Budaya Penggunaan Tepak Sirih Atau Puan Terkenal Dalam Kalangan Masyarakat Melayu

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bb

Citation preview

Budaya penggunaan tepak sirih atau puan terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu.Tepak sirih diperbuat daripada tembaga.Bahagian atas tepak sirih diletakkan beberapa bekas berisi kepingan buah pinang kering,kapur,gambir dan tembakau.Di bahagian tepi pula disusun sirih,cengkih dan kacip. Pada zaman dahulu,para petani dan nelayan memakan sirih sambil berbual-bual sewaktu berehat selepas penat bekerja.Di istana pula,para raja memakan sirih sebagai santapan sewaktu berehat. Dalam adat istiadat masyarakat Melayu,tepak sirih digunakan sebagai pembuka bicara sebelum memulakan upacara atau perbincangan.Tepak sirih juga digunakan sebagai lambing dalam majlis merisik atau pertunangan yang dihantar oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan. Tepak sirih juga menjadi alat kebesaran diraja.