Upload
haphuc
View
241
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Buletin Unit Keusahawanan Julai – Sept 2014
SIMPOSIUM PEMBANGUNAN USAHAWAN TANI 2014 (SiPUT2014)
DEWAN KULIAH UTAMA, POLITEKNIK NILAI, N. SEMBILAN
8 JULAI 2014
Tujuan Simposium ini diadakan untuk memberi pendedahan dan pembudayaan keusahawanan
dalam bidang pertanian kepada para pelajar politeknik. Program ini juga telah dijayakan bersama
Politeknik Port Dickson, N. Sembilan. Seramai 183 pelajar telah terlibat.
Penceramah terdiri daripada Pegawai MARDI, Dr Mohamad Kamal Bin Abdul Kadir.
Pengusaha Usahawan Tani turut berkongsi pengalaman:
En. Mohd Sidek Bin Osman dan En. Ady Rendra Bin Samuri; Pengusaha Fertigasi
Pn. Norfadzilah Binti Mohd Zaidi; Pengusaha Kelulut.
Seramai 43 pelajar PNS
telah menghadiri program
ini bersama pensyarah
pengiring, Puan Nurulazila
Binti Omor.
Tujuan Biztalk 2014 adalah
untuk memberi
pendedahan dan
perkongsian ilmu di antara
usahawan muda
bimbingan MARDI dengan
generasi muda yang
berminat menceburi
bidang pertanian sebagai
kerjaya.
BIZTALK 2014 AUDITORIUM,
IBUPEJABAT MARDI, SERDANG
12 OGOS 2014
MALAYSIA SME’S CONGRESS
EVOLUTION 2014
SETIA CITY CONVENTION CENTRE (SCCC) SHAH ALAM, SELANGOR
15 OGOS 2015
41 pelajar telah mengikuti
program ini. Program ini
menjemput penceramah seperti
Dr Soraya Rahim Ismail
pengusaha Boost Juice Malaysia
& Singapura serta En. T.T. Teoh,
CEO Top Technologies (M) Sdn.
Bhd. En. Teoh merupakan
graduan Politeknik yang telah
berjaya dalam bidang
keusahawanan.
Selain daripada itu pengusaha-
pengusaha muda yang
menjalankan perniagaan restoran
dan pakaian sukan telah turut
berkongsi pengalaman.
Perjalanan sebagai usahawan
memerlukan seseorang yang
tabah dan tidak mudah putus asa.
PROGRAM GERAK USAHAWAN DAN
ENTREPRENEURSHIP RACE POLITEKNIK MALAYSIA KPM
2014 TAMAN RAMPAH, MELAKA
5 – 7 SEPT 2014
Penyertaan Politeknik Nilai, Negeri
Sembilan dalam Entrepreneurship
Race telah menyaksikan PNS
mendapat tempat ke lima dalam
pertandingan tersebut. Pelajar yang
mengambil bahagian terdiri daripada
Muhammad Syafiq B. Harun, Nurul
Hafeza Binti Abu Seman, Mohd Iman
Bin Jalil, Muhamad Aris Bin Amran
dan Shamsinar Bt Baharuddin.
Peserta telah diuji strategi
pemasaran serta pembentangan
hasil jualan selama 2 hari. Ketabahan
dan kemahiran menyelesaikan
masalah telah diuji semasa
berlangsungnya program ini. Pelajar
telah diiringi oleh En. Asseri Bin
Abdul Majid.
POLYTECHNIC
ENTREPRENEURSHIP
AWARD
(PEA 2014)
20 SEPT 2014
EQUATORIAL HOTEL MELAKA
Politeknik Nilai, Negeri Sembilan
telah menyertai 4 kategori iaitu:
1. Usahawan Kampus
Politeknik
2. Graduan Usahawan
Politeknik
3. Mentor Usahawan
Terbaik
4. Politeknik Terbaik dalam
Keusahawanan
Kategori Graduan Usahawan
Politeknik telah dijuarai oleh MUHAMMAD AFIQ BIN MOHAMAD
yang mengusahakan Afiq Tech
Computer. Tahniah diucapkan!
Bagi kategori Mentor Usahawan
Terbaik pula diwakili oleh Puan
Suraya Binti Abdul Warif yang
telah berjaya ke peringkat akhir.
Usahawan Kampus Politeknik
diwakili oleh DELORIA SHANISKA
BINTI RAZIN C.H. YAP.
Program Pengantarabangsaan Keusahawanan
Pelajar Politeknik 2014 ke Ho Chi Minh City,
Vietnam telah dianjurkan oleh Politeknik Sultan
Salahuddun Abdul Aziz dengan kerjasama
Bahagian Pembangunan Pelajar, Jabatan Pengajian
Politeknik.
Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk
memberi peluang kepada pelajar Politeknik
Malaysia untuk mencari peluang keusahawaan
baharu dan juga memperlajari cara peniaga
berniaga di sana.
Program ini telah berlangsung pada 24 September
hingga 26 September 2014. Seramai 20 orang
pelajar Politeknik Malaysia telah menyertai
program ini. Peserta-peserta program ini terdiri
daripada 4 Politeknik iaitu Politeknik Sultan
Salahuddun Abdul Aziz, Politeknik Nilai, Politeknik
Port Dickson dan juga Politeknik Jeli. Program ini
telah diketuai oleh 2 orang pensyarah dan juga
seorang pemandu pelancong.
Politeknik Nilai telah menghantar seramai 4 orang
peserta. Peserta yang terlibat ialah Lim Shu Fang
dan Siti Fatimah Binti Abduraman dari Jabatan
Agroteknologi dan Bio-Industri, Mohamad
Azamuddin Bin Mohd Izad dari Jabatan
Kejuruteraan Mekanikal dan Abdul Halim Bin
Hamzah dari Jabatan Perdagangan.
Program ini memberi banyak manfaat kepada
peserta program. Pelajar telah mempelajari
tatacara perniagaan peniaga dari negara ini yang
mementingkan keperluan pelanggan. Contohnya
pakaian pelanggan yang ditempah boleh disiapkan
sebelum berangkat pulang. Selain daripada itu
pelajar juga memperoleh ilmu dan pengalaman
mengenai budaya tempatan.
PROGRAM PENGANTARABANGSAAN KEUSAHAWANAN PELAJAR POLITEKNIK 2014
KE HO CHI MINH CITY, VIETNAM
24, 25 DAN 26 SEPT 2014
PEMERAN DAN JUALAN
KARNIVAL KEUSAHAWANAN
KERJAYA GRADUAN (K3G)
UNIVERSITI MALAYA 2014
26 – 28 SEPT 2014 Inkubator NFT Salad telah menyertai pameran dan jualan sempena K3G Universiti Malaya. Penyertaan adalah bertujuan untuk mempromosikan projek keusahawanan PNS di kalangan IPTA, mendedahkan pelajar dengan ilmu keusahawanan dan keperluan kerjaya serta mendedahkan pelajar dalam bidang pengurusan perniagaan supaya mempunyai daya saing yang tinggi untuk menjadi lebih maju. Seramai 8 pelajar terlibat dengan diiringi 2 pensyarah pengiring.