Cerpen

  • Upload
    yunohu

  • View
    216

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

by yunohu

Citation preview

Harapan kini terletak di bahu Azwan. Berbekalkan pistol dengan beberapa biji peluru logam khas yag disalut dengan racun CT-32 sahaja, dia harus memburu raksasa pemakan manusia itu. Dek kerana kecuaian Dr Asnizam terhadap hawa nafsunya ingin membina senjata baru, kini dia termakan oleh kerakusannya sendiri. Dia dibunuh dengan begitu kejam sekali, mati katak, itu sahaja boleh diungkapkan dengan kematian tragis Dr Asnizam.Tidak membawa sebarang kebaikan kepada hidupan di dunia ini malah hanya membawa khabar buruk kepada manusia sejagat kerana ketamakannya. Habis segala alat radas di makmalnya musnah dijilat api angkara makhluk pemakan manusia itu, Amukan daripada makhluk yang tidak mengenal erti kemanusiaan itu telah mencetuskan huru-hara dalam kalangan penduduk bandar Kuala Lumpur. Pihak polis yang bertungkus lumus mencari serta cuba memusnahkan subjek eksperimen Dr Asnizam yang kini menjadi makhluk pembunuh telah memakan puluhan nyawa dibunuh oleh makhluk bukan kepalang ganasnya. Fizikal makhluk yang telah diubahsuai supaya kalis peluru serta regenerasi semula pada kadar yang terlalu cepat telah menambah kepayahan pihak berkuasa bagi memburunya,Kajian yang dijalankan oleh Dr Asnizam tanpa pengetahuan daripada mana-mana agensi telah terbongkar di saat kematiannya.. . Ya Allah! Bukan main idea aku hari ini, imaganisi terlebih sikit agaknya. Sampai ke raksasalah, senjatalah, apa dia? Peluru logam bersalut racun? CT-32? Kelakar juga bila difikirkan semula tapi seronok juga ya sebab dapat mencipta dunia sendiri dalam kepala. Bukannya selalu sangat pun, asyik berfikir cerita pasangan cinta, syarikat itu, syarikat ini, mak mentua tak terima anak menantu, suami isteri bergaduh. Nak dikatakan bosan, kadang-kadang rasa nak mengaku juga tapi itu yang biasa aku buat. Plot yang hampir sama, Cuma olahan yang berbeza. Tukar watak, tukar latar tempat, latar masa dan pelbagai lagi dan siap. Hobi yang aku lakukan sejak setahun menceburi dunia penulis. Idea yang ada dalam minda tidak lari daripada cinta antara dua insan yang kadang-kadang tidak direstui oleh salah satu mentua. Kalau tidak pun, dicemburui oleh pihak yang ketiga dan berlaku pergaduhan antara dau belah pihak keluarga. Wah, terasa seperti orang professional pula. Tidak apa, angan-angan jangan sampai jadi macam Mat Jenin, yang penting usaha ada. Azwan, nama pertama yang terlintas dalam fikiran aku apabila hendak memulakan cerita. Nama seperti kawan baikku yang mempunyai perwatakan yang agak berbeza daripadaku. Seorang yang boleh saya gelar periang, jenaka yang agak kasar tetapi seorang yang sangat kreatif. Namun, kami berkongsi satu minat yang sama iaitu menonton anime. Kami digelar otaku oleh beberapa kawan yang lain kerana masa lapang kami yang sering diisi dengan anime berbanding rakan lain yang lebih meluangkan masa seperti remaja kini yang lain dengan twitter, Instagram, Facebook, Whatsapp dan macam-macam lagi. Tidak lagi seperti remaja zaman dahulu. Berkonvoi menuju ke kedai makan, memancing. Sangat berbeza. Beepbeep, sungguhpun hanya sekadar mod gegaran, aku terkejut seperti ada kilat menyambar. Azwan calling. Teman aku keluar esok. Aku free. Ok, esok pukul 9.00 pagi, aku tunggu dekat depan rumah. Jemput aku sekali. Yang paling penting, aku nak kau hamparkan karpet merah depan pintu rumah aku. Mesti kau ingat kau lawak kan? Kami diam sebentar, tidak sampai sepuluh saat, Azwan tergelak besar. Sakit hati bukan main lagi rasanya. Kalau bukan disebabkan dia kawan rapat aku, sudah tentu sumpah seranah sudah aku hamburkan pada dia. Ada juga sedikit tetapi aku tidak mengaggapnya sebagai satu perkara yang serius kerana sudah jemu dengan perangainya sejak kami mula berkawan lagi. Bagi aku, ini bukanlah kali pertama aku diperlakukan sedemikian. Tidak terkira. Namun. Sebagai kawan baik, aku tidak pernah membiarkan aku sahaja diperlakukan seperti itu.Beberapa kali aku juga pernah aku kenakan jenaka kasar aku kepadanya. Bak kata orang putih, fair and square. Prinsip yang aku pegang sepanjang aku berkawan dengannya. Agaknya yang membaca ini mesti menganggap kami agak kasar perilakunya. Bagiku, berjenaka biar kena pada orangnya kecuali Azwan. Aku sudah terlalu kenal dengan perangainya. Ok, jam pukul 9.00 pagi. Dia masih belum tiba di hadapan rumahku seperti biasa, Apabila dia beritahu pukul 9.00 pagi, aku sudah agak, dalam 9.30 pagi baru akan tiba. Perkara kebiasaan yang berlaku antara kami. Haziq! Mak dah siapkan sarapan, turun dekat dapur sekarang. Baik mak! Sekejap lagi Haziq turun ya.Usai sarapan, aku meminta izin ibuku ingin keluar sebentar dengan rakan sebentar, mungkin dalam tengah hari atau petang akan kembali semula. Kebetulan juga pada masa itu, kedengaran bunyi kereta Proton Saga yang dipandu Azwan di hadapan rumah dan aku terus keluar menuju ke kereta. Kau lambat! Kau pun tahu aku biasa bangun pukul berapa, buat biasa sahajalah. Azwan tersenyum dan terus pandu keretanya ke destinasi yang diingininya. Kau nak pergi mana hari ni? Azwan dengan selambanya menjawab Teman aku beli DVD anime sekejap. Aku dengar Tokyo Ghoul dah keluar season ketiga dah. Kau biar betul? Lapas kau tengok, aku nak pinjam. Kau cakap macam beratus je nak pinjam dengan aku, padahal berapa kau sorang sahaja yang tengok anime yang aku kenal selain aku sendiri. Aku tergelak sedikit. Ok Wan, yang penting aku pinjam dulu. Kalau orang lain tiba-tiba pinjam nanti aku sekeh kepala dia. Baru aku dengar dia gelak hari ini dengan lawak aku.Dalam perjalanan ke bandar besar, dia memang tak henti-henti bercerita tentang teman wanitanya yang penuh dengan cabaran. Aku yang mendengar pun turut naik simpati walhal aku jarang bersimpati dengannya. Perangai teman wanitanya memang tidak terjangka. Kuat cemburu, cepat merajuk, cepat marah dan macam-macam lagi. Tetapi, siapalah aku untuk campur urusan pribadinya. Berkawan baik sekalipun biar ada batasannya. Oh, dalam juga aku fikir sekarang ini. Overthinking kadang-kadang berlaku pada diri aku. Pelbagai keadaan yang aku bayangkan apabila ada sebarang masalah yang timbul. Aku bukannya mesin tetapi manusia, memang tidak mustahil aku terfikir perkara-perkara yang pelik sehingga menjejaskan mood aku sepanjang hari. Tiba-tiba dunia menjadi gelap gelita, sunyi sepi. Bunyi suara Azwan bercerita, enjin kereta semuanya lenyap. Apa yang terjadi? Aku sepatutnya sihat walafiat namun dunia terasa pusing. Pening kepala yang teramat tiba-tiba menerjah ke dalam kepala aku.