27
PENDAHULUAN Malaysia adalah salah sebuah negara di dunia ini yang diwarnai dengan kepelbagaian ragam dan budaya rakyatnya disebabkan di dalamnya wujud pelbagai etnik dengan agama dan kepercayaan yang berbeza-beza. PENGAJIAN LUAR KAMPUS PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA HUBUNGAN ETNIK Bincangkan secara kritis dan berfakta cabaran-cabaran pro dan kontra hubungan etnik di Malaysia DISEDIAKAN UNTUK: ............................................. DISEDIAKAN OLEH:

Cabaran Hubungan Etnik Di Malaysia

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Membincangkan cabaran-cabaran hubungan etnik di Malaysia dan isu-isu perpaduan kaum

Citation preview

Bincangkan secara kritis dan berfakta cabaran-cabaran pro dan kontra hubungan etnik di Malaysia

DISEDIAKAN OLEH:

DISEDIAKAN UNTUK:

.....................................................................................................

HUBUNGAN ETNIK

PENGAJIAN LUAR KAMPUSPUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

PENDAHULUANMalaysia adalah salah sebuah negara di dunia ini yang diwarnai dengan kepelbagaian ragam dan budaya rakyatnya disebabkan di dalamnya wujud pelbagai etnik dengan agama dan kepercayaan yang berbeza-beza. Kewujudan budaya yang pelbagai yang wujud di Malaysia boleh difahami dengan meneliti kembali sejarah sebelum pembentukan Malaysia. Sekurang-kurangnya tiga peristiwa besar yang berlaku yang membawa kepada kewujudan masyarakat plural di Malaysia, iaitu, penjajahan barat (khusunya Inggeris), kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dan Pembentukan Negara Malaysia pada 16 September 1963. Secara umumnya Malaysia didiami oleh tiga etnik terbesar iaitu etnik Melayu, etnik Cina dan etnik India, manakala, etnik Dayak/Iban dominan di negeri Sarawak dan etnik Kadazan/Dusun pula di Negeri Sabah. Selain daripada itu terdapat juga etnik-etnik kecil lainnya yang juga memberi impak tertentu apabila kita membicarakan tentang hubungan etnik di Malaysia, seperti etnik Siam, Bumiputera Islam di Sabah dan Sarawak, etnik Serani dan lain-lain lagi.

Menelusuri catatan sejarah awal negara Malaysia, penjajahan bermula pada tahun 1511 apabila penjajah Portugis menakluki Melaka yang pada masa itu adalah sebuah empayar Melayu yang terkenal dan terpenting. Walau bagaimanapun wilayah jajahan penjajah Portugis tidaklah meliputi keseluruhan Tanah Melayu. Kemudian pada tahun 1641, Belanda berhasil mengalahkan Portugis dan mengambil alih pentadbiran kerjaan Melaka, namun seperti juga Portugis penjajah Belanda tidak dapat bertahan lama dan tidak dapat meluaskan kuasanya ke negeri-negeri Melayu yang lain akibat ancaman peperangan yang berterusan oleh kerajaan-kerajaan Melayu yang lain khususnya dari Sumatera. Pada tahun 1824 Inggeris mula mengambil alih tanah jajahan Belanda di Tanah Melayu melalui perjanjian Inggeris-Belanda tahun yang sama. Melalui perjanjian tersebut maka bermulalah era penjajahan penuh Inggeris di Tanah Melayu dengan kesemua negeri Tanah Melayu dijajah oleh Inggeris. Penjajahan Inggeri sesungguhnya membawa perubahan besar dalam mencorakkan demografi dan sosiopolitik Tanah Melayu. Inggeris telah membawa masuk secara beramai-ramai buruh murah dari India untuk bekerja di ladang-ladang getah dan teh, manakala buruh dari negara China dibawa masuk untuk bekerja di lombong-lombong bijih timah. Kemasukan beramai-ramai imigran dari India dan China seterusnya telah mengubah lanskap penduduk tanah Melayu daripada bersifat homogen kepada masyarakat multi-cultural atau plural society.

Sebagai langkah memudahkan perjalanan pentadbirannya, pihak British telah menjalankan dasar pecah perintah dengan mengasingkan ketiga-tigak etnik terbesar ini bukan sahaj secara geografinya tetapi juga kepada pengkhususan pekerjaan mereka. Etnik Melayu dikekalkan untuk tinggal di kampung-kampung dengan orang Melayu yang mempunyai pendidikan diambil bekerja dalam sektor kerajaan seperti perkeranian dan pertahanan. Etnik Cina menduduki kawasan-kawasan perlombongan bijih timah yang akhirnya kawasan tersebut berkembang menjadi bandar-bandar penting. Manakala etnik India mengisi tenaga kerja di estet-estet getah dan ladang teh.

Kesan daripada dasar pecah perintah pihak British itu begitu ketara sehinggakan setelah lebih 50 tahun mencapai kemerdekaan taburan penduduk Malaysia masih lagi dipengaruhi oleh pengkhususan pekerjaan tersebut. Seperti yang dikatakan di atas tadi, walaupun kawasan perlombongan bijih timah telah ditutup namun kawasan tersebut terus dikuasai oleh etnik Cina yang memonopoli aspek perniagaan dan perdagangan, sehingga kawasan-kawasan tersebut menjadi kawasan perbandaran. Disebabkan keterasingan terancang tersebut telah memberi kesan kepada rendahnya sikap setia kawan dan kemesraan dalam hubungan antara kaum. Sanusi Osman (1987:1)) dalam kajiannya tentang masalah perhubungan etnik di Malaysia mendapati terdapat beberapa persepsi negatif antara satu kaum dengan kaum yang lain, iaitu:1.Negara Malaysia diperintah oleh Melayu dan kuasa politik di negara ini berada di tangan orang Melayu.2.Kuasa ekonomi berada di tangan orang Cina atau orang Cina itu kaya (taukeh)3.Semua orang Melayu mendapat hak istimewa dan menikmati keuntungan dari semua dasar kerajaan.4.Perpaduan rakyat mustahil dicapai kerana terdapat perbezaan agama, kebudayaan dan etnik.5.Kebanyakan orang Melayu miskin kerana malas.6.Kebanyakan orang Cina kaya kerana pandai menipu dalam perniagaan.7.Dasar Ekonomi Baru menguntungkan orang Melayu sahaja.8.Orang Cina dan bukan Melayu didiskriminasikan oleh orang Melayu.9.Orang Cina dan bukan Melayu mempunyai taat setia yang berbelah bagi (bahagi) kepada negeri ini.10.Kegagalan dasar ekonomi di negara ini disebabkan oleh sabotaj orang-orang Cina.Kajian beliau selepas 30 tahun negara mencapai kemerdekaan sebenarnya tidak banyak berbeza dengan persepsi yang ada di kalangan masyarakat Malaysia sekarang ini. Sesungguhnya persepsi berdasarkan prasangka antara satu kaum dengan kaum yang lain boleh mengancam kestabilan negara. Kajian, penyelidikan, perubahan keikhlasan dan kefahaman dalam hidup bermasyarakat harus sentiasa disemai untuk mengatasi masalah yang menjadi duri dalam daging kepada keharmonian hidup bermasyarakat. Ketegangan kaum yang membawa kepada rusuhan berdarah seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969, boleh sahaj berulang bila-bila masa, kerana ketegangan kaum ini ibarat api dalam sekam dan bom jangka yang boleh sahaja meletuskan kuasanya bila-bila masa sahaja.

Negara yang dianggap paling maju sekalipun, harus berusaha melakukan penyelidikan dan inovasi untuk terus menjadi lebih maju. Begitu juga negara yang dianggap paling aman juga harus terus berusaha mengekalkan keamanan. Malaysia bukanlah negara yang paling maju mahupun yang paling aman. Kita mempunyai wawasan yang tertentu untuk menjadinegara maju dan banyak tanda menunjukkan bahawa kita akan dapat mencapai sasaran kitatepat pada waktu yang ditetapkan. Kita juga terus berusaha dan cuba mencari jalan bukan sajauntuk mengekalkan keamanan yang sedia ada, tetapi mencari penyelesaian kepada isu-isuyang boleh memantapkan keamanan dalam masyarakat Malaysia. Salah satu isu fokus yangsering memberikan cabaran kepada kita ialah isu hubungan etnik. Hubungan etnik adalah antara isu yang paling penting dalam sejarah pembentukan negara-bangsa Malaysia. Dalam sebuah negara multi-etnik, dengan sistem politik yang berpaksikan etnik, dengan banyak parti politik yang ditubuhkan untuk mewakili kepentingan kumpulan etnik mereka yang tersendiri, etnisiti sering dipolitikkan untuk mendapat undi,kuasa, dan kekuasaan. Etnisiti dalam konteks ini bukan sahaja merupakan simbol yang mencerminkan, menggambarkan, atau mewakili sesuatu kumpulan, tetapi ia juga boleh dan sering digunakan sebagai alat mendapatkan sesuatu kepentingan. Etnisiti, kalau dilihat secara kasar, mempunyai kedua-dua konotasi positif dan negatif, tergantung kepada bagaimana ia diterima dan digunakan. Manusia, sebagai individu, maupun sebagaisebahagian dari kelompok yang lebih besar, tidak boleh lari dari isu-isu, simbol, dan labeletnisiti. Kita juga tidak tidak boleh lari dari terlibat dengan aksi tolak-tarik dan perdebatan positif-negatif etnisiti.

DEFINISI KONSEPDalam membincangkan topik tentang hubungan etnik terdapat beberapa konsep yang mendasari perbincangan seperti konsep kumpulan etnik, ras, asimilasi, segregasi, amalgamasi, akomodasi, plural sosiety dan bermacam-macam lagi. Beberapa konsep yang tersebut di atas akan didefinisikan di dalam subtopik yang akan dinyatakan di bawah. Dalam subtopik ini pengkaji akan mendefinisikan konsep etnik. Istilah etnik asalnya diambil daripada kosa kata Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang. Dari segi bahasa, etnik didefinisikan sebagai kaum atau bangsa, manakala dari segi istilah, etnik boleh didefinisikan sebagai kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya. Anthony Giddens (1989:726) menerangkan konsep kumpulan etnik atau ethnicity sebagai:Cultural value and norms which distinguish the membersof a given group from others. An ethnic group is one hhose members share a distinc awareness of a comman cultural identity, separating them from othergroup around them. In virtually all societies ethnic differences are associated with variations in power and material wealth. Where ethnic diferences are also racial, such divisions are sometimes especially pronounced.

Secara umumnya etnik boleh didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik mempunyai erti yang berkaitan rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi (keturunan dan pertalian darah yang sama) antara sesama manusia. Dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia, terdapt pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan, tetapi dibawah sistem politik yang sama. Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, India, Cina, Kadazandusun, Melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik. Etnik pada dasarnya bersifat etnosentrik, iaitu mengangap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah serta dianggap ganjil ataupun berada padatahap rendah atau tidak bermoral. Konsep etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme. Etnisiti merujuk kepadarasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Hal ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub budaya yang jelas yang menyatukan anggotanya dengan satu sejarah, nilai, sikap dantingkah laku yang sama. Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisitimereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain. Etnosentrisme juga membawa makna suatu perspektif yang melihat kelompok etnik lain menerusi lensa dan kacamata etnik sendiri.

TEORI HUBUNGAN ETNIK a.SegregrasiSegregrasi merupakan hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan di antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Contoh segregasi yang paling ketara dan ekstrem yang pernah wujud adalah dasar Apartheid di Afrika Selatan satu ketika dulu. Dasar pemisahan orang kulit putih (pemerintah yang minoriti bilangannya) dengan orang kulit hitam (penduduk asal yang tidak berkuasa tetapi menjadi masyarakat majoriti). Van den Berghe (1970) menyatakan bahawa segregasi di Afrika Selatan boleh dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu i) Microsegregation: Pemisahan penggunaan kemudahan awam seperti tandas, telefon awam, pasar dan sebagainya.ii) Mezzosegregation: Pemisahan tempat tinggal atau kejiranan dalam satu kawasan penempatan yang sama. Contohnya petempatan taman-taman perumahan khusus untuk sesuatu etnik dalam sesebuah kawasan perbandaran.iii) Macrosegragation: Pemisahan berskala besar seperti pengwujudan satu wilayah dengan saiz yang besar yang hanya boleh didiami oleh etnik tertentu sahaja.b.AkomodasiAkomodasi merupakan proses di mana setiap etnik yang tinggal di sesuatu kawasan, wilayah, negeri atau negara tetap mempertahan norma dan nilai berasaskan budaya masing-masing. Dalam hal ini tidak ada suatu usaha untuk mewujudkan percampuran atau penyerapan budaya etnik lain. Perbezaan dikekalkan tetapi menghormati budaya, nilai dan norma etnik lain. Mereka hidup secara harmoni dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Di peringkat pemerintahan pusat, setiap etnik mempunyai wakil dan dalam bidang ekonomi dan pendidikan mereka saling bergantungan.c.AkulturasiIa merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan di kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan. Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan yang tertentu dihadapkan unsur-unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur-unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan dioleh ke dalam kebudayaan sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat yang menerima. Dalam konteks Malaysia proses akulturasi memang berlaku dalam banyak perkara seperti dalam cara merayakan hari-hari kebesaran agama tertentu terdapat konsep rumah terbuka untuk semua warga. Hal ini mungkin tidak berlaku di tempat lain. Proses akulturasi ini berlaku secara sedar dan rela kerana ia menwujudkan keharmonian hidup bermasyarakat.d.AsimilasiIa merupakan satu proses percantuman dan penyatuan di antara etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Ia berkaitan dengan penyerapan sehala individu ke dalam etnik yang lain. Asimilasi yang sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Di Malaysia, apa yang beerlaku ke atas masyarakat Jawa, masyarakat Cina Kelantan, Baba dan Nyonya, antara contoh berlakunya proses asimilasi. Proses asimilasi berlaku apabila terdapatnya: :i.Etnik yang berbeza budaya.ii. Individu di dalam atau di antara etnik sering berinteraksi.iii.Interaksi berlaku dalam tempoh yang lama.Kejayaan asimilasi bergantung kepada:i.Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti etnik lain.iv. Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik lain.vPerbezaan saiz kelompok majoriti dan minoriti besar atau kelompok minoriti adalah kecil.vi.Terdapat banyak persamaan budaya antara etnik v.Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya etnik minoriti akan menyukarkan proses asimilasi. Faktor penghalang asimilasi ialah:i.Kurangnya pengetahuan kebudayaan sehingga menimbulkan perasaan takut terhadap budaya lain.vii.Timbul perasaan bahawa budaya sesuatu etnik lebih tinggi dari etnik lain.viii.Adanya perbezaan kepentingan antara etnik yang terlibat.

Contoh asimilasi budaya yang paling ketara kita lihat ialah seperti yang berlaku di Indonesia bagaimana pemerintah melalui perundangan yang ada serta dalam usaha mereka mewujudkan sebuah negara bangsa bernama bangsa Indonesia, telah mengenakan beberapa peraturan seperti etnik Cina tidak boleh menggunakan nama berunsur kecinaan. Sebaliknya kalau mereka tetap mahu menggunakan nama berunsur kecinaan mereka terpaksa membayar denda atau kompaun tertentu.e.AmalgamasiIa merupakan satu proses yang penyerapaan budaya, nilai dan norma tertentu disebabkan perkahwinan campur antara etnik. Hal ini banyak dilihat di negara kita di mana perkahwinan campur antar-budaya dan antar-agama akan mengubah amalan dan cara hidup pasangan tersebut di mana pada kebiasaannya berlaku penyerapan budaya etnik pasangan mereka sebagai cara hidup yang baru.

CABARAN-CABARAN HUBUNGAN ETNIK a) SosialAspek sosial ini dapat lihat melalui empat elemen yang berlainan iaitu dari sudut pemisahan fizikal, sistem pendidikan yang berasingan, polarisasi dalam kalangan pelajar dan kontrak sosial. Dari sudut pemisahan fizikal ia berlaku dalam masyarakat negara ini yang timbul kesan daripada dasar pecah dan perintah (divide and rule) yang diamalkan oleh British sejurus menjajah Malaysia. Di semenanjung Tanah Melayu misalnya, ketiga-ketiga kumpulan etnik majoriti tinggal secara berasingan, malahan mereka menjalankan jenis pekerjaan yang berbeza. Keadaan ini juga menyebabkan sesuatu golongan etnik itu tidak mengenal atau berpeluang berinteraksi dengan lebih kerap di antara sesama mereka khususnya mereka yang tinggal dalam wilayah yang berbeza. Kesan pemisah geografi ini sangat besar dalam memeri kesan kepada pemupukan perpaduan kaum. Contoh paling jelas ialah apabila suatu ketika dulu terdapat kempen atau gerakan anti-semenanjung di negeri Sabah dan Sarawak. Salah satu puncanya ialah penduduk di keuda-dua negeri tersebut melihat orang dari Semenanjung Malaysia lebih tepatnya orang Melayu mahu menjajah dan memelayukan mereka. Hal ini sebenarnya berlaku disebabkan kurangnya integrasi dan interaksi antara orang-orang dari Semenanjung Malaysia dengan orang-orang di Sabah dan Sarawak.

Selain daripada itu isu-isu berasaskan perkauman sangat berkesan dalam survival parti-parti politik tempatan di kedua-dua negeri tersebut. Keadaan sebegini hanya akan menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan kejahilan di dalam kalangan ahli bagi sesuatu golongan etnik terhadap golongan etnik yang lain. Contoh yang boleh kita nyatakan di sini adalah, kejahilan ilmu masyarakat SemanjungMalaysia dalam memahami cara hidup masyarakat Sabah dan Sarawak yang sedikit berbezadari aspek budaya, keagamaan mahupun adat resam. Perkara sebegini mungkin akan berlaku jika semua etnik hanya mengambil berat tentang etniknya yang tersendiri sahaja. Maka, pastinya amat sukar sekali Malaysia untuk menjadi negara yang lebih maju sekiranya masyarakatnya terpisah dari sudut fizikal dan terasing dari arus pemodenan negara.

Seterusnya, adalah dari sudut sistem pendidikan yang terasing. Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Maksudnya di sini adalah, pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa perantaraan bahasa Melayu, pelajar Cina menuntut di sekolah Cina dan juga menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa perantaraan, manakala, pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaanetnik kurang memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahamandalam kalangan pelajar. Situasi hanya akan menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara etnik yang sama sahaja. Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan kesan yang negatif kepada negara Malaysia. Semua etnik masing-masing mempertahankan bahasa ibunda mereka dan tidak akan menerima bahasa ibunda kaum yang lain. Ini adalah merekaakan menganggap adalah tidak wajar dan tidak penting untuk mempelajari bahasa kaum yang lain.

Selain itu, adalah menjadi satu kemestian di mana setiap sekolah mengamalkan sistem pendidikan yang berbeza. Ia akan memberikan impak yang kurang elok kepada penstrukturan negara kerana mempunyai corak pendidikan yang berbeza-beza. Tidak juga dilupakan bahawa golongan yang menuntut di sekolah itu juga akan terlahirnya para pemimpin untuk mentadbir negara Malaysia pada satu hari kelak. Sekiranya pemikiran mereka hanya disogok dengan etnik mereka sahaja, sudah pasti Malaysia tidak akan berada dalam keadaan yang aman. Bakal pemimpin negara ini juga mengalami kesukaran untuk mendapatkan kata sepakat daripada rakyatnya yang terdiri daripada etnik yang berbeza. Pastinya, amat sukar untuk kita memupuk masyarakat yang majmuk jika cabaran ini dianggap enteng oleh pihak yang berwajib. Dari sudut polarisasi dalam kalangan pelajar yang dapat kitalihat adalah masih lagi terdapat keterasingan pada peringkat sekolah rendah, kerenggangan pada peringkat sekolah menegah. Keadaan di institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) adalah lebih membimbangkan di mana dapat dilihat dengan jelas pergaulan dan sifat perkauman menjadi semakin parah. Keadaan sebegini menyukarkan lagi proses hubungan etnik di Malaysia. Implikasinya di sini adalah nilai-nilai bagi memupuk semangat kekitaan pada negara Malaysia tidak dapat diterapkan dengan berkesan kerana masih lagi terdapat jurang di antara semua kaum. Jika kita lihat, pada masa kini, masih ada lagi para ibu bapa yang kurang mempercayai untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan. Mereka lebih mudah menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan kerana merasakan struktur pendidikan di sekolah tersebut dapat menjamin kecemerlangan akademik anak mereka. Sukar sekali untuk kita memaksa ibu bapa ini kerana mereka mempunyai satu perspektif yang perlu kita hormati. Walau bagaimanapun, tidak semua ibu bapa yang bertindak sedemikian.

Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib, yang membawa slogan 1 Malaysia mengharapkan wujudnya perpaduan yang utuh dan padu dari semua masyarakat. Kebimbangan belaiu sememangnya berasas kerana dewasa ini masyarakat Malaysia semakin berani menyuarakan isu-isu rentas etnik yang boleh menimbulkan ketegangan kaum. Hal-hal berkaitan agama, kesultanan, perlembagaan dan sebagainya kini menjadi modal meraih perhatian. Terdapat pihak-pihak tertentu yang mahu menjuarai isu-isu panas ini demi kelangsungan nama dan kuasa politik mereka. Kesannya kita melihat bagaimana setiap etnik di negara kita hidup dalam kesangsian dan prasangka terhadap etnik yang lain. Apa yang menariknya ketegangan kaum seperti yang terlihat di Semenanjung Malaysia, tidak kelihatan di Sabah, malah Perdana Menteri sendiri mengiktiraf bahawa konsep 1 Malaysia yang dilaungkan oleh beliau dapat dilihat amalannya di Sabah. Dalam pilihanraya kecil yang berlangsung di Parlimen Batu Sapi misalnya, ramai petugas parti dari Semenanjung berasa hairan bagaimana masyarakat Sabah yang berlainan parti dengan memakai pakaian paerti masing-masing boleh duduk dan makan semeja, berbual seolah-olah tidak wujud perasaan mara, tegang dan panas.b.EkonomiCabaran yang kedua adalah cabaran kepentingan etnik dari aspek ekonomi. Melalui aspek ekonomi terdapat dua perkara yang perlu ditekankan adalah penguasaan ekonomi dan perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi. Pertama, penguasaan ekonomi memperlihatkan jurang yang luas bagi setiap etnik. Majoriti kaum Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah. Bagikaum Cina, yang umumnya menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan, perdagagan dan menggunakan teknologi moden. Manakala, kaum India pula banyak terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit. Kenyataan di sini sudah membolehkan kita membuat satu kesimpulan iaitu terdapatnya jurang pendapatan yang begitu ketara dan tidak seimbang dalam ekonomi negara Malaysia. Semua golongan etnik sentiasa mencuba untuk bersaing dalam ekonomi ini untuk berusaha mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar. Penguasaan ekonomi yang berbeza serta jurang pendapatan yang tidak seimbang mengakibatkan ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk. Justeru itu, implikasinya mengakibatkan ketidakpuasan hati bagi semua golongan etnik. Bagi kaum Melayu yang terlibat dalam sektor pertanian mendapat pendapatan yang sedikit dan berkemungkinan akan menghadapi dengan kemiskinan. Situasi yang sama juga akan berlaku terhadap kaum India yang di mana harga getah dan kelapa sawit adalah berlandaskan kepada keadaan ekonomi di dunia. Jika harga meningkat, maka, pulangannya tentu baik dan sebaliknya juga akan berlaku. Golongan etnik Cina pula akan terus mencari peluang-peluang keemasan dalam perniagaan dan mereka dapat hidup dalam hidup yangcukup mewah. Akan tetapi, mereka pasti berasa tidak puas hati yang di mana kebanyakan lubang perniagaan banyak diutamakan kepada kaum Bumiputera atau Melayu. Sudah tentu timbulnya persoalan di lubuk pemikiran mereka di mana hak mereka sedangkan selama ini mereka banyak menyumbang kepada ekonomi negara. Isu-isu sebegini merupakan perkara yang boleh menyebabkan negara kita bergolak. Selain itu, dalam Rancangan Malaysia Kedua ada menyatakan perpaduan negara tida boleh dicapai tanpa kesaksamaan dan keseimbangan yanglebih besar dalam kalangan kumpulan sosial dan etnik Malaysia melalui penyertaan merekadalam pembangunan negara dan dalam perkongsian manfaat daripada permodenan dan pertumbuhan ekonomi. Sesungguhnya, perpaduan negara tidak boleh dipupuk seandainya sebahagian besarnya penduduk kekal miskik dan peluang pekerjaan produktif yang tidak mencukupi. Fenomena kemiskinan bukan sahaja terdapat di kawasan luar bandar tetapi juga di kawasan bandar. Keadaan ini boleh mengugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan hanya menonjol dalam kalangan kelompok etnik yang tertentu sahaja.

Mutakhir ini terdapat juga amalan syarikat-syarikat swasta yang menjadikan syarat boleh berbahasa Mandrin sebagai syarat untuk mendapatkan pekerjaan di syarikat mereka. Hal ini sangat membimbangkan kerana ia bukan sahaja satu bentuk diskriminasi bersifat perkauman, lebih jauh daripada itu ia juga secara jelas membelakangkan Perlembagaan negara yang mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Sikap ini bukan sahaja tidak membantu mewujudkan perpaduan kaum, sebaliknya ia menyemarakkan lagi perasaan benci antara satu kaum dengan kaum yang lain.c.Politik Pada awal penubuhan negara Malaysia wujud beberapa parti politik yang membawa falsafah dan konsep yang berbeza, Ada parti yang berasaskan kepentingan kaum seperti UMNO, MCA dan MIC, ada parti berasaskan keplbagaian kaum seperti parti Negara yang diasaskan oleh Onn Jaafar, parti berasaskan agama seperti PAS dan parti berpegang kepada sosialisme seperti Parti Sosialis Rakyat Malaysia dan Democratic Action Party (DAP). Setelah beberapa siri pilihanraya berlangsung di negara ini ternyata parti berasaskan kepentingan kaum ini telah berjaya mendapat mandat untuk terus menerus memerintah negara. Hal inilah yang menjadi cabaran yang ketiga iaitu cabaran kepentingan etnik dari aspek politik iaitu di mana politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh semua pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik, pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu. Implikasinya mengakibatkan semua etnik akan saling berusaha untuk mengekalkan identiti kaumnya sendiri tidak kira dari aspek bahasa dan budaya, mereka akan cuba untuk mempertahankan agar mereka juga mendapatkan hak yang sama rata.Selain itu, semangat taat setia pada negara Malaysia juga tidak wujud di kalangan etnik kerana masing-masing pasti ingin menaburkan bakti pada negara mereka sendiri. Lambang bendera Malaysia akan tinggal sebagai lambang sahaja jika semua etnik hanya mementingkan hak etnik masing-masing.

d.Nilai antara etnik Cabaran yang keempat adalah cabaran nilai antara etnik yang menyatakan perbezaandari segi agama, bahasa, dan kebudayaan lebih ketara dalam masyarakat majmuk. KaumMelayu, Cina dan India mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan yang berlainan.Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri. Implikasi di sini mengakibatkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat, mendapatkan perkerjaan. Perkara ini seolah-olah sudah menjadi tegal atau taboo kerana ia memang sukar untuk diubah walaupun menggunakan ubatan atau teknologi yang moden sekali pun. Setiap etnik tidak mempunyai perasaan hormat menghormati dengan agama dan budaya etnik-etnik yang lain. Kesukaran untuk hidup dalam satu masyarakat yang sama pasti akan menimbulkan kekecohan di kawasan tersebut.Ini adalah berdasarkan mereka mempunyai masalah untuk berkomunikasi dalam bahasa yang difahami oleh semua etnik. Masalah ini pasti mewujudkan ketidakselesaan juga mereka melihat budaya yang sebelum ini belum pernah disaksikan oleh mereka. Golongan etnik-etnik ini tentunya sukar untuk menerimanya dan tidak mungkin akan menerima apa-apa perubahan walhal ia memberikan banyak faedah dalam kehidupan seharian mereka.e.GlobalisasiCabaran yang kelima adalah cabaran globalisasi yang menunjukkan proses globalisasi serta pembaratan corak hidup berasaskan ekonomi dan politik barat merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia pada masa kini. Implikasi daripada cabaran ini, jikadilihat dari sudut positif, kita dapat bergerak maju melalui pendedahan menggunakan teknologi yang tinggi serta pentadbiran yang sistematik menyebabkan Malaysia menjadi seperti yang dapat kita rasai perbezaannya kini. Namun demikian, pengaruh Barat ini juga mewujudkan pelbagai unsur-unsur yang negatif dari segi, budaya hedonisme atau budaya kuning yang telah berjaya menyesatkan para remaja yang bisa menjadi bakal pemimpin negara lenyap dek kerana budaya kuning yang songsang ini. Budaya kuning ini banyak memberikan nilai-nilai yang negatif seperti terlibat dalam kancah jenayah, pemakaian yang kurang sopan serta pergaulan yang melampaui batas.

Dari segi sains dan teknologi yang memusnahkan kebanyakan golongan remaja terdedah dengan pornografi-pornografi yang menyongsangkan jiwa dan akidah remaja itusendiri. Bermacam-macam keburukan yang memusnahkan alam sekitar, budaya hiburan dan penyalahgunaan sumber manusia dan bahan mentah juga datangnya daripada pengaruh Barat.Jelasnya di sini dapat dilihat, kehalusan dan ketimuran rakyat Malaysia semakin terhapus dek pengaruh Barat bagi merealisasikan wawasan negara. Tradisi dan adat resam kita pasti akanhilang juga kerana tiadanya insan yang ingin menjaganya daripada lupus dek arus pemodenan zaman.

LANGKAH MENANGANI MASALAH ETNIKYang penting ialah kita mengakui dan menerima bahawa wujudnya senario ini dan berusaha supaya cara penyelesaian yang terbaik dapat ditimbulkan. Perkara-perkara dan nilai-nilai yang boleh dianggap sebagai positif haruslah ditonjol dan difokuskan. Perkara yang negatif dikurangkan, sementara usaha-usaha yang berterusan dijalankan untuk mencari penyelesaian yang sesuai kepada masalah tersebut. Tidak dilupakan atau diketepikan, tetapidikurangkan untuk sementara waktu, dan dihadapi bila senario berubah menjadi lebih baik dan masyarakat lebih bersedia untuk menghadapinya.Isu hubungan etnik dan masalah yang timbul dari hubungan ini bukanlah perkara yang baru dalam konteks Malaysia. Masalah tinggalan era penjajah ini kerap timbul dari masa ke semasa walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk mengurus dan menyelesaikannya. Dalam beberapa tahun ini sahaja, kita berhadapan dengan insiden-insiden yang mencabar keutuhan hubungan etnik di negara ini dan memberi tanda tanya tentang keberkesanan program- program yang telah diperkenalkan untuk mewujudkan perdamaian dan perhubungan etnik yang positif.

f.Perlembagaan Persekutuan: 4:1

Mutakhir ini semacam satu desakan kuat yang mengkritik dasar-dasar negara yang sebenarnya menjurus kepada pemansuhan dan ketidaksetujuan merek terhadap beberapa fasal dalam Perlembagaan Persekutuan yang dilihat tidak adil dan menindas. Perkara-perkara yang dimaksudkan adalah apa yang dikenali sebagai perkara 4 nisbah 1. Empat perkara yang dikatakan tidak menggambarkan kerukunan masyarakat berbilang kaum ialah:i) Fasal 3 yang memperuntukkan Agama Islam sebagai agama rasmi manakala agama-agama lain boleh dipraktikan secara aman.ii) Fasal 32 yang memperuntukkan Yang dipertuan Agong sebagai ketua negaraiii) Fasal 152 Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaaniv) Fasal 153 Hak Istimewa orang-orang MelayuManakala, satu perkara yang diperolehi oleh etnik-etnik bukan bumiputera ialah pemberian taraf kewargaan seperti yang terdapat dalam perkara 15 hingga perkara 28 Perlembagaan Persekutuan.

Lima perkara di atas merupakan perkara-perkara yang sering dianggap menindas etnik minoriti. Apa yang difahami oleh rakyat Malaysia ialah etnik bukan bumiputera telah mengorbankan empat perkara yang eksklusif kepada orang Melayu sementara etnik Melayu hanya mengorbankan pemberian kewarganegaraan kepada etnik bukan bumiputera. Perlu diingat bahawa penentangan orang-orang Melayu terhadap pelaksanaan Malaysan Union oleh British antara lainnya disebabkan mereka tidak bersetuju akan konsep pemberian kewarganegaraan secara jus soli kepada etnik bukan bumiputera. Apa yang wujud dewasa ini dalam kalangan masyarakat Malaysia ialah dua pertentangan yang sangat kontras. Di satu sudut etnik bukan bumiputera, khususnya generasi selepas merdeka berasa tertindas disebabkan peruntukan perlembagaan tersebut. Mereka berasakan telah berkorban terlalu banyak hanya untuk orang-orang Melayu. Bagi etnik Melayu pula ada yang mengatakan bahawa sebenarnya yang berkorban adalah orang-orang Melayu, kerana sebelum kedatangan pendatang Cina dan India lima perkara tersebut merupakan hak orang-orang Melayu. Tidak ada konsep orang bukan bumiputera berkompromi dan berkorban.

Selain insiden-insiden konflik sosial yang tercatat ini, indikator lain perhubungan etnik adalah tanggapan masyarakat sendiri terhadap status dan tahap perhubungan antara etnik yang dibuat secara pemerhatian kasar dan analisa oleh ahli masyarakat.Saban hari kita sering mendengar keluhan-keluhan tentang status dan tahap hubungan etnik. Ini selalunya dilakukan oleh beberapa kelompok. Pertama, golongan yang pernah melalui era perpaduan dalam masyarakat. Yang membesar, bermain, belajar, dan berkongsi sejarah dalam masyarakat majmuk dengan kepelbagaian etnik, budaya, dan agama. Golongan ini sering membuat perbandingan antara masyarakat sekarang dengan masyarakat dulu, danmelihat masyarakat sekarang sebagai sudah hilang perpaduan, dan hubungan etnik sekarangtidak lagi semurni dulu kerana telah dikotori oleh politik ahli politik dan kepentingan politik. Kedua, golongan yang melihat hubungan etnik sebagai sesuatu yang tidak relevan.Yang melihat kepentingan sendiri, sama ada individu ataupun kelompok, ekonomi atau politik, sekarang atau masa depan, sebagai sesuatu yang lebih penting. Usaha mencapai perpaduan yang dijalankan dilihat sebagai boleh melemahkan (secara sengaja atau tidak) kepentingan dan kedudukan mereka yang selalunya sangat fokus, kepada etnisiti, bahasa, budaya, ekonomi, serta politik. Keluhan-keluhan ini harus ditanggapi sebagai cabaran pembangunan negara. Menghadapi cabaran yang ditimbulkan oleh hubungan etnik bukannya mudah. Pelbagai usaha dijalankan termasuk penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional pada awal tahun tujuh puluhan yang memperkenalkan program-program memupuk perpaduan dalam masyarakat. Antara program-program yang telah diperkenalkan oleh negara untuk menangani masalah ini termasuklah Rukun Tetangga, Program Revolusi Mental, memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru, Dasar Budaya Kebangsaan hinggalah kepada Pelan Integrasi Nasional; penubuhan Sekolah Wawasan; Program Latihan Khidmat Negara di samping banyak lagi program yang memfokuskan kepada kelompok belia ini; program "Kongsi-Raya" dan lain-lain yang berusaha mempromosi perpaduan dan kefahaman tentang budaya yang berbeza melalui cara meraikan hari kebesaran semua kelompok secara bersama.

Di peringkat pengajian tinggi pula, fokus diberikan kepada pembelajaran dan pemahaman budaya yang berbeza dengan harapan akan timbul apresiasi di kalangan mahasiswa terhadap budaya-budaya tersebut. Pengenalan kursus-kursus ini selalunya bersesuaian dan bertin dan dengan cabaran-cabaran terkini yang dihadapi oleh negara. Contohnya, apabila Islam sedang dilihat oleh sebahagian kelompok sebagai agama yang sering dikaitkan dengan keganasan dan penggunaan kekerasan, kursus Tamadun Islam dan TamadunAsia Tenggara diperkenalkan. Ini diteruskan di peringkat nasional dengan memperkenalkan konsep Islam Hadhari supaya Islam dapat dikaitkan kembali dengan fokusnya yang sebenar iaitu pembangunan insan, pembangunan masyarakat, dan perdamaian.Pengenalan kursus hubungan etnik di institusi pengajian tinggi negara yang begitu hangat diperdebatkan pada masa ini pula adalah sebagai salah satu usaha untuk menangani masalah hubungan etnik yang sering menjadi isu dalam proses pembangunan negara. Ia idak bersifat reaktif, kerana ini bukanlah masalah yang baru, tetapi lebih kepada meneruskan kesinambungan dalam usaha kita mencari jalan penyelesaian kepada isu ini.

Kepelbagaian pendapat ini harus dipertahankan jika kita ingin menjadi negara yang matang. Jika golongan akademik mentafsirkan konsep dan sejarah sedemikian rupa, peranan masyarakat bukanlah untuk menyekat tafsiran ini, tetapi membincangkannya, dan memberikan ruang untuk ia dibincangkan. Perbincangan ini juga seharusnya berlaku dalam senario yang tidak melibatkan golongan politik dengan kepentingan politik yangkadang-kadang agak sempit. Memantapkannya juga memerlukan kita kembali menekankan perhubungan antara hubungan etnik dengan perpaduan dan dengan perdamaian. Hubungan etnik adalah sinonim dengan perpaduan. Perpaduan adalah kedua-dua matlamat akhir dan juga proses yang dapat membantu kita mencapai objektif bersatu-padu. Perpaduan sebagai matlamat akhir adalah satu keadaan di mana masyarakat yang berbilang etnik dapat hidup dalam satu masyarakat sebagai sebuah komuniti masyarakat Malaysia. Perbezaan, yang jelas dan tidak jelas, masih tetap wujud dalam komuniti ini kerana setiap kumpulan membawa keistimewaan mereka yang tersendiri, dengan ciri-ciri agama, bahasa ibunda, makanan, pakaian, budaya, dan adat resam yang telah dipengaruhi oleh sejarah perkembangan kumpulan mereka. Perbezaan-perbezaan ini, walau bagaimanapun tidak mengganggu (atau tidak seharusnya mengganggu) proses perpaduan dan pembentukan komuniti ini. Sejarah telah membawa terwujudnya komuniti ini dan kepada terbentuknya sejarah yang dikongsi bersama, sejak zaman sebelum merdeka sehinggalah sekarang ini.Perpaduan sebagai satu proses juga mengajak kita menggunakan kaedah dan pendekatan yang inklusif (inclusive) dan bukannya eksklusif (exclusive). Matlamat negaraharuslah dicapai dengan melibatkan semua kelompok masyarakat dan bukan hanya segelintir ahlinya sahaja. Proses ini memerlukan penglibatan semua golongan dan lapisan, bergerak bersama untuk mencapai matlamat yang dikongsi bersama. Perpaduan seterusnya adalah sinonim dengan perdamaian, yang juga merupakan matlamat akhir yang diimpikan, di samping proses yang boleh membawa kita ke matlamat tersebut. Jika cara yang digunakan dalam proses untuk mendapatkan perdamaian bukanlah dengan cara yang damai, hasilnya iaitu perdamaian dalam erti kata yang sebenar tidak akan tercapai. Perdamaian boleh dilihat dari dua perspektif yang berbeza. Perspektif yang pertama melihat perdamaian dalam masyarakat apabila tidak berlakunya keganasan, penggunaan kekerasan, dan peperangan dalam masyarakat tersebut. Pertumpahan darah tidak berlaku, walaupun terdapat isu-isu yang mungkin ingin dibangkitkan oleh ahli masyarakat. Dan peperangan tidak berlaku, walaupun terdapat konflik dalam masyarakat tersebut. Keadaan ini lebih dikenali sebagai perdamaian negatif. Negatif kerana situasi masyarakat ini sebenarnya adalah rapuh dengan banyak isu yang mungkin satu hari nanti menjadi tidak terkawal atau tidak dapat dikawal. Kawalan yang ketat berupa undang-undang dan peraturan serta sistem pemantauan dan implementasi yang terperinci dan keras, memastikan situasi terkawal dan luahan aspirasi yang berlebihan pada masa kini dapat dikawal dan dicegah. Bak gunung berapi yang masak, ia akan pasti meletup satu hari kelak. Apabila ini berlaku, masyarakat akan huru-hara dan sistem ini akan melalui proses perubahan yang mungkin akan membawa pembaharuan, sama ada baik ataulebih buruk, kepada masyarakat tersebut. Perdamaian yang positif pula membawa maksud bahawa wujud semua perkara yangdisebut di atas tentang perdamaian negatif - iaitu masyarakat yang tiada keganasan, kekerasan, dan peperangan. Bezanya ialah dalam perdamaian positif, undang-undang dan peraturan yang ada dalam masyarakat bukanlah untuk menekan rakyat tetapi adalah berdasarkan keadilan dan bertujuan mewujudkan keadilan sosial, ekonomi, dan politik dalam masyarakat tersebut. Ia tidak bertujuan menindas luahan aspirasi ataupun mengetepikan mana-mana kelompok masyarakat. Terdapat pula saluran-saluran dan mekanisme yang sah untuk memastikan luahan ini dapat disalurkan dan konflik yang ada, dan bakal timbul, dalam masyarakat dapat diurus dan diselesaikan dengan baik. Perdamaian yang positif juga tiada keganasan struktural - iaitu struktur masyarakat yang menindas sebahagian ahlinya sendiri; dan tidak mempunyai budaya keganasan - iaitu kebiasaan menggunakan kekerasan dan keganasan dalam menyelesaikan masalah. Apa yang ada adalah budaya perdamaian. Untuk menanam budaya perdamaian ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Salah satu daripadacara yang paling penting adalah melalui pendidikan. Di sini pentingnya kursus-kursus seperti hubungan etnik ini yang menekankan perdamaian sebagai cara hidup kita.

KESIMPULANKesimpulannya, dalam konteks Malaysia, perdamaian adalah sinonim dengan perpaduan dan perpaduan pula sinonim dengan hubungan etnik yang baik. Jika kita menyokong perdamaian, maka kita haruslah menyokong perpaduan dan usaha-usaha untuk meningkatkan kualiti hubungan etnik di negara ini. Program-program yang diperkenalkan untuk meningkatkan usaha-usaha seperti ini, termasuk program seperti hubungan etnik diinstitusi pengajian tinggi, akan dapat memberi kesan yang positif jika ia dilakukan dengan niat yang betul dan sokongan masyarakat yang komited kepada perpaduan dan perdamaian. Alternatifnya boleh kita perhatikan dalam masyarakat lain yang bergelumang dengan isu dan konflik etnik yang tidak terkawal dan merosakkan, dan seharusnya dicegah dari berkembangdi bumi Malaysia.

Pilihanraya Umum 2008 menunjukkan satu trend menarik yang mungkin menggambarkan bahawa sudah terdapat kesediaan etnik-etnik utama di Malaysia untuk duduk bersama di bawah parti yang bukan berasaskan perkauman. Etnik Cina dan India memberi sokongan kuat kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS, dan begitu juga sebaliknya. Apa yang menariknya untuk diperhatikan ialaha adakah perubahan undi dan trend berpolitik yang membelakangkan parti berasaskan kaum ini benar-benar menggambarkan kesediaan rakyat Malaysia untuk bersama secara ikhlas yang pastinya akan meranapkan parti-parti berasaskan kaum, atau mungkinkah trend ini hanya untuk menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap dasar-dasar dan program-program pihak kerajaan Barisan Nasional yang gagal memakmurkan negara dan membebankan rakyat seperti harga barang yang melambung, amalan kronisme dan nepotisme, rasuah dan sebagainya.

Mengambil kira trend pilihanraya umum 2008, adalah diyakini bahawa masalah perbalahan etnik dapat diatasi sekiranya pihak-pihak berkenaan seperti pihak kerajaan akan bersikap lebih adil, ikhlas, amanah dan bertanggung jawab dalam merangka dasar dan melaksana program-program untuk warga Malaysia.