11
SMK LKTP ULU TEBRAU MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL 1/ TAHUN 2015 Tarikh : 31 Disember 2014 (Rabu) Masa : 11.00 pagi – 1.10 petang Tempat : Bilik Mesyuarat SMKFUT Pengerusi : Pn Hajah Sabariah binti Hassan (Pengetua) Kehadiran(Bilangan) : Rujuk PK 07/2 1 PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Pn Hjh Sabariah binti Hassan selaku Pengetua SMK Felda Ulu Tebrau mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir ke mesyuarat. 1.2 Beliau meminta agar semua guru memahami setiap tugas yang diberikan dalam buku pengurusan dan menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh rasa tanggungjawab. 1.3 Semua guru diminta agar memahami konsep SIRE EURO iaitu pelaksanaan program mantap dan mengambil tindakan pantas. 2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 2.1 Tiada 3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 3.1 Tiada 4 FOKUS MESYUARAT 4.1 Ucapan Pengetua 4.1.1 Pn Hajah Sabariah binti Hassan selaku Pengetua SMK Felda Ulu Tebrau meminta supaya headcount pelajar SPM ditampal di papan kenyataan kelas. Headcount individu ditampal di meja pelajar masing-masing. Makluman 4.1.2 Kelas tambahan PISA akan diadakan pada cuti tahun baru Cina dan pada cuti penggal bulan Mac. Antara mata 1

Borang Pk 07 3 Minit Mesyuarat Kurikulum 1 2015

Embed Size (px)

Citation preview

PK 15/3

SMK LKTP ULU TEBRAUMINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL 1/ TAHUN 2015Tarikh

: 31 Disember 2014 (Rabu)Masa

: 11.00 pagi 1.10 petangTempat

: Bilik Mesyuarat SMKFUTPengerusi

: Pn Hajah Sabariah binti Hassan (Pengetua)Kehadiran(Bilangan) : Rujuk PK 07/21PERUTUSAN PENGERUSI1.1Pn Hjh Sabariah binti Hassan selaku Pengetua SMK Felda Ulu Tebrau mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir ke mesyuarat.1.2Beliau meminta agar semua guru memahami setiap tugas yang diberikan dalam buku pengurusan dan menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh rasa tanggungjawab. 1.3Semua guru diminta agar memahami konsep SIRE EURO iaitu pelaksanaan program mantap dan mengambil tindakan pantas.2PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU2.1Tiada

3PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1Tiada

4FOKUS MESYUARAT

4.1Ucapan Pengetua

4.1.1Pn Hajah Sabariah binti Hassan selaku Pengetua SMK Felda Ulu Tebrau meminta supaya headcount pelajar SPM ditampal di papan kenyataan kelas. Headcount individu ditampal di meja pelajar masing-masing.

Makluman4.1.2Kelas tambahan PISA akan diadakan pada cuti tahun baru Cina dan pada cuti penggal bulan Mac. Antara mata pelajaran terlibat ialah bahasa Melayu, Matematik, Sains, Matematik Tambahan, Biologi, Fizik, dan Kimia.

Makluman4.1.3Beliau membentangkan KPI Kurikulum. Antaranya ialah seperti berikut:

4.1.3.1Semua panitia perlu merancang program bagi meningkatkan prestasi setiap mata pelajaran dari tingkatan 1 hingga 5.

Makluman. 4.1.3.2

ETR SPM 2015, peratus menguasai 98% dengan GPS 5.33 dan bilangan pelajar semua A ialah 4 orang. ETR bagi PT3 2015, peratus lulus semua mata pelajaran ialah 50% dengan GPS 3.00 dan bilangan pelajar semua A ialah 5 orang.

Makluman4.1.3.3

Pedagogi abad ke 21. Mesti ada unsur KBAT, Ithink, penggunaan ICT, kreatif dan inovatif. Kelas 4C, 4K dan 4M disediakan LCD projektor dan skrin.

Makluman4.1.3.4Keputusan PISA diharap dapat melebihi 52%.

Makluman4.1.3.5

Penandaan/ semakan buku latihan serentak mengikut jadual setiap hari Selasa (ganjil) di bilik mesyuarat.Makluman4.1.3.6

Zero deffect pengurusan fail.Makluman4.1.3.7

Pencerapan guru sekurang-kurangnya 2 kali bagi sesi 2015.Makluman4.1.3.8

Memperkasakan headcount, pencerapan dan audit total.Makluman4.1.3.9

Memantapkan Kumpulan Mutu Kerja (KMK) dan Dialog Prestasi.Makluman4.1.3.10Pemantauan tuisyen FELDA dan PISA dijalankan.Makluman4.1.3.11Anggaran Belanjawan Mengurus Kewangan Setahun (optimum).Makluman4.1.3.12Pemantauan rekod pinjaman/penggunaan bilik khas. Buku rekod pinjaman atau penggunaan bilik khas hendaklah diperbaharui.Makluman4.1.3.13Bilangan amali sains bagi setiap tingkatan hendaklah mencukupi.Tindakan: GKMP SN & MT, KP SN & MT

4.1.3.14Galeri Sejarah hendaklah dalam keadaan kondusif.Tindakan: GKMP Sains Sosial, KP Sejarah

4.1.3.15Bilik Seni atau Galeri Seni hendaklah dalam keadaan yang bersih dan kondusif.

Tindakan: GKMP Sains Sosial, KP PSV

4.1.3.16Bengkel KH, bengkel RC, dan Makmal Komputer hendaklah sentiasa bersih, kondusif dan ceria.

Tindakan: GKMP Teknik Vokasional, KP KH,

KP RC, Penyelaras ICT

4.1.3.17Bilik Tayang hendaklah bersih dan ceria.

Tindakan: Guru Media4.1.3.18One Stop Center hendaklah sentiasa bersih,ceria, bermaklumat dan kondusif.

Makluman

4.1.3.19Fail SPSK mesti disimpan di dalam bilik One Stop Centre.Makluman4.1.4Beliau memaklumkan KPI Kurikulum akan dilancarkan pada 8 Mac 2015.Tindakan: PK Pentadbiran, GKMP

4.2Sistem Pengurusan Sekolah Kualti (SPSK)4.2.1Pn Mazlinah binti Mohamad selaku Penolong Kanan Pentadbiran memaklumkan tentang prosedur kualiti PK01 hingga PK14.Makluman4.2.2Beliau memaklumkan tentang PK01 iaitu pengurusan panitia. Semua ketua panita diminta mengikuti senarai kandungan fail panitia, status pelaksanaan program panitia, format laporan program dan rekod pengesanan 100% sukatan pelajaran diajar.Tindakan: PK Pentadbiran, GKMP, KP4.2.3PK02 iaitu pengurusan jadual waktu. Semua guru diminta menulis jadual waktu persendirian dan tingkatan di dalam ruangan jadual waktu dalam RPP. Jika berlaku perubahan jadual waktu, jadual perlu ditampal. Guru yang terlibat dengan mesyuarat atau kursus luar hendaklah mengisi buku pergerakan keluar sekolah dan meninggalkan bahan relief. Guru yang menerima relief perlu menandatangani buku penerimaan relief dan mengisi maklumat dalam buku rekod MMI.Tindakan: PK Pentadbiran, GKMP, SU Jadual Waktu4.2.4PK03 iaitu pengurusan pembelajaran dan pengajaran. Semua guru diminta melengkapkan maklumat dalam RPP dan disahkan oleh pentadbir sekolah. Guru perlu menyediakan rancangan pelajaran harian sekurang-kurangnya mengandungi tajuk, objektif/hasil pembelajaran, aktiviti, BBM, dan refleksi.

Makluman4.2.5Semasa PdP di dalam kelas, guru hendaklah mengajar mengikut rancangan dalam RPP, kelas mestilah kondusif, dan mencatat laporan kehadiran, disiplin murid dan buku kawalan murid. Selepas PdP, guru mata pelajaran diiigatkan supaya menyemak hasil kerja murid dan meminta pelajar membuat pembetulan sekiranya terdapat kesalahan. Makluman4.2.6Penggunaan makmal atau bilik-bilik khas dan pengambilan dan pemulangan bahan atau peralatan hendaklah direkodkan.

Makluman4.2.7Pn Mazlinah binti Mohamad memaklumkan penghantaran RPP kali pertama kepada Pengetua pada 31 Disember 2014 dengan melengkapkan maklumat di bahagian hadapan RPP, jadual waktu dan rancangan pengajaran harian hari pertama. Penghantaran kali kedua kepada Pengetua pada 8 Januari 2015 lengkap berserta fail SP/HSP/RPT. Minggu seterusnya, PKP, GKMP, Kaunselor, dan guru gred DG 44 hendaklah menghantar RPP kepada Pengetua manakala guru lain kepada GKMP. Setiap akhir bulan semua guru hendaklah menghantar RPP kepada Pengetua.Tindakan: Semua guru4.2.8PK04 iaitu pengurusan pencerapan. Pencerapan guru kali pertama 2015 akan dijalankan dalam tempoh Januari hingga Februari dan kali kedua dalam tempoh Jun hingga Ogos. Pencerapan guru dijalankan sekurang-kurangnya dua kali setahun. Pencerapan mestilah melebihi 80%. Program tindak ikut bagi aspek kurang skor perlu dijalankan. Pencerapan bermula pada minggu ketiga dan pemantauan PPD akan dijalankan pada hari pertama sesi persekolahan. Februari minggu kedua, bilangan guru dicerap mestilah melebihi 80%. Post mortem pencerapan dijalankan pada minggu pertama bulan Mac. Penghantaran analisis pencerapan ke PPD pada minggu kedua bulan Mac.Tindakan: PK Pentadbiran, GKMP, KP

4.2.9PK05 iaitu pengurusan peperiksaan. Mesyuarat JK Peperiksaan perlu diadakan pada awal tahun. Diminta untuk menyediakan dan mengedarkan takwim peperiksaan. SU Peperiksaan diminta menyediakan surat lantikan penggubal soalan.

Tindakan: PK Pentadbiran, GKMP, SU Peperiksaan4.2.10PK06 iaitu pengurusan semakan hasil kerja murid. Pemantauan buku latihan kali pertama pada bulan Mac hingga April dan kali kedua pada bulan Julai hingga Ogos.Makluman4.2.10PK07 iaitu pengurusan mesyuarat. Mesyuarat kurikulum dan PBS hendaklah diadakan sekurang-kurangnya 4 kali setahun manakala mesyuarat bidang sekurang-kurangnya 12 kali setahun.Makluman4.2.11Surat pelantikan PK01 hingga PK17 akan diberikan kepada guru terlibat dan salinan terkawal dan salinan tidak terkawal hendaklah diserahkan kepada penyelaras.

Tindakan: SU SPSK

4.3Headcount

4.3.1ETR SPM 2015, peratus menguasai 98% dengan GPS 5.33 dan bilangan pelajar semua A ialah 4 orang. ETR bagi PT3 2015, peratus lulus semua mata pelajaran ialah 50% dengan GPS 3.00 dan bilangan pelajar semua A ialah 5 orang.

Makluman

4.4PISA

4.4.1Pemilihan pelajar tingkatan 4 seramai 42 orang akan dimaklumkan pada 15 Februari 2015. Taklimat kepada ibu bapa pelajar terpilih akan diadakan pada 17 Februari 2015.Tindakan: PK Pentadbiran, Penyelaras PISA 4.4.2Sebelum peperiksaan PISA, Mock Test akan dijalankan sebanyak dua kali supaya pelajar lebih yakin dan bersedia untuk menjawab soalan.

Makluman4.4.3Peperiksaan PISA bakal dilaksanakan dalam tempoh 19 April hingga 8 Mei 2015.

Makluman4.4.4KEM PISA akan diadakan sebanyak 3 kali iaitu pada 17 hingga 23 Feb, 13 hingga 21 Mac 2015 dan 10 hingga 11 April 2015. KEM PISA akan dirasmikan oleh Tuan Pengarah JNPJ pada 17 Feb.Tindakan: PK Pentadbiran, Penyelaras PISA, Guru MP PISA4.5Kelas abad ke-21

4.5.1Pn Mazlinah binti Mohamad memaklumkan kelas abad ke-21 menekankan aspek KBAT, Ithink, penggunaan ICT, mempamerkan hasil kerja murid, cara atur susun meja 4 hingga 6 (kolaboratif), kelas mempunyai sudut bacaan/PPPM/carta/jadual bertugas/ jadual waktu, slogan kelas, kelas bertema dan Fun Learning.

Makluman

4.6Program Akademik Terancang

4.6.1Program hendaklah dijalankan berdasarkan perancangan strategik dan panitia perlu membuat post mortem program yang dirancang, keberkesanan dan penambahbaikan.Makluman4.6.2Program akademik yang dirancang mesti ke arah peningkatan prestasi dan mempunyai hubung kait dengan PPPM(aspirasi murid).

Makluman4.6.3Perkongsian bahan dalam VLE Frog termasuk SP/HSP/RPT dan bank soalan.

Makluman

4.7Dialog Prestasi4.7.1Pn Mazlinah binti Mohamad memaklumkan dialog prestasi diadakan 12 kali pada peringkat JPN dan PPD. Jadual peringkat sekolah akan disesuaikan sebelum tarikh penetapan dialog prestasi.

Makluman

4.8Program Relif Terancang

4.8.1Pn Mazlinah binti Mohamad memaklumkan modul relif akan diletakkan di dalam bilik khas. Guru relif boleh memberikan jawapan kepada pelajar tingkatan 1 hingga 3 pada 10 minit terakhir. Bagi kelas tingkatan 4 dan 5, guru relif boleh membincangkan jawapan mengikut kesesuaian masa dan bahan modul.

Makluman

4.9Program PINCH

4.9.1Guru mata pelajaran diminta untuk mengenal pasti pelajar bermasalah 3M iaitu membaca, mengira dan menulis.

Makluman4.9.2Guru PINCH diminta merujuk program pemulihan penggunaan bahan terancang.

Tindakan: Guru PINCH

4.10Program Pembugaran 3P

4.10.1Pn Mazlinah binti Mohamad meminta semua guru mengetahui dan memahami program Audit Total, program Headcount dan pencerapan PdP.

Makluman4.10.2Headcount pelajar perlu ditampal di dalam RPP dan pelajar diminta menampal headcount individu di meja masing-masing.

Tindakan: PK Pentadbiran, GKMP, Penyelaras Headcount

4.11Program Kecemerlangan Akademik

4.11.1Tuisyen Felda akan diadakan selama 20 minggu bermula Februari hingga Oktober. Mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, K. Hidup, Pend Agama Islam, dan Matematik terlibat bagi tingkatan 3. Manakala bagi tingkatan 5, mata pelajaran terlibat ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Sejarah, Sains Pertanian, Ekonomi Asas, Matematik, Add Maths, Biologi, Fizik dan Kimia.Makluman4.11.2Kem Gelombang Akademik 1 hingga 3 akan diadakan untuk pelajar tingkatan 3 dan 5. Gelombang 1 akan diadakan pada cuti pertengahan penggal 1, gelombang 2 akan diadakan pada cuti pertengahan tahun dan gelombang 3 akan diadakan pada cuti pertengahan penggal 2.

Makluman4.11.3Program Permata Felda akan pula akan diadakan bagi pelajar tingkatan 5 sasaran semua A SPM. Program Jaringan/ Jalinan ini diadakan di SMKA JB.

Makluman4.11.4Hari Penetapan Target/ Audit Total Bil 1 bagi tingkatan 5 akan diadakan pada 26 hingga 28 Januari 2015 manakala Audit Total Bil 2 akan diadakan pada 15 hingga 17 Jun 2015. Hari Penetapan Target tingkatan 3 akan diadakan pada 31 Januari 2015. Tindakan: PK Pentadbiran, GKMP, SU Kurikulum, Penyelaras Headcount, Kaunselor4.11.5Hari Akademik akan diadakan pada 31 Jun 2015 dan Hari Anugerah Cemerlang pula akan diadakan pada 7 Mac 2015.

Tindakan: PK Pentadbiran, SU Kurikulum4.12Anggaran Belanja Mengurus (ABM)

4.12.1GKMP dan KP diingatkan supaya perlu mengetahui peruntukan PCG setiap panitia.

Makluman4.12.2Semua pembelian dalam panitia perlu mendapat persetujuan dalam mesyuarat kurikulum atau panitia.

Makluman5HAL-HAL LAIN5.1Pn Hajah Sabariah binti Hassan selaku Pengetua SMK Felda Ulu Tebrau mengingatkan semua pentadbir dan guru mata pelajaran mempunyai fail meja. Fail meja menunjukkan bidang tugas yang perlu dilaksanakan dengan berkesan di samping arahan tugas terkini dari semasa ke semasa.Makluman5.2Guru media diminta berbincang dengan KP tentang pembelian buku rujukan di perpustakaan dan perlu memastikan kemudahan ICT di bilik khas berfungsi. Guru media turut diingatkan supaya merancang program NILAM berjadual.

Tindakan: Guru Media6PENUTUP

6.1Pn Hajah Sabariah binti Hassan selaku Pengetua SMK Felda Ulu Tebrau berharap agar semua program yang dirancang dalam berjalan dengan lancar.

6.2Beliau turut berharap agar prestasi PT3 pada tahun ini lebih baik daripada tahun lepas.

6.3Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.10 petang.

Disediakan oleh,

Disemak Oleh,

.......................................... ................................

(NOORAZWA BINTI IBRAHIM)

(

)

Setiausaha Kurikulum

SMK Felda Ulu Tebrau 81810 Ulu Tiram, Johor. Tarikh : 7 Januari 2015 Tarikh : 8