5
CARA BUAT CETAKAN SILK SCREEN (SARING SUTERA) http://copbaju.blogspot.com/2008/09/cara-buat-cetakan- silk-screen.html A) ALAT DAN BAHAN a. Pemidang skrin b. Pembaris plastic/logam c. Sekuji d. Meja expose e. Pengering rambut f. Foto emulsi (Elmosen) g. Sensitiser h. Rubber dye 120 i. Pewarna j. Baju/beg/lain2 B) PROSES CETAKAN a. Print atau lukis satu lakaran dengan dakwat hitam pada kertas tracing b. Sediakan pemidang skrin c. Campurkan foto emulsi dan sensitiser ( nisbah 10 : 1 ) di dalam bilik gelap/samar, kacau sehingga sebati d. Tuang campuran tadi ke atas pemidang dan ratakan dengan pembaris logam – keringkan bawah kipas / guna pengering rambut e. Letakkan lakaran di atas meja expose dan pemidang skrin di atas lakaran tersebut f. Pasang lampu selama beberapa minit mengikut keperluan g. Cuci pemidang skrin dengan pancutan air/gosok dengan span h. Letakkan pemidang skrin di atas bahan yang hendak dicetak

Cara Buat Cetakan Silk Screen

  • Upload
    ibsa69

  • View
    742

  • Download
    4

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Cara Buat Cetakan Silk Screen

CARA BUAT CETAKAN SILK SCREEN (SARING SUTERA) http://copbaju.blogspot.com/2008/09/cara-buat-cetakan-silk-screen.html

A) ALAT DAN BAHAN

a. Pemidang skrin

b. Pembaris plastic/logam

c. Sekuji

d. Meja expose

e. Pengering rambut

f. Foto emulsi (Elmosen)

g. Sensitiser

h. Rubber dye 120

i. Pewarna

j. Baju/beg/lain2

B) PROSES CETAKAN

a. Print atau lukis satu lakaran dengan dakwat hitam pada kertas

tracing

b. Sediakan pemidang skrin

c. Campurkan foto emulsi dan sensitiser ( nisbah 10 : 1 ) di dalam bilik

gelap/samar, kacau sehingga sebati

d. Tuang campuran tadi ke atas pemidang dan ratakan dengan

pembaris logam – keringkan bawah kipas / guna pengering rambut

e. Letakkan lakaran di atas meja expose dan pemidang skrin di atas

lakaran tersebut

f. Pasang lampu selama beberapa minit mengikut keperluan

g. Cuci pemidang skrin dengan pancutan air/gosok dengan span

h. Letakkan pemidang skrin di atas bahan yang hendak dicetak (baju)

i. Letakkan warna pada pemidang skrin dan sapu dengan sekuji

j. Keringkan dengan pengering rambut

Page 2: Cara Buat Cetakan Silk Screen

LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT CETAKAN SILK SCREEN

LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT BLOK CETAKAN SILK SCREEN

Selepas anda mengetahui teknik membancuh foto emulsi dan sensitiser yang telah saya terangkan sebelum ini, kini tiba masanya anda mengetahui pula rahsia cetak baju kedua pula iaitu membuat blok.

1. Buat blok kosong. Lekatkan sutera saring pada kayu beroti (1" X 2") dengan menggunakan staple gun. Pastikan sutera saring betul-betul tegang.

2. Curahkan campuran foto imulsi dan sensitiser pada bahagian tepi dan ratakan dengan pembaris tebal. Pastikan sapuan itu nipis sahaja.

3. Hasil sapuan campuran foto imulsi dan sensitiser yang telah siap hendaklah dikeringkan di bawah kipas atau menggunakan pengering rambut. Pastikan ia betul-betul kering sebelum boleh diguna untuk tindakan selanjutnya.

4. Letakkan art work di atas meja expose. Art work tersebut hendaklah diprint atau dilukis di atas kertas tracing. Dakwat yang diguna mestilah betul-betul hitam. Prinsipnya kawasan yang bewarna hitam dapat menghalang cahaya. Kawasan yang tidak kena cahaya tidak akan mati sapuan campuran di atas.

5. Letakkan blok kosong yang telah dibuat tadi di atas art work. Pastikan blok tersebut berada dalam kedudukan yang betul. Bahagian kain sutera saring mestilah berada di bawah.

6. Letakkan sekeping kertas keras (kertas kotak) di dalam blok tersebut.

7. Letakkan pemberat seperti bata jongkong atau lain-lain yang sesuai. Tujuannya ialah untuk memastikan hasilnya nanti betul-betul sharp.

8. Setelah semua perkara di atas siap semuanya barulah boleh pasang lampu Expose anda. Pasang selama lebih kurang 5 hingga 8 minit.

9. Setelah cukup masa. Matikan lampu dan bawa blok tersebut ke bilik air dan pancurkan dengan air.

Page 3: Cara Buat Cetakan Silk Screen

anda juga boleh gosok dengan span untuk membuang bahagian yang degil.

Antara tajuk-tajuk yang akan diajar:1.Pengenalan kepada alat dan bahan2.Teknik membuat blok3.Teknik bancuh photo emulsi4.Teknik buat meja expose5.Teknik expose blok6.Teknik mencuci blok7.Teknik cetak atas T-shirt8.Teknik buat design9.Teknik cetakan timbul10.Teknik stensil dan lain-lain Hubungi Hafizul Hisham : 0199051991email : [email protected]

Alatan dan Bahan 1.RUBBER DYE-Terdapat 2 jenis rubber dye (RD) yang biasa diguna iaitu RD 120 dan RD 200.RD sesuai diguna untuk semua jenis kain.-RD 120 diguna untuk dicampurkan dengan pewarna / pigment colour dan juga diprint sebagai latar belakang-RD 200 diguna untuk putih sahaja.

2.TC DYE-TC dye bersifat lebih cair dan berbau seperti minyak tanah. Ia hanya sesuai untuk kain warna putih sahaja.-Kain Skrin yang diguna untuk TC dye hendaklah yang lebih halus berbanding dengan RD.

3.DYE FOAM-Diguna untuk membuat cetakan timbul (emboss).Ia perlu dicampur ke dalam RD dahulu.-Selepas cetakan telah kering, tekan dengan seterika sederhana panas barulah cetakan tadi akan timbul.

4.BINDER-Ia diguna untuk melembutkan dye yang telah pekat.-Bentuknya seperti susu cair.

5.GLOW IN THE DARK-Berfungsi untuk kelihatan cerah di dalam gelap.Tapi sebelum tu, ia kena berada tempat cerah dahulu untuk menyerap cahaya.-Ia hanya boleh dicampur dalam dye putih sahaja.

6.PHOTO EMULSI-Diguna bersama dengan Sensitiser dengan kadar nisbah 10:1 iaitu kalau 10 sudu photo emulsi bermakna 1 sudu Sensitiser.-Gaul hingga sebati dan biarkan selama 10 minit.

7.HARDENERS

Page 4: Cara Buat Cetakan Silk Screen

-Berfungsi untuk menguatkan blok yang telah siap supaya tidak mudah tanggal.-Ia perlu disapu pada blok. Keringkan dahulu blok tersebut dan barulah sapu hardener. Sapu kedua-dua belah dan keringkan semula. Lebih elok jika dijemur panas matahari.

8.CLOROK-Ia diguna untuk mencuci blok yang tidak menjadi.-Tidak berkesan untuk mencuci blok yang telah lama.-Tidak boleh diguna terlalu banyak/kerap kerana menyebabkan kain skrin akan koyak.

9.SEKUJI-Diguna untuk menarik dye pada blok.-Perlu dibasuh dengan segera supaya dye tidak keras pada sekuji.

10.PENGERING RAMBUT-Diguna untuk mengeringkan sapuan emulsi sebelum proses expose.-Juga untuk mengeringkan dye yang telah diprint sekiranya perlu print sekali lagi diatas design tersebut.

http://qurrota-advertising.blogspot.com/2009/05/langkah-langkah-membuat-cetakan-silk.html