Upload
st-michael
View
2.143
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Cetak rompak (atau pencabulan hakcipta) bermaksud penggunaan bahan yang dilindungi undang-
undang hakcipta tanpa izin, maka mencabuli salah satu hak eksklusif pemilik hakcipta asli, seperti
hak untuk mengeluarkan semula atau menjalankan karya yang dihakcipta, atau menghasilkan
karya derivatif yang berasaskan karya yang dihakcipta itu.
Kaedah cetak rompak
Terdapat pelbagai cara dimana hasil karya dirompak atau disalin tanpa kebenaran pemilik
hakcipta. Penyalinan tersebut dibuat dengan cara:
Menerbitkan semula sebahagian atau kesemua hasil karya.
Membuat salinan kepada pelbagai bentuk sama ada cara mengambil gambar, membuat salinan
secara elektronik atau komputer, fotostat, rakaman video, rakaman suara, menaip semula atau
diubah kepada PDF.
Menyalin kandungan bahan dan dijual semula dengan tajuk yang berbeza.
Mengeluarkan bahan atau perkakas yang menggunakan idea yang sama, dimana idea tersebut
telah dihakcipta.
Kegiatan memuat turun bahan lucah dan berkongsi rakaman muzik dalam bentuk MP3 dan fail-
fail audio yang lain makin berleluasa[perlu rujukan], itupun setelah berkuburnya Napster dan
tuntutan mahkamah atas pencabulan hakcipta berturut-turut yang dikemukakan badan-badan
industri rakaman. DVD screener yang diedar oleh studio filem (biasanya untuk penilaian bagi
anugerah) juga dijadikan sumber utama penyalinan tanpa izin apabila filem-filem masih
ditayangkan di pawagam, dan pihak MPAA di Amerika Syarikat sudah cuba mengehadkan
penggunaannya. Filem juga disalin oleh seseorang yang menyeludup masuk kamera video ke
dalam pawagam dan merakam pancarannya secara senyap-senyap (juga dikenali sebagai "CAM"),
namun salinan-salinan sedemikian lazimnya kurang bermutu berbanding salinan keluaran rasmi.
Kegiatan berkongsi salinan muzik adalah sah di kebanyakan negara, seperti Kanada, dan
sesetengah rantau di Eropah, selagi maklumat sedemikian tidak diiklankan atau lagu-lagunya
dijual.
Rakam rompak (bootleg) ialah rakaman muzik yang belum dikeluarkan secara rasmi oleh artis
atau syarikat pengurusan atau penerbitan yang bersekutu dengannya. Rakaman sedemikian boleh
terdiri dalam bentuk demo, outtake atau bahan studio yang lain, atau juga rakaman persembahan
live secara haram. Penggemar muzik boleh menggunakan istilah "bootleg" untuk membezakan
rakaman-rakaman ini daripada salinan "cetak rompak" bagi bahan yang dikeluarkan secara
komersil, tetapi rakaman-rakaman tersebut masih dilindungi hakcipta meskipun belum
dikeluarkan secara rasmi, maka pengedaran bahan-bahan sedemikian masih menyalahi undang-
undang.
Di sesetengah negara, orang yang menjual bahan berhakcipta secara haram juga diketahui menjaja
VCD, CD, dan DVD di tepi jalan, pasar, pasar malam dsb.
Penggunaan kandungan teks secara haram juga merupakan sebentuk pencabulan hak cipta yang
mana kegiatan menyalin teks dari satu laman ke satu laman yang lain tanpa restu pengarang
adalah meluas di jaringan sedunia. Roberta Beach Jacobson mengkritik penggelapan karya-karya
pengarang oleh laman-laman web dalam rencana beliau Copyrights and Wrongs. Rencana ini
dimasukkan dalam articlestree.com [1] pada 27 November, 2001; ironinya, rencana itu telah
disalin ke beratus-ratus laman web, [2] kebanyakannya mengaku memegang hak cipta atas karya
tersebut atau mengenakan caj untuk mencapainya.
[sunting] Cetak rompak di Malaysia
Dari sudut undang-undang, cetak rompak bermaksud aktiviti penyalinan, pengedaran dan
penggunaan produk harta intelek secara haram tanpa izin pemegang hak cipta bagi harta intelek
tersebut. Kegiatan cetak rompak merupakan satu kesalahan menurut Akta Hakcipta 1987. Harta
intelek bermaksud sebarang produk dan hasil karya yang didaftarkan hak ciptanya seperti buku,
muzik, filem, siaran televisyen dan radio, perisian komputer serta rekabentuk industri. Semua
harta intelek adalah dilindungi oleh Akta Hakcipta 1987.
Kegiatan cetak rompak berleluasa di Malaysia disebabkan beberapa faktor berikut:-
Kurangnya kesedaran di kalangan pengguna mengenai harta intelek
Harga produk cetak rompak yang jauh lebih murah daripada produk tulen.
Salah guna teknologi seperti penulis CD dan penulis DVD pada komputer yang digunakan untuk
tujuan cetak rompak
Salah guna internet yang dijadikan medium penyebaran produk cetak rompak.
ISU penguatkuasaan bahan cetak rompak, khususnya video cakera padat (VCD),
cakera padat (CD), selain pengedaran video lucah yang kembali berleluasa
menimbulkan persoalan dari segi keberkesanan menanganinya.
Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
yang mahu semua pihak memerangi habis-habisan memperlihatkan komitmen
tinggi kerajaan yang bertekad menghapuskannya sehingga ke akar umbi.
Wartawan Berita Minggu, ISMAIL MAT menemubual Menteri Perdagangan Dalam
Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tan Sri Muhyiddin Yassin di kediamannya di
ibu negara kelmarin bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan yang timbul
mengenai usaha itu.
GERAKAN menghapuskan cetak rompak nampaknya seperti ada pasang-surut dan
kini ia heboh semula?
Sebenarnya, perang cetak rompak bukan baru. Malaysia mengenali bahan
cetak rompak sejak dua dekad lalu, cuma ketika itu jualannya tidak
berleluasa, sebab bahan itu dibawa dari Hong Kong dan Taiwan serta kita
tiada teknologi canggih.
Penguatkuasaan akta cakera optik di Hong Kong menyebabkan mereka yang
terbabit dengan kegiatan cetak rompak meninggalkan pulau itu dan Taiwan.
Mereka berpindah ke negara lain yang difikirkan selamat daripada undang-
undang. Antara negara yang dituju termasuk Malaysia yang ketika itu mereka
fikirkan tempat yang baik kerana melihat negara kita tiada akta lain
kecuali Akta Hak Cipta. Sindiket tajaan peniaga besar ini meneroka dan
membuka kilang haram.
Sesetengah itu dibuat atas dasar mereka adalah pelabur yang mahu melabur
dalam industri pembuatan cakera optik di negara ini. Oleh kerana mereka
pelabur, ketika itu, ia dilesenkan oleh Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri (MITI).
Sehingga 2000, kita ada lebih 2,300 peniaga bahan cetak rompak di pasar
malam seluruh negara. Mereka mempunyai rangkaian pengedaran meluas di
seluruh negara merangkumi pengilang, pengeluar, pengedar, pengedar kecil
sehinggalah kepada penjual.
Kita mengkaji usaha Hong Kong dan mengambil masa dua tahun untuk teliti,
buat draf dan dibawa ke Parlimen sebelum diluluskan. Hanya pada 2000, kita
dapat mulakan tindakan terhadap mereka termasuk melesenkan mereka. Selain
itu, kita bawa kes mengugut dan membakar kenderaan penguat kuasa ke
Kabinet dan mendapat persetujuan Kabinet untuk mengharamkan jualan CD dan
VCD sama ada berlesen atau tidak di pasar malam dan tempat terbuka.
Ini kerana lokasi terbabit adalah satu saluran utama pengedaran dan
penjualan bahan cetak rompak di negara ini. Untuk masuk ke premis tetap,
perlu bayar lesen dan sewa tinggi menyebabkan mereka lebih berminat
menjualnya di pasar malam.
Selepas itu, kita dapati timbul pula masalah, apabila mereka menjualnya
secara sembunyi. Apabila kita serbu mereka lari, kemudian datang balik,
lepas itu berniaga kembali. Kesannya sukar dibanteras.
Kini di pasar malam tinggal kira-kira 500 gerai jual VCD dan CD cetak
rompak berbanding lebih 2,300 sebelum pengharaman jualan di tempat
terbuka. Ini bermakna sumber saluran pasaran sudah dapat kurangkan. Yang
tinggal itu kini dianggap sebagai kawasan panas iaitu saluran jualan bahan
yang mungkin dibiayai secara langsung oleh pengilang. Walaupun begitu kita
dapat kurangkan, mereka pindah ke tempat tetap, jadi kita asyik mengejar
mereka. Masalah baru kini timbul, sebab dalam operasi baru kini, kita
dapati premis tetap juga jual bahan cetak rompak untuk mendapat keuntungan
lebih.
Ramai beranggapan, gerakan penguatkuasaan oleh kementerian dijalankan
secara bermusim?
Kalau dikatakan tindakan kami bermusim, sebenarnya tidak begitu. Penguat
kuasa bekerja setiap hari, tidak kurang 100 operasi dijalankan setiap hari
di seluruh negara, tidak mengira siang atau malam. Saya tidak pernah
menghalang pegawai saya menyerbu mana-mana lokasi yang mereka kesan
menjual bahan cetak rompak.
Apabila setiap hari ada operasi dan di mana-mana, media anggap ia sudah
biasa, jadi tiada publisiti, maka orang anggap bermusim, sedangkan operasi
dijalankan secara berterusan untuk tangani masalah ini.
Saya buat andaian, kalau sebulan tiada operasi, awak boleh lihat betapa
ia berleluasa. Namun, ada tindakan berterusan, keadaan tetap terkawal
kerana mereka masih tersekat dan berkurangan walaupun tidak berhenti.
Di samping pengharaman jualan terbuka, kita tidak melihatnya sebagai
penyelesaian penuh. Kita cari punca. Dulu tiada kawalan cakera optik,
sejak 2000, setiap pengilang perlu ada dua lesen iaitu daripada MITI dan
kementerian saya.
Namun, sekarang kita dapati, ada kilang yang jalankan operasi dilesenkan
ini turut keluarkan bahan cetak rompak. Sebab itu kapasiti pengeluaran
bahan cetak rompak lebih besar daripada yang asal. Kita ada beberapa kes
yang tunggu dibicarakan di mahkamah.
Kita tidak dapat sahkan sehingga mahkamah menghukum tetapi kita dapati
trend ke arah itu memang ada. Dakwaan mengenai pengilang berlesen terbabit
dengan cetak rompak memang ada asasnya.
Bagaimana Tan Sri melihat sikap pengguna berikutan sambutan yang diberikan
mereka ke atas produk cetak rompak di negara ini.
Kita harap pengguna sedar, kita berdepan dengan masalah besar. Jika
dibiarkan, Malaysia akan dianggap sebagai negara yang tidak hormati hak
cipta seperti yang dipersetujui dalam Konvensyen Berne dan Paris.
Kalau tidak ambil tindakan atau membiarkan pelanggaran harta
intelektual, bermakna Malaysia gagal atau lemah atau tidak hormati
konvensyen antarabangsa yang ditandatangani dan ini boleh menjejaskan imej
negara. Kalau orang ramai faham, mereka akan hormati serta tidak mudah
tertarik untuk langgan bahan yang dikeluarkan secara cetak rompak.
Kerajaan ambil tindakan penguatkuasaan dan pada masa sama, pengguna akan
menghormati hak cipta. Kalau itu berlaku, pengeluaran dan jualan VCD cetak
rompak tidak akan berleluasa.
Kita memahami masalah pengguna yang berpendapat kenapa mahu beli bahan
asli sedangkan teknologi cetak rompak menampilkan kualiti setanding.
Selain itu, harga oleh penjual tulen mahal dan tinggi. Pengguna tidak
melihat aspek pelanggaran hak cipta, sebaliknya lihat dari segi ekonomi,
antara murah dan mahal. Dalam keadaan sekarang, apa yang berlaku, pengguna
menyokong jenayah cetak rompak.
Apa yang dilakukan kerajaan untuk meningkatkan kesedaran ini. Cukupkah
setakat menggalakkan orang ramai membeli yang tulen sedangkan harga yang
tulen begitu mahal?
Pertama; kita sudah memulakan kempen hologram label tulen bagi setiap CD
dan VCD tulen. Kini, pengguna tidak boleh kata tidak kenal bahan itu cetak
rompak atau tulen. Menerusi pendekatan terkini, saya bercadang menarik
pemimpin masyarakat seperti pertubuhan bukan kerajaan, aktivis sosial,
pemimpin masyarakat tempatan, belia dan ketua agama untuk sesi
perbincangan bagi mendapatkan kefahaman bagaimana mereka boleh bantu
membentuk kesedaran di kalangan pengguna.
Kedua, kita meminta industri turunkan harga cakera tulen tetapi saya
akui ia tidak berjaya kerana industri berpendapat masalah cetak rompak
tidak boleh diselesaikan dengan turun harga bahan tulen.
Dalam hal ini, saya mempunyai pandangan berbeza. Bagi saya,
penguatkuasaan sudah dijalankan kerajaan. Saya persoalkan, apa langkah
yang dibuat oleh industri selama ini? Industri kata kerajaan perlu
membantu mereka dan pada masa sama, mereka mesti bantu diri mereka, buat
tawaran cakera tulen pada harga lebih menarik. Saya bukan suruh jual sama
harga dengan bahan cetak rompak kerana itu merugikan mereka sebab perlu
menanggung banyak pengeluaran, sedangkan cetak rompak tidak babitkan kos
apa-apa.
Hakikatnya kenalah lebih murah berbanding RM20 hingga RM30 seperti
sekarang. Kenapa tak turun kepada RM10, supaya tidak ada satu jurang yang
besar antara cetak rompak dan yang tulen. Usaha menurunkan harga ini belum
berjaya. Ada satu dua syarikat beri reaksi dengan diskaun tetapi majoriti
mereka masih mahu mengekalkan harga sedia ada. Kementerian saya tidak
boleh buat apa-apa kerana harga bahan ini bukannya barangan kawalan.
Mereka mungkin ada asas kerana mendakwa kalau harga diturunkan lagi,
mereka akan rugi. Itu soal strategi mereka.
Syarikat rakaman memberi alasan kos pengeluaran tinggi. Mungkin itu sesuai
jika dikaitkan dengan album baru. Bagaimanapun album kompilasi juga mahal.
Pada masa sama, kita tengok filem telemovie boleh dijual pada harga lebih
rendah?
Itu strategi pemasaran yang terserah kepada mereka. Memang betul, kalau
lihat semula produk yang dikeluarkan, mereka sebenarnya boleh guna satu
struktur harga yang lebih munasabah. Dalam keadaan sekarang, mereka
mengharap keuntungan dalam semua bidang. Kita kena tengok strategi
hypermarket, ada istilah `lost leader', maknanya mereka jual barang itu
memang rugi, tetapi apabila pengguna berbelanja, dia beli barang itu serta
barangan lain yang lebih mahal, akhirnya mereka tetap mendapat keuntungan.
Bagaimana Tan Sri melihat reaksi pengusaha industri muzik tempatan ketika
ini dalam menjayakan gerakan ini?
Ketika ini, saya tengok industri muzik tempatan sepi, sedangkan kerajaan
meningkatkan gerakan, mereka kelihatan buat tak tahu saja. Seolah-olah
melihat dari pinggiran saja, mungkin kecewa. Anggap terpulang kepada
kerajaan nak buat apa atau ambil sikap tak endah atau menganggapnya
perkara biasa dan enggan terbabit sama.
Setakat ini, saya tidak dengar sebarang komen dari mana-mana persatuan
mereka. Saya pernah cakap kepada mereka, hak ini hak mereka selaku
pemiliknya, saya tidak ada hak tetapi cuma melindungi hak mereka.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh Tan Sri, berapa kos pengeluaran bahan
cakera optik di negara ini.
Kalau ikut kajian yang kita buat terhadap industri tulen, ia antara 80
sen hingga RM1. Kalau dikira semua sekali, termasuk margin keuntungan
untuk pengilang, pengedar dan peniaga, katakan ia sampai RM10. Bagi saya,
harga produk yang ditawarkan dalam pasaran yang melepasi RM25 hingga RM30
seunit memang tidak patut dan terlalu mahal.
Kita lihat produk cetak rompak dijual RM3 hingga RM5 sekeping kepada
pengguna. Pada pandangan Tan Sri, apakah harga yang sesuai untuk produk
tulen.
Saya tidak boleh sebut harga yang patut mereka jual. Kita kena sebut
formula harga iaitu Kos Campur. Ia merangkumi kos pengeluaran produk tulen
dengan keuntungan bagi pengeluar, pengilang, pengedar dan peniaga runcit.
Sepatutnya corak harga tidak terlalu tinggi seperti sekarang sehingga
mencapai empat kali ganda. Soal harga ini sukar saya nak jawab kerana
mereka mempunyai perkiraan sendiri.
Mungkinkah ada pihak dalam industri tulen itu sendiri yang terbabit dengan
kegiatan cetak rompak?
Berdasarkan perlakuan dalam beberapa kes kilang berlesen, mereka turut
mengeluarkan bahan cetak rompak. Saya tidak boleh tuduh tanpa bukti tetapi
dalam kes yang sedang dalam siasatan kementerian, ada dua tiga kilang
berlesen mungkin terbabit. Cetak rompak maknanya tidak perlu membayar
royalti. Bagaimana boleh pembabitan kilang berlesen berlaku. Umpamakan,
saya ada kilang, terima pesanan 100,000 keping tetapi masih simpan plat
cetakan itu dan selepas memenuhi kehendak pelanggan, saya boleh mencetak
lebih dan menjualnya sendiri.
Selain itu, mungkin ada kerjasama antara dua pihak iaitu jualan bahan
tulen dikurangkan supaya kurang royalti yang perlu dibayar, sebaliknya
dilakukan secara cetak rompak, membolehkan satu pihak mengaut semua
keuntungan. Itu kejadian yang saya andaikan berdasarkan kes kilang
berlesen terbabit. Tauke syarikat rakaman mungkin turut terbabit tetapi
saya belum dapat sahkan kejadian itu.
Setakat ini, sudah 41 lesen diluluskan mengikut Akta Cakera Optik. Berapa
banyak pengusaha yang sudah dikenakan tindakan kerana menyalahi syarat
atau kebenaran operasi pengeluaran bahan tulen.
Tiga pemegang lesen akan dibatalkan kerana kita dapati ada kes. Kita
boleh kenakan tindakan mengikut Akta Cakera Optik dan Hak Cipta.
Sebesar manakah pasaran negara kita untuk bidang cakera optik?
Pihak industri menyatakan, pasaran di negara ini mencapai 60 juta keping
cakera setahun. Tahap pengeluaran maksimum kilang yang ada ialah 500 juta
kerana setiap mesin berupaya mengeluarkan 20,000 keping sehari. Sebahagian
pengeluaran itu adalah cakera kosong yang dieksport, di samping perisian
komputer, muzik dan filem.
Orang bertanya kenapa banyak lesen dikeluarkan. Kilang ini dapat lesen
daripada MITI sebelum Akta Cakera Optik diwujudkan. Tujuan mereka
dilesenkan pada mulanya adalah untuk memastikan rekod mereka ada dengan
kita bagi memudahkan pemantauan. Sasaran kita adalah untuk mengurangkan
jumlah kilang berlesen dengan mengambil tindakan sebaik mengesan mereka
melanggar syarat lesen atau terbabit dengan pengeluaran bahan cetak
rompak. Kita akan membatalkan lesen kepada satu angka yang sesuai atas
dasar keperluan.
Bagaimanakah kedudukan tahap cetak rompak Malaysia ketika ini?
Dulu negara kita kononnya diletakkan dalam senarai yang diperhatikan
oleh Amerika Syarikat yang mempunyai banyak pemegang hak cipta, tetapi
kaedah pengukuran berhubung penetapan itu boleh dipertikaikan kerana tiada
sebarang kajian rasmi kecuali berdasarkan untung rugi industri setiap
tahun saja.
Namun, mengikut tanda aras antarabangsa, keupayaan mana-mana negara
menurunkan tahap cetak rompak kepada 20 peratus sudah dianggap berjaya.
Mengikut kajian Universiti Utara Malaysia (UUM) berhubung kaitan cetak
rompak di negara ini tahun lalu, tahap cetak rompak untuk bidang muzik di
negara ini ialah 50 peratus, manakala bagi filem dan perisian komputer
kira-kira 60 peratus.
Walaupun sudah turun, tetapi ia belum sampai tahap piawaian 20 peratus
seperti yang hendak kita capai. Namun ia tetap satu pencapaian berbanding
banyak negara membangun yang langsung tidak mengawal keadaan itu.
Adakah kementerian mempunyai penguat kuasa yang mencukupi bagi
melaksanakan pelbagai tugas yang diamanahkan?
Ketika ini, kita mempunyai hampir 1,000 kakitangan untuk menguatkuasakan
20 undang-undang berkaitan perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna
termasuk kawal harga barang, periksa kedai, pastikan bekalan barang dan
siasat aduan jualan langsung. Pegawai yang sedikit ini terpaksa mengetahui
semua perkara atau master of all trades. Sebenarnya, untuk bidang yang
seluas ini, kita memerlukan 2,000 hingga 3,000 lagi pegawai baru supaya
dapat menyusun balik Unit Risikan serta menubuhkan skuad khas yang
bergerak bebas terhadap sasaran seluruh negara.
Bagaimanakah ancaman Tonto yang sebelum ini dilaporkan sering mengganggu
tugas pihak berkuasa?
Bagi kita, kegiatan Tonto semakin melampau kerana dalam tempoh dua tahun
ini mereka semakin berani dan berleluasa serta secara terang cuba
menghalang gerakan penguatkuasaan.
Dulu orang tertentu diupah oleh wakil cetak rompak untuk memerhati dan
memberi laporan, kini bukan setakat memerhati, tetapi bertindak ganas dan
membahayakan nyawa pegawai saya dan harta kerajaan.
Ancaman Tonto kini sudah jadi satu kebiasaan. Namun, kita mempunyai
taktik tersendiri untuk mengelirukan mereka dan memastikan pergerakan
operasi tidak bocor dengan intipan berterusan mereka. Kita anggap
perbuatan ini serius. Kita akan laporkan kepada polis jika ada pegawai
dipukul. Ugutan oleh kumpulan tonto kini sudah menjadi perkara biasa
kepada pegawai kita.
Apa harapan Tan Sri dalam isu ini?
Kita tidak akan menyerah kalah dalam peperangan menentang cetak rompak
ini tetapi ia memerlukan kerjasama antara agensi penguat kuasa peringkat
Persekutuan dan negeri. Rakyat juga tidak boleh pandang remeh dan mudah,
sebaliknya perlu ada kesedaran supaya menjauhi bahan cetak rompak dan
lucah, kerana ia bahaya kepada masyarakat dan berdosa.
Peperangan ini akan berlarutan untuk beberapa lama selagi mereka melihat
kegiatan ini memberi pulangan lumayan. Kita akan berusaha sampai mereka
rasa tidak lagi selamat untuk terus beroperasi di negara ini.
Hak cipta
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Untuk persoalan-persoalan mengenai hak cipta Wikipedia pada dirinya, sila lihat Wikipedia:Hak
cipta.
Lambang hak cipta.
Undang-undang
harta intelek
Hak cipta
Sejarah hak cipta
Pembahagian idea-pernyataan
Kegunaan adil
Domain awam
Hak cipta replikat
Parahakcipta
Paten
Sejarah undang-undang paten
Kebolehpatenan
Kecukupan pendedahan
Pelanggaran paten
Rahsia perdagangan
Kelirupaan
Tanda dagangan
Kelirupaan
Pelanggaran tanda dagangan
Pencairan tanda dagangan
Pelesapan
Hak sui generis
Hak pangkalan data
Mask work
Hak ahli pembiak baka tumbuhan
Sijil perlindungan tambahan (SPC)
Pengetahuan tradisional
Lain-lain
Petunjuk geografi
Hak seni reka perindustrian
Hak moral
sunting
Hak cipta ialah satu set hak eksklusif yang mengawal penggunaan sesuatu pernyataan idea atau
maklumat. Dalam kebanyakan kes, hak-hak ini adalah untuk tempoh yang terhad. Simbol untuk
hak cipta ialah ©, dan di sesetengah bidang kuasa, simbol itu boleh digantikan dengan (c).
Undang-undang hak cipta hanya melindungi bentuk atau cara yang mana idea-idea atau
maklumat-maklumat ditunjukkan, iaitu "bentuk pernyataan fizikal". Hak cipta tidak direka bentuk
untuk tujuan melindungi idea, konsep, fakta, gaya, atau teknik yang wujud atau digambarkan
dalam karya hak cipta. Undang-undang hak cipta memberi ruang untuk karangan sindiran dan
karangan pentafsiran terhadap karya-karya yang mungkin mempunyai hak cipta pada dirinya. Sila
lihat Pembahagian idea-pernyataan.
Misalnya, hak cipta yang wujud dalam kartun Mickey Mouse melarang pihak-pihak yang tidak
diberi kuasa untuk mengedarkan salinan-salinan kartun atau mencipta karya-karya terbitan yang
meniru tikus antropomorfik Walt Disney, tetapi tidak melarang penciptaan karya-karya kesenian
mengenai tikus antropomorfik secara amnya, asalkan karya-karya ini cukup berbeza supaya tidak
meniru versi yang asli. Undang-undang yang lain mungkin mengenakan sekatan untuk
penghasilan semula atau penggunaannya jika hak cipta tidak berbuat demikian, umpamanya tanda
dagangan dan paten.
Malaysia dan Ekonomi Pengetahuan
Salah satu masalah yang terbesar industri komputer di Malaysia ialah cetak rompak perisian.
Kerajaan telah melakukan pelbagai tindakan untuk menentang cetak rompak dan pergantungan
kepada barangan ciplak. Pada tahun 1996, lebih RM300 juta telah dapat dijana daripada cukai
industri perisian dan ia akan meningkatkan kepada RM700 juta menjelang 2001. Cetak rompak
perisian di Malaysia adalah satu kesalahan dan boleh dihukum sehingga lima tahun penjara atau
denda maksima RM250,000 atau kedua-duanya sekali.
Adalah diharapkan bahawa peperangan menentang cetak rompak akan meningkatkan
pembangunan kandungan tempatan dan aplikasi berasaskan komputer di Malaysia. Dengan itu
kerajaan Malaysia telah merancang untuk mengadakan undang-undang bagi penghasilan cakera
optik dengan pembentangan Undang-undang Cakera Optikal pada tahun ini.
Pada tahun 1998, Malaysia telah memperkenalkan Akta Komunikasi dan Multimedia bagi
meletakkan negara sebagai pusat sedunia bagi komunikasi dan maklumat multimedia. Selain
daripada itu terdapat satu set undang-undang siber iaitu Akta Jenayah Komputer 1997, Akta
Tandatangan Digital 1997, Akta Teleperubatan 1997 dan Akta Hakcipta Pindaan 1997.
Potensi e-dagang juga hendaklah dilihat dengan terperinci. Oleh kerana Asia Pasifik merupakan
sebuah benua dengan ekonomi yang sedang membangun dan capaian Internet adalah salah satu
aspek untuk meningkatkan dagangan. Kerajaan Malaysia menganggarkan jumlah e-dagang akan
meningkat daripada RM16 juta (1999) kepada RM200 juta untuk tahun 2000. Kini lebih banyak
laman web e-dagang tempatan muncul dan ini merupakan satu petanda yang baik.
Kontrak dan urusniaga digital adalah merupakan format yang berbeza daripada bentuk tradisional.
Namun begitu kontrak digital haruslah dilihat sebagai sah dan sama dengan kontrak berdokumen.
Dengan itu undang-undang perlu untuk melindungi pembangunan e-dagang dan juga hak
pengguna dengan samarata. Kerajaan juga tidak mahu mengadakan cukai khas dan mengadakan
ruangan bebas cukai untuk e-dagang. Malah agak sukar untuk kerajaan mengawal dan memantau
aliran wang di dalam internet kerana terlalu banyak transaksi yang berlaku.
Kemudian isu mengenai kebersendirian (privacy) dalam internet juga adalah penting dan ia harus
dilihat penting oleh undang-undang siber. Contohnya dalam pengamalan teleperubatan, maklumat
sensitif tentang seseorang pesakit hendaklah dijaga dan tidak boleh didedahkan kepada orang lain.
Malah dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, adalah menjadi satu kesalahan untuk
memintas komunikasi elektronik.
Oleh kerana kandungan di dalam internet tidak dapat dikawal maka persoalannya di manakah
relevannya Rang Jaminan MSC yang tidak akan menapis internet. Polisi tiada penapisan ini adalah
untuk memastikan dan mempromosikan ICT tanpa had seterusnya membentuk sebuah masyarakat
yang berpengetahuan dan berilmu. Namun begitu kegiatan yang menyalahi undang-undang seperti
perjudian, penipuan, pembersihan wang, penjualan ubatan secara haram, pornografi dan kegiatan
subversif, adalah tidak sesuai dengan masyarakat Malaysia. Sebelum undang-undang bertindak
dan digunakan, pengenalan kod etika penggunaan internet adalah suatu yang sesuai dan tepat pada
masanya. Isu ini akan terus diperkatakan bukan sahaja di Malaysia tetapi diseluruh dunia.
Undang-undang siber diwartakan untuk menyediakan sebuah infrastruktur di dalam MSC di mana
e-dagang dan aktiviti internet akan dilakukan. Namun begitu undang-undang sentiasa tidak selari
dengan teknologi. Dengan itu pihak industri dan masyarakat hendaklah memastikan yang suasana
digital tersebut akan dikaji semula bagi mengemaskini dan menentukan relevannya dalam konteks
semasa.
Nama Akhbar : BERITA HARIAN Bahasa : Bahasa Melayu
Seksyen Akhbar : BERITA UMUM/LAIN-LAIN Hari : RABU
Tarikh Siaran : 2003-06-11 Muka
Surat :
8
Berkaitan Isu : KERAJAAN TEMPATAN
Topik Berita : PUSAT HIBURAN TERMASUK VIDEO GAME
Tajuk Akhbar : Lesen jual VCD diperketat
KUALA LUMPUR: Syarat pengeluaran lesen premis perniagaan dan lesen menjual
cakera padat (CD) dan cakera padat video (VCD) akan diperketatkan dalam
usaha memerangi penjualan bahan lucah dan cetak rompak.
Berikutan langkah itu, premis menjual CD/VCD dijangka berkurangan secara
ketara.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tan Sri
Muhyiddin Yassin, berkata melalui peraturan baru itu agensi berkaitan akan
mengehadkan bilangan pengeluaran lesen premis perniagaan dan pengedaran
VCD yang masing-masing di bawah tanggungjawab kerajaan negeri melalui
pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional
(Finas).
"Kita minta supaya di sesuatu kawasan perlu ditetapkan bilangan peniaga
yang dibenarkan. Misalnya sekarang dalam pekan kecil terdapat 10 hingga 20
peniaga yang menjual CD/VCD yang sebahagiannya adalah cetak rompak dan
lucah.
"Dengan peraturan baru ini PBT akan mengkaji untuk mengetatkan syarat
supaya tidak terlalu banyak premis di sesuatu kawasan yang menjual
CD/VCD," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas
pasukan membanteras cetak rompak di pejabatnya, semalam.
Katanya, keputusan itu dibuat pada mesyuarat khas yang turut disertai
wakil dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam, Finas, Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kimia serta PBT di sekitar Lembah
Klang.
Muhyiddin berkata, walaupun operasi membanteras cetak rompak yang
dijalankan di seluruh negara sudah menampakkan hasil tetapi pihak berkuasa
termasuk polis akan meneruskan serta melanjutkan tempoh operasi sehingga
31 Ogos depan.
Katanya, sehingga kini operasi itu berjaya mengurangkan premis jualan
terbuka terutama di pasar malam kepada 157 berbanding 2,300 premis yang
sama dikesan pada tahun lalu.
"Premis tetap di kompleks perniagaan yang menjual CD/VCD cetak rompak
pula sudah berkurang kepada 1,806 setakat ini berbanding 1,926 sebelumnya
dan kita masih menganggap jumlah ini sebagai masih besar," katanya sambil
menambah sehingga kini sebanyak 5.5 juta CD/VCD bernilai RM25.5 juta
berjaya dirampas sejak Januari 2003.
Muhyiddin berkata, kementerian akan bekerjasama dengan PBT untuk
menjalankan pemeriksaan terhadap semua premis terbabit bagi memastikan
mereka hanya menjalankan perniagaan bahan yang tulen.
"Kita meminta supaya tindakan tegas diambil termasuk menutup premis
mereka jika didapati menjual bahan cetak rompak atau lucah," katanya.
Bagi mempertingkatkan lagi operasi, Muhyiddin berkata, satu kempen
bertujuan memberi kesedaran pada orang ramai akan dipertingkatkan melalui
pemasangan papan tanda dan papan kenyataan di kawasan `panas' yang akan
memberi peringatan supaya mereka menjauhi bahan cetak rompak.
"Kita minta supaya semua termasuk pemimpin pertubuhan badan sosial,
belia dan keagamaan tampil dan tidak melihat isu cetak rompak sebagai isu
penguat kuasa undang-undang atau hak cipta tapi ia isu sosial dalam
masyarakat kerana kesan daripada pengedaran VCD lucah adalah berbahaya
kepada generasi kita," katanya.
Katanya, selain kastam, kementerian itu juga akan bekerjasama dengan Pos
Malaysia dan syarikat penghantaran swasta untuk mengesan pengedaran VCD
cetak rompak dan lucah ke peringkat antarabangsa yang menggunakan
perkhidmatan itu.
"Ini kerana kita mendapat maklumat dari Pos Malaysia yang berjaya
mengesan beberapa kes di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
terdapat bungkusan yang dihantar keluar negara mengandungi bahan
berkenaan," katanya.
Mengenai sokongan dan peranan pihak industri muzik tempatan dalam usaha
membanteras cetak rompak, Muhyiddin menyatakan rasa tidak puas hatinya
terhadap kumpulan terbabit termasuk badan seperti Industri Rakaman
Malaysia (RIM) dan agensi lain yang berkaitan.
"Mereka kurang memainkan peranan termasuk membabitkan diri membantu
usaha kerajaan membasmi cetak rompak sebagaimana yang sedang dilakukan
sekarang. Mereka sepatutnya sebagai peneraju industri itu menjadi
penyampai maklumat kepada kerajaan," katanya.
Akibat catakan rompak
Cetak rompak menjadi isu penting dalam perkembangan IT di negara kita Malaysia. Isu ciplak dan
cetak rompak boleh menggugatkan perkembangan pembangunan perisian atau applikasi oleh
pembangun tempatan.
Cetak rompak, ciplak, meniru dan pelbagai lagi usaha yang melanggar hakcipta dan rekaan akan
(1) Ia akan melemahkan semangat mereka yang menulis perisian, applikasi dan karya IT daripada
meneruskan usaha mereka.
Bayangkan penat lelah anda, setelah bersengkang mata siang dan malam, pening kepala, sakit
mata dan pelbagai lagi usaha. Dengan mudah orang lain menyalinnya, menyatakan itu usaha
mereka atau mengambil keuntungan daripadanya tanpa kebenaran anda. Akan timbul rasa sakit
hati, akan timbul rasa putus asa untuk menulis lagi.
Tiada siapa nanti yang mahu mencari rezeki dengan menulis perisian atau buku IT. Kerugian
kepada kita.
(2) Malaysia kehilangan tenaga pakar. Perkembangan IT memerlukan tenaga pakar. Tenaga pakar
datang daripada mereka yang mempunyai pengalaman. Pengalaman hanya didapati jika sering
menghasilkan sesuatu melalui pembangunan perisian atau hasil karya seperti buku. Cetak rompak
menghentikan semua usaha ini. Cetak rompak, mencuri bakal pakar kita.
Cetak rompak melemahkan semangat mereka yang baru belajar menulis perisian dan penulisan
daripada meneruskan usaha mereka. Akibatnya, tenaga pakar sukar dihasilkan melainkan mereka
yang menghasilkan perisian atau penulisan secara percuma atau terbuka.
(3) Pembaziran kos. Setiap pembangunan perisian melibatkan kos yang boleh menjangkau berjuta-
juta ringgit Malaysia. Dengan hanya dua ringgit Malaysia kos sebuah CD, cetak rompak
menjadikan kos yang dibelanjakan satu usaha yang sia-sia. Nilai kos pembangunan tidak berganti
dan ini adalah satu pembaziran yang nyata. Satu usaha yang sia-sia. Mereka yang membangunkan
perisian, sistem atau buku mengalami kerugian.
Malah pihak yang melabur dalam projek tidak mendapat semula modal mereka. Oleh kerana
kebanyakan projek IT Malaysia mendapat sokongan kewangan kerajaan, maka duit hasil rakyat
Malaysia hilang tidak berganti kerana cetak rompak. HANYA KERANA MAHU JIMAT
DENGAN RM 5, anda telah menyebabkan kerajaan dan rakyat Malaysia kerugian berjuta-juta
ringgit.
(4) Cetak rompak memalukan kita dan Malaysia. Cetak rompak adalah satu rekod buruk kepada
sesebuah negara. Syarikat-syarikat gergasi komputer dan teknologi tidak berminat untuk
mendirikan cawangan atau pejabat di negara yang mempunyai rekod yang buruk.
(5) Tiada pemindahan teknologi. Dengan rekod buruk disebabkan cetak rompak, sukar mana-mana
syarikat IT komputer dan Internet mahu mendirikan pusat penyelidikan di MSC Malaysia dan
membolehkan pemindahan teknologi. Kerugian bagi kita untuk mempelajari teknologi terkini dan
belajar membangunkan teknologi kita sendiri.
(6) Membeli barangan atau hasil cetak rompak menunjukkan bahawa anda menyokong satu usaha
jenayah. Usaha jenayah yang memang tertakluk dalam undang-undang. Anda boleh dihukum.
(7) Cetak rompak juga ada didalangi oleh kumpulan-kumpulan jenayah. Anda umpama
menyokong usaha jenayah mereka dengan memberikan keuntungan kepada mereka. Sudah
tentunya dengan keuntungan itu mereka akan teruskan jenayah mereka malah mereka boleh
merancang pelbagai kegiatan jenayah lain.
(8) Anda hanya menyokong monopoli. Dengan menggunakan bahan cetak rompak hasil syarikat
IT besar membuat anda hanya terikat dengan cara dan format mereka. Cetak rompak boleh
dikatakan satu usaha mudah pemasaran untuk mengunci pelanggan supaya hanya terikat hanya
dengan satu produk. Dengan mudah mereka dapat lepas tangan apabila syarikat saingan
menghadapi masalah. Alasan kejatuhan syarikat saingan adalah kerana cetak rompak dan syarikat
besar IT ini hanya menjalankan tindakan tegas apabila saingan sudah tiada dan mahu mendapatkan
keuntungan.
(9) Kepada opensource atau pergerakan sumber terbuka http://altersoft.iscool.net/ , kegiatan cetak
rompak adalah satu berita buruk. Oleh kerana OSS/PST memerlukan sokongan melalui
penggunaan, sudah pasti ramai menggunakan perisian popular. Ia terlalu merbahaya kerana,
OSS/PST baru mula melangkah dalam menyediakan perisian yang murah ( RM0 ) dan yang
terbaik. Cetak rompak juga harus ditentang oleh OSS/PST walaupun perisian dengan lesen GPL
tidak terjejas dengan cetak rompak tetapi ia boleh mengurangkan sokongan terhadap perisian yang
dihasilkan oleh OSS/PST.
Anda perlu menghentikan usaha cetak rompak. Tanpa permintaan tiadalah cetak rompak. Beli
yang asli daripada pengedar yang sebenarnya.
===========================================================
Jika harga menghantui anda, anda boleh menggunakan perisian sumber terbuka atau opensource
yang setanding malah ada yang lebih baik daripada yang dihasilkan secara tertutup. Harga hanya
RM0.... CETAK ROMPAK
Oleh : Nasuha Bt Alli
SMK Agama Sibu
PUNCA BERLAKUNYA CETAK ROMPAK
SIFAT TAMAK HALOBA PENGUSAHA HARAM.
BAGI PENGUSAHA HARAM,KEGIATAN PENJUALAN CETAK ROMPAK BOLEH
MENDATANGKAN KEUNTUNGAN YANG BERLIPAT GANDA KEPADA
MEREKA.TAMBAHAN PULA,PENGUSAHA HARAM INI JUGA MENIKMATI IHSAN
BARANG TULENNYA DARI SEGI PUBLISITI DAN IKLAN.MEREKA JUGA TIDAK
PERLU UNTUK MEMBAYAR ROYALTI KEPADA PIHAK PEREKA ATAU PENCIPTA
ASAL.OLEH ITU,MEREKA MENIKMATI KEUNTUNGAN YANG BESAR WALAUPUN
MUTU DAN PRESTIJ BARANG SEBENARNYA SUDAH DIKETAHUI UMUM.
KELONGGARAN DAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG.
PENTADBIRAN BAGI AKTA REKA CIPTA DAN BENTUK MASIH ADA
KELEMAHANNYA.DI SAMPING ITU JUGA,AKTA HAK INTELEK JUGA TIDAK DAPAT
DIKUATKUASAKAN SEPENUHNYA UNTUK MENANGANI MASALAH INI.WALAUPUN
HUKUMAN DIJALANKAN,TETAPI IA TIDAK MENAKUTKAN PENGUSAHA HARAM INI
KERANA BENTUK HUKUMAN YANG DIJATUHKAN ADALAH
RINGAN.KADANGKALA,SERBUAN JARANG DIJALANKAN KERANA KEKURANGAN
KAKITANGAN UNTUK MEMBANTU MEMBANTERAS MASALAH
INI.MANAKALA,PERBICARAAN DI MAHKAMAH PULA LAZIMNYA MENGAMBIL
MASA YANG LAMA UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN.
PERMINTAAN YANG TINGGI TERHADAP BARANG SEDEMIKIAN.
WALAUPUN PIHAK PENGGUNA TAHU BARANGAN CETAK ROMPAK ADALAH TIDAK
TULEN TETAPI PENGGUNA LEBIH GEMAR MEMBELI LANTARAN HARGANYA YANG
MURAH.DI SAMPING ITU,HAL INI DAPAT MEMENUHI CITA RASA PENGGUNA YANG
KURANG MAMPU.BAGI PIHAK PENGGUNA,PRODUK PERISIAN KOMPUTER SANGAT
MAHAL HARGANYA DI PASARAN DUNIA.AKIBATNYA,PENGGUNA LEBIH SUKA
MEMBELI BARANGAN TIRUAN ATAU CETAK ROMPAK.
KECANGGIHAN TEKNOLOGI JUGA MENJADI PENDORONG.
ZAMAN MODEN INI,ALATAN BERTEKNOLOGI CANGGIH MEMBOLEHKAN BARANG
TIRUAN DIHASILKAN.MELALUI ALATAN YANG CANGGIH INILAH YANG
MENYEBABKAN BARANG CETAK ROMPAK DAN TIRUAN SUKAR DIBEZAKAN
DARIPADA BARANG ASAL.BAHKAN,ALAT PERAKAM YANG CANGGIH JUGA
MENINGKATKAN PRODUKTIVITI CETAK ROMPAK.LEBIH TERUK LAGI,TEKNOLOGI
KINI JUGA MEMBOLEHKAN BUKTI CETAK ROMPAK DIMUSNAHKAN DENGAN
MUDAH.
IMPAK /KESAN KEGIATAN CETAK ROMPAK
KEGIATAN INI AKAN MERUGIKAN PIHAK PENGELUAR YANG SAH.
IMPAK NEGATIF YANG KETARA DALAM MASALAH INI IALAH SYARIKAT RAKAMAN
VIDEO DAN LAGU KASET YANG SAH.BAGI MEREKA, USAHA DAN TITIK PELUH
MEREKA TIDAK MENDATANGKAN KEUNTUNGAN DISEBABKAN ADANYA CETAK
ROMPAK. DI SAMPING ITU JUGA,ARTIS SENI SUARA DAN SENI LAKON TIDAK AKAN
DAPAT MENIKMATI HASIL MEREKA SELEPAS BERSUSAH PAYAH MENYEDIAKAN
YANG ORIGINAL.BUKAN PENGELUAR SAHAJA YANG RUGI,MALAH PAKAR
PERISIAN KOMPUTER JUGA MENGALAMI KERUGIAN YANG BESAR.
IKLIM PELABURAN MALAYSIA AKAN TERJEJAS.
APABILA MASALAH INI SEMAKIN BERLELUASA,PENGUSAHA TEKNOLOGI
MAKLUMAT TIDAK MAHU MELABUR DI MALAYSIA LAGI.HAL INI DEMIKIAN
KERANA,KOS PELABURAN TINGGI TETAPI PUULANGAN TIDAK
MEYAKINKAN.LEBIH MALANG LAGI,KEMUNGKINAN PARA SAINTIS JUGA TIDAK
BEGITU GIAT MENJALANKAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R & D) DI
MALAYSIA.HAL INI KERANA,MEREKA TAKUT HASIL USAHA MEREKA AKAN
DICETAK ROMPAK DENGAN MUDAH.
MUTU PERFILEMAN NEGARA TERJEJAS.
APABILA CETAK ROMPAK ITU SEMAKIN BERLELUASA,MAKA MUTU SEKTOR YANG
BERKATAN DENGAN CETAK ROMPAK AKAN TERJEJAS.HAL INI KERANA,MASALAH
DARIPADA BARANG CETAK ROMPAK AKAN MENYEBABKAN YANG ORIGINAL
AKAN MENERIMA TEMPIAS YANG SAMA APABILA BARANGAN CETAK ROMPAK
MENGALAMI KEROSAKAN.LEBIH TERUK LAGI JIKA NEGARA LUAR YANG MELIHAT
KEADAAN INI BERLAKU DI MALAYSIA.INI AKAN MENYEBABKAN MEREKA TIDAK
MENGIKTIRAF FILEM YANG DIHASILKAN OLEH NEGARA KITA.
EKONOMI NEGARA TERJEJAS.
BARANGAN CETAK ROMPAK AKAN MENYEBABKAN MASYARAKAT DI DALAM
NEGARA KITA MEMBELI BARANGAN TERSEBUT LANTARAN HARGANYA YANG
MURAH.HAL INI BOLEH MENYEBABKAN NEGARA KITA MENGALAMI KURANG
PENDAPATAN DARIPADA PERBUATAN PENGUSAHA HARAM YANG MEMENTINGKAN
DIRI SENDIRI INI.INI MENYEBABKAN KERAJAAN MENGALAMI KESTABILAN
EKONOMI YANG TIDAK KONSISTEN.
CARA MENGATASI KEGIATAN CETAK ROMPAK
penguatkuasaan undang-undang.
usaha menghalang kegiatan cetak rompak juga boleh dilakukan menerusi penguatkuasaan undang-
undang.serbuan dan tangkapan yang lebih kerap dan konsisten perlu dilakukan tanpa mengira
musim.akta hak cipta 1987 dan akta perihal dagangan 1972 perlu dipinda agar hukuman yang
lebih berat boleh dikenakan kepada penjenayah profesional ini.dengan cara ini,mereka akan
menjadi gentar untuk memulakan kegiatan ini.manakala,mereka yang ditangkap pasti berasa serik
dan takut.
perubahan sikap manusia
usaha menyekat gejala cetak rompak ini lebih berkesan seandainya wujud kesedaran di kalangan
anggota penguat kuasa.mereka yang insaf dengan tanggungjawab dan amanah ini tidak mudah
tewas dengan suapan atau pujuk rayu.dengan pendirian yang tegas dan berdisiplin,para pengusaha
cetak rompak akan bertemu ‘buku dengan ruas’.kursus kesedaran dan disiplin perlu sentiasa
dianjurkan untuk penguatkuasa.
membina pusat percetakan di dalam negara.
langkah yang dicadangkan untuk mengurangkan masalah ini ialah dengan membina pusat
percetakan di dalam negara.mencetak di dalam negara akan menurunkan harga barangan
tulen.harga yang berpatutan akan menggalakkan pembeli memilih barangan tulen berbanding
dengan barangan tiruan.kos yang tidak membebankan akan menyatakan mereka akan mengalami
kerugian kerana harga yang rendah tidak dapat memberikan keuntungan yang setimpal dengan
pelaburan mereka.tetapi dalam jangka masa yang panjang ,langkah ini tetap tidak merugikan.hal
ini demikian kerana jumlah penjualan akan meningkat dan keuntungan akan meningkat juga.
melaksanakan hukuman penjara mandatori.
kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna akan melaksanakan hukuman
penjara mandatori terhadap mana-mana pengedar dan penjual cakera padat(vcd)`dan cakera video
digital(dvd) cetak rompak.langkah yang tegas ini adalah untuk membanteras gejala cetak
rompak.hal ini demikian kerana,salah satu alasan kegiatan ini berterusan adalah kerana mereka
tidak takut kepada pihak penguatkuasa atau undang-undang.syrikat yang terbabit mencetak dan
mengedar cakera padat video dan dvd haram hanya akan dikenakan denda maksimum rm250000
berbanding dengan keuntungan mereka yang bernilai berjuta-juta ringgit.hukuman yang terlalu
ringan adalah faktor utama kegiatan menjual produk haram ini masih berleluasa.
Murah dan percuma.
Apakah punca masalah cetak rompak dan jelaskan kesan masalah ini .
Pendahuluan :
· Dahulu kala , penjualan barang tiruan dijalankan secara tersorok .
· Kini , menjualnya secara terbuka di pasar malam dan memperkecilkan Akta Reka Cipta .
· Menciplak buku , perisisan komputer , CD , VCD , DVD , baju dan jam tangan
Isi-isi :
PUNCA MASALAH CETAK ROMPAK
Amat menguntungkan
· Sifat perniagaan amat menguntungkan .
· Kos penghasilan barangan cetak rompak sangat murah .
· Kos sekeping VCD bernilai RM 1.00 tetapi dijual dengan RM 4.00 hingga RM 7.00 .
· Tidak mengiklankan barangan kerana publisiti ini dijalankan oleh syarikat pengeluar barangan
asli .
· Tidak membayar cukai keuntungan perniagaan kepada kerajaan .
· Tidak membayar royalti kepada ahli seni seperti penyayi dan penulis lirik .
Undang-undang
· Orang ilmu dan modal berasa sedih kerana kekayaan mereka dirompak oleh perompak ilmu dan
seni .
· Menguatkuasakan Akta Reka Cipta dan Bentuk dengan menangkap mereka .
· Hukuman ringan tidak memberi keinsafan kepada peniaga cetak rompak .
· Menghadapi masalah mengadakan serbuan kerana kekurangan kakitangan .
· Susah mengesani peniaga cetak rompak .
· Pegawai penguakuasa diikuti oleh tonto penjual barang cetak rompak .
Sambutan pengguna
· Pengguna suka membeli barangan cetak rompak . Harga barangan cetak rompak murah .
· Barangan asli bernilai RM 40.00 dibandingkan dengan harga barangan rakam rompak bernilai
RM 5.00 .
· Membeli jam tangan Rolex - RM 25.00 berbanding dengan Rolex asli yang bernilai RM
15,000.00 .
· Membeli barangan ini kerana kurang berkemampuan dan suka menunjuk-nunjuk .
· Tidak mempedulikan kualiti barangan dan bentuknya hampir sama sahaja .
· Sambutan baik menyebabkan perniagaan cetak rompak menjadi berleluasa .
KESAN MASALAH CETAK ROMPAK
Terhadap Kerajaan , Penerbit , Swasta
· Rugi kerana peniaga cetak rompak tidak membayar sebarang cukai kepada kerajaan .
· Peniaga cetak rompak mencapai keuntungan yang banyak .
· Syarikan EMI & Sony Music dan syarikat penerbitan Sasbadi mengalami kerugian dalam
perniagaan .
· Membelanjakan beribu-ribu untuk menerbitkan album dan memdapat balik modal mereka .
· Kerajaan kita hilang sumber kewangan untuk melaksanakan projek pembangunan negara .
· Melambatkan proses pembangunan akibat kekurangan sumber pendapatan .
Kesan Terhadap Ahli Seni
· Penulis buku dan penyanyi menerima tamparan yang kuat .
· Tidak mempunyai pendapatan yang tetap . Bergantung kepada komisyen hasil penjualan .
· Tidak memdapat ganjaran yang setimpal dengan usaha yang dicurahkan oleh mereka .
· Peniaga cetak rompak mencapai keuntungan yang lumayan .
· Melemahkan semangat ahli seni untuk memajukan persembahan mereka .
· Banyak pemuda-pemudi tidak berminat dengan bidang kesenian akibat masalah ini .
Kesimpulan :
· Kegiatan cetak rompak perlu dibanteras secara kolektif .
· Tindakan awal mengatasi masalah ini kerana setiap penyakit ada penawarnya .
· Jabatan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna , Jabatan Polis , Kerajaan
Tempatan dan Kerajaan Negeri mestilah mempergiatkan operasi mereka .
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Rencana Pengarang
Penguatkuasaan Tanpa Hukuman Tegas Tidak Bermakna,
Berita Harian, 4 Februari 2006)
Nama Akhbar : BERITA HARIAN Bahasa : Bahasa Melayu
Seksyen Akhbar : BERITA UMUM/LAIN-LAIN Hari : RABU
Tarikh Siaran : 2003-06-11 Muka
Surat :
8
Berkaitan Isu : KERAJAAN TEMPATAN
Topik Berita : PUSAT HIBURAN TERMASUK VIDEO GAME
Tajuk Akhbar : Lesen jual VCD diperketat