26
WAJ 3012 Tamadun Islam dan Tamadun Asia IPGK KENT TUARAN 1.0 PENGENALAN Tamadun Cina merupakan satu tamadun yang berinteraksi dengan banyak dengan tamadun lain. Tamadun Cina juga kaya dari segi bahasa, sains dan teknologi, kesenian, kesusasteraan serta nilai-nilai universal. Oleh itu, sewaktu berlaku interaksi antara tamadun, kebanyakan ciptaan tamadun cina telah tersebar ke tamadun yang lain dan ilmu tamadun lain juga tersebar ke tamadun cina. Tamadun China terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas hingga ke bahagian selatan China. Perluasan kawasan ini bermula dengan kemunculan Dinasti Chin. Kelahiran empayar yang pertama itu menandakan satu peningkatan dalam tamadun China. Dinasti Chin bermula pada tahun 221 S.M. dan berakhir pada tahun 206 S.M. Maharaja Shih Huang Ti merupakan pengasas Dinasti Chin. Memperluas jajahan takluknya hingga terbentuk sebuah empayar sehingga ke Sungai Merah di Vietnam. Zaman empayar merupakan zaman jajahan takluknya yang luas dapat disatukan di bawah sebuah pentadbiran pusat. Gambar rajah Maharaja Shih Huang Ti. 1

Tamadun Cina

Embed Size (px)

DESCRIPTION

titas

Citation preview

WAJ 3012 Tamadun Islam dan Tamadun AsiaIPGK KENT TUARAN1.0PENGENALANTamadun Cina merupakan satu tamadun yang berinteraksi dengan banyak dengan tamadun lain. Tamadun Cina juga kaya dari segi bahasa, sains dan teknologi, kesenian, kesusasteraan serta nilai-nilai universal. Oleh itu, sewaktu berlaku interaksi antara tamadun, kebanyakan ciptaan tamadun cina telah tersebar ke tamadun yang lain dan ilmu tamadun lain juga tersebar ke tamadun cina. Tamadun China terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas hingga ke bahagian selatan China. Perluasan kawasan ini bermula dengan kemunculan Dinasti Chin. Kelahiran empayar yang pertama itu menandakan satu peningkatan dalam tamadun China. Dinasti Chin bermula pada tahun 221 S.M. dan berakhir pada tahun 206 S.M. Maharaja Shih Huang Ti merupakan pengasas Dinasti Chin. Memperluas jajahan takluknya hingga terbentuk sebuah empayar sehingga ke Sungai Merah di Vietnam. Zaman empayar merupakan zaman jajahan takluknya yang luas dapat disatukan di bawah sebuah pentadbiran pusat.

Gambar rajah Maharaja Shih Huang Ti.Pada zaman Xia (kurun ke-21SM hingga ke-16SM), nama seperti Hua, Xia dan Zhong guo mula digunakan untuk merujuk kepada kawasan di bahagian tengah antara dua sungai besar, iaitu Huanghe dan Yangzi. Ini menunjukkan penduduk di kawasan berkenaan telah mempunyai satu perasaan identiti sosial dan budaya, iaitu kesedaran bahawa dari beberapa aspek budaya mereka adalah satu entiti yang berlainan daripada kumpulan-kumpulan lain di sekelilingnya. Perasaan identiti ini adalah hasil daripada satu proses pembudayaan yang mengintegrasikan masyarakat berbilang etnik yang menetap di kawasan tersebut. Proses ini memakan masa beribu-ribu tahun dan sukar dikesan dalam kebudayaan Xia. Oleh kerana kebudayaan Cina berpunca daripada kebudayaan Xia, maka dapat dianggap bahawa interaksi kebudayaan Cina dengan kebudayaan lain bermula pada zaman ini. Melalui proses interaksi antara budaya ini, interaksi pada peringkat tamadun antara China dengan dunia lain mula terbentuk. Interaksi antara budaya terus berlangsung sehingga mengakibatkan banyak lagi kumpulan etnik, yang namanya dapat dikesan dalam rekod sejarah Cina, telah bergabung atau diasimilasikan dengan orang Xia (kemudiannya dikenali sebagai orang Han atau Cina). Kawasan yang dipengaruhi oleh kebudayaan Cina terus berkembang serentak dengan perkembangan tanah jajahan dinasti Zhou (1123 S.M 221 S.M), dinasti Qin (221 S.M 206 S.M), dinasti Han (206 S.M 220 S.M) dan zaman seterusnya. Sistem politik yang berwibawa, kuat dan stabil serta pencapaian tahap kemajuan yang lebih tinggi secara relatifnya telah mendorong kebudayaan Cina berkembang ke rantau lain, sama ada di kawasan berdekatan atau jauh. Mengikut ahli-ahli antropologi, kawasan-kawasan yang dipengaruhi oleh sesuatu kebudayaan dapat dikenali sebagai bulatan budaya. Bagi kebudayaan Cina, bulatan budayanya meliputi kawasan Korea, Jepun dan Vietnam. Di peringkat luar bulatan budaya, kebudayaan Cina telah berinteraksi dengan kebudayaan di rantau Asia Tenggara, India, Tanah Arab dan Parsi (Islam), dan Eropah.

2.0 INTERAKSI TAMADUN CHINA

2.1INTERAKSI TAMADUN CHINA DALAM ASPEK BAHASA2.1.1Sistem tulisanTulisan Cina atau juga dikenali sebagai Hanzi merupakan antara tulisan yang tertua di dunia. Tulisan Cina adalah berdasar satu-satu huruf. Bahasa Cina mengandungi lebih kurang 5 000 patah perkataan dan bukan kesemua orang tahu semua perkataan ini. Secara umumnya, kebanyakan orang hanya tahu lebih kurang 3 000 patah perkataan sahaja.

Rajah 1: Contoh Tulisan Oracle

Pada dinasti Shang (1600 - 1100 S.M.), telah munculnya ideograf. Tulisan Ideograf ini dijumpai pada tulang binatang atau kulit kura-kura dan dikenali sebagai jia gu wen atau The oracle bone script. Ia telah memberi satu makna pada mulanya dan ia telah dicantum dan memberi makna baharu pada lewat dinasti ini. Pada dinasti Barat Zhou (1100 - 771 S.M.) pula, telah munculnya tulisan Zhou yang bernama bronze script. Tulisan ini biasanya diukir pada alat-alat gangsa. Pada dinasti Zhan guo (475 - 221 S.M.), tulisannya telah ditukar kepada warring states script dan Tulisan Seal script telah muncul pada dinasti Qin (221 - 207 S.M.). tulisan ini merupakan tamatnya tulisan Cina lama, gu wen zi atau ancient script. Pada dinasti ini telah mengalami perubahan revolusi dalam tulisan Cina. Dinasti Han (206 S.M.) merupakan titik permulaan sistem tulisan Cina baharu, iaitu Clerical script yang merupakan asas sistem tulisan Cina pada masa ini, iaitu Han zi. Sistem tulisan ini merupakan sistem tulisan yang berkembang dan lebih bersistematik dan penulisan cina telah dipermudahkan. Pada dinasti ini juga telah memperkenalkan sistem strok. Sistem strok ini terdapat 11 strok asas dalam tulisan ini dan ditulis secara berurutan yang tetap.Pada tahun 1964, kerajaan China telah memperkenalkan perkataan yang lebih mudah. Ia menghasilkan menerusi strok yang kurang daripada strok asal, tetapi mengekalkan bentuk dan makna asalnya. Tulisan Cina boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu wen atau gambar-gambar mudah dan zi, iaitu gambar-gambar yang dicantumkan untuk menjadi satu perkataan baharu. Wen boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu Xiangxing atau dikenali sebagai simbol bergambar dan Zhishi atau simbol petunjuk. Manakala Zi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu Huiyi atau simbol petunjuk logik yang memberi maksud dan Xingsheng sebagai gabungan bentuk bunyi.Perkembangan tulisan Cina ini telah banyak memberi sumbangan kepada tamadun-tamadun lain. Antara contohnya, tamadun Jepun telah menerima sumbangan yang positif dalam perkembangan tulisan Cina. Melalui tulisan Cina ini, tamadun Jepun telah mencipat tulisan sendiri, iaitu Katakana dan Hiragama, manakla tulisan kanji adalah amat penting. Selain itu, bangsa Korea dan Vietnam juga meminjam tulisan Cina sebelum mereka mencipta tulisan sendiri. Rajah 1: Tulisan KatakanaPerkembangan Sistem Tulisan

Rajah 1: Tulisan Kanji

Rajah 1: Tulisan Hiragana

Selain itu, tulisan Cina telah bertahan lama dan tidak pupus. Sebaliknya, tulisan ini juga berkembang pesat walaupun dicabar oleh tulisan Rumi dan Barat. Terutamanya pada Dinasti Tang, kesusasteraan berkembang dengan pesat disebabkan kemunculan bahasa dan tulisan.

2.2INTERAKSI TAMADUN CHINA DALAM ASPEK SAINS DAN TEKNOLOGI2.2.1Pembinaan Tembok Besar ChinaTeknologi pembinaan seperti yang digunakan dalam pembinaan Tembok Besar China merupakan warisan yang dikagumi dan berharga sebagai sumber pelancongan dan juga sumber contoh seni bina. Tembok Besar atau Great Wall merupakan kebanggaan bagi penduduk tamadun China. Tembok Besar China merupakan pembinaan yang diiktiraf sebagai antara tujuh keajaiban dunia ini. Tembok Besar China merupakan projek terbesar dalam sejarah manusia ketika mula dibina lebih 2,000 tahun lalu. Selain itu, ia juga merupakan struktur pertahanan zaman purba paling panjang di dunia. Tembok Besar China dibina oleh Maharaja Shih Huang Ti pada zaman Dinasti Chin (221 - 206 S.M). Panjangnya lebih kurang 5000 kilometer. Lebarnya pula antara 4.5 meter hingga 9 meter. Ketinggiannya pula ialah 7.5 meter. Pada zaman Dinasti Ming, tembok ini disambung hingga panjangnya menjadi 6400 kilometer. Fungsinya adalah untuk mempertahankan wilayah-wilayah di China ini daripada serangan orang Hun(nomad). Pembinaan Tembok Besar China menggunakan tenaga kerja yang ramai, iaitu lebih daripada 30 ribu orang. Di sebalik Tembok yang gagah ini terselit juga episod duka, iaitu ramai tenaga kerja yang terkorban ketika proses membina tembok ini. Dengan kata lain, di sebalik kehebatan Tembok Besar China, terdapat titisan air mata dan keringat serta darah golongan marhaen yang dikerah dan dipaksa. Disebabkan itu, ia juga digelar 'kubur terpanjang di Bumi'. Menurut sejarah, mereka yang terkorban ketika membina tembok besar China akan dikebumikan di kawasan itu juga. Jadi, mayat-mayat mereka kekal bersemadi di dalam tembok tersebut.Sebelum Maharaja Shih Huan Ti ( Qin shi huang) menyatukan China pada 221 Sebelum Masihi, banyak negeri di pelbagai tempat di China membina tembok besar yang kemudian dihubungkan ketika era Dinasi Qin dan membentuk rangkaian tembok yang kini masih berdiri gagah. Bahagian tembok tumpuan pelancong sekarang dibina pada Zaman Dinasti Ming, lebih 700 tahun lalu dan masih dipelihara dengan baik membabitkan jarak lebih 6,000 kilometer yang dibina dalam bentuk berliku-liku dan terletak di utara China. Perlu juga diketahui, angkasawan terkemuka, Neil Amstrong yang menjelajah angkasa lepas mendedahkan Tembok Besar adalah satu daripada dua binaan di muka bumi yang dapat dilihat dengan jelas dari angkasa.

Contoh gambar rajak Tembok Besar China.2.2.2Ciptaan Kertas dan TembikarTamadun China juga mewariskan teknologi membuat kertas dan tembikar. Kertas ini merupakan ciptaan Cai Lun dengan menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan yang dikenali sebagai pokok pulpa sebagai bahannya pada tahun 105. Cai Lun merupakan ahli sains yang menjalankan pembaharuan besar terhadap teknologi pembuatan kertas pada zaman purba China. Penciptaan kertas merupakan perkara penting dalam sejarah manusia. Semenjak kertas dicipta, pewarisan dan penyebaran pengetahuan telah memasuki era yang baru. Penggunaan kertas diperkenalkan ke dunia Barat melalui Jalan Sutera Lama, juga dikenali sebagai The Old Silk Road. Kertas mula digunakan di Eropah pada kira-kira kurun ke-13.Pada zaman sebelum kertas dicipta, rakyat China menulis dengan menggunakan perkataan yang diukir pada kulit kura-kura, tulang binatang, kepingan buluh dan kayu, batu, barangan tembaga dan logam yang lain. Perkataan yang dipahat pada kulit kura-kura dan tulang binatang pada zaman purba China sangat terkenal di dunia. Perkataan Mandarin pada zaman moden berasal daripada perkataan itu. Perkataan yang dipahat pada kulit kura-kura, tulang binatang dan barang-barang tembaga yang dijumpai pada zaman moden di China sudah bersejarah selama lebih dua ribu tahun yang lalu. Selepas zaman kulit kura-kura, tulang binatang dan barangan tembaga telah digunakan untuk mengukir perkataan, Kepingan buluh dan kayu juga pernah digunakan untuk mengukir dan menulis perkataan pada zaman purba China. Selain itu, kain sutera juga pernah digunakan untuk menulis, akan tetapi kegunaannya terhad kepada kalangan diraja dan golongan bangsawan China.Kertas yang paling awal dicipta kira-kira pada 100 tahun sebelum Masihi iaiatu pada zaman Dinasti Han di China. Berdasarkan catatan buku sejarah, kertas itu tidak diperkenalkan secara meluas disebabkan teknologi pembuatannya yang terlalu rumit dan mahal harganya. Cai Lun telah membaharui teknologi pembuatan kertas itu dan menjadikannya lebih praktikal. Cai Lun dilahirkan pada 61 tahun sebelum Masihi dalam satu keluarga petani. Beliau merupakan ahli sains pada zaman Dinasti Han China. Pada zaman itu, sesuatu catatan atau penulisan ditulis pada kepingan buluh dan kayu, kain sutera atau kertas awal. Pelbagai jenis bahan tersebut tidak mungkin dapat dikeluarkan secara besar-besaran dan keadaan ini telah menyekat penyebaran pengetahuan dan perkembangan kebudayaan. Cai Lun telah mengambil keputusan untuk membaharui teknologi pembuatan kertas bagi memudahkan orang ramai menulis.Berdasarkan pengalaman pembuatan kertas generasi terdahulu, Cai Lun telah memilih kulit pokok, serpihan rami, kain dan jaring ikan sebagai bahan pembuatan kertas. Beliau mengarahkan para pekerja mengoyak-ngoyakkan bahan tersebut dan merendamkannya di dalam air untuk jangka masa yang panjang. Selepas itu, bahan tersebut diaduk menjadi cecair yang pekat. Selepas dikukus dan direbus, bahan itu dihamparkan pada tikar dan dijemur, maka setelah itu terhasillah kertas. Kertas yang dikeluarkan dengan cara tersebut agak nipis lagi ringan dan sangat sesuai digunakan untuk menulis. Penghasilan kertas sebegini amat dialu-alukan oleh orang ramai. Maharaja telah menyanjung tinggi pembaharuan yang dijalankan oleh Cai Lun terhadap teknologi pembuatan kertas. Semenjak itulah, teknologi baru tersebut digunakan di pelbagai tempat di China untuk mengeluarkan kertas. Kertas itu digelar sebagai "kertas Cai Lun".Cai Lun pernah menjawat jawatan sebagai pegawai yang bertanggungjawab untuk menguruskan buku klasik di istana raja. Buku klasik itu akan disalinkan dalam jumlah yang besar untuk dihantar kepada pegawai-pegawai tempatan dan ini memerlukan penggunaan banyak kertas. Keperluan itu telah merangsang peningkatan jumlah pengeluaran kertas dan pembaharuan berterusan teknologi pembuatan kertas sehingga teknologi tersebut semakin ditingkatkan dan disempurnakan. Sehingga abad ke-3 Masihi, kertas telah menggantikan bahan lain dan menjadi satu-satunya bahan untuk mencatat sesuatu penulisan di China. Selain membaharui teknologi pembuatan kertas, sebagai seorang ahli sains dan pegawai kanan yang mempunyai semangat inovatif, Cai Lun juga telah memainkan peranan sebagai pendorong penting dalam mengembangkan teknologi pengolahan dan pemprosesan logam serta pembuatan mesin pada zaman itu.

Contoh gambar rajah kertas yang diperbuat oleh pokok pulpa.Kebanyakan orang menganggap tembikar dibuat sebagai barangan keperluan harian. Akan tetapi, pada zaman purba, tembikar China merupakan barangan yang dianggap amat berharga. Pada zaman purba, seorang raja di Eropah pernah mendapat 12 buah vas bunga China dengan memberi 4 pasukan tentera kepada negara jirannya. Yang tidak disangka, tembikar China disebut sebagai China oleh orang barat walaupun China mempunyai banyak ciptaan yang menakjubkan dan barangan yang amat berharga.Pada zaman purba, tembikar China berkembang dari tembikar biru, tembikar putih dan tembikar berwarna. Membuat tembikar mesti menggunakan bahan tanah Kaolin, batu Orthoclase dan kuarza, di permukaannya mesti disepuh glis, membakar tembikar mesti pada suhu 1200 darjah centigrade. Harga dengan berbuat demikian, barulah tembikar lebih kukuh dan berkilat. Jika peraturan dan adunan bahan mentah kurang sesuai, misalnya unsur besi terlalu banyak, tembikar akan berwarna coklat atau hitam dan tidak berguna lagi. Sehingga Dinasti Han, teknologi pembuatan tembikar semakin maju. Pada penghujung Zaman Dinasti Tang, Tanur Yue di kawasan Shaoxing dan Yuyao di provinsi Zhejiang China telah menghasilkan tembikar biru yang licin, warna glis yang halus rata. Tembikar putih yang dikeluarkan di Tanur Xing pada Zaman Dinasti Tang warnanya seperti salji.Pada Zaman Dinasti Song merupakan tempoh perkembangan teknologi tembikar yang paling pesat di China, pada masa itu ada 5 buah kilang tembikar terkenal termasuk Tanur Ding, Tanur Ru, Tanur Guan, Tanur Longquan dan Tanur Jun. Tanur Longquan dibina di atas gunung, setiap kali ia boleh mengeluarkan sebanyak 20 ribu hingga 25 ribu buah barang tembikar, orang awam mensifatkan tembikar di situ tipis seperti kertas, kilat seperti kaca, warnanya seperti batu hijau. Tanur Jun di Henan menambah unsur tembaga dalam glis, dalam proses pembakaran glis, perubahan kimia berlaku, barang tembikar yang berwarna merah tua terhasil. Pada Zaman Dinasti Ming dan Qing, kota Jing Dezheng, provinsi Jiangxi menjadi pusat pengeluaran tembikar China. Sebenarnya pada Dinasti Tang, kota Jingdezhen telah mulai mengeluarkan tembikar, mangkuk putih tembikar Dinasti Tang yang dijumpai di Jingdezhen. Pada tahun 1958 telah mencapai taraf teknologi tembikar yang tinggi, ia dihargai sebagai batu hijau tiruan.Pada zaman lebih awal, Tembikar China, teh dan sutera diangkat ke negara lain melalui saluran darat dan laut. Pada Zaman Dinasti Song, teknologi pembuatan tembikar China telah dipopularkan ke Asia Barat dan Afrika Utara. Pada tahun 1470, orang Itali telah belajar teknologi pembuatan tembikar dari Negara Arab. Sekurang-kurangnya tembikar yang khusus untuk dijual di negara asing mulai dikeluarkan pada Zaman Dinasti Tang, tembikar Tang Sancai amat terkenal, banyak bentuk dan lukisannya mempunyai seni kebudayaan bangsa Arab, ini jarang terdapat dalam corak tembikar China. Barang tembikar biru dan putih Dinasti Song dan Yuan terutamanya dijual ke Asia Tenggara, tembikar biru Longquan dijual ke Jepun, Korea Utara, Filipina, Turki dan Eropah. Pada Zaman Dinasti Ming dan Qing, kebanyakan barang tembikar dijual kepada Eropah, Asia Tenggara dan Jepun.2.2.3Ciptaan Sistem Kalendar, Bahan Letupan dan KompasSewaktu Dinasti Shang, sistem kalender telah diperkenalkan. Sistem kalender yang terawal mengandungi 303 hari dalam satu bulan dan 360 hari dalam setahun. Sistem ini adalah merupakan sistem kalender yang kita menggunakan pada waktu ini dan juga lebih tepat. Pada masa dahulu, raja menggunakan kalender untuk menentukan musim menanam dan musim menuai. Sebaliknya, kalender pada masa kini adalah digunakan untuk menjalankan aktiviti harian seperti upacara perkahwinan ataupun pengebumian. Di samping itu, tamadun lain seperti tamadun Melayu, Eropah dan Jepun juga menggunakan sistem kalender sebegini.Semasa Dinasti Tang, mercun telah diciptakan. Mercun juga dipanggil sebaai bahan letupan. Ia merupakan benda yang dikenali sebagai penciptaan agung di tamadun Cina. Ahli-ahli alkimia Daois yang mencipta bahan letupan ini melalui penemuan formulanya dalam uji kaji mencampur saltpeter dengan sulfur dan karbon.. Pada mulanya, mercun ini digunakan untuk meraikan sesuatu perayaan sahaja. Contohnya menjelang kurun ke-7, orang Cina membuat bunga api dengan menggunakan serbuk letupan yang telah dicipta awal. Kemudiannya, mercun digunakan secara meluas untuk tujuan peperangan. Contohnya adalah ia digunakan dalam bidang militari pada tahun 906 oleh ketua tentera Tang (318-906). Ilmu bahan letupan dibawa masuk dan diperkenalkan ke Negara Arab pada kurun ke-13 dan seterusnya dari sana diperkenalkan ke negra Eropah.Rajah 1: Bahan letupan

Kompas yang pertama juga merupakan dicipta oleh penduduk China. Sebenarnya, tujuan utama penciptaan tersebut adalah untuk keagamaan sahaja. Sifat magnetik sudah dapat dikesan oleh orang cina pada Dinasti Han. Mereka menemui dan mengkaji ilmu tentang gejala kemagnetan aruhan (induced magnetism) pada kurun ke-6. Ilmu pengherotan (declination) and kekutuban magnet (polarity) dikesani pada kurun ke-8 dan ke-9. Oleh itu, kompas ini dicipta dan diperbuat daripada kayu dan sebatang sudu magnet. Pada mulanya, kompas digunakan untuk keagamaan sahaja dan seterusnya telah berkembang ke dalam bidang perkapalan.

Kompas yang pertama dicipta

2.3INTERAKSI TAMADUN CHINA DALAM ASPEK KESENIANTamadun China mempunyai reka bentuk seni binaan yang agak berlainan daripada tamadun lain. Contohnya adalah Tembok Besar China. Tembok Besar China ini dibina sejak zaman Dinasti Chou dan telah diteruskan oleh dinasti berikutnya. Tembok ini dibina sepanjang 1500 batu dari Kansu ke Peking.

Gambar rajah Tembok Besar ChinaBandar-bandar China purba seperti Changan, Anyang, Peking dan Loyang juga dibina dengan rekaan yang mempunyai tembok batu. Tembok-tembok batu ini diperbuat daripada tanah liat dan batu-bata. Di kampung-kampung juga terdapat tembok biarpun dibina daripada tanah limpur. Setiap tembok ini terdapat pintu gerbang yang dikelilingi oleh parit yang besar dan menara. Kawasan di dalam tembok ini menempatkan kediaman maharaja. Salah sebuah istana maharaja yang masih kekal sehinggan kini ialah Kota Larangan yang berada di Beijing sekarang. Di dalam Kota Larangan terdapat banyak dewan dan taman. Dewan berfungsi sebagai balai penghadapan serta tempat pagoda manakala kuil-kuil terdiri daripada beberapa buah bangunan yang merangkumi tempat tinggal, ruang tetamu dan pusat pemujaan. Namun, bentuk ini hanyalah untuk kuil yang besar, pagoda pula berbentuk meninggi sehingga 15 tingkat. Pagoda mempunyai bentuk oktagon dan segi empat sama. Walau bagaimanapun, bentuk ini tidak tetap bagi semua binaan dan tempat.Kesenian lain yang dihasilkan oleh tamadun ini merupakan kesenian kaligrafi dan seni lukis tradisional. Kaligrafi Cina merupakan sebuah seni khas yang menggunakan berus Cina. Asas kaligrafi terdiri daripada garis dan bentuk. Kaligrafi menekankan keharmonian, keseimbangan dan momentum semasa menulis. Seni lukis Cina adalah sejenis seni penggunaan berus dan dakwaat Cina. Alatan yang digunakan semasa menulis kaligrafi cina termasuk berus, dakwat, batu dakwat dan kertas atau sutera. Kesenian ini mempunyai persamaan dengan kaligrafi dari segi teknik dan teori. Lukisan ini biasanya dihasilkan secara spontan dan berdasarkan ingatan dan gambaran. Kesenian kaligrafi dan seni lukis tradisional China merupakan satu cara yang terbaik untuk menenangkan hati dan mengasuh budiman, perangai seseorang supaya lebih jujur bertenang dan berakhlak. Selain itu, kesenian Kung Fu juga merupakan kesenian yang terdapat di tamadun China. Ia merupakan sebuah seni untuk mempertahankan diri. Kungfu China dikatakan berasal dari India dan diperkenalkan di kuil Shaolin semasa penyebaran agama Buddha. Kuil Shaolin dikatakan sebagai tempat berkembangnya seni kungfu dan menghasilkan pelbagai cabangan seni seperti wu dang, er mei dan hua shan. Pelbagai jenis senjata yang digunakan dalam Kungfu China adalah seperti pedang, kayu dan tali.

2.4INTERAKSI TAMADUN CHINA DALAM ASPEK KESUSASTERAAN Kesusasteraan yang terdapat di Tamadun China meruakan Ajaran Konfusionisme dan Ajaran Taoisme. Ajaran Konfusionisme (551 M 479 SM) merupakan sebuah ajaran yang diasaskan oleh Confucius. Beliau dilahir sekitar 551 S.M. di negeri Lu (di Shantung). Beliau pernah menjadi pegawai kerajaan negeri Lu. Namun, beliau telah meletakkan jawatan dan telah mengembara untuk menyebarkan ideanya. Oleh itu, masyarakat China telah menjadikan ajaran ini sebagai satu kepercayaan.

Gambar rajah ConfuciusTokoh Conficius disembah sebagai salah satu dewa penting dalam masyarakat China. Pengajaran Konfusius telah merangkumi aspek-aspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik. Pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia. Antara nilai yang mulia merupakan perikemanusiaan (Ren), kesusilaan (Li), ketaatan kepada ibu bapa (xiao) serta keanfan (zhi). Ajaran ini boleh didapati daripada dua buah buku iaitu, Klasik Confucius dan Analekta. Konfusionisme membuat pemerhatian tentang kelemahan wujud dalam masyarakat, terutamanya dalam pentadbiran. Ia membahagikan lima bentuk hubungan dalam masyarakat. Antaranya adalah seperti berikut:i. Hubungan bapa dengan anak Bapa harus berhati baik; Anak harus bertanggungjawab terhadap orang tuaii. Hubungan suami isteri Suami harus jujur terhadap isteri; Isteri harus tunduk serta mendengar cakap suamiiii. Hubungan suadara tua dengan muda Yang tua harus bermurah hati dan membantu yang muda; Yang muda harus menghormati orang yang lebih tuaiv. Hubungai raja dengan pegawai Raja harus bersifat perikemanusiaan Pegawai harus taatv. Hubungan antara sahabat Kejujuran menjadi pedoman dalam hidupSecara kesimpulannya, lima bentuk hubungan dalam masyarakat cina ini menitiberatkan prinsip moral yang tinggi seperti kejujuran dan kebaikan serta sekiranya keadaan ini tidak dipatuhi, akan berlaku pecah belah dan huru-hara. Untuk mencapai ketinggian moral ini, seseorang itu haruslah mendapat pendidikan. Prinsip moral ini juga harus dipertegaskan kepada semua lapisan mayarakat. Ajaran Konfusius ini juga ditekankan dalam keluarga, sekolah serta masyarakat dalam tamadun tersebut dan ajaran ini berjaya berinteraksi dan disebar ke tamadun Korea dan Jepun. Manakala bagi Ajaran Taoisme pula, pengasas kepada ajaran ini ialah Lao Tze. Beliau lahir di negeri Chu sekitar tahun 604 S.M.. Beliau pernah bekerja di negeri Chou dan juga telah mengembara ke luar untuk menyebar pengaruhnya. Beliau telah menghasilkan sebuah buku yang bertajuk "Tao Te Ching" yang mengandungi idea falsafah Taoisme. Taoisme ini pada asalnya berbentuk falsafah tetapi kemudiannya menjadi ajaran berbentuk agama. Rajah 1: Konsep Yin-Yang, sistem kalender serta feng shui terawalKonsep Yin-Yang

Gambar rajah Lao Tze.Di samping itu, konsep Yin dan Yang serta Feng Shui yang diasaskan oleh Lao Tze ini adalah dipercayaan dan dikekalkan dalam masyarakat Cina dalam tamadun China. Pada masa ini, kebanyakkan orang menggunakan Feng Shui untuk mencari tarikh yang baik untuk pelbagai jenis upacara seperti pemindahan rumah, pengebumian serta upacara perkahwinan. Ajaran ini lebih menumpukan konsep Tao yang bermaksud jalan. Setiap tindakan akan ditentukan oleh Tao. Beliau percaya bahawa manusia tidak harus bertindak terhadap apa-apa yang berlaku. Keadaan ini dirujuk oleh Tao sebagai tidak mengambil sebarang tindakan atau wu-wei. Jika manusia bertindak, maka perkara ini adalah bertentangan dengan prinsip wu-wei dan akan merosakkan dunia. Oleh sebab itu, Lao Tze tidak mnyetujui bahawa manusia boleh mengubah sesuatu ke arah kebaikan.

2.5INTERAKSI TAMADUN CHINA DALAM ASPEK NILAI-NILAI UNIVERSAL2.5.1Masyarakat Islam Di ChinaAgama Islam disebarkan ke negeri China sejak abad ke-7 M. Islam masuk ke China dari negeri Arab melalui jalan darat dan jalan laut. Sambutan masyarakat China terhadap agama Islam tidak menggalakkan kerana perasaan curiga penduduk tempatan terhadap agama bangsa lain. Cara kemasukan islam ke china terdapat tiga versi, iaitu versi pertama, versi kedua dan versi ketiga. Pada versi pertama, islam dibawa oleh Hamzah Bin Hamzah iaitu anak kepada Hamzah Bin Abi Talib. Beliau bersama 3 000 orang Muhajirin pergi ke China dan menetap di San Gan Foo. Semasa Maharaja Yung Wei (Dinasti Tang), utusan dari Tanah Arab pimpinan Saad Bin Abi Waqas bersama 15 orang Muhajirin menghadap Maharaja Yung Wei pada versi kedua. Mereka telah dibenarkan berdakwah di China dan satu masjid didirikan di Cheng-san. Pada versi ketiga, pimpinan dakwah Islamiyah yang pertama dipimpin oleh Saad Bin Lubayd. Beliau tiba di Canton pada 630 M. Beliau telah menjalankan aktiviti dakwah di Chuan Chow, Chong Chow dan Canton. Pada ketika itu, sebuah masjid dibina di Canton iaitu Masjid Kwang Tah Se. Hubungan awal arab-china adalah bermula pada zaman Khalifah Uthman Bin Affan. Pada zaman tersebut, Maharaja Kao Tsung membantu Firuz Bin Yezdegird III (Raja Parsi) melancarkan serangan balas terhadap tentera Islam di Khurasan, tetapi akhirnya serangan balas telah gagal. Selepas itu, khalifah Uthman bercadangkan untuk mengirim perwakilan untuk menyebutkan bantahan. Cadangan tersebut telah diluluskan lalu hubungan diplomatik telah diadakan. Semasa zaman Khalifah al-Walid Bin Abdul Malik, tentera Islam telah mara ke sebelah Barat negeri China dan memasuki Sinkiang dan Kansu. Utusan telah dihantar kepada Maharaja Hsuan Tsung dan utusan tersebut telah diterima. Selepas itu, aktiviti dakwah telah bermulanya disebarkan secara luas di China. Perkembangan Islam di China pada peringkat awal terdiri daripada pendatang Arab dan Parsi. Pedatang ini berkebanyakan berkahwin dengan wanita tempatan dan seterusnya berasimilasi dengan masyarakat tempatan. Pedatang orang Arab ini akan bertempatan di Chang Chow, Chuan Chow dan Kwang Chow (Canton). Pada dinasti Tang (618 - 905 M), sebanyak 37 utusan diterima dari kerajaan Islam. Pada 878 M, terdapat 120,000 orang asing dan kebanyakan orang asing yang berasal daripada Arab yang beragama Islam. Orang Arab telah dikenali sebagai Hui Hui atau Ta-Shih oleh orang China pada zaman itu. Pada dinasti Sung (960 - 1279 M), aktiviti perdagangan Arab dengan China semakin meluas. Pedagang asing ini dibenarkan membuat perkampungan sendiri dan menjalankan perdagangan secara bebas untuk manarik ramai pedagang Islam. Keadaan ini telah memesatkan lagi penyebaran agama Islam di China. Pada dinasti Yuan (1127 - 1368 M) pula, para ilmuan dari Asia Barat telah dibawa masuk ke China untuk berkhidmat sebagai pentadbir, pakar kewangan, arkitek, ahli sains dan sebagainya. Semasa Kublai Khan mempunyai sebanyak 12 orang panglima beragama Islam. Abdul Rahman merupakan salah seorang pentadbir dinasti Yuan yang beragama Islam yang menjadi Ketua Pemungut Cukai dan mengendalikan urusan kewangan negara. Syeid Ajall berasal dari Bukham telah menjadi Menteri Kewangan pada tahun 1259. Gabenor Yunnan telah digantikan oleh anaknya iaitu Nasruddin kemudiannya. Alauddin al-Mufari dan Ismail as-Syam mempunyai kemahiran dalam mambuat senjata meriam. Oleh itu, Alauddin telah menjadi Wakil Panglima dan Ismail menjadi Ketua Penyelia Kilang Meriam. Jamaludin merupakan tokoh sains dan astronomi Islam. Beliau telah mencipta Wan-nien-li iaitu calendar Cina. Mengikut Ibn Battutah, setiap perkampungan Islam di China ada masjid. Di Canton, jumlah orang Islam besar iaitu terdiri daripada Arab, India, Parsi dan di sini juga terdapat Kadi dan Mufti. Di sini juga terdapat institusi pengajian agama. Contohnya adalah Zawiyah di pinggir Canton dan Chang-an dan juga Ulama besar Fuqaha-al-Mu'azzam Maulana Qawamuddin al-Sibti. Dinasti Ming (1368 - 1644 M) merupakan dinasti Islam yang paling terkenal di China dan ia ditadbir oleh orang China yang beragama Islam. Terdapat pandangan juga bahawa Dinasti Ming mengamalkan agama Buddha dan Taoism pada dinasti ini. Maharaja pertama pada dinasti ini merupakan Chu Yuan Chang yang dikenali sebagai Maharaja Huang Chu. Baginda dikatakan membentuk jawatankuasa tentera yang dianggotai oleh orang Islam dan mendirikan sebuah masjid jamik di Nanking. Baginda pernah menghasilkan sebuah puisi memuji Nabi Muhammad dan keagungan Islam dan sajak itu dipahat pada dinding masjid yang dibinanya. Perkembangan Islam di China telah menyampai ke kemuncak pada masa ini. Buktinya adalah Nanking sahaja sudah terdapat 36 buah masjid. Tokoh China yang beragama Islam adalah seperti Ma Cha-Yehe, seorang ahli astronomi, Laksamana Cheng Ho dan sebagainya. Pada dinasti ini, tembikar China yang masyhur, Ming-Ts'ing dan Kang-Ts'ing merupakan hasil ciptaan orang Islam Yunnan. Mereka dipanggil oleh orang tempatan sebagai Han Hui. Beberapa buah madrasah dan universiti juga telah ditubuhkan. Pada dinasti Ching (1644 - 1911 M), kerajaan ini memusuhi orang Islam, khususnya yang berketurunan bukan China. Justeru itu, banyak pemberontakan berlaku seperti di Sin Kiang, Kan Su, Yunnan dan Shensi yang telah menyebabkan 11 juta orang Islam terkorban. Secara umumnya, kebanyakan orang China juga memegang agama Islam yang dikenali sebagai Han Hui. Islam mula bertapak di negara China pada abad ke-7 M dan masih berterus sehingga kini. Hal ini dapat dibuktikan melalui pembinaan masjid yang banyak di negara China.

3.0PENUTUPSecara umumnya, peningkatan tamadun merujuk pada kemampuan manusia menggunakan pemikiran mereka mengawal dan menggunakan sepenuhnya alam persekitaran untuk membentuk kehidupan yang lebih maju dan kompleks. Peningkatan itu berkait secara langsung dengan kemahiran menghasilkan idea-idea baru dalam memajukan dan meningkatkan cara hidup. Dalam proses perkembangan tamadun Cina, didapati bahawa tamadun Cina juga dipengaruhi oleh interaksi oleh pelbagai tamadun. Antara contohnya, tamadun Cina bersifat terbuka serta bertolak ansur sebagaimana yang terdapat dalam tamadun India. Di samping itu, sistem etika tamadun Cina berasaskan keluarga dan mengutamakan amalan baik hati sejak zaman purba. Keharmonian dalam hubungan antara individu serta alam sekitar adalah dipentingkan. Hal Ini adalah dipengaruhi oleh ajaran Konfusianisme. Ajaran ini banyak memupuk budaya penyayang dan pembangunan masyarakat yang beretika, liberal serta bebas dari segi agama dan budaya. Selain itu, ajaran ini juga dilaksanakan dengan ketat dalam rumah tangga. Sebagai anak, kita haruslah sentiasa menghormati orang yang lebih tua daripada kita. Konsep pemujaan alam sekitar ini telahpun diterapkan oleh tamadun Cina dari segi pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Masalah alam sekitar ini menjadi masalah yang runcing dan memerlukan kerjasama sedunia. Secara asasnya, manusia perlu mengamalkan hubungan yang harmoni anatara manusia dengan alam sekitar. Mengikut ajaran Konfusianisme, Taosime dalam tamadun Cina, mausia berkedudukan setaraf dengan alam sekitar. Maka, kita sebagai penghuni bumi, haruslah rajin memahami prinsip alam semesta supaya tercapai suatu keadaan yang dikenali sebgai kesatuan tian, di dan manusia. Walaubagaimanapun, usaha ini perlu dipergiatkan oleh tindakan manusia agar alam ini sentiasa dijaga.Selepas perbincangan yang panjang dan lebar, kita boleh difahami bahawa tekanan asas tamadun Cina merupakan humanisme dan moralisme. Ia ditunjukkan dalam kepercayaan dalam kalangan masyarakat Cina ialah The Grand Unity atau datung yang merujuk kepada satu pencapaian yang paling sempurna atau utopia. Tekanan ini telah banyak mempengaruhi banyak tamadun dan juga telah berkembang sehingga sekarang. Sehubungan dengan itu, dalam bidang ekonomi, sikap keadilan dan berpatutan merupakan dua nilai yang penting. Kedua-dua nilai pengaihan kekayaan adalah salah satu idea dalam The Grang Unity. Selain itu, terdapat banyak nilai dalam Tamadun Cina patut ditekankan dalam aktiviti ekonomi. Antara contohnya kerajinan, berjimat cermat serta teori organisasi. Peniaga juga boleh mrujuk kepada Falsafah Perang Sun Tzu.Secara kesimpulannya, tamadun Cina telah memantapkan pelbagai aspek dalam tamadun Malaysia serta tamadun dunia yang lain. Maka, interaksi antara tamadun adalah amat efektif kerana membawa perkembangan antara tamadun dan semua tamadun bersama maju ke arah yang lebih tinggi.

4.0 SLIDE PEMBENTANGAN

5.0PENULISAN REFLEKSISaya Ang Keh Chuon, telah menjalankan tugasan Tamadun Islam dan Tamadun Asia (WAJ 3012). Tugasan ini merupakan satu cabaran baru kepada saya. Walau bagaimanapun, saya tetap perlu menjalankan tugasan saya. Untuk menyiapkan tugasan saya, saya cuma dapat berdasarkan pengetahuan yang saya perolehi daripada pensyarah semasa kuliah, dan juga berdasarkan bimbingan pensyarah bagi kursus ini, iaitu En. Kamarulzaman Bin Ideres.Selain itu, banyak kekangan yang saya lalui semasa menyiapkan tugasan ini, antaranya adalah kekurangan maklumat dengan Kursus Wacana Penulisan. Untuk menyelesaikan masalah ini, saya telah menggunakan kemudahan Teknologi maklumat dan komunikasi untuk mencari maklumat tentang semua tajuk yang terdapat di dalam pro forma supaya dapat memambahkan ilmu pengetahuan saya. Malangnya, saya telah menghadapi masalah kelajuan talian internet, semasa saya mencari maklumat di laman web, saya menghadapi masalah kelajuan talian internet yang sangat lambat. Oleh yang demikian, saya telah berubah masa pencarian maklumat saya iaitu bertukar kepada tengah malam. Hal ini kerana pada tengah malam kelajuan talian internet lebih laju.Untuk memperkukuhkan pengetahuan saya, saya juga pergi perpustakaan untuk mencari buku yang berkaitan dengan tugasan saya iaitu buku yang mengandungi topik yang terdapat dalam Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Disebabkan tugasan ini, saya mendapati perpustakaan mempunyai banyak buku tentang tajuk dalam Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia dan saya tidak pernah nampak dan rujuk sebelum ini. Dengan menyiapkan tugasan ini, ia memberikan saya satu dimensi baru mengenai Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (WAJ 3012). Ia telah mendedahkan kepada saya tentang isi kandungan yang terdapat dalam tajuk Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Melalui tugasan ini, saya telah dapat menjelaskan tentang latar belakang kebudayaan, pemikiran dan sejarah kemajuan tamadun bangsa-bangsa di dunia seperti Tamadun China. Dalam proses globalisasi ini, wujud masalah-masalah dalam zaman informasi. Walaupun banyak kemajuan yang telah dicapai dalam zaman moden ini, namun manusia masih menghadapi masalah-masalah yang berkesinambungan semenjak dahulu dan baru yang lebih mencabar. Antara masalah-masalah tersebut ialah pertama, pembangunan ekonomi dan kebendaan jauh lebih pesat berbanding dengan pembangunan kerohanian. Kedua, oleh sebab pengagihan kekayaan yang tidak seimbang, sebilangan besar manusia masih menghadapi masalah- masalah akibat kemiskinan dan kemunduran. Ketiga, institusi keluarga dan perkahwinan menjadi semakin lemah atau longgar kerana diserap oleh unsur- unsur negative modenisasi, mengakibatkan kemerosotan ketenteraman sosial dan keruntuhan akhlak di kalangan sesetengah masyarakat moden. Dan keempat, akibat eksploitasi sumber alam secara besar-besaran, pencemaran alam sekitar dan gangguan keseimbangan ekologi akan mengancam kehidupan manusia. Masalah-masalah tersebut disebabkan oleh kemerosotan akhlak dan kelemahan manusia sendiri, seperti kecenderungan kepada amalan rasuah, sifat mementingkan nafsu, sifat mementingkan diri dan sikap materialistik. Justeru itu, dimensi moral dan etika adalah penting dan harus diambil kira demi mengatasi masalah-masalah ini.Dalam bidang politik, nilai utama yang diberikan tumpuan ialah integrasi nasional (perpaduan nasional). Selain itu, yang ditekankan ialah mengenai ideal demokrasi (khasnya kematangan, kemuafakatan, komuniti sebagai tumpuan), keamanan dan keharmonian, keadilan dan dedikasi terhadap negara. Tamadun Cina yang berasaskan humanisme dan moralisme memang menekankan keharmonian, kesederhanaan, keadilan, ketaatan dan ideal-ideal demokrasi seperti yang terkandung dalam The Grand Unity sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini. Dalam bidang sosial, yang diidamkan ialah sebuah masyarakat bermoral dan beretika, berkebudayaan penyayang, bersifat terbuka dan toleransi, bersifat bebas untuk mengamalkan tradisi budaya dan ajaran agama, bersifat saintifik dan progresif, dan berasaskan institusi keluarga yang kukuh. Sebagai mana yang telah dibincangkan sebelum ini, tamadun Cina dalam proses perkembangannya telah menerima banyak pengaruh agama dan kebudayaan asing kesan daripada interaksi dengan tamadun lain. Tamadun Cina memang bersifat terbuka dan bertolak ansur. Selain itu, sistem etika Cina sejak zaman purba berasaskan keluarga semata-mata dan mengutamakan kebaikan hati serta keharmonian dalam hubungan antara sebarang entiti (individu, kelompok, alam). Oleh itu, ajaran Konfusianisme telah memberi banyak implikasi bagi pemupukan kebudayaan penyayang dan pembangunan masyarakat yang beretika, liberal dan bebas dari segi agama dan budaya. Dalam bidang pemeliharaan alam sekitar, isu ini menjadi semakin runcing dan memerlukan persetujuan konsepsi dan kerjasama di peringkat sedunia. Secara asasnya, manusia perlu merujuk kepada tradisi yang menekankan serta mengamalkan hubungan harmoni antara manusia dengan alam semulajadi. Sehubungan ini, tamadun harus berdialog antara satu dengan yang lain supaya mencapai satu konsepsi yang rasional mengenai alam, kaitannya dengan manusia dan kewajipan manusia bagi mengatasi kemerosotan mutu alam sekitar. Mengikut ajaran sama ada Konfusianisme, atau Taoisme dalam tamadun Cina, manusia berkedudukan setaraf dengan alam, maka manusia harus berusaha memahami prinsip-prinsip alam semesta (tian) supaya tercapai satu keadaan yang dikenali sebagai "kesatuan tian dengan manusia". Fahaman mengenai alam dan keadaan kesatuan ini adalah bersifat transendensi dan bukan empirik. Walau apapun, keharmonian yang tertinggi darjahnya harus diusahakan dalam hubungan manusia dengan alam semesta.

6.0BIBLIOGRAFI

Azhar Hj. Mad Aros. (2004). Tamadun Islam Dan Tamadun Asia. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.Azhar Md Aros, Dr. Ahmad Zaki Haji Latiff, Prof. Madya Azam Hamzah. (2009). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Shah Alam: Oxford University Press.Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Buku Teks Sejarah Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Sazelin Arif. (2007). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Shah Alam: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. Shameel Iskandar. (2012). Tembok Besar China : Binaan Hebat Sepanjang Zaman. Muat turun pada 10 Ogos 2014, dari http://www.bicaradariaku.com/2012/09/tembok-besar-china-binaan-hebat.html.

7.0LAMPIRAN

6