16
ARKIB : 20/10/2013 Bunuh Diri Oleh Sharifah Aisiah Syed Mahazar NINA Chattu sasau seperti orang kehilangan akal. Di bumi Melaka yang telah dikhianatinya, dia tidak tahu tempat yang mana harus didiami. Semuanya terasa asing. Baru-baru ini, dia mendapat berita daripada sumber yang kurang boleh dipercayai kerana yang menyampaikan adalah Kitul, orang kanan Raja Mendeliar. Mereka merupakan pembelot dalam kota Seri Negeri. Tuah sudah dapat kembali keris Tamingsari. Habislah, kita akan mati ditikam. Lebih baik kita lari." Lari ke mana?" Ah, bukankah moyang kita pernah memberikan maklumat kepada Feringgi. Kerana bantuan moyang kita, Feringgi berjaya menawan Melaka. Walaupun bumi yang sudah tak bersultan ini kecil, tetapi Feringgi masih kekal di sini." Maksudnya, kita ke Kampung Portugis?" Iya, ke mana lagi. Atau kau ada cadangan lain?" Kitul menduga. Kenapa kita tidak pergi ke negeri hujung Selatan saja. Di sana, negerinya lebih moden." Moden, ya. Tapi di sana juga ada undang-undang." Kita lari. Tak kira ke mana saja." Kitul menggaru-garu belakang tekuknya yang tidak gatal. Memikirkan cadangan Nina Chattu. Keretanya baru saja ditarik oleh bank beberapa hari yang lepas kerana gagal membayar ansuran bulanan. Rumahnya turut disita. Nina Chattu baru saja diisytiharkan muflis. Kita telah disabitkan dengan kesalahan pecah amanah. Barangkali kita akan dipenjarakan juga kalau ke sana. Kalau kita ditangkap dan didakwa, siapa yang akan membayar kos guaman nanti. Kita sama- sama tidak mampu." Ah, ini semua gara-gara Datuk Syahbandar. Kalaulah dia tidak tamak dengan melaburkan semua hartanya untuk saham skim cepat kaya, tentunya kita tidak menerima nasib sebegini. Tentu kita boleh harapkan pertolongan orang tua gila tu." Suara garau Nina Chattu bergema melantun dalam ruangan pintu kota Porta De Santiago.

Cerpen sintaksis

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Cerpen sintaksis

ARKIB : 20/10/2013

Bunuh DiriOleh Sharifah Aisiah Syed Mahazar

NINA Chattu sasau seperti orang kehilangan akal. Di bumi Melaka yang telah dikhianatinya, dia tidak tahu tempat yang mana harus didiami. Semuanya terasa asing. Baru-baru ini, dia mendapat berita daripada sumber yang kurang boleh dipercayai kerana yang menyampaikan adalah Kitul, orang kanan Raja Mendeliar. Mereka merupakan pembelot dalam kota Seri Negeri.

Tuah sudah dapat kembali keris Tamingsari. Habislah, kita akan �mati ditikam. Lebih baik kita lari."

Lari ke mana?"�

Ah, bukankah moyang kita pernah membe� rikan maklumat kepada Feringgi. Kerana bantuan moyang kita, Feringgi berjaya menawan Melaka. Walaupun bumi yang sudah tak bersultan ini kecil, tetapi Feringgi masih kekal di sini."

Maksudnya, kita ke Kampung Portugis?"�

Iya, ke mana lagi. Atau kau ada cad� angan lain?" Kitul menduga.

Kenapa kita tidak pergi ke negeri hujung Selatan saja. Di sana, �negerinya lebih moden."

Moden, ya. Tapi di sana juga ada undang-undang."�

Kita lari. Tak kira ke mana saja."�

Kitul menggaru-garu belakang tekuknya yang tidak gatal. Memikirkan cadangan Nina Chattu. Keretanya baru saja ditarik oleh bank beberapa hari yang lepas kerana gagal membayar ansuran bulanan. Rumahnya turut disita. Nina Chattu baru saja diisytiharkan muflis.

Kita telah disabitkan dengan kesalahan pecah amana� h. Barangkali kita akan dipenjarakan juga kalau ke sana. Kalau kita ditangkap dan didakwa, siapa yang akan membayar kos guaman nanti. Kita sama-sama tidak mampu."

Page 2: Cerpen sintaksis

Ah, ini semua gara-gara Datuk Syahbandar. Kalaulah dia tidak �tamak dengan melaburkan semua hartanya untuk saham skim cepat kaya, tentunya kita tidak menerima nasib sebegini. Tentu kita boleh harapkan pertolongan orang tua gila tu." Suara garau Nina Chattu bergema melantun dalam ruangan pintu kota Porta De Santiago. Nina Chattu melemparkan senyum yang penuh bermakna di belakang Kitul.

Detingan jam besar di hadapan bangunan merah atau dikenali juga dalam sejarah sebagai bangunan tinggalan Belanda mengejutkan lamunan Nina Chattu. Detingan sebanyak 12 kali itu hampir tenggelam dalam kekuatan lagu yang dimainkan oleh beberapa orang pengayuh beca.

Bas panorama berhenti mengambil penumpang. Dia tidak tahu arah yang hendak dituju, lantas mengambil keputusan menaiki saja bas tersebut.

Melaka Central." Nina Chattu menghulurkan duit kertas seringgit. �Mulutnya spontan menyebut destinasi yang dia sendiri tidak pasti tujuaannya ke sana.

Tak cukup pakcik. 30 sen lagi. Harga tambang dah naik." Nina �Chattu menyeluk ke dalam saku baju Melayu teluk belanga, menghulurkan duit syiling sebanyak 30 sen.

Dia mengomel kecil. Ish, janji sebelum dapat undi, semua nak turun� harga. Ini yang aku malas nak keluar memangkah."

Suasana di dalam bas penuh sesak dengan penumpang pelbagai bangsa. Beberapa pasang mata memandang ke arahnya. Barangkali mereka hairan melihat orang India memakai baju Melayu. Nina Chattu tidak peduli itu semua. Dia selesa dengan apa yang dipakainya. Malah, baju itulah yang menjadi pakaian hariannya ketika mahu bersiar-siar atau ketika berada di rumah. kecuali pada waktu pejabat saja dia mengenakan pakaian seragam. Berkemeja lengan panjang, bertali leher dan seluar panjang.

Sebagai bekas kakitangan kerajaan yang bertugas di jabatan Ketua Menteri, dia sama sekali tidak kekok berdepan dengan pelbagai individu. Setiap hari pejabatnya dikunjungi rakyat marhaen yang memohon bantuan itu dan ini. Ada juga yang merungut tanda tidak puas hati dengan layanan yang diberi. Nina Chattu pekakkan telinga dan butakan mata sahaja. Tugasnya untuk memenuhi keperluan dirinya dahulu. Atau dengan kata lain, setiap pertolongan mesti ada balasan.

Page 3: Cerpen sintaksis

Hingga akhirnya dia ditangkap dan didakwa atas kesalahan rasuah. Kemudian, kerana berjaya merasuah seorang pegawai atasan, dia berjaya keluar dari penjara. Bagi Nina Chattu balasan daripada setiap bantuan lebih penting berbanding keikhlasan berkhidmat untuk rakyat. Sekali pun, dia tidak pernah menyesal. Biarlah dia menjadi lelaki yang bermaruah. Berani buat, berani tanggung. Bukan seperti sesetengah manusia yang hanya tahu baling batu, bersembunyi di belakang orang yang lebih besar. Sesekali pemandu bas membunyikan hon. Bandar Melaka sesak pada musim persekolahan begini.

Hmm, beranikah aku?" Suara hati Nina Chattu mendesis.�

Sebaik saja bas memasuki kawasan Melaka Central, mata Nina Chattu mengecam susuk tubuh yang begitu dia kenali. Setelah bas berhenti, para penumpang berebut untuk turun. Nina Chattu memberikan laluan kepada mereka yang terdesak mengejar masa yang pantas berlalu. Dia senyum sinis. Ada sesuatu yang bermain dalam kepalanya. Kakinya menuruni tangga bas dengan cermat. Dia sudah tahu ke mana tempat yang harus dituju. Walaupun ketika membuat keputusan menaiki bas, dia hanya mengikut kata hati saja tanpa diketahui sebabnya dia mesti turun di Melaka Central.

Ehem, ehem, masih di Melaka kau?"�

Kitul hampir melompat menerima teguran daripada individu yang ingin dia jauhi. Perasaannya tidak mampu disembunyikan. Riak wajahnya menunjukkan dia tidak selesa dengan kahadiran Nina Chattu.

Kenapa, terkejut melihat aku. Baru dua hari lepas kita berbual �panjang. Takkan secepat ini kau berubah. Atau ada apa-apa yang sedang kau sembunyikan. Hei Kitul, aku kenal kau bukan sehari dua. Katakan apa yang tak kena?" Nada Nina Chattu menyindir tajam.

Kitul membalas dengan senyum tipis. Segaris kedut didahinya masih terlukis. Dia memerhati sekeliling. Matanya resah.

Apa yang kau perhatikan?"�

Tuah. Aku terpaksa lari. Kita mesti lari." Suara Kitul separuh �berbisik.

Kau, kita, apa ni! Aku tak faham. Kalau betul Tuah dah dapat �kembali kerisnya, apa yang perlu ditakutkan. Zaman sekarang

Page 4: Cerpen sintaksis

orang dah tak bertikam lagi. Kita ada pistol, sebelum Tuah sempat masuk rapat, kita tembak. Kita sama-sama masuk penjara. Alah, takkan sampai mandatori. Kita mempertahankan diri saja. Membunuh atau terbunuh."

Nina Chattu memaut bahu Kitul. Kitul mengiyakan tingkah rakannya. Mereka berjalan menuju ke sebuah kedai makan.

Argghh, jangan buat aku macam budak-budak." Mata Kitul �menerkam marah.

Alaa, kau segan ya. Buat seolah-olah tiada apa. Pedulikan orang �lain." Nina Chattu mengenyit nakal.

Nina Chattu memilih meja di sudut tepi. Kitul mengekor dari belakang. Setelah membuat pesanan, mereka dikejutkan pula dengan bayangan Raja Mendeliar yang sedang menuju ke arah mereka..

Orang tua gila dah datang." Suara Nina Chattu separuh berbisik.�

Kitul dapat menangkap butir kata tersebut. Memang gila. Masih �mengaku dirinya Datuk Syahbandar di zaman yang sudah tak bersultan lagi ni. Hihi." Kitul ketawa kecil. Tangan kirinya mengusap dagu.

Raja Mendeliar bukan berasal dari Melaka. Setelah kematian anak isteri akibat peperangan di Pattani, dia berhijrah ke Malaysia. Katanya dia telah mendapat satu alamat bahawa dia merupakan keturunan Raja Mendeliar yang mati dijatuhkan hukuman bunuh oleh Sultan Melaka. Keluarga arwah moyangnya melarikan diri ke Selatan Thailand. Namanya diberikan sempena nama moyangnya itu.

Dia datang ke Malaysia untuk membuktikan bahawa keturunannya bukan pengecut. Dia bukan seperti moyangnya yang melarikan diri ke hutan tika Feringgi datang menyerang. Dia tidak takut untuk berada di sini, walau Portugis masih berkampung di Melaka. Dia mahu setia sebagai rakyat Malaysia, walaupun belum memperoleh kerakyatan yang tetap. Dia juga mahu membuktikan bahawa dia bukanlah pengkhianat. Sungguh - bukan dia yang memberikan maklumat kepada bekas Ketua Menteri mengenai penyelewengan yang dilakukan oleh Kitul dan Nina Chattu.

Raja Mendeliar mempercepatkan langkah. Seperti kebiasaan orang salah, geraknya dirasakan serba tidak kena. Terasa seperti dikejar

Page 5: Cerpen sintaksis

oleh orang ramai yang telah melabur saham skim cepat kaya dengannya. Bukan mereka saja yang rugi, malah dirinya sendiri turut mengalami kerugian yang besar. Mujur, dia masih ada sedikit simpanan peribadi. Jika tidak, terpaksalah dia kembali merempat seperti di Pattani dulu. Kemiskinan yang dialami telah menyebabkan keluarganya ditindas. Dia tidak mahu menanggung keperitan yang sama.

Sudah sebulan dia melarikan diri daripada kesilapan yang tidak disengajakan. Niatnya satu, mahu mengkayakan bangsa Melayu. Kerana baginya, kekayaan adalah satu kuasa. Akibat cepat percaya kepada orang asing yang datang memperkenalkan saham skim cepat kaya, dia telah terpedaya dan menyebabkan ramai orang menerima nasib yang sama. Raja Mendeliar takut andai nanti dia dituduh haloba seperti arwah moyangnya dulu. Tidak - dia bukannya manusia begitu. Dengan duit yang dia ada, masih ada jalan untuk dia membangunkan perniagaan yang lain. Bila sudah maju, dia akan dapat membela nasib Melayu.

Hei kawan, kenapa tenung aku semacam saja," Raja Mendeliar �menghenyakkan punggung di atas kerusi. Nina Chattu dan Kitul berpandangan sesama sendiri sambil mengangkat kening. Mereka seperti sedang merencanakan sesuatu. Atau mungkin mencari perkataan yang paling sesuai untuk dimulakan. Pelayan datang mengambil pesanan daripada Raja Mendeliar. Kedua-dua rakannya masih berdiam diri. Raja Mendeliar merenung keduanya tanpa berkelip. Redup wajahnya bagaikan memohon sedikit simpati. Dia seolah-olah minta difahami.

Bukan aku, aku tak mengadu domba tentang kau berdua." Raja �Mendeliar mula terdesak.

Pelabuhan Dumai yang berpusat di Bandar Melaka lenggang. Burung gagak menciritkan tahi di merata tempat. Pekerja Majlis Bandaran Melaka Bersejarah sibuk membersihkan eceran tahi burung gagak hitam. Dua batang tubuh jantan kelihatan resah - terlalu gelisah. Mereka sudah tidak sabar lagi menunggu ketibaan feri untuk bertolak ke Dumai.

Betul ke apa yang kita buat ni?"�

Kita buat dulu, kemudian baru fikirkan betul atau t� idak."

Tapi, bagaimana dengan Datuk Syahbandar. Aku simpati �terhadapnya kerana mungkin aku pernah menjadi orang kepercayaannya dulu."

Page 6: Cerpen sintaksis

Lupakan Raja Mendeliar, orang tua nanar yang mengaku dirinya �Datuk Syahbandar. Biar dia kekal menjadi penjaga jeti di muara sungai Melaka saja. Kepentingan diri harus diutamakan."

Sebelum feri sempat tiba, bekas Ketua Menteri, Tuah yang telah digulingkan oleh Nina Chattu dan Kitul telah menghidu perbuatan mereka. Keris Tamingsari terpacak di dada Kitul. Darah merah memancut keluar. Nina Chattu melarikan diri ke jeti muara sungai. Kelibat Raja Mendeliar jelas kelihatan. Raja Mendeliar telah memohon pekerjaan sebagai penjaga tiket River Cruise.

Tolong, tolong aku." Suara Nina Chattu cemas.�

Tuah sudah ditangkap oleh beberapa orang pegawai kastam yang sedang minum di kedai kopi berhampiran. Tuah berang apabila mengetahui bahawa dirinya dipergunakan oleh Nina Chattu dan Kitul. Sasaran pertama adalah Kitul kerana Nina Chattu telah menuding jari kepada Kitul, dan Tuah percaya hasutan Nina Chattu.

Kenapa, apa yang berlaku ni. Kitul mana? Selalunya kau berdua �tidak berengang. Hinggakan aku dilupakan terus."

Tuah, Tuah telah menghunuskan kerisnya ke dada Kitul. Di sana, �berhampiran pejabat kastam. Maafkan aku. Aku benar-benar minta maaf." Ninna Chattu berlutut di kaki Raja Mendeliar.

Aku dan Kitul yang merancang semuanya. Kami mempergunakan �kau untuk menjatuhkan Ketua Menteri Tuah. Kami membuatkan kau percaya bahawa kau yang membongkarkan semuanya kepada Tuah. Dan Tuah, dia terlalu marah kepada aku bukan kerana gagal kekal sebagai Ketua Menteri. Tapi.." Nafas Nina Chattu termengah-mengah. Raja Mendeliar seperti orang kebingungan.

Sebenarnya, aku dan Tuah merancang untuk menipu semua duit �kau. Kami telah mengupah ejen supaya menjual saham skim cepat kaya kepada kau. Kami tahu kau telah bertungkus lumus mengumpul harta di sini. Kami tidak senang melihat bangsa pendatang mengaut emas di bumi ini. Aku marah kepada Tuah kerana dia gagal membelaku hinggakan aku dipecat dan dipenjarakan. Dia turut bersubahat menyelongkar failku, dan aku disabitkan kesalahan rasuah. Aku tidak mahu membahagikan duit tersebut kepada Tuah. Kerana itu, aku menuduh Kitul yang melarikan semua duit tersebut. Sebab itu Tuah memburu Kitul."

Page 7: Cerpen sintaksis

Kau tidak berhak marah kepa� da Tuah, sedangkan kau sendiri yang mengkhianatinya. Habis, apa yang kau berdua buat berhampiran pejabat kastam?"

Kami ke pelabuhan Dumai kerana mahu melarikan diri. Tuah telah �tahu semua rancangan aku. Aku tidak mahu kehilangan Kitul. Kalau aku masih tunggu di sini, mungkin Kitul juga akan tahu bahawa dia turut diperalatkan. Maafkan aku."

Aku sangka kau bukanlah Nina Chattu yang lahir pada zaman �kesultanan Melaka. Kenapa kau mengulangi kesilapan moyang kita. Memang Tuah bukan seorang yang layak diberi kuasa, tidak mengapa kita jatuhkan dia. Tetapi, kenapa kau menjadi tamak. Kau tahukan tujuan aku di sini. Aku mahu menebus kesalahan moyangku dulu. Aku mahu berbakti kepada bangsa Melayu. Walaupun aku bukanlah Melayu tulen kerana telah bercampur darah Siam. Namun, darah Datuk Syahbandar pada zaman Sultan Mahmud Shah masih mengalir dalam diriku."

Maafkan aku Raja Mendeliar." Tanpa disedari, Nina Chattu �mengeluarkan sepucuk pistol mengacukan di kepala.

Raja Mendeliar terpaku. Dia tidak menduga Nina Chattu menggunakan pistol yang disimpan untuk menembak Tuah kalau-kalau Tuah mahu menikamnya. Peluru menembusi kepala. Nina Chattu rebah. Burung gagak berterbangan liar mendengar bunyi tembakan. Nina Chattu meniru peribadi moyangnya dengan mengambil keputusan menamatkan riwayat sendiri.

Kalaulah hidup semudah ini. Mengalah dan mati. Tidak - aku tidak �akan sekali-kali menyerah atau lari." Raja Mendeliar menyapu kelopak matanya yang basah

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sastera/20131020/sa_01/Bunuh-Diri#ixzz2jIg93SRd © Utusan Melayu (M) Bhd 

ARKIB : 06/10/2013

Anatomi Sekeping Hati IVOleh Rebecca Ilham

Page 8: Cerpen sintaksis

KETIKA genta kecil di atas puncak wijil kafe bergemerincing, kuakan wijil membawa sebatang susuk lampai-sasa memasuki ruang. Dedar yang bertahun-tahun merajai rongga dada semacam terhenti sesaat. Najwa berpaling dari mesin espreso yang sedang dikerjakan. Kampit biji kopi, adunan rahsia resipi khas tuan punya kafe yang baru dituang separuh isinya dilipat, disepit kemas, diketepikan. Dia melempar senyum kepada pelanggan baru di sebalik kaunter yang masih mendongak membaca menu di papan hitam tanpa mempedulikan sisa titis hujan di hujung rambut yang perlahan-lahan membentuk tompok-tompok gelap di bahu kemeja.

Najwa tidak menunggu. Dia mencapai cawan putih lalu ditadah ke bawah mesin espreso. Pati biji kopi mendap di dasar cawan segera dicampur air panas. Najwa menyisip piring, lantas menyua cawan ke birai kaunter. Pelanggan baru tergamam. Anak mata mereka berlaga. Hijau-biru, dingin-dalam anak mata lelaki itu. Tidak ubah seperti bayangan-bayangan yang pernah bertandang. Najwa mengorak senyum, memecah tangkupan kolam jiwa.

Ayuh, nanti sejuk. Jangan lupa, minum tanpa gula."�

Pelanggan baru bagaikan terpantak daripada anganan panjang. Mata yang tadinya terpersil, tertancap penuh pada barista. Najwa senyum lagi, menggesa tanpa suara. Dia tahu, dia tahu semua kegusaran itu. Dia telah lama menunggu, beberapa bulan setia di balik kaunter di kafe kecil, dengan dedar yang tidak pernah meninggalkan dada. Matanya tidak melepaskan tampang pelanggan baru, lelaki lampai yang pernah hadir dalam bayangan cuma.

Lelaki itu memilih meja bulat di penjuru kafe, paling dekat dengan rak buku. Lokasi itu kegemaran Najwa jua. Kebanggaannya, malahan. Semenjak bekerja di kafe kecil itu, dengan sukarela dia mengambil tugas sebagai kurator tidak rasmi. Meski seleksi bahan bacaan sengaja tidak diperbanyak, dia cuba mempelbagaikan. Buku-buku peribadinya, dan - dedar nan reda kembali menggoncang rongga dada.

Mata Najwa mengekori jari jemari lelaki pelanggan baru mengait kuras sebuah buku tipis. Buku itu ditemuinya di pasar buku hujung minggu lalu. Buku itu bukanlah genre kelazimannya, namun entah mengapa, entah apa yang mendorongnya membeli, membawa pulang sebelum menyisipnya ke rak di penjuru kafe. Najwa menghela nafas, cuba mengawal namun jantung bergoncang terlalu hebat. Darah dari jaringan pembuluh tidak sempat tiba di dada, lantas mengirim longlai ke seluruh tubuh. Najwa terduduk. Dia

Page 9: Cerpen sintaksis

mengerling jam besar di dinding kafe. Masih berbaki dua jam sebelum dos ubat seterusnya.

Najwa mengemam bibir. Dia bertahan. Dia mesti bertahan.

Adrian menuang kopi panas ke dalam gelas kertas. Dia mencapai paket gula di sudut kabinet, hampir mengoyaknya namun sempat menukar fikiran. Kopi panas diteguk tanpa perisa tambahan. Terlalu cair, pahit dan masam. Dia memaksa diri menghabiskan tetapi belum sampai tegukan terakhir, pengumuman genting bergema melalui sistem siaraya jabatan kardiologi.

Kod biru.

Adrian tidak jadi melangsaikan tegukan kopi pahit-masam. Dia menarik kerusi, lantas menghenyak duduk. Kedua belah tangan mencepung gelas kertas direhatkan di birai meja yang mendominasi sebahagian pantri khusus untuk kegunaan para petugas jabatan pembedahan jantung itu. Gelas kertas yang terlalu ringan itu digulir-gulir dalam pegangan.

Kod biru.

Baru tak berapa jam lalu alat keluinya digegarkan kod biru juga. Satu-satunya pesakit di bawah pengawasannya masih di unit rawatan rapi meski sudah seminggu menjalani pembedahan sukar. Pesakit itu, jejaka cilik empat tahun usia yang keletah dan petah asal sahaja nafasnya tidak lekas mengah, tenat sepanjang malam. Adrian ripuh; berjaga, berjaga-jaga - menstabilkan keributan degupan jantung yang baru ditampal tiga lubang seni di ventrikel kiri, juga menenangkan ibu dan bapa, pasangan muda yang dahulunya teruja menyambut kelahiran anak pertama, kini lebih letih daripada sedih.

Adrian berhenti menggulir gelas kertas. Sisa kopi hitam ditenung, bagai menagih sesuatu daripada permukaan kopi sejuk yang memantulkan semula wajahnya itu. Dia telah muak-jelak mengingati semula kegetiran di unit rawatan rapi. Tidak cukup dengan analisis senyap di dalam benak peribadi, dia telah mengulang semuanya di hadapan ketua jabatan, bersaksikan dua jururawat dan doktor bertugas yang turut membantu.

Bukan sekali Adrian menegaskan bahawa dia telah melakukan segala yang terdaya, namun jantung kecil jejaka cilik empat tahun itu kekal lesu dan tidak mahu berdegup jua. Dia masih belum mahu kalah. Namun jururawat separuh usia, bertahun-tahun menggeluti

Page 10: Cerpen sintaksis

pelbagai episod di unit rawatan rapi pembedahan jantung itu menggeleng lembut tatkala dia mengarahkan agar defibrilator dicas dengan kadar lebih tinggi.

Adrian menghabiskan kopi sejuk. Tidak berkurang pahit dan asidnya. Gelas kertas dicampak ke arah bakul sampah di sisi kabinet. Gelas kosong berlaga dengan birai, lalu melantun. Masuk, Adrian mengharap sungguh-sungguh. Namun gelas kosong tergelatak di lantai, sebagaimana kecundangnya dia menyingkirkan bungkam ketua jabatan yang tersirat makna itu.

Adrian merenung kedua belah tangan, sepuluh jemari yang ditekap di atas permukaan datar meja. Dia tidak tahu apa yang berlaku. Sepasang tangan itu, sepuluh jari yang gelincah digelar tangan emas oleh warga jabatan sepanjang-panjang dia menjawat kedudukan tetap di situ. Namun entah mengapa, sejak dua bulan ini, tidak seorang pun pesakit didiscaj keluar melainkan melalui pintu ruang sejuk kamar mayat.

Adrian sungguh-sungguh buntu. Setiap penjuru, garis dan urat jari diteliti.

Ke mana pergi sentuhan Midas itu?

Ketika lelaki itu melangkah masuk ke ruang kafe buat kali kedua, Najwa sudah tahu. Bagaimana - dia sendiri tidak tahu. Tetapi sejak lama dulu, dia belajar untuk tidak terlalu mempersoalkan hal-hal yang dia sendiri tidak fahami.

Sekali lagi, lelaki itu gamam di hadapan kaunter. Kali ini Najwa lebih bersedia. Dia mengusulkan secangkir kopi hitam, masih berasap tipis, dengan pesanan sama, agar dinikmati tanpa gula. Di atas dulang itu juga semangkuk sup jernih. Hirisan kentang tanpa disish kulit, batang saderi, ricihan bawang, butir-butir lada hitam dan paha ayam putih terapung-tenggelam, menyelerakan.

Lelaki pengunjung itu seperti hendak membuka mulut, barangkali ingin membantah. Ya, dia tidak memesan semua itu. Malah hidangan tambahan itu tidak ditawarkan dalam menu lazim kafe sekali pun. Namun Najwa melenyapkan bantahan yang belum terlantun dengan sekuntum senyum cuma. Dia sudah menjangka. Bukan, dia pernah mengalaminya, di ruang masa dan dimensi lain yang semena-mena mengirim getar dejavu ke tangkai jiwa.

Najwa melepaskannya cermat menatang dulang ke meja bulat di penjuru kafe. Lelaki itu mencapai buku yang ditinggalkan pada

Page 11: Cerpen sintaksis

hujung kunjungan pertama, menyelak ke halaman ditanda lalu tenggelam di dalamnya.

Najwa menghela nafas, ngilu di ulu hati mencucuk. Dalam lagi tajam. Dia menggengam birai kaunter. Ekor matanya menjeling tampang Adrian dari balik mesin espreso. Memang dia tidak tahu, tetapi dia tidak mahu terlalu mempersoalkan. Setiap bayangan yang hadir, pada daerah asing antara jaga dan mimpi seusai bacaan al-Fatihah, surah-surah tiga Qul, Ayat Kursi, Bismillah 21 kali, doa tidur dan syahadah itu tentunya punya maksud tersendiri. Meski tidak, atau juga belum, menjawab setiap doanya pada sujud setiap rakaat istikharah. Paling kurang, bayangan dan gerak hati telah membawanya ke sini, ke kafe kecil di sebuah kota besar, beribu batu jarak daripada tanah kelahirannya.

Siapalah dia untuk meragui segala aturan Allah Yang Maha Tahu?

Trem datang. Trem pergi. Khalayak turun. Khalayak naik. Khalayak datang. Khalayak bubar. Beberapa kali. Berulang-ulang.

Adrian pegun di sisi teduhan tempat menunggu. Hujan rintik-rintik tetapi dia sengaja tidak mahu mengambil ruang di bawah teduhan. Entah berapa lama dia di situ. Seingatnya ketika dia melangkah rusuh daripada bangunan hospital tadi, langit belum berawan. Matahari terik, menggigit dan angin kering tidak kunjung hadir. Sekujur tubuhnya berkeringat namun dia tidak sanggup berlama-lama didakap hawa sederhana di tempat bertugas itu. Haba yang mengalir dari dalam pascapertemuan empat mata dengan ketua jabatan itu perlu diredakan, jika pun tidak mampu dipadamkan.

Maka dia berjalan tanpa arah khusus, bermula dari daerah kecil, medical precinct, menuju ke selatan. Ke pusat bandar. Biar dia bergaul dengan khalayak. Biar terpencar marahnya. Biar lega sakit hatinya. Adrian memejam mata. Telinga menangkap geselan rel dengan roda besi trem. Titis-titis hujan serasa menghunjam pelupuk mata. Suhu tubuhnya sudah turun. Namun pedih di dalam dadanya tidak juga berkurang.

Tergamak ketua jabatan mencadangkan agar dia melepaskan tanggungjawab seketika. Pergi bercuti, doktor, dia dipujuk. Seminggu, dua minggu atau tiga minggu jika doktor mahu. Balik nanti, kita bincang tentang masa depan doktor di sini. Apabila dia enggan, ketua jabatan berubah tona suara. Barulah Adrian tahu bahawa surat arahan sebetulnya sudah ditandatangani. Bujukan itu hanyalah sandiwara.

Page 12: Cerpen sintaksis

Adrian membuka mata. Dia melepaskan sandaran pada tiang teduhan. Apa jaminan rekod buruknya akan pulih dengan berehat seketika? Dia sudah lelah mempertahankan diri. Periksalah rekod setiap pesakitnya, soal-siasatlah staf lain yang bersama-sama pada masa dan tempat setiap kecelakaan. Dia tidak pernah culas, apatah lagi cuai.

Adrian meneguk liur. Bukan mudah untuk dia menelan semua ini. Setangkas mana pun tangannya, secekap mana pun analisanya, dia tetap bukan tuhan.

Najwa memanjang leher dari balik kaunter. Tangan ligat menuang susu segar ke dalam jag keluli lalu disuguh wap panas. Matanya kemas di muka wijil, sambil benak berputar mencongak-congak. Memang dia lewat hari ini. Sepatutnya dia masuk awal pagi, tetapi dada bergoncang hebat ketika dia tersedar sebelum fajar; dedarnya merebak sehingga pijar, pedih seluruh. Justeru, tatkala dia terduduk pada qiyam rakaat kedua solat tadi pagi dia tahu, dia terpaksa menghadap pakar pemegang portfolio rawatan di hospital terlebih dahulu.

Dia juga tahu dia mesti berkeras tidak mahu dimasukkan ke wad, dan diletakkan di bawah pemerhatian sepanjang minggu. Dia mesti meyakinkan doktor yang sudah lali dengan kedegilannya bahawa pil-pil putih yang selama ini mengepung kesakitan itu mencukupi. Paling tidak sehingga dia sendiri dengan rela hati mendaftar masuk ke wad kardiologi hujung minggu nanti.

Susu menggelegak. Habanya menjalar ke jag keluli, lantas menyelar jari-jemari. Najwa terburu mengalihkan. Jag keluli separa dicampak ke sisi mesin espreso. Terlambat. Jari jemari sudah merah, bisanya menggigit kulit dan daging. Najwa menggigit bibir, menyeranah diri kerana terlalu leka. Tombol pili dipulas. Jari jemari yang pijar-pedih dibiarkan disalut aliran air.

Najwa mengerling lagi ke arah wijil. Terkatup. Rapat.

Hatinya kuat mengatakan lelaki itu, pelanggan yang ditunggu-tunggu akan berkunjung hari ini, sebagaimana dia mengerapi kafe ini hampir setiap hari sejak dua minggu lalu. Pada setiap kunjungan itu juga, Najwa telah bersedia dengan hidangan di luar menu, dipelbagaikan mengikut gerak hati jua. Lelaki itu tidak pernah menolak. Bersama secawan kopi hitam tanpa gula, dia akan menghirup sup, bubur atau apa sahaja yang disuguhkan di meja kebiasaan sambil sebelah tangan menguak buku tipis yang dibuka

Page 13: Cerpen sintaksis

semenjak kunjungan pertama, tetapi tidak juga tamat-tamat dibaca itu.

Najwa tidak pernah bertanya. Dia juga tidak terpanggil untuk memulakan perbualan pertama. Cukuplah tampang lelaki itu tidak lekang daripada ekor matanya beberapa jam dalam seminggu. Itu sudah seperti antidot untuk jantung abnormalnya.

Mari saya tengok tangan tu."�

Najwa menoleh ke hadapan kaunter. Pengunjung yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Najwa ingin melempar senyum, namun kerutan terlebih dahulu muncul menatari dahi.

Tangan awak lecur agaknya. Say� a doktor, beri saya tengok."

Lelaki itu terlebih dahulu menghulur tangan. Najwa patuh tanpa mempersoalkan. Buat pertama kali, dia melihat ada segarit kejernihan di wajah itu. Jantung berdetak lebih kuat, bagai mempersetujui. Najwa merasakan peluh sejuk merenik di dahinya. Kepala ringan tiba-tiba. Belum sempat jari-jemari merah-pedih dibelek-ditelek, dia sudah rebah dulu.

Adrian menarik kerusi dekat ke sisi katil besi. Dia duduk, berserenjang dengan Najwa. Mereka bertatapan beberapa lama, namun masing-masing berlawan tidak membuka mulut. Libang-libu koridor wad kardiologi sesekali menerobos ke dalam kamar kapasiti seorang pesakit itu, memenuhi sepi antara doktor-pesakit.

Awak terlambat. Sepatutnya awak datang beberapa bulan lalu, �ketika saya belum pernah meragui keupayaan sendiri. Pada masa itu, awak tak perlu meminta. Malah sayalah yang terlebih dahulu akan berbalah, berebut dengan doktor yang merawat awak selama ini itu." Adrian beralah akhirnya.

Najwa tidak menyahut. Anak matanya menyeluruhi air muka lelaki yang selama ini dicam di balik tabir kaunter kafe dan mesin espreso cuma. Lebam di bawah matanya pekat benar, manakala rambut-rambut halus telah menatari sekitar dagu. Najwa tahu, lelaki itu sudah terlalu bersusah-payah kerananya. Dalam lenanya panjang semenjak rebah di kafe, biar dalam kekaburan, mampir bayangan Adrian merawati, dengan cemas, cekap dan sabar sehingga dia stabil sepenuhnya. Oleh itu dia juga tahu, bahawa secara teknikal lelaki ini lebih daripada mampu. Sementara secara yang lain-lain, ah -

Page 14: Cerpen sintaksis

Tapi jika pertemuan kita beberapa bulan lalu, saya akan menjadi �sebahagian daripada statistik, kasualti dalam rekod tugasan awak."

Najwa menjuring senyum. Mengusik sebetulnya. Adrian teragak-agak memahami, namun tertawa kecil apabila menangkap maksud tersembunyi.

Awak terlalu optimis."�

Saya tidak pernah meragui kuasa doa dan mimpi. Ia telah �melorongkan saya ke sini, kepada awak."

Adrian mengangkat kening. Sejuta satu persoalan berkerdipan daripada sinar anak matanya. Najwa tersenyum lebih lebar. Manis dan misteri sekaligus. Ketika itu, Adrian beralah lagi. Dia memutuskan untuk belajar dan cuba mengerti. Barangkali, dengan menjahit hati perempuan ini, akan mencantum semula hatinya jua

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sastera/20131006/sa_01/Anatomi-Sekeping-Hati-IV#ixzz2jIglNQkm © Utusan Melayu (M) Bhd 

1) KETIKA genta kecil di atas puncak wijil kafe bergemerincing, kuakan wijil membawa sebatang susuk lampai-sasa memasuki ruang. ATU

2) Dedar yang bertahun-tahun merajai rongga dada semacam terhenti sesaat. -AM

3)Najwa berpaling dari mesin espreso yang sedang dikerjakan.AM

Page 15: Cerpen sintaksis

4)Kampit biji kopi, adunan rahsia resipi khas tuan punya kafe yang baru dituang separuh isinya dilipat, disepit kemas, diketepikan.

5)Dia melempar senyum kepada pelanggan baru di sebalik kaunter yang masih mendongak membaca menu di papan hitam tanpa mempedulikan sisa titis hujan di hujung rambut yang perlahan-lahan membentuk tompok-tompok gelap di bahu kemeja. AM

6)Najwa tidak menunggu. -ATU

7)Dia mencapai cawan putih lalu ditadah ke bawah mesin espreso. AM

8)Pati biji kopi mendap di dasar cawan segera dicampur air panas. ATU

9)Najwa menyisip piring, lantas menyua cawan ke birai kaunter. AM

70)Pelanggan baru tergamam.

71) Anak mata mereka berlaga.

72)Hijau-biru, dingin-dalam anak mata lelaki itu.

10)Baru tak berapa jam lalu alat keluinya digegarkan kod biru juga. -ATU

11) Satu-satunya pesakit di bawah pengawasannya masih di unit rawatan rapi meski sudah seminggu menjalani pembedahan sukar. AM

12) Pesakit itu, jejaka cilik empat tahun usia yang keletah dan petah asal sahaja nafasnya tidak lekas mengah, tenat sepanjang malam. -AM

13)Adrian ripuh; berjaga, berjaga-jaga - menstabilkan keributan degupan jantung yang baru ditampal tiga lubang seni di ventrikel kiri, juga menenangkan ibu dan bapa, pasangan muda yang dahulunya teruja menyambut kelahiran anak pertama, kini lebih letih daripada sedih. -AM

14) Najwa menyatakan bahawa dia ingin menengok tangan itu.-AM

15) Najwa berkata bahawa, ayuh, nanti sejuk. Jangan lupa, minum tanpa gula.AM

Page 16: Cerpen sintaksis

16)Pelanggan baru bagaikan terpantak daripada anganan panjang.ATU

17)Mata yang tadinya terpersil, tertancap penuh pada barista. -ATU

18) Najwa senyum lagi, menggesa tanpa suara. -ATU

19)Dia tahu, dia tahu semua kegusaran itu. -ATU

20)Dia telah lama menunggu, beberapa bulan setia di balik kaunter di kafe kecil, dengan dedar yang tidak pernah meninggalkan dada. -ATU

21)Matanya tidak melepaskan tampang pelanggan baru, lelaki lampai yang pernah hadir dalam bayangan cuma. -=AM

22)Lelaki itu memilih meja bulat di penjuru kafe, paling dekat dengan rak buku. -ATU

23)Lokasi itu kegemaran Najwa jua. –ATU

73) . Kebanggaannya, malahan.

24) Hatinya kuat mengatakan lelaki itu, pelanggan yang ditunggu-tunggu akan berkunjung hari ini, sebagaimana dia mengerapi kafe ini hampir setiap hari sejak dua minggu lalu.-AM

25)Semenjak bekerja di kafe kecil itu, dengan sukarela dia mengambil tugas sebagai kurator tidak rasmi. -ATU

26)Meski seleksi bahan bacaan sengaja tidak diperbanyak, dia cuba mempelbagaikan. -AM

27)Buku-buku peribadinya, dan - dedar nan reda kembali menggoncang rongga dada.-AM

28)Mata Najwa mengekori jari jemari lelaki pelanggan baru mengait kuras sebuah buku tipis. -ATU

29)Buku itu ditemuinya di pasar buku hujung minggu lalu. -ATU

30)Buku itu bukanlah genre kelazimannya, namun entah mengapa, entah apa yang mendorongnya membeli, membawa pulang sebelum menyisipnya ke rak di penjuru kafe. -AM

31) Najwa menghela nafas, cuba mengawal namun jantung bergoncang terlalu hebat. -AM

Page 17: Cerpen sintaksis

32)Darah dari jaringan pembuluh tidak sempat tiba di dada, lantas mengirim longlai ke seluruh tubuh.-AM

73)Najwa terduduk.

74) Dia mengerling jam besar di dinding kafe.

75) Masih berbaki dua jam sebelum dos ubat seterusnya.

33)Najwa memanjang leher dari balik kaunter.-ATU

34) Tangan ligat menuang susu segar ke dalam jag keluli lalu disuguh wap panas. -AM

35)Matanya kemas di muka wijil, sambil benak berputar mencongak-congak.-AM

36) Memang dia lewat hari ini. -ATU

37)Sepatutnya dia masuk awal pagi, tetapi dada bergoncang hebat ketika dia tersedar sebelum fajar; dedarnya merebak sehingga pijar, pedih seluruh.-AM

38) Justeru, tatkala dia terduduk pada qiyam rakaat kedua solat tadi pagi dia tahu, dia terpaksa menghadap pakar pemegang portfolio rawatan di hospital terlebih dahulu. -AM

39)Adrian menuang kopi panas ke dalam gelas kertas. - ATU

40)Dia mencapai paket gula di sudut kabinet, hampir mengoyaknya namun sempat menukar fikiran. -AM

41)Kopi panas diteguk tanpa perisa tambahan. -ATU

42)Terlalu cair, pahit dan masam. -ATU

43)Dia memaksa diri menghabiskan tetapi belum sampai tegukan terakhir, pengumuman genting bergema melalui sistem siaraya jabatan kardiologi. -AM

44)Kod biru.-ATU

450Adrian tidak jadi melangsaikan tegukan kopi pahit-masam. -ATU

46 )Dia menarik kerusi, lantas menghenyak duduk . -AM

Page 18: Cerpen sintaksis

47) Kedua belah tangan mencepung gelas kertas direhatkan di birai meja yang mendominasi sebahagian pantri khusus untuk kegunaan para petugas jabatan pembedahan jantung itu. -AM

48)Gelas kertas yang terlalu ringan itu digulir-gulir dalam pegangan. -AM

49)Adrian berhenti menggulir gelas kertas. -ATU

50)Sisa kopi hitam ditenung, bagai menagih sesuatu daripada permukaan kopi sejuk yang memantulkan semula wajahnya itu. -AM

51)Dia telah muak-jelak mengingati semula kegetiran di unit rawatan rapi.-ATU

52) Tidak cukup dengan analisis senyap di dalam benak peribadi, dia telah mengulang semuanya di hadapan ketua jabatan, bersaksikan dua jururawat dan doktor bertugas yang turut membantu- AM

.53) Trem datang. -ATU

54)Khalayak turun.-ATU

55)Adrian pegun di sisi teduhan tempat menunggu.-ATU

56)Hujan rintik-rintik tetapi dia sengaja tidak mahu mengambil ruang di bawah teduhan. Entah berapa lama dia di situ.-AM

57) Seingatnya ketika dia melangkah rusuh daripada bangunan hospital tadi, langit belum berawan.

58)Matahari terik, menggigit dan angin kering tidak kunjung hadir. -ATU

59)Sekujur tubuhnya berkeringat namun dia tidak sanggup berlama-lama didakap hawa sederhana di tempat bertugas itu. -AM

60)Haba yang mengalir dari dalam pascapertemuan empat mata dengan ketua jabatan itu perlu diredakan, jika pun tidak mampu dipadamkan.-AM

67)Maka dia berjalan tanpa arah khusus, bermula dari daerah kecil, medical precinct, menuju ke selatan. –ATU

Page 19: Cerpen sintaksis

61)Ke pusat bandar. -AT

62)Biar dia bergaul dengan khalayak.- PANC. KET

63) Biar terpencar marahnya. -AT

64)Biar lega sakit hatinya. - AT

65)Adrian memejam mata. - AT

67)Telinga menangkap geselan rel dengan roda besi trem. – PAN KET

68) Titis-titis hujan serasa menghunjam pelupuk mata. - AT

69) Suhu tubuhnya sudah turun, namun pedih di dalam dadanya tidak juga berkurang. - MG