Upload
buidieu
View
226
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
CABARAN INOVASI 2015 2015
PETA PEMINDAHAN ZON BANJIR 1
BAHAGIAN PENGURUSAN BANJIR
CABARAN INOVASI 2015
PETA ZON PEMINDAHAN BANJIR
“FLOOD EVACUATION ZONE MAP”
KUMPULAN : i-MAP 4
J A B A T A N P E N G A I R A N D A N S A L I R A N
CABARAN INOVASI 2015 2015
PETA PEMINDAHAN ZON BANJIR 2
ISI KANDUNGAN
MAKLUMAT UMUM BAHAGIAN ........................................................................................................................... 3
1.1 Maklumat Ringkas Mengenai Bahagian ....................................................................................... 3
AHLI KUMPULAN .................................................................................................................................................. 4
A RINGKASAN EKSEKUTIF .................................................................................................................................. 5
B. PENGENALAN .................................................................................................................................................. 6
Latar belakang .......................................................................................................................................... 6
Tujuan ....................................................................................................................................................... 9
Kronologi Cetusan Idea dan Pembuktian ................................................................................................ 9
Kolaborasi (jika ada) ............................................................................................................................... 12
C. PRODUK INOVASI ......................................................................................................................................... 15
Impak Inovasi .......................................................................................................................................... 15
Elemen Kreativiti ................................................................................................................................ 15
Elemen Signifikan ............................................................................................................................... 15
Elemen Relevan .................................................................................................................................. 15
C. PENUTUP ....................................................................................................................................................... 16
CABARAN INOVASI 2015 2015
PETA PEMINDAHAN ZON BANJIR 3
MAKLUMAT UMUM BAHAGIAN
1.1 Maklumat Ringkas Mengenai Bahagian
Nama Bahagian : Bahagian Pengurusan Banjir (BPB), JPS Malaysia
Visi : Menjadi satu ‘entity’ bertaraf dunia berkaitan pengurusan banjir
berisiko Rendah
Misi : Memberi perkhidmatan cemerlang dalam Pengurusan Banjir
Bersepadu untuk mewujudkan persekitaran yang terlindung
daripada risiko banjir
Objektif :
a. Melindungi harta benda dan nyawa dan mengurangkan
kerosakan Banjir
b. Mewujudkan persekitaran yang selesa untuk pembangunan
ekonomi dan sosial
c. Memberi respon yang segera dalam menghadapi banjir
Fungsi : Melindungi penduduk dan harta benda dengan
mengurangkan masalah banjir melalui perlaksanaan
projek‐projek tebatan banjir dan Saliran Bandar serta
mewujudkan suatu suasana yang sesuai bagi pembangunan
sosio‐ekonomi
CABARAN INOVASI 2015 2015
PETA PEMINDAHAN ZON BANJIR 4
AHLI KUMPULAN
I MAP 4
Penaung : En Idris Binti Yussof
Ketua Kumpulan : Ir Hj Ahmad Bin Darus
Ahli Kumpulan:
En Mohd Fisham Bin Basah
Pn Mazwina Binti Meor Hamid
Pn Siti Hawa Adila Binti Mohd Yusof
En Anas Sabri Bin Abdullah
Pn Nurul Adila Binti Hambaly
CABARAN INOVASI 2015 2015
PETA PEMINDAHAN ZON BANJIR 5
A RINGKASAN EKSEKUTIF
Kesinambungan daripada penyertaan inovasi 2013 dengan mempertaruhkan
peta hazard banjir , pada tahun ini Kumpulan I-Map 4 melangkah setapak lagi dengan
memperkenalkan Peta Pemindahan Zon Banjir (Flood Evacuation Zone Map).
Dengan mengunakan pendekatan yang sama seperti United Stage of America
dalam menghadapi bencana taufan seperti di dalam laman sesawang NYC Hurricanes
Evacution Map. BPB mencetuskan inovasi untuk menghasilkan Flood Evacution Zone
Map bagi Malaysia. Peta ini dihasilkan dengan menggabungkan maklumat daripada
Peta Hazard Banjir berdasarkan kala ulangan yang berbeza seperti 2 ARI, 5 ARI, 10
ARI, 20 ARI, 50 ARI dan 100 ARI serta Peta Pusat Pemindahan Banjir yang telah
disediakan oleh pihak perunding sebagaimana di dalam terma rujukan.
Peta Pemindahan Zon Banjir disediakan bagi memudahkan para pengguna
untuk melihat lokasi dan risiko keterdedahan mereka kepada banjir. Cetusan inovasi ini
dijangka mampu mempercepatkan proses pemindahan akibat banjir, selain itu ianya
dapat membantu pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam menyusun strategi
dan operasi semasa berlakunya kejadian banjir. Cetusan idea inovasi ini secara
langsung akan memberi impak yang positif kepada semua agensi kerajaan yang
terlibat dalam pengurusan banjir dan yang paling utama memberi amaran dan
kesedaran kepada penduduk setempat tentang risiko dan tindakan yang perlu diambil
semasa kejadian banjir.
CABARAN INOVASI 2015 2015
PETA PEMINDAHAN ZON BANJIR 6
B. PENGENALAN
Latar belakang
Jabatan menghadapi cabaran yang besar di dalam menerapkan pengawalan dan
pengurusan banjir, malah cabaran ini merupakan cabaran yang global, yang dihadapi
oleh kebanyakan negara di seluruh dunia. Walaupun begitu, terdapat negara‐negara
yang telah melangkah jauh kehadapan dan telah dapat mengatasi cabaran hebat dan
global ini. Antaranya seperti Negara Belanda dan Jepun yang sinonim dengan
kewujudan struktur‐struktur mega tebatan banjir manakala Australia serta beberapa
negara Eropah yang terkenal dengan konsep pengawalan dan pengurusan banjirnya.
Dapat dilihat bahawa dengan usaha yang berterusan tersebut, maka terhasilnya sistem
pengawalan dan pengurusan banjir yang sistematik dan berkesan.
Sehingga kini, negara masih lagi berdepan dengan pelbagai isu berkaitan
kejadian banjir. Kejadian banjir memberi kesan besar terutamanya dari aspek sosial
dan ekonomi kepada rakyat terutamanya di kawasan membangun dan mempunyai
kepadatan penduduk yang tinggi di mana ianya mengakibatkan kerugian, kemusnahan
harta benda bahkan kehilangan nyawa. Menurut kajian ’National Register of River
Basins’ pada tahun 2003, kawasan mudah banjir di Malaysia adalah seluas 29,800 km
persegi iaitu 9% daripada jumlah keluasan negara serta melibatkan seramai 4.82 juta
penduduk dengan anggaran purata nilai kerosakan sebanyak RM1.0 bilion setahun.
Lanjutan daripada Mesyuarat Majlis Sumber Air Negara yang bersidang pada 20 Ogos
2009 dan Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang pada 4 Disember 2009 telah
mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia untuk menyediakan Peta
Hazard Banjir bagi seluruh negara.
CABARAN INOVASI 2015 2015
PETA PEMINDAHAN ZON BANJIR 7
Lanjutan daripada itu, pihak jabatan telah mengambil langkah proaktif dalam
merangka program bagi menjayakannya. Peta Hazard Banjir telah disediakan
berdasarkan senario berikut (Rujuk Rajah 1).
Rajah 1 : Senario Penyediaan Peta Hazard Banjir
Secara keseluruhannya, 28 buah peta akan dihasilkan berdasarkan senario
yang ditunjukkan di dalam Rajah 1. Rajah 2 menunjukkan 6 buah peta hazard banjir
berdasarkan tempoh kala hujan yang berbeza. Adalah menjadi kesukaran untuk
agensi-agensi yang terlibat untuk membuat perancangan untuk menghantar bantuan
dan menyelamatkan mangsa banjir kerana mereka perlu tahu tahap kelebatan hujan
dan peta hazard banjir yang perlu dirujuk sebelum perancangan yang rapi dapat diatur.
CABARAN INOVASI 2015 2015
PETA PEMINDAHAN ZON BANJIR 8
Rajah 2 : Peta Hazard Banjir berdasarkan kala ulangan hujan yang berbeza.
Lanjutan itu, peta pemindahan zon banjir di sediakan bagi mengatasi masalah
ini. Peta Pemindahan Zon Banjir diinovasikan dengan menggabungkan ke semua peta
hazard banjir berdasarkan kala ulangan yang berbeza serta peta pusat pemindahan
banjir. Peta-peta ini akan digabungkan menggunakan perisian GIS berdasarkan skala
yang sama. Adalah diharap dengan penghasilan peta ini, ianya dapat memudahkan
agensi-agensi penyelamat untuk mengenalpasti laluan dan lokasi selamat untuk
memindahkan mangsa-mangsa banjir. Selain itu, para penduduk akan lebih maklum
tentang keselamatan zon yang mereka duduki sekarang dan langkah-langkah awal
dapat mereka rancang sebelum musim tengkujuh menjelma.
2-Yr. ARI
5-Yr. ARI
10-Yr. ARI
20-Yr. ARI
50-Yr. ARI
100-Yr. ARI
CABARAN INOVASI 2015 2015
PETA PEMINDAHAN ZON BANJIR 9
Tujuan
Peta Pemindahan Zon Banjir ini merupakan sumber utama dalam menilai dan
menterjemah zon banjir dalam merangka dasar dan strategi pelaksanaan
pembangunan dan pengurusan banjir. Tujuan inovasi ini dicetuskan adalah untuk:-
a. Memudahkan anggota keselamatan merangka strategi dan mengurus langkah-
langkah dalam menyelamatkan mangsa-mangsa yang terlibat dengan kejadian
banjir
b. Memaklumkan kepada penduduk tentang tahap keterdedahan kawasan yang
sedang mereka dududi terdapat kejadian banjir.
c. Membantu penduduk membuat perancangan awal sebelum anggota
keselamatan tiba untuk memberi bantuan semasa berlakunya banjir.
d. Memberi kesedaran dan kesiapsiagaan penduduk bagi menghadapi risiko banjir
dan dengan itu dapat mengurangkan kerugian akibat banjir.
Kronologi Cetusan Idea dan Pembuktian
Apa itu Peta Pemindahan Zon Banjir? Peta Pemindahan Zon Banjir merupakan
satu laman interaktif yang dihasilkan bagi memudahkan pengguna untuk mengenalpsti
zon bagi kawasan yang sedang/akan mereka duduki. Zon-zon tersebut akan
dikelaskan mengikut tahap keterdedahan kepada banjir yang dikelaskan mengikut kala
ulangan hujan. Untuk peringkat awal 6 zon dicadangkan iaitu zon 2 ARI, 5 ARI, 10 ARI,
20 ARI, 50 ARI dan 100 ARI. Zon-zon ini terhasil melalui analisis daripada peta hazard
banjir yang mengabungkan elemen GIS dan juga permodelan hidrodinamik.
CABARAN INOVASI 2015 2015
PETA PEMINDAHAN ZON BANJIR 10
Selain itu, lapisan yang mengandungi pusat-pusat pemindahan banjir yang
disyorkan untuk mangsa banjir juga akan dimasukkan bersama. Melalui maklumat
tersebut, para pengguna akan maklum kawasan yang sepatutnya mereka pergi jika
berlakunya kejadian banjir. Salain itu, dari situ juga, para pengguna akan dimaklumkan
laluan-laluan yang boleh dilalui berdasarkan mod pengangkutan yang dipilih seperti
berjalan kaki, menaiki basikal/motor atau menaiki kereta/4WD.
Maklumat berkaitan Pusat Pemindahan dan
Laluan yang boleh dilalui.
Zon Pemindahan Banjir berdasarkan kala ulangan banjir
Rajah 3 : Peta Pemindahan Zon Banjir
CABARAN INOVASI 2015 2015
PETA PEMINDAHAN ZON BANJIR 11
Rajah 4: Zoom out kawasan cadangan peta pemindahan zon banjir.
Rajah 5 : Contoh laluan daripada kawasan A ke pusat Pemindahan di B dengan
menggunakan mod pengangkutan yang berbeza.
Mod Pengangkutan 1. Keretapi/ERL 2. Kereta 3. Basikal 4. Jalan Kaki
Jarak dan masa yang diambil
CABARAN INOVASI 2015 2015
PETA PEMINDAHAN ZON BANJIR 12
Kolaborasi (jika ada)
Hasil daripada cetusan idea ini, pihak bahagian telah berbincang dengan
dengan perunding bagi menjayakan inovasi ini. Beberapa siri mesyuarat dan
perbincangan telah diaturkan dan hasilnya Lembangan Sungai Linggi telah dipilih
sebagai pilot projek. Hasil kolaborasi bersama pihak ZNK Consult Sdn Bhd, Peta
Pemindahan Zon Banjir bagi Lembangan Sg Linggi di Negeri Melaka telah dihasilkan.
Rajah 6 : Peta Zon Pemindahan Zon Banjir bagi Lembangan Sg Linggi di Melaka
Rajah 6 menunjukkan Peta Pemindahan Zon Banjir bagi kawasan Lembangan
Sg Linggi di Melaka. Zon di bahagikan kepada 6 zon iaitu, Zon 1, Zon 2, Zon 3, Zon 4,
Zon 5 dan Zon 6. Setiap zon dibezakan berdasarkan tahap kebarangkalian risiko untuk
banjir akan berlaku. Rajah 6 juga menunjukkan lokasi utama pemindahan mangsa-
mangsa banjir.
CABARAN INOVASI 2015 2015
PETA PEMINDAHAN ZON BANJIR 13
Jadual 1: Maklumat dan tindakan yang perlu di ambil jika berlakunya banjir
di zon-zon yang terlibat.
Jadual 1 menunjukkan maklumat zon, penerangan serta kerangkalian kejadian
banjir akan berlaku pada zon-zon tersebut. Selain itu juga, jadual 1 menjelaskan
tindakan yang perlu diambil jika banjir berlaku di zon-zon yang terlibat. Zon-zon ini
dikelaskan mengikut warna yang berbeza, zon yang berwarna merah menunjukkan zon
yang berisiko tinggi untuk banjir manakala zon yang bewarna hijau menunjukkan zon
yang berisiko rendah untuk dilanda banjir. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh
pihak ZNK Consult Sdn Bhd, jumlah keluasan kawasan yang dijangka akan dilanda
banjir adalah seluas 26.59 km2 dan mangsa banjir dianggarkan seramai 8435 orang.
CABARAN INOVASI 2015 2015
PETA PEMINDAHAN ZON BANJIR 14
Rajah 7 menunjukkan peta pemindahan zon banjir bagi kawasan Kuala Linggi
Rajah 7 pula menunjukkan peta pemindahan zon banjir bagi kawasan Kuala
Linggi. Daripada peta tersebut, mendapati kawasan Kuala Sungai Linggi merupakan
kawasan rendah yang terdedah kepada berlakunya ancaman kejadian banjir. Sungai-
sungai sediada hanya mampu menampung aliran hujan di bawah 2 ARI sahaja
berdasarkan peta guna tanah sediaada mahupun peta guna tanah pada masa
hadapan.
Untuk langkah seterusnya, pihak bahagian, akan menyediakan satu interaktif
portal/web untuk memudahkan pengguna untuk mengakses maklumat tersebut. Adalah
diharap agar membantu pengguna dan agensi penyelamat mengenalpasti tahap zon
bagi kawasan yang mereka duduki. Selain itu, mereka juga boleh mengetahui pusat-
pusat pemindahan banjir yang terhampir dan masa yang perlu diambil untuk berpindah
berdasarkan mod pengangkutan yang berbeza.
CABARAN INOVASI 2015 2015
PETA PEMINDAHAN ZON BANJIR 15
C. PRODUK INOVASI
Impak Inovasi
Elemen Kreativiti
Peta pemindahan zon banjir ini memudahkan pihak agensi penyelamat
dan penduduk untuk mengetahui tahap risiko kawasan mereka terhadap
bencana banjir. Peta ini menggambarkan dengan lebih jelas risiko tersebut dan
lebih mudah difahami bagi penduduk jika hendak dibandingkan dengan peta
hazard banjir.
Pihak agensi penyelamat juga hanya perlu merujuk kepada satu peta
sahaja semasa operasi menyelamat berbanding dengan peta hazard banjir yang
disediakan berdasarkan kekerapan (ARI) yang berbeza.
Elemen Signifikan
Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu serta pengaruh daripada
perubahan suhu dunia, peta pemindahan zon banjir adalah signifikan untuk
dihasilkan. Dengan adanya peta ini, ianya mampu memberi amaran awal kepada
komuniti untuk membuat persediaan sewajarnya dalam menghadapi bencana
banjir.
Elemen Relevan
Peta pemindahan zon banjir merupakan satu kaedah/tools yang mampu
membantu pihak agensi penyelamat dalam merangka langkah/strategi untuk
CABARAN INOVASI 2015 2015
PETA PEMINDAHAN ZON BANJIR 16
merangka pelan pemindahan mangsa banjir semasa berlakunya kejadian banjir.
Selain itu, para penduduk dapat membuat persediakan awal untuk pergi ke
pusat-pusat pemindahan sebelum bantuan daripada agensi penyelamat
disalurkan.
Selain itu, peta ini juga mampu memberikan indikasi kepada para
pengguna lokasi-lokasi yang selamat untuk memindahkan harta benda mereka
semasa berlakunya banjir.
C. PENUTUP
Peta Pemindahan Zon Banjir ini secara tidak langsung akan memberi impak
yang positif kepada semua agensi kerajaan yang terlibat dalam pengurusan banjir.
Ianya dilihat akan mewujudkan jaringan kerjasama dan perkongsian strategik di
dalam memberikan amaran awal dan langkah-langkah yang perlu di ambil oleh
penduduk jika berlakunya kejadian banjir. Selain itu, ianya dijangka dapat membantu
mengurangkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa.