2
Cerita masyarakat Kayong dengan mitos mistik Hantu Bangkit ini bermula di sebuah kampung di Tanah Kayong, Diceritakan pada suatu waktu dahulu terdapat kampung yang sentiasa di dalam keadaan yang tidak terang malah amat sukar untuk ditembusi cahaya matahari kerana dikatakan terletak di bawah sepohon kayu yang amat besar sehingga dahan-dahannya telah menutup ruang untuk mendapat cahaya matahari. Hal ini amat membingungkan penduduk kampung maka bermesyuaratl mereka apakah jalan yang sebaiknya agar mereka dapat menerima cahaya matahari. etelah itu maka mereka pun bersetuju satu-satunya jalan adalah dengan menebang pokok tersebut. eperti yang dipersetujui di dalam mesyuarat maka tibalah hari yang dijanjikan i untuk menebang pokok tersebut. Keseluruhan orang lelaki Kampung tersebut telah s siaga dengan alatan untuk menebang pokok seperti gergaji, parang dan sebagainya. etelah diperkenankan oleh ketua kampung tersebut maka ! pemuda yang gaga perkasa telah bertindak untuk menebang pokok tersebut secara berganti-ganti deng kapak mereka. "amun apa yang menghairankan mereka biar apa cara sekalipun untuk menebang pokok tersebut tetap tidak menampak kesan kepada pokok tersebut malah tidak tercarik sedikit pun. Di kala mereka semua pasrah dengan apa yang berlaku tiba-tiba terdengar suara yang datang dari pokok tersebut. #enduduk kampung amat kaget kerana pokok tersebut telah memberi amaran bahawa barang sesiapa menebang pokok tersebut maka mereka akan disumpah bangkit dari mati selama ! har dan ianya disumpah selama ! keturunan. #emuda-pemuda gagah perkasa yang seramai ! orang itu rasa tercabar dengan amaran pokok tersebut malah dengan marah telah bertindak menebang pokok tersebut tanpa memperdulikan kata- kata nasihat daripada penduduk kampung tersebut. etelah berhempas pulas akhirny pokok tersebut pun menyembah bumi. ! penduduk lelaki perkasa itu puas dengan apa yang terjadi kerana bagi mereka pokok tersebut hanya mengada-adakan cerita. etelah seketika, tiba-tiba pemuda ke ! yang menebang pokok tersebut telah mati mengejut dan beliau dikuburkan seperti biasa malah penduduk kampung juga sudah melupai sumpahan pokok tersebut. $pabila malamnya tiba-tiba kedengaran hiruk pik

Cerita hantu bangkit

Embed Size (px)

Citation preview

Cerita masyarakat Kayong dengan mitos mistik Hantu Bangkit ini bermula di sebuah kampung di Tanah Kayong, Diceritakan pada suatu waktu dahulu terdapat sebuah kampung yang sentiasa di dalam keadaan yang tidak terang malah amat sukar untuk ditembusi cahaya matahari kerana dikatakan terletak di bawah sepohon kayu yang amat besar sehingga dahan-dahannya telah menutup ruang untuk mendapat cahaya matahari. Hal ini amat membingungkan penduduk kampung maka bermesyuaratlah mereka apakah jalan yang sebaiknya agar mereka dapat menerima cahaya matahari. Setelah itu maka mereka pun bersetuju satu-satunya jalan adalah dengan menebang pokok tersebut.Seperti yang dipersetujui di dalam mesyuarat maka tibalah hari yang dijanjikan iaitu hari untuk menebang pokok tersebut. Keseluruhan orang lelaki Kampung tersebut telah siap siaga dengan alatan untuk menebang pokok seperti gergaji, parang dan sebagainya. Setelah diperkenankan oleh ketua kampung tersebut maka 7 pemuda yang gagah perkasa telah bertindak untuk menebang pokok tersebut secara berganti-ganti dengan kapak mereka. Namun apa yang menghairankan mereka biar apa cara sekalipun untuk menebang pokok tersebut tetap tidak menampak kesan kepada pokok tersebut malah tidak tercarik sedikit pun. Di kala mereka semua pasrah dengan apa yang berlaku itu tiba-tiba terdengar suara yang datang dari pokok tersebut. Penduduk kampung amat kaget kerana pokok tersebut telah memberi amaran bahawa barang sesiapa yang menebang pokok tersebut maka mereka akan disumpah bangkit dari mati selama 7 hari dan ianya disumpah selama 7 keturunan. Pemuda-pemuda gagah perkasa yang seramai 7 orang itu rasa tercabar dengan amaran pokok tersebut malah mereka dengan marah telah bertindak menebang pokok tersebut tanpa memperdulikan kata-kata nasihat daripada penduduk kampung tersebut. Setelah berhempas pulas akhirnya pokok tersebut pun menyembah bumi. 7 penduduk lelaki perkasa itu puas dengan apa yang terjadi kerana bagi mereka pokok tersebut hanya mengada-adakan cerita.Setelah seketika, tiba-tiba pemuda ke 7 yang menebang pokok tersebut telah mati mengejut dan beliau dikuburkan seperti biasa malah penduduk kampung juga sudah melupai sumpahan pokok tersebut. Apabila malamnya tiba-tiba kedengaran hiruk pikuk di rumah pemuda ke 7 kerana ahli keluarganya serta beberapa orang penduduk kampung telah menjumpai si pemuda ke 7 pulang ke rumah walaupun baru sahaja dikuburkan pada petang itu. Maka bermulalah malam-malam seterusnya yang mana setiap malam akan ada sahaja penduduk kampung melihat kelibat si mati pemuda ke-7 merayau-rayau menuju ke rumahnya ataupun menjenguk rumah saudara maranya. Hal ini berlaku selama 7 malam berturut-turut dan dikatakan setiap kali dia sudah menziarahi rumah keluarganya pada keesokan harinya akan terdapatlah bekas tanda tanah-tanah kubur terlekat di lantai dan tangga rumah.Berbalik kepada cerita 6 pemuda yang bersama-sama dengan pemuda ke-7 menebang pokok tersebut maka timbullah ketakutan di dalam diri mereka akan nasib yang menimpa saudara pemuda ke-7. Bertindak daripada peristiwa itu dikatakan 6 pemuda ini telah berpindah daripada kampung mereka mengembara membawa diri sehinggalah membentuk sebuah masyarakat Melayu di Sarawak antaranya. Tujuannya adalah untuk menghindarkan diri daripada sumpahan tersebut. Mereka menyesali apa yang sudah mereka lakukan kerana amat degil tidak mendengar nasihat orang tua-tua kampung namun nasi sudahpun menjadi bubur dan sumpahan itu tetap akan berada pada mereka dan juga kepada keseluruhan 7 keturunan mereka tidak mengira tempat betapa jauhnya mereka daripada Tanah Kayong itu sendiri.Inilah sekelumit cerita mitos mistik Hantu Bangkit Di Dalam Masyarakat Melayu Sarawak buat bacaan hujung minggu pembaca Borneo Oracle. Sesungguhnya setiap yang berlaku itu ada sebab musababnya dan janganlah kita terlalu mempercayainya kerana hanya Allah SWT yang mengetahui dan lebih berkuasa di dalam setiap kejadian di dunia yang fana ini. Artikel ini janganlah pula disalahertikan sebagai artikel yang berbentuk syirik dan khurafat kerana tujuannya adalah untuk berkongsi dengan masyarakat Malaysia amnya Sarawak khususnya tentang cerita-cerita lisan dan kejadian yang dikatakan pernah menggemparkan masyarakat Sarawak suatu waktu dahulu. Allahualam.