Upload
nizam-ahmat
View
253
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
7/24/2019 Muzik Asia
1/25
MUZIK ASIAAlat Muzik Dari
Negeri China
Disediakan oleh: CINDY OH SIEW YAN
7/24/2019 Muzik Asia
2/25
PIPA
7/24/2019 Muzik Asia
3/25
BENTUK ALAT DAN PIC TALI PIPA
adalah sejenis alat bertali yang berbentuk seperti
buah pear .
mempunyai leher yang pendek.
Badannya diperbuat daripada kayu.
Bahagian belakangnya cembung manakalapermukaan dadanya mendatar.
Ia dihasilkan dengan menyambungkan papan
bunyi menggunakan kayu 'Wutong' kepada kayu
jati yang dipahat menghasilkan lubang cetek dan
dibentukkan seperti buah pear. Empat 'Pegs' dimasukkan. Dua 'Pegs' di setiap sisi
kepala Pipa biasanya dibentuk dan diukir
menyamai bentuk-bentuk makhluk mitos.
7/24/2019 Muzik Asia
4/25
FUNGSI
Pipa digunakan dalam orkestra untukmengiringi opera Cina; juga sebagai
alat solo atau mengiringi nyanyian.
7/24/2019 Muzik Asia
5/25
CARA BERMAIN
Cara bermain dengan memegang berdiri atas
pahu pemain. Tali-tali dipetik dengan hujung-
hujung jari dan kuku. Jari-jari tangan sebelah
lagi diletak pada tali-tali antara fretnya untuk
mengeluarkan berbagai pic bila tali-tali dipetik.
7/24/2019 Muzik Asia
6/25
REPERTOIRE PIPA
Repertoire klasikal dalam muzik Pipa dan sesetengah muzik
dramatik Cina boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu 'Wen'dan 'Wu'.
Istilah 'Wen' dan 'Wu' ini digunakan untuk memperihalkan
tentang suasana politikal semasa pemerintahan maharaja-
maharaja tertentu sama ada bersifat damai atau tenang (Wen)
ataupun 'warlike' (Wu).
Sebagai contoh, karya-karya 'Wu' boleh mengekspresikan tentang
tangisan para tentera yang cedera ketika berjuang seperti dalam
karya bertajuk 'Battle Cry'.
Ia juga boleh menceritakan tentang keoptimisan seperti dalamkarya bertajuk 'A Beautiful Day'. Karya-karya dalam kategori
'Wen' pula boleh memerihalkan tentang keindahan alam seperti
dalam karya 'The Hundred Birds Pay Homage To Their King', dan
juga boleh menceritakan tentang kesedihan dan kesunyian
seorang gadis yang cantik sepertidalam karya 'Zhao jun's Lament'.
7/24/2019 Muzik Asia
7/25
Di dalam muzik opera, 'Wen' menekankan
isyarat-isyarat yang lebih kecil dan muzik yang
lebih perlahan, lebih bersifat lirikal, dinamiknya
yang lebih lembut dan halus, serta karyanya
selalunya memerihalkan tentang cinta,kesedihan dan alam semula jadi.
'Wu' pula selalunya melibatkan akrobatik,
tekstur yang perkusif, lebih beritma dan
bertempo lebih laju, di mana ia selalunyamemerihalkan tentang adegan di medan perang
dan dimainkan dengan kuat menggunakan
pelbagai jenis teknik dan kesan bunyi.
7/24/2019 Muzik Asia
8/25
Disebabkan Pipa mempunyai renj dinamik yang
luas, maka kedua-dua mud atau kategori ini
boleh diekspresikan dengan tepat. Dalam
persembahan Pipa, ritma dan renj dinamik akan
membezakan karya-karya muzik 'Wen' dan 'Wu'ini.
Karya-karya dalam kategori 'Wen' lebih stabil
dan terkawal, manakala karya-karya dalam
kategori 'Wu' mempunyai tahap dinamik yanglebih tinggi melalui penggunaan teknik-teknik
tangan kanan yang lebih teknikal dan perkusif.
7/24/2019 Muzik Asia
9/25
REPERTOIRE
Contoh repertoire 'Wen' yang terkenal
adalah seperti 'White Snow In The Spring
Sunlight', 'Moonlit River In Spring', 'The
Hundred Birds pay Homage To TheirKing', 'Zhaojun's Lament', dan 'Night
Moon Over The Island'.
Manakala contoh repertoire 'Wu' yang
terkenal adalah seperti 'Ambushed FromTen Side', 'The Warlord Takes Off His
Armour', 'Battle Cry', 'A Beautiful Day'
dan 'A Thousand Victories.
7/24/2019 Muzik Asia
10/25
ALAT MUZIK SHENG
Sheng adalah sejenis alat muzik tiupan dalam
keluarga erofon.
Ia terdiri daripada beberapa buah paip buluh
vertikal yang digunakan dalam orkestra muziktradisional Cina.
Ia diperbuat daripada sejumlah paip buluh
berlidah getar yang diletakkan secara vertikal di
dalam labu kecil yang berbentuk sepertimangkuk.
Setiap paip buluh memiliki sebuah lubang untuk
dibuka dan ditutup.
7/24/2019 Muzik Asia
11/25
7/24/2019 Muzik Asia
12/25
Sheng merupakan salah satu instrumen muzik
Cina yang tertua. Menurut RobertDearling
(1996), dalam bukunya The Encyclopedia Of
Musical Instruments, instrumen Sheng ini telah
wujud seawal 2500 tahun yang lalu.Pada tahun1740 dan 1770, orang Eropah iaitu Johann Wilde
dan Pere Amiot telah pergi ke Tiongkok dan
membawa Sheng lalu mengadaptasikannya di
Eropah.
7/24/2019 Muzik Asia
13/25
Sheng bermaksud 'suara yangluhur (mulia)', dan nama alatmuzik Sheng ini sama dengansebutan perkataan Cina 'Sheng'yang bermakna timbul. Oleh itu,alat muzik ini dikaitkan dengantuah dan harapan yang baik.
7/24/2019 Muzik Asia
14/25
Sheng merupakan alat muzik yang
istimewa dan merupakan instrumen
penting dalam muzik upacara adat
istiadat istana.
Alat ini dimainkan untuk mengiringi
lagu-lagu rakyat, selain boleh dimainkan
secara solo atau di dalam opera Cina.
7/24/2019 Muzik Asia
15/25
Alat Sheng digunakan untuk mengiringi
permainan solo Suona atau Dizi dalam
pertunjukan opera 'Kunqu' dan beberapa jenis
muzik Opera Tiongkok yang lain.
Dalam orkestra simfoni moden Tiongkok, Sheng
dimainkan sebagai melodi ataupun iringan.
Warna tonnya yang lembut dapat
mengekspresikan lirik dengan baik.
7/24/2019 Muzik Asia
16/25
Sheng dikatakan instrumen yang unik dalam muzik
orkestra Cina kerana ia mampu memainkan sehingga
enam not secara serentak.
Ia biasanya dipanggil sebagai 'Organ Mulut Cina' olehorang-orang barat.
Sheng juga merupakan instrumen pertama di dunia yang
menggunakan sistem akustik berpasangan.
Selain dapat menghasilkan bunyi yang harmoni, Sheng
juga merupakan satu barang kraf yang bernilai. Bukan
sahaja dari segi rupa bentuknya malah juga falsafah dan
simbolik yang dibawa bersamanya.
7/24/2019 Muzik Asia
17/25
BENTUK ALAT MUZIK SHENG
Sheng terdiri daripada sekumpulan paip buluh
dengan kepanjangan berbeza yang
disambungkan kepada satu ruang angin (wind
chamber) yang diperbuat daripada logam dengan
pemipitnya yang pendek.
Setiap paip buluh tersebut mempunyai sebatang
paip yang diperbuat daripada tembaga bertujuan
untuk menghasilkan gema.
Setiap tiub paip juga mempunyai rid atau
pelidah bebas.
7/24/2019 Muzik Asia
18/25
CARA BERMAIN DAN REPERTOIRE SHENG
Alat muzik Sheng boleh dimainkan secara solo, sebagai
pelengkap atau sebagai alat muzik iringan dalam opera
dan nyanyian.
Melodi pada alat muzik Sheng ini dihasilkan dengan
cara menutup lubang-lubang jari yang berkenaan sambilsatu atau lebih paip buluh menghasilkan dron.
Alat ini dimainkan dengan cara meniup atau
menghembus angin melalui pemipit sambil menutup
lubang-lubang jari pada paip buluh.
Sheng menghasilkan bunyi daripada gabungan rid, paip
buluh dan juga getaran bebas oleh rid di dalam tiub.
7/24/2019 Muzik Asia
19/25
Terdapat beberapa teknik penglidahan dan teknik
penjarian yang digunakan dalam permainan alatmuzik Sheng ini untuk menghasilkan bunyi dan ton
yang baik dan sedap. Antara teknik penglidahan
dalam permainan Sheng adalah:
-Chu Huashe
Lidah digetarkan.
-Xi Huashe
Lidah digetarkan dengan cepat.
-Bao Huashe
Digunakan pada not-not tekanan.
7/24/2019 Muzik Asia
20/25
-Hu She
Udara dimampatkan daripada mulut dan dihembussepertimengeluarkan air daripada mulut.
-She Chanying
Seperti menyebut 'su'.
-Qu Qi
Seperti menyebut 'si sou'.
-Duo QiSeperti menyebut 'se ki'.
-Shui Tu
Double Tongue Marcato dan Double Tongue Legato.
7/24/2019 Muzik Asia
21/25
Teknik penjarian Sheng pula
merangkumi teknik-teknik seperti
glissando, trill, striking the notes,
'Duo Ying' (Not-not digetarkan), LiYing, dan teknik tiupan seperti
meniup panpipe, dan ia hanya pada
not d2, g2 dan c3.
7/24/2019 Muzik Asia
22/25
Muzik tradisional kebanyakannya dipelajaridengan kaedah hafalan dan hanya apabila perlu,
notasi muzik ditulis dalam bentuk 'Gongche'.
Malangnya, pada masa kini tidak ramai pemainSheng yang oleh membaca 'Gongche' meskipun
pemain profesional.
Kini, pemain Sheng dilatih untuk membacanotasi moden, dan juga tablatur yang
menggunakan nombor dan simbol lain untuk
menunjukkan pic dan irama.
7/24/2019 Muzik Asia
23/25
Apabila Sheng ditiup, proses kondensasi udara yangdihembus keluar menyebabkan gangguan intonasi dan
kadang-kadang boleh menyebabkan bunyi tidak
kedengaran.
Keadaan ini dapat diatasi dengan memanaskan alat inipada suhu melebihi suhu bilik sebelum ia dimainkan.
Pemain Sheng biasanya akan memanaskan Sheng pada
api arang sebelum dan semasa pertunjukan.
Pada zaman ini, ia dilakukan dengan menuang secawan
air panas ke dasar Sheng, iaitu ruang dalam yang
direka khas untuk mengatasi masalah tadi.
7/24/2019 Muzik Asia
24/25
REPERTOIRE
Contoh repertoire Sheng yang
terkenal ialah lagu 'The Phoenix
Soaring Into The Sky', 'Dance OfLusheng', 'Beautiful Flowers
Blossomed In Countryside', dan
banyak lagi.
7/24/2019 Muzik Asia
25/25
SEKIA,
!E"I#A KASI$