3
Masyarakat Baba Nonya, Cina Selat atau Cina Peranakan merujuk kepada keturunan imigran Cina yang datang ke Nusantara pada abad ke 15 dan ke-16 ke Negeri-Negeri Selat(NNS). Mereka merupakan hasil perkahwinan campur Imigran Cina dengan penduduk tempatan terutamanya wanita tempatan. Baba merupakan istilah pinjaman India yang kemudian diguna pakai merujuk kepada lelaki Cina di NNS. Manakala istilah Nonya merujuk kepada kaum wanita Cina Peranakan walaupun Khoo Kai Kim menyatakan istilah ini turut digunakan untuk merujuk kepada perempuan Sumatera, Jawa dan Melayu yang juga dipanggil Nyonyah, Nonya dan Nona. Bagi persepsi orang Melayu, Peranakan merujuk kepada keturunan imigran yang lahir tempatan seperti di Malaya dan Indonesia atau keturunan kacukan asing dengan tempatan. Istilah ini merujuk kepada keturunan bercampur tanpa mengira etnik. Selain Cina, terdapat komuniti peranakan lain di Tanah Melayu seperti India Islam iaitu Jawi Peranakan dan India Hindu iaitu Chetti. Cina peranakan juga merujuk kepada orang Cina yang tinggal dalam komuniti masyarakat Melayu. Elemen pecampuran merupakan asas penting dalam mendefinisikan Cina peranakan dan membezakan kolompok ini dengan kelompok Cina yang lain. Imigran Cina/Cina tulen termasuk keturunan mereka mempunyai perbezaan ketara dari segi identiti nasional dan sistem nilai, bahasa, budaya, sistem agama dan kepercayaan serta latar belakang pendidikan. Pada awalnya, Cina peranakan hanya 15% sahaja di NNS. Mereka menganggap diri mereka sebagai rakyat British dan mempunyai status tinggi dalam masyarakat Cina. Mereka tidak tertarik dengan perkembangan-perkembangan di negara China. Oleh yang demikian sekalipun orang Baba mengidentifikasikannya sebagai orang Cina, tetapi orang Cina lain memandangnya sebagai kaum lain. Ini disebabkan orang Cina menganggap Baba lebih mirip kepada orang Melayu. Pertambahan mendadak masyarakat Cina di Tanah Melayu berlaku pada abad ke-20. Mereka yang datang ini merupakan Cina Jati atau Cina Tulen. Dalam aspek identiti nasional dan sistem nilai Sosial, masyarakat Cina tulen menyatakan identiti politik mereka dengan menunjukkan ketaatan mereka kepada negara China. Majoriti imigran Cina dan keturunan mereka masih menganggap China sebagai negara ibunda dan menganggap mereka sebagai rakyat China walaupun penglibatan mereka dalam aktiviti politik itu pasif. Contohnya orang Cina Tulen menyokong gerakan-gerakan islah dan revolusi di negara mereka. Perkembangan negara asal diikuti melalui orang tengah yang akan membawa surat dan barang dari China dari masa ke masa. Selain itu, ahli-ahli Parti Komunis Malaya dianggotai oleh 90% orang Cina berbanding dengan Cina peranakan yan menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan British dengan tidak terlibat dengan PKM. Dari segi bahasa, kaum Baba bertutur dalam bahasa Baba iaitu sejenis dialek Melayu yang difahami oleh kebanyakkan orang melayu. Mereka juga boleh bertutur bahasa Hokkien. Pada dasarnya, bahasa Melayu Baba ialah satu bahasa campuran antara bahasa Cina Hokkien dengan bahasa Melayu , Belanda, Tamil dan Inggeris. Bahasa Baba banyak menyerap perkataan Cina umpamanya lai untuk datang dan sebagainya. Kebanyakkan masyarakat Cina Peranakan tidak dapat bertutur dalam dialek Cina terutamanya bahasa

cina peranakan.docx

Embed Size (px)

Citation preview

Masyarakat Baba Nonya, Cina Selat atau Cina Peranakan merujuk kepada keturunan imigran Cina yang datang ke Nusantara pada abad ke 15 dan ke-16 ke Negeri-Negeri Selat(NNS). Mereka merupakan hasil perkahwinan campur Imigran Cina dengan penduduk tempatan terutamanya wanita tempatan. Baba merupakan istilah pinjaman India yang kemudian diguna pakai merujuk kepada lelaki Cina di NNS. Manakala istilah Nonya merujuk kepada kaum wanita Cina Peranakan walaupun Khoo Kai Kim menyatakan istilah ini turut digunakan untuk merujuk kepada perempuan Sumatera, Jawa dan Melayu yang juga dipanggil Nyonyah, Nonya dan Nona. Bagi persepsi orang Melayu, Peranakan merujuk kepada keturunan imigran yang lahir tempatan seperti di Malaya dan Indonesia atau keturunan kacukan asing dengan tempatan. Istilah ini merujuk kepada keturunan bercampur tanpa mengira etnik. Selain Cina, terdapat komuniti peranakan lain di Tanah Melayu seperti India Islam iaitu Jawi Peranakan dan India Hindu iaitu Chetti. Cina peranakan juga merujuk kepada orang Cina yang tinggal dalam komuniti masyarakat Melayu. Elemen pecampuran merupakan asas penting dalam mendefinisikan Cina peranakan dan membezakan kolompok ini dengan kelompok Cina yang lain. Imigran Cina/Cina tulen termasuk keturunan mereka mempunyai perbezaan ketara dari segi identiti nasional dan sistem nilai, bahasa, budaya, sistem agama dan kepercayaan serta latar belakang pendidikan.Pada awalnya, Cina peranakan hanya 15% sahaja di NNS. Mereka menganggap diri mereka sebagai rakyat British dan mempunyai status tinggi dalam masyarakat Cina. Mereka tidak tertarik dengan perkembangan-perkembangan di negara China. Oleh yang demikian sekalipun orang Baba mengidentifikasikannya sebagai orang Cina, tetapi orang Cina lain memandangnya sebagai kaum lain. Ini disebabkan orang Cina menganggap Baba lebih mirip kepada orang Melayu. Pertambahan mendadak masyarakat Cina di Tanah Melayu berlaku pada abad ke-20. Mereka yang datang ini merupakan Cina Jati atau Cina Tulen. Dalam aspek identiti nasional dan sistem nilai Sosial, masyarakat Cina tulen menyatakan identiti politik mereka dengan menunjukkan ketaatan mereka kepada negara China. Majoriti imigran Cina dan keturunan mereka masih menganggap China sebagai negara ibunda dan menganggap mereka sebagai rakyat China walaupun penglibatan mereka dalam aktiviti politik itu pasif. Contohnya orang Cina Tulen menyokong gerakan-gerakan islah dan revolusi di negara mereka. Perkembangan negara asal diikuti melalui orang tengah yang akan membawa surat dan barang dari China dari masa ke masa. Selain itu, ahli-ahli Parti Komunis Malaya dianggotai oleh 90% orang Cina berbanding dengan Cina peranakan yan menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan British dengan tidak terlibat dengan PKM.Dari segi bahasa, kaum Baba bertutur dalam bahasa Baba iaitu sejenis dialek Melayu yang difahami oleh kebanyakkan orang melayu. Mereka juga boleh bertutur bahasa Hokkien. Pada dasarnya, bahasa Melayu Baba ialah satu bahasa campuran antara bahasa CinaHokkiendengan bahasa Melayu, Belanda,Tamil dan Inggeris. Bahasa Baba banyak menyerap perkataan Cina umpamanya lai untuk datang dan sebagainya. Kebanyakkan masyarakat Cina Peranakan tidak dapat bertutur dalam dialek Cina terutamanya bahasa Mandarin. Bahasa Melayu Baba merupakan antara kumpulan komunikasi lingua franca di NNS. Namun bahasa Baba semakin pupus kini dan ramai daripada golongan muda tidak boleh menuturkannya. Kebanyakkan mereka memberikan tumpuan kepada Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin. Cina Peranakan di Kelantan contohnya menggunakan bahasa Melayu dialek Kelantan dalam pergaulan seharian sehinggakan sebilangan generasi muda masyarakat ini tidak mahir bahasa ibunda mereka.Manakala Masyarakat Cina Tulen pula mahir dalam bahasa Ibunda mereka. Contohnya mereka yang berketurunan Hakka akan mahir dalam menuturkan bahasa Hakka. Imigran Cina yang datang selepas perang dunia ke-2 juga mahir dalam bahasa Mandarin tidak seperti masyarakat Cina Peranakan. Masyarakat Cina Tulen tidak memahami dialek Cina yang dituturkan oleh Cina Peranakan. Begitu juga sebaliknya. Hal ini kerana kebanyakkan pendatang Cina yang terawal berhijrah ke Tanah Melayu adalah dari kelompok Hokkien. Kebanyakkan imigran Cina yang datang pada abad ke-20 pula adalah berbangsa Hakka, Hainan dan lain-lainMelalui budaya pula, dapat dilihat melalui pakaian, masakan dan perkahwinan. Golongan Nyonya amat sinonim dengan pemakaian baju Kebaya dengan kain sarung. selain itu baba dan Nyonya juga turut memakai pakaian kaum Cina berbeza dengan masyarakat Cina yang tidak memakai kebaya. Kaum Nyonya juga mempunyai kasut yang unik iaitu kasut Manik. Selain itu, Cara masakan Baba Nyonya juga dipengaruhi resepi orang Melayu seperti menggunakan belacan,asam, serai dan lain-lain di samping bahan masakan orang Cina mengikut kesesuaian jenis makanan. Kaum ini juga turut menggunakan tangan ketika menjamah hidangan seperti amalan masyarakat Melayu. Budaya perkahwinan masyarakat Cina Peranakan juga diasimilasikan dengan budaya tempatan. Contohnya adat perkahwinan baba Nyonya mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu. Persamaan ini didapati dalam adat perkahwinan mereka iaitu dari tepak sireh dan pemberian mas kahwin. Manakala masyarakat Cina Tulen pula masih mengekalkan identiti kecinaan mereka dengan mengamalkan kebudayaan tradisi seperti memakai Chongsam, memasak masakan Cina dan melansungkan perkahwinan mengikut tradisi orang Cina. Dari segi Sistem agama dan kepercayaan, Masyarakat Cina Peranakan mengamalkan agama-agama tradisional Cina seperti Taoisme, Konfusianisme dan Cina Buddha. Sambutan perayaan adalah seperti Perayaan Tahun Baru Cina dan Pesta Tanglung. Mereka juga amat mengutamakan penyembahan roh nenek moyang di rumah. Semasa upacara ini dijalankan, semua ahli keluarga diwajibkan hadir. Di samping itu, masyarakat peranakan ini juga mempercayai konsep "Yin dan Yang". Sambil itu Masyarakat Cina Peranakan juga mengamalkan adat resam tempatan seperti adat Melayu, Siam dan budaya Barat. Pengaruh protugis, Belanda, British, Melayu dan Indonesia meninggalkan kesan dalam budaya masyarakat Peranakan. Pada masa kini, kebanyakkan masyarakat Baba Nyonya menganuti agama Kristian. Oleh itu, mereka juga menyambut hari Natal. Masyarakat Cina Peranakan yang beragama Islam diidentifikasikan sebagai Melayu.Bagi masyarakat Cina Tulen, mereka berpegang kuat kepada lambang yang penting untuk mengekalkan ciri kecinaan mereka terutamanya dari segi kebudayaan untuk mewujudkan identiti kecinaan mereka. Orang Cina tulen menyambut hari Perayaan Tradisional Cina. Perayaan itu membawa makna yang besar dalam mengekalkan ciri kecinaan mereka. Semua hari perayaan itu disambut mengikut tarikh dalam kalender orang Cina di China. Ritual perayaan juga perlu diadakan mengikut tradisi seperti di negara China.Dalam aspek pendidikan pula, kebanyakkan anak-anak cina peranakan mendapat pendidikan di Sekolah Missionari dan sekolah Venakular. Sekolah-sekolah ini menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar. Anak-anak cina Peranakan biasanya akan bertutur dalam bahasa Melayu di sekolah-sekolah ini walaupun ada diajar bahasa Cina. Terdapat juga pelajar Cina Peranakan yang tidak tahu membaca tulisan Cina. Disebabkan mempunyai latar pendidikan yang baik iaitu mahir dalam bahas Inggeris dan Melayu, Cina peranakan banyak terlibat dalam sektor awam berbanding Cina tulen yang terlibat dalam sektor swastaBagi masyarakat Cina Tulen pula, sebelum merdeka, sekolah-sekolah imigran Cina telah dibuka dengan menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa penghantar. Guru-guru dan buku teks dibawa dari negara China. Pada zaman kolonial, masyarakat Cina Peranakan terlibat dalam bidang perkapalan,perniagaan, perbankan, pertanian dan perlombongan bijih timah. Imigran Cina banyak terlibat dalam perburuhan, perkebunan dan perdagangan. Cina yang terlibat dalam perkapalan dan perbankan adalah sebagai pemilik atau taukeh. Dalam perlombongan orang Cina sebagai pemodal dan buruhnya adalah Cina Jati. Dalam bidang perkapalan dan perbankan akan menggunakan perkhidmatan orang yang tahu berbahasa Inggeris. Oleh itu dapat dilihat Cina Peranakan lebih baik berbanding Cian Tulen dan mereka dapat dibezakan melalui latar belakang pendidikan.Kesimpulannya, dapat dilihat masyarakat Cina Peranakan dan Cina Tulen mempunyai perbezaan yang amat ketara. Ternyata masyarakat Cina yang datang ke Tanah Melayu telah menerima interaksi positif daripada masyarakat Melayu sehingga pengaruh budaya Melayu meresap ke dalam kehidupan sehrian mereka. Justeru diharapkan warisan masyarakat Cina Peranakan ini akan terus dipelihara tidak hilang ditelan zaman.