6
Konvensyen Munsyi Dewan 2008 Munsyi Dewan-Duta DBP oleh Abdul Ghalib Yunus KUALA LUMPUR, 20 APRIL- Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menganjurkan Konvensyen Munsyi Dewan IV selama 4 hari bermula pada 18 hingga 21 April 2008. Konvensyen ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj. Zulkifli b. Wazir, Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Beliau mewakili Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, YB Dato` Razali bin Ismail. Konvensyen ini diadakan di Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur. Konvensyen ini disertai oleh 187 orang Munsyi Dewan (MD) dari seluruh negara. Sejak tahun 1995 hingga 2008, DBP telah mentauliahi sejumlah 187 orang MD, termasuk sejumlah 30 orang MD yang ditauliahi pada tahun 2008 ini. Tujuan utama konvensyen yang berkonsepkan "Munsyi untuk Munsyi" ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kepakaran MD dalam aspek tatabahasa. Melalui konvensyen ini juga, pihak DBP dapat meningkatkan kepekaan MD tentang masalah bahasa yang timbul dalam pengajaran, termasuk dalam sektor perkhidmatan awam. Melalui konvensyen ini juga, MD dapat berkongsi idea baharu. Majlis perkongsian ilmu ini juga bertujuan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dalam sektor pendidikan khususnya, dan perkhidmatan awam amnya. Secara tidak langsung, konvensyen ini juga dapat mempertemukan MD dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak bagi mempererat hubungan slaturahim antara mereka. Dalam konvensyen ini, pihak DBP telah mengadakan Majlis Pentauliahan Munsyi Dewan FASA V. Pada kali ini, sejumlah 30 orang Munsyi Dewan telah dilantik. Dalam ucapan perasmian beliau, Tuan Hj. Zulkifli b. Wazir mengucapkan syabas dan tahniah kepada DBP atas pelantikan dan pentauliahan MD. Melalui usaha ini, MD dapat membantu DBP untuk merancang dan melaksanakan pelbagai program kebahasaan di peringkat negeri. Beliau berkata, sebagai wakil DBP, MD dapat menjalankan peranan untuk memasyarakatkan bahasa Melayu.

CIRI 1 Konvensyen Munsyi Dewan 2008

  • Upload
    minjiew

  • View
    242

  • Download
    6

Embed Size (px)

Citation preview

Konvensyen Munsyi Dewan 2008

Konvensyen Munsyi Dewan 2008

Munsyi Dewan-Duta DBP

oleh Abdul Ghalib Yunus

KUALA LUMPUR, 20 APRIL- Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menganjurkan Konvensyen Munsyi Dewan IV selama 4 hari bermula pada 18 hingga 21 April 2008. Konvensyen ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj. Zulkifli b. Wazir, Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Beliau mewakili Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, YB Dato` Razali bin Ismail. Konvensyen ini diadakan di Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur. Konvensyen ini disertai oleh 187 orang Munsyi Dewan (MD) dari seluruh negara. Sejak tahun 1995 hingga 2008, DBP telah mentauliahi sejumlah 187 orang MD, termasuk sejumlah 30 orang MD yang ditauliahi pada tahun 2008 ini.

Tujuan utama konvensyen yang berkonsepkan "Munsyi untuk Munsyi" ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kepakaran MD dalam aspek tatabahasa. Melalui konvensyen ini juga, pihak DBP dapat meningkatkan kepekaan MD tentang masalah bahasa yang timbul dalam pengajaran, termasuk dalam sektor perkhidmatan awam. Melalui konvensyen ini juga, MD dapat berkongsi idea baharu. Majlis perkongsian ilmu ini juga bertujuan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dalam sektor pendidikan khususnya, dan perkhidmatan awam amnya. Secara tidak langsung, konvensyen ini juga dapat mempertemukan MD dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak bagi mempererat hubungan slaturahim antara mereka.

Dalam konvensyen ini, pihak DBP telah mengadakan Majlis Pentauliahan Munsyi Dewan FASA V. Pada kali ini, sejumlah 30 orang Munsyi Dewan telah dilantik. Dalam ucapan perasmian beliau, Tuan Hj. Zulkifli b. Wazir mengucapkan syabas dan tahniah kepada DBP atas pelantikan dan pentauliahan MD. Melalui usaha ini, MD dapat membantu DBP untuk merancang dan melaksanakan pelbagai program kebahasaan di peringkat negeri. Beliau berkata, sebagai wakil DBP, MD dapat menjalankan peranan untuk memasyarakatkan bahasa Melayu. Kata beliau lagi, imej MD ialah imej DBP dan imej KPM. Beliau juga menegaskan bahawa KPM berharap agar lebih banyak guru dilantik sebagai MD. Sebagai MD pula, mereka hendaklah proaktif, berwibawa dan meningkatkan profesionalisme masing-masing.

Beliau menyatakan bahawa bahasa Melayu pada zaman globalisasi ini menghadapi pelbagai cabaran dalam bidang pendidikan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), dan sebagainya. Sekarang ini, kata beliau, bahasa Melayu dipengaruhi oleh penggunaan bahasa rojak, bahasa SMS, bahasa slanga, dan sebagainya yang mampu menggugat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Beliau berkata, kita tidak mahu bahasa Melayu menjadi seperti bahasa Hawaii yang telah lenyap. Oleh itu, beliau menyeru DBP untuk memainkan peranan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Dalam hal ini, perana MD amat diperlukan untuk membantu usaha DBP ini.

Dalam ucapan alu-aluan sebelum itu, Y Bhg Prof Dato` Dr Firdaus Abdullah menyatakan bahawa MD yang diiktiraf sebagai DUTA DBP perlu melaksanakan amanah dan kepercayaan yang diberikan dengan sebaik-baik yang mungkin. Hal ini demikian kerana gerak-geri mereka sentiasa diperhatikan oleh khalayak. Sebagai MD, mereka sentiasa berjuang bersama-sama DBP untuk mempertahankan setiap langkah dan dasar yang diperjuangkan oleh DBP.

Dalam perjuangan untuk membina Negara Bangsa yang merupakan teras pertama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), serta untuk menghadapi cabaran bagi memartabatkan bahasa Melayu dan mengangkasakan bahasa Melayu yang ulung pada masa depan, MD sewajarnya berdiri teguh bersama-sama DBP dalam mengharungi apa-apa juga badai yang akan melanda.

Walaupun DBP telah memberikan pelbagai latihan dan pengiktirafan bagi meningkatkan perkhidmatan MD secara berkesan dan menyeluruh, khususnya dalam sektor pendidikan, MD menghadapi beberapa kekangan terutamanya dari segi pengiktirafan sebagai pakar bahasa dan pakar rujuk di sekolah berkenaan atau sekolah di sekitarnya. Kesukaran untuk mendapat pelepasan atau kurang kerjasama daripada pentadbir juga merumitkan masalah tersebut. Dalam hal ini, beliau menyeru pihak Kementerian Pelajaran, khususnya Bahagian Sekolah membantu DBP untuk menyelesaikan masalah ini.

Pengarah Jabatan Bahasa DBP, Y Bhg Puan Hajah Noresah Baharom pula telah membentangkan Kertas Dasar Konvensyen yang bertemakan Pemerkasaan Bahasa Melayu dan Peranan MD. Menurut beliau, MD berperanan penting untuk membantu usaha-usaha DBP bagi memartabatkan bahasa Melayu. Usaha ini amat penting untuk mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa yang besar, bahasa Melayu yang perkasa, bahasa Melayu sebagai bahasa supranasional dan seterusnya bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi ASEAN. Sebagai MD, beliau berharap agar MD dapat berperanan sebagai pendidik, penceramah, pencetus idea, penyelesai masalah kebahasaan, penulis, penilai, pemantau, dan banyak lagi.

Encik Nawi bin Ismail daripada SM Teknik, Kuala Terengganu menyatakan bahawa konvensyen yang diadakan selama empat hari ini memberikan peluang kepada para MD untuk meningkatkan pengetahuan tentang bahasa. Dalam konvensyen ini, hasil perkongsian maklumat antara MD, pengetahuan masing-masing dari segi pengajaran dan pembelajaran bahasa dapat ditingkatkan. Selain itu, MD juga memperoleh pengetahuan yang terkini hasil daripada dapatan kajian yang dibentangkan oleh rakan MD. Maklumat dan ilmu yang diperoleh daripada konvensyen ini penting kerana MD perlu memiliki pelbagai kepakaran. Oleh itu, MD yang dilantik oleh DBP terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti guru, pensyarah, pegawai kementerian, jemaah nazir, pegawai Lembaga Peperiksaan, penterjemah, dan sebagainya. Menerusi konvensyen ini, kami dapat bertukar-tukar maklumat dan pandangan tentang pelbagai perkara yang berkaitan dengan usaha untuk memperkasakan bahasa Melayu, kata beliau.

Mohd Isha Awang daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) pula menyatakan bahawa sebagai MD, beliau akan memberikan khidmat nasihat bahasa kepada kakitangan dan pegawai akademik UUM. Dalam hal ini, beliau akan mengadakan kerjasama antara UUM dengan pihak DBP Wilayah Utara untuk mengembangkan aspek bahasa Melayu. Menurut beliau lagi, di UUM, pelajar asing mengambil kertas bahasa Melayu sebagai bahasa wajib. Jadi, menurut beliau, peranan MD untuk menyebarluaskan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan warga kampus akan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Munsyi Dewan daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), Encik Adzman bin Talib menjelaskan bahawa peranan beliau di Lembaga Peperiksaan ialah melahirkan kepakaran dalaman untuk mempertingkatkan kualiti bahan peperiksaan seperti dokumen rasmi, instrumen pentaksiran, edaran berkala seperti bahan cetak atau elektronik dan sebagainya. Selain itu, MD LPM sentiasa berusaha untuk mempererat hubungan dua hala antara LPM dengan DBP dan LPM dengan pakar bahasa dalam kalangan MD bagi memperoleh maklumat terkini tentang perkembangan bahasa Melayu. Selain itu, MD akan menyertai pelbagai medan perbincangan secara ilmiah tentang perkara yang berkaitan dengan pelbagai isu kebahasaan dalam kalangan MD untuk mempertingkatkan kewibawaan LPM. Melalui pelbagai aktiviti kebahasaan seperti konvensyen, seminar, bengkel dan sebagainya, MD LPM akan memperoleh pelbagai input dan maklumat langsung tentang isu-isu yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah terutamanya untuk menghasilkan instrumen pentaksiran yang berkualiti dan berwibawa.

Encik Mohammad Musip daripada Institut Perguruan Melayu Melaka (IPPM) pula menyatakan bahawa MD di IPPM berperanan sebagai pakar rujuk bahasa bagi kajian dan penyelidikan. Selain itu, MD berperanan sebagai penyunting pelbagai penerbitan dan juga penggerak aktiviti kebahasaan dan kesusasteraan seperti sambutan Bulan Bahasa pada setiap tahun. MD juga bertugas sebagai panel penyunting penggubalan soalan peperiksaan dan menguar-uarkan pelbagai bentuk bahasa yang betul melalui buletin papan kenyataan.

Sebagai MD Bahagian Matrikulasi KPM, Encik Kamal Shukri Abdullah Sani menyatakan bahawa beliau berperanan sebagai pakar rujuk bahasa tentang penggunaan bahasa yang betul dalam pelbagai bentuk penulisan. Bagi Juneta bt. Zawawi, MD yang berkecimpung aktif dalam bidang penterjemahan, menyatakan bahawa peranan beliau ialah menterjemahkan buku panduan, dan prosedur untuk kegunaan dan rujukan sesetengah agensi kerajaan. Dalam hal ini, beliau akan memastikan terjemahan yang dibuat menepati tatabahasa yang baku dan makna yang tepat. Dengan berlatarbelakangkan ilmu kejuruteraan, beliau lebih memberikan tumpuan untuk menterjemahkan bahan yang banyak mempunyai istilah yang bersifat teknikal.

Menurut Encik Othman bin Ismail, Ketua Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, DBP, penganjuran Konvensyen pada kali ini telah berjaya mencapai objektifnya. Sejumlah 14 kertas kerja dan 3 kertas Iringan telah dibentangkan oleh MD. Selain itu, ceramah bahasa tentang isu-isu bahasa terkini telah disampaikan oleh Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim. Antara isu yang diutarakan oleh pakar bahasa ini ialah isu tentang status bahasa Melayu, nama untuk bahasa Melayu sama ada bahasa Melayu atau bahasa Malaysia, isu penguasaan bahasa oleh masyarakat Malaysia, dan isu-isu yang berkaitan dengan tatabahasa bahasa Melayu. Untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan MD menyampaikan ceramah, Prof. Madya Dr. Abdul Muati @ Zamri Ahmad telah `menyampaikan ceramah motivasi yang amat berkesan dan menarik. Beliau berharap agar segala ilmu dan maklumat yang diperoleh oleh MD semasa konvensyen ini dapat dimanfaatkan bagi memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Posted by agy7500 at 5:24 AM 0 comments

Monday, April 14, 2008

Tugasan Karangan untuk 3 Cengal-Tema- Gejala Sosial

Cikgu faham bahawa anda semua sibuk dan terpaksa bersedia untuk menghadapi sukantara pula. Walaupun sibuk, pelajaran jangan dilupakan. Tugasan yang diberikan perlu disempurnakan. Cikgu menasihati anda semua supaya karangan yang ditulis itu ditaip dengan komputer dan disimpan dalam satu folder. Mengapa? Hal ini demikian kerana cikgu mahu anda semua menggunakan teknik transformasi untuk mengubah karangan itu daripada karangan berformat umum (Fakta,pendapat, Huraian) kepada karangan berformat rencana, surat kiriman rasmi, syarahan dan seterusnya karangan berformat wawancara. JIka anda tidak menaip karangan tersebut dengan menggunakan komputer, anda akan menghadapi masalah kerana terpaksa menulis karangan yang sama dalam bentuk format yang berbeza. Cikgu berharap agar anda semua dapat menggunakan teknik salin, ubah dan tampal. Harap maklum.

Posted by agy7500 at 3:56 AM 0 comments