5
MENGANALISA DAN MENILAI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG TELAH DILAKSANAKAN SETERUSNYA MEMBERI CADANGAN PENAMBAHBAIKAN KE ATAS RESOS YANG TELAH DISEDIAKAN. Saya dan ahli kumpulan saya telah menyediakan bahan bantu mengajar menggunakan teknologi maklumat untuk murid-murid tahun tiga berdasarkan tajuk pecahan. Semasa saya ke sekolah untuk Pengalaman Bersasakan Sekolah (PBS) saya diitugaskan untuk menggunakan bahan bantu mengajar tersebut kepada pelajar. Selepas menjalankan aktiviti tersebut dengan beberapa orang murid saya dapat mengenal pasti kelebihan serta kelemahan bahan bantu mengajar kami. Anatara kelebihan bahan bantu mengajar saya telah saya gunakan adalah penggunaan teknologi maklumat dapat memanfaatkan murid-murid. Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint, flash video, visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat kerana pelajar didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami. Justeru itu, pelajar tidak mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.

CADANGAN

  • Upload
    ky10na

  • View
    219

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

1234

Citation preview

Page 1: CADANGAN

MENGANALISA DAN MENILAI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG TELAH

DILAKSANAKAN SETERUSNYA MEMBERI CADANGAN PENAMBAHBAIKAN KE ATAS

RESOS YANG TELAH DISEDIAKAN.

Saya dan ahli kumpulan saya telah menyediakan bahan bantu mengajar

menggunakan teknologi maklumat untuk murid-murid tahun tiga berdasarkan tajuk pecahan.

Semasa saya ke sekolah untuk Pengalaman Bersasakan Sekolah (PBS) saya diitugaskan

untuk menggunakan bahan bantu mengajar tersebut kepada pelajar. Selepas menjalankan

aktiviti tersebut dengan beberapa orang murid saya dapat mengenal pasti kelebihan serta

kelemahan bahan bantu mengajar kami. Anatara kelebihan bahan bantu mengajar saya

telah saya gunakan adalah penggunaan teknologi maklumat dapat memanfaatkan murid-

murid. Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran

dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat

seperti powerpoint, flash video, visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan

tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini proses pengajaran

dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat kerana pelajar

didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami.

Justeru itu, pelajar tidak mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran

dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.

Selain itu, saya juga sedar bahawa saya berupaya untuk mewujudkan komunikasi

yang berkesan dan interaksi dua hala dengan murid dengan baik. Daripada pemahaman

yang lepas, saya sedar bahawa komunikasi yang berkesan dapat menghasilkan iklim

pembelajaran yang kondusif dan murid-murid akan lebih aktif dalam proses P&P (Mok,

2008). Oleh itu, semasa merancang Rancangan Pengajaran Harian, saya menyelitkan

soalan-soalan yang sesuai dengan tahap kognitif murid-murid kepada mereka. Maka murid

akan menggunakan kemahiran berfikir untuk menjawab soalan guru tadi. Kemudian, guru

akan berinteraksi dengan murid dan melibatkan murid dalam perbincangan dengan meminta

Page 2: CADANGAN

murid-murid memberikan pendapat atau jawapan mereka, dan bertanya kepada murid-murid

yang lain sama ada mereka bersetuju dengan jawapan murid tersebut.

Pelbagai teori, kaedah, dan teknik juga saya aplikasikan dalam Rancangan

Pengajaran Harian saya. Antaranya ialah teknik penyoalan, semasa soalan diutarakan

terhadap murid-murid. Selain itu, kaedah pembelajaran koperatif juga telah saya gunakan

apabila guru meminta murid-murid berbincang untuk mendapat satu jawapan yang

dipersetujui sesama mereka dalam kumpulan. Menurut Tay (2000), pembelajaran  koperatif

bermaksud sekumpulan murid bekerjasama belajar dalam kumpulan kecil bagi mencapai

matlamat pendidikan yang dikongsi bersama. Situasi ini memberikan satu iktibar yang amat

penting kepada saya bahawa sebagai seorang guru yang berkaliber dan dedikasi, kita

perlulah bijak mengaplikasikan pelbagai teori, kaedah, dan teknik semasa mengajar supaya

kita dapat menyampaikan kandungan pengajaran kita dengan sempurna di samping murid-

murid tidak bosan dengan pengajaran kita.

Kelemahan bahan bantu mengajar yang telah digunakan ialah pengajaran

berasaskan ICT sebenarnya menjadikan murid-murid kurang merasa pengalaman sebenar

dalam pembelajaran berbanding belajar di luar bilik darjah. Hal ini berikutan pengajaran

yang menggunakan ICT hanya melibatkan murid berpandukan komputer sahaja berasaskan

contoh atau gambaran. Murid seharusnya membuat praktikal dan bukannya semata-mata

berpandukan buku atau gambaran sahaja. Berkemungkinan sesetengah murid dapat

memahami tajuk yang diajar tanpa perlu untuk membuat praktikalnya. Ada murid yang

lambat untuk memahami dan perlu untuk melakukan praktikal untuk difahaminya. Tahap

pemikiran dan pemahaman murid adalah berlainan dan perlu diteliti untuk menjadikan

proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih lancar lagi.

Selain itu, saya dan rakan saya menghadapi masalah dalam pengajaran

berbantukan komputer kerana banyak masa perlu diberikan dalam menyediakan bahan. Hal

ini kerana, bahan yang disediakan mestilah selaras dengan objektif pengajaran dan sesuai

Page 3: CADANGAN

dengan murid-murid. Dalam pembinaan bahan pengajaran, aspek-aspek penting seperti

penggunaan teks, grafik, visual, animasi dan sebagainya perlu diambil kira. Aspek-aspek

tersebut mestilah diberi perhaitan misalnya penggunaan teks dalam powerpoint mestilah

mengikuti prinsip CASPER. Sekiranya kami mengambil mudah terhadap pembinaan bahan,

hal ini akan menyukarkan pelaksanaan pengajaran. Sehubungan dengan itu, jelas

menunjukkan bahawa pengajaran berbantukan komputer mengambil masa yang lama

dalam peringkat pembinaannya.

Di samping itu, kemudahan teknologi maklumat juga tidak mencukupi di sekolah.

Pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran

memerlukan prasarana yang mencukupi seperti kemudahan makmal komputer, peralatan

berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat, serta penyediaan dan penyelenggaraan

komputer yang mencukupi dan lancar. Sistem penyelenggaraan bahan teknologi maklumat

di sekolah yang tidak cekap menjadi salah satu punca permasalahan pengintegrasiaan ini

tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Sehubungan itu juga, peruntukan kewangan yang

lambat serta tidak mencukupi untuk proses penyediaan kemudahan teknologi maklumat di

sekolah-sekolah tertentu menjadi salah satu punca timbulnya permasalahan dalam

proses pengintegrasian pelajaran dengan teknologi. 

Cadangan penambahbaikan ke atas resos yang telah disediakan adalah menyelitkan

soalan daripada aras rendah hingga aras tinggi. Hal ini kerana soalan-soalan yang

mencabar akan melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti tersebut. Penglibatan murid

adalah penting supaya mereka dapat memahami objektif pengajaran tersebut. Soalan-

soalan yang aras tinggi akan menyebabkan murid-murid untuk berfikir secara lebih

mendalam tentang topik tersebut dan mereka tidak hanya akan mempelajari topik tersebut

secara umum sahaja. Oleh itu, soalan-soalan yang mempunyai aras berbeza perlu diselitkan

dalam resos yang telah saya gunakan.

Page 4: CADANGAN

Kesimpulannya, saya telah mempelajari banyak perkara daripada penggunaan

bahan bantu mengajar yang berdasarkan penggunaan teknologi. Ini memberikan keyakinan

yang sangat tinggi kepada saya bahawa saya akan dapat menunjukkan prestasi yang

cemerlang apabila saya menjalankan praktikum semester depan kelak. Saya berharap

bahawa saya mampu melakukan yang terbaik pada pengajaran yang seterusnya.