini. Tanpa beliau, amat sukar untuk saya menyiapkan kajian ini dengan jayanya. Ucapan jutaan terima kasih juga kepada warga sekolah menengah di Jitra terutama pelajar tingkatan empat selaku responden kajian dan warga sekolah menengah di Segamat selaku responden kajian rintis yang telah memberi kerjasama yang sepenuhnya bagi melengkapkan kajian saya ini. Tidak dilupakan ucapan ribuan terima kasih kepada ibu bapa, keluarga, rakan seperjuangan serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama samada secara langsung atau tidak langsung. Semoga kehidupan anda akan mendapat keberkatan di dunia dan akhirat hendaknya. Sekian, terima kasih. Wassalam.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran
manipulatif dan penyediaan penulisan laporan amali Kimia di kalangan pelajar. Kajian
ini tertumpu kepada empat aspek kemahiran manipulatif iaitu mengguna dan
mengendalikan peralatan sains dan bahan dengan betul, menyimpan peralatan sains dan
bahan dengan betul dan selamat, membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul
dan memerhati, merekod dan mengukur dengan tepat. Seramai 48 orang pelajar
tingkatan empat telah dipilih dari sebuah sekolah di Jitra. Kajian dijalankan dengan
menggunakan set borang soal selidik yang mengandungi 2 bahagian iaitu bahagian A
berkaitan maklumat latar belakang responden dan bahagian B berkaitan maklum balas
tentang kajian. Keseluruhan jumlah item ialah 50 item yang diukur menggunakan skala
4 mata. Dapatan yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian Statistic
Packages for Social Sciences (SPSS) versi 15.0. Data latar belakang responden dalam
bahagian A dianalisis menggunakan frekuensi dan peratusan manakala dapatan kajian
bahagian B dianalisis menggunakan frekuensi, peratusan dan min. Nilai
kebolehpercayaan Alpha Cronbach soal selidik ini ialah 0.753. Dapatan kajian
menunjukkan tahap penguasaan kemahiran menyimpan peralatan sains dan bahan
berada pada tahap sederhana (min=3.39) diikuti tahap penguasaan kemahiran
membersihkan peralatan sains yang juga pada tahap sederhana (min=2.95). Tahap
penguasaan kemahiran mengguna dan mengendalikan peralatan sains dan bahan turut
menunjukkan tahap sederhana (min=2.77) dan tahap penguasaan kemahiran memerhati,
merekod dan mengukur berada pada tahap sederhana (min=2.70). Secara
keseluruhannya, kajian ini mendapati tahap penguasaan kemahiran manipulatif dan
penyediaan penulisan laporan amali Kimia adalah pada tahap sederhana (min=2.95).
Beberapa cadangan dikemukakan untuk mempertingkatkan tahap penguasaan
kemahiran manipulatif pelajar.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research is to identify mastery level of manipulative skills
and preparation of report writing among students in practical chemistry. This research
focused on four aspects of manipulative skills which are uses and handling science
apparatus and chemical properly, stores science apparatus and chemical properly and
safely, cleaning science apparatus with the right way and observe, record and measure
accurately. A total of 48 form four students were selected from a school in Jitra. The
instrument for this research is divided into 2 parts. Part A related to background
information of respondents and part B related to feedback on research. The total
number of items is 50 which measured by using 4 point scale. Finding obtained and
analyzed using the software Statistic Packages for Social Sciences (SPSS) version 15.0.
Data in part A analyzed using frequency and percentage while part B analyzed using
frequency, percentage, min and standard deviation. The degree of reliability of this
instrument is 0.753. The finding shows that the mastery level for stores science
apparatus and chemical is moderate (mean=3.39) followed by the mastery level for
cleaning science apparatus is also moderate (mean=2.95). The mastery level for uses
and handling science apparatus and chemical is moderate (mean=2.77) and the mastery
level for observe, record and measure is moderate (mean=2.70). Overall, this research
shows mastery level of manipulative skills and preparation of report writing is moderate
(mean=2.95). Some suggestions are purposed to enhance the mastery level of
manipulative skills.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PEMBIMBING i
JUDUL
PENGAKUAN PENYELIDIK ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI SINGKATAN xi
SENARAI LAMPIRAN xii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Skop dan Batasan Kajian 7
1.8 Definisi Operasi 8
1.8.1 Penguasaan Kemahiran Manipulatif 8
1.8.2 Penyediaan Penulisan Laporan Amali 9
1.9 Kesimpulan 9
viii
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 10
2.2 Pembelajaran Amali Kimia 10
2.3 Penguasaan Kemahiran Manipulatif 13
2.4 Penulisan Laporan Amali 16
2.5 Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) 18
2.6 Kesimpulan 20
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 21
3.2 Reka bentuk Kajian 21
3.3 Prosedur Kajian 22
3.4 Tempat Kajian 23
3.5 Responden Kajian 23
3.6 Instrumen Kajian 24
3.7 Kajian Rintis 25
3.8 Kaedah Menganalisis Data 26
3.9 Kesimpulan 28
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 29
4.2 Latar Belakang Responden 29
4.2.1 Jantina dan Bangsa 30
4.3 Penguasaan Kemahiran Manipulatif dan Penyediaan
Penulisan Laporan Amali 30
4.3.1 Kemahiran Mengguna dan Mengendalikan
Peralatan Sains dan Bahan 31
4.3.2 Kemahiran Menyimpan Peralatan Sains dan Bahan 35
4.3.3 Kemahiran Membersihkan Peralatan Sains 38
4.3.4 Kemahiran Memerhati, Merekod dan Mengukur 40
ix
4.4 Rumusan 43
4.5 Kesimpulan 45
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 47
5.2 Rumusan Kajian 47
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 49
5.3.1 Penguasaan Kemahiran Manipulatif 49
5.4 Cadangan Kajian 51
5.4.1 Cadangan kepada Pihak Sekolah 51
5.4.2 Cadangan kepada Para Guru 52
5.4.3 Cadangan kepada Para Pelajar 52
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 52
5.6 Kesimpulan 53
RUJUKAN 54
SENARAI LAMPIRAN
A Pengesahan EPRD 58
B Pengesahan Jabatan Pelajaran Negeri 60
C Borang Soal Selidik 62
D Garis Panduan Penilaian Amali Kimia (PEKA) 71
x
SENARAI JADUAL
NO.
JADUAL
TAJUK
MUKA
SURAT
3.1 Pembahagian Item-item 25
3.2 Nilai Alpha Cronbach 26
3.3
3.4
4.1
Menganalisis Data Persoalan Kajian
Pengelasan Kemahiran Manipulatif Berdasarkan Analisis Min
Taburan Responden Mengikut Jantina dan Bangsa
27
27
30
4.2 Analisis Frekuensi, Peratus dan Min bagi Kemahiran
Manipulatif Aspek Mengguna dan Mengendalikan Peralatan
Sains dan Bahan
31
4.3 Analisis Frekuensi, Peratus dan Min bagi Kemahiran
Manipulatif Menyimpan Peralatan Sains dan Bahan
35
4.4 Analisis Frekuensi, Peratus dan Min bagi Kemahiran
Manipulatif Membersihkan Peralatan Sains
38
4.5 Analisis Frekuensi, Peratus dan Min bagi Kemahiran
Manipulatif Memerhati. Merekod dan Mengukur
40
4.6 Purata Min Penguasaan Kemahiran Mnaipulatif 44
xi
SENARAI SINGKATAN
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
PEKA - Pentaksiran Kerja Amali
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
BSI - Borang Skor Individu
PSM - Projek Sarjana Muda
EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Kementerian
Pelajaran Malaysia
SPSS - Statistical Packages for Social Sciences
STS - Sangat Tidak Setuju
TS - Tidak Setuju
S - Setuju
SS - Sangat Setuju
SP - Sisihan Piawai
f - Frekuensi
% - Peratus
xii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT
A Pengesahan EPRD 58
B Pengesahan Jabatan Pelajaran Negeri 60
C Borang Soal Selidik 62
D Dapatan daripada SPSS 71
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan menggariskan keperluan untuk
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu supaya
insan yang dilahirkan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Demi
memenuhi keperluan ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewajibkan
beberapa mata pelajaran kepada semua pelajar di seluruh sekolah di Malaysia.
Antaranya, bermula pada tahun 2002, Sains dijadikan mata pelajaran wajib diambil
oleh pelajar dari tahun 1 hingga ke tingkatan 5. Bagi pelajar sekolah menengah,
sukatan mata pelajaran Sains adalah terkandung di dalam Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM). Menurut Abu Hassan Kassim (2003), kurikulum Sains
KBSM bagi peringkat menengah atas iaitu tingkatan 4 dan 5 mula dilaksanakan pada
tahun 1989. Kurikulum Sains ini bertemakan pengetahuan asas Sains, aplikasi Sains
dalam kehidupan harian, sikap dan nilai serta kemahiran saintifik.
Kurikulum Sains KBSM turut memperkenalkan beberapa mata pelajaran
seperti Biologi, Kimia dan Fizik. Mata pelajaran Kimia KBSM mula diajar kepada
pelajar tingkatan 4 dan 5 dengan bertemakan memperkenalkan Kimia, jirim di
sekeliling kita, interaksi antara bahan Kimia dan penghasilan dan pengurusan bahan
Kimia (Abu Hassan Kassim, 2003). Pemerolehan dan penguasaan kemahiran
berkaitan Kimia dapat menyediakan pelajar untuk menangani perubahan dan
menyumbang ke arah pengurusan diri dan alam sekitar dengan penuh tanggungjawab
demi kesejahteraan hidup manusia. Sesungguhnya, penumpuan terhadap penguasaan
kemahiran amatlah penting memandangkan Kimia mudah difahami melalui
pembelajaran amali dan eksperimen. Kegiatan amali akan memberi peluang kepada
pelajar untuk mengukuhkan kefahaman tentang teori dan prinsip yang dipelajari
secara lisan ataupun melalui pembacaan. Kerja amali juga berperanan sebagai latihan
kepada kaedah penyelesaian masalah dengan cara yang teratur dan sistematik (Zainal
Abidin Sulaiman, 1992). Oleh itu, setiap pelajar perlu menguasai kemahiran
saintifik dengan sewajarnya supaya pelajar dapat menjalankan kegiatan amali dengan
baik seterusnya menyelesaikan masalah yang berlaku.
Kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan
sebarang aktiviti penyiasatan dengan menggunakan kaedah saintifik. Ini
merangkumi kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif (Abu Hassan
Kassim, 2003). Zol Azlan Hamidin (2000) menyatakan bahawa kemahiran proses
sains membolehkan pelajar mempersoal sesuatu dan mencari jawapan secara
bersistem manakala kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam
penyiasatan sains yang membolehkan pelajar mengguna dan mengendalikan
peralatan sains dan bahan dengan betul, menyimpan peralatan sains dan bahan
dengan betul dan selamat, membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul,
mengendalikan spesimen sains hidup dan bukan hidup dengan betul dan cermat serta
melakar spesimen, bahan dan peralatan sains dengan betul dan tepat.
Disebabkan kemahiran saintifik sangat wajar dikuasai oleh para pelajar, maka
Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) Kimia dihasilkan oleh Pusat Perkembangan
Kurikulum. PEKA direka agar prestasi pelajar dalam mata pelajaran Kimia dapat
dinilai dan dipertingkatkan. Pada tahun 1999, kertas 3 (amali) bagi mata pelajaran
Kimia diperkenalkan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Walau
bagaimanapun, PEKA dihapus dan diganti semula dengan Kertas 3 pada tahun 2002.
Perubahan demi perubahan berlaku sehinggalah PEKA diperkenalkan kembali pada
tahun 2003 dalam kertas Kimia 4 (Abu Hassan Kassim, 2003).
Lazimnya, PEKA melibatkan kegiatan amali dan penulisan laporan amali.
Jika kegiatan amali memerlukan kemahiran saintifik, penulisan laporan amali juga
melibatkan kemahiran yang sama di mana pelajar perlu mengorganisasi,
mengembang dan menjelaskan jawapan mereka dari pandangan saintifik (Ling Yin
Yin, 2007). Selain itu, penulisan laporan amali dapat membantu pelajar memahami
konsep Kimia melalui pensel dan kertas (Keys et al., 1999). Oleh itu, penguasaan
kemahiran saintifik penting supaya pelajar dapat menyediakan satu laporan amali
yang sistematik dan betul agar mereka secara tidak langsung dapat mengaitkan fakta
sains yang dipelajari dalam kelas dengan kerja amali yang dilakukan.
1.2 Latar Belakang Masalah
PEKA menilai lima kriteria iaitu merancang eksperimen, melakukan
penyiasatan atau eksperimen, mengumpul dan merekod data, menganalisis data dan
membuat kesimpulan dan yang terakhir ialah sikap saintifik dan nilai-nilai murni
(Abu Hassan Kassim, 2004). Dalam penilaian PEKA ini, kemahiran manipulatif
dititikberatkan sama ada dalam melakukan kegiatan amali mahupun penulisan
laporan amali sebagai bahan bukti. Menurut garis panduan PEKA yang telah
dibekalkan kepada guru-guru Kimia sekolah menengah, bagi konstruk I iaitu
merancang eksperimen, kemahiran manipulatif yang terlibat ialah menyatakan dalam
penulisan laporan amali berkaitan dengan menyenaraikan peralatan dan radas yang
digunakan dalam eksperimen, prosedur, teknik dan langkah eksperimen serta cara
yang digunakan untuk mengumpulkan data ujikaji. Konstruk II iaitu melakukan
penyiasatan atau eksperimen merangkumi kebolehan memilih peralatan yang
bersesuaian, kebolehan mengendalikan peralatan dengan teknik yang betul,
kebolehan untuk mengambil bahan kimia dengan kuantiti yang betul, kebolehan
membersihkan peralatan dengan cara yang betul, mampu meletakkan kembali
peralatan dengan betul dan selamat serta mampu mengendalikan bahan kimia yang
perlu dibuang. Oleh itu, pelajar perlu menguasai kemahiran manipulatif supaya
mereka memenuhi sebahagian kehendak PEKA Kimia dan seterusnya meningkatkan
pencapaian mereka dalam Kertas 4 Kimia SPM.
Zol Azlan Hamidin (2000) mendefinisikan kaedah amali sebagai setiap
pelajar atau sekumpulan kecil pelajar dibekalkan bahan atau peralatan radas untuk
menjalankan ujikaji. Guru akan bertindak sebagai pemudah cara apabila dia
bertanggungjawab untuk membekalkan arahan menjalankan ujikaji tersebut supaya
langkah pelaksanaan ujikaji adalah seragam dan dapat mengelakkan kekeliruan
dalam mematuhi arahan. Pelajar seharusnya mengalami sendiri kegiatan amali
tersebut supaya mereka dapat membuat kesimpulan yang tepat berkaitan konsep
Kimia yang dikaji dan dapat menyediakan satu laporan amali yang lengkap.
Walaupun arahan dibekalkan oleh guru, pelajar dipertanggungjawabkan untuk
membuat pemilihan peralatan radas yang bersesuaian dengan ujikaji yang akan
dijalankan. Selain itu, pelajar juga perlu berkebolehan mengendalikan peralatan
radas dan bahan kimia dengan betul supaya keputusan yang diperolehi tidak
mempunyai ralat yang besar dan sewajarnya tidak membelakangi konsep Kimia yang
telah dipelajari. Oleh itu, arahan guru hanyalah sebagai aspek sampingan untuk
menjalankan ujikaji. Aspek yang paling penting ialah pelajar itu sendiri perlu
memiliki kemahiran tertentu bagi menjalankan eksperimen.
Keselamatan di makmal merupakan aspek yang amat penting dan harus di
ambil berat bukan sahaja guru yang bertugas malah lebih kepada pelajar yang terlibat
dengan ujikaji secara langsung. Kebiasaannya, setiap makmal akan mempunyai
peraturan, panduan keselamatan dan larangan yang seharusnya dipatuhi. Wujudnya
peraturan sedemikian adalah untuk mengelakkan kemalangan yang sering berpunca
daripada kecuaian dan kelalaian pelajar. Pelajar perlu memberi perhatian yang serius
apabila ingin menggunakan sesuatu alat iaitu dengan mendalami terlebih dahulu
tentang operasi dan kaedah penggunaan alat berkenaan memandangkan penggunaan
peralatan atau radas secara teratur dan sistematik dapat mengurangkan kerosakan
pada peralatan dan mengekalkan prestasi peralatan dengan memberi bacaan yang
tepat (Zainal Abidin Sulaiman, 1992). Selain itu, pelajar juga akan dapat
mengelakkan kecederaan semasa mengendalikan peralatan tersebut apabila
menyedari bahawa peralatan tersebut tidak selamat digunakan.
Tambahan lagi, pengetahuan yang cetek tentang penggunaan bahan kimia dan
cara mengendalikan bahan kimia yang perlu dibuang dengan betul dan selamat selalu
juga mengundang kemalangan dan kecelakaan kepada pelajar. Bahan kimia dalam
makmal mempunyai beberapa sifat seperti berbahaya, mudah terbakar, beracun dan
menghakis. Setiap jenis bahan kimia ini memerlukan pengendalian yang tepat dan
selamat bersesuaian dengan sifat bahan tersebut agar tidak merbahaya kepada pelajar
dan keadaan sekeliling. Jika pelajar tidak menguasai kemahiran manipulatif dengan
betul maka mereka tidak dapat mengendalikan bahan dengan baik serta
membahayakan bukan sahaja diri mereka sendiri malah orang sekeliling dan
kawasan makmal.
Penulisan laporan amali Kimia pula memberi peluang kepada pelajar untuk
mengulangkaji atau mengimbas kembali terhadap isi kandungan yang disampaikan
semasa dalam kelas (Miriam Ferzli, 2003). Selain memenuhi kehendak PEKA
Kimia yang menilai pelajar untuk menyediakan laporan amali yang lengkap, proses
penulisan tersebut akan memberi ingatan yang lebih kekal berbanding dengan
menyatakannya secara lisan kerana membenarkan refleksi yang aktif terhadap isi
kandungan yang dipelajari (Ling Yin Yin, 2007). Oleh itu, objektif pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Kimia akan tercapai. Untuk jangka masa panjang,
penulisan laporan amali Kimia yang dipraktikkan sangat berguna pada masa hadapan
apabila pelajar terlibat dalam penemuan baru. Penemuan itu akan diwartakan
sebagai hak persendirian jika diselitkan bersama bahan bukti yang kukuh iaitu
laporan berkenaan penemuan tersebut.
Kesimpulannya, amatlah penting bagi pelajar untuk menguasai kemahiran
manipulatif dan penyediaan penulisan laporan amali yang menepati kehendak dan
keperluan PEKA Kimia. Penguasaan kemahiran manipulatif yang baik akan
menjamin pembelajaran amali yang berkesan dan pelajar akan memperoleh
keputusan amali yang betul dan tepat. Selain itu, pelajar juga dapat menyelesaikan
permasalahan berkaitan konsep Kimia serta mengelakkan kemalangan dan
kecelakaan dalam makmal.
1.3 Pernyataan Masalah
Penguasaan kemahiran manipulatif pelajar dalam pembelajaran amali dapat
menghasilkan pembelajaran yang bermakna dan memenuhi kekehendak dan
keperluan PEKA Kimia. Kemahiran ini boleh digunakan pelajar untuk memastikan
keputusan amali yang diperoleh lebih tepat dan jitu. Penguasaan kemahiran aspek
seperti mengguna dan mengendalikan peralatan dan bahan sains yang baik dapat
menjamin keselamatan pelajar apabila melakukan pembelajaran amali.
Penyediaan penulisan laporan amali sebagai bahan rujukan dan bukti ujikaji
turut menjadi aspek penting dalam PEKA Kimia. Penguasaan kemahiran manipulatif
pelajar amat diperlukan untuk melengkapkan penulisan laporan amali seterusnya
mempengaruhi pencapaian dalam keputusan peperiksaan SPM. Oleh itu, kajian ini
dijalankan untuk mengenalpasti penguasaan kemahiran manipulatif dan penyediaan
penulisan laporan amali mata pelajaran Kimia bagi pelajar tingkatan empat.
1.4 Objektif Kajian
Berdasarkan kepada permasalahan yang telah diutarakan, dua objektif telah
digariskan bagi kajian ini iaitu :
1. mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran manipulatif pelajar
tingkatan empat berdasarkan Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) Kimia.
2. mengenalpasti tahap penguasaan penulisan laporan amali pelajar
berdasarkan PEKA Kimia.