Upload
zi-yan
View
338
Download
10
Embed Size (px)
Citation preview
Ciri-ciri Muzik Ghazal
Lagu –lagu di Malaysia
Lagu-lagu berirama langgam
Lagu-lagu berirama asli
Seni Ghazal
• Lagu-Iagu berirama ghazal adalah lagu-Iagu Melayu asli.
• Lagu-Iagu Melayu berirama ghazal diiringi oleh muzik khas yang dinamakan Muzik atau Pancaragam Ghazal.
• Lagu-Iagu Melayu asli yang terkenal seperti lagu-Iagu Seri Mersing, Siti Payung dan banyak lagi, berbeza gaya atau iramanya jikalau didendangkan mengikut rentak asli dibandingkan dengan cara irama ghazal.
• Gaya dan corak yang nyata dalam permainan Seni Ghazal ialah pada ciri-ciri bentuk dan gaya persembahannya.
• Seni Ghazal mengandungi unsur-unsur muzik dan nyanyian cara Hindustan.
• Seni ghazal terdapat dua jenis permainan muzik dan corak lagu yang berbeza.
• Seni Ghazal yang diiktiraf sebagai suatu permainan muzik yang tersendiri ialah yang memainkan lagu-lagu Melayu asli.
• Jenis yang satu lagi lebih dikenali dengan namanya Ghazal Parti.
• Muzik ghazal jenis yang kedua ini terdapat di daerah utara Pantai Barat Semenanjung iaitu di Kepala Batas, Pulau Pinang dan terdapat juga di Kedah.
• Pancaragam ini lazimnya membawakan lagu-Iagu berirama Padang Pasir.
• Permainan pancaragam berirama ghazal ialah Seni Ghazal yang berkembang di Johor Darul Ta'azim.
• la merupakan suatu ciri kesenian daerah yang paling utama di negeri tersebut. Boleh dikatakan setiap daerah dinegeri Johor mempunyai kumpulan ghazal, bahkan ada daerah yang mempunyai beberapa buah kumpulan ghazal.
• Allahyarham Tuan Haji Musayang (Pak Lomak ) dianggap oleh peminat-peminat ghazal dan masyarakat umum di Johor sebagai tokoh utama atau bapa ghazal di negeri itu.
• Allahyarham Tuan Haji Musayang (Pak Lomak ) dianggap oleh peminat-peminat ghazal dan masyarakat umum di Johor sebagai tokoh utama atau bapa ghazal di negeri itu.
• Menurut Allahyarham Pak Lomak, permainan ghazal Melayu adalah suatu cara permainan bunyi-bunyian dan nyanyian sebagai hiburan di dalam kesenian Melayu yang ditiru menurut cara orang Hindustan. Dalam bahasa Hindustan permainan ghazal disebut Gamat.
• Pancaragam Gamat menggunakan empat jenis alat bunyian iaitu
i) Syaringgi - Rupanya seperti tongkang kayu,
bertali tiga, dimainkan dengan digesek dengan penggeseknya.
ii) Sitar - Berupa seperti buah labu, diberi
berbatang panjang,talinya tujuh dipetik dengan pemetiknya.
iii) Harmonium - serupa dengan harmonium yang
digunakan dalam pancaragam ghazal
iv) Tabla
• Gamat dalam kesenian Hindustan di India pada masa dahulu selalu diadakan dimajlis-majlis yang besar-besar lagi terhormat.
• Seorang penyanyi perempuan yang handal dan terkenal biasa dibayar hingga seribu rupiah pada satu malam kerana menyanyi dalam permainan Gamat.
• Gamat juga dimainkan dalam upacara-upacara ibadat mengikut kepercayaan agama mereka.
• Pada peringkat awalnya Seni Ghazal dalam kesenian Melayu di Johor hanya menggunakan dua jenis alat muzik yang digunakan dalam permainan Gamat iaitu harmonium dan tabla.
• Alat syaringgi digantikan -> biola
• Sitar digantikan -> gambus.
• Dalam perkembangan seterusnya, pancaragam ghazal ditambah dengan gitar dan satu dua alat muzik yang lain.
• Tentang lagu-Iagu yang dibawa oleh pancaragam ghazal jelas dipengaruhi oleh irama lagu-Iagu Hindustan.
• Bahasa yang digunakan dalam nyanyian adalah mengikut loghat Johor-Riau.
• Seni katalagu pada umumnya ialah pantun dan ada juga digunakan syair terutamanya apabila membawakan lagu-Iagu yang rancak.
• Lagu-Iagu yang dimainkan oleh pancaragam ghazal bukannya lagu-Iagu Melayu asli sahaja.
• Ia memainkan juga lagu-lagu berirama yang lain seperti irama joget, zapin, masri dan sebagainya.
• Pendeknya pancaragam ghazal boleh membawakan sebarang jenis dan rentak lagu seperti irama yang lemah gemalai, lembut merayu, rancak dan sebagainya.
• Meskipun Seni Ghazal merupakan kesenian daerah namun peranan jasanya dalam perkembangan lagu-Iagu Melayu asli dan juga puisi pantun tidaklah kecil.
• Banyak lagu-Iagu Melayu asli yang terkenal seperti lagu-Iagu Seri Mersing, Gunung Banang, Gunung Panti, Seri Banang, Seri Mahligai, Pak Ngah Balik dan lain-lain lagi adalah hasil ciptaan ahli-ahli Seni Ghazal.
• Bagaimanapun menyanyikan lagu-Iagu Melayu asli termasuk berirama ghazal boleh digunakan sebarang pantun, ertinya tidak mesti menggunakan pantun yang telah dikarang khas untuk lagu yang berkenaan. Beratus-ratus pantun yang baik mutunya telah dikarang oleh ahli-ahli seni ghazal terutama para penyanyinya.
• Pancaragam Ghazal memainkan juga lagu-Iagu rancak atau yang berirama sederhana.
• Peminat-peminat Seni Ghazal pada umumnya adalah terdiri golongan dewasa dan orang tua-tua.
• Namun demikian, sedikit demi sedikit masyarakat kita di merata tempat di Malaysia ada yang tertarik dengan lagu-Iagu ini jikalau lagu-lagu itu dinyanyikan oleh penyanyi-penyanyi yang terkenal.
• Lagu-Iagu berirama ghazal sesuai dinyanyikan pada waktu malam dan akan lebih terasa keistimewaannya jikalau didendangkan di waktu larut malam. Pada ketika itu kalau dihayati dengan sungguh-sungguh akan dapat dirasakan keindahan irama seninya yang lembut dan beralun-alun itu.
• Kesan lagu-Iagu ini lebih dirasakan pada pantun-pantun yang dinyanyikan.
• Kumpulan-kumpulan Ghazal sering mengadakan persembahan mereka di majlis-majlis perkahwinan, di pesta-pesta keramaian, dalam temasya bersukaria dan sebagainya.
• Di negeri Johor Seni Ghazal dan juga permainan Kuda Kepang diiktiraf sebagai ciri-ciri kesenian negeri. Kedua-dua jenis kesenian ini jarang ditinggalkan apabila diadakan pesta atau temasya keramaian di peringkat daerah dan negeri.
• Alat-alat muzik ghazal kini telah bertambah. Ia terdiri daripada beberapa jenis iaitu :
HarmoniumTablaGitarGambusBiolaTamborinMarakassatu atau dua jenis alat lain.
• Bentuk atau susunan persembahannya:
(1) Persembahan lagu pengenalan kumpulan(2) Persembahan lagu-Iagu Melayu asli dan lain-lain lagusebagai selingan at au memenuhi permintaan pendengar(3) Lagu Penutup