Etnik Di Malaysia

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bkjb

Citation preview

Etnik yahudi malaysia

BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN

ABDUL RAQIB BIN MD HANIPAHMOHAMAD DZULWAQAR BIN DZULKARNAINNUR ELIYANA BINTI YUSOFF @ CHE SOFWAN MOHAMMAD KHAIRIL AMRI BIN WAN ABDUL MAJIDYAHUDI MALAYSIA

pengenalanYahudi yang pertama telah tiba dan mendiami Malaya adalah Ezekiel Aaron MenassehYahudi Malaysia terdiri terutamanya dari keturunan :Yahudi Sephardic Yahudi OrientalYahudi Cochin India Yahudi Ashkenazi Yahudi Cina

Perhubungan pertama antara masyarakat Yahudi dan masyarakat Tanah Melayu bermula di sekitar kurun ke 9 yang bermula di Lembah Bujang dan kemudiannya pada kurun ke 18 di MelakaSelepas penjajahan Jepun, majoriti masyarakat Yahudi Malaysia telah berhijrah ke Singapura, Australia, Israel dan Amerika SyarikatHari ini, sekitar 100 keluarga Yahudi berada di Malaysia. Di Pulau Penang, masih lagi terdapat sekumpulan kecil kelompok Yahudi dan tanah perkuburan mereka di George Town di kawasan persimpangan Yahudi Street (Jalan Yahudi) atau sekarang dikenali sebagai Jalan Zainal Abidin.Contoh bahasa yahudi Tiga bahasa yang paling lazim dituturkan dikalangan Yahudi Malaysia ialah Inggeris, Ibrani Moden, dan Bahasa melayu

Shalom = helloMazel Tov = Selamat hari lahirShalom Aleichem= Salam sejahtera keatas kamuHavenu Shalom Aleinu= Salam sejahtera ke atas kamu jugaHavenu= AmanMah Shalom Chem= Apa khabar ?kepercayaan yahudi malaysiaTeras kepercayaan penganut Agama Yahudi ialah wujudnyaYang Esa, pencipta dunia yang menyelamatkanBani Israeldari penindasan diMesir, menurunkan undang - undang kepada mereka dan memilih mereka sebagai cahaya kepada manusia sejagatAgama Yahudimembimbing penganutnya pada kedua-dua amalan dan kepercayaan, dan telah dipanggil bukan sekadar agama, tetapi juga "cara hidup,penganutnya akan melakukan sembahyang 3 waktu setiap hari iaitu : Shakharit(subuh)Minkha(zohor) Ma'ariv(maghrib)

Adat resam &pantang larang

Kebanyakan penganut Yahudi mengikutiundang-undangpemakanan yang termaktub di dalamTorahyang melarang campuran susu dengan daging atau makanan yang berasaskan keduanyaDaging babi, keldai, kuda, arnab dan makanan laut bercengkerang seperti udang, ketam, kerang dan sotong juga adalah terlarang dalam agama YahudiMakanan yang disediakan seperti daging hendaklah disembelih oleh pihak Rabbi dipanggilKosherBudak-budak lelaki juga dikhatankan (sewaktu umur 8 hari) apabila seorang budak lelaki mencapai umur kematangan iaitu 13 tahun, dia akan diraikan kerana menjadi ahli masyarakat Yahudi dalam upacara dipanggil Bar Mitzvahdi mana kehadirannya dalam sebuah jemaah sembahyang dipanggilMinyaniaitu sembahyang berjemaah Selepas kematian, mereka akan berkabung selama seminggu di mana mereka akan membacakanKaddish. Pengambilanribaadalah berdosa sesama kaum Yahudi tetapi adalah dibenarkan dengan mereka yang bukan Yahudi.Hari-Hari Keagamaan

Hari Sabtu merupakan hari utama yang dipanggil hariSabbat. Hari ini adalah dilarang bekerja dan terdapat pelbagai larangan lain yang perlu diikuti untuk menghormati hari Sabbat.Antara perayaan Yahudi ialah:Rosh Hashanah(Tahun Baru) Yom Kippur(Hari Kifarah Dosa).

Perayaan-perayaan lain dalam agama YahudiShavuot(Hari Nuzul Taurat). Hanukkah(Pesta Cahaya)

KAUM IBAN

PENGENALANKaum Ibandahulu dikenali sebagaiDayak Lautdan dengan jumlah sebanyak 876,000 iaitu 40% daripada penduduk Sarawakkaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di SarawakKebanyakan masyarakat Iban pada hari ini menerima agamaKristiansebagai peganganMereka hidup bermasyarakat dan mendiamirumah panjang. Diketuai oleh ketua kampung yang dipanggil Tuai Rumah. Kebanyakkan masyarakat Iban sekarang telah menetap di bandar-bandar besar di sekitar Negeri Sarawak

Kepadatan penduduk Iban adalah di bahagianKota Samarahan,Sri Aman,Sarikei,Sibu,Kapit,Bintulu dan Miri.Kegiatan EkonomiSegolongan besar orang Iban masih melibatkan diri di dalam kegiatan pertanian iaitu menanam padi bukit atau padi humaSelain itu orang Iban yang tinggal di rumah panjang masih menjalankan aktiviti memburu dan mendapat sumber-sumber hutan untuk mendapatkan bekalan makanan dan perubatan.Kebanyakan generasi baru Iban mempunyai pengetahuan dan kelayakan pendidikan dan berkerja di dalam sektor awam dan sektor swasta

Sistem tulisanKaum Iban dikenali dengan " Master of Language " oleh dunia. Prof Derek FreemanOrang Iban yang mempunyai bahasanya yang tersendiri, iaituBahasa Iban, bahasa Iban berbeza di setiap tempat bukan sahaja di Sarawak tetapi di Kalimatan, Sabah dan SemenanjungBahasa Iban merupakan bahasa yang seragam (homogenous).Masyarakat Dayak-Iban merupakan satu-satunya bangsa bumiputra di Malaysia yang mempunyai sistem tulisan yang disebut 'Turai'Contoh bahasa Iban

makan=makaisana=dinsini=ditukalau=entiboleh=ulihsaya=akukamu=nuan/diknanti=legikejar=gagaitak nak=enggaitidur=tindukjalan=jalaiterbang=terbaisebarang/sembarangan=sengapa

ADAT RESAM KAUM IBAN

SEMASA MENGANDUNG Kedua suami isteri tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri bayi itu akan cacat penglihatan.

Mereka tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik supaya bayi tidak tersekat di dalam rahim semasa dilahirkan

KELAHIRANBersalin Pontong Sebaik sahaja bayi dilahirkan, buluh yang dipanggil Pontong akan dipalu untuk memanggil jiran-jiran.

Pontong Tali Pusat dan Berurut-Sejurus selepas bayi dilahirkan, tali pusatnya akan segera dipotong dan bayi akan dimandikan. -Seterusnya badan si ibu akan diurut oleh bidan bertujuan untuk menghilangkan rasa sengal-sengal badan akibat bersalin tadi. -Selepas diurut, badan si ibu akan diusap pula dengan ubat yang diperbuat daripada halia dan entemu yang dibalut dengan tekalung, sejenis kain yang dibuat daripada kulit kayu

SELEPAS KELAHIRAN PantangDalam tempoh berpantang itu, ibu akan diberi makan nasi dan ikan salai atau ikan kering yang kadang-kadang dicampur dengan pucuk paku dan buah pulur.

Semua makanan tersebut pula perlu dicampurkan dengan halia atau air rebusan halia supaya dapat memanaskan badan

Berdiang/BersalaiSelepas bersalin, wanita kaum Iban perlu menjalani satu amalan yang dipanggil berdiang atau bersalai, di mana si ibu perlu duduk dekat dengan unggun api.

Si ibu perlu berdiang atau bersalai selama empat puluh satu hari. Dalam tempoh itu, si ibu perlu menggariskan kapur pada tiang atau dinding rumah untuk menghitung hari kelahiran

Tanggal Pusat Adat melihat matahari atau merasa garam dijalankan apabila bayi sudah tanggal pusat iaitu ketika bayi berusia empat hari.

Menamakan bayiLazimnya sebelum memberi nama yang rasmi, anak-anak kaum Iban akan diberi nama timangan. Bayi yang baru lahir itu seterusnya akan diberi nama sempena nama salah seorang daripada nenek moyangnya yang pernah berjasa dan handal

Tujuannya supaya bayi itu akan mewarisi jasa serta mengikut jejak langkah nenek moyangnya itu. Seterusnya upacara memilih nama akan dijalankan di mana kepalan nasi akan diletak di atas papan yang tertulis nama-nama yang dipilih itu.

Kemudian seekor ayam akan dilepaskan untuk membuat pilihan dan ini dikenali sebagai Manok Tawai. Kepalan nasi yang dipatuk oleh ayam tersebut akan menjadi pilihan untuk menamakan bayi tersebut. Kemudian barulah nama itu dihebohkan kepada saudara mara yang terdekat.

BerkhatanKanak-kanak lelaki kaum Iban akan berkhatan ketika berumur sepuluh tahun. Berkhatan lazimnya dilakukan secara senyap dan tidak disertai dengan kenduri.Mandi Sungai

Upacara mandi sungai dijalankan selepas bayi diberi nama. Ia dijalankan semasa bayi itu berumur satu bulan dan adat ini dijalankan bagi membiasakan bayi dengan air sungai.

Permulaannya, jiran-jiran akan dimaklumkan untuk meraikan adat tersebut dengan meriah. Dua orang lelaki akan membawa seekor ayam dan panji-panji.

Kebiasaannya mereka ini ditugaskan membaca mentera dan menetak air sungai. Dua orang perempuan pula akan mengiringi lelaki tersebut. Seorang akan membawa ancak dan seorang lagi mengendong bayi. Bayi tersebut dipakaikan kain pua belantan dan kumpulan itu akan diikuti pula oleh orang ramai.

Ketika ini doa atau mentera dibaca meminta supaya bayi itu menjadi orang yang sempurna dan berguna. Sebaik sahaja mentera dibaca, dua orang lelaki tadi akan menetak air dan ayam disembelih.

Nama bayi juga akan diumumkan ketika itu. Bagi bayi lelaki, sayap ayam akan diikat dengan benang merah yang digantung pada galah berayang. Manakala bagi bayi perempuan pula, benang tersebut digantung pada galah laletan.

Selepas bayi dimandikan, dia akan dibawa pulang sambil gendang dipalu. Bayi itu akan dipangku dan pemangku duduk di atas tawak atau gong yang diletakkan di tengah-tengah ruai. Kemudian, bayi dan pemangkunya diselimutkan dengan kain pua kumbu dan disiram dengan air rendaman batu penawar burung, cincin emas atau wang ringgit lama.

Selepas upacara mandi selesai, tetamu-tetamu akan dijamu dengan air tuak dan makanan yang ringkas. Upacara ini diakhiri dengan kenduri mandi anak iaitu menjamu tetamu dan ahli rumah panjang dengan makanan yang lebih banyak.

ADAT PERKAHWINAN

Dalam masyarakat Iban, usia pengantin lelaki perlu melebihi dua puluh dua tahun. Ini disebabkan dalam usia yang sebegini, pihak lelaki telah bersedia untuk berkahwin.

Bagi pihak si gadis pula, tiada umur khusus yang ditetapkan.

PERINGKAT PERKAHWINAN DALAM KAUM IBANMERISIKSekiranya seorang teruna telah berkenan kepada seorang gadis, ibu bapanya atau wakil akan bertandang ke rumah gadis untuk merisik.

Perjumpaan kedua belah pihak ini juga dikenali sebagai berbunga-bunga atau berjarum-jarum. Pada masa itu syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan termasuklah berian dan sebagainya

MEMINANGRombongan pihak lelaki biasanya tidak kurang daripada lima orang dan paling ramai dua puluh orang yang terdiri daripada orang-orang tua.Setelah mencapai kata sepakat, ayah pihak lelaki menanggalkan lapit atau ikat pinggang perak atau sebilah pedang sebagai tanda pertunanganMulai saat itu, perempuan itu tidak boleh lagi menerima kunjungan teruna selain tunangnya.

MAJLIS PERKAHWINANWakil itu membawa beberapa utas tali bersimpul yang menunjukkan berapa hari lagi perkahwinan dilangsungkan.

Sekiranya tali itu mempunyai lima simpulan, bermakna perkahwinan itu akan berlangsung dalam masa lima hari lagi.

Wakil khas akan meninggalkan tali bersimpul itu kepada tuai rumah atau ketua rumah panjang yang bertanggungjawab membuka simpulan tali itu setiap hari.

Sampai di tangga rumah panjang, kepala rombongan pengantin lelaki dipelawa menyembelih seekor babi sebagai penghormatan dan pada masa itu juga tembakan senapang akan kedengaran secara balas-membalas

Di kepala tangga rumah itu pula, terdapat rangka yang berbentuk seperti kota. Ketua rombongan pengantin lelaki terlebih dahulu terpaksa membuka tiga buah kota iaitu di kepala tangga, di tengah rumah dan di hujung rumah.

Setelah itu, rombongan pihak lelaki di kalangan kaum wanita akan masuk ke bilik pengantin perempuan, manakala yang lelaki duduk di ruai.

Mengikut adat tetamu perempuan hanya dapat masuk ke dalam bilik pengantin perempuan dengan menggunakan bahasa berirama untuk membuka pintu bilik yang dipalang dengan lembing dan ditutup oleh pua kumbu.

Para tetamu seterusnya akan dijamu dengan sejenis arak iaitu tuak dan pelbagai jenis air seperti air haus, air dahaga dan air untung. Sambil itu mereka akan bergurau senda dan beramai-ramai menyanyikan lagu dan memukul gendang.

PUA KUMBU

KE RUMAH PENGANTIN PEREMPUANTerdapat nilai berian yang telah ditetapkan di kalangan masyarakat Iban.

Pihak perempuan juga meminta bayaran memecah tangga iaitu sebilah beliung, bayaran pembuka pintu iaitu sebatang lembing, bayaran pembuka kelambu iaitu sebilah pedang dan pemberian kecil yang lain.

Pihak lelaki pula meminta pencuci kaki , sebuah tempayan, sepasang tempat menggantung gong, penolak haluan iaitu sebatang sumpitan, kajang perahu iaitu sehelai kain pua kumbu dan beberapa pemberian kecil lagi.

Selepas menjelaskan segala berian, mereka menetapkan pula syarat berhubung dengan berian sekiranya berlaku perceraian. Permintaan tersebut akan hilang setelah berlakunya perceraian yang tidak nyata.

Sekiranya perceraian disebabkan oleh pihak lelaki, si suami wajib membayar balik berian yang diterimanya dahulu dan tambahan sebanyak RM50 sebagai denda. Sekiranya berlaku percubaan untuk mencemarkan nama mana-mana pihak, pihak yang bertanggungjawab akan dikenakan denda yang lain.

Seterusnya sambutan yang meriah diadakan pula di rumah pengantin lelaki.

Pada sebelah malamnya, kedua pengantin diiringi oleh pengapit masing-masing dan akan disandingkan di atas gong atau kerusi yang dialas kain tenun. Pasangan ini akan disaksikan oleh hadirin di rumah panjang tersebut. Seterusnya seseorang yang dipanggil tukang ganyang akan memulakan upacara.

Ayam yang telah diikat kakinya kemudian dilepaskan dan mentera pun dibaca.

Ayam yang telah disembelih itu akan diambil darahnya untuk disemah kepada pengantin. Istiadat ini akan diakhiri dengan jamuan makan dan minum.

Selepas mengadakan majlis di rumah pengantin lelaki, sekali lagi majlis diadakan di rumah pengantin perempuan.

Sungguhpun mereka telah sah sebagai pasangan suami isteri, mereka tidak boleh tidur bersama.

Si suami masih tidur di ruai iaitu di bilik tetamu. Sebarang bunyi-bunyian yang didengar sepanjang berada di situ akan mempunyai maksud yang tersendiri samada baik atau sebaliknya.

Ada pasangan yang terpaksa dipisahkan buat sementara waktu kerana mendapat petanda buruk.

ADAT KEMATIANSEMASA KEMATIANKedua-dua pintu rumah panjang juga perlu digalang dengan dua batang alu.

Mereka percaya, jika perkara ini tidak dilakukan, hantu si mati akan membawa pulang roh si mati. Kemudia mayat diletakkan di tengagh-tengah rumah panjang dan dilingkungi dengan pua kumbu yang dipanggil sapat

Semua barang yang mahu dibekalkan bersama-sama mayat disediakan.

Barang-barang itu dianggap sebagai bekalan si mati di dunia keduanya kelak (dunia selepas mati).Apabila mayat itu dimasukkan ke dalam keranda, mayat itu disuakan makanan menggunakan pinggan.

Kemudian pinggan itu dipecahkan dan dibuang ke tanah melalui celahan lantai.

Mayat itu kemudiannya ditaburi beras supaya petara tidak menyiksa mayat itu. Keranda itu diperbuat daripada kayu yang baik oleh tukang mahir di kampung itu. Keranda itu biasanya dihias dengan ukiran yang mempunyai motif tradisional

SEMASA PENGEBUMIAN

Setelah kawasan kubur ditetapkan, seekor ayam dikorbankan di atasnya. Darah ayam itu dikatakan sebagai persembahan kepada sempulang gana supaya menerima mayat itu.

Ketika ini kaum wanita dilarang memasuki kawasan perkuburan. Lubang kubur digali tanpa menggunakan sebarang senjata tajam.

Hanya tangan dan kayu sahaja yang boleh digunakan. Biasanya lubang itu sedalam tiga kaki sahaja kerana penggali kubur tidak boleh memasuki lubang itu.

Apabila sudah digali, daun atau rumput hijau dielakkan daripada memasuki lubang itu. Jika daun atau rumput itu turut terkubur, mereka percaya roh si mati akan mengganggu orang yang masih hidup.

SELEPAS KEMATIAN

Masa berkabung bermula sebaik sahaja pengebumian selesai. Tempoh berkabung ialah tiga bulan bagi keluarga si mati dan sebulan bagi penghuni rumah panjang tersebut.

Dalam tempoh itu unggun api dinyalakan di luar rumah selama tiga malam. Jika tidak, roh si mati akan pulang ke rumah dan mengganggu orang yang masih hidup.

Mereka dilarang mengadakan sebarang majlis hiburan. Ahli keluarga si mati juga dilarang memakai barang kemas dan pakaian bewarna-warni.

Setelah tempoh berkabung tamat, seorang lelaki yang dihormati dijemput untuk menjalankan upacara ngetas ulit sebagai tanda tamat berkabung.