59
Gaya Penulisan UMS MUKADIMAH Garis panduan ini diadakan sebagai menyelaras panduan dikalangan pelajar dalam menyediakan penulisan tesis dan disertasi. Panduan ini menjelaskan keperluan minimum format dalam menyediakan tesis dan disertasi. Garis panduan ini boleh digunakan bersama kaedah penulisan mengikut disiplin kajian. ETIKA PENYELIDIKAN Plaglarisme merupakan idea-idea atau perkataan-perkataan daripada karya orang lain yang telah diterbitkan dan digunakan dalam penulisan seseorang tanpa mencatatkan penghargaan kepada penulis asalnya. Penggunaan idea atau perkataan-perkataan orang lain mesti diakui setiap satunya dengan jelas dalam teks. Sebarang penggunaan perkataan sebenar dari orang lain harus diakui dengan menggunakan tanda petik (“……..”) serta dengan menyatakan sumbernya di dalam teks. PANDUAN UMUM 1. Kertas Saiz A4 (210cm x 297cm) Kertas Simili 80gm Warna putih 2. Jenis Huruf Tahoma ataupun Arial 1

buku gaya penulisan UMS

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

MUKADIMAH

Garis panduan ini diadakan sebagai menyelaras panduan dikalangan pelajar dalam menyediakan penulisan tesis dan disertasi. Panduan ini menjelaskan keperluan minimum format dalam menyediakan tesis dan disertasi. Garis panduan ini boleh digunakan bersama kaedah penulisan mengikut disiplin kajian.

ETIKA PENYELIDIKAN

Plaglarisme merupakan idea-idea atau perkataan-perkataan daripada karya orang lain yang telah diterbitkan dan digunakan dalam penulisan seseorang tanpa mencatatkan penghargaan kepada penulis asalnya. Penggunaan idea atau perkataan-perkataan orang lain mesti diakui setiap satunya dengan jelas dalam teks. Sebarang penggunaan perkataan sebenar dari orang lain harus diakui dengan menggunakan tanda petik (“……..”) serta dengan menyatakan sumbernya di dalam teks.

PANDUAN UMUM

1. Kertas

Saiz A4 (210cm x 297cm)Kertas Simili 80gmWarna putih

2. Jenis Huruf

Tahoma ataupun Arial

* Nota: Hanya menggunakan satu jenis huruf sahaja sepanjang penulisan teks.

1

Page 2: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

TERTIB SUSUNAN TESIS

Tajuk pada helaian pertamaPengakuanPenghargaanAbstrak (Bahasa Melayu)Abstrak (Bahasa Inggeris) –Tulisan dicondongkan (Italic)Kata KunciIsi KandunganSenarai RajahSenarai JadualSenarai SingkatanSenarai SimbolSenarai GlosariBab (Bab 1 hingga bab ……)Rujukan/BibliografiLampiran (LAMPIRAN A, LAMPIRAN B…..)

Nota: Mungkin ada di antara perkara yang tercatat ini tidak diperlukan dalam tesis/disertasi anda.

PENULISAN TESIS/DISERTASI

1. Jumlah Perkataan Dalam Tesis

a. Secara PenyelidikanTesis Doktor Falsafah : Tidak melebihi 100,000 patah

perkataanTesis Sarjana/Sarjana Falsafah : Tidak melebihi 60,000 patah

perkataan

b. Secara Kerja Kursus Disertasi Doktor Falsafah : Tidak melebihi 60,000 patah

perkataan Disertasi Sarjana : Tidak melebihi 20,000 patah

perkataan

* Nota: Jumlah perkataan yang dimaksudkan ialah perkataan dalam teks sahaja iaitu tidak termasuk jadual, rajah, nota kaki dan lampiran. Jumlah ini adalah panduan sahaja. Sesetengah tesis/disertasi mungkin tidak memerlukan jumlah sebanyak itu atau memerlukan lebih daripada jumlah tersebut.

2

Page 3: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

STRUKTUR TESIS

Pada asasnya setiap Tesis dan disertasi terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu:

1. Pendahuluan2. Kandungan teks 3. Bahan Tambahan

1. Pendahuluan

Setiap pendahuluan mengandungi dan disusun seperti berikut:

1.1 Tajuk Tesis/Disertasi

– Pelajar perlu memasukkan nama calon, tajuk tesis /disertasi yang diluluskan oleh senat, nama sekolah dan tahun viva.

1.2 Muka HadapanBahagian ini memerlukan sebanyak 2 halaman yang mana halaman kedua pelajar harus memasukkan kenyataan ”....TESIS/DISERTASI INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SYARAT MEMPEROLEHI....”

Format penulisan adalah seperti berikut:

Tajuk Tesis :Tajuk tesis jika lebih daripada satu baris ditulis dalam bentuk centre.

Nama Calon : Nama penuh calon mengikut kad pengenalan (centre)Nama Sekolah : Sekolah di mana calon mendaftar (centre)Tahun Viva : Tahun Viva Voce (centre) Saiz Tulisan : 18 (Huruf Besar)

Nota: *Sila potong mana yang tidak berkenaan.

3

Page 4: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

Contoh:

SATU KAJIAN ETNOGRAFI: MASYARAKAT KADAYAN DI SIPITANG,

SABAH.

INTAN AZIRAH ABDUL RAHMAN

SEKOLAH SAINS SOSIALUNIVERSITI MALAYSIA SABAH

2006

4

Page 5: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

Contoh:

SATU KAJIAN ETNOGRAFI: MASYARAKAT KADAYAN DI SIPITANG,

SABAH.

INTAN AZIRAH ABDUL RAHMAN

TESIS INI DIKEMUKAKAN UNTUKMEMENUHI SYARAT MEMPEROLEHI

IJAZAH SARJANA/DOKTOR FALSAFAH*

SEKOLAH SAINS SOSIALUNIVERSITI MALAYSIA SABAH

2006

5

Page 6: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

1.3 PengakuanPelajar perlu memasukkan kenyataan ”.....Segala nukilan, ringkasan dan rujukan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya....”

1.4 Penghargaan

Pelajar boleh merakamkan penghargaan kepada orang perseorangan ataupun pertubuhan/persatuan yang membantu dalam melakukan kajian dan digalakkan supaya tidak panjang.Dedikasi tidak dibenarkan.

1.5 Abstrak (Dalam Bahasa Melayu)Dalam penulisan tesis/disertasi hendaklah ditulis dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Jika tesis/disertasi ditulis dalam Bahasa Melayu, mesti didahului dengan abstrak dalam Bahasa Melayu dan diikuti dengan abstrak dalam Bahasa Inggeris yang dicondongkan (Italic). Begitulah sebaliknya.

Penulisan abstrak perlu dimasukkan isu utama kajian, kaedah yang digunakan semasa menjalankan kajian, hasil yang diperolehi serta sedikit pernyataan dalam kajian.

Setiap abstrak mempunyai kata kunci. Biasanya 5 kata kunci sahaja.

Format Abstrak adalah seperti berikut:Saiz Huruf :11Selang Baris : Satu (1) langkauJumlah Perkataan :Ditulis dalam satu perenggan dan satu

muka surat sahaja dan tidak melebihi 500 patah perkataan untuk tesis dan 250 patah perkataan untuk disertasi.

* Nota: Bagi abstrak Bahasa Melayu tidak mempunyai tajuk. Hanya abstrak Bahasa Inggeris sahaja yang mempunyai tajuk dan dicondongkan.

6

Page 7: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

Contoh abstrak Bahasa Melayu:

ABSTRAK

Penulisan mengenai pembangunan industri hiliran berasaskan perikanan di negeri Sabah oleh para sarjana tempatan lebih menumpukan kepada persoalan di peringkat “hulu” sahaja seperti status sumber marin, taraf sosio-ekonomi komuniti nelayan, peranan golongan pemodal, bilangan nelayan dan bot menangkap ikan; jumlah pendaratan sumber marin, teknologi menangkap ikan; kepelbagaian spesis marin dan lain-lain lagi. Penulisan mengenai pembangunan industri perikanan di peringkat “hiliran” seringkali dipinggirkan dan tidak mendapat tempat yang sewajarnya.....

7

Page 8: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

Contoh abstrak Bahasa Inggeris:

ABSTRACT

THE HISTORICAL DEVELOPMENT OF THE DOWNSTREAM INDUSTRY BASED ON FISHERIES IN SABAH, 1786-2000.

Writings by local scholars on the development of the downstream industry based on fisheries in the state of Sabah have been limited and basically are more focused on the “upstream” level of the fishery industry. These writings have attempted to answer questions such as: the status of marine sources, the sosio-economic level of fishermen in their community, varieties of marine species and other topics which are related and geared towards “upstream” issues. Hence, due to the focus towards study on the development of the fishery industry at the “upstream” level, this has affected the attention on the issues at the “downstream” level, which have occasionally been marginalized……

8

Page 9: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

1.6 Kata Kunci

Kata kunci ialah perkataan atau ungkapan penting yang boleh memberi gambaran ringkas dan menyeluruh tentang tesis tersebut.

Kata kunci terdiri daripada satu perkataan atau ungkapan yang tidak melebihi tiga perkataan. Jumlah kata kunci hendaklah tidak melebihi dari lima (5) perkataan atau rangkai kata.

Contoh:

Masyarakat peribumi, kemiskinan, permasalahan akademik.

1.7 Isi KandunganSemua tajuk, bab dan pecahan bab kecil yang utama hendaklah disenaraikan dan disusun mengikut tertib.

9

Page 10: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

Contoh:

ISI KANDUNGANM/S

TAJUK i

PENGHARGAAN ii

ABSTRAK iii

ABSTRACT iv

SINGKATAN v

ISI KANDUNGAN vi

SENARAI RAJAH vii

SENARAI JADUAL viii

BAB 1: PENGENALAN 1

1.1. PENGENALAN KEPADA TEMPLAT GAYA UMS 1 1.1.1. MENDAPATKAN TEMPLAT 1 1.1.2. PENGGUNAAN TEMPLAT 2

10

Page 11: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

1.8 Senarai Rajah

Bahagian ini menyenaraikan kesemua rajah, gambar rajah atau gambar foto mengikut susunan tertibnya dalam teks tesis atau disertasi, beserta dengan muka surat. Rajah membawa maksud graf, gambar, foto, contengan, sketsa, gambar rajah, lukisan atau ilustrasi dan gambar foto.

Susunan senarai rajah haruslah mengikut susunan dalam teks.

Bagi Pelajar Sains Sosial:

Tajuk :Di bahagian atasSumber :Di bahagian bawah rajah

Bagi Pelajar Sains:

Tajuk :Di bahagian bawah rajahSumber :Di bahagian bawah tajuk rajah

11

Page 12: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

Contoh Rajah Bagi Pelajar Sastera (Sains Sosial):

Rajah 1.2 : Rizab Sungai tidak Mengikut Liku-liku Sungai.

12

Page 13: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

Contoh Rajah Bagi Pelajar Sains:

Rajah 1.2 : Rizab Sungai tidak Mengikut Liku-liku Sungai Sumber: Jabatan Pemetaan Sabah

13

Page 14: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

1.9 Senarai JadualBahagian ini berupa senarai daftar atau maklumat yang diringkaskan. Bahagian ini menyenaraikan jadual mengikut susunan tertibnya dalam teks tesis atau disertasi.Susunan senarai jadual haruslah mengikut susunan dalam teks.

Pelajar Sains Sosial:

Tajuk :Di bahagian atas Sumber :Di bahagian bawah jadual

14

Page 15: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

Contoh Jadual Pelajar Sains dan Sastera:

Jadual 1.1: Kadar literasi/kebolehan membaca, 1991 dan 1996 mengikut jantina dan lokasi

Sumber: Banci Penduduk Tahun 2000

15

Page 16: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

1.10 Senarai Simbol/Singkatan (Jika ada)

o Senarai ini diletakkan selepas senarai rajah dan senarai jadual.o Contoh:

AFC Komunikasi Secara Efektif USIA United Sabah Islamic Association WHO World Health Organisation

1.11 Glosari

Glosari ialah senarai istilah/perkataan yang digunakan dalam teks yang mempunyai erti khusus sesuatu bidang ilmu pengetahuan. Perkataan hendaklah disusun mengikut abjad.

Contoh untuk gugusan Sains:

Agranulosit Sejenis sel darah putih tanpa granul sitoplasmaBlastofor Lekukan pada gastrula pada peringkat awal embrioDendrit Neuron yang menalar impulsDiastol Tempoh rehat semasa satu kitar kardium

Contoh untuk gugusan Sastera/Sains Sosial:

Baptis Upacara mengkristiankan seseorang melalui upacara permandian

Ekstrinsik Berasal atau bertindak dari luarInterpersonal Hubungan sesama manusiaKorelasi Hubungan atau kaitan secara timbal balik

2. Kandungan teks tesis dan disertasi

16

Page 17: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

Kandungan teks tesis dan disertasi tidak mempunyai satu format yang tetap. Susunan terpulang kepada penyelia dan pelajarnya. Lazimnya dalam kandungan teks tesis dan disertasi perlu ada perkara-perkara berikut:

Penaipan Teks

Saiz Huruf Teks : 11Saiz Huruf Tajuk Wajib (huruf besar) : 12 (Bold)Saiz Huruf Subtajuk (huruf kecil) : 11 (Bold)Saiz Huruf Nota Bawah (jika digunakan) : 10

Selang Baris :2 langkau (double spacing) Langkau 1 baris untuk Nota BawahPerenggan :Perenggan pertama dimulakan di

sebelah kiri sekali. Perenggan seterusnya dimulakan selepas ketukan yang ke-12 (1 Tab).

Nomboran Muka Surat :Mengekalkan dengan satu formatMargin :1½ inci/38mm dari birai kiri

1 inci/25mm dari birai atas, kanan dan bawah.

Bahasa :Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. (Bahasa asing dalam teks

hendaklah dicondongkan/Italic)Warna Huruf : Hitam Cetakan :Cetakan dotmatrix tidak dibenarkan

17

Page 18: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

Contoh:

BAB 2

SOROTAN LITERATUR

2.1. Pendahuluan

Universiti Malaysia Sabah (UMS) ditubuhkan pada 24

November 1994……..

Sesi 1996/97 merupakan sesi kedua kewujudan

18

25mm dari birai atas.

25mm dari birai kanan.

38mm dari birai kiri.

Perenggan baru dimulakan dengan 12 ketukan atau 1 tab

Muka surat

Page 19: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

UMS. Banyak change sudah berlaku…….

36

2.1 Pengenalan Pengenalan meliputi latar belakang, pernyataan masalah kajian, objektif dan hipotesis.

2.2 Sorotan LiteraturSatu bahagian yang mengandungi huraian kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan topik kajian.

2.3 Metodologi Satu bahagian yang menghuraikan dengan mendalam kaedah-kaedah dan tatacara yang digunakan oleh penyelidik dalam membuat kajian.

2.4 Hasil Hasil merupakan keputusan yang diperolehi dan dibentangkan dalam penulisan teks.

2.5 Perbincangan Bahagian yang menghuraikan mengenai hasil kajian dan analisis kajian yang dilakukan oleh penyelidik.

2.6 Kesimpulan Setiap bab yang mempunyai pengenalan harus mempunyai penutup yang menyimpulkan hasil perbincangan dalam bab itu.

2.7 CadanganBahagian ini tidak wajib dan hanya dimasukkan jika difikirkan sesuai dengan kajian.

3. Bahan Tambahan

Bahan tambahan terdiri daripada:

19

25mm dari birai bawah

Page 20: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

3.1 Rujukan Teks Dalam Tesis/Disertasi

Rujukan ini ialah untuk menghargai karya penulis yang menjadi sumber rujukan berkenaan disamping memudahkan penulis atau pembaca berikutnya mengetahui sumber yang telah digunakan dalam sesuatu penulisan.

Terdapat 2 sistem rujukan dalam sesebuah tulisan iaitu:

3.1.1 Sistem pengarang-tarikh

Peringatan -Pelajar gugusan sains dan sains sosial boleh menggunakan teknik sistem pengarang-tarikh sepenuhnya.

- Sistem ini mengandungi sekurang-kurangnya dua perkara asas, iaitu pengarang dan tahun terbitan. Sekiranya penulis merujuk kepada halaman tertentu, halaman tersebut hendaklah dinyatakan selepas tanda noktah bertindih (:) yang diletakkan selepas tahun terbitan.

- Bagi pengarang Barat atau yang mempunyai nama keluarga (surname), nama keluarga sahaja digunakan. Rujukan hendaklah diletakkan dalam kurungan.

- Contoh:

a. Jika nama pengarang pada pertengahan atau akhiran ayat, hendaklah ditulis seperti berikut:

Contoh pelajar Sains:

(Williams, 1965)

Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial:

(Williams, 1965: 34)

b. Jika nama pengarang pada permulaan ayat, hendaklah ditulis seperti berikut:

Contoh pelajar Sains:

Williams (1965)

Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial:

William (1965:34)

20

Page 21: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

c. Jika lebih dari dua orang pengarang, hendaklah ditulis nama pengarang pertama diikuti dengan perkataan et al. (Misalnya nama pengarang pada judul, Adams, E.J.,Stephenson, S.L.Latham, M.C. & Kinoti S.N.) hendaklah ditulis dalam teks seperti berikut:

Contoh pelajar Sains:

Adams et al. 1994.

Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial:

Adams et al. 1994: 35

d. Sekiranya merujuk kepada penulis yang menghasilkan 2 karya atau lebih pada satu tahun tertentu, maka hendaklah ditulis seperti berikut:

Contoh pelajar Sains:

(Cheah, 1998a)(Cheah, 1998b)

Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial

(Cheah, 1998a: 77)(Cheah, 1998b: 118)

e. Bagi pengarang Melayu, boleh ditulis dengan nama pengarang sahaja.

Contoh pelajar Sains:(Ahmat, 1992)

Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial

(Ahmat, 1992: 23)

f. Bagi hasil karya yang tahun terbitannya tidak dinyatakan.

Contoh pelajar Sains:

(Ong t.th.)

21

Page 22: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial

(Ong t.th.: 7)

*Nota: t.th. adalah singkatan bagi tarikh dan halaman yang dirujuk ialah 7. Elakkan dari merujuk rujukan sedemikian.

g. Bagi rujukan yang dibuat lebih daripada satu sumber pada satu tempat, semua sumber rujukan itu hendaklah ditulis dan dipisahkan dengan tanda koma bertindih (;).

Contoh pelajar Sains:

(Ahmat, 1992; ; Mohd Sarim, 1997)

Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial

(Ahmat, 1992: 12; Mohd Sarim, 1997: 25)

Sekiranya rujukan dibuat daripada pengarang yang sama tetapi lebih daripada satu sumber, rujukan tersebut dipisahkan dengan tanda koma (,).Contoh pelajar Sains:

(Cheah, 1998a, 1998b)

Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial

(Cheah, 1998a: 25, 1998b: 15)

h. Bagi rujukan tanpa pengarang, ditulis seperti berikut:

(Akta perancangan bandar dan desa 1976 (Akta 171), 2001:3; Seventh-day adventist encyclopedia 1966: 45)

3.1.2 Sistem Nota bawah/Nota hujung

Peringatan– Pelajar gugusan sains sosial boleh menggunakan sistem nota bawah/nota hujung untuk membuat

22

Page 23: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

huraian atau penerangan selain daripada dalam teks. Manakala pelajar sejarah mesti menggunakan sistem nota bawah sepenuhnya.

Sistem Nota bawah dan Nota hujung digunakan bagi disiplin tertentu untuk menerangkan sumber rujukan yang digunakan pada halaman teks tersebut ataupun di hujung setiap bab (Catatan akhir). Selain itu juga, sistem ini digunakan untuk memberi penerangan tentang sesuatu perkara dalam teks yang menjadi rujukan kepada pembaca.

Format penulisan sistem nota bawah/nota hujung:-Jenis Tulisan : Tahoma/ ArialSaiz Huruf : 10Format : Justify

Butiran catatan bawah disusun mengikut tertib, iaitu Nama Pengarang (diengsot) (,) koma, judul-italic (,) koma, tempat (:) noktah bertindih, penerbit (,) koma, tahun (,) koma, edisi (,) koma, halaman (.) noktah.

c. Penggunaan IbidSingkatan ibid berasal daripada perkataan Latin, iaitu ibidem yang bermaksud pada tempat yang sama. Jika rujukan berikutnya, iaitu masih menggunakan sumber sama dan tidak ada rujukan lain selepas nota bawah 1, hendaklah ditulis Ibid. (apabila halamannya sama) dan apabila halaman yang berlainan, hendaklah dimasukkan halaman tersebut.

23

Page 24: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

Contoh ayat dalam teks:

....Penduduk di kawasan tersebut terdiri daripada subkumpulan etnik Gana1 yang mengamalkan kepercayaan adat.2 Walau bagaimanapun bagi beliau telah berubah. Semasa beliau tinggal di asrama, beliau telah terpengaruh

dan terpikat dengan ajaran Kristian yang diajar oleh warden asrama

tersebut.3.....

Contoh penulisan nota bawah dan penggunaan Ibid.

______________________1 Mohd Farid Linggi, Kehidupan Dalam Tiga Dimensi, Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka, 1998, hlm.9.

2. Ibid.

3. Ibid., hlm. 63.

24

Page 25: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

3.1. Penggunaan op. cit.Perkataan op. cit. Berasal daripada perkataan Latin opere citato yang bermaksud dalam karya tersebut. Perkataan ini digunakan apabila sumber rujukan yang digunakan oleh penulis tidak lagi berturutan.

Contoh:

...Setelah berjaya di tawan semula dari tentera Jepun, Negeri Sabah telah

ditadbir sementara oleh British Military Administration1 (BMA) sehingga 15hb.

Julai 19462. Ini bertujuan untuk memulihkan semula keamanan dan

ketenteraman yang pada masa itu masih lagi berada dalam keadaan

peperangan dan ketegangan antara kaum kesan peninggalan dasar

pentadbiran tentera Jepun. Di bawah pentadbiran BMA, keamanan dan

ketenteraan di Negeri Sabah telah dapat dipulihkan dalam tempoh yang

singkat. Kebanyakan penduduk yang melarikan diri ke kawasan pedalaman

semasa pentadbiran tentera Jepun telah kembali semula ke pusat-pusat

bandar yang ditinggalkan semasa Perang Dunia Kedua. Sandakan yang

pernah menjadi pusat pentadbiran, perdagangan dan pelabuhan yang

terpenting semasa pentadbiran BNBCC telah terjejas teruk akibat Perang

Dunia kedua. Sir Edward Twinning3 yang telah dilantik oleh Kerajaan British

menjadi gabenor Negeri Sabah (Borneo Utara) yang pertama selepas

25

Page 26: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

tamatnya Perang Dunia Kedua telah menggambarkan kemusnahan bandar

Sandakan seperti berikut:

No town in the world wear the wounds of war more terribly and more honourably than does Sandakan. Where ever we look there is destruction, far beyond more repair. It is because of this nearly total destruction that Sandakan now appears a new town in spite of its hundred years old history4.

Sementara itu, kemusnahan Negeri Sabah akibat Perang Dunia Kedua

telah dijelaskan oleh H.M. Baker seperti berikut:

The general situation was at first chaotic and one of the essential needs was the situation of law and order...North Borneo was more heavily damaged in the war than any other British Colony. Sandakan and Labuan towns had been completely destroyed and others, including Jesselton, heavilly damaged... The general health of the population had suffered from malnutritim and lack of drugs...Communition never good, were now almost non-existent. Such roads as had existed had been damaged by Japanese heavy and tracked vehicles and, as the end of the war approached, bridges had been blown up5

Kemusnahan besar yang dialami oleh Negeri Sabah telah menyebabkan

pentadbiran BNBCC telah menyerahkan Negeri Sabah kepada Kerajaan

British dengan pampasan sebanyak £1,4000,000.006 melalui North Borneo

Order in Council7 pada 10hb. Julai 1946....

Contoh penulisan nota bawah dan penggunaan op. cit. dalam teks:

_____________________1 Untuk penjelasan lanjut, sila lihat Peter Chay, Sabah The Land Below The

Wind. Kota Kinabalu: Foto Technik Sdn. Bhd., 1988. Juga lihat H.M. Baker, Sabah The first Ten Years As A Colony 1946-1956, Singapore:Malaya Publishing House, 1965.

2 Peter Chay, op. cit., hlm. 14

26

Page 27: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

3 H.M. Baker, op. cit., hlm. 37.

4 Supriya Bhar, “Sandakan One Hundred Years 1879-1979”, (tiada tahun & tiada penerbitan), hlm. 18.

5 H.M. Baker, op. cit., hlm 31-32.

6 Cecilia Leong, Sabah The First 100 Years, Kuala Lumpur: Percetakan Nan Yang Muda Sdn. Bhd., 1982, hlm. 197.

7 Ibid., hlm. 33.

3.2 Lampiran-lampiran

Lampiran mengandungi borang soal selidik, data mentah, surat, foto, laporan-laporan berkaitan, statistik, peta, program komputer dan sebagainya. Setiap lampiran harus disertakan tajuk.

Perkataan “LAMPIRAN” diletakkan di sudut atas sebelah kanan (santak kanan)

Format:

Huruf : Tahoma/ArialSaiz Huruf : 11Selang Baris : Satu (1) LangkauSusunan :Disusun mengikut urutan muka surat tesis/disertasi

27

Page 28: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

Contoh:

LAMPIRAN A

Model indeks-indeks pasaran saham di Bursa Saham Kuala Lumpur.

Model 1:KLSECI = 0.824 – 0.308TBIL3MTH + 0.549AVR3MTH -0.274IBR7DAY

(-2.934)* (3.575)* (-2.988)*

Model 2:HARTANAH = 0.335 – 0.3821BR7DAY

(-3.696)*

Model 3:KEWANGAN = 1.608 – 0.4461 IBR 7 DAY – 0.384TBIL3MTH + 0.48AVR3MTH

(-5.084)* (5.403)* (-3.055)*

28

Page 29: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

FORMAT BIBLIOGRAFI

Rujukan merangkumi semua sumber yang digunakan sebagai rujukan dalam penulisan tesis/disertasi. Rujukan disetiap hujung bab tidak diperlukan. Semua bahan yang dirujuk dan digunakan dalam sesuatu penulisan, sama ada dalam sistem pengarang-tarikh atau nota bawah atau nota hujung, hendaklah dimasukkan ke dalam bahagian ini. Setiap bibliografi ditulis seperti berikut:

Nama Pengarang (nyatakan sama ada penyunting. penyusun atau penyelenggara-jika berkaitan). Tahun diterbitkan. Tajuk Penerbitan. Bilangan Edisi (jika ada). Bilangan Jilid (jika ada). Tempat diterbitkan. Nama Penerbit. Nombor muka surat (untuk artikel dalam jurnal atau bab dalam buku).

Setiap rujukan yang digunakan mestilah disusun mengikut abjad. Manakala rujukan untuk laman Web/e-mel tidak melebihi daripada 5% daripada rujukan yang digunakan.

Format menulis bibliografi seperti berikut:

Saiz Huruf : 11Jenis Huruf : Tahoma/ArialSelang Baris : Satu (1) Langkau (Single Spacing)Selang Antara Rujukan : Dua (2) Langkau (Double Spacing)

Contoh menulis bibliografi:

1.1 Rekod Kerajaan Yang Tidak Diterbitkan

Contoh:

1. C.O. 874/466-Immigration.

2. Colonial Office 874/1104 – War With Japan.

29

Page 30: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

1.2 Dokumen Rasmi yang Tidak Diterbitkan

Contoh:1. Memorandum Persefahaman Antara Kerajaan Negeri Sabah dan

The Summer Institute of Linguistics.

2. Kerajaan Negeri Sabah. Sabah Second Agriculture Policy: 1999-2010, Kota Kinabalu: Sabah Government Printers.

1.3 Laporan-Laporan Kerajaan

Contoh:

1. PERANGKAAN PERDAGANGAN LUAR SABAH. 1986. Jabatan Perangkaan Malaysia. 3-21.

2. Rosenberry, R. (ed.). 2002. World shrimp farming 2002. Annual Report Number 15. San Diego, USA: Shrimp News International.

3. World Health Report 1998. World Health Organization (WHO). 1998.

.

1.4 Fail-fail Arkib

Contoh:

1. North Borneo Central Archive. No. 66 – Educational Policy of State-General.

2. North Borneo Central Archive, No. 725- Borneo Fishing Company at Si Amil Island- General.

1.5 Fail-fail Jabatan

Contoh:

1. Fail Pejabat Daerah Beaufort PDB. 7/273/11 – Waran Peruntukan 1986.

2. A Report on Socio-Economic Survey of Fisherman at Kuala Penyu District, 1986. KO-NELAYAN.

30

Page 31: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

1.6 Akhbar

Contoh:

1. Berita Harian. 1987. Kebangkitan Masyarakat Melayu.

2. Parrish, M. 1992. L. A. firm helps utility with innovative plan. Los Angeles Times, 4 August 1992. 2 pp.

1.7 Tesis/Latihan Ilmiah

Contoh:

1. Zulkornain bin Yusof. 1996. Kedudukan Saudara Kita di Sabah, Satu Kajian Permulaan. Kertas Projek Institut Teknologi MARA Cawangan Sabah. (Tidak diterbitkan).

2. Cheong, C. H. P. 1999. Perbandingan morfologi Dolichoderus (Kumpulan thoracius) (HYMENOPTERA: FORMICIDAE) dari Sabah dan Semenanjung Malaysia serta potensi Dolichoderus sp. (Kumpulan thoracius) Sabah sebagai agen kawalan biologi serangga perosak. Tesis Sarjana. Universiti Malaysia Sabah.

1.8 Kertas Kerja

Contoh:

1. Ismail Abas.1989. Tarian-tarian Ritual Sabah, Fungsinya dan Masa Depannya. Kertas Kerja Dialog Borneo II. Kota Kinabalu. 12-16 September. Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah. Badan Bahasa Sabah Dengan Kerjasama GAPENA dan Kerajaan Negeri Sabah.

2. Primavera, J. H. 1994. Shrimp farming in the Asia Pasific: Environmental and trade issues and regional cooperation. Paper presented at the Nautilus Institute Workshop on Trade and Environment in Asia-Pacific.: Prospects for regional cooperation. East-West Centre Honolulu, Philipines, 23-25 September.

31

Page 32: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

3. Anton, A. 2003. Bioindicators in River Quality Maganegemt. Bengkel Enviro-course 2002- Kualiti Air. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

1.9 Buku

Contoh:

1. Ahmat Adam. 1992. Sejarah dan Bibliografi Akhbar dan Majalah Melayu Abad Kesembilan Belas. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.

2. Zimmerman, H. J. 1996. Fuzzy set theory and its application. 2nd

ed. New Delhi: Allied Publishers Ltd and Kluwer Academic Publishers.

3. Dhont, J., Lavens, P. & Sorgeloos, P. 1993. Preparation and use of Artemia as food for shrimp and prawn larvae. In McVey, J. P. (ed.). CRC Handbook of Mariculture Crustacean Aquaculture 2nd edition, volume 1, pp. 289-313. Boca Raton: CRC Press.

1.10 Ensiklopedia

Contoh:1. Coolier’s Encyclopedia. vol. 16. 1985. London: Macmillan

Educational Company.

2. Bignell, D. E. & Eggleton, P. 1998. Termites. In Calow, P. (ed.) Encyclopedia of ecology and environmental management. Blackwell scientific, pp 744-746. Oxford.

3. Treece, S.D. 2000. Shrimp Culture. In Stickney, R.R. (ed). Encyclopedia of Aquaculture, pp. 798-868. New York: John Wiley and Sons.

1.11 Kamus

Contoh:Abd. Bin Nuh dan Oemar Bakry. 1996. Kamus Melayu-Arab-Inggeris.

Kuala Lumpur: Victory Agencies.

1.12 Artikel

Contoh:

32

Page 33: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

1. Appell, G.N.1972. “Murut Depopulation and The Sipitang Lun Dayeh.” JMBRAS,45 (2).

2. Shiau, S.Y. & Liu, J.S. 1994. Quantifying the vitamin K requirement of juvenile marine shrimp, Penaeus monodon, with menadione. Journal of Nutrition 124:227-282.

1.13 Filem

Contoh:Filem Cereka. 1972. Kabus Malam. Jakarta: Puncak Keris.

1.14 Peta

Contoh:Jabatan Pertanian Sabah. 1996. Peta Taburan Asosiasi Tanah.

1.15 Laman Web/E-mel

Contoh:1. “Salvation Army International Headquaters” dlm.

http//www.salvation.org.hk/www/what is salvation army/home.htm. 26 September 2004.

2. Potter, L., Brookfield, H. & Byron, Y. 2002. The eastern Sundaland region of south-east Asia, www.unu.edu/unupress/unupbooks/uu14re/uu14re14.htm.

*Nota: - Butiran bagi bahan rujukan elektronik hendaklah dicatat kesemua, termasuk tarikh bahan tersebut dicetak.

- Rujukan elektronik dari laman web persendirian tidak digalakkan melainkan dari pihak yang diiktiraf umum sebagai pakar atau pihak berkuasa atau mana-mana sumber rasmi.

1.16 Responden Yang Ditemu Bual

Contoh:Razak Janau. 74 tahun. Jalan Bukit, Kampung Padas, Papar. Ketua

Kampung Padas. “Sosio-ekonomi Penduduk Tempatan Pada Zaman Penjajah.” 26 September 2003.

33

Page 34: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

FORMAT RUJUKAN

Rujukan merupakan bahan yang dirujuk dalam teks sahaja. Bahan rujukan hendaklah disusun mengikut abjad. Temubual peribadi, Anonymous dan juga rujukan daripada internet tidak dibenarkan melainkan sumber rasmi dan E-Jurnal yang diperakui.

Berikan semua maklumat yang lengkap yang mengandungi butiran seperti berikut:

Nama Pengarang (.) Tahun Penerbitan (.) Judul Buku – condong (.) Penyunting, Penyusun, Penterjemah, Penyelenggara – jika ada(.) Nama Siri Buku dan Jilid atau Bilangan Dalam Siri – jika ada (.) Edisi – jika ada (.) Bilangan Jilid – jika ada (.) Tempat Terbit (Bukan Negara) (:) Nama Penerbit(.)

Format menulis rujukan seperti berikut:

Saiz Huruf : 11Jenis Huruf : Tahoma/ArialSelang Baris : Satu (1) Langkau (Single Spacing)Selang Antara Rujukan : Dua (2) Langkau (Double Spacing)

Contoh menulis rujukan:

a. Pengarang Tunggal

Contoh:1. Ford, H. 1997. The International Jew. Johannesburg: Global

Publisher.

2. Magurran, A. E. 1988. Ecological diversity and its measurement. London: Croom Helm.

34

Page 35: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

b. Pengarang Bersama

Contoh:1. Ahmad Fawzi Basri, Mohd. Idris Salleh & Shafee Saad. 1991.

Bumi Kita Dipijak Milik Orang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Maryati, M., Azizah, H. & Arbain, K. 1996. Terrestrial ants (Hymenoptera: Formicidea) of Poring, Kinabalu Park, Sabah. In Edwards, D. S., Booth, W. E. & Choy, S. C. Tropical rainforest research-current issues. Monographiae biologicae (eds), pp. 117-123. Kluwer Academic Publishers, London.

c. Edisi

Contoh:1. Gilchrist, J. D. 1989. Extractive Metallurgy. (3rd edition). Oxford:

Pergamon Press.

2. Barnes, R.S.K. 1984. Estuarine Biology (2nd edition). London: Edward Arnold.

d. Karya dengan judul sahaja (Tanpa pengarang)

Contoh:Akta. 2001. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 171).

Kuala Lumpur: International Law Book Service.

e. Karya Susunan

Contoh:Hamzah Hamdani (ed.). 1980. Esei Sastera Dalam Pengajaran,

Penyelidikan dan Pentadbiran Universiti. Kumpulan Kertas Kerja 2. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

f. Karya Suntingan

Contoh:Rose, R. (ed).1974. Electoral Behavior: A Comparative Handbook.

New York: Free Press.

35

Page 36: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

g. Karya Selenggaraan

Contoh:Badriyah Haji Salleh & Tan Liok Ee (ed). 1996. Alam Pensejarahan

Dari Pelbagai Perspektif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

h. Karya Terjemahan

Contoh:Wheare, K. C. 1980. Kerajaan Persekutuan. Terj.. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

i. Karya Berbilang Jilid

Contoh:Ensiklopedia Pembangunan Sabah. 1981. Jld. 6. Kota Kinabalu:

Usaha Baru.

*Nota: Jld. Bermaksud Jilid.

j. Kertas Kadangkala

Contoh:Sharifah Rofidah Habib Hassan. 2003. Perayaan Di Sabah. Kertas

Kadangkala Bil. 2. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

k. Monograf

Contoh:1. Zainah Ahmad. 2003. Politik Sabah Sebelum Penjajahan

Jepun. Monograf 3. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

2. Mohammad Raduan Mohd. Ariff. 1993. Teknologi Pengangkapan Ikan di Sabah. Khazanah. Siri

36

Page 37: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

Dokumentasi Akademi Pengajian Melayu, Bil. 3, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

l. Karya Dalam Jurnal

Contoh:Mahani Musa. 1999. Malay Secret Societies in Penang: 1830s-

1920s. Journal of The Malaysian Branch of The Royal Asiatic Society. 65(2):151-182.

*Nota: Huruf tebal ialah nombor jilid dan nombor dalam kurungan ialah nombor keluaran dan diikuti dengan nombor halaman selepas noktah bertindih.

m. Berita/Rencana Dalam Akhbar

Contoh:New Straits Times. 2001. Sabah to Tap Potential in Health Tourism.

New Straits Times. 3 October: 9.

*Nota: Nama Pengarang (.) Tahun (.) Tajuk Berita/ Rencana (.) Nama Akhbar (,) Hari/Bulan (:) Halaman (.)

n. Bab Dalam Buku

Contoh:1. Zaki Tahir. 2003. Pendatang Asing Di Sabah. Dalam Sharifah

Habib Hasan dan Zainah Ahmad (ed.). Kesan Politik. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah., hlm. 18-38.

2. Mustafa, S. & Ridzwan, A. R. 1998. Nucleic acid profiles in mackerel, Rastrelliger Kanagurta, From west coast of Sabah. In Mohamed, M., Bernard, H. (eds.). Tropical Ecosystem Research in Sabah, pp. 56-52. Kota Kinabalu:ums.

3. Sabihah Osman. 2000. Tawau: Pusat Kegiatan Ekonomi Orang Jepun. Abdul Halim (ed.). Sabah dalam Perluasan Pasaran. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia., hlm. 31.42.

o. Karya Dalam Pascasidang

Contoh:

37

Page 38: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

1. Ismail Haji Ibrahim. 2000. Senario Seni Lukis Sabah: Stail dan Tema. Borneo 2000: Proceedings of the Sixth Biennial Borneo Research Conference. UMS. 557-586.

2. Homathevi, R., Maryati, M., Eggleton, P., Jones, D. T. & Davies, R. G. 2000. Termites (Insecta: Isoptera) Fauna of Danum Valley Conservation Area, Sabah, East Malaysia. Borneo 2000: environment, conservation and land. Proceedings of sixth biennial Borneo research conference. July 10-14, 2000. Kuching Sarawak.

p. Karya Dalam Majalah

Contoh:Aliran. 2000. Sarawak native blockade pulp mill project. Aliran 20

(10:33)

q. Ulasan Buku

Contoh:Badriyah Haji Salleh. 2001. Ulasan buku J. H. Drabble. 2000. An

Economic History of Malaysia, c. 1800-1990: The Transition to Modern Economic Growth. Hampshire: Macmillan Press. Journal of The Malaysian Branch of The Royal Asiatic Society 124(1):111-114.

r. Kertas Kerja, Laporan dan Minit Mesyuarat

Contoh:Minit Mesyuarat Seminar Pascasiswazah. 2002. Minit Mesyuarat

Seminar Pascasiswazah. Pusat Pengajian Pascasiswazah Universiti Malaysia Sabah Kali Pertama. Kota KInabalu. Sabah. 5 Jun.

s. Tesis/Disertasi

Contoh:

38

Page 39: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

1. Mat Zin bin Mat Kib. 2000. Perkembangan Mazhab-mazhab Agama Kristian di Sabah. Sekolah Sains Sosial. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

2. Yap Beng Liang. 1977. Orang Bajau Pulau Omadal, Sabah: Satu Kajian Tentang Sistem Budaya. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

t. Filem dan Karya Muzik

i. Filem

Contoh:Ramlee, P. 1962. Laksamana Do Re Mi. Filem cereka. Singapura:

Shaw Brother.

ii. Video

Contoh:Muzium Sabah. 1968. Menangkap Ketam Batu di Mengkabong,

Tuaran, Sabah. Filem Dokumentari. Jabatan Muzium Sabah.

iii. Slaid

Contoh: Pugh-Kitingan, J. 1976. Jenis-jenis Tarian Masyarakat Peribumi

Sabah. Slaid. Sekolah Sains Sosial. Universiti Malaysia Sabah.

iv. Karya Muzik

Contoh:Johari Salleh. 1986. Lambaian Kasih dalam Citra Malaysia.

Chorus dan Orkestra. Kassim Masdor (konduktor). Laserlight Series 12036. Santiago: Delta Music Incorporated.

v. CD-Rom

Contoh:MacRae, S. 1995. Introduction to Research Design and Statistic.

CD Leicester: British Pshychological Society.

39

Page 40: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

vi. Temubual

Contoh:Stephens, B. 1998. Kegiatan Mubaligh Kristian di Sabah. Temu

bual. 25 Mei.

vii. Bahan Rujukan Elektronik

Contoh:1. “Keputusan Mahkamah Internasional atas Permohonan

Intervensi Pemerintah Filipina dalam Kasus Pulau Sipadan dan Ligitan” (atas talian) http://www.dfadeplu.go.id/policy/releases/2002/pr-56-251001.htm. Dicetak 13 September 2002.

2. Potter, L., Brookfield, H. & Byron, Y. 2002. The Eastern Sundaland region of south-east Asia, www.unu.edu/unupress/unupbooks/uu14re/uu14re14.htm.

*Nota: - Butiran bagi bahan rujukan elektronik hendaklah dicatat kesemua, termasuk tarikh bahan tersebut dicetak.

- Rujukan elektronik dari laman web persendirian tidak digalakkan melainkan dari pihak yang diiktiraf umum sebagai pakar atau pihak berkuasa atau mana-mana sumber rasmi.

40

Page 41: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

FORMAT KULIT DAN PENJILIDAN

1.1Muka Kulit Bahagian Depan Tesis

Bahagian kulit depan tesis wajib mengandungi perkara-perkara berikut mengikut tertib;Tajuk Tesis : Tahoma/Arial 18Nama Calon : Tahoma/Arial 18Nama Sekolah : Tahoma/Arial 18Nama Universiti : Tahoma/Arial 18Tarikh Tahun Viva : Tahoma/Arial 18Warna Kulit : Biru gelapWarna Huruf : EmasLogo : Tidak dibenarkanJenis Kulit : Keras

1.2Bahagian Tulang Belakang Tesis

a. Bahagian tulang belakang tesis tebalnya kurang 25mm wajib mengandungi perkara-perkara berikut mengikut tertib;

Nama Pengarang (memanjang) : Tahoma/Arial 16Nama Ijazah (memanjang) : Tahoma/Arial 16Tarikh Tahun Viva (memanjang) : Tahoma/Arial 16Singkatan Nama Universiti (memanjang): Tahoma/Arial 16

b. Bahagian tulang belakang tesis tebalnya lebih 25mm wajib mengandungi perkara-perkara berikut mengikut tertib;

41

Page 42: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

Nama Pengarang (memanjang) : Tahoma/Arial 16Nama Ijazah (melintang) : Tahoma/Arial 16Tarikh Tahun Viva (melintang) : Tahoma/Arial 16Singkatan Nama Universiti (melintang) : Tahoma/Arial 16

1.3Penjilidan

Tesis dijilid secara Jahit Kekulit dan bermuka kulit keras di bahagian depan dan belakang.

a. Contoh tesis yang tebalnya kurang 25mm.

42

Page 43: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

b. Contoh tesis yang tebalnya melebihi 25mm.

43

Page 44: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

c. Contoh tesis yang disediakan lebih daripada satu jilid.

44

Page 45: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

PENYERAHAN TESIS

Setiap pelajar harus mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Pascasiswazah seperti berikut:

a. Calon Pascasiswazah hendaklah menyerahkan Notis Penyerahan Tesis/Disertasi (Borang PPPSUMS 13/2004) dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh penyerahan tesis.

b. Tempoh penyerahan Notis Tesis/Disertasi perlu diselaraskan.c. Jawatankuasa Pascasiswazah (JPSPIU) mencadangkan nama Pemeriksa

Luar dan Dalam serta Ahli Jawatankuasa Viva Voce dalam borang PPPSUMS13/2004.

d. Pemeriksa Dalam dicadangkan oleh SPIU dari kalangan tenaga akademik UMS yang berkaitan dengan bidang tesis calon.

e. Bagi tujuan Pemeriksaan Lisan perlu diserahkan sebanyak 5 naskhah.f. Setelah pembetulan perlu diserahkan sekurang-kurangnya 4 naskah

kepada PPPS dan PPPS akan menghantar kepada SPIU dan Perpustakaan.

RUJUKAN

Allison, B. 1997. Preparing Dissertations and Thesis. London: Kogan Page Limited.

45

Page 46: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

Cavina, Kristan. 1995. Critical Thinking and Writing: A Developing Writesr’s guide with readings. Belmont : Wadsworth Publishing Company.

Creswell, John W. 1994. Research Design: Qualitative and Quantitative Approaches. London: SAGE Publications.

Gaya Dewan. 1995. Gaya Dewan (edisi ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Gaya UKM. 1998. Panduan Menulis Tesis Gaya UKM (edisi keenam). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

LAMPIRAN A

TANDA PRUF DAN CARA PENANDAAN DALAM TEKS

Kerja pruf bertujuan untuk menyemak penulisan ilmiah pelajar. Penyelia diminta agar merujuk kepada sistem penandaan pruf, supaya tidak mengelirukan golongan pelajar. Berikut adalah prosedur penandaan pruf.

Tanda Pruf Cara Penandaan di dalam Teks

46

Page 47: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

Tanda Pruf Cara Penandaan di dalam Teks

47

Page 48: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

Tanda Pruf Cara Penandaan di dalam Teks

48

Page 49: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

Tanda Pruf Cara Penandaan di dalam Teks

49

Page 50: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

LAMPIRAN B

50

Page 51: buku gaya penulisan UMS

Gaya Penulisan UMS

PERKARA-PERKARA YANG DIPERLUKAN DALAM MENULIS CADANGAN PENYELIDIKAN

i. Tajuk Kajian

ii. Pengenalan:a. Permasalahan Kajianb. Hipotesis Kajianc. Hasil Yang Diharapkand. Objektif Kajian

iii. Sorotan Kajian Lepas / Sorotan Literatur- Merupakan ulasan kajian lepas atau terdahulu yang berkaitan dengan

penyelidikan.

iv. Metodologi Kajian

v. Bibliografi/Rujukan

51