Upload
doankhanh
View
316
Download
13
Embed Size (px)
Citation preview
Bahagian Pengurusan Latihan, Aras 3 & 6, Menara Prisma, No 26 Persiaran Perdana, Presint 3, Pusat
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62675 Putrajaya
TEL : 03-8885 0600 FAX : 03-8885 0748 /747/746/750/720
http://latihan.moh.gov.my/
MAJLIS KONVOKESYEN
Berteraskan tema majlis konvokesyen iaitu
Transformasi Memacu Keunggulan…
MS 9 - 11
EKSA
EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
MS 15 - 16
AKTIVITI SIHAT BPL
Hari Keluarga BPL…
MS 25
BULETIN
BPL
BULETIN BPL
EDISI 1/2015
MAJLIS KONVOKESYEN (ILKKM TAHUN 2014)
PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM)
ILKKM DI MASJID MUKIM LALOH DAERAH OLAK JERAM
KUALA KRAI, KELANTAN
LAWATAN KERJA YB BATUK SERI DR S.SUBRAMANIAM KE
KOLEJ JURURAWAT MASYARAKAT SEGAMAT
MESYUARAT PENGARAH ILKKM
MS ISO 9001:2008 – AUDIT PENSIJILAN SEMULA
SUKARELAWAN BANTUAN BANJIR
INTEGRATED CAMPUS MANAGEMENT SYSTEM (ICMS)
12
22 - 24
15 - 16
18
19
20
21
25
AUDIT EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)
MAKMAL TRAINING NEED ANALYSIS (TNA)
BENGKEL TEKNOLOGI PENDIDIKAN SIRI 1/2015
HARI KELUARGA BPL
SUKAN BERSAMA KOLEJ KEJURURAWATAN PULAU PINANG
TIPS KESIHATAN
9 - 11
13 - 14
17
25
26
Sidang
Redaksi
PENAUNG
Y.BHG. DATO’ NADZRI SIRON PENASIHAT
EN. ROSLEE BIN ANNUAR KETUA PENGARANG
PN. MARINI BINTI OTHLAN KETUA UNIT PENERBITAN
PN. MAISARAH BINTI HASHIM
EN. BONG SUADI BIN HASHIM URUSETIA
PN. MASNI AFIZA BINTI MOHAMED
EN. WAN AMINUDDIN BIN WAN HITAM
PN. NORDALILAH BINTI HELMI
PN. MASNAH BINTI MARTU
CIK NOOR DIYANA BINTI AHMAD
Kami mengalu-alukan sumbangan sebarang bentuk
karya seperti artikel mengenai aktiviti dan sebarang
informasi terkini untuk dikongsi bersama-sama
pembaca.
Editor
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua
warga BPL. Pertamanya saya ingin merakamkan
kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T atas peluang dan
kesempatan yang telah diberikan untuk menerbitkan
buletin ini. Sidang Pengarang ingin mengucapkan
terima kasih kepada Pengurusan Tertinggi BPL yang
menaruh kepercayaan kepada Jawatankuasa
Penerbitan Buletin untuk menerbitkan Buletin BPL.
Sidang Pengarang juga ingin merakamkan
penghargaan kepada kakitangan BPL yang memberi
dorongan dan sumbangan kepada penerbitan buletin
ini. Walaupun sibuk dengan tugas harian, sokongan
berterusan perlu diberikan kepada program anjuran
BPL.
Sidang Pengarang berbangga dengan penglibatan
seluruh warga BPL dalam aktivti yang telah
dianjurkan seperti Majlis Konvokesyen, Hari
Keluarga BPL dan lain-lain aktiviti lagi. Berdasarkan
kepada sambutan yang menggalakkan, diharapkan
lebih banyak aktiviti yang memupuk suasana
muhibah dapat dilaksanakan. Aktiviti seumpama ini
mampu melahirkan individu yang berwibawa,
berdaya tahan dan memupuk sifat permuafakatan
antara warga BPL.
Justeru, tahniah diucapkan buat semua warga
BPL yang telah bertungkus-lumus bekerja dalam
memastikan semua program dapat dilaksanakan
dengan sempurna. Semoga segala curahan ilmu,
renungan, nasihat dan maklumat memberi
manfaat kepada para pembaca.
Buletin BPL ini dijadikan arena bagi
membolehkan warga BPL meningkatkan daya
kreativiti dan inovasi mencetuskan nukilan idea
dan inspirasi untuk tatapan semua. Akhir kata,
Sidang Pengarang sekali lagi menyeru kepada
semua warga BPL menggunakan Buletin BPL ini
bagi menampilkan pandangan, buah bicara atau
cadangan untuk dikongsi bersama. Semoga ia
menjadi wadah bernilai di samping
memperkukuhkan silaturahim sesama kita.
LAWATAN TETAMU LUAR
Delegasi dari Royal Melbourne
Institute Of Technology, Australia
(27 APRIL 2015)
4
MESYUARAT-MESYUARAT UTAMA BPL
(JANUARI SEHINGGA JUN 2015)
PERJAWATAN DAN PENGISIAN JAWATAN DI BPL DAN ILKKM SEHINGGA 30 JUN 2015
PTJ PERJAWATAN PENGISIAN KEKOSONGAN PERATUS
PENGISIAN BPL 244
192 52 78.7%
ILKKM 3,664
3,067
597 83.7%
JUMLAH 3,908
3,259
649 83.4%
PERJAWATAN PENGAJAR SEHINGGA 30 JUN 2015
GRED PERJAWATAN PENGISIAN KEKOSONGAN PERATUS PENGISIAN
U54 3
1 2 33.3%
U52 11
11
0 100%
U48 62
57
5 92.0%
U44 254
238 16 93.7%
U41 1,222
905 317 74.1%
JUMLAH 1,552
1,212 340 78.1%
5
PERJAWATAN DAN PENGISIAN JAWATAN
JSL telah diletakkan di bawah tanggungjawab BPL berkuatkuasa mulai 2 Mei 2014 bagi Sarjana Perubatan
secara Sistem Tertutup dan lain-lain skim perkhidmatan dan mulai 1 Ogos 2014 bagi Sarjana Perubatan secara
Sistem Terbuka.
Penempatan pegawai di bawah JSL diwujudkan adalah untuk memastikan suatu pengurusan penempatan
yang sistematik dengan objektif berikut:
(a) untuk mewujudkan suatu pangkalan data maklumat pegawai yang mengikuti latihan jangka panjang
dan penempatan yang terkini;
(b) untuk memastikan jawatan hakiki pegawai boleh diisi oleh pegawai lain bagi memastikan
penyampaian perkhidmatan kesihatan dapat diteruskan;
(c) menentukan rekod pegawai dikemaskini meliputi semua hal saraan, cuti dan lain-lain;
(d) kemudahkesanan dan pemantauan melibatkan kontrak perjanjian, penguatkuasaan dan sebagainya;
dan
(e) penyediaan pelaporan kepada jawatankuasa latihan dan yang berkaitan.
Apabila pegawai dimasukkan ke JSL, BPL akan bertanggungjawab untuk menguruskan perkhidmatan seperti
berikut:
(a) pembayaran gaji dan elaun;
(b) pengemaskinian Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK);
(c) kenaikan pangkat (Laluan Kerjaya / Secara Iklan);
(d) pengurusan PSD Form;
(e) perisytiharan harta melalui HRMIS;
(f) kemudahan cuti;
(g) Guarantee Letter (GL) / Pengesahan Majikan bagi urusan pinjaman;
(h) urusan lapor diri setelah tamat pengajian (penempatan sementara) / ditamatkan pengajian / menarik diri
dari pengajian;
(i) peletakan jawatan pegawai;
(j) pengurusan Tatatertib;
(k) kelulusan keluar negara;
(l) perakuan Amalan Tahunan; dan
(m) lain-lain urusan perkhidmatan seperti sara ubat / pinjaman perumahan / pinjaman computer.
JUMLAH PERJAWATAN JAWATAN SIMPANAN LATIHAN (JSL) SEHINGGA 30 JUN 2015
PROGRAM SARJANA PERJAWATAN PENGISIAN
PEGAWAI PERUBATAN 3,227
3,567
LAIN-LAIN SKIM PERKHIDMATAN 627
206
JUMLAH 3,854
3,773
6
JUMLAH PELATIH YANG SEDANG MENGIKUTI KURSUS PRA PERKHIDMATAN DAN PENGKHUSUSAN SEHINGGA 30 JUN 2015
JENIS JUMLAH SEHINGGA
DISEMBER 2014 JUMLAH SEHINGGA
30 JUN 2015 DIPLOMA 15,844
15,570
SIJIL ± 2,406
1,957
POS BASIK (PENGKHUSUSAN)
2,383 3,186
JUMLAH 20,633
20,713
7
DISIPLIN (DIPLOMA)
JURURAWAT
PEMBANTU PERUBATAN
JURU X-RAY
JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN
PEN. PEG. KESIHATAN PERSEKITARAN
JURURAWAT PERGIGIAN
JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN
PEMBANTU FARMASI
JURUPULIH PERUBATAN (ANGGOTA)
JURUPULIH PERUBATAN (CARAKERJA)
DISIPLIN (SIJIL)
JURURAWAT MASYARAKAT
PEMBANTU KESIHATAN AWAM
PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN
13 DISIPLIN ASKB
JUMLAH PENERIMA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) KKM
SEHINGGA APRIL 2015 (MASIH DALAM PENGAJIAN) ±
3068
25835
348
0 67 28 56
3068
32563
404
0
500
1000
1500
2000
2500
3000
3500
SARJANAPERUBATAN
SARJANALAIN/LAIN/AREA
OF SPECIALINTEREST
PASCASISWAZAH/PhD
SUBKEPAKARAN
DALAM NEGARA
LUAR NEGARA
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN: 3860
AGIHAN SLOT HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) MENGIKUT TAHUN
PROGRAM LATIHAN TAHUN CATATAN
2011 2012 2013 2014 2015
SARJANA PERUBATAN
650
800 800 850 915 KPI YBM – 900 SLOT
SARJANA/PHD/AOSI 165
165 165 174 176 MENGIKUT KEPERLUAN PROGRAM
SUBKEPAKARAN
240 240 240 150 150 KOMBINASI
JUMLAH 1055
1205 1205 1174 1241
8
INSTITUSI LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA TAHUN 2014 ZON SEMENANJUNG 1 DISEMBER – 4 DISEMBER 2014
KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU SULTAN AZLAN SHAH, ULU KINTA, PERAK DARUL RIDZUAN
Majlis Konvokesyen Tahun 2014 bagi Institusi
Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia
(ILKKM) bagi zon Semenanjung telah
diadakan bermula 1 hingga 4 Disember 2014
di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan
Azlan Shah, Ulu Kinta Perak. Majlis penuh
istiadat ini telah dirasmikan oleh YB Datuk
Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan
Malaysia pada 4 Disember 2014 yang turut
disertai oleh Tan Sri Farida Mohd Ali, Ketua
Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia.
Selain merasmikan Majlis Konvokesyen ini,
Menteri Kesihatan juga turut melancarkan
Buku Panduan Permohonan & Keselamatan
Makanan ILKKM. Dalam istiadat
konvokesyen ini, ILKKM telah melahirkan
seramai 4798 graduan yang menerima sijil
dan diploma masing-masing. Tema
konvokesyen pada kali ini iaitu ‘Transformasi
Memacu Keunggulan’ amat signifikan
dengan dunia masa kini kerana tanpa
sebarang anjakan paradigma serta
komitmen yang tinggi tidak mungkin kita
semua berjaya mengecapi kejayaan yang
diperolehi sekarang.
YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dan Tan Sri Farida Mohd Ali berserta Dato’ Nadzri Siron, Dato’ Dr Hjh Nordiyanah Hj Hassan dan Tn Hj Moideen Kutty Hassan bergambar bagi meraikan para graduan yang menerima Anugerah Pencapaian Graduan Cemerlang pada Majlis Konvokesyen bagi tahun 2014.
Tan Sri Farida Mohd Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia menandatangani buku cenderamata sambil disaksikan oleh Dato’ Nadzri Siron pada Majlis Konvokesyen bagi tahun 2014.
Simbolik Perasmian Majlis Konvokesyen 2014 yang diketui oleh YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam
YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam beramah mesra bersama para graduan yang menerima Anugerah Pencapaian Graduan Cemerlang sambil disaksikan oleh Tan Sri Farida Mohd Ali, Ketua Setiausaha KKM dan Dato’ Dr Hjh Nordiyanah Hj Hassan, Pengarah Kesihatan Negeri Perak.
9
MAJLIS KONVOKESYEN ILKKM 2014 PENGAGIHAN GRADUAN MENGIKUT PROGRAM/KURSUS
10
YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam disertai Tan Sri Farida Mohd Ali, Dato’ Nadzri Siron dan Dato’ Dr Hjh Nordiyanah bt Hj Hassan bergambar kenangan bersama Pengarah ILKKM pada Majlis Konvokesyen 2014 di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta Perak.
PROGRAM/KURSUS JUMLAH GRADUAN
Anugerah Graduan Cemerlang 132
Diploma Kejururawatan 1591
Diploma Penolong Pegawai Persekitaran 122 Diploma Farmasi 138
Diploma Jurupulih Cara Kerja 189 Diploma Jurupulih Anggota 139
Diploma Pembantu Perubatan 566
Diploma Teknologi Makmal Perubatan 182 Diploma Radioterapi 11
Diploma Radiografi & Radioterapi 83 Diploma Kejururawatan Pergigian 124
Diploma Teknologi Pergigian 47 Sijil Pembantu Kesihatan Awam 186
Sijil Jururawatan Masyarakat 1321
Kursus Pengkhususan Diploma Lanjutan Kebidanan 847
Diploma Lanjutan Pengimejan Payudara 10 HIV / AIDS 43
Perawatan Oftalmik 50 Perawan Onkologi 54
Perawatan Rehabilitasi 39 Gerontologi 19
Perawatan Kesihatan Primer 30 Perawatan Rapi 80
Pengurusan Personel Kesihatan 38 Perubatan Sukan 29
Perawatan Perioperatif 103 Pengurusan Diabetes 99
Perawatan Neonate 145 Perawatan Koronari 75 Perawatan Pediatrik 182
Kejururawatan Kesihatan Awam 131 Kecemasan (AEMTC) 292
Kawalan Infeksi 121 Perawatan Orthopedik 187
Sediaan Farmaseutikal Sterile 13 Penyiasatan & Pendakwaan Undang-Undang Kesihatan 19
Neurosains 45 Otorinolaringologi 47
Perawatan Perianesthesia 106 Perawatan Psikiatrik 70
Tan Sri Farida Mohd Ali menyampaikan cenderamata kepada YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam sebagai tanda kenangan
Perarakan keluar dewan usai selesai upacara penganugerahan pada hari keempat Majlis Konvokesyen Tahun 2014.
Penyampaian diploma kepada graduan yang menerima Anugerah Pencapaian Graduan Cemerlang
Majlis konvokesyen Zon Sabah & Sarawak 2014 telah diadakan pada
13 hingga 14 Oktober 2014 di Borneo Convention Centre, Kuching Sarawak.
Majlis graduasi ini telah menggabungkan semua pelatih ILKKM dari Sabah
dan Sarawak. Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kuching telah dilantik bagi
mempengerusikan Majlis Konvokesyen ini. Majlis Konvokesyen ini telah
dirasmikan oleh Y.B Dato’ Seri Dr Hilmi Bin Haji Yahaya, Timbalan Menteri
Kesihatan Malaysia. Turut memurnikan majlis ialah Datuk Hasnah binti Haji
Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) dan Dato’ Nadzri Siron,
Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Latihan Kementerian Kesihatan
Malaysia pada Majlis Konvokesyen tersebut. Bertemakan ‘Transformasi
Memacu Keunggulan’, kejayaan majlis yang gilang-gemilang ini telah
mengillustrasikan hasil kerjasama yang padu antara kolej-kolej ILKKM di
Sabah dan Sarawak.
YB Dato’ Seri Dr Hilmi bin Haji Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan memukul gong sebagai simbolik perasmian Majlis Konvokesyen Zon Sabah dan Sarawak bagi tahun 2014
YB Dato’ Seri Dr Hilmi bin Haji Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan dan Datuk Hasnah binti Haji Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) berserta Dato’ Nadzri Siron, Setiausaha Bahagian (BPL) bergambar kenangan bersama barisan Pengarah ILKKM dan para graduan yang menerima Anugerah Pencapaian Graduan Cemerlang pada Majlis Konvokesyen 2014 Zon Sabah dan Sarawak di Borneo Convention Centre Kuching
Perarakan masuk Tenaga Pengajar, Pengarah Kolej dan Dif-dif Kehormat ke atas pentas utama
INSTITUSI LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA TAHUN 2014 ZON SABAH & SARAWAK
13 OKTOBER – 14 OKTOBER 2014 BORNEO CONVENTION CENTRE, KUCHING SARAWAK
11
12
LAWATAN KERJA YB DATUK SERI DR.
S.SUBRAMANIAM, MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
KE KOLEJ JURURAWAT MASYARAKAT SEGAMAT
(23 Disember 2014)
23 Disember 2014 - Pada 23 Disember 2014, YB Datuk Seri Dr. S.Subramaniam,
Menteri Kesihatan Malaysia telah membuat lawatan kerja ke Kolej Jururawat
Masyarakat Segamat Johor. Beliau dan rombongan lain telah sampai di perkarangan
Kolej Jururawat ini pada jam 10.00 pagi dan disambut mesra oleh barisan
Pengurusan Kolej yang diketuai oleh Puan Puspavathy a/p V.Ramasamy Pillay,
Pengarah Kolej Jururawat Masyarakat Segamat.
Secara ringkasnya, Kolej Jururawat Masyarakat Segamat ini dahulunya
dikenali sebagai Sekolah Jururawat Masyarakat Segamat dan telah dibuka pada 1
Julai 1995. Pada ketika itu, seramai 105 orang pelatih telah menerima tawaran dan
telah ditempatkan di kolej ini. Tapak sebenar kolej adalah tapak sebuah Hospital
Lama Segamat yang berdekatan dengan stesen keretapi. Keluasan lebih kurang 30
ekar, 20 ekar adalah tapak kolej manakala 10 ekar adalah bangunan-bangunan lama
yang beroperasi sebagai Poliklinik Segamat. Kolej ini telah banyak berubah dari segi
fizikal termasuklah pengubahsuaian asrama-asrama serta kelengkapan pentadbiran
yang lebih selesa.
Datuk Seri Dr. S.Subramaniam telah dibawa melihat sendiri fasiliti dan
kemudahan yang disediakan serta diberi sedikit taklimat ringkas oleh Pengarah
Kolej mengenai kolej ini.
Program OPKIM ini merupakan inisiatif aktiviti
khidmat masyarakat oleh KKM di bawah Bahagian
Pengurusan Latihan KKM dan Institusi Latihan
Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) ke atas
mangsa-mangsa pasca banjir di Kelantan pada
Disember 2014 – Januari 2015 yang lalu. Program ini
berlangsung selama dua (2) hari iaitu dari 28 Mei 2015
hingga 29 Mei 2015 (Khamis hingga Jumaat) di Masjid
Mukim Laloh Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan
Darul Naim. Program ini merupakan sebahagian
daripada aktiviti kokurikulum yang bertujuan untuk
melahirkan pelatih yang berpengetahuan,
berkemahiran dan mempunyai sikap positif terhadap
bidang yang diceburi serta meningkatkan ‘soft skils’
melalui penerapan nilai-nilai murni dalam setiap
aktiviti yang dijalankan
Kejadian banjir besar dan luar biasa yang melanda
beberapa negeri di Malaysia pada bulan Disember
2014 – Januari 2015 akibat hujan lebat yang turun di
Pantai Timur terutamanya di negeri Kelantan dan
Pahang. Bilangan mangsa banjir tertinggi dicatatkan di
Kelantan dengan jumlah mangsa seramai 158,476
orang dan melibatkan pembukaan 299 pusat
pemindahan. KKM telahpun memobilisasikan pelatih-
pelatih kejururawatan dari ILKKM bagi membantu
aktiviti pembersihan di fasiliti kesihatan yang terjejas.
Walau bagaimanapun, kesan akibat banjir masih
terasa hingga sekarang dan oleh itu program ini
dianjurkan bagi mengurangkan kesan banjir yang
dirasai oleh penduduk setempat di Kuala Krai.
PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM)
INSTITUSI LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
DI MASJID MUKIM LALOH DAERAH OLAK JERAM KUALA KRAI, KELANTAN
(28 hingga 29 Mei 2015)
Tujuan program khidmat masyarakat ini dianjurkan
adalah supaya pelatih dapat:
i. Menanam rasa tanggungjawab dan
kesukarelawan untuk memberikan khidmat
sosial, motivasi dan kesihatan kepada
masyarakat.
ii. Menjalinkan silaturrahim sesama pelatih
yang berlainan Institusi Latihan Kementerian
Kesihatan Malaysia.
iii. Melatih kemahiran berkomunikasi pelatih di
kalangan ILKKM dan mengaplikasikannya
dalam situasi komuniti yang sebenar.
iv. Membentuk sahsiah, keperibadian dan nilai
positif yang unggul dalam diri pelatih.
v. Meningkatkan kemahiran insaniah, dinamis
dan sikap prihatin untuk membentuk
kepimpinan dalam kemasyarakatan di
kalangan pelatih ILKKM.
13
Program OPKIM merupakan program khidmat masyarakat yang
melibatkan seramai 250 pelatih dari 4 ILKKM seperti berikut:-
BIL KOLEJ JUMLAH
PESERTA
1. Kolej Kejururawatan Kubang Kerian 100 pelatih
2. Kolej Kesihatan Awam Batu Rakit 50 pelatih
3. Kolej Jururawat Masyarakat Pasir Mas 50 pelatih
4. Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu 50 pelatih
Jumlah Keseluruhan 250 pelatih
Inisiatif-inisiatif pemupukan aspek kesukarelawan di kalangan pelatih KKM:-
Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum
Aktiviti Ko-kurikulum yang dilaksanakan semenjak 2008 di peringkat ILKKM melibatkan empat (4) Gerak Kerja iaitu
Kelab/Persatuan, Kebudayaan, Komuniti dan Sukan. Setiap pelatih perlu menjalani 2 kredit (64 jam) bagi aktiviti yang di
pilih sehingga semester ke-4 pengajian mereka. Bagi meningkatkan jati diri dan kesukarelawan pelatih, pada 2011 BPL
telah meminda kokurikulum dengan mewajibkan setiap pelatih terlibat dengan Gerak Kerja Komuniti (10 jam) serta
Gerak Kerja Sukan (20 jam) daripada keseluruhan jam pertemuan iaitu 64 jam.
Pelaksanaan Empat (4) Projek Komuniti
Bagi meningkatkan jati diri dan kesukarelawan pelatih di ILKKM, empat projek komuniti hendaklah dilaksanakan oleh
setiap ILKKM. Ini merupakan KPI 2015 yang ditetapkan kepada setiap pengarah ILKKM bagi menggalakkan pelatih
berhubung dan berinteraksi dengan masyarakat sekeliling. Sehubungan itu, setiap ILKKM hendaklah memastikan 85%
pelatih di kolej masing-masing terlibat secara langsung dengan projek komuniti yang dikendalikan oleh pihak kolej.
Kerjasama CPRC (Crisis Preparedness & Respond Centre) KKM
Menerapkan sikap sentiasa bersedia membantu di dalam aspek kesukarelawan apabila diperlukan pada bila-bila masa
untuk membantu mengatasi bencana yang dihadapi oleh komuniti dengan pemantauan CPRC Malaysia.
Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA)
Berkolaborasi dengan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dengan hasrat memupuk semangat patriotisme dan
disiplin diri.
Penganjuran program OPKIM adalah selaras dengan keprihatinan KKM bahawa pembentukan seseorang graduan tidak hanya
diukur berdasarkan pencapaian akademik semata-mata, malah kemahiran insaniah atau ‘soft skills’ perlu dititikberatkan bagi
melahirkan graduan KKM berkualiti yang boleh memberi sumbangan kepada negara. Kemahiran insaniah perlu dipelajari,
difahami dan seterusnya dihayati sebagai nilai-nilai utama kehidupan selaras dengan Budaya Korporat Kementerian iaitu
Penyayang, Kerja Berpasukan dan Profesionalisme. Budaya ini dipamerkan dengan pengamalan ‘soft skills’ semasa aktiviti
kemasyarakatan dapat dihayati dan diaplikasi oleh para pelatih kelak apabila berdepan dengan pesakit dan pelanggan.
Senyuman dan layanan mesra amatlah penting bagi setiap anggota kesihatan dan ini perlulah menjadi keutamaan serta
dihayati oleh setiap pelatih.
Nilai-nilai inilah yang akan melahirkan modal insan yang mampu meneruskan kesinambungan kemajuan negara terutama
dalam sektor kesihatan. Dalam keadaan yang sedemikian, aspek-aspek lain seperti kematangan berfikir, perkembangan
sahsiah, daya kepimpinan, budaya intelektual, kemahiran insaniah di kalangan pelatih yang seharusnya terangkum dalam
pendidikan yang bersepadu. Kemahiran generik adalah merupakan kemahiran bukan teknikal yang sangat penting dalam
pembangunan diri, sahsiah atau peribadi dan kehidupan seharian pelatih serta berguna untuk melahirkan insan yang
mempunyai keterampilan diri dan berdaya saing sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Dalam aspek
pembangunan diri pelatih, aspek kemahiran generik ini harus diberi perhatian yang sewajarnya selaras dengan aspirasi
pembangunan negara. Selain itu itu, pelaksanaan aktiviti kokurikulum dapat memberi kesedaran dan semangat ingin
mengambil bahagian pada setiap pelatih dalam aktiviti kesukarelawan pada masa akan datang.
14
BULATAN
Bentuk bulat menggambarkan perpaduan
yang kukuh dan komited di kalangan
warga KKM dengan menitikberatkan
semangat kerjasama dan berpasukan
tanpa mengira perbezaan agama, bangsa
dan pangkat dalam memastikan Amalan
EKSA sebagai budaya kerja.
AKRONIM EKSA
Simbolik kepada makna Ekosistem
Kondusif Sektor Awam secara amnya.
BIRU
Melambangkan warna berprestij
yang sentiasa bertenaga, yakin,
segar, bersemangat dan
berkarisma. Ia juga simbolik
kepada komitmen dan
kepercayaan warga KKM dalam
memastikan kejayaan Amalan
EKSA. Alunan dua tona biru
melambangkan kejayaan dan
kekuatan semangat jitu warga
KKM bagi merealisasikan
pencapaian EKSA.
SISIH. SUSUN. SAPU. SERAGAM. SENTIASA AMAL
Indikator kepada amalan 5S secara amnya
LOGO KKM
Merupakan imej korporat KKM dan
secara tidak langsung merupakan
penegasan bahawa logo ini adalah hak
cipta KKM.
MERAH
Melambangkan komitmen anggota KKM dalam melaksana dan menjayakan amalan EKSA.
PUTIH
Dua garisan bulatan putih yang mengelilingi logo memberi
erti keteguhan, ketelusan dan kewibawaan dalam memberi
perkhidmatan yang terbaik. Manakala tulisan berwarna
putih adalah lambang kesempurnaan, kebersihan dan
keselesaan yang diamalkan oleh warga KKM.
HITAM
Tulisan slogan berwarna
putih di kelilingi warna
hitam (black stroke)
merupakan simbolik
penegasan kepada sikap
professional warga KKM.
Tentunya ramai yang tertanya-tanya apa itu EKSA? EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Ia diterajui oleh pihak
MAMPU (Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia). EKSA merupakan penjenamaan semula 5S serta penambahbaikan kepada
amalan 5S yang sedia ada. Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi-
agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam. Amalan EKSA yang
dahulunya dikenali 5S telah bergerak aktif di BPL dari semasa ke semasa, di mana amalan ini telah diaudit oleh juruaudit dalaman dan juruaudit dari IPKKM.
Pengauditan dalaman BPL telah diadakan pada 12 – 13 November 2014. Manakala pengauditan oleh 2 orang juruaudit dari IPKKM adalah pada 20
November 2014 iaitu Dr Shahrum binti Ismail dan Tuan Haji Jaafar Md Shariff.
Selain daripada itu, EKSA juga memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi Kriteria Generik dan Kriteria Khusus dengan
turut mengambil kira kepelbagaian premis agensi Kerajaan mengikut jenis-jenis perkhidmatan yang diberikan. Pendekatan one-size-fits-all yang dipraktikkan
sebelum ini didapati kurang memadai untuk memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan pada masa ini. Justeru, penilaian EKSA ini akan disesuaikan
mengikut lokaliti agensi yang diaudit. Kesimpulannya, EKSA yang diperkenalkan ini bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang telah sedia ada
diamalkan, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada kewujudan persekitaran kerja yang kondusif.
15
KEPUTUSAN AUDIT EKSA DALAMAN BPL 2014
BIL
KOMPONEN WING
1 2 3 4 5
A KEPERLUAN UTAMA PELAKSANAAN 91.3% 91.3% 91.3% 91.3% 91.3%
B RUANG TEMPAT KERJA / PEJABAT 94.4% 81.0% 85.6% 88.9% 71.3%
C TEMPAT UMUM 98.1% 95.4% 100.0% 93.1% 81.6%
D KESELAMATAN PERSEKITARAN JABATAN
98.0% 87.9% 86.7% 82.9% 80.0%
E KAWASAN PERSEKITARAN JABATAN - - - - -
F TEMPAT-TEMPAT KHUSUS (SESUAI MENGIKUT KEPERLUAN AGENSI)
- - - - -
PURATA MARKAH KESELURUHAN 94.1% 89.7% 91.1%. 89.8% 84.5%
JAWATANKUASA PELAKSANA EKSA DI ZON
LATIHAN BPL
PENGERUSI/KETUA ZON
DATO’ NADZRI SIRON
FASILITATOR
PN. MARINI BINTI OTHLAN
JAWATANKUASA AUDIT
PN. NAZRIAH BINTI MAT ALI
JAWATANKUASA PROMOSI
PN. MAISARAH BINTI HASHIM
JAWATANKUASA LATIHAN
EN. WAN AMINUDDIN BIN WAN HITAM
KETUA WING
PN. NAZRIAH BINTI MAT ALI (WING 1)
EN. BADRIE BIN ABD. RAHIM (WING 2)
EN. NORDIN BIN ABDUL AZIZ (WING 3)
PN. MASNI AFIZA BT MOHAMED (WING 4)
TN. HJ. ZULKIFLI BIN HJ. MOHD. TAHIR
(WING 5)
16
KEPUTUSAN AUDIT EKSA BPL 2014
BIL
KOMPONEN MARKAH
A KEPERLUAN UTAMA PELAKSANAAN 100.0%
B RUANG TEMPAT KERJA / PEJABAT 95.65%
C TEMPAT UMUM 100.0%
D KESELAMATAN PERSEKITARAN JABATAN 100.0%
E KAWASAN PERSEKITARAN JABATAN -
F TEMPAT-TEMPAT KHUSUS (SESUAI MENGIKUT KEPERLUAN AGENSI)
-
PURATA MARKAH KESELURUHAN 98.91%
Audit pensijilan semula ke atas Sistem Pengurusan Kualiti telah
diadakan pada 8 hingga 11hb Disember 2014 yang bertujuan bagi
memastikan sistem kualiti yang dilaksanakan masih sesuai, mencukupi
dan berkesan. Kajian semula merangkumi penilaian ke atas
penambahbaikan proses kerja, dasar kualiti dan objektif kualiti.
SIRIM telah memperakukan pensijilan MS ISO 9001:2008 dikekalkan
sehingga tahun 2017.
BPL dan 33 Institusi
Latihan di bawah
Kementerian
Kesihatan Malaysia
telah mengekalkan
status MS ISO
9001:2008
MS ISO 9001:2008 AUDIT PENSIJILAN SEMULA
ISO 9001:2008 PELAN AUDIT PENSIJILAN SEMULA
Tujuan Audit:
a) Untuk memastikan sistem pengurusan kualiti yang dibangunkan
oleh organisasi mematuhi keperluan standard ISO 9001:2008
secara berterusan.
b) Untuk menilai keupayaan sistem pengurusan yang dibangunkan
dapat memastikan organisasi mematuhi akta, perundangan dan
keperluan kontrak yang berkaitan.
c) Untuk menilai keberkesanan sistem pengurusan kualiti dalam
mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh organisasi secara
berterusan.
d) Untuk mengenalpasti peluang penambahbaikan dalam sistem
pengurusan yang telah dibangunkan (jika ada)
e) Untuk menilai perubahan kepada sistem pengurusan kualiti
organisasi (jika ada)
f) Untuk menilai keberkesanan pelaksanaan tindakan pembetulan ke
atas ketakakuran audit tahun lepas.
Kriteria Audit
Keperluan Kepiawaian ISO 9001:2008; Manual Kualiti Organisasi,
Prosedur-prosedur, Keperluan Pelanggan serta Keperluan Akta dan
Undang-undang yang berkaitan.
17
Apakah maksud MS ISO 9001:2008?
Satu standard bertulis yang
menjelaskan garis panduan dan
keperluan asas dalam satu sistem
pengurusan kualiti.
Sistem kerja yang terancang
berasaskan keperluan piawaian
antarabangsa. Sistem kerja yang
terancang akan mempunyai
proses-proses yang dikenalpasti,
didokumenkan, dilaksanakan dan
dikawal.
Sistem tersebut akan
menghasilkan produk dan
perkhidmatan yang konsisten
kualitinya.
Sistem kerja yang terancang di
mana proses-proses dikawal bagi
menghasilkan perkhidmatan
yang konsisten kualitinya. Ini
lebih dikenali sebagai Sistem
Pengurusan Kualiti; dan
MS ISO 9000 akan hanya dikenali
selepas Sistem Pengurusan
Kualiti itu diberi pengiktirafan
pensijilan
MESYUARAT PENGARAH ILKKM 2015
Mesyuarat Pengarah Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) telah diadakan sebanyak 2
kali sehingga pertengahan tahun 2015. Mesyuarat Pengarah Bil.1/2015 telah bersidang pada 11 hingga 13
Februari 2015 bertempat di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu Sabah manakala Mesyuarat
Pengarah bagi bilangan kedua pula telah diadakan pada 13 hingga 15 April 2015 di Kolej Kejururawatan
Melaka. Mesyuarat yang melibatkan semua Pengarah Institusi Latihan KKM (ILKKM) dan juga pegawai-
pegawai dari Bahagian Pengurusan Latihan (BPL) telah dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Nadzri Siron adalah
bertujuan untuk membentangkan serta membincangkan isu berkaitan pengurusan latihan, pengajaran &
pembelajaran serta isu-isu pelatih samada dari segi akademik mahupun bukan akademik.
Mesyuarat ini juga diadakan bersekali dengan Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus Kerajaan (JKTU) BPL
dan ILKKM, Mesyuarat Jawatankuasa HRMIS, Mesyuarat Perancangan Sasaran Kerja Tahunan 2015,
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) BPL dan ILKKM serta Mesyuarat
Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun BPL & ILKKM.
Terima kasih kepada semua pihak atas kerjasama yang diberikan sepanjang mesyuarat berlangsung.
MESYUARAT PENGARAH BIL 2/2015
Tarikh: 13 – 15 April 2015
Tempat: Kolej Kejururawatan Melaka
Antara isu-isu yang dibincangkan adalah :
1. Isu kelayakan Masuk Pelatih ke ILKKM
2. Hala Tuju PISPA ILKKM
3. Laporan Pencapaian Peperiksaan & Pengkhususan
4. Plan Strategik Kebangsaan bagi Kawalan Tembakau
5. Projek Bestari
6. Kursus Cardio Pulmonary Resuscitation
7. Konsep Pertandingan Landskap 2015
MESYUARAT PENGARAH BIL 1/2015
Tarikh: 11 – 13 Februari 2015
Tempat: Kolej Kolej Sains Kesihatan Bersekutu
Kota Kinabalu Sabah
Antara isu-isu yang dibincangkan adalah :
1. Garis Panduan Pembangunan Teknologi Pendidikan ILKKM
2. Performa Pencapaian Calon Bagi Semesta Sesi Julai-Dis 2014 (QAP) dan Tindakan Penambahbaikan
3. Laporan Kajian Ekspektasi Penyelia Terhadap Prestasi Graduan Kejururawatan ILKKM
4. Isu-isu Latihan Pra Perkhidmatan : Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
18
-
Integrated Campus Management System (ICMS) Kolej Sains Kesihatan Bersekutu
Sultan Azlan Shah (KSKB SAS) merupakan satu sistem pengurusan maklumat kolej
yang dibangunkan bertujuan untuk:
Memantapkan pengurusan kolej;
Menyeragamkan proses kerja; dan
Membolehkan pengemaskinian, perkongsian serta penyampaian maklumat
yang cepat dan tepat.
Projek ICMS dibangunkan bersekali dengan projek bangunan KSKB SAS.
Pembangunan Sistem ICMS dijalankan mulai Disember 2009. Kos projek ICMS
adalah sebanyak RM8.6 juta yang merangkumi infrastruktur ICT dan
pembangunan aplikasi. Sistem ini telah dibangunkan oleh PCNET Systems Sdn.
Bhd. yang merupakan sub-kontraktor kepada kontraktor utama iaitu Konsortium
Kobena-Mulk-Mirajati yang membina KSKB SAS. Projek ini diurus dan dipantau
oleh Cawangan Kerja Kesihatan Jabatan Kerja Raya. Selain daripada Bahagian
Pengurusan Latihan (BPL) dan KSKB SAS selaku pengguna sistem, Bahagian lain
yang turut terlibat dalam projek ini adalah Bahagian Perancangan dan
Pembangunan serta Bahagian Pengurusan Maklumat.
INTEGRATED
CAMPUS
MANAGEMENT
SYSTEM (ICMS) /
SISTEM
PENGURUSAN KOLEJ
BERSEPADU
Pengurusan maklumat sumber manusia daripada segi maklumat peribadi, kedatangan, penilaian
prestasi, cuti serta pelbagai borang berkaitan dengan perkhidmatan.
Pengurusan kediaman staf dan asrama pelatih dari segi pendaftaran dan pentadbiran.
Pengurusan maklumat kolej, mesej dalaman serta buletin untuk dikongsi kepada kakitangan serta
pelatih kolej.
Pengurusan pelatih dari segi maklumat peribadi, disiplin dan kaunseling.
BERIKUT MERUPAKAN MODUL BERSERTA FUNGSI MODUL DALAM SISTEM ICMS
Penggunaan sistem ICMS di KSKB SAS telah membantu dalam meningkatkan kecekapan pengurusan kolej dan pelatih.
Sehubungan itu, sistem telah dirancang untuk diperluaskan kepada semua Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia
(ILKKM) secara berperingkat mulai Januari 2014. Peluasan dijalankan secara in-house menggunakan kepakaran Pegawai
Teknologi Maklumat di Bahagian Pengurusan Latihan dan kolej (pegawai IT dari KSKB Sungai Buloh dan Kolej Pembantu
Perubatan Alor Setar).
Peluasan sistem ini kepada semua kolej akan dapat memantapkan lagi peranan BPL dalam pengurusan semua ILKKM
memandangkan semua maklumat diuruskan secara bersepadu. Di samping itu, pengurusan maklumat dapat disediakan dengan
sistematik. Penyediaan laporan juga akan dapat disediakan dengan cepat dan tepat. Proses kerja di semua ILKKM juga akan
diseragamkan kerana semua kolej menggunakan satu sistem yang sama (kecuali KSKB Johor Bahru yang mempunyai ICMS yang
berlainan).
Pengurusan aset dan stor seperti yang digariskan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5/2007-Tatacara
Pengurusan Aset Alih Kerajaan dan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5/2009-Tatacara Pengurusan Stor
Kerajaan.
19
Penyediaan pelan mengajar, pentadbiran urusan pembelajaran pelatih serta subjek, kehadiran pelatih
serta tempahan fasiliti untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Pengurusan markah peperiksaan termasuk penjanaan slip keputusan, sijil serta transkrip.
1) SUMBER MANUSIA
2) ASET & PERALATAN
4) E-FILLING & DOKUMEN
6) PENILAIAN LATIHAN
3) ASRAMA & KEDIAMAN
5) HAL EHWAL PELAJAR
7) SOKONGAN LATIHAN
BENGKEL TEKNOLOGI PENDIDIKAN BIL 1/2015
Tarikh Pelaksanaan :
10-12 Mac 2015
Tempat :
Kolej Jururawat Masyarakat
Port Dickson
Penganjur :
Unit Pembangunan dan
Perkembangan Program
Latihan, BPL
Pengenalan:
Perkembangan teknologi dan media komunikasi telah membawa perubahan
pesat kepada sistem penyampaian pendidikan masa kini di mana Integrasi
Teknologi Pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran membantu
dalam pencapaian prestasi berdasarkan standard, memenuhi keperluan gaya
pembelajaran, kemahiran pemikiran aras tinggi, pembelajaran berpusatkan
pelajar dan pembelajaran bermotivasi tinggi.
Matlamat Bengkel Pembangunan Teknologi Pendidikan
Mambangunkan kemahiran pengajar dalam pembangunan teknologi
pendidikan adalah sebagai landasan kepada Institusi Latihan untuk
mengembangkan kepelbagaian dalam pendekatan pengajaran dan
pembelajaran dengan mengintergrasikan teknologi semasa bagi menghasilkan
graduan yang berilmu, kompeten, profesional dan pengamal yang selamat.
Sepanjang bengkel ini diadakan peserta dikehendaki membuat analisis dan
design berkaitan modul pembelajaran berdasarkan input yang disampaikan oleh
penceramah pada hari pertama bengkel. Setiap peserta dikehendaki
membangunkan satu modul pembelajaran berdasarkan 2 hingga 3 jam kuliah
dalam P&P mengikut disiplin masing-masing (pada hari pertama dan kedua
bengkel). Setiap peserta dikehendaki membentangkan modul yang telah siap
kepada panel penilaian untuk tujuan penambahbaikan modul pada hari ketiga
bengkel. Tiga peserta dipilih secara rawak dikehendaki membentangkan
tugasan dalam pembangunan modul dalam masa 15 min. Peserta yang terpilih
adalah:
1. Puan Naziah Mat Yasin dari Kolej Latihan Pergigian Malaysia, Pulau Pinang
dengan tajuk Pergigian Konservatif
2. Encik Murdin bin Amit dari Kolej Pembantu Perubatan Seremban dengan
tajuk Bronchial Asthma
3. Puan Nurul Hidayu dari Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson dengan
tajuk Appendicitis
Selepas peserta membentangkan tugasan, panel penilai memberikan komen
dan peserta dikehendaki membaiki dan membuat penambahbaikan terhadap
modul pembelajaran yang dibangunkan dalam tempoh seminggu dan
dikehendaki menghantar soft copy selepas penambahbaikan kepada urusetia.
Hasil Pembelajaran
1. Peserta dapat mengaplikasikan konsep teknologi pendidikan dalam
proses merekabentuk dan membangunkan teknologi pendidikan.
2. Menyediakan rekabentuk teknologi pendidikan dengan mengambilkira
rekabentuk sistem pengajaran, rekabentuk strategi pengajaran, fokus
pembelajaran dan penentuan ciri-ciri pelajar.
3. Mambangunkan spesifikasi rekabentuk dalam bentuk teknologi cetak
untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran
Bengkel yang telah dijalankan memberi pengetahuan tentang teori dan konsep
asas model rekabentuk pembangunan media cetak. Justeru peserta diharap
dapat menambahkan ilmu dan membangunkan model pembelajaran seterusnya
membantu serta meningkatkan proses penyampaian dalam aktiviti
pembelajaran pelajar di ILKKM. Diharapkan bengkel ini dapat diteruskan agar
dapat memberi input berkaitan konsep, struktur dan model dalam
pembangunan teknologi pendidikan di samping memotivasikan diri dalam
kalangan peserta dari seluruh ILKKM.
20
MAKMAL TRAINING NEED ANALYSIS (TNA)
Pengenalan:
Unit Perancangan dan Pembangunan Program Latihan, Bahagian Dasar Latihan sedang melaksanakan transformasi
bagi meningkatkan kursus latihan yang berkualiti anjuran Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan
Malaysia. Perlaksanaan kursus latihan yang berkualiti dan mantap diharap akan dapat melahirkan modal insan yang
berpengetahuan, kompeten dan penyayang bagi merealisasikan inisiatif dan aspirasi perkhidmatan kesihatan
kebangsaan. Penghasilan kursus yang berkualiti bermula dengan analisa keperluan (TNA) yang komprehensif serta
mempunyai rangka kerja yang sistematik dan bersepadu supaya kurikulum yang dihasilkan dapat memenuhi keperluan
perkhidmatan dan menepati standard kebangsaan dan antarabangsa.
Objektif:
Untuk mengenalpasti supaya kurikulum yang dilaksanakan sekarang adalah selaras dengan keperluan peningkatan
pengetahuan dan kemahiran amalan praktis klinikal terkini bagi tujuan menyelaraskan semula tugas, peranan dan
tanggungjawab personel mengikut profession serta halatuju pembangunan kerjaya yang lebih baik.
Makmal ini telah dijalankan bagi memberi pengetahuan tentang teori dan konsep asas berkenaan Outcome Based
Education, Outcome Based Assessment, PEO vs PLO dan Jam Notional. Justeru peserta diharap dapat menambahkan
ilmu dan dapat menyumbangkan idea dalam membangunkan rekabentuk kurikulum baru seterusnya membantu serta
meningkatkan proses penyampaian perkhidmatan perubatan dan kesihatan kepada semua lapisan rakyat dengan adil
dan saksama.
21
SUKARELAWAN BANTUAN BANJIR
Kisah banjir yang melanda Pantai Timur pada penghujung tahun 2014 mengundang belas kasihan daripada seluruh rakyat
Malaysia. Walaupun air banjir sudah surut, namun masih terlalu banyak kerja pembersihan dan membaik pulih perlu
dilakukan. Pelbagai agensi kerajaan, NGO dan para sukarelawan tampil menghulurkan bantuan. Tidak terkecuali Bahagian
Pengurusan Latihan yang telah mengambil langkah dalam menyediakan pasukan sukarelawan di kalangan pelatih dan bekas
pelatih bagi tujuan aktiviti pembersihan fasiliti KKM di antaranya adalah di Klinik Kesihatan Kota Bahru dan Klinik
Pergigian Tanah Merah. Misi bantuan pada kali ini melibatkan seramai 285 sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan
BPL dan ILKKM . BPL juga mendapat kerjasama bersepadu dan sokongan penuh daripada sukarelawan di kalangan pelatih-
pelatih dari ILKKM untuk terlibat sama dalam aktiviti pembersihan ini. Semoga usaha murni para sukarelawan ini akan
dapat membantu meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh mangsa banjir yang terlibat. Berikut merupakan jadual
penempatan sukarelawan bagi aktiviti pembersihan ini sepanjang ia berlangsung:
Bil Tarikh Perkara 1.
28.12.2014
Seramai 56 orang bekas pelatih berkumpul di KSKB Sungai Buloh bagi menunggu penempatan daripada CPRC Pusat ke Kelantan untuk menjadi sukarelawan banjir.
2.
29.12.2014
Mesyuarat Harian Bilik Gerakan Banjir CPRC Pusat pukul 9.00 pagi memutuskan supaya pasukan sukarelawan yang berkumpul di KSKB Sungai Buloh kembali ke tempat masing-masing dan KIV dalam masa seminggu.
3.
30.12.2014
Menghantar sukarelawan seramai 110 orang dari Kolej Kejururawatan Kubang Kerian ke Hospital Raja Perempuan Zainab II bagi tugasan pembersihan fasiliti.
4.
31.12.2014
Meneruskan kerja pembersihan fasiliti di RPZ II oleh Kolej Kejururawatan Kubang Kerian. Bahagian Pengurusan Latihan mengarahkan pengarah-pengarah kolej menyediakan pasukan sukarelawan daripada kolej masing-masing.
5.
1.1.2015
Meneruskan kerja pembersihan fasiliti di RPZ II oleh Kolej Kejururawatan Kubang Kerian.
6.
3.1.2015
Bahagian Pengurusan Latihan mengarahkan pengarah-pengarah kolej berhubung dengan pengarah-pengarah JKN atau Matron Negeri berkenaan keperluan menghantar sukarelawan dalam membantu program pemulihan banjir di fasiliti KKM.
7.
5.1.2015
Bahagian Pengurusan Latihan dijemput menyertai Mesyuarat Harian Bilik Gerakan Banjir CPRC Pusat yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk KPK. Mesyuarat telah dimaklumkan pasukan sukarelawan dari kolej telah menjalankan aktiviti pembersihan di RPZ II pada 30.12.2014 sehingga 1.1.2015. Pasukan sukarelawan dari ILKKM bersedia menunggu penempatan kerja-kerja pembersihan. Pasukan sukarelawan dari 6 kolej (122 orang) bergerak ke Kolej Kejururawatan Kubang Kerian.
6.
6.1.2015
Pasukan sukarelawan seramai 40 orang menjalankan kerja-kerja pembersihan di Klinik Kesihatan Tanah Merah dan Klinik Pergigian Tanah Merah. Nota: Penempatan dibuat selepas penyelarasan dibuat dengan CPRC Negeri Kelantan. (16 fasiliti KKM dikenalpasti)
7.
7.1.2015
Pasukan sukarelawan seramai 135 orang menjalankan kerja-kerja pembersihan di: Jajahan Kuala Krai i. KK Laloh ii. PKD Kuala Krai iii. KD Keroh iv. KD Kursial Baru v. KD Kulim Jajahan Gua Musang vi. KK Bertam Baru vii. KP Bertam Baru viii. KK Aring Jajahan Pasir Mas ix. KD Lati
22
BAHAGIAN PENGURUSAN LATIHAN & ILKKM MAKLUMAT LOKASI PEMBERSIHAN DI KLINIK-KLINIK KESIHATAN NEGERI KELANTAN
BIL LOKASI PASUKAN
MEMBERSIH BIL
TEAM TARIKH MULA
TARIKH SIAP
CATATAN
KUALA KRAI
1 PKD KUALA KRAI KK MUAR 16
ORANG 7-Jan-15 8-Jan-15
OPD, MCH, FARMASI/X-RAY, DAPUR, STOR, tempat pemeriksaan pesakit dan persekitaran dibersihkan
2 KK LALOH KKA BATU RAKIT 21
ORANG 7-Jan-15
3 KD KEROH KJM BATU PAHAT 19
ORANG 7-Jan-15 8-Jan-15
Tempat pemeriksaan pesakit, stor, dapur dan persekitaran dibersihkan 4 KD KUSIAL BARU KPP SEREMBAN
35 ORANG
7-Jan-15 8-Jan-15
5 KD KULIM KPP SEREMBAN 33
ORANG 7-Jan-15 8-Jan-15
6 KD KUALA NAL KK KUALA PILAH 21
ORANG 8-Jan-15 8-Jan-15
PASIR MAS
7 KD LATI KK KUBANG KERIAN 30
ORANG 7-Jan-15 7-Jan-15 Tempat pemeriksaan pesakit, stor, dapur dan persekitaran dibersihkan
8 KK TENDONG KK BUKIT MERTAJAM 17
ORANG 8-Jan-15 8-Jan-15
OPD, MCH, FARMASI/X-RAY, DAPUR, STOR, tempat pemeriksaan pesakit dan persekitaran dibersihkan
GUA MUSANG
9 KK BERTAM BARU KJM SEGAMAT
4 ORANG
7-Jan-15 8-Jan-15
OPD, MCH, FARMASI/X-RAY, DAPUR, STOR, tempat pemeriksaan pesakit dan persekitaran dibersihkan
KJM JERANTUT 8
ORANG
10 KP BERTAM BARU KSKBSAS
8 ORANG
7-Jan-15 8-Jan-15 KJM KLUANG
14 ORANG
11 KK ARING KK ALOR SETAR 10
ORANG 8-Jan-15 8-Jan-15
12 KP ARING KK KUALA TERENGGANU
48 ORANG
8-Jan-15 8-Jan-15
13 KK JERAM TEKOH KK KUANTAN 21
ORANG 8-Jan-15 8-Jan-15
14 KP JERAM TEKOH KK MELAKA 16
ORANG 8-Jan-15 8-Jan-15
15 KD LIMAU KASTURI KSKB JOHOR BAHARU 21
ORANG Berlumpur teruk dan ada bangunan hanyut dan tersangkut di bangunan KD.
16 KD KG. STAR KK BUKIT MERTAJAM 17
ORANG
Laluan tidak selamat ( menaiki feri) sebab air naik semula akibat hujan berterusan
17 KK KUALA SUNGAI KPP ALOR SETAR 13
ORANG 8-Jan-15
18 KD KARANGAN KKA BATU RAKIT 21
ORANG 8-Jan-15
Kawasan berlumpur, tiada bekalan air dan elektrik. Laluan dari Gua Musang tidak selamat dilalui.
KOTA BHARU
19 HRPZII KSKB JOHOR BAHARU 21
ORANG 8-Jan-15 8-Jan-15 Membersih dan mengemas stor x-ray
20 HRPZII- WAD SCN BAHAGIAN KHIDMAT JURURAWAT
15 ORANG
9-Jan-15 9-Jan-15 Membersihkan peralatan di wad.
21 KUATERS HRPZ KSKB SG BULOH
12 ORANG
9-Jan-15 9-Jan-15 Membantu pembersihan kuaters dan persekitaran. KK SG. PETANI
14 ORANG
TUMPAT
22 KD PASIR PEKAN KK KUBANG KERIAN 31
ORANG 8-Jan-15 8-Jan-15 Tempat pemeriksaan pesakit, stor, dapur dan persekitaran dibersihkan
23 KUATERS KD PASIR PEKAN
KJM KULIM 10
ORANG 9-Jan-15 9-Jan-15 Membantu pembersihan kuaters dan persekitaran.
KOLEJ LATIHAN PERGIGIAN MALAYSIA
6 ORANG
TANAH MERAH
24 KK TANAH MERAH KK KUALA TERENGGANU
31 ORANG
6-Jan-15 7-Jan-15 Tempat pemeriksaan pesakit, stor, dapur dan persekitaran dibersihkan
23
GALERI FOTO SEPANJANG MISI BANTUAN BANJIR
Para sukarelawan bergambar bersama Dato’ Nadzri
Siron, SUB (BPL) di hadapan Klinik Desa Karangan di
Kuala Krai yang turut mengalami kerosakan akibat
banjir yang berlaku
KKM hantar 101 kakitangan ke Kelantan bantu operasi hospital
24
Aktiviti-aktiviti pembersihan sedang giat dijalankan di Klinik Kesihatan Bandar Kota Bahru
Kesan banjir yang boleh dilihat di sekitar kawasan
Kuala Krai pada penghujung tahun 2014
31 Oktober – 2 November 2014 - Kelab Kebajikan Dan Sukan Pengurusan Latihan (KESPEL) telah menganjurkan Hari Keluarga pada 31 Oktober – 2 November 2014, bertempat di Bukit Gambang Resort City, Gambang Pahang.
Tujuan utama diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara ahli & mendorong ahli kelab supaya mewujudkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian sambil beriadah selaras dengan seruan kerajaan.
Aktiviti ini telah disertai oleh kakitangan BPL bersama keluarga masing-masing. Pelbagai acara yang dirancang telah dapat dilangsungkan dengan sempurna. Aktiviti yang diadakan termasuklah pertandingan telematch, persembahan dan cabutan bertuah. Salah satu agenda yang telah dirancangkan pada Hari Keluarga tersebut adalah Majlis Malam Kemuncak yang bertemakan “BACK TO SCHOOL”. Pada malam kemuncak itu, setiap Wing perlu membuat persembahanmasing-masing. Tahniah kepada semua pemenang dan kepada yang lain boleh cuba lagi pada hari keluarga yang akan datang.
HARI KELUARGA
BPL
SUKAN BERSAMA KOLEJ
KEJURURAWATAN
PULAU PINANG
25 April 2015 – Aktiviti Sukan Bahagian Pengurusan
Latihan (BPL) bersama-sama Institusi Latihan
Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) telah
berlangsung pada 25 April 2015 di Kolej Kejururawatan
Pulau Pinang.
Antara aktiviti sukan yang diadakan ialah Futsal,
Bola Jaring, Bola Tampar, Sepak Takraw, Badminton, Dart
dan Ping Pong. Aktiviti sukan ini melibatkan perlawanan
antara warga BPL dan Kolej Kejururawatan Pulau Pinang.
Pertandingan Sepak Takraw dan Dart telah
dimenangi oleh KK Pulau Pinang. Bagi sukan Futsal, Bola
Jaring, Bola Tampar dan Ping Pong pula kejohanan telah
dirangkul oleh BPL. Manakala pertandingan Badminton
bagi kategori lelaki telah dimenangi oleh BPL dan
kategori perempuan pula telah dimenangi oleh KK Pulau
Pinang.
Secara keseluruhannya, kemenangan bagi Aktiviti
Sukan antara BPL & ILKKM telah memihak kepada BPL.
Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.
25
Memakan buah-buahan segar, sama ada dimakan mentah atau dibuat jus ternyata berkhasiat kepada badan selain dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit. Tetapi tahukah anda terdapat kombinasi-kombinasi buah yang sesuai untuk merawat masalah kesihatan yang anda hadapi?
Sebagai contoh anda boleh menggabungkan beberapa jenis buah untuk mendapatkan khasiat daripada buah-buahan tertentu ini.
√ Lobak Merah + Epal Hijau + Pear + Mangga
Membuang toksik, menurunkan tekanan darah tinggi dan melawan pengoksidaan
√ Pear + Pisang
Mengawal kandungan gula dalam badan
√ Nenas + Epal Hijau + Tembikai
Membuang garam berlebihan, menyihatkan pundi kencing dan ginjal
Memahami cara mengkombinasikan pelbagai jenis buah serta sayuran untuk membuatkan jus adalah penting kerana jika tersalah, anda mungkin akan mendapat masalah pencernaan pula. Di sini terdapat beberapa tip berkesan untuk membantu anda membuat jus kesihatan buatan sendiri.
" Meminum jus kombinasi buah-buahan ini membantu kita memperoleh manfaat serta khasiat dari pelbagai jenis buah tanpa memakannya satu persatu. Selain itu, jus juga akan membuat tubuh kita menyerap segala nutrisi dengan mudah. Jadikan amalan minum jus setiap hari sebagai satu amalan gaya hidup yang sihat.
26
Buah yang segar
Bagi mendapatkan khasiat jus yang optimum, anda
dinasihatkan untuk menggunakan buah-buahan yang
segar. Janganlah kerana sayangkan buah yang sudah
terbiar lama, baru dibuat jus. Khasiat serta kualiti
asalnya pasti sudah berkurangan. Jus yang telah dibuat
sebaiknya diminum segera. Jika anda membiarkan jus
yang telah dibuat terdedah kepada udara selama
beberapa jam lamanya, vitamin yang terdapat di
dalamnya akan menjadi rosak.