Upload
mohd-zaini-mat-salleh
View
67
Download
2
Embed Size (px)
DESCRIPTION
buku
Citation preview
KRM3053
KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK
TAJUK :
TUGASAN 1
EMPAT CABARAN YANG PERLU DITANGANI OLEH GURU DALAM
MEMASTIKAN KEMAHIRAN PENAAKULAN YANG BAIK DAPAT DITERAP
DALAM PENGAJARAN BILIK DARJAH DAN CADANGAN MENGATASINYA
KUMPULAN :
UPSI07 (A 132 PJJ)
DISEDIAKAN OLEH :
NAMA NO. ID NO. TELEFON
HANIZA BINTI MOHAMED D20102045967 012 - 3250844
NAMA PENSYARAH : PROFESOR MADYA DR. NOORSHAH BIN SAAD
TARIKH SERAH : 30 MAC 2014
ISI KANDUNGAN
PENDAHULUAN
KEMAHIRAN PENAAKULAN
KEMAHIRAN PENAAKULAN DALAM MATEMATIK
CABARAN KEMAHIRAN PENAAKULAN DALAM MATEMATIK DI BILIK DARJAH
CABARAN PERTAMA
CABARAN KEDUA
CABARAN KETIGA
CABARAN KEEMPAT
KESIMPULAN
1.0 PENGENALAN
Pendidikan dalam era teknologi ini sememangnya dipenuhi dengan pelbagai
cabaran dan dugaan yang harus ditangani oleh warga pendidik. Sebagai seorang guru
matematik, persoalan yang sentiasa bermain di fikiran ialah apakah kaedah yang
sesuai disampaikan dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran agar murid-murid
cepat memahami apa yang diajar, juga boleh mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran yang dipelajari dalam apa juga situasi permasalahan matematik. Apa yang
diharapkan juga ialah supaya murid terus mengingati apa yang dipelajari itu seberapa
kekal yang boleh.
Cabaran yang ditanggung oleh guru matematik bukannya sedikit. Selain
memenuhi tuntutan kerja perkeranian yang menimbun, guru matematik juga terpaksa
menyediakan bahan pengajaran untuk P&P yang mendatang. Pemilihan alat bantu
mengajar perlu sesuai, penyediaan lembaran kerja yang pelbagai buat murid yang
pelbagai tahap perlu disediakan. Di bilik darjah pula guru perlu pandai memilih kaedah
yang dapat menarik perhatian muridnya dengan apa yang diajar. Murid tidak harus
terasa tertekan, merasa bosan malah merasa benci terhadap matematik. Guru juga
yang harus memain peranan agar murid melempar jauh perasaan negatif dan fobia
mereka terhadap matematik. Soalnya, murid yang mempunyai pelbagai latar belakang
dan tahap pencapaian yang berbeza, malah mempunyai corak disiplin yang
mengharukan juga harus ditangani oleh guru matematik.
2.0 Kemahiran Penaakulan
Kemahiran menaakul diberi penekanan dalam Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) bermula Tahun 1 pada tahun 2011 di samping kemahiran membaca,
menulis dan mengira (4M). Kemahiran menaakul membolehkan murid memberi sebab
dan akibat serta menyatakan rasional yang logik bagi menyelesaikan sesuatu masalah.
Ianya dapat membantu murid untuk memahami proses pembelajaran. Selain itu, ia
dapat membantu murid membezakan yang baik dan yang buruk dan memahami sebab
dan akibat. Murid perlu diberi pendedahan awal terhadap kemahiran menaakul kerana
pada usia yang muda minda mereka berkebolehan untuk menerima dan memproses
maklumat.
Kemahiran menaakul menggalakkan penerokaan dan penjanaan idea baru serta
bersedia menghadapi risiko. Kemahiran menaakul membolehkan murid berfikir dengan
teliti dan fleksibel. Murid yang mempunyai kemahiran menaakul akan memiliki
keupayaan berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif, berani dan bijak menyoal serta
mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi.
2.1 Definisi Menaakul
Menurut Kamus Dewan Bahasa menaakul adalah membuat pertimbangan yang logik.
Secara umumnya, kemahiran menaakul adalah penggunaan pemikiran logik untuk
memahami sesuatu situasi atau idea. Menaakul adalah sifat semulajadi manusia kerana
kita sentiasa membuat penaakulan untuk memahami dunia sekeliling misalnya
membuat ramalan cuaca, laporan lalu lintas dan membuat unjuran pertambahan
penduduk Malaysia.
Menurut Terry & Higgs (1993) penaakulan merupakan proses kognitif sebab
musabab terjadinya sesuatu berdasarkan fakta atau pengetahuan, data dan strategi
menyelesaikan masalah untuk menghasilkan kesimpulan serta membuat keputusan.
Mobley (2010) merumuskan kemahiran menaakul sebagai kebolehan menganalisis
maklumat dan menyelesaikan masalah secara literal. Ia juga melibatkan pengetahuan
asas tentang aspek dalam kehidupan harian yang perlu difahami oleh individu melalui
logik akal sebab sesuatu tindakan berlaku dan impaknya kepada kehidupan.
Manakala menurut Exforsys (2010) pula kemahiran menaakul melibatkan proses
mendapatkan maklumat dan membuat inferens berdasarkan tanggapan individu.
Keupayaan intelek menaakul membolehkan seseorang memahami idea dan konsep
dengan lebih jelas untuk membuat kesimpulan yang munasabah. Menurut PPK (2001)
kemahiran menaakul membantu kita sebagai pelincir dalam membuat pertimbangan
secara logik dan rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategi berfikir.
Mengikut Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR,2011) kemahiran
menaakul boleh dirujuk sebagai kebolehan kognitif seseorang berfikir secara sistematik
dan abstrak. Kemahiran ini biasanya digunakan dalam proses penyelesaian masalah.
Penguasaan kemahiran menaakul amatlah penting dalam usaha melahirkan murid yang
bersikap yakin dan mampu menjana idea pembelajaran sendiri.
Pada tahun1980an, banyak kajian yang berkaitan dengan perkembangan kognitif
pelajar-pelajar telah menarik minat para pendidik. Antaranya adalah mengenai sistem
mengajar yang berdasarkan kepada gaya pembelajaran, teori-teori otak, kecerdasan
dan kreativiti. Penyelidik juga telah menunjukkan bahawa perkembangan kemahiran
berfikir telah meningkatkan prestasi murid dalam dan matematik.
Bagi mencapai hasrat yang tercatat dalam Wawasan 2020 sistem pendidikan di
Malaysia tidak hanya menekankan kepada 3M (membaca, menulis, mengira) tetapi
penekanan diberi kepada penguasaan kemahiran penaakulan, kemahiran saintifik dan
kemahiran teknologi.
Menurut Longman (1987) penaakulan adalah keupayaan berfikir, memaham
sesuatu kebolehan melahirkan pendapat atau membuat pertimbangan berlandaskan
fakta. Selain daripada itu, penaakulan juga dikenali sebagai kemahiran membuat
kesimpulan dan pertimbangan berasaskan hujah yang logik dan bersepadu
(Ross,1997). Bagaimanapun , menurut Kaur (2009) kemahiran menaakul boleh
dianggap sebagai satu proses membuat kesimpulan berdasarkan kepada suatu badan
pengetahuan tertentu.
3.0 Kemahiran Penaakulan Dalam Matematik
Dalam kehidupan seharian, kita sering didedahkan dengan dengan nombor.
Pengetahuan dalam penaakulan matematik amat penting untuk membolehkan kita
berfikiran secra kritikal dalammembuat sesuatu keputusan atau kesimpulan yang tepat.
Penaakulan matematik merupakan satu proses pemikiran yang bersangkutpaut dengan
aktiviti menyelesaikan masalah matematik. Kemahiran menaakul ini perlu disemai dan
dipupuk untuk membolehkan setiap individu mampu mencari punca masalah, belajar,
berfikir, membuat keputusan dan pertimbangan untuk bertindak supaya dapat
menyelesaikan sesuatu masalah dengan lebih berkesan. Menurut Krulik dan Rudnick
(2001), kemahiran menaakul boleh bertambah maju jika murid didedahkan kepada
pelbagai cara dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Mengikut Edward de Bono (1979) kemahiran berfikir dikaitkan dengan pemikiran
lateral yang bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah malahan berfikir untuk melihat
sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah. Mayer (1977)
mentakrifka berfikir sebagai pengelolaan operasi-operasi mental tertentu yang berlaku
dalam minda atau system kognitif seseorang semasa menyelesaikan masalah.
Menurut Vincent R.Ruggiero (1984) pula, berfikir merupakan sebarang aktiviti
mental yang membantu menghuraikan atau merupakan sebarang aktiviti mental yang
membantu menghuraikan atau menyelesaikan masalah, membuat keputusan atau
memenuhi kehendak untuk memahami dalam usaha untuk mencari jawapan dalam
beberapa makna.
Bagaimanapun, Selden dan Selden (2003) menyarankan penaakulan matematik
sebagai kemahiran berfikir secara logik menembusi masalah-masalah matematik dalam
usaha mencari penyelesaian. Kebiasaannya, proses penaakulan matematik melibatkan
pengolahan nombor, symbol, serta kenyataan yang berbentuk induktif, visual dan
heuristic (Brodie, 200). Dalam erti kata lain, penaakulan matematik bukan sahaja terdiri
daripada bukti matematik tetapi juga merangkumi semua bentuk penjelasan yang
mengarah kepada pembinaan hujah yang meyakinkan.
4.0 CABARAN PENAAKULAN MATEMATIK DALAM BILIK DARJAH
Sememangnya banyak cabaran yang perlu ditangani oleh guru-guru matematik
dalam memastikan murid-muridnya memiliki kemahiran penaakulan yang baik. Cabaran
yang pertama semestinya hadir dari dalaman diri guru matematik itu sendiri.
Kebanyakan guru matematik sebenarnya masih belum jelas dan faham sepenuhnya
pengertian dan konsep kemahiran menaakul itu sendiri. Ini terbukti berdasarkan kajian
yang dijalankan oleh Zurida dan Nooraida (2011) iaitu untuk mengenalpasti
permasalahan yang timbul sepanjang pelaksanaan KSSR pada tahun 2011 dalam
aspek penaakulan. Berdasarkan hasil dapatan kajian ini, kesemua guru yang
ditemubual masih kurang jelas tentang konsep menaakul kerana mereka tidak dapat
member definisi dan maksud menaakul dengan betul. Guru matematik juga tidak pasti
apakah kaedah dan pendekatan yang perlua digunakan oleh mereka semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dalam usaha untuk menerapkan dan meningkatkan
kemahiran menaakul kepada murid-murid. Untuk mengatasi masalah ini, guru
matematik perlulah sentiasa meningkatkan kefahaman mereka tentang kemahiran
menaakul melalui pendedahan kepada kursus-kursus yang berkaitan dengannya. Guru
juga mesti rajin membuat rujukan melalui bahan-bahan bacaan dan internet mengenai
kemahiran menaakul. Pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran
menaakul perlu dilaksanakan secara terancang, menarik dan mencabar daya imaginasi
murid. Oleh itu, guru hendaklah mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat
menimbulkan rasa ingin tahu untuk meneroka sesuatu tajuk yang dipelajari dengan
lebih mendalam.
Semasa merancang pengajaran dan pembelajaran, guru perlu mengambil kira
keperluan mengembangkan intelek dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif serta
kemahiran menaakul dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Beberapa aktiviti boleh dirancang dalam mengembangkan intelek dan daya berfikir
dalam kalangan murid.
Cabaran yang kedua adalah berkenaan dengan latar belakang murid dan
persepsi mereka terhadap kemahiran menaakul.
Cabaran ketiga yang perlu ditangani oleh guru ialah pelaksanaan kurikulum
matematik. Di sinilah tempatnya untuk kita menilai tahap profesionalisme seseorang
guru matematik itu serta kefahamannya tentang hasrat kurikulum tersebut dan
pengetahuan isi kandungannya. Bagaimana guru matematik itu merubah corak
pengajarannya dari prosedur penghafalan ke arah penaakulan matematik dan dari
menganggap matematik sebagai satu kumpulan konsep dan prosedur yang terasing ke
arah mengaitkan idea dan aplikasi matematik. Sebagai contoh, dalam pengajaran
matematik di bilik darjah, guru boleh menggunakan teknik sumbang saran dalam
penyelesaian masalah. Aktiviti ini membolehkan murid membina kemahiran menaakul
di samping menganalisis maklumat atau data yang diberi. Mereka dapat menaakul
untuk membuat keputusan atau menyelesaikan masalah terhadap tugasan yang
diberikan.
Contoh tugasan murid:
Amin membeli 40 biji guli dan memberikannya kepada dua orang adiknya.
Adik yang pertama mendapat 25 biji guli. Berapa biji guli yang diperoleh oleh
adik kedua? Dalam aktiviti ini murid terpaksa berfikir untuk menyelesaikan
masalah. Dua orang akan menerima sejumlah guli daripada 40 biji yang ada.
Seorang mendapat 25 biji daripada 40 biji dan jumlah yang diterima oleh
seorang lagi ialah lebihan dan baki yang ada.
Cabaran keempat ialah dari segi kaedah pentaksiran. Di Sekolah Bestari, guru-
guru matematik yang selama ini menjadi sumber maklumat bertukar tugas sebagai
fasilitator. Guru sebagai pemandu arah kepada murid, mereka sendiri yang mencari
maklumat sendiri tanpa sempadan. Di sekolah bestari, guru digalakkan menggunakan
pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran untuk mengoptimumkan pembelajaran.
Strategi yang dicadangkan berasaskan pada satu kontinum dari pemusatan guru ke
pemusatan pelajar. Strategi yang dipilih untuk pengajaran dan pembelajaran efektif
mesti memenuhi keperluan pelajar dan ia sesuai dengan iklim sekolah.
Kaedah Pembelajaran Koperatif pula adalah suatu strategi pengajaran yang
melibatkan pelajar-pelajar saling bantu membantu di antara satu sama lain dalam
kumpulan kecil dengan mempunyai matlamat bersama. Kajian terkini mendapati
penggunaan Pembelajaran Koperatif boleh meningkatkan dan mewujudkan pencapaian
pelajar, pemikiran kritikal dan kreatif, sikap positif terhadap matapelajaran dan sekolah,
kemahiran sosial dan interaksi kumpulan, keyakinan diri dan saling menghormati.
Tugas guru sebagai tenaga pengajar beralih kepada penggalak agar mereka
terangsang untuk menyiasat, meneroka dan mencari sendiri maklumat yang
dikehendaki terutama dalam matematik.
Menurut Johnson, Johnson, and Smith (1991) pembelajaran koperatif perlu
mengandungi 'Positive Interdependence' iaitu setiap ahli bergantung antara satu sama
lain untuk mencapai sesuatu matlamat. Jika mereka gagal memainkan peranan masing-
masing, kumpulan itu akan menanggung akibatnya. 'Individual Accountability', iaitu
setiap ahli dalam kumpulan adalah bertanggung jawab kepada maklumatnya dan
menguasai sepenuhnya bahan-bahan pelajaran berkaitan. 'Face to face promotive
interaction', iaitu walaupun setengah kerja dalam kumpulan boleh dibahagi-bahagikan
tetapi ada kalanya ia perlukan maklum balas, cabar-mencabar dan galakan secara
interaktif dari rakan-rakan lain dalam kumpulan. 'Appropriate use of collaborative skill'
iaitu pelajar digalakkan membentuk dan dilatih saling mempercayai, kemahiran
kepimpinan, membuat keputusan, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran
pengurusan konflik. 'Group processing' adalah setiap pasukan membentuk matlamat
kumpulan, dari masa ke semasa membuat penilaian tentang pencapaian sebagai satu
kumpulan dan mengenalpasti masalah untuk tujuan kebaikan masa datang.
Proses pembelajaran yang berkesan sebenarnya dipengaruhi oleh banyak
faktor. Antaranya termasuklah faktor motivasi, kepantasan bertindak, suasana sekeliling
dan mod serta cara penyampaian bahan pembelajaran tersebut. Boleh dikatakan tiada
bukti kukuh yang memperkatakan tentang perbezaan cara pembelajaran antara pelajar
yang pintar, sederhana dan yang lembab, kerana proses yang berlaku dalam otak
manusia adalah sama. Yang membezakan ketiga-tiga kategori pelajar itu hanyalah dari
segi motivasi dan kepantasan bertindak. Proses pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer banyak menolong dalam hal ini. Perisian kursus yang dibina
dengan teliti boleh menolong meransang minda pelajar untuk terus mempamerkan
kebolehan-kebolehan golongan ini yang kadang-kadang tidak terjangkau oleh minda
manusia dewasa.
Gabungan antara teknologi komputer dan kepakaran tenaga pengajar akan
menghasilkan satu Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) yang
bermutu. Salah satu ciri-ciri yang baik untuk sebuah PPBK yang bermutu ialah dengan
memasukkan unsur teori pembelajaran dalam perisian. Sistem maklumat melalui
komputer dapat menarik perhatian pelajar terutama matematik yang merupakan
pelajaran yang digeruni. Satu menu yang menarik disediakan secara persembahan
bermultimedia. Pelajar diberitahu objektif pelajaran dengan paparan tentang penyataan
objektif yang perlu dicapai oleh pelajar bila menggunakan perisian. Penggunaan
komputer dapat merangsang pelajar untuk mengingat semula (recall) isi kandungan
yang telah dipelajari tambahan pula pembelajaran dapat dipersembahkan secara
menarik dengan beberapa faktor seperti warna, font, grafik dan rekaletak yang boleh
menarik perhatian dan meransang pelajar untuk terus menggunakan perisian.
Selain daripada itu perisian PPBK juga menyediakan bimbingan belajar iaitu
satu menu khusus untuk membantu pelajar yang bermasalah terutama bahagian asas
di samping dapat mengesan kemajuan, menilai dan mentaksir kemajuan pelajar dengan
mengemukakan soalan atau memberi tugasan supaya pelajar dapat mengaplikasikan
ilmu yang dipelajari . Perisian seperti Geometer's Sketchpad, Autograph dan juga
kalkulator grafik dapat membuka minda pelajar untuk menyiasat serta meneroka sendiri
teori-teori dalam pengajaran matematik. Malah dalam penggunaan internet , kita akan
dapati pelbagai maklumat mengenai matematik boleh didapati; sejarah matematik,
kaedah pengajaran dan permainan-permainan berunsur matematik yang boleh
menghiburkan pelajar.
Teori Konstruktivisme membawa pelajar membina realiti sendiri atau sekurang-
kurangnya menterjemahkan apa yang dialaminya berdasarkan kepada persepsi
pengalaman. Jadi, pengetahuan individu adalah berfungi untuk pengalaman lepas,
struktur mental dan kepercayaan ini semua akan digunakan sebagai penerangan
kepada benda dan peristiwa yang ditempuhi (Jonasson 1991). Merill (1991)
berpendapat bahawa pengetahuan dibina dari pengalaman. Pembelajaran ialah
pandangan individu kepada dunia sekeliling. Konsep terhadap sesuatu adalah dibina
hasil daripada perkongsian beberapa perspektif dan daripada pembelajaran cara
koleboratif. Apa yang ingin disampaikan ialah realiti yang dibina oleh pelajar adalah
realiti yang dibina sendiri. Pelajar sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan
pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.
Sesungguhnya kaedah pengajaran gaya konsruktivisme dalam pembelajaran
matematik banyak mengubah cara pengajar. Daripada menetapkan apa yang perlu
dicapai (cara pengajaran tradisional) kepada idea yang lebih terbuka, pelajar
terangsang untuk berfikir dan bebas memberi pendapat. Masing-masing ada
pengalaman dan berfikir sendiri. Unsur multimedia yang dimasukan bertujuan supaya
deria pengguna dirangsangkan sedaya mungkin. Ini sebagai suatu strategi kognitif dan
seterusnya teori konstruktivisme dapat dipraktikkan.
Simulasi didefinisikan sebagai suatu situasi yang diwujudkan supaya menyerupai
situasi sebenarnya tetapi dalam bentuk yang dimudahkan, diringkas atau dikecilkan.
Kaedah ini dapat membantu dalam P&P matematik. Kaedah ini selalunya dibina
dengan teknologi multimedia untuk mentafsirkan masalah matematik selain dengan
penggunaan model. Ini bertujuan untuk mereka mengenali secara tersendiri dengan
masalah yang terjadi. Pelajar akan mendapat pengalaman dari cara ini yang
besesuaian dengan Teori Konstruktivisme seterusnya dapat menyelesaikan pelbagai
masalah matematik. Kaedah Projek atau Tugasan matematik pula bertujuan untuk
meningkatkan penglibatan pelajar dengan idea-idea konseptual dan
memperkembangkan kemahiran matematik. Antara objektif utamanya adalah untuk
melahirkan pelbagai kaedah penyelesaian selepas satu konsep pembelajaran
diberikan. Walaupun ia satu tugas yang agak berat, tetapi kaedah ini dijamin dapat
memberikan kepuasan kepada pelajar terutama apabila dapatan dihasilkan dengan
jayanya. Kaedah Kerja Luar dalam pembelajaran matematik pula membawa pelajar ke
situasi yang berbeza dari bilik darjah, ia dapat merialisasikan masalah situasi sebenar
kepada pelajar. Pelajar akan terhibur, tidak merasa bosan dan didedahkan dengan
pengalaman yang sebenar.
KESIMPULAN
Cabaran yang dilalui oleh guru-guru matematik sebenarnya boleh ditangani dengan
adanya perkembangan kaedah pembelajaran yang terkini. Kaedah 'chalk and talk' dan
kaedah tradisional memang membebankan guru. Pengunaan teknologi seperti
komputer dapat membantu P&P guru dalam bilik darjah. Selain menguasai
pengetahuan dan pelbagai kaedah dalam mata pelajaran matematik, guru perlu
memahami dan mengamalkan sepenuhnya saranan dan falsafah serta saranan yang
terkandung dalam kurikulum pendidikan negara KBSR dan KBSM demi memfokuskan
arah tuju guru-guru matematik dalam melaksanakan tugas perguruan. Tanpa
pengorbanan guru runtuhlah tamadun suatu bangsa.
Bahan-bahan rujukan:
Rahim Saad.1994. Implikasi Teori Pengajaran-Pembelajaran . PTPM: USM, Pulau
Pinang.
Siti Fatimah Mohd. Yasin. 2000. Nota Kuliah: Kaedah Pengajaran komputer dan
Teknologi Maklumat. UKM : Bangi.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2001). Kemahiran berfikir dalam pengajaran dan
pembelajaran. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
http://www.oocities.org/hypatia07/zainaf/ilmiah.html
www.akademisains.gov.my/download/relatednews/sci_math/ Cabaran .pdf
http://web.moe.gov.my/bpk/v2/kssr/index.php/dokumen_kurikulum/emk_kemahiran_menaakul