16
www.islam.gov.my PERCUMA • TAHUN 21 • BILANGAN 130 • APRIL 2010 • RABIULAKHIR - JAMADILAWAL 1431 H

Buletin Jakim April 2010

  • Upload
    yusof-s

  • View
    271

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Buletin Jakim April 2010

Citation preview

Page 1: Buletin Jakim April 2010

www.islam.gov.my

PERCUMA

• TAHUN 21 • BILANGAN 130 • APRIL 2010 • RABIULAKHIR - JAMADILAWAL 1431 H

Page 2: Buletin Jakim April 2010

Meja PengarangSidang RedaksiPENAUNG

Dato’ Haji Wan MohamadDato’ Sheikh Abdul Aziz

Ketua PengarahJabatan Kemajuan Islam /Malaysia

PENASIHATMohd Noor Abd. Hamid

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim

KETUA PENGARANGMohamad Saari

Pengarah Bahagian Penerbitan

PENGARANG

Mohd Yusof Sham

PENOLONG PENGARANG

Mohd Firdaus Mohd Suhani

JURUFOTO

Jamal Ibrahim

PENGEDARUnit Edaran

Bahagian PenerbitanJabatan Kemajuan Islam MalaysiaAras 1 & 4, Blok D9, Kompleks D,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62519 Putrajaya

ATUR HURUF / REKA BENTUK

Visual Print Sdn. Bhd.

PERcETAKAN

Percetakan Nasional Malaysia Berhad

Tong sampah, sungai, kaki lima, masjid dan surau. Barangkali tempat-tempat sebeginilah yang menjadi sasaran ibu atau lebih tepat remaja yang membuang bayi mereka. Fenomena buang bayi seringkali dikaitkan dengan bayi luar nikah atau

pasangan kekasih yang terlanjur dengan hubungan haram mereka. Untuk menutup malu, maka bayi yang tidak berdosa itu menjadi mangsa remaja yang tidak bertanggungjawab atas keseronokan sementara dan keterlanjuran perbuatan terkutuk mereka. Gejala buang bayi semacam isu bermusim. Kebelakangan ini, saban hari ada sahaja kes buang bayi dilaporkan di media massa.

Gejala ini memberi isyarat masyarakat kita yang masih sakit dan tenat dalam soal akhlak dan moral, juga kegagalan dalam sistem pendidikan sama ada secara formal atau sebaliknya, iaitu di rumah. Remaja yang terjebak dalam bergaulan bebas tanpa batasan ini turut dipengaruhi cara hidup yang tidak seimbang antara kehendak rohani dan jasmani, selain daripada persekitaran iaitu suasana yang tidak kondusif di rumah seperti kemiskinan, perceraian atau pergaduhan ibu bapa dan sebagainya. Inilah akibatnya jika nilai agama yang diletakkan pada kedudukan yang paling rendah. Begitu juga dengan pergaulan dengan rakan-rakan. Kalau baik rakan-rakannya, maka baiklah remaja tersebut. Namun jika sebaliknya, jika tidak semua, sedikit keburukannya akan terpalit kepada rakannya. Banyak lagi faktor berlakunya gejala ini, dan tidaklah disalahkan kepada remaja terbabit 100% kerana ibu bapa, keluarga, masyarakat turut mempunyai peranan masing-masing.

Remaja yang terlanjur seharusnya dibimbing dan diberi perlindungan sewajarnya, bukan dicemuh, dicela, akibatnya dia tersisih dan mengalami tekanan mental yang menyebabkan ketidakwarasan dalam membuat keputusan secara rasional. Berikan peluang kepada mereka kembali ke pangkal jalan.

Golongan muda merupakan golongan pelapis yang bakal mencorak generasi akan datang. Generasi bagaimana yang kita lahirkan? Jika masalah ini terus meruncing, lambat laun, masyarakat tidak hairan dan tidak acuh ia berlaku di sekeliling kita. Pembangunan fizikal memang tidak dinafikan kepentingannya kepada kita, namun ia mesti diseimbangkan dengan pembangunan rohani. Jati diri dan rohani yang kuat merupakan asas dan benteng mendindingi segala cabaran yang dihadapi. Ia perlu ditanam sejak dari kecil lagi supaya ia sebati dalam diri setiap insan.

Jika kita menganggu anak kucing, sudah tentu ibunya akan mendengus kepada kita. Jika haiwan pun tahu nilai kasih sayang, apatah lagi kita sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran, tentulah nilai tersebut lagi tinggi. Bayi yang dikurniakan oleh Allah mempunyai hak untuk hidup. Jangan disebabkan keterlanjuran bayi tersebut menjadi mangsanya, membunuhnya secara kejam. Fikirlah dahulu akibat dan dosanya sebelum dibuang.

Buang Bayi: Cetek Nilai agama

• Wajih Juara Adik-adikku 3

• Kempen 1M1H Dapat Sambutan Luar Biasa 4

• Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Disambut Sederhana Tapi Meriah 5

• 21 Qari dan Qariah Terima Imbuhan Khas daripada Kerajaan Malaysia 6

• 1Malaysia: Jati Diri Kebangsaan Manhaj Islami 7

• Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-90 di USIM 10

• Persidangan Ketua-ketua Jabatan (PKJ) Kali Ke-82 10

• KP Jakim Kunjungi Mufti Sabah 11

• Taklimat Halal kepada MUIS 11

| April 2010 2

Kandungan

• Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Jakim ke Perpustakaan Negara 11

• Kunjungan Ketua Pengarah IKIM ke Jakim 12

• KP Jakim Terima Kunjung Hormat PKPU 12

• Ekspedisi Kasih III Erat Silaturrahim 13

• IKIM dan ILIM Kongsi Kepakaran 14

• Al-Quran: Kitab Edisi Terakhir Tiada Tandingan 14

Page 3: Buletin Jakim April 2010

April 2010 | 3

Teka-teki program realiti TV ‘Adik-adikku’ akhirnya terjawab apabila Muhammad Wajih

Zakwan Hanif, 12, telah muncul juara. Persembahan yang bersahaja serta mencuit hati itu telah berjaya menarik hati para juri memilih beliau mengalahkan enam rakannya yang lain. Sekali gus melayakkan Adik Wajih membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000, trofi, hadiah iringan berserta hadiah misteri sumbangan PKPU berupa pakej umrah bernilai RM6,000. Masalah kesukaran untuk melihat tidak menghalang Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, 12, daripada merangkul tempat kedua dengan membawa pulang RM8,000, trofi serta hadiah iringan. Tempat ketiga diraih Muhammad An-Naim Yasim, 14 yang membawa pulang hadiah

wang tunai RM6,000, trofi serta hadiah iringan. Finalis lain yang berjaya ke peringkat akhir ini ialah Amin Al-Hadi Ab. Hadi, Nur Syariqah Mohd Paris, Nurul Syazwina Mohd Sukri dan Nor Syamira Liana Nor Ashaha. Progam anjuran Jakim dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) ini telah diadakan di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan disiarkan secara langsung di TV1 pada 18 Mac 2010. Ia bertujuan membina karisma dan kepimpinan kanak-kanak dalam persiapan melahirkan pendakwah muda. Antara kriteria utama yang diambil kira ialah pidato, bertarannum, nasyid dan mengaji.Peserta dinilai oleh tiga orang juri profesional yang terdiri daripada

Norzizi Zulkifli, pensyarah dan penggiat teater, Profesor Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail, pensyarah di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dan Ustaz Badli Shah Alauddin, Ketua Bahagian Dakwah dan Tarbiah, Jabatan Agama Islam Pahang.Turut hadir menyaksikan saingan akhir rancangan tersebut ialah bekas Perdana Menteri, YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Tun Jeanne Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom (B) timbalan beliau, YB Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim dan Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz.

Waj ih J u a r a

Page 4: Buletin Jakim April 2010

4 | April 2010

Kempen 1M1H Dapat Sambutan Luar Biasa

Kempen Satu Malaysia Satu Halal (1M1H) telah diadakan di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada 25 hingga 28 Februari 2010 dan pelancarannya telah

disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah Sultan Negeri Kedah Darul Aman, merangkap Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 25 Februari 2010.

Objektif utama kempen 1M1H ini adalah bagi memberi kesedaran kepada pengguna terhadap pengurusan halal di Malaysia secara menyeluruh termasuk aspek halalan toyyiban, standard halal, analisis halal, R&D, sistem kualiti dalam sistem pensijilan halal Malaysia, e-halal, promosi, piawaian halal dan sebagainya. Ia juga meningkatkan kesedaran dan keprihatinan kepada pengguna terhadap logo halal Malaysia serta memberi maklumat kepada pengguna supaya membeli produk yang mempunyai logo halal Malaysia sahaja. Di samping itu kempen ini menyediakan satu platform bagi pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) untuk memperkenalkan produk yang bermutu dan halal.

Kempen 1M1H ini adalah anjuran Jakim dengan kerjasama Masjid Negara, JAWI, Institut Pembangunan Pengurusan Johor (IPPJ), DBKL, Daganghalal.com, Kementerian Kesihatan Malaysia, Tabung Darah Negara, Polis Diraja Malaysia, Permodalan Nasional Berhad, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Dewan Perniagaan Islam Malaysia, JKR dan Kosmo adalah media rasmi kempen 1M1H. Selain daripada Kosmo, kempen ini mendapat liputan meluas daripada media massa lain dan juga media elektronik termasuk lintas lansung daripada RTM, Bernama, NTV7 dan TV9.

Jakim telah membuka sebanyak 60 gerai kepada usahawan bumiputera, industri kecil sederhana, syarikat multinasional, dan agensi-agensi yang terlibat dengan halal. Kempen ini dibuka seawal jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam dan dibuka kepada orang awam secara percuma. Antara aktiviti menarik yang berlangsung sepanjang program ini ialah seperti Seminar Halalan Toyyiban yang dihadiri 350 usahawan halal, Forum Perdana Hal Ehwal Islam, Pelancaran Anugerah Usahawan Halal oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim.

Aktiviti lain seperti jualan amal, kempen derma darah oleh Tabung Darah Negara, pemeriksaan kesihatan percuma oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, analisis kulit dan produk Halal oleh Jabatan Kimia Malaysia, pertandingan masakan halalan toyyiban, pertunjukan Busana Muslim, nasyid oleh kumpulan Rabbani dan Saujana, pertandingan mewarna, pertandingan melukis, jualan murah oleh usahawan halal dan pelbagai lagi aktiviti menarik. Melalui kempen ini, masyarakat dan usahawan halal diharap mendapat kefahaman yang sebenar mengenai integriti pengurusan halal di Malaysia dan merebut peluang perniagaan halal yang berjumlah trilion ringgit.

Majlis perasmian turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom (B) serta isteri, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim serta suami, dan Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz serta isteri.

Turut hadir ketua jabatan kerajaan yang terlibat secara langsung dengan pensijilan halal seperti Jabatan Kimia Malaysia, Jabatan Standard Malaysia, HDC, Institut Penyelidikan Produk Halal, UPM, KPDNKK, dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Page 5: Buletin Jakim April 2010

5 April 2010 |

Sambutan maulidur raSul Peringkat kebangSaan diSambut Sederhana taPi meriah

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1431H/2010M telah dirasmikan oleh Sultan Negeri Kedah Darul

Aman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada 26 Februari 2010 bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Putra, Putrajaya. Sambutan kali ini bertemakan “Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah.”

Turut hadir dalam perhimpunan tersebut ialah Sultanah Kedah Darul Aman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Hajah Haminah binti Haji Hamidun, Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan isteri, Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin dan isteri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom (B) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan dan isteri; serta Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz dan isteri. Turut hadir pada majlis ini menteri-menteri kabinet, timbalan-timbalan menteri, duta-duta, ketua-ketua

jabatan dan tetamu kehormat yang lain.Majlis yang bermula seawal pagi cukup meriah kerana disertai oleh hampir 10,000 peserta yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, badan berkanun, pertubuhan swasta, golongan pelajar, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai. Semua peserta kontinjen terlebih dahulu telah mengambil bahagian dalam perarakan bermula dari Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin ke

Dataran Putrajaya di hadapan Istana Kehakiman seterusnya berarak menuju ke Masjid Putra. Perarakan diiringi dengan alunan selawat kepada baginda Nabi SAW. Turut diadakan ialah ceramah khas Maulidur Rasul yang disampaikan oleh pendakwah terkenal, Dr. Zulkifli Muhamad Al-Bakri.Pertandingan sepanduk turut diadakan dengan lima kategori yang dipertandingkan. Bagi kategori kerajaan, johan dimenangi oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) naib johan. Kategori badan berkanun dimenangi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia menyandang naib johan; kategori swasta dimenangi oleh Bank Islam dan KL StarRail sebagai naib johan; kategori badan bukan kerajaan pula dimenangi Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur sebagai johan dan Pengasih sebagai naib johan; dan akhir sekali kategori sekolah dan IPT iaitu SRI Kafa Masjid Az-Zubair sebagai johan dan SMK Pandan Jaya sebagai naib johan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman merangkap Timbalan Yang di-Pertuan Agong turut berkenan menyampaikan Anugerah Maulidur Rasul SAW kepada tujuh penerima. Penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul SAW 2010 disandang oleh Profesor Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi Haji Ab. Majid (Profesor di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, UIAM) yang membawa pulang RM50,000, sijil dan plak.Penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW pula ialah Profesor Dr. Yakob Che Man (Pengarah, Institut Penyelidikan Produk Halal, UPM), Dato’ Dr. Abdul Razak Kechik (Bekas Pengarah Kesihatan), Nik Nur Madhihah Nik Mohd Kamal (Pelajar Cemerlang SPM 2008), Hajah Faiza Bayumi Syed Ahmad (Usahawan), Datuk Hassan Din Al-Hafiz (Pendakwah Bebas) dan Dr. Tan Swee Lian (Pegawai Penyelidik Prinsipal, Pusat Penyelidikan Padi dan Tanaman Industri, MARDI). Masing-masing menerima wang tunai RM22,000, sijil dan plak.Majlis sambutan yang dihoskan oleh Ustaz Iszam Padil dan Ustaz Abdul Rahman Daud ini diakhiri dengan persembahan khas marhaban, nasyid dan lagu tema Maulidur Rasul oleh kumpulan nasyid Far-East, Munsyideen, Encik Tarmizi Abdul Rahman serta kumpulan DG-Wa dari Jakim.

Page 6: Buletin Jakim April 2010

6 | April 2010

21 Qari dan Qariah terima imbuhan khaS dariPada kerajaan malaySia

Seramai 21 daripada 23 orang qari dan qariah yang telah menjadi johan Majlis Tilawah

al-Quran Peringkat Antarabangsa anjuran Jakim telah menerima imbuhan khas daripada kerajaan Malaysia.

Majlis penyampaian imbuhan tersebut yang dianjurkan oleh Jakim dengan kerjasama Pejabat Perdana Menteri ini telah diadakan pada 3

Mac 2010. Cek sumbangan imbuhan kali pertama telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak dan YABhg. Datin Sri Rosmah binti Mansor. Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom (B) dan YBhg. Datin Seri Fatmawati Hj. Saidin serta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim. Turut memeriahkan majlis ialah Dato’ Zainol Othman, Tan Sri Ibrahim Lembut, Tan Sri Sheikh Ismail bin Muhammad dan ketua-ketua agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta ahli keluarga penerima.

YAB Perdana Menteri dalam ucapannya menyatakan pemberian imbuhan khas bermula dari Oktober 2009 hingga sepanjang hayat penerima. Pemberian imbuhan ini menunjukkan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam menghargai johan qari dan qariah mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Ia juga menjadi suntikan semangat yang berterusan agar ilmu tilawah

dan tarannum al-Quran dapat dikembangkan sewajarnya bagi diwarisi oleh golongan muda. Sebelum itu, Majlis Makan Malam Bersama Ketua Pengarah Jakim dengan Johan Qari Qariah telah diadakan di ILIM pada 2 Mac 2010.

Page 7: Buletin Jakim April 2010

7 April 2010 |

Gagasan 1Malaysia merupakan gagasan perpaduan rakyat Malaysia yang terdiri

daripada pelbagai kaum, budaya dan agama. Gagasan ini berpaksikan Perlembagaan, kedaulatan undang-undang, Rukun Negara dan raja berpelembagaan serta ciri budaya yang diamalkan selama ini. Seharusnya umat Islam khususnya para ilmuwan dan pemikir Islam mengambil peluang daripada gagasan ini meningkatkan pelaksanaan agenda Islam dan umatnya.

Seminar 1Malaysia: Jati Diri Kebangsaan Manhaj Islami anjuran Jakim dan Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah diadakan pada 12 dan 13 Mac 2010 di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Seminar ini telah dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom (B) dan turut dihadiri oleh

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim.

Acara kemuncak seminar ini ialah Syarahan Perdana yang disampaikan oleh Ketua Menteri Sarawak, YAB Pehin Sri Tan Sri (Dr.) Haji Abdul Taib Mahmud yang bertajuk “1Malaysia: Jati Diri Kebangsaan Manhaj Islami.”

Majlis Syarahan tersebut turut dihadiri oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia, YABhg. Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Sarawak, YB Datuk Haji Daud Abdul Rahman, para mufti, ahli-ahli Parlimen, YAA JKSM, ketua-ketua setiausaha kementerian, ketua-ketua jabatan kerajaan, para profesional dan golongan akademik dari institut pengajian tinggi tempatan serta wakil pertubuhan bukan kerajaan.

Sepanjang dua hari seminar berlangsung, sebanyak 14 kertas

pembentangan yang merangkumi bidang pendidikan, perundangan dan syariah, komunikasi dan media, sains dan teknologi, hubungan etnik serta pentadbiran dan pengurusan telah dibincangkan. Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz turut membentangkan kertas kerja bertajuk “Strategi, Kaedah dan Pelaksanaan Dakwah dalam Membina Jati Diri Kebangsaan.” 10 resolusi telah dihasilkan daripada seminar ini.

1 Malaysia: Jati Diri Kebangsaan ManhaJ islaMi

Page 8: Buletin Jakim April 2010

8 | April 2010

B e r i t a B e r g a m B a r

1

2 3

10

4

11

5

7

6

98

| April 2010 8

1. Perasmian Kursus Persijilan Tinggi Tarannum al-Quran (STTQ) siri ke-4 disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Tuan Haji Othman Mustapha pada 11 Mac 2010 di ILIM, Bangi.

2. Bengkel Semakan Semula KPI Jakim anjuran Bahagian Penyelidikan bertempat di ILIM pada 22 Mac 2010.

3. Bahagian Dakwah Jakim telah mengadakan kunjungan kerja ke Jabatan Penjara Malaysia pada 9 Februari 2010.

4. Pada 17 dan 18 Februari 2009 Bahagian Kesuma telah mengadakan Seminar Standard Penarafan Masjid Malaysia di ILIM, Bangi.

5. Jakim Cawangan Sarawak turut menyertai Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Sarawak yang berlangsung di Bandar Sri Aman pada 26 Februari 2010.

6. Atase Halal di Australia telah mengadakan Audit Pemantauan Rumah Sembelih pada 4 Mac 2010.

7. Bahagian Hab Halal Jakim bersama dengan KPDNKK, Putrajaya menjalankan serbuan ke atas sebuah premis makanan yang beroperasi di Kota Damansara.

8. Delegasi Poland dalam lawatan kerja ke Jakim pada 29 Mac 2010 di Bilik Mesyuarat Utama Jakim.

9. Majlis Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1431H turut disambut oleh rakyat Malaysia yang beragama Islam di Australia.

10. Pengarah Jakim Cawangan Sabah telah melakukan lawatan tinjauan mesra (walkabout) ke Pusat Latihan Dakwah Sikuati, Kudat pada 1 dan 2 Mac 2010.

11. Pada 2 Mac 2010 lalu, Jakim Cawangan Sabah mengadakan majlis penyerahan kutipan derma yang telah dikumpulkan dari semua bahagian Jakim kepada mangsa-mangsa kemalangan PLD Kudat.

Page 9: Buletin Jakim April 2010

B e r i t a B e r g a m B a r

12 13

3

21

15

22

16

1817

2019

12. Bahagian Dakwah telah mengadakan Majlis Silaturrahim Bersama Saudara Muslim Cina di Restoran Makanan Cina Muslim Mohd Chan Abdullah, Taman Melawati Kuala Lumpur pada 6 Mac 2010.

13. Jakim Cawangan Sabah sertai aktiviti cerapan anak bulan yang diadakan setiap hujung bulan Hijrah.

14. Pada 3 Mac 2010, Bahagian Kesuma telah mengadakan Seminar Standard Penarafan Masjid Malaysia (Zon Sabah) di Wisma Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) Kota Kinabalu, Sabah.

15. Jakim Cawangan Sarawak dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Bahagian Sri Aman dan Jawatankuasa Kampung Stumbin, Sri Aman telah menganjurkan Forum Ehwal Islam pada 11 Mac 2010.

16. Jakim telah mengadakan program Rakan Setia Masjid siri ke-3 pada 8 hingga 12 Mac 2010 di Masjid Sultan Abu Bakar, Raub.

17. Kunjungan hormat Mr. Frank Michel, Setiausaha 1, Kedutaan Besar Jerman ke Jakim di Kuala Lumpur pada 25 Mac 2010.

18. Yadim dengan kerjasama Pusat Latihan Sarawak telah menganjurkan Program Perkampungan Generasi Khalifah untuk golongan belia dan mahasiswa Islam Sarawak pada 26 hingga 28 Mac 2010.

19. Program Dakwah Bil Hal bersama AADK pada 23 Feb 2010 di Surau Jumaat, Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur.

20. Muzakarah Pemahaman Arahan Tetap Pengarah JAIN Tahun 2007 Peringkat Zon Selatan telah diadakan pada 17 dan 18 Februari 2010 di ILIM, Bangi.

21. Jakim Sabah mendapat Anugerah Kontinjen Terbaik Perarakan Maulidur Rasul 1431H.

22. Gerai Jakim berjaya mengumpul lebih RM10,000 hasil jualan buku semasa Pesta Buku Antarabangsa 2010 yang lalu.

14

April 2010 | 9

Page 10: Buletin Jakim April 2010

| April 2010

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-90 telah diadakan di Bilik

Mesyuarat Senat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 1 Mac 2010.

Muzakarah yang dipengerusikan oleh Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj. Husin bermula pada jam 9.00 pagi dan telah dihadiri oleh seramai sebelas orang para mufti, enam orang Ahli Dilantik oleh Majlis Raja-Raja dan Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz selaku Setiausaha Jawatankuasa. Turut hadir pada muzakarah ini ialah dua Timbalan Ketua Pengarah Jakim, Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan dan Pengarah Bahagian Pengurusan Fatwa.

Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor dalam perutusannya melahirkan kebimbangan terhadap masalah sosial yang semakin meruncing di kalangan masyarakat khususnya umat Islam di negara ini. Sikap dan tindak tanduk mereka yang sanggup membuang bayi dan mendera anak-anak sehingga membawa maut, membayangkan seolah-olah agama tidak dijadikan pegangan dan panduan hidup. Beliau berharap semua ahli muzakarah dapat sama-sama membantu mempertingkatkan usaha membimbing masyarakat supaya kepincangan akhlak dan moral yang berlaku ini dapat dibendung segera. Beliau turut melahirkan pandangan terhadap kepentingan konsep al-Ifradh wa at-Tafridh di kalangan umat Islam seperti mana konsep wasatiyah yang ditekankan oleh YAB Perdana Menteri.

Sebanyak lima kertas kajian hukum telah dibentangkan pada muzakarah kali ini dan satu sesi taklimat mengenai penggunaan tanda dakwat bagi pesakit kanser telah disampaikan oleh Dr. Zabedah Othman, Pakar Perunding Kanan Onkologi, Jabatan Radioterapi dan Onkologi, Hospital Kuala Lumpur.

10

Persidangan Ketua-ketua Jabatan (PKJ) Kali Ke-82 telah diadakan pada 15 dan 16 Mac 2010 bertempat di Hotel Putra, Kuala Lumpur. Persidangan yang diurusetiakan oleh Jabatan

Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) ini telah dihadiri oleh Yang Dipertua/Timbalan Yang Dipertua/CEO Majlis Agama Islam Negeri, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri serta wakil kementerian/jabatan/agensi di peringkat persekutuan seperti Jabatan Bantuan Guaman, Bahagian Agama dan Kaunseling Polis Diraja Malaysia (BAKA), Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (Kagat), Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Lembaga Tabung Haji, Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Persidangan selama dua hari telah membincangkan tujuh kertas cadangan dan lima kertas makluman bagi mendapat pandangan, persetujuan serta makluman ahli-ahli persidangan dalam pelbagai isu pengurusan hal ehwal Islam. Ahli-ahli persidangan juga berpeluang mendengar taklimat yang telah disampaikan oleh wakil Kementerian Pelancongan, SIRIM Berhad, Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) dan Khairat Melayu Islam Victoria (KMIV).

Majlis Penangguhan telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom (B) dan turut dihadiri oleh timbalan beliau, YB Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim. Dalam ucapan penangguhannya, Dato’ Seri Jamil Khir meminta semua jabatan dan agensi hal ehwal Islam supaya menyusun hala tuju kerja masing-masing supaya selaras dengan gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Beliau juga meminta supaya isu-isu seperti dana Bantuan Sokongan Keluarga (BSK), biasiswa 1Malaysia, perjawatan hakim syarii, isu sebatan, isu penggunaan kalimah Allah dan isu halal diberi perhatian dan keutamaan oleh semua agensi agama.

Dalam majlis yang sama, Dato’ Seri Jamil Khir telah menyaksikan penyampaian sijil ISO 1900:2005 oleh SIRIM Berhad kepada Ketua Pengarah Jawhar, Dato’ Dr. Sohaimi bin Mohd Salleh.

Selain itu, YB Menteri juga telah melancarkan Modul Diploma Pengurusan Islam (DPI) yang telah digubal oleh Bahagian Latihan Jakim. Beliau melahirkan rasa bangga dengan penghasilan modul berkenaan dan berharap pelaksanaannya akan melahirkan pegawai hal ehwal Islam yang berkaliber, berketrampilan dan berwibawa dalam menjalankan tugas sebagai penjawat awam yang cemerlang. Beliau turut menyarankan agar agensi agama di peringkat negeri memanfaatkan modul ini dalam proses prapengambilan pegawai mereka.

P e r s i d a n g a n Ketua-Ketua Jabatan (PKJ) Kali Ke-82

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kebangsaan ke-90bersidang di usiM

Page 11: Buletin Jakim April 2010

Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz telah membuat kunjungan hormat kepada Mufti Kerajaan Negeri Sabah, SS

Datuk Hj. Ahmad Alawi Hj. Adnan pada 22 Mac 2010 di Wisma MUIS, Kota Kinabalu, Sabah.

Kunjungan tersebut bertujuan untuk menjalin hubungan erat antara Jakim dan Pejabat Mufti serta membincangkan beberapa perkara berkaitan isu-isu agama dan kepentingan ummah terutamanya di Sabah. Hadir sama mengiringi Dato’ Haji Wan Mohamad ialah Pengarah Jakim Cawangan Sabah, Ustaz Aziz Hj. Mohamad. Kunjungan tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderahati sebagai tanda ikatan ukhuwah dan close partner antara dua pihak.

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah jakim ke Perpustakaan negara

April 2010 | 11

Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz telah mengadakan kunjungan hormat ke Perpustakaan Negara di Kuala Lumpur

pada 1 Mac 2010. Rombongan disambut oleh Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Dato’ Roslin Abu Bakar. Rombongan turut disertai oleh pengarah bahagian dan pegawai kanan Jakim.

Kunjungan ini bertujuan untuk mewujudkan kerjasama antara Jakim dengan Perpustakaan Negara khususnya dalam usaha menyebarkan dakwah melalui peranan masjid sebagai pusat bacaan. Jakim juga berhasrat untuk mewujudkan pusat sumber khusus bagi golongan remaja dan kanak-kanak di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abdin dan meningkatkan kemudahan sedia ada yang terdapat di perpustakaan Masjid Negara dan Masjid Putra, selain daripada mendapatkan nasihat dan pandangan serta sumbangan bahan-bahan bacaan yang sesuai.

Ketua Pengarah Perpustakaan Negara bersedia bekerjasama dengan Jakim untuk menjadikan masjid sebagai pusat jemaah sebagai satu tarikan. Rombongan telah diberi taklimat mengenai maklumat berkaitan Perpustakaan Negara dan telah dibawa melawat sekitar Perpustakaan Negara.

TaklimaT Halal k e pa d a M u i s

Keputusan Majlis Dialog Penyeragaman Persijilan Halal Malaysia

antara Jakim dan MAIN/JAIN pada 22 dan 23 November 2009 di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur bersetuju

supaya Jakim perlu mengadakan kunjungan hormat ke negeri-negeri untuk menjelaskan konsep penyeragaman bersama antara MAIN dengan Jakim yang dicadangkan dan memohon perkenan negeri menerima pakai standard dan prosedur yang ditetapkan.

Jakim telah selesai mengadakan kunjungan hormat ke negeri Terengganu, Kelantan, Pahang, Sarawak, Kedah dan yang terbaru ialah kunjungan ke negeri Sabah pada 22 Mac 2010 bertempat di Hotel Promenade. Satu taklimat diadakan kepada Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Haji Syed Abas Syed Ali dan ahli-ahli MUIS. Pada dasarnya MUIS telah bersetuju dengan cadangan mekanisme tersebut dan akan dibawa ke dalam Mesyuarat Tertinggi MUIS untuk pengesahan.

KP JaKim Kunjungi Mufti Sabah

Page 12: Buletin Jakim April 2010

12 | April 2010

KP Jakim Terima Kunjung hormat PKPu

Kunjungan beberapa exco PKPU yang diketuai oleh Yang Dipertua PKPU, Tuan Haji Mohamad Nordin Ibrahim, timbalan beliau, Tuan Haji Munir Md Salleh, serta Encik Ruslan Said dan Encik Zakaria Othman. Antara isu yang dibangkitkan ialah pengisian waran perjawatan baru yang telah diluluskan, isu kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL) PHEI, isu pemangkuan dan kenaikan pangkat PHEI, dan isu prestasi dan tatalaku PHEI.

Dato’ Haji Wan Mohamad telah memberikan reaksi positif terhadap segala usaha yang telah dilakukan oleh PKPU dalam membantu pihak pengurusan Jakim khususnya dalam isu-isu perkhidmatan PHEI. PKPU memahami dan berpuas hati terhadap segala langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak pengurusan Jakim dalam hal ini.

Dalam perjumpaan tersebut, PKPU sempat memaklumkan perkembangan terkini program-program yang telah dirancang termasuklah Sambutan 30 Tahun PKPU, pejabat operasi baru PKPU di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang bakal beroperasi sedikit masa lagi dan projek perniagaan serta pelaburan.

Dalam pertemuan itu, Dato’ Haji Wan Mohamad turut mencadangkan kepada PKPU agar dapat melaksanakan tiga program iaitu pembelian bangunan khas PKPU, Konvensyen PHEI seluruh Malaysia dan kunjungan hormat PKPU ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz telah menerima kunjung hormat daripada pihak Persatuan Kakitangan Perkhidmatan

Ugama (PKPU), Jabatan Perdana Menteri pada 3 Mac 2010 di Pejabat Ketua Pengarah Jakim.

kunjungan Ketua Pengarah IKIM ke Jakim

Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Haji Nik Mustafa Nik Hassan telah

mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Jakim pada 3 Mac 2010 di Dewan Syura Jakim.

Kunjungan Datuk Haji Nik Mustafa turut disertai oleh para pegawai kanan IKIM. Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz mengalu-alukan kedatangan Datuk Haji

Nik Mustafa dan rombongan beliau. Jakim turut disertai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Tuan Haji Othman Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim, En. Mohd Noor Abd Hamid dan pengarah-pengarah bahagian Jakim.

Dato’ Haji Wan Mohamad dalam ucapan alu-aluannya Datuk KP IKIM dan rombongannya ke Jakim dan berharap dapat mempertingkatkan kerjasama antara kedua-dua Jabatan sebagaimana yang telah dibincangkan semasa kunjungan Jakim ke IKIM dahulu terutamanya dalam bidang latihan, penerbitan, dakwah dan juga kerjasama dalam bidang media elektronik seperti radio dan televisyen.

Datuk Haji Nik Mustafa dalam ucapannya pula turut menyentuh bidang-bidang kerjasama yang dapat dilaksanakan oleh kedua-dua jabatan seperti perkongsian kepakaran pegawai dalam penyediaan modul latihan, perundingan dan syarahan, pengendalian dan penganjuran program

dan juga penerbitan dan media seperti radio IKIM, terutamanya melibatkan input-input intelektual. Beliau turut menyentuh kerjasama dalam penganjuran seminar sama ada di peringkat kebangsaan dan juga serantau melibatkan negara anggota MABIMS berdasarkan kepada kepakaran masing-masing. Beliau juga mengesyorkan kerjasama dalam produk-

produk baru/alternatif seperti program bual bicara, dokumentari, klip video pendek dan juga kerjasama dalam bidang teknologi maklumat dan media elektronik penyiaran seperti web TV.

Kedua-dua Jabatan bersetuju supaya jalinan kerjasama sinergi tersebut dalam bidang-bidang berkenaan melalui pendekatan dan perspektif berbeza dapat dilaksanakan dengan segera dalam memartabatkan islam dan dapat memanfaatkan kedua-dua Jabatan dan ini selaras dengan gagasan YAB Perdana Menteri.

Page 13: Buletin Jakim April 2010

13 April 2010 |

Ekspedisi Kasih III Erat Silaturrahim

Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul SAW,

Bahagian Dakwah telah mengadakan Program Ekspedisi

Kasih III di Kampung Orang Asli Pos Hendrop, Gua

Musang, Kelantan yang telah berlangsung pada 2 Mac hingga

4 Mac 2010.

Rombongan telah disambut dengan meriahnya bermula dengan perarakan dan selawat bermula di pintu masuk di Kampung Orang Asli Pos Hendrop sehinggalah di perkarangan Masjid Pos Hendrop.

Pelbagai acara telah diadakan selama tiga hari program tersebut, antaranya pertandingan azan, menghafal surah-surah lazim, menghafal surah al-Fatihah dan sebagainya. Program ini berjaya menarik minat 64 Orang Asli untuk memeluk Islam. Program ini juga bertujuan meningkatkan hubungan silaturrahim sesama penduduk setempat dan peserta rombongan. Selain itu, program seperti ini dapat memperlihatkan keindahan Islam yang sebenar kepada penduduk setempat dan memangkin rasa cinta dan kasih para peserta terhadap baginda Rasulullah SAW serta menghayati perjuangan dan sirah kehidupan baginda.

Jabatan dan agensi kerajaan yang turut serta dalam menjayakan program tersebut ialah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Jabatan Pelajaran Kelantan, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Negeri Kelantan,

Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, Majlis Daerah Gua Musang, Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Polis Diraja Malaysia, Pejabat RELA Daerah Gua Musang, Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan (MAIWP), Islamic Outreach ABIM (IOA), Pusat Latihan dan Dakwah Orang Asli (PULDOA), Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Program Perasmian Penutup Ekspedisi Kasih telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Tuan Haji Othman Mustapha. Program seperti ini diharap dapat memberi faedah dan kebaikan kepada semua pihak khususnya masyarakat Orang Asli dalam meningkatkan pengetahuan Islam serta pengalaman untuk diamalkan di kalangan mereka.

Page 14: Buletin Jakim April 2010

| April 2010

Oleh sebab Islam dibawa oleh nabi yang terakhir, maka kitab yang dibekalkan kepada kita perlulah memenuhi nilai edisi terakhir dari segi

keelokan, keindahan, kesempurnaan, kekemasan dan lengkap. Sekiranya ia tidak mempunyai ciri tersebut, ia bukan ciri kitab terakhir. Apabila manusia tewas

dalam menyaingi keindahannya baik dari segi struktur, pemilihan kosa kata, mahupun makna yang terkandung, maka nyatalah al-Quran merupakan kitab yang mukjiz.

Seminar Penghayatan al-Quran yang berlangsung pada 4 Mac 2010 di ILIM telah menampilkan beberapa orang tokoh yang telah mengupas secara tuntas beberapa aspek seperti bahasa dan komunikasi oleh Prof. Dato’ Dr. Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff (Universiti Malaya), Prof. Dr. Zulkiple Abd. Ghani (UKM), dan Dr. Abd. Ghafar Surip (ILIM). Perasmian seminar telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz.

Pada sebelah petang, satu forum berjudul “Bahasa al-Quran: Tonggak Penyatuan Ummah” yang telah diadakan yang dibarisi panel Prof. Madya Dr. Fariza Md. Sham (UKM), Ustaz Farid Ravi Abdullah (KUIS) dan telah dipengerusikan oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah (UPNM). Forum tersebut telah berjaya menarik

hampir 300 orang peserta di Auditorium As-Syafie dan tayangan skrin di Auditorium Al-Ghazali bagi menampung kehadiran peserta yang amat menggalakkan.

Antara persoalan yang dikupas pada forum tersebut ialah kelebihan al-Quran kepada kehidupan manusia. Ahli panel turut menjelaskan al-Quran mempunyai bahasa yang indah dari segi uslub dan balaghahnya yang tidak dapat dibandingkan dengan kitab-kitab yang lain. Forum tersebut telah dirakam penuh oleh Bahagian Media Jakim dan Radio Salam FM.

Al-Quran: Kitab eDisi teraKhir tiaDa tanDingan

14

Pertukaran modul serta pengisian serta pertukaran tenaga penceramah dari Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) merupakan antara isu yang dibincangkan dalam lawatan IKIM ke ILIM pada 26 Mac 2010. Tiga orang wakil dari Pusat Perundingan dan Latihan Islam (PPLI) IKIM yang diketuai oleh Pengarah PPLI, Puan Siti Fatimah telah mengadakan lawatan kerja ke ILIM.

IKIM menawarkan hebahan percuma melalui radio IKIM FM untuk ILIM mengiklankan atau menguarkan pada masyarakat berkenaan program-program ILIM. IKIM juga menyatakan hasrat dan minat untuk mengambil bahan-bahan program ilmiah seperti seminar dan muhadharah anjuran ILIM untuk dijadikan bahan siaran di radio.

Perbincangan yang berlangsung hampir 2 jam telah membuahkan banyak persetujuan yang menguntungkan kedua belah pihak IKIM dan ILIM. Antara yang dipersetujui ialah tawaran penginapan serta kemudahan-kemudahan ILIM untuk kegunaan IKIM dalam menjayakan program bersama.

Pertemuan yang diadakan di Bilik Syura Utama ILIM telah disambut oleh Pengarah ILIM, Tuan Hj. Paimuzi Yahya dan ketua-ketua pengarah ILIM. Turut hadir bersama ialah Dr. Nordin Ahmad dari Bahagian Pembangunan Insan Jakim.

IKIM dan ILIM akan terus berhubung untuk memastikan program menambah baik modul masing-masing terlaksana serta akan terus menjalin hubungan untuk menaik taraf pencapaian yang lebih cemerlang.

ikim dan ilim kongsi kepakaran

Page 15: Buletin Jakim April 2010

15 April 2010 |

laNtikaN BaRU PegaWai Jakim maC 2010

BIL NAMA PEGAWAI GRED DARI KETARIKH KUAT

KUASA

1. TUAN HAJI ABDUL MURAT BIN ABD. WAHAB

M54 BPSM BAHAGIAN PERHUBUNGAN

1.3.2010

2. TUAN HAJI MOHD YUSOP BIN HASAN

M54 BAHAGIAN PERHUBUNGAN

BPSM 1.3.2010

3. WAN MORSITA BINTI WAN SUDIN S54(M) PENGURUSAN FATWA DAN PEMBANGUNAN

IJTIHAD

PENGURUSAN FATWA DAN PEMBANGUNAN

IJTIHAD

16.3.2010

4. MAT RADZI BIN MAT ALI S48 JAIS DAKWAH 16.3.2010

5. MAHADZIR BIN MD. NOOR S48 JAWI, KL KESUMA 16.3.2010

6. TUAN HAJI OMA BIN MEHAT S48 JAWI, KL DARUL QURAN 16.3.2010

7. SAZALI BIN HARUN C48 KKM HAB HALAL 3.3.2010

8. MOHD KORI BIN JUSOH S48(M) BAHAGIAN UNDANG-UNDANG

JAWI, KL 16.3.2010

9. MOHD SHAHIZAN BIN AHMAD S48(M) JAIS JAIS 16.3.2010

10. KAMALDIN BIN MOHD DAMIN S48(M) JAIN, MELAKA PENYELIDIKAN 16.3.2010

11. HANIFUDDIN BIN ROSLAN S48(M) JAIS JAIS 16.3.2010

12. TUAN HAJI ZAINAL ABIDIN BIN HAJI SULAIMAN

S48(M) JAIS JAWI, KL 16.3.2010

13. JAMALI BIN MOHD ADNAN S48(M) JABATAN PENJARA DAKWAH 16.3.2010

14. MOHD FAUZI BIN IBRAHIM S44 JAIN, PULAU PINANG JAIN, PULAU PINANG 15.3.2010

15. JAMAL BIN ABDUL HALIM S44 JAIN, PULAU PINANG PPA, JELEBU 15.3.2010

16. NORHAYATI BINTI ZAINUDIN S44(M) JAWI, KL JAWI, KL 16.3.2010

17. MOHD SAHIRMAN BIN AHMAD S44(M) JAWI, KL JAWI, KL 16.3.2010

18. SALINA BINTI SALLEH S44(M) JAWI, KL KEMENTERIAN KEWANGAN 16.3.2010

19. MUHAMMAD SHAHRIN @ SHARIN BIN ZULKIPLY

S44(M) DAKWAH MASJID NEGARA 16.3.2010

20. RUZITA BINTI MOKHTAR S44(M) HAB HALAL KEMENT. PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI

DAN KEPENGGUNAAN

16.3.2010

21. ABDUL JALAL BIN ABDUL MANAF S44(M) DARUL QURAN DARUL QURAN 16.3.2010

22. SHAHIDAH BINTI SHUIB S44(M) DARUL QURAN DARUL QURAN 16.3.2010

23. MOHD RUS BIN YUNUS S44(M) PEMBANGUNAN PENDIDIKAN ISLAM

PEMBANGUNAN PENDIDIKAN ISLAM

16.3.2010

BIL NAMA PEGAWAI GRED DARI KETARIKH KUAT

KUASA

1. SITI JUBAIDAH BINTI MOHAMED C41 LANTIKAN BARU HAB HALAL 2.3.2010

2. SHAHIZA BINTI SHAHAR F41 LANTIKAN BARU ILIM 5.3.2010

3. NOR AISYA BINTI ZAKARIA M41 LANTIKAN BARU ILIM 3.2.2010

4. FAIDZUL FAHMI BIN ISNAN S27 LANTIKAN BARU PUSPEN, DENGKIL 8.3.2010

5. ABDUL AZIZ BIN MUHAMAD S27 LANTIKAN BARU PUSPEN, BATU KURAU 8.3.2010

6. AR JUNADI BIN JAMALUDDIN S27 LANTIKAN BARU PUSPEN JERANTUT 8.3.2010

7. MOHD SHUKRI BIN HAJI SHAFIE S27 LANTIKAN BARU PUSPEN, GAMBANG 8.3.2010

8. ABDUL LATIF BIN ABDULLAH S27 LANTIKAN BARU JAWI, KL 8.3.2010

9. AZARI BIN MOHAMAD ZULKIPLI S27 LANTIKAN BARU JAWI, KL 8.3.2010

10. ZUKLA PILI BIN ABD MUTALIB S27 LANTIKAN BARU JAWI, KL 8.3.2010

11. AZIZUL AZAM BIN MD ESA S27 LANTIKAN BARU JAWI, KL 8.3.2010

12. MUHAMMAD FAIZAL BIN HUSSAIN S27 LANTIKAN BARU JAWI, KL 8.3.2010

13. MOHD ZAMRI BIN SHAFIE S27 LANTIKAN BARU JAWI, KL 8.3.2010

14. ZAINUL HILMI BIN ABD JALIL S27 LANTIKAN BARU JAWI, KL 8.3.2010

15. AHMAD KHIRWAN BIN SAID S27 LANTIKAN BARU JAWI, KL 8.3.2010

16. MOHD NASHRIQ BIN MOHD SABARUDDIN

S27 LANTIKAN BARU JAWI, KL 8.3.2010

17. MUHAMMAD ARIFF BIN HAJI MOHD RAJOLI

S27 LANTIKAN BARU PDRM 8.3.2010

18. MUHAMMAD FIRDAUS BIN ZAKARIA S27 LANTIKAN BARU PDRM 8.3.2010

19. ANIZA BINTI ARBAIN S27 LANTIKAN BARU PDRM 8.3.2010

20. SURYATI BINTI EMBONG S27 LANTIKAN BARU PDRM 8.3.2010

21. MOHAMMAD I’ZUDDIN BIN AHMAD S27 LANTIKAN BARU PDRM 8.3.2010

22. AHMAD NIZZAM BIN RASALI S27 LANTIKAN BARU PDRM 8.3.2010

23. MUHAMMAD AZIZI BIN AHMAD SHAKRI

S27 LANTIKAN BARU PDRM 8.3.2010

24. NOOR ZURAINI BINTI ZAKARIA S27 LANTIKAN BARU PDRM 8.3.2010

25. MOHD AZMI BIN SULAIMAN S27 LANTIKAN BARU PDRM 8.3.2010

26. ROSMAH BINTI SUIGEM S27 LANTIKAN BARU PDRM 8.3.2010

27. ROSIDI BIN MANSOOR S27 LANTIKAN BARU PDRM 8.3.2010

28. RAFIDAH BINTI ABDUL KADER S27 LANTIKAN BARU PDRM 8.3.2010

29. MOHD NIZAM BIN ABDUL MUTALIB S27 LANTIKAN BARU PDRM 8.3.2010

30. SYUHANA BINTI AB GHANI S27 LANTIKAN BARU PDRM 8.3.2010

31. NOR HUSNA BINTI NE’MAT S27 LANTIKAN BARU PDRM 8.3.2010

32. MOHAMAD SYAKIR BIN AZMI S27 LANTIKAN BARU PDRM 8.3.2010

33. HASIFAH BINTI MORNI S27 LANTIKAN BARU PDRM 8.3.2010

34. NOHUSNA BINTI ABU BAKAR S27 LANTIKAN BARU PDRM 8.3.2010

35. SHAIKH AHMAD NIR SHAFIQ BIN SHAIKH ZAINUDDIN

S27 LANTIKAN BARU PDRM 8.3.2010

36. MOHD AZHAR BIN SALIM S27 LANTIKAN BARU PDRM 8.3.2010

37. ALWI BIN MAT ZIN S27 LANTIKAN BARU PDRM 8.3.2010

38. ITUNEJALELAH KEKIJIN S27 LANTIKAN BARU PDRM 8.3.2010

39. MOHAMMAD ISKANDAR SHAH BIN IBRAHIM

S27 LANTIKAN BARU PDRM 8.3.2010

40. ZAHARI BIN AB TALIB S27 LANTIKAN BARU PDRM 8.3.2010

41. NAZWA HANIM BINTI ABU BAKAR S27 LANTIKAN BARU PDRM 8.3.2010

42. NOR HALIZA BINTI HALIB @ YAHAYA S27 LANTIKAN BARU PDRM 8.3.2010

43. SITI HAJAR BINTI TALIB S27 LANTIKAN BARU PDRM 8.3.2010

44. AHMAD SHAARANI BIN MAJID S27 LANTIKAN BARU PDRM 8.3.2010

45. HUZAIFAH BIN ZAKARIA S27 LANTIKAN BARU PDRM 8.3.2010

46. KU MUHAMMAD FIRDAUS BIN KU ALI

S27 LANTIKAN BARU PDRM 8.3.2010

47. MOHD NORISZUN BIN OTHMAN S27 LANTIKAN BARU PDRM 8.3.2010

48. MOHD KHAIRI AMBRI BIN ROSLAN S27 LANTIKAN BARU PDRM 8.3.2010

49. MOHD RUZEE BIN SIDEK S27 LANTIKAN BARU PDRM 8.3.2010

50. SHUHAIMI BIN MAHMUD S27 LANTIKAN BARU KDN 8.3.2010

51. TUAN NOR AZNIHA BINTI LONG AHMAD S27 LANTIKAN BARU KDN 8.3.2010

52. MOHAMAD RASEDI BIN MAHMUD S27 LANTIKAN BARU KDN 8.3.2010

53. DG KU APSAH BINTI PG AG ABBAS S27 LANTIKAN BARU KDN 8.3.2010

54. HABIBURRAHMAN BIN HAJI MUHD SEDEK

S27 LANTIKAN BARU KDN 8.3.2010

55. UMAR MUKHAIRIZ BIN MOHD NOR S27 LANTIKAN BARU JABATAN PENJARA 8.3.2010

56. SAHAL BIN HARUN S27 LANTIKAN BARU JABATAN PENJARA 8.3.2010

57. MOHD FATHUL AMRI IN MOHD SALED S27 LANTIKAN BARU JABATAN PENJARA 8.3.2010

58. KAMARULAZMI BIN MUHAMAD S27 LANTIKAN BARU JABATAN PENJARA 8.3.2010

59. MOHAMMAD BIN MOHD NAZIR FT17 LANTIKAN BARU ILIM, BESUT 12.3.2010

PeNemPataN DaN PeRtUkaRaN PegaWai Jakim maC 201024. ISZAM BIN PADIL S44(M) DAKWAH DAKWAH 16.3.2010

25. MOHD FAZIL BIN ZAIN S44(M) JAIN, PULAU PINANG JAWI, KL 16.3.2010

26. MOHD ARIF BIN ABD SAMAT S44(M) INFRA JAWI, KL 16.3.2010

27. BAHARUDDIN BIN MALEK S44(M) JAWI, KL KEMENTERIAN PERTAHANAN

16.3.2010

28. MARZULINA BINTI OMAR S44(M) PENERBITAN KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

16.3.2010

29. MAJIDAH BINTI MOKHTAR S44(M) BAHAGIAN LATIHAN HAB HALAL 16.3.2010

30. YUSIDA BINTI YUSOF S44(M) JAIN, MELAKA JAIN, MELAKA 16.3.2010

31. NOR DALILAH BINTI ZAKARIA S44(M) JAWI, KL JAWI, KL 16.3.2010

32. MAHFUZAH BINTI ZOHDI S44(M) KDN ICT 16.3.2010

33. ROSLAN BIN ISA S44(M) JAB. MUFTI NEGERI PERLIS

JAB. MUFTI NEGERI PERLIS

16.3.2010

34. NOR LIZA BINTI MOHAMAD S44(M) JAIN, PULAU PINANG ILIM 16.3.2010

35. AMRAN BIN AWALUDIN S44(M) JAB. HAL EHWAL AGAMA ISLAM

NEGERI SEMBILAN

ILIM 16.3.2010

36. MOHAMAD AFANDI BIN CHE HARUN S41 JAWI, KL JAKIM, CAW. SARAWAK 1.4.2010

37. MURSILALAILI BINTI MUSTAPA SA’DI S41 JAWI, KL KEMENT. PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

16.3.2010

38. HASLINDA BINTI LUKMAN S41 DAKWAH KESUMA 16.3.2010

39. KAMALIAH BINTI HAMDAN S32 JAWI, KL PEJABAT MUFTI, KL 16.3.2010

40. GHAZALI BIN MOHD GHANI N32 BAKA,KL JAWI, KL 16.3.2010

41. ISMAIL BIN AB. RAHMAN @ ABDUL MANAN

S27 JAWI, KL PUSAT SERENTI JERANTUT

8.3.2010

42. NURFAZILAH BINTI MADE S27 DARUL QURAN JAKIM, CAW. SABAH 8.3.2010

43. SITI BADARIAH BINTI DAUD S27 DARUL QURAN PDRM 8.3.2010

44. MOHAMMAD SOBIYAN BIN KHAILUDIN S27 PUSPEN DENGKIL HAB HALAL 8.3.2010

45. SHUHAIMI BIN MAHMUD S27 ILIM KDN 3.3.2010

46. FATIMAH BINTI AHMAD S27 PPA, JELEBU PENYELIDIKAN 8.3.2010

47. SANIAH BINTI SAID S22 PENYELIDIKAN HAB HALAL 16.3.2010

48. ROHAIDA BINTI SULAN N17 MAHKAMAH TINGGI, KL PPA, JELEBU 4.3.2010

Page 16: Buletin Jakim April 2010

| April 2010

Sekalung Tahniah

YB SENATOR MEJAR JENERAL DATO’ SERI JAMIL KHIR BAHAROM (B)

Atas khidmat cemerlang setahunmenjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Semoga Allah merahmati Dato‘ Seri.

DaripadaWarga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia