Upload
dangdang
View
234
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
Halaman 1
Cara Kita Bekerja
Amalan Perniagaan BT
Setakat Oktober 2013
Cara Kita Bekerja: Amalan Perniagaan Kita
Nilai-nilai Kita:
Halaman 2
Cara Kita Bekerja menggariskan amalan-amalan perniagaan serta nilai-nilai kita – tingkah laku yang kita harapkan daripada semua pekerja BT.
Ikut Cara Kita Bekerja dan nilai-nilai kita serta lakukan perkara yang betul.
Jika ragu-ragu, bertanya. Bertindak dengan cepat jika anda merasa bimbang.
Pernyataan daripada Ketua Eksekutif
Halaman 3
Kita lakukannya secara bertanggungjawab dan berterusan. Kita bertindak dengan penuh integriti, bekerja secara beretika dan berpegang teguh pada nilai-nilai kita. Piawaian perniagaan dan dasar pekerja kita tertanam dalam prinsip-prinsip ini.
Bertindak dengan penuh integriti dan bekerja secara beretika merupakan kesedaran perniagaan yang baik. Ia juga membantu kita bekerja bersama-sama di seluruh dunia. Etika bukanlah sekadar mencegah tingkah laku jenayah atau korup, walaupun ia amat penting. Bertingkah laku secara beretika harus menjadi sebahagian daripada apa jua yang kita lakukan.
Reputasi kita semakin kukuh setiap kali kita berpegang teguh kepada amalan perniagaan kita. Ini mungkin bermaksud bahawa kita perlu menolak prospek perniagaan baru jika ia kelihatan seperti akan memaksa kita untuk mengorbankan prinsip kita. Satu keputusan yang sukar tetapi harus dilakukan oleh pekerja BT sekiranya ia wajar dilakukan.
Jika anda tidak pasti apa yang harus dilakukan dalam situasi tertentu – sila bertanya. Beranikan diri untuk speak up jika anda bimbang suatu aktiviti itu bercanggah dengan cara kita bekerja. Bertindak dengan cepat jika anda merasa bimbang.
Dokumen ini menggariskan Cara Kita Bekerja di BT. Tindakan peribadi anda membawa perubahan. Bersama-sama, kita jadikan BT sebuah tempat kerja yang membanggakan.
Ini kerana, BT adalah milik kita.
Gavin Patterson
Kita percaya pada kuasa komunikasi bagi menjadikan dunia ini lebih baik.
Kita mengumpulkan rangkaian dan teknologi terbaik dengan kepakaran pekerja kita. Menjalinkan hubungan, mencipta peluang-peluang baru. Dengan cara ini perniagaan boleh berkembang, masyarakat boleh bersemarak, dan individu boleh mendapat lebih daripada hidup ini. Itulah perbezaan yang kita lakukan, setiap hari.
Temui apa yang anda perlukan
Halaman 4
Melindungi maklumat dan aset
Pengenalan dan Ringkasan Maklumat dan data Halaman 21
Cara Kita Bekerja: Apakah maksudnya Halaman 5 Aset kita Halaman 25
Prinsip perniagaan BT Halaman 6 Menguruskan risiko Halaman 27
Piawaian perniagaan BT Halaman 7
Bekerja bersama
Ke mana harus dituju Menyelesaikan tugas dengan cara yang betul Halaman 30
Melaporkan kebimbangan Halaman 10 Menghormati hak asasi manusia Halaman 32
Mendapatkan nasihat Halaman 11 Komunikasi Halaman 34
Komitmen Halaman 35
Bersaing secara adil Halaman 36
Integriti peribadi dan perniagaan
Mematuhi undang-undang Halaman 14 Tempat kita di dunia
Sogokan dan rasuah Halaman 15 Kesihatan dan keselamatan Halaman 38
Konflik kepentingan Halaman 17 Alam sekitar Halaman 40
Sumbangan politik Halaman 42
Melakukan perkara yang betul
Bertanggungjawab Halaman 44
Menyelesaikan konflik: melakukan perkara yang
betul
Halaman 45
Cara Kita Bekerja: Apakah maksudnya
Halaman 5
Cara Kita Bekerja menggariskan cara kita menjalankan perniagaan di BT.
Ia boleh dikenakan kepada anda dan setiap
orang yang bekerja untuk BT di seluruh dunia,
dalam apa jua yang kita lakukan.
Ikuti Cara Kita Bekerja dan berkelakuan yang
selari dengannya serta nilai-nilai kita.
Kita juga mengharapkan pihak ketiga, seperti
kontraktor, pembekal dan ejen, turut
mengikutinya dalam semua urusan mereka
dengan atau bagi pihak BT.
Kadangkala keadaanyang berlaku menjadi rumit.
Sila jelas bahawa:
jika undang-undang tempatan bercanggah
dengan dasar dalam Cara Kita Bekerja dan
memerlukan piawaian yang lebih tinggi, anda
mesti mematuhi undang-undang
jika adat atau dasar tempatan bercanggah
dengan Cara Kita Bekerja dan menetapkan
piawaian yang lebih rendah, sila ikut Cara
Kita Bekerja.
Cara Kita Bekerja menggariskan prinsip dan
piawaian perniagaan kita. Ia tidak meliputi setiap
dasar BT yang menjadikan prinsip dan piawaian
perniagaan kita suatu amalan.
Anda bertanggungjawab untuk:
memahami dan mengikuti undang-undang
serta butiran dasar BT yang berkaitan dengan
bidang kerja, jawatan serta orang bawahan
yang anda uruskan
menjalani latihan wajib yang kami sediakan
agar anda memahami dan mengikuti prinsip
serta piawaian perniagaan kita
mengemukakan sebarang perlanggaran
yang disyaki terhadap undang-undang, Cara
Kita Bekerja, atau mana-mana dasar BT yang
lain. Untuk pekerja BT kami telah
menyertakan pautan ke intranet bagi
membantu anda mengakses maklumat dan
nasihat lanjut tentang di mana boleh
mendapatkan bantuan. Undang-undang
tempatan anda mungkin mempengaruhi cara
anda melakukannya.
Tidak mengikut Cara Kita Bekerja boleh
memberi kesan yang sangat serius – termasuk
kerosakan kepada reputasi kita, denda dan
penalti yang besar, malah liabiliti jenayah kepada
anda, pengurus dan/atau BT. Jika anda bekerja
untuk BT dan anda tidak mematuhi Cara Kita
Bekerja, kami akan menyiasat sepenuhnya dan
mungkin mengambil tindakan tatatertib yang
sesuai, sehingga dan termasuk pemecatan.
Kami tidak dapat meliputi segala-galanya
dalam Cara Kita Bekerja ini dan dalam
sesetengah situasi anda perlu menggunakan
pertimbangan sendiri bagi memilih tindakan
yang paling sesuai. Jika ragu-ragu, bertanya.
Di halaman 17, anda akan temui panduan
tentang menyelesaikan konflik dan ke mana
harus dituju bagi mendapatkan nasihat lanjut.
Terdapat bahagian tentang cara melaporkan
sebarang kebimbangan (halaman 10). Jika anda
fikir bahawa anda atau seseorang mungkin
melanggar Cara Kita Bekerja, undang-undang
atau mana-mana dasar BT, sila speak up.
(Nota: hiperpautan dalam dokumen ini bertujuan untuk menghalakan pekerja BT ke lokasi-lokasi dalam dokumen ini, atau intranet korporat kita – ia dilumpuhkan dalam versi luaran dokumen ini)
Prinsip perniagaan BT
Halaman 6
Setiap orang yang bekerja dengan BT harus bertindak dengan penuh integriti, bekerja secara beretika dan menghidupkan nilai-nilai BT. Piawaian perniagaan dan dasar pekerja kita menjadi dasar kepada prinsip-prinsip ini.
Bertindak dengan penuh Integriti
Ini bermaksud berpegang teguh pada prinsip
dan piawaian perniagaan kita. Integriti penting
kerana kita secara semula jadi ingin melakukan
perkara yang betul. Integriti juga merupakan
kesedaran perniagaan yang baik untuk BT. Ia
memberi keyakinan kepada orang ramai
terhadap perniagaan kita, yang membantu
memastikan kita terus berkembang dan
memberi pulangan yang sihat kepada para
pemegang saham dalam jangka panjang.
Bertindak dengan penuh integriti membantu kita
bekerja bersama-sama di seluruh dunia. Ia juga
membantu kita menjadikan perancangan serta
perlaksanaan kita lebih berkesan,
membantutkan masalah dan menjalinkan
hubungan yang lebih erat dengan semua
pemegang saham kita.
Bekerja secara beretika
Prinsip-prinsip dalam Cara Kita Bekerja
digariskan bagi memastikan setiap orang yang
bekerja untuk BT berpegang teguh pada
piawaian tinggi yang sama. Pada masa yang
sama, ia direka bagi menghormati adat dan
tradisi tempatan. Sebagai sebuah syarikat kita
sentiasa ingin melakukan perkara yang betul -
tetapi ia tidak semestinya jelas dan mudah.
Kadangkala kita perlu membuat keputusan
yang sukar, menyeimbangkan isu-isu dan
kepentingan yang rumit serta bercanggahan.
Kita percaya tentang bersikap telus, terbuka
dan jujur dalam setiap cara kita melaporkan
prestasi kita: dari segi kewangan, alam sekitar
dan kemasyarakatan.
Kita mesti bersedia untuk menjustifikasi
tindakan kita dan menjelaskan keputusan kita
kepada mereka yang .
Menghidupkan nilai-nilai kita
Nilai-nilai kita adalah teras bagi cara kita
melakukan sesuatu di BT. Ia merumuskan
persamaan antara kita semua, dan menjelaskan
tingkah laku yang kita jangkakan daripada satu
sama lain. Semua pekerja BT mesti
mempertimbangkan nilai-nilai ini di samping
prinsip-prinsip perniagaan lain dalam Cara Kita
Bekerja dan tanya: ‘Adakah apa yang saya
lakukan selari dengan cara kita melakukan
sesuatu di BT?’
Piawaian perniagaan BT
Halaman 7
Bagaimana semua ini sesuai bersama?
Piawaian perniagaan BT boleh diterapkan pada prinsip perniagaan kita.
Kami telah menetapkannya di sini dan setiap orang yang bekerja untuk
dan bagi pihak BT seluruh dunia mesti mengikutinya. Dasar pekerja kita
menggariskan peraturan terperinci untuk pekerja BT yang mengguna
pakai piawaian perniagaan kita.
Piawaian perniagaan kita
Integriti peribadi dan perniagaan
mengikuti undang-undang (Halaman 14): Kita mematuhi undang-
undang, kewajipan perlesenan/kebenaran dan sebarang peraturan lain
sogokan dan rasuah (Halaman 15): Kita tidak bertolak ansur dengan apa
jua jenis sogokan
konflik kepentingan (Halaman 17): Kita mengelakkan kepentingan atau
situasi yang berkonflik, atau mungkin kelihatan berkonflik, dengan
kewajipan kita terhadap BT.
Melindungi maklumat dan aset
maklumat dan data (Halaman 21 ): Kita berhasrat untuk melindungi
butiran sulit dan tertutup bagi syarikat, pekerja dan pelanggan kita
aset kita (Halaman 25): Kita melindungi jenama dan aset fizikal,
kewangan serta intelek kita
menguruskan risiko (Halaman 27): Kita menguruskan risiko kepada
perniagaan kita dan mempertimbangkan risiko apabila membuat
keputusan.
Prinsip Perniagaan
Peraturan terperinci untuk pekerja BT yang mengguna pakai piawaian perniagaan kita
Bertindak dengan penuh Integriti Bekerja secara beretika Menghidupkan nilai-nilai BT
Integriti peribadi dan perniagaan Melindungi maklumat dan aset Bekerja bersama-sama Tempat kita di dunia
Piawaian Perniagaan
Dasar Pekerja
Piawaian perniagaan BT (bersambung)
Halaman 8
Bekerja bersama-sama
menyelesaikan tugas dengan cara yang betul (Halaman 30): Kita
menghormati satu sama lain. Kita inginkan persekitaran kerja yang
membantu setiap daripada kita mencapai lebih banyak. Kita gembira
bekerja di organisasi yang pelbagai dan mendapat manfaat daripada
melihat sesuatu dengan cara yang berbeza. Kita melayan setiap orang
dengan sama rata dan kita tidak bertolak ansur dengan sebarang jenis
gangguan atau prejudis. Kita menjadikan BT tempat kerja yang
membanggakan
hak asasi manusia (Halaman 32): Kita menghormati maruah,
kebebasan dan kesamaan setiap orang yang bekerja bersama kita.
Dasar dan prosedur kita adalah berdasarkan Deklarasi Hak Asasi
Manusia Sejagat Bangsa-bangsa Bersatu
komunikasi (Halaman 34): Kita berhasrat untuk bersikap benar,
membantu dan tepat dalam apa jua yang kita tulis atau katakan. Kita
bercakap dengan jujur dan kita mendengar
menghargai komitmen (Halaman 35): Kita tidak membuat janji yang
kita tahu tidak boleh kita tepati; kita sentiasa mendapatkan kebenaran
yang sesuai sebelum membuat sebarang komitmen yang penting
bersaing secara adil (Halaman 36): Kita bersaing dengan bersungguh-
sungguh tetapi secara adil, bersikap jujur dan amanah dalam semua
urusan kita.
Tempat kita di dunia
menjaga kesihatan dan keselamatan (Halaman 38): Kita prihatin dan
melindungi pekerja kita serta orang lain yang mungkin terjejas oleh
aktiviti kita. Kita menjaga kesihatan, keselamatan serta kesejahteraan
mereka
alam sekitar (Halaman 40): Kita komited dalam mencegah
pencemaran dan meminimumkan kesan operasi kita terhadap alam di
seluruh dunia
sumbangan politik (Halaman 42): Kita tidak membuat sumbangan
kepada mana-mana parti politik, kepada kempen mana-mana calon
wakil rakyat, atau bagi menyokong mana-mana wakil rakyat.
Ke mana harus dituju
Halaman 9
Isi Kandungan
Melaporkan Kebimbangan
Mendapatkan Nasihat
Melaporkan kebimbangan
Halaman 10
Walaupun BT mempunyai reputasi yang
baik dari segi menjalankan perniagaan secara beretika, kita tidak boleh cepat berpuas hati. Sebagai sebahagian daripada dorongan untuk memastikan kita mengekalkan piawaian tertinggi, kita mempunyai ‘Speak Up’: talian penting yang percuma dan sulit yang boleh dihubungi oleh sesiapa yang bekerja untuk BT, tanpa mengira negara mana mereka bekerja. Anda akan temui nombor untuk negara anda daripada pautan di bawah.
Biasanya, cara terbaik untuk menangani
masalah ialah bercakap dengan pengurus
barisan anda, atau hubungi pasukan Etika (atau
di [email protected] jika anda di luar BT). Isu-isu
HR harus diberitahu kepada pengurus barisan
anda. Namun, terdapat beberapa keadaan di
mana menghubungi talian penting ‘Speak Up’
merupakan cara yang terbaik dan/atau paling
selamat bagi mengemukakan isu etika yang
sensitif kepada seseorang yang tiada kaitan
dengan pasukan anda.
Terdapat beberapa cara untuk melaporkan isu.
Anda boleh bercakap mengenainya dengan
orang sebenar, atau pun tinggalkan mel suara
selamat. Atau anda juga boleh tinggalkan
mesej secara dalam talian. Kami tahu anda
memerlukan keberanian untuk bersuara. Kami
akan lakukan apa jua yang termampu bagi
menyokong serta melindungi anda. Kami tidak
akan membenarkan sesiapa untuk bertindak
balas terhadap anda kerana melaporkan
kebimbangan dengan jujur. Jika seseorang
cuba menghalang anda daripada bersuara, itu
merupakan satu kesalahan tatatertib. Kami
akan mengendalikannya dengan serius -
termasuk membuang kerja, jika sesuai - di
mana-mana peringkat organisasi kita.
Untuk maklumat lanjut, lawati laman web talian
penting sulit.
Kes-kes istimewa
Terdapat beberapa negara yang kita bekerja di
mana:
meninggalkan mesej talian penting secara
tanpa nama adalah tidak dibenarkan
anda perlu cuba menyelesaikan isu itu di
peringkat tempatan (sebagai contoh,
dengan pengurus barisan anda) dahulu
sebelum menghubungi talian penting
‘Speak Up’
anda hanya boleh melaporkan jenis isu
yang tertentu kepada talian penting –
seperti penipuan perakaunan, rasuah dan
kesalahan alam sekitar.
Sebelum anda mendail: periksa laman web
talian penting sulit untuk mendapatkan butiran
nombor telefon yang perlu dihubungi di negara
anda, dan untuk sebarang arahan khas.
Mendapatkan nasihat
Halaman 11
Jika terdapat apa-apa di dalam dokumen ini yang tidak anda fahami atau inginkan maklumat lanjut:
sila lawat laman web Cara Kita Bekerja
sila baca dasar dan prosedur pekerja tempatan anda di intranet
sila bercakap dengan pengurus barisan anda atau seseorang yang
rapat dengan perniagaan anda
hubungi pasukan Etika. (Jika anda tidak bekerja di BT anda boleh
hubungi mereka di [email protected]).
hubungi salah satu talian bantuan kita:
– Keselamatan: 0800 321 999 (UK): +44 1908 641 100 (di luar UK)
– Pemerolehan dan rantaian bekalan: +44 (0)1977 592270
– Hubungi ASK HR atau Peopleline: 0800 731 4747 (UK) atau
+44 1908 358 888 (di luar UK) atau
atau hubungi ‘Speak Up’, talian penting sulit kita
jika anda ingin melaporkan sebarang
kebimbangan.
Tidak pasti apa harus dilakukan? Kadangkala ia tidak jelas. Tanya diri sendiri:
Halaman 12
‘’Adakah ia selari dengan nilai-nilai dan Cara Kita Bekerja?’
‘’Adakah saya akan berasa gembira membaca tentangnya di surat khabar?’
‘’Adakah ia sah?’
‘’Adakah saya selesa dengan keputusan ini?’
‘’Bolehkah saya menjelaskan keputusan saya kepada rakan sekerja dan keluarga?’
Integriti peribadi dan perniagaan
Halaman 13
Isi Kandungan
Mematuhi undang-undang
Sogokan dan rasuah
Konflik kepentingan
Mematuhi undang-undang
Halaman 14
Mematuhi undang-undang ialah asas di mana
terbinanya piawaian etika kita. Kita jujur dan penuh
hormat. Kita sentiasa menghormati dan mematuhi
undang-undang, tatacara serta peraturan pada
bandar, negeri dan negara di mana kita beroperasi.
Anda mesti berpegang teguh pada undang-undang
tempatan. Mungkin juga terdapat undang-undang
yang boleh dikenakan di peringkat antarabangsa
(misalnya Akta Sogokan UK 2010 atau Akta Amalan
Rasuah Asing AS atau keperluan-keperluan lesen
yang berkenaan. Sebagai syarikat global, BT perlu
berhati-hati tentang di mana ia menjalankan
perniagaan dan dengan siapa ia berniaga. Ini
termasuk mematuhi embargo dan sekatan yang
dikenakan terhadap negara atau sekumpulan
negara, atau individu tertentu.
Kita dikehendaki oleh undang-undang untuk
mematuhi sekatan dan embargo di seluruh dunia.
Kegagalan mematuhi sekatan dan embargo ini
boleh mendedahkan BT dan diri anda kepada
penalti jenayah dan pentadbiran yang berat, juga
kerosakan reputasi terhadap jenama kita.
menimbangkan bila perlu mendapatkan nasihat.
Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang
undang-undang yang mempengaruhi kerja anda,
sila hubungi bahagian BT Legal.
Laporkan
Jika anda bekerja untuk BT dan anda fikir anda,
rakan sekerja, atau seseorang yang ada kaitan
dengan BT mungkin telah melanggar undang-
undang, laporkannya kepada pengurus barisan
anda,BT, Keselamatan BT atau ke talian penting
sulit kita.
Soalan dan jawapan
S Undang-undang tempatan di negara saya
bercanggah dengan apa yang dinyatakan dalam
Cara Kita Bekerja. Mana satu yang betul?
J Undang-undang mesti diutamakan. jika
undang-undang tempatan bercanggah dengan
dasar dalam Cara Kita Bekerja dan
memerlukan piawaian yang lebih tinggi anda
mesti mematuhi undang-undang. Jika anda
J Boleh jadi anda, atau BT, atau kedua-duanya,
dan ia boleh membawa kepada dakwaan sivil
dan jenayah. Jika anda ragu-ragu, sila
berbincang dengan Perundangan BT sebelum
melakukan apa-apa yang anda fikir mungkin
melanggar undang-undang. Sekiranya anda
melanggar undang-undang semasa bekerja
kami juga mungkin mengambil tindakan
tatatertib.
S Bagaimana jika pelanggan meminta saya
melakukan sesuatu yang melanggar sedikit
peraturan?
J Cari cara lain bagi membantu mereka.
Misalnya, di UK, rejim pengizinan Ofcom
memberi kita kebebasan untuk menjalankan
perniagaan dengan had-had tertentu.
Berintegriti bermaksud menghormati had-had
tersebut. Sekiranya anda tidak pasti
bagaimana untuk mengendalikan situasi
tertentu, sila berbincang dengan pengurus
barisan anda atau dapatkan nasihat daripada
Siapa yang harus ditanya
Walaupun anda tidak dijangkakan untuk
fikir terdapat percanggahan, sila tanya
Perundangan BT.
Kita mematuhi undang-undang, kewajipan
perlesenan/kebenaran dan sebarang
peraturan lain.
mengetahui setiap undang-undang, tatacara dan
peraturan secara terperinci, anda diharap supaya
mengetahui secukupnya agar anda boleh
S Siapakah yang bertanggungjawab di sisi
undang-undang jika saya melanggar undang-
undang semasa menjalankan tugas?
bahagian Hal Ehwal Kawal Selia atau
Perundangan BT.
Sogokan dan rasuah
Halaman 15
Apa itu sogokan?
BT mengamalkan toleransi sifar terhadap sogokan.
Sekiranya anda membuat, membenarkan,
meminta atau menerima apa jua jenis tawaran,
hadiah, wang sogokan atau bayaran bagi
mendapatkan atau mengekalkan kelebihan yang
tidak adil, itu dinamakan sogokan. Ia tidak
semestinya melibatkan wang.
UK, AS dan banyak negara lain mempunyai
undang-undang sogokan bagi sektor awam dan
swasta. Undang-undang seperti Akta Sogokan UK
2010 dan Akta Amalan Rasuah Asing AS
mempunyai skop seluruh dunia dan boleh
dikenakan kepada BT di mana juga kita
menjalankan perniagaan.
Kita juga mempunyai dasar antirasuah dan
sogokan kita sendiri. Sebagai seseorang yang
bekerja untuk BT, adalah menjadi tanggungjawab
anda untuk membaca, mengetahui dan mematuhi
dasar ini, yang boleh dikenakan di seluruh dunia.
Berikut ialah pautan ke dasar ini dan panduan
mengenai laman intranet Cara Kita Bekerja.
bayaran tunai yang tidak normal
hadiah mewah diterima
keputusan penerimaan projek atau kontrak
yang tidak diduga atau tidak logik
proses yang luar biasa lancarnya bagi kes-kes
di mana seseorang yang tidak memiliki tahap
pengetahuan atau kepakaran yang
dijangkakan
memintas proses pembidaan atau pemberian
kontrak yang biasa
prosedur syarikat, kawalan atau garis panduan
kewangan tidak diikuti. Sekiranya anda
melanggar undang-undang antirasuah, anda
boleh mengakibatkan penalti jenayah atau sivil
ke atas diri sendiri, BT atau rakan kita. Jika
terdapat sesuatu yang anda tidak pasti,
hubungi Pasukan Etika atau Perundangan BT.
Memberi dan menerima hadiah dan hospitaliti
Kita tidak akan sesekali menawarkan atau
menerima hadiah, bayaran atau hospitaliti bagi
menggalakkan atau memberi ganjaran kepada
sesuatu keputusan.
Kita tidak bertolak ansur dengan apa jua jenis sogokan.
Rasuah boleh muncul dalam banyak bentuk dan kami tidak dapat menyenaraikan
kesemuanya. Tetapi perhatikan:
Hadiah dan hospitaliti di atas had tertentu mestilah
didaftarkan untuk kelulusan.
Hadiah dan hospitaliti boleh jadi bahagian yang
normal dan sihat dalam menjalinkan hubungan
perniagaan. Ia menjadi masalah hanya jika
bertujuan untuk mempengaruhi keputusan kita,
memberi kita kelebihan yang tidak adil berbanding
pesaing, atau mengehadkan hak pelanggan untuk
memilih dengan bebas. Budaya yang berbeza
memberi pendirian yang berlainan tentang apa
yang boleh atau tidak boleh diterima. Sebagai
sebuah perniagaan antarabangsa, kita perlu
menghormati perbezaan ini, dan dalam masa yang
sama terus berpegang teguh kepada prinsip kita.
Kita mempunyai dasar hadiah dan hospitaliti bagi
membantu anda menentukan sama ada ianya
sesuai atau tidak.
Setiap kali anda memberi atau menerima apa jua
jenis hadiah atau hospitaliti, anda mesti mengikuti
dasar. Anda tidak seharusnya memberi atau
menerima hadiah atau hospitaliti jika ia bertujuan
untuk mempengaruhi anda atau individu yang
menerimanya. Anda tidak seharusnya memberi
atau menerima hadiah dan hospitaliti yang mewah
yang, atau yang mungkin kelihatan, tidak sesuai
dalam keadaan tersebut.
Sogokan dan rasuah (bersambung)
Halaman 16
Siapa yang harus ditanya
Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan
tentang sogokan dan rasuah, sila tanya pengurus
barisan anda atau hubungi Pasukan Etika. (Jika
anda tidak bekerja di BT, sila hubungi mereka di
Laporkan
Jika anda bekerja untuk BT, bila-bila masa anda
menghadapi isu etika:
laporkannya kepada pengurus barisan anda,
Pasukan Etika atau talian penting sulit kita
secepat yang mungkin
rekodkan semua butiran
sila tanya Pasukan Etika dahulu sebelum
membuat keputusan ke atas apa yang harus
dilakukan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang sebab
untuk mengesyaki bahawa seseorang yang
bekerja untuk atau bagi pihak BT mungkin terlibat
dalam sogokan atau rasuah, tidak kira berapa
kecil, anda mestilah bersuara. Bertindak dengan
cepat jika anda bimbang.
Soalan dan jawapan
S Saya sudah menyediakan semua dokumen
yang betul, tetapi pihak kastam enggan
meluluskan. Saya rasa sedikit tip akan
membantu mempercepatkan kelulusan. Adakah
ia dibenarkan?
J Tidak, itu ialah rasuah. Walaupun sesetengah
bidang kuasa membolehkan apa yang dipanggil
‘bayaran pemudahan’, namun kami tidak. Ia
juga tidak sah di bawah Akta Sogokan UK 2010
yang boleh dikenakan kepada BT di seluruh
dunia.
S Kami mempunyai rakan perniagaan yang selalu
menjemput eksekutif BT ke jamuan makan
malam dan acara yang mungkin dianggap
mewah di sesetengah negara - tetapi ia biasa
sahaja di sini. Kelihatan seperti tiada motif atau
jangkaan tersembunyi di sebaliknya, sekadar
untuk menjalinkan hubungan baik. Apa yang
perlu saya lakukan?
J Perkara terbaik untuk anda lakukan ialah
bertanya kepada Pasukan Etika. Kami tidak
mahu menyinggung perasaan anda, tetapi kami
juga tidak mahu memberi tanggapan yang salah
kepada sesiapa. Apa yang kelihatan pada orang
lain itu penting, walaupun anda pasti bahawa
tiada agenda yang tersembunyi. Hadiah dan
hospitaliti harus telus dan sepadan. Jika ragu-
ragu, sila tolak dengan baik. Jangan lupa untuk
mendaftarkannya dan dapatkan kelulusan
terlebih dahulu bagi hadiah dan hospitaliti jika ia
melebihi nilai ambang yang ditetapkan.
S Dalam usaha niaga permulaan baharu kami,
syer pasaran sangat penting. Dengan sejumlah
bayaran, saya boleh memenangi kontrak. Tanpa
bayaran tersebut, kita akan kehilangan kerja ini.
Jika saya melepaskan peluang ini, tidakkah
saya membahayakan perniagaan kita dan
kerjaya saya?
J Membuat bayaran akan melanggar undang-
undang, juga dasar antirasuah dan sogokan
kita. Ia juga akan menjejaskan integriti anda
serta reputasi BT. Tiada kontrak, tidak kira
berapa besar, dapat menjustifikasi perlanggaran
undang-undang atau Cara Kita Bekerja.
Perniagaan beretika ialah satu-satunya
perniagaan yang menarik minat kita. Kami akan
menyokong sesiapa yang menolak untuk
menawarkan atau menerima bayaran, hadiah
atau bantuan – walaupun jika ia bermakna
kehilangan urus niaga.
Konflik kepentingan
Halaman 17
Apa itu konflik kepentingan?
Konflik kepentingan ialah sebarang situasi di mana
kesetiaan anda mungkin kelihatan bercanggahan
dengan kewajipan anda terhadap BT.
Ia mungkin konflik antara kepentingan BT dan
kepentingan peribadi anda. Jika kepentingan
peribadi mengganggu, atau sekadar kelihatan
mengganggu, dengan kewajipan anda terhadap BT,
maka konflik kepentingan mungkin timbul. Konflik
kepentingan juga mungkin timbul dalam bentuk
kewangan, seperti pegangan saham yang besar
dalam syarikat pesaing BT atau bekerja untuk
pesaing atau pembekal BT atau memiliki pekerjaan
lain yang menjejaskan kerja anda di BT; atau bukan
kewangan, seperti konflik yang timbul daripada
hubungan keluarga rapat dan/atau peribadi lain.
Sekiranya anda tidak pasti sama ada anda mempunyai konflik, tanya diri anda:
Adakah ia akan menyebabkan rasa malu jika
ada orang yang tahu tentang kepentingan
anda yang lain itu?
Bagaimana perasaan anda/ pengurus anda
jika hal itu dipaparkan di dada akhbar?
Apakah implikasi yang lebih besar bagi BT
secara keseluruhannya?
Adakah jawatan/ kepentingan luaran anda
mempengaruhi anda dalam apa jua cara?
Mungkinkah orang lain akan terfikir bahawa
jawatan/ kepentingan anda mungkin
mempengaruhi anda - walaupun jika
sebaliknya?
Mengisytiharkan kepentingan anda
Kita mengharapkan setiap orang yang bekerja
untuk BT tidak berat sebelah dan telus, tidak kira
di bahagian atau peringkat organisasi mana anda
bekerja. Anda seharusnya tidak menggunakan
kedudukan anda di BT (atau sebarang maklumat
dalaman) untuk keuntungan peribadi, atau dengan
cara yang boleh merosakkan perniagaan kita –
Anda tidak akan dapat mengelak daripada konflik
setiap masa, tetapi walaupun ia sekadar masalah
yang mungkin akan berlaku, anda harus
memberitahu pengurus barisan dengan segera,
agar anda boleh sepakat tentang cara
mengendalikannya secara terbuka dan jujur.
Jika anda tidak pasti sama ada anda mempunyai
konflik kepentingan atau anda tidak mahu
memberitahu pengurus barisan anda, sila hubungi
Pasukan Etika. (Jika anda tidak bekerja di BT, sila
hubungi mereka di [email protected]).
Laporkan
Jika anda bekerja untuk BT dan merasakan
bahawa seseorang di syarikat mungkin mempunyai
konflik kepentingan, sila beritahu mereka atau
pengurus barisan mereka. Jika anda merasakan
bahawa seseorang yang bekerja untuk pembekal
BT atau ejen BT mungkin mempunyai konflik
kepentingan dengan BT, sila beritahu pengurus
barisan anda.
Sekiranya anda tidak merasa bahawa anda boleh
mengemukakan perkara itu kepada mereka secara
langsung, laporkannya kepada Pasukan Etika atau
Speak Up, talian penting sulit BT (lihat ‘melaporkan
kebimbangan’ untuk butiran lanjut).
Adakah ia menjejaskan cara anda melakukan
kerja untuk BT? Jika orang lain tahu tentang
kepentingan atau hubungan itu, adakah
Kita mengelakkan kepentingan atau situasi yang bercanggah, atau mungkin kelihatan
bercanggah, dengan kewajipan kita terhadap BT. Jika ia tidak dapat dielakkan, kita akan mengisytihar dan menyelesaikannya.
mereka akan mempersoalkan kebolehan anda
melakukan kerja dengan setia, jujur, berintegriti
dan adil seperti yang dituntut?
atau memberi orang lain sebab untuk percaya
bahawa anda akan berbuat demikian.
Siapa yang harus ditanya
Konflik kepentingan (bersambung)
Halaman 18
Soalan dan jawapan
S Saya bekerja dengan BT secara sambilan
jawatandi bahagian jualan. Saya juga
bekerja secara sambilan dengan syarikat
lain. Apa yang perlu saya lakukan?
J Anda harus menghubungi pengurus barisan
anda dan daftarkannya sebagai
kemungkinan konflik kepentingan untuk
semakan, sebagai contoh, memegang
jawatan di syarikat pembekal atau pesaing
adalah tidak dibenarkan.
S Pasangan saya mengendalikan firma
percetakan kecil, dan saya yakin mereka
boleh membuat risalah kita pada harga
yang jauh lebih rendah. Bolehkah saya
memberi kontrak kepada mereka?
J Tidak. Bayangkan apa pandangan orang
jika mereka tahu bahawa anda memberi
kontrak kepada pasangan anda. Jika
pasangan anda merancang untuk membida
kerja BT, anda mesti mengisytiharkan
hubungan anda dengan segera dan
seseorang yang lain mesti menyelia proses
pemerolehan itu.
S Saya pekerja BT, tetapi saya dipinjamkan
ke syarikat usaha niaga. Kepentingan siapa
yang harus saya utamakan?
J Harapnya, tidak akan ada konflik
kepentingan antara BT dan usaha niaga itu.
Integriti profesional peribadi anda harus
merupakan perkara yang paling penting
pada setiap masa dan anda mesti sentiasa
mematuhi Kod ini serta dasar antirasuah
dan sogokan BT. Namun, anda
bertanggungjawab kepada usaha niaga
selama tempoh anda bekerja dengan
mereka. Sekiranya anda rasa kepentingan
peribadi anda mengganggu atau mungkin
mengganggu kepentingan usaha niaga,
maka anda harus mengisytiharkan perkara
ini kepada pengurus barisan anda.
S Perkara ini belum diketahui umum, tetapi
saya mendapat tahu daripada kerja saya
bahawa sekarang mungkin masa yang baik
untuk membeli saham BT. Bolehkah saya
membelinya? Bolehkah saya memberitahu
keluarga dan rakan saya?
J Sudah tentu tidak. Itu dipanggil
‘perdagangan orang dalam’, dan ia adalah
jenayah yang sangat serius. Jika ragu-ragu
sila tanya Pasukan Etika.
S Ahli keluarga saya ingin bekerja untuk BT,
mungkin di jabatan yang sama dengan
saya. Adakah ini akan menjadi masalah?
J Ia tidak menjadi masalah jika dasar
tempatan di negara di mana anda bekerja
membenarkannya dan terdapat
pengasingan yang sesuai antara jawatan
anda dan jawatan yang dipohon oleh ahli
keluarga anda itu. Anda tidak boleh terlibat
dalam apa jua cara dalam menentukan
siapa yang akan diambil bekerja - termasuk
proses permohonan dan temu duga. Jika
ahli keluarga anda itu sudah menyertai kita,
anda harus memastikan bahawa anda tidak
bertanggungjawab dalam sebarang
keputusan terhadap tugas atau gaji mereka,
bagi mengelakkan sebarang tuduhan pilih
kasih.
Konflik kepentingan (bersambung)
Halaman 19
S Seorang pelanggan mempunyai saudara
yang ingin bekerja untuk BT. Mereka
meminta saya membantu saudaranya itu
mendapatkan pekerjaan. Adakah ini akan
menimbulkan masalah?
J Anda boleh memaklumkan kepada mereka
jika terdapat kekosongan yang diiklankan di
luar, tetapi anda tidak seharusnya terlibat
dalam proses pengambilan pekerja
tersebut. Proses pengambilan pekerja
standard mesti diikuti dan calon yang
terbaik untuk jawatan itu dipilih. Saudara
pelanggan tidak seharusnya diberikan
sebarang layanan istimewa. Jika ragu-ragu
sila hubungi Pasukan Etika di
[email protected]. Jika, setelah mengikuti
proses pemilihan yang terbuka dan adil
saudara pelanggan itu diambil bekerja oleh
BT, mereka tidak seharusnya diberikan
sebarang layanan istimewa. Selain itu
mereka tidak seharusnya bekerja dalam
jawatan di mana mereka boleh
mempengaruhi keputusan yang berkaitan
dengan pelanggan tersebut.
S Adakah OK untuk memiliki hubungan
peribadi dengan seseorang di tempat kerja?
J Ya jika situasi itu ditangani dengan wajar,
walaupun dasar berbeza-beza mengikut
tempat. Hubungan peribadi tidak
seharusnya mempunyai kesan yang negatif
terhadap perniagaan, persekitaran kerja dan
orang lain yang bekerja di BT. Jika anda
merasakan bahawa anda mungkin
mempunyai konflik kepentingan maka anda
harus mengisytiharkan perkara itu kepada
pengurus barisan anda (atau sokongan HR
tempatan anda jika hubungan anda itu
adalah dengan seseorang dalam barisan
anda) dan patuhi sebarang dasar tempatan
berhubung perkara ini.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan
lain, sila hubungi Pasukan Etika.
Melindungi maklumat dan aset
Halaman 20
Isi Kandungan
Maklumat dan data
Aset kita
Menguruskan risiko
Maklumat dan data
Halaman 21
Kita seringkali perlu menggunakan maklumat
tentang orang bagi melakukan tugas kita - sama
ada ianya mengenai rakan sekerja, pelanggan
kediaman atau data orang yang dimiliki oleh
pelanggan perniagaan kita.
Anda harus sentiasa mengendalikan data
sedemikian seolah-olah ia milik anda sendiri -
pastikan ia selamat dan terjamin dan fikirkan
bagaimana ia harus dikendalikan seandainya ia
melibatkan maklumat anda sendiri.
Privasi dan pematuhan data
Maklumat tentang orang juga dikenali sebagai data
peribadi – umpamanya, sebagai contoh, nama,
alamat, nombor telefon, alamat e-mel peribadi,
nombor akaun, tarikh lahir, akaun bank atau
maklumat bil seseorang. Ia termasuk data yang
disimpan di sistem BT, dalam dokumen kertas, e-
mel, rakaman panggilan, memori USB, peranti
mudah alih atau media storan yang lain.
Mengendalikan data peribadi dengan betul adalah
kunci dalam membina kepercayaan antara kita
dengan pelanggan serta rakan sekerja.
yang mana bukan; fahami bagaimana anda
diharapkan untuk menggunakan maklumat ini
dalam tugasan harian anda dan berhati-hati bagi
mengelak sebarang masalah.
BT juga mengendalikan banyak maklumat yang
diberikan kepada kita oleh perniagaan dan
organisasi sektor awam yang merupakan
pelanggan kita. Sesetengah maklumat ini
merupakan “data peribadi” yang diterangkan di
atas. Sesetengah daripadanya mungkin bukan data
orang tetapi tetap sangat penting kepada
perniagaan dan pelanggan sektor awam kita. Oleh
itu, pelanggan besar ini akan kerap memberitahu
kita secara khusus bagaimana mereka mahu anda
menggunakan dan melindungi data mereka,
sebagai contoh, dalam kontrak menggunakan
terma dan syarat mereka. Anda perlu memikirkan
tentang apa yang telah kita persetujui di dalam
kontrak, di samping peraturan umum bagi operasi
yang melibatkan data peribadi. Bahagian di bawah
pada halaman 23, menandatangani kontrak dengan
pelanggan perniagaan, menerangkan apa yang
perlu anda lakukan.
perniagaan yang sah atau jika undang-
undang mengkehendaki kita berbuat
demikian.
– Hanya kumpul dan gunakan data peribadi
setakat yang anda perlukan untuk tugasan
dalam tangan dan jawatan anda, tidak lebih
daripada itu
– Bersiap sedia untuk menyoal rakan sekerja
apabila mereka meminta akses kepada data
peribadi - adakah mereka mempunyai
kebenaran dan keperluan perniagaan yang
benar?
Sekiranya anda mempunyai akses kepada
data peribadi ia hanya boleh digunakan untuk
tujuan yang sama dengan sebab asal ia
dikumpulkan
– Jangan gunakan data peribadi untuk tujuan
yang baru atau berbeza, misalnya, pengujian
sistem, kecuali jika anda mendapat
kelulusan daripada Perundangan BT
– Jangan sesekali berbincang atau
mendedahkan data kepada rakan sekerja
melainkan terdapat keperluan perniagaan
untuk berbuat demikian.
Kita berhasrat untuk melindungi butiran sulit dan tertutup bagi syarikat, pekerja dan pelanggan kita.
Data peribadi dilihat sebagai sesuatu yang sangat
penting sehinggakan banyak negara mempunyai
undang-undang privasi yang menggariskan cara
bagaimana ia harus dikendalikan dan dilindungi dan
kita mestilah mematuhinya. Oleh itu, pastikan anda
boleh mengenal yang mana data peribadi, dan
Perkara penting yang perlu diingat oleh setiap orang apabila mengendalikan data peribadi:
Anda hanya boleh mengumpulkan dan
menyimpan data peribadi untuk tujuan
Maklumat dan data
Halaman 22
– Luangkan sedikit masa bagi memastikan anda merekodkan butiran peribadi orang dengan betul, misalnya semasa mengambil pesanan
– Kesilapan boleh membawa kerugian dan boleh membuat kita kelihatan tidak profesional
– Sentiasa ambil peluang untuk memeriksa butiran hubungan dan pengebilan pelanggan
– Jika seseorang mengatakan bahawa mereka tidak mahu menerima pemasaran langsung daripada BT, pastikan anda mengemas kini butiran mereka dengan segera pada sistem BT.
Simpan data peribadi dengan selamat dan terjamin bagi memastikan tiada siapa boleh mengakses, mengubah, menghapuskan atau menghilangkannya tanpa kebenaran.
– Sila ikuti panduan dan dasar Keselamatan BT – ia diwujudkan bagi membantu anda melakukan perkara yang betul
– Sentiasa periksa dan pastikan bahawa seseorang yang mendakwa diri mereka p elanggan atau rakan sekerja dari lokasi lain BT adalah diri mereka yang sebenar
hanya kongsikan sekadar yang diperlukan sahaja bagi mencapai matlamat anda
– Jangan lupa untuk berfikir dengan teliti tentang di mana anda berada, dan siapa yang mungkin terdengar atau terlihat apa yang sedang anda kerjakan. Jangan bincangkan perniagaan BT yang sulit di tempat-tempat awam
– Sebelum menghantar maklumat ke luar syarikat, tanya kepada diri anda: “Adakah ia sesuai untuk dihantar?” dan “Adakah saya telah melindunginya selari dengan dasar keselamatan kita?”
– Dokumen kertas harus disimpan di tempat yang berkunci dan gunakan mesin pencincang kertas atau tong sampah sulit apabila hendak melupuskannya.
Hanya simpan data peribadi selama ia diperlukan untuk tujuan asal mengapa data itu kita perolehi, kecuali jika dikehendaki oleh undang-undang. BT telah menetapkan had masa ke atas berapa lama kita harus menyimpan data – ini boleh ditemui di sini
– Sentiasa tanyakan diri anda, “Adakah saya benar-benar perlu menyimpan data ini?”
– Jangan sesekali menyimpan data peribadi di komputer riba, batang memori atau peranti
– Lakukan pengemasan (housekeeping) dengan kerap dan padam/ hapuskan/ cincang data yang tidak lagi diperlukan.
Individu boleh meminta untuk melihat data peribadi apa yang dipegang oleh BT mengenai mereka dengan membuat permintaan yang dikenali di UK sebagai Permintaan Akses Subjek
– Adalah penting agar anda mengetahui apa yang harus dilakukan apabila menerima permintaan sedemikian. Maklumat lanjut tentang proses UK boleh ditemui di sini. Jika anda menerima permintaan untuk di luar UK, maka dapatkan nasihat daripada Pasukan Privasi Data.
Terdapat juga peraturan tambahan tentang apa yang dikenali sebagai “data peribadi sensitif”. Contohnya termasuk maklumat tentang kesihatan, bangsa, kepercayaan keuagamaan, pandangan politik, keahlian kesatuan perdagangan, rekod jenayah atau keseksualan seseorang
– Sekiranya jawatan anda memerlukan anda untuk mengendalikan data peribadi sensitif, anda mesti mendapatkan panduan daripada Pasukan Privasi Data sebelum berbuat demikian.
Pastikan semua data peribadi yang kita pegang adalah tepat dan terkini
Sentiasa pertimbangkan apa yang ada dalam
data dan dokumen yang anda sedang gunakan
dan kelaskannya dengan betul;
storan lain lebih daripada tempoh yang
diperlukan
Maklumat dan data
Halaman 23
Bergantung pada tugas yang anda lakukan, anda juga mungkin perlu mempertimbangkan perkara berikut
Terdapat peraturan yang ketat tentang memindahkan data peribadi dari satu negara ke negara lain, sebagai contoh, menghantarnya ke luar Kawasan Ekonomi Eropah. Peraturan ini boleh dikenakan walaupun jika seseorang itu hanya boleh mengakses data di sistem yang terletak di negara lain - itu juga tetap dinamakan perpindahan data
– Sentiasa dapatkan nasihat daripada pasukan perundangan atau pematuhan anda jika anda percaya bahawa anda akan memindahkan data peribadi atau membenarkan akses dari satu negara ke negara lain
– Pastikan anda telah memahami peraturan yang berkenaan dengan apa yang anda lakukan dan pastikan juga perlindungan kontraktual dan sekuriti yang sesuai telah tersedia.
Apabila kita menandatangani kontrak dengan pelanggan perniagaan, mereka mungkin mempunyai keperluan khusus tentang bagaimana data mereka, termasuk data peribadi, dikendalikan.
– Pastikan anda memahami bagaimana pelanggan mahu kita mengendalikan data mereka
– Sentiasa dokumenkan sebarang keperluan data yang dipersetujui bersama pelanggan di dalam kontrak; dapatkan nasihat perundangan dan pematuhan yang sesuai dalam situasi-situasi sebegini
– Sahkan, sebelum kontrak dipersetujui, bahawa kita mampu memberikan perkhidmatan yang selari dengan keperluan data pelanggan
– Produk, sistem dan proses kita mesti menguruskan data selari dengan keperluan pelanggan sepanjang hayat kontrak berkenaan
– Apabila memberi kontrak kepada pembekal/subkontraktor, maklumkan mereka tentang keperluan data pelanggan, nyatakannya dalam kontrak kita dan periksa dari semasa ke semasa bahawa ia disampaikan.
Siapa yang harus ditanya
Periksa bahawa anda tahu ke mana harus dituju untuk mendapatkan nasihat pakar. Ingat, BT mempunyai Pasukan Privasi Data yang boleh membantu anda melakukan perkara yang betul semasa mengendalikan data peribadi. Penyelaras perlindungan data untuk bahagian BT anda
ditunjukkan di laman intranet Perundangan, Tadbir Urus dan Pematuhan.
Anda boleh membaca dengan lebih lanjut tentang pendekatan kita terhadap privasi data di laman intranet, bersama-sama dasar perlindungan data BT dan data privasi kakitangan BT di sini.
Laporkan
Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini yang melibatkan data peribadi, akibatnya boleh jadi sangat serius. Reputasi BT boleh rosak teruk dan BT mungkin menghadapi tindakan undang-undang atau denda daripada pihak berkuasa. Kita berisiko untuk kehilangan kepercayaan pelanggan kita; dan akhirnya kehilangan perniagaan daripada mereka. Untuk kakitangan, sebarang tindakan sengaja atau kecuaian boleh mengakibatkan tindakan tatatertib dan, dalam kes terburuk, didakwa di mahkamah.
Jika anda mendapat tahu tentang sebarang
pencabulan data peribadi, tanpa mengira sekecil
mana ia mungkin kelihatan, anda mesti
melaporkannya dalam tempoh 24 jam kepada Pusat
Kawalan Keselamatan BT di 0800 321 999 atau
+44(0)1908 641 100 atau melalui e-mel di
[email protected]. Dasar pelaporan pencabulan data
BT tersedia di laman intranet.
Maklumat dan data (bersambung)
Halaman 24
Soalan dan jawapan
S Saya memegang data tentang orang yang
merupakan pelanggan BT tetapi
sebenarnya saya tidak melakukan apa-apa
dengannya. Adakah ia terkandung dalam
peraturan Perlindungan Data?
J Apabila anda merekodkan, mendapatkan,
menyimpan, memegang, mengakses,
mendedahkan atau menghapuskan data
tentang orang (pelanggan atau kakitangan)
anda mesti mematuhi dasar Perlindungan
Data Kumpulan BT. Oleh sebab undang-
undang perlindungan data wujud di Eropah,
Asia Pasifik dan Amerika, anda mesti
memastikan bahawa anda mematuhi
undang-undang tempatan dan mendapatkan
panduan daripada pakar BT.
Selain itu, anda harus tanyakan diri anda
sama ada anda benar-benar perlu untuk
terus memegang data ini jika anda tidak
memerlukannya. Anda harus menyimpan
data selari dengan had masa di dalam dasar
dan jadual Pengekalan Data Kumpulan BT
dan pastikan juga anda menerapkan
piawaian keselamatan maklumat BT.
S Pelanggan perniagaan mahu BT
menyatakan kesanggupan terhadap
keperluan dan sekatan pengendalian data
tertentu berhubung data mereka, bolehkah
ini dilakukan?
J Pelanggan sering mahukan sekatan
mengawal apa yang boleh kita lakukan, di
mana kita boleh melakukan, bagaimana kita
boleh melakukan dan siapa yang boleh
terlibat dalam pengendalian data mereka.
Mereka juga mungkin mahu memberi
maksud yang sangat meluas kepada istilah
‘data pelanggan’. BT boleh memenuhi
permintaan sedemikian jika kita benar-benar
mampu menyampaikan sekatan yang
diminta oleh pelanggan perniagaan; dan di
mana pemasukan permintaan sedemikian
dalam kontrak mereka bersama BT telah
menerima hebahan penutupan yang
sewajarnya. Anda harus mendapatkan
nasihat daripada orang hubungan BT yang
berkaitan bila perlu. Untuk maklumat lanjut
sila baca prinsip dan garis panduan.
S Saya ada terdengar bahawa penasihat
jualan kerap diminta maklumat pelanggan
seperti nombor telefon dan alamat oleh
rakan mereka. Bolehkah mereka
memberikan maklumat ini?
J Tidak. Ini adalah jenayah yang serius juga
perlanggaran yang berat terhadap Dasar
Perlindungan Data Kumpulan BT. Sebarang
pendedahan data pelanggan atau
kakitangan tanpa kebenaran sedemikian
akan dikenakan tindakan tatatertib,
termasuk dipecat.
Aset Kita
Halaman 25
Kita melindungi jenama dan aset fizikal, kewangan serta intelek kita.
Setiap daripada kita bertanggungjawab secara
peribadi untuk melindungi aset BT - sama ada
peralatan, harta benda dan maklumat atau
pengetahuan serta idea. Itu termasuk
menyimpan rekod yang betul tentang sebarang
sumber yang kita gunakan dan mengikut dasar-
dasar keselamatan kita.
Kecurian, kecuaian, pembaziran, kerosakan
atau penyalahgunaan harta dan pengubahan
rekod yang disengajakan mempunyai kesan
langsung terhadap keuntungan BT. Kita tidak
seharusnya menyalah guna intranet atau
internet. Semua aset BT mesti digunakan untuk
tujuan yang sah sahaja. BT boleh mengakses
dan memantau fail komputer dan komunikasi
elektronik yang disimpan di pelayan komputer,
komputer dan peranti elektronik kita yang lain.
Kita lakukan ini untuk penyelenggaraan, tujuan
perniagaan atau bagi memenuhi kewajipan
perundangan. Dan kita lakukannya selari
dengan dasar privasi dan perlindungan kita data
serta undang-undang.
Kita tidak bertindak secara menipu,
memperdayakan orang atau membuat dakwaan
palsu.
Siapa yang harus ditanya
Sekiranya anda berpangkalan di UK dan telah
mengalami insiden keselamatan atau
memerlukan nasihat sama ada suatu insiden itu
harus dilaporkan atau tidak, sila hubungi Pusat
Kawalan Keselamatan BT (SCC) di 0800
321999.
Jika anda memilih untuk tidak menghubungi
SCC melalui telefon, anda boleh menghubungi
mereka melalui laman web atau melalui e-mel
[email protected]. Jika anda tidak berpangkalan
di UK, sila hubungi +44 (0)1908 641100.
Laporkan
Sebarang insiden penipuan atau kecurian yang
disyaki harus dilaporkan segera ke nombor
telefon di atas atau ke talian penting sulit.
Menghormati jenama kita
Jenama BT, termasuk simbol Dunia yang
Terhubung, adalah salah satu daripada aset
kita yang paling berharga. Jenama yang kukuh
sangat penting bagi kejayaan jangka panjang
dalam pasaran yang berubah pantas dan
sangat kompetitif ini. Ia melemahkan
keupayaan kita untuk bersaing seandainya
produk, perkhidmatan atau komunikasi kita
tidak selari dengan jenama kita atau kita
menggunakan logo kita dengan cara yang
salah. Laporan akhbar atau publisiti yang buruk
juga memberi kesan yang serupa. Ini termasuk
penggunaan laman media sosial seperti
Facebook atau Twitter. Komen di laman media
sosial yang dipercayai tertutup seringkali dapat
dilihat oleh orang lain. Anda harus berfikir
dengan teliti sebelum menyiarkan komen yang
mungkin secara tidak sengaja merosakkan
jenama BT.
Sebagai perniagaan yang bertanggungjawab,
kita menghormati harta intelek perniagaan lain
dengan cara yang serupa.
Aset Kita (bersambung)
Aset Kita (bersambung)
Halaman 26
Soalan dan jawapan
S Aset fizikal ialah benda-benda seperti
bangunan, komputer dan kereta. Apakah itu
aset intelek?
J Aset intelek meliputi lebih daripada yang
mungkin anda fikirkan. Ia termasuk
pengetahuan kita, penemuan dan nama
produk serta perkhidmatan kita; reka bentuk
fizikal produk dan perisian; lukisan
kejuruteraan, karya seni dan bahan bertulis
kita; maklumat sulit tentang segala-galanya
daripada proses dan pelan perniagaan
hinggalah kepada butiran pelanggan dan
tarikh pelancaran. Sesetengah daripadanya
dilindungi di sisi undang-undang oleh paten,
pendaftaran tanda dagang, pendaftaran
reka bentuk atau hak cipta - sama ada di
atas kertas, di komputer atau internet. Aset
intelek biasanya lebih bernilai kepada
perniagaan berbanding aset fizikalnya.
Anda boleh membantu melindunginya
dengan berhati-hati tentang bagaimana
anda menggunakannya dan dengan siapa
anda mengongsikannya.
S Mengapa jenama kita begitu penting?
Adakah ia benar-benar satu ‘aset’?
J Ya. Jenama BT adalah salah satu daripada
aset kita yang paling bernilai, tetapi nilainya
boleh naik atau turun bergantung pada
bagaimana dunia melihat kita. Itulah
sebabnya mengapa amat penting bagi kita
untuk melindunginya.
Menguruskan risiko
Halaman 27
Kita menguruskan risiko terhadap perniagaan kita, dan mempertimbangkan risiko apabila membuat keputusan.
Cara sesebuah perniagaan menguruskan
risikonya adalah amat penting kepada
kejayaannya. Pengurusan risiko yang berkesan
mewujudkan kestabilan, menyumbang kepada
keuntungan, melindungi reputasi kita dan juga
membolehkan BT memanfaatkan pelbagai
peluang.
Kita mempunyai dasar Pengurusan Risiko
Perusahaan (ERM) dan rangka kerja yang
direka bagi membantu Kumpulan kita secara
keseluruhan, juga setiap Barisan Perniagaan,
bagi menguruskan semua kategori risiko secara
konsisten (komersial, kewangan, operasi,
perundangan dan lain-lain)
Kita menguruskan risiko kita selari dengan
hasrat ini berhubung risiko, dan apa yang kita
percaya sebagai kepentingan komersial terbaik
buat BT. Pekerja kita mesti berfikir tentang
risiko dalam tugasan harian mereka. Fikirkan
tentang risiko dan implikasi tindakan serta
nasihat anda. Bertanggungjawab ke atasnya
dan ke atas kesannya terhadap rakan sekerja,
masyarakat dan perniagaan ini.
Siapa yang harus ditanya
Sila lawati halaman intranet Pengurusan Risiko
Perusahaan BT jika anda ingin mengetahui
lebih lanjut atau bercakaplah dengan ahli
pasukan Pengurusan Risiko Kumpulan.
Laporkan
Jika anda bimbang tentang risiko, sila
berbincang dengan pengurus barisan anda.
Soalan dan jawapan
S Apa yang dikira sebagai risiko?
J Sebarang ketakpastian yang mungkin
mengancam keupayaan kita untuk
mencapai objektif. Ini boleh jadi sesuatu
yang berlaku dalam perniagaan kita, atau
faktor luaran yang boleh memberi kesan
kepada objektif kita.
S Mengapa kita memerlukan pengurusan
risiko?
J Para pemegang saham mengharapkan kita
menguruskan risiko dengan berkesan dan
bertanggungjawab. Pengurusan risiko yang
baik:
membantu kita mencapai objektif
memastikan organisasi (dan pemegang
saham) selamat
memberi kita keyakinan untuk bercita-cita
lebih tinggi
membolehkan kita memenuhi keperluan
tadbir urus korporat.
S Berapa banyak risiko yang harus dimiliki
oleh perniagaan?
J Setiap perniagaan perlu mengambil
beberapa risiko untuk untung
Perkara yang penting ialah mengambil risiko
yang munasabah dan menguruskan risiko
tersebut dengan cara yang betul. Kita perlu
menguruskan semua risiko dengan berhati-
Menguruskan risiko (bersambung)
Menguruskan Risiko (bersambung)
Halaman 28
hati kerana hasrat kita terhadap risiko,
undang-undang serta kedudukan komersial
kita berubah mengikut masa. Kita perlu
bebas untuk mengambil risiko yang
terhitung. Ideanya ialah, ambil risiko yang
menguntungkan, bukan mengelakkan semua
risiko.
S Saya telah mengenal pasti risiko dan saya
tidak pasti bagaimana kita
menguruskannya. Dengan siapa saya harus
berbincang?
J Pengurus barisan anda seharusnya tahu
proses pengurusan risiko, tetapi jika tidak,
anda boleh menghubungi juara risiko
perniagaan barisan anda, atau pasukan
Pengurusan Risiko Kumpulan.
S Saya telah memikirkan tentang satu risiko,
dan saya rasa kita mungkin memerlukan
insurans. Dengan siapa saya harus
berbincang?
J Sila berbincang dengan bahagian
Pembiayaan Insurans dan Risiko Kumpulan
untuk mendapatkan bantuan dan nasihat.
Mereka bertanggungjawab mengatur
sebarang insurans dalam BT.
Bekerja Bersama
Halaman 29
Isi Kandungan
Menyelesaikan tugas dengan cara yang betul
Menghormati hak asasi manusia
Komunikasi
Komitmen
Bersaing secara adil
Menyelesaikan tugas dengan cara yang betul
Halaman 30
Kita menghormati satu sama lain. Kita inginkan persekitaran kerja yang membantu setiap daripada kita mencapai lebih banyak. Kita gembira bekerja di organisasi yang pelbagai dan mendapat manfaat daripada melihat sesuatu dengan cara yang berbeza. Kita melayan setiap orang dengan sama rata dan kita tidak bertolak ansur dengan sebarang jenis gangguan atau prejudis.
Kita menjadikan BT tempat kerja yang membanggakan.
Tingkah laku umum
Kita hanya akan benar-benar berjaya jika semua
orang menghormati rakan sekerja masing-masing.
Tingkah laku yang suka menghalang, pergaduhan,
gangguan (bangsa, seksual atau apa jua jenisnya)
dan bahasa yang kesat adalah tidak boleh
diterima, sama seperti sengaja melaksanakan
tugas di bawah piawaian yang dikehendaki.
Penipuan dan ketakjujuran
Kita sentiasa bertindak dengan jujur, adil dan
terbuka.
Penjagaan masa dan kehadiran
Jika anda bekerja untuk BT, anda mesti hadir
ke tempat kerja dan merekodkan kehadiran
anda seperti yang dikehendaki oleh pekerjaan
anda dan ikuti prosedur kita jika anda tidak
dapat hadir atau terpaksa masuk lewat.
Keadilan dan kesamarataan dalam layanan terhadap orang lain
BT menghargai dan mengalu-alukan
kepelbagaian. Kita tidak akan melayan sesiapa
di BT secara berbeza berbanding yang lain
disebabkan oleh bangsa; seks; agama/
kepercayaan; ketidakupayaan; status
perkahwinan atau perkahwinan sivil; umur;
status sebagai ibu atau bapa; orientasi seks;
identiti jantina; ekspresi jantina; mempunyai
tanggungjawab sebagai penjaga, atau sebarang
kelas individu lain yang dilindungi oleh undang-
undang di negara anda.
Selain itu, kita tidak akan menyebabkan
seseorang mempunyai kekurangan dengan
mengadakan syarat atau keperluan yang tidak
boleh dijustifikasi. Dalam bekerja bersama-
sama, sebagai sebuah pasukan, kita semua
mesti menunjukkan kepekaan dan rasa hormat
terhadap perasaan, budaya serta kepelbagaian
individu.
Kita ingin BT menjadi tempat di mana semua
orang berasa bebas memberi sumbangan unik
masing-masing. Kita telah bekerja keras
mewujudkan budaya yang adil dan inklusif, dan
kita akan terus berbuat demikian.
Ia bukan sekadar saling menghormati sesama
kita, tetapi juga termasuk pelanggan, pembekal
dan rakan kongsi kita. Kita mengharapkan
pengurus kita memimpin melalui teladan dan
membanteras prejudis apabila menemuinya.
Pembulian dan gangguan
Kita tidak bertolak ansur terhadap sebarang
bentuk pembulian atau gangguan terhadap
pekerja kita - bukan hanya semasa waktu
bekerja tetapi pada bila-bila masa mereka
melakukan sesuatu yang ada kaitan dengan
BT.
Menyelesaikan tugas dengan cara yang betul (bersambung)
Halaman 31
menggalakkan orang bawahan mereka agar melayan rakan sekerja dengan rasa hormat
ambil tanggungjawab peribadi bagi memastikan semua orang dihormati pada setiap masa
bantu membanteras pembulian atau gangguan di tempat kerja dan sila masuk campur jika terlihat atau terdengar kes pembulian atau gangguan. Kita mahukan persekitaran kerja di mana setiap orang mempunyai peluang untuk berjaya. Kita mempunyai dasar pekerja yang menggariskan peraturan bagi membolehkan kita menyelesaikan tugas dan membantu kita bekerja bersama merentasi dunia.
Siapa yang harus ditanya
Pekerja BT boleh menemui dasar dan prosedur pekerja tempatan di intranet. Atau anda boleh bercakap dengan pengurus barisan anda. Peopleline di 0800 731 4747 (UK) atau +44 1908 358 888 (antarabangsa) atau ASK HR juga boleh membantu menjawab pertanyaan pekerja.
Soalan dan jawapan
S Apakah kaitan antara kepelbagaian dengan
membuat keuntungan
J Kepelbagaian merupakan kesedaran
perniagaan yang baik. Untuk menjadi peneraju
dunia, kita perlu menjadi inovatif, kreatif, dan
dapat melihat sesuatu dari perspektif yang
berbeza. Kita juga menyertakan kumpulan
terhebat individu berbakat jika kita
menghormati sumbangan setiap orang - tanpa
mengira jantina, bangsa, umur, keupayaan
fizikal, agama, keseksualan atau budaya. Kita
juga perlu menunjukkan budi bahasa dan rasa
hormat yang sama kepada pelanggan, tidak
kira apa latar belakang budaya atau
kepercayaan peribadi mereka.
S Rakan kerja saya diganggu oleh orang atasan. Saya rasa saya perlu melaporkannya, tetapi saya tidak mahu ditimpa masalah. Apa yang harus saya lakukan?
merahsiakannya. Anda tidak akan ditimpa masalah kerana melakukan apa yang anda benar-benar percaya sebagai yang terbaik.
S Saya tahu bahawa kita mesti menghormati kepelbagaian dan bahawa kita tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk pembulian dan gangguan tetapi apakah tingkah laku lain yang tidak menaruh rasa hormat?
J Jika kita merujuk setiap jenis tingkah laku yang tidak boleh diterima, senarainya akan jadi sangat panjang. Namun, berikut ini adalah beberapa contoh yang jelas: pergaduhan, gangguan dan bahasa kesat, sengaja melaksanakan tugas di bawah piawaian yang dikehendaki; tidak mengikut prosedur apabila tidak boleh hadir kerja atau terpaksa masuk lewat; memakai pakaian yang tidak sesuai. Pekerja BT mesti mengikut semua dasar dan prosedur pekerja yang berkaitan.
S Apa yang berlaku jika saya tidak berkelakuan seperti yang dijangkakan?
J Jika tingkah laku anda tidak memenuhi piawaian yang dikehendaki, maka, sekiranya anda pekerja BT, kami boleh mengambil tindakan tatatertib.
Setiap orang di BT mesti
Laporkan
Kebiasaannya, cara yang terbaik untuk
menangani masalah ialah berbincang dengan
pengurus
barisan anda. Jika anda tidak mahu berbincang dengan pengurus barisan anda, sila berbincang dengan rakan perniagaan HR anda.
Jangan abaikannya. Kita perlu membanteras
tingkah laku sebegini. Beritahu pengurus barisan
anda. Atau jika anda tidak selesa
berbuat demikian, beritahu rakan perniagaan
HR anda. Jangan bimbang, mereka akan
Menghormati hak asasi manusia
Halaman 32
Kita menghormati maruah, kebebasan dan kesamaan setiap orang yang bekerja dengan kita. Dasar dan prosedur kita adalah berdasarkan deklarasi hak asasi manusia sejagat Bangsa-bangsa Bersatu, yang menggariskan "piawaian pencapaian bersama untuk semua orang dan semua bangsa.”
Komitmen kita
Komitmen kita, sebagai penandatangan asal
prinsip-prinsip Perjanjian Global Bangsa-bangsa
Bersatu, ialah untuk merangkumi, menyokong dan
menghormati hak asasi manusia dan memastikan
bahawa kita tidak bersubahat dengan pencabulan
hak asasi manusia. Kita komited untuk
melaksanakan Prinsip Panduan ke atas
Perniagaan dan Hak Asasi Manusia PBB.
Walaupun semua hak asasi manusia adalah sama
penting dan dihormati, sesetengah daripadanya
berisiko lebih tinggi untuk dicabuli disebabkan oleh
aktiviti perniagaan kita. Terutamanya, keadaan
kerja di seluruh rantaian bekalan kita, bagaimana
kita melindungi maklumat dan isu-isu rumit yang
melingkari kebebasan bersuara dan privasi adalah
bidang-bidang yang berisiko lebih tinggi yang kita
berikan perhatian khusus.
Keadaan kerja
Kita tidak menggunakan atau menerima buruh
paksa, terikat atau buruh penjara yang bukan
sukarela. Kita tidak menuntut atau memegang
deposit atau dokumen pengenalan pekerja kita,
atau berurusan dengan perniagaan yang
mengamalkannya. Kita hanya bekerja dengan
mereka yang memilih untuk bekerja dengan bebas.
Kita menghormati hak mereka terhadap peluang
yang sama rata, kebebasan berpersatuan dan
tawar-menawar kolektif. Kita tidak menggunakan
buruh kanak-kanak dan kita menuntut perkara yang
sama daripada pembekal kita dan pembekal
mereka. Sekiranya kita mendapati ada buruh
kanak-kanak dalam rantaian bekalan kita semasa
audit, kita akan mengambil tindakan segera bagi
menghentikannya, sambil mempertimbangkan
kepentingan terbaik bagi kanak-kanak tersebut.
Kita bekerja dengan semua pembekal kita dan
pembekal mereka bagi memastikan mereka
memenuhi piawaian ‘mencari sumber dengan
maruah manusia’ kita. Anda boleh membaca
piawaian ini di Intranet Pemerolehan.
Melindungi maklumat
Dasar keselamatan BT telah direka agar selari
dengan kawalan keselamatan dalam ISO27001
dan ISO27002, iaitu kod amalan antarabangsa
untuk pengurusan keselamatan maklumat. Kita
secara tetap melatih pekerja kita tentang cara
untuk mencapai tahap keselamatan maklumat
tertinggi bagi semua data yang kita akses, proses
dan kongsikan melalui sepanjang aktiviti
perniagaan kita. Kita mengakui bahawa kesilapan
manusia mendatangkan risiko keselamatan data
yang paling tinggi. Oleh itu kita amat menitik
beratkan latihan, peningkatan kesedaran dan
memastikan pematuhan yang ketat. Kita juga
menawarkan kepada pelanggan produk dan
perkhidmatan yang membantu mencegah akses
tidak disengajakan kepada kandungan yang haram
atau tidak sesuai, seperti memberikan kepada
keluarga alat untuk mengawal apa yang boleh
ditonton oleh anak mereka di internet dan
televisyen.
Menghormati hak asasi manusia (bersambung)
Halaman 33
Siapa yang harus ditanya
Sekiranya anda mempunyai sebarang
pertanyaan, hantarkan e-mel ke:
Laporkan
Sekiranya anda bimbang bahawa BT atau
mana-mana pembekal atau ejen kita mungkin
mencabul komitmen kita terhadap hak asasi
manusia, sila berbincang dengan pengurus
barisan anda atau hubungi Pasukan Etika (jika
anda tidak bekerja di BT hubungi pasukan di
Soalan dan jawapan
S Bagaimana jika adat tempatan di negara
saya bertentangan dengan dasar kita?
J Deklarasi hak asasi manusia sejagat direka
agar boleh diterapkan di mana jua dan
dasar pekerja kita berhasrat untuk
menghormati hak asasi setiap orang.
Namun, dari segi praktikalnya, mengikutinya
tidak semestinya jelas dan mudah,
terutamanya jika terdapat tradisi
kebudayaan, masyarakat atau keagamaan
tempatan yang kuat yang bercanggahan
dengannya. Jika anda rasakan bahawa
terdapat percanggahan, anda harus
mendapatkan nasihat daripada pengurus
barisan anda.
Komunikasi
Halaman 34
Kita berhasrat untuk bersikap benar, membantu dan tepat dalam apa jua yang kita tulis atau katakan. Kita bercakap dengan jujur dan kita mendengar.
Apa itu komunikasi?
Kita berkomunikasi antara satu sama lain di tempat
kerja dan dengan pembekal serta pelanggan kita.
Komunikasi adalah apa yang kita tulis atau katakan
dan cara kita mendengar. Menggunakan media
sosial juga merupakan satu bentuk komunikasi.
Kita merupakan syarikat komunikasi, oleh itu orang
ramai mengharapkan piawaian komunikasi yang
tertinggi daripada kita. Melalui komunikasi yang
berkesan, kita akan membina kepercayaan
terhadap BT, oleh itu orang ramai akan menyokong
kita, membeli daripada kita dan ingin bekerja untuk
kita.
Komunikasi yang baik bukan hanya bermaksud
bercakap, tetapi juga mendengar. Adalah amat
penting bagi kita untuk mendengar semua
pemegang saham kita, dan bersikap terbuka
dengan pelanggan, pemegang saham, rakan
sekerja dan rakan perniagaan.
Akhirnya, kita adalah apa yang orang lain fikir
tentang kita. Pendapat mereka membentuk cara kita
menjalankan perniagaan. Agar mereka bersikap
terbuka dengan kita, kita perlu bersikap jujur,
menghormati dan berterus-terang dengan mereka.
Kita perlu meraih dan menjadikan kita layak
menerima kepercayaan serta rasa hormat mereka.
Siapa yang harus ditanya
Pekerja BT boleh menghubungi bahagian
Komunikasi Kumpulan untuk nasihat lanjut atau
melawat laman web mereka.
Laporkan
Jika anda bimbang tentang sebarang komunikasi,
sila berbincang dengan pengurus barisan anda atau
Komunikasi Kumpulan.
Soalan dan jawapan
S Jika di atas kertas, OK tetapi agak naif dalam
dunia nyata. Bagaimana dengan pengiklanan
atau penjualan, di mana anda perlu memujuk
orang?
J Terdapat agak banyak sebab untuk orang
memilih BT: kualiti, nilai untuk wang,
perkhidmatan, reputasi. Anda tidak perlu
mengelirukan sesiapa untuk menjual sesuatu.
Jika anda lakukannya, kita berisiko untuk
kehilangan kepercayaan dan rasa hormat
mereka buat selama-lamanya. Ingat, salah
satu aset paling besar dalam pengiklanan dan
penjualan ialah jenama dan reputasi.
Tumpukan pada perkara yang positif dan jual
produk serta perkhidmatan kita atas meritnya.
S Kita tidak boleh bersikap terbuka sepenuhnya
dengan maklumat sulit atau yang sensitif dari
segi komersial, bukan?
J Ya, betul. Jelas sekali, terdapat beberapa
perkara yang jika didedahkan, menjadikan kita
tidak bertanggungjawab - sebagai contoh
butiran peribadi seseorang atau pelan
perniagaan kita. Kita mempunyai
tanggungjawab terhadap pelanggan dan rakan
sekerja untuk tidak mengongsikan maklumat
peribadi mereka. Kita juga mempunyai
tanggungjawab terhadap pemegang saham
untuk melindungi aset intelek kita.
S Jenis komunikasi bagaimanakah yang tidak
sesuai?
J Antara contohnya ialah komen menghina
tentang BT; pekerja, pesaing, pihak ketiga,
rakan atau pembekal BT. Dalam konteks
perniagaan BT; gangguan/pembulian;
membuat spekulasi atau komen mengenai
maklumat syarikat yang sulit atau sensitif.
Komitment
Halaman 35
Jika anda bekerja untuk BT, apabila membuat
keputusan, komitmen atau perjanjian perniagaan
sebagai individu, anda berbuat demikian bagi pihak
BT secara keseluruhannya. Orang ramai
mempercayai kita kerana kita mempunyai rekod
yang baik dalam menunaikan janji sejak bertahun-
tahun lamanya. Jika kita musnahkan kepercayaan
itu, ia akan memberi kesan yang buruk kepada
seluruh perniagaan kita.
Siapa memutuskan apa di BT?
Di BT kita mengamalkan sikap memudahkan bagi
menyelesaikan sesuatu dan memberi kuasa
kepada pekerja untuk bertindak. Pekerja BT harus
jelas tentang hak membuat keputusan mengikut
jawatan mereka dan harus berasa diberikan kuasa
dan kepercayaan bagi menggunakan hak tersebut.
Namun, dalam syarikat sebesar BT, terdapat
beberapa keputusan yang tidak boleh dibuat
sebagai individu - kerana kita tidak mempunyai
kuasa dalam jawatan kita, atau perlu
mendapatkan kelulusan daripada orang lain.
melibatkan orang yang betul dengan kepakaran
dan pengalaman yang betul pada masa yang
betul. Setiap daripada kita mempunyai ‘kuasa
yang ditetapkan’ yang meliputi jenis keputusan
yang boleh kita buat bagi pihak BT. Dengan kuasa
itu maka hadirlah tugas untuk melibatkan mereka
yang lain yang mungkin berkongsi tanggungjawab
atas keputusan kita, dan merekodkan kesemua
butiran dengan betul. Anda tidak seharusnya
membuat keputusan yang mengikat BT jika tiada
kuasa untuk berbuat demikian.
Siapa yang harus ditanya
Sila berbincang dengan pengurus barisan anda
jika tidak pasti sama ada anda dibenarkan
membuat keputusan atau tidak.
Laporkan
Jika anda fikir anda atau seseorang yang lain
telah membuat keputusan tanpa memiliki kuasa
untuk berbuat demikian, sila speak up. Pengurus
barisan anda adalah individu yang terbaik untuk
dihubungi.
J Dalam kebanyakan kes ini akan terkandung
dalam Perwakilan Kuasa BT. Huraian kerja
anda juga mungkin mempunyai jawapannya.
Jika tidak, pengurus barisan atau pengurus
kewangan anda akan mengetahuinya. Jika
anda hendak membeli sesuatu, jabatan
Pemerolehan boleh membantu. Jangan lupa
untuk memeriksa apa tanggungjawab
khusus anda - mungkin keputusan tersebut
akan melibatkan sebahagian daripada tugas
orang lain.
S Kelihatan seperti banyak karenah birokrasi
dan pita merah yang perlu saya lalui bagi
mendapatkan kelulusan. Untuk kali kedua
dan seterusnya, bolehkah kita melangkau
sebah agian daripadanya?
J Kita menggariskan prosedur bagi melindungi
perniagaan kita. Tetapi kita tidak mahukan
birokrasi di BT. Sila berbincang dengan
pengurus anda tentang cara untuk
menambah baik sistem itu. Sementara itu,
sila ikuti cara kita melakukan sesuatu
perkara seperti biasa.
Kita tidak menjanjikan sesuatu yang kita tahu tidak boleh kita tepati; kita sentiasa
mendapatkan kebenaran yang sesuai sebelum membuat sebarang komitmen yang penting.
Mendapatkan kelulusan dalaman yang betul adalah
penting. Ini memastikan bahawa kita
Soalan dan jawapan
Saya hendak membuat beberapa keputusan di
jabatan saya yang saya rasakan agak
penting. Bagaimana untuk saya mengetahui
jika saya telah diberikan kuasa untuk
membuat keputusan tersebut?
Bersaing secara adil
Halaman 36
Tiada masalah untuk menggunakan setiap sumber
yang kita miliki bagi memperoleh kelebihan
persaingan: pekerja kita, pengetahuan kita,
pengalaman kita. Tetapi kita mesti bertindak secara
beretika dan selari dengan nilai-nilai kita serta
undang-undang. Kita percaya dengan pasaran
bebas. Itu bermaksud kita menghormati hak
pesaing kita untuk menjalankan perniagaan mereka.
Kita tidak menekan atau memaksa pelanggan untuk
memilih kita berbanding pesaing lain. Walaupun
undang-undang persaingan dan perdagangan adil
berbeza-beza mengikut negara, semakin hari
semakin banyak negara yang menggubal undang-
undang yang menghentikan pesaing melemahkan
atau mensabotaj pesaing lain. Kita harus berpegang
teguh pada prinsip itu dan mematuhi mana-mana
undang-undang yang menuntut kewajipan yang
lebih ketat di negara tertentu.
Siapa yang harus ditanya
Hubungi pengurus barisan anda jika memerlukan
bantuan. Atau anda boleh hubungi Pasukan Etika.
Laporkan
Anda juga boleh menghubungi talian penting sulit.
Lawat laman web ini untuk mendapatkan butiran
nombor telefon yang perlu dihubungi di negara
anda dan untuk sebarang arahan khas.
Soalan dan jawapan
S Salah satu pesaing kita mencadangkan agar
kita bersetuju untuk mengelakkan pelanggan
dan wilayah masing-masing. Adakah ia
dibenarkan?
J Tidak. Ia salah di sisi undang-undang di
kebanyakan negara, malah
membincangkannya sahaja dikira tidak
beretika. Anda harus melaporkan perbualan itu
kepada pengurus barisan anda dengan segera.
Jika tidak, anda dan BT mungkin akan
menghadapi denda, malah mungkin juga
dakwaan jenayah.
S Salah satu pembekal kita juga merupakan
pelanggan dan pesaing. Adakah terdapat
sebarang batasan tentang bagaimana kita
boleh bekerja bersama?
J Dari segi teori, tiada. Kolaborasi adalah
sebahagian daripada perniagaan komunikasi.
Sesetengah syarikat adalah pelanggan,
dengan berhati-hati. Sebagai contoh, satu
bahagian hubungan itu tidak boleh bergantung
pada yang lain. Anda juga perlu lebih berhati-
hati terhadap maklumat yang anda kongsikan -
terutamanya tentang harga dan kos.
S Saya terdengar beberapa maklumat menarik
tentang pesaing semasa menaiki kereta api.
Bolehkah saya menggunakannya?
J Tidak menjadi masalah untuk mengumpulkan
maklumat tentang pesaing kita - asalkan ia
disampaikan secara bebas dan terbuka.
Jangan lakukan apa-apa secara tipu helah,
seperti memasang telinga atau berbohong
mengenai siapa diri anda dan pekerjaan anda.
Itu tidak jujur dan bertentangan dengan prinsip
kita. Sila hubungi Pasukan Etika jika anda
bimbang.
S Adakah OK untuk menyiarkan maklumat yang
mengelirukan tentang pesaing di internet?
J Tidak. Jangan sesekali. Anda boleh
menyiarkan fakta tentang pesaing di laman
web kita, asalkan ia tepat dan berkaitan.
Namun, kita lebih suka bercakap tentang
kekuatan sendiri daripada bercakap tentang
pesaing.
Kita bersaing dengan bersungguh-sungguh
tetapi secara adil, bersikap jujur, menghormati
dan amanah dalam semua urusan kita.
Sila speak up jika anda bimbang tentang
perlanggaran undang-undang persaingan atau
perdagangan adil yang mungkin akan berlaku.
Hubungi pengurus barisan anda atau Pasukan
Etika.
pembekal dan rakan kongsi kita. Itu tidaklah
menjadi masalah, tetapi ia perlu dikendalikan
Tempat kita di dunia
Halaman 37
Isi Kandungan
Kesihatan dan keselamatan
Alam sekitar
Sumbangan politik
Kesihatan dan keselamatan
Halaman 38
Kita prihatin terhadap pekerja kita dan melindungi mereka; dan kita menjaga kesihatan, keselamatan serta kesejahteraan mereka.
Di mana jua kita menjalankan perniagaan, kita akan melakukan yang terbaik bagi memastikan:
Cara kita menjalankan perniagaan tidak mencederakan atau menyebabkan kerosakan kepada sesiapa
Pekerja kita dilindungi di tempat kerja dan diberikan maklumat, arahan, latihan dan peralatan yang diperlukan bagi menjalankan kerja mereka dengan selamat
Cara kita bekerja menggalakkan faedah yang nyata bagi fungsi kesihatan dan kita memberikan maklumat dan sokongan yang membolehkan pekerja membuat pilihan termaklum tentang pengamalan tingkah laku yang menggalakkan kesihatan. Kita mempunyai kewajipan perundangan untuk melindungi sesiapa yang mungkin terjejas oleh perniagaan kita. Kita juga mengakui bahawa semakin baik kita menjaga pekerja kita, mereka akan lebih melibatkan diri dan terdorong untuk melakukan kerja sebaik yang boleh mengikut kemampuan mereka.
Siapa yang harus ditanya
Buku Panduan Kesihatan dan Keselamatan dan bahagian Kesihatan dan Kesejahteraan Intranet BT memberi panduan kepada pekerja BT. Sekiranya anda mempunyai kebimbangan khusus terhadap kesihatan dan keselamatan berhubung kerja anda, anda harus membincangkannya dengan pengurus barisan anda terlebih dahulu.
Laporkan
Kita semua mesti mengikut prosedur yang diperlukan dan melaporkan kejadian, kecederaan, situasi atau amalan kerja yang tidak selamat secepat mungkin.
Peraturan dan panduan untuk pekerja BT digariskan dalam buku panduan Kesihatan dan Keselamatan kita.
Soalan dan jawapan
S Mengapa Kesihatan, Keselamatan dan
Kesejahteraan adalah penting di BT?
J Memastikan pekerja kita selamat dan sihat
adalah keutamaan bagi perniagaan ini. Kita
bukan sahaja mahukan mereka kekal bebas
daripada kecederaan dan penyakit yang boleh
mempengaruhi kualiti hidup mereka secara
dramatik, bahkan kita juga mengakui bahawa
kesihatan dan keberkesanan perniagaan adalah
berkait rapat. Memastikan pekerja kita selamat
dan sihat merupakan situasi menang-menang
untuk perniagaan dan untuk individu sama ada
di tempat kerja atau di tempat lain.
S Apa yang cuba kita capai?
J Kita mempunyai strategi jangka panjang untuk
menambah baik kesejahteraan syarikat secara menyeluruh dengan menyediakan maklumat, panduan dan jika perlu arahan bagi memastikan pekerja kita dilindungi dan bekerja bersama-sama bagi melindungi satu sama lain. Syarikat menyediakan sistem kerja yang selamat, peralatan, perkhidmatan sokongan dan akses kepada nasihat pakar yang membolehkan pekerja memahami cara bagaimana mereka perlu bekerja serta risiko yang berkait dengan pekerjaan mereka. Tetapi kita juga menyediakan maklumat tentang risiko gaya hidup dan menggalakkan pekerja kita membuat perubahan yang kecil tetapi signifikan yang boleh membawa kesan yang dramatik terhadap hasil kesihatan peribadi kemudian hari.
Kesihatan dan Keselamatan (bersambung)
Halaman 39
S Mengapa BT perlu begitu terlibat dalam keselamatan dan kesejahteraan saya?
J Apabila kita perlu menjadi preskriptif kerana
kerja harus dilakukan dalam cara tertentu atau kerana terdapat risiko yang perlu diuruskan menggunakan peralatan tertentu, kita akan bersikap terang dan jelas tentang keperluannya dan pekerja kita mesti mengikut cara kerja yang ditakrifkan ini. Namun, terdapat banyak situasi di mana individu mempunyai pilihan tentang bagaimana mereka bertingkah laku dan risiko apa yang mereka sanggup ambil. Sebagai sebuah syarikat kita percaya bahawa membantu pekerja memahami risiko dan memberi mereka kuasa untuk membuat pilihan termaklum adalah cara yang penting bagi memberikan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan yang berkesan bagi pekerja kita. Kita akan terus memberikan maklumat, panduan dan sokongan bagi membantu mereka mengamalkan gaya hidup dan tingkah laku yang akan membolehkan mereka, keluarga mereka dan syarikat menikmati masa depan yang makmur dan berjaya.
Alam Sekitar
Halaman 40
Kita berusaha untuk memaksimumkan peluang terhadap penguntukan perkhidmatan dan penyelesaian yang boleh membantu mengurangkan kesan alam sekitar yang negatif, dan yang boleh memberi faedah alam sekitar yang ketara.
Kita mengakui bahawa dalam operasi hari ke hari kita, kita memberi kesan kepada alam sekitar dalam beberapa cara. Dan kita komited untuk meminimumkan kesan yang mungkin berbahaya ini di mana-mana dan bila-bila keadaan mengizinkan. BT kekal komited untuk memberi sumbangan yang positif kepada alam sekitar.
Kita mengharapkan agar setiap orang mematuhi undang-undang dan peraturan alam sekitar yang berkenaan dengan mereka, juga piawaian serta komitmen alam sekitar kita. Banyak komitmen dalam dasar alam sekitar BT mempengaruhi kehidupan kerja harian kita. Kami ingin:
mengurangkan penggunaan
mengguna semula, bila keadaan mengizinkan
mengitar semula jika tidak boleh mengguna semula dan menggunakan lebih banyak bahan kitar semula dalam produk kita
mereka produk, perkhidmatan, bangunan dan peralatan baharu agar mengurangkan penggunaan tenaga dan sumber semula jadi
menguruskan tenaga dan sumber semula jadi dengan bijak dalam setiap bahagian perniagaan kita.
Sistem pengurusan alam sekitar kita, yang mendapat sijil piawaian ISO 14001, direka bagi memastikan bahawa kita berpegang pada komitmen ini setiap hari dalam operasi kita sendiri. Kit alat 'Designing Our Tomorrow' kita akan membantu kita mencipta produk dan perkhidmatan yang merangkumi kriteria kemapanan dalam rekaannya. Ia bukan sekadar menjaga kesihatan dan keselamatan pekerja dan pelanggan kita, ia membabitkn tentang mengekalkan alam sekitar yang merupakan tempat bergantung bagi BT, ekonomi dan masyarakat.
Siapa yang harus ditanya
Lebih banyak maklumat boleh didapati untuk pekerja BT di halaman intranet Better Future.
Laporkan
Jika anda ingin melaporkan kebimbangan alam sekitar, sila hubungi Pasukan Etika (jika anda tidak
bekerja di BT anda boleh menghubungi mereka di [email protected]).
Soalan dan jawapan
S Bagaimana BT mengukur kesannya terhadap alam sekitar?
J Sistem pengurusan alam sekitar kita
memantau dan menetapkan sasaran penambahbaikan untuk: pelepasan karbon, bahan buangan, pengangkutan, pemerolehan dan rantaian bekalan, penggunaan dan penyimpanan bahan api, penggunaan tenaga, penggunaan air, emisi.
Ia merupakan proses yang berterusan – apabila kita berjaya mencapai satu sasaran, kita naikkan grafnya menjadi lebih tinggi.
S Di mana saya boleh dapatkan maklumat lanjut?
J BT telah menerbitkan ke luar data prestasi
alam sekitar terjamin sejak tahun 1992. Anda
boleh temui laporan terkini di laman web
Better Future kita.
Alam sekitar (bersambung)
Halaman 41
S Banyak produk kita - misalnya persidangan audio - memberi kesan yang positif kepada alam sekitar dengan mengurangkan perjalanan. Oleh itu mengapa kita perlu bimbang tentang isu-isu alam sekitar?
J Kita boleh berbangga bahawa produk dan perkhidmatan kita membantu melindungi alam sekitar. Namun, kita tetap perlu berhati-hati dengan kesan negatifnya dan mengurangkannya - terutama sekali apabila ia melibatkan perjalanan dan pengangkutan, emisi penggunaan bahan api dan bahan buangan kita sendiri. Kita juga harus berusaha meminimumkan kesan produk dan perkhidmatan kita. Ini boleh dilakukan dengan mempertimbangkan, sebagai contoh, kecekapan tenaga produk kita dan kelestarian pembungkusan kita. Banyak lagi yang perlu dilakukan, dan ia sesuatu yang kita ambil serius. Kita juga melaporkan secara tetap kepada semua pemegang saham tentang prestasi kita dalam laporan tahunan Better Future. Kita tidak boleh berhenti sehingga kita boleh menunjukkan bahawa kita membawa faedah bersih kepada alam sekitar.
Sumbangan Politik
Halaman 42
Tiada syarikat dalam Kumpulan BT akan membuat sumbangan (termasuk pinjaman) kepada mana-mana parti politik, kepada kempen mana-mana calon wakil rakyat, atau bagi menyokong mana-mana wakil rakyat.
S Bekas rakan sekerja bertanding sebagai calon wakil rakyat kerajaan tempatan
dan saya ingin memberi sumbangan kepada kempen beliau. Adakah ia OK?
Bolehkah saya menawarkan kepadanya untuk menggunakan bilik mesyuarat di
bangunan BT agar pasukan kempennya boleh bertemu?
J BT menghormati hak pekerjanya untuk menyokong aktiviti politik secara
peribadi asalkan ia tidak dikaitkan dengan BT. Namun, anda tidak boleh
melakukan apa-apa yang boleh disalahtafsirkan bahawa BT menyokong calon
itu. Oleh itu anda tidak boleh menawarkan penggunaan bilik mesyuarat BT.
Siapa yang harus ditanya
Untuk butiran lanjut hubungi pasukan Etika (atau di [email protected] jika anda di luar BT).
Melakukan Perkara yang Betul
Halaman 43
Isi Kandungan
Bertanggungjawab
Menyelesaikan konflik: melakukan perkara yang betul
Bertanggungjawab
Halaman 44
Kita mengukur dan melaporkan prestasi berbanding prinsip kita dan menyampaikannya dengan jelas di dalam dan di luar BT.
Di dalam BT
Kita mengharapkan pengurus kita bercakap
tentang prinsip dan piawaian dalam Cara Kita
Bekerja kepada pasukan beliau dan
memastikan setiap orang tahu, faham dan
berpegang padanya dan pada nilai-nilai kita.
Kita mengharapkan agar anda
bertanggungjawab, speak up dan memikul
tanggungjawab
Jika anda terlihat tingkah laku yang mungkin
salah atau tidak selari dengan Cara Kita
Bekerja, atau anda tidak pasti apakah
tindakan yang terbaik dalam situasi tertentu,
anda harus melaporkannya atau
membincangkannya dengan pengurus anda
atau jabatan yang sesuai. Tidak akan ada
sebarang tindakan balas atas aduan yang
dibuat secara jujur. Anda juga boleh
menghubungi talian penting sulit
Periksa laman sesawang untuk mendapatkan
butiran nombor telefon yang perlu dihubungi
di negara anda dan untuk sebarang arahan
khas bagi negara anda.
Jika sesiapa yang bekerja untuk BT gagal
berpegang pada prinsip dan piawaian ini, kita
boleh mengambil tindakan tatatertib,
sehingga dan termasuk pemecatan. Kita
akan mempertimbangkan setiap kes secara
berasingan, berdasarkan keadaan
khususnya. Kita mengharapkan agar pekerja
BT bekerjasama di dalam siasatan dalaman
bagi kes salah laku.
Kita mempunyai dasar terperinci yang
menyokong prinsip ini, mengukur sebaik
mana kita mematuhinya dan bekerja dengan
pengurus operasi bagi mempromosikannya.
Setiap tahun kita mengkaji semula sejauh
mana berkesannya sistem kawalan dalaman
kita. Hasilnya pula dibentangkan kepada
Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah BT.
Jawatankuasa Tadbir Urus Serantau kita juga
menyelia dan memantau tadbir urus dan
pematuhan di rantau mereka. Hasilnya
dilaporkan kepada Jawatankuasa
Pencalonan dan Tadbir Urus Lembaga
Pengarah BT.
Di Luar BT
Setiap tahun, kita menerbitkan laporan dan akaun tahunan kita, juga laporan ke atas prestasi alam sekitar, teknologi dan sosial. Untuk laporan terkini, sila hubungi pasukan Better Future, atau lihat laman perniagaan yang berkenaan.
Cara Kita Bekerja
Halaman 45
Berurusan dengan tuntutan yang bercanggah jarang sekali mudah.
Soalan-soalan berikut mungkin membantu anda mendapatkan keputusan yang betul.
Adakah ia sah dan anda dibenarkan untuk melakukannya?
Adakah ia selari dengan Cara Kita Bekerja, dasar BT kita dan
sebarang dasar atau prosedur operasi kita?
Bagaimana anda akan menerangkan keputusan anda kepada rakan
sekerja BT di Negara sendiri atau negara lain?
Bagaimana anda akan menerangkan keputusan anda kepada keluarga,
atau umum?
Adakah anda selesa dengan keputusan itu? Adakah ia bercanggah
dengan kesedaran integriti anda sendiri?
Adakah anda akan berasa gembira membaca tentangnya di surat khaba
Sekiranya anda memerlukan panduan sila lihat bahagian di atas
tentang Mendapatkan nasihat. Ingat, anda boleh berbincang dengan
pengurus barisan anda, pasukan Etika atau talian penting sulit kita jika
anda bimbang.
Halaman 46
Diterbitkan oleh Tadbir Urus & Pematuhan Kumpulan BT Group plc 81 Newgate Street London EC1A 7AJ Salinan Elektronik, Oktober 2013 © British Telecommunications plc Pejabat Berdaftar: 81 Newgae Street, London EC1A 7AJ Didaftarkan di England no.1800000
Untuk maklumat lanjut sila lawat laman intranet cara Kita Bekerja, atau http://www.btplc.com/TheWayWeWork/