ckgu_noni_menggambar.docx

Embed Size (px)

Citation preview

1.0 PENGENALANMenurut Falsafah Pendidikan Negara (FPN), pendidikan harus memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani. Penglibatan pelajar dalam kegiatan seni akan memelihara aspek perasaan, kreativiti, nilai estetika, memperkembangkan kecerdasan mental, psikomotor dan nilai sosiolisasi[footnoteRef:2]. Seni dalam pendidikan dapat membantu perkembangan holistik bagi setiap insan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. [2: Zulkifli Yaakop, Mohd Jamal Ismail. (2007). HBEF1403. Seni Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd. ]

Sukatan pelajaran Pendidikan Seni KBSR telah pun memperlihatkan kemantapannya, arah dan konsepnya juga begitu jelas. Ini adalah bersesuaian dengan keperluan semasa di Malaysia, sebagai sebuah negara yang membangun, dengan kemajuan sosio-ekonomi yang semakin pesat dan kehidupan yang semakin kompleks Pendidikan Seni mampu memberi sumbangan yang besar kepada negara dalam pelbagai aspek. Menggambar adalah salah satu daripada empat bidang kegiatan yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR[footnoteRef:3]. [3: Iberahim Hassan. (2000). Kump. Esei Pilihan Pendidikan Seni dan Muzik. UPSI.]

Seni dalam Pendidikan mempunyai matlamat yang menarik untuk memberi peluang kepada pelajar menemui potensi diri melalui perkataan, objek, gambaran, bunyi dan gerakan dan visual mereka. Simbol yang digunakan untuk membuat ekspresi dalam aktivit-aktiviti seni akan membantu pelajar merasa, menyentuh, mendengar dan melihat secara langsung dunia mereka dengan cara tersendiri. Pelajar dapat meluahkan pandangan mereka dengan cara yang sama dengan apa yang dialami oleh orang lain.Pendidikan Seni Visual kini bukanlah sekadar semata-mata untuk pengayaan, ia juga perlu dianggap sebagai kemahiran asas setaraf dengan kemahiran menulis, membaca dan mengira. Peri mustahaknya tiga kemahiran itu kerana ianya melambangkan sistem yang membolehkan manusia berkongsi pengalaman. Dengan menguasai lambang-lambang tersebut segala bentuk ilmu dapat dinikmati bersama[footnoteRef:4]. Oleh itu peranan guru Pendidikan Seni Visual adalah sangat penting dalam mengembangkan kreativiti kanak-kanak dengan hasilan seni. [4: Al Hurwitz & Micheal day. (1995) Children and Their Art. New York : Harcourt Brace College Pub. Texas.]

2.0PERBINCANGAN UMUM2.1Peranan Guru Pendidikan Seni Visual Untuk Mengembangkan Kreativiti Kanak-kanak Dengan Hasilan Seni Kanak-kanakRamai tokoh-tokoh ilmuwan yang memberi pandangan menyokong bahawa aplikasi seni mampu mengembangkan kreativiti kanak-kanak. Ini seiring dengan pendapat Herbert Read iaitu Art is creative self expression dan Works of art express and communicative universal values.Oleh itu, guru Pendidikan Seni Visual memainkan peranan yang penting dalam usaha mengembangkan kreativiti kanak-kanak dengan hasilan seni kanak-kanak.Bidang menggambar boleh didefinisikan sebagai representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata. Ianya mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata. Bidang menggambar juga merupakan gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang[footnoteRef:5]. [5: Iberahim Hassan. (2000). Kump. Esei Pilihan Pendidikan Seni dan Muzik. UPSI.]

Bidang menggambar merupakan satu bidang cabang seni yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid melihat kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik.Bidang menggambar menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu hasil karya sebagai contoh lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, gosokan, resis, percikan dan mozek. Bidang menggambar juga meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat bahan dan kegunaannya. Bidang menggambar.membolehkan murid mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Ianya dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya[footnoteRef:6]. [6: Otto G.Ocvirk; Cayton. Art Fundamental. (1997). Mc Graw Hill: New York.]

Bidang menggambar juga menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran akan menjadi fokus. Ini amat bertepatan dengan pendapat Herbert Read iaitu Art is creative self expression dan Works of art express and communicative universal values.Guru memainkan peranan yang penting dalam mengembangkan kreativiti kanak-kanak melalui pelbagai aspek iaitu tema, bahan, teknik dan penilaian guru Pendidikan Seni Visual. A.TemaAktiviti menggambar boleh dijalankan untuk guru menilai dan menggalakkan perkembangan kreativiti kanak-kanak. Ini kerana aktiviti ini memberi peluang untuk kanak-kanak menyampaikan perasaan, karya, meluahkan emosi, dan kebolehan. Pada hakikatnyakanak-kanak suka berimaginasisecara semula jadi. Kanak-kanak dapat meluahkan perasaan gembira atau seronok melalui aktiviti menggambar. Aktiviti menggambar dapat membantu menggalakkan perkembangan emosi kanak-kanak. Antaranya semasa penyertaan kanak-kanak dalam aktiviti menggambar di dalam kelas, Dengan cara ini, mereka dapat meluahkan perasaan gembira yang ditunjukkan melalui ekspresi gambaran atau lakaran objek di atas kertas. Oleh itu, guru dapat menilai sejauh mana meningkatnya perkembangan kreativiti kanak-kanak dengan menetapkan sesuatu tema dan kanak-kanak akan menggambarkan tema tersebut melalui hasilan seni. Persekitaran fizikal yang direka oleh guru boleh menstimulasi minda kanak-kanak melalui penetapan tema dan dapat meningkatkan penyelesaian masalah secara kreatif. Sebagai rangsangan misalnya, guru boleh mempamerkan satu objek seperti bola dan bertanya, "Apakah corak boleh kita buat dengan bentuk ini?" Kanak-kanak akan menghabiskan imej mental pertama mereka dan mula mengembangkan idea-idea dari apa yang mereka lihat di persekitaran mereka. Melihat sekeliling ruangan kelas atau ruang bermain untuk isyarat adalah kaedah penyelesaian masalah kreatif. Persekitaran yang mempunyai pelbagai perkara baru akan membentuk kreativiti. Contohnya guru menunjukkan objek bunga dan memberikan soalan apakah corak yang boleh kita buat melalui objek ini?. Rangsangan melalui proses penyoalan akan menggalakkan daya fikir mereka dan dengan bantuan contoh-contoh relevan yang boleh menwujudkan ide baru dan mengukuhkan pengetahuan budaya kanak-kanak seterusnya membantu mereka menghasilkan corak dan imej kreatif.Sebagai contoh, guru mencadangkan tema Bebas kepada kanak-kanak yang berusia 7 tahun. Berdasarkan lukisan corak dan rekaan kanak-kanak yang berumur 8 tahun jelas kelihatan penghasilan benda oleh kanak-kanak ini seperti matahari, rumah, bunga dan awan. Lukisan kanak-kanak sangat dipengaruhi oleh objek-objek sekeliling yang sangat dekat dengan diri mereka seperti mana objek yang digambarkan boleh dilihat dalam kehidupan seharian kanak-kanak.

B.BahanDalam aktiviti menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan berbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya dan gerakan tangan yang tersendiri. Ini membantu perkembangan kanak-kanak dari aspek fizikal.Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepadapelajar membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akanmemberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna.Selain itu, penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaranpendidikan seni visual memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psihomotor) dan koordinasi tangan serta mata.Kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu serta daya imaginasi yang tinggi, ianya perlu dipupuk dan dikembangkan untuk meningkatkan kreativiti serta kebolehan berfikir mereka. Adalah menjadi tanggungjawab guru pendidikan seni untuk menyuntik rangsangan yang dapat melipatgandakan daya imaginasi kanak-kanak agar proses pembelajaran di dalam bilik darjah menjadi lebih bermakna. Kanak-kanak akan lebih bermotivasi untuk melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti kreatif, untuk mencipta serta mereka benda-benda baru ataupun media-media yang baru. Dengan memperkenalkan bahan-bahan atau alatan-alatan tertentu, ianya dapat mencambahkan imaginasi kanak-kanak.Guru dalam bidang Pendidikan Seni Visual juga digalakkan untuk membimbing pelajar untuk menggunakan bahan terpakai yang terdapat di sekeliling mereka dalam proses menghasilkan karya. Proses ini secara tidak langsung akan membuatkan pelajar berkenaan akan menjadi lebih peka dan sensitif di samping berupaya menjadi seorang individu yang mampu menghasilkan corak dan rekaan berdasarkan imej dan keadaan sekeliling.Bahan-bahan yang boleh diperkenalkan oleh guru dalam menggambar seperti cat air, cat minyak, pastel, oil pastel dan lain-lain lagi. Cat airMenggambar dengan cat air dilakukan dengan memilih kertas yang dapat menyerap air secara baik dan permukaan tidak licin. Ianya dimulakan dengan membuat sketsa tipis objek yang akan digambar, seterusnya dengan memberi warna secara tipis terlebih dahulu.Biasanya objek yang dipilih adalah pemandangan, benda dan kehidupan sosial.

Contoh lukisan kanak-kanak menggunakan cat air:

Cat minyakMenggambar dengan cat minyak biasa disebut melukis. Media ini banyak dipilih oleh para pelukis profesional disebabkan kekuatan bahan yang tahan lama dan kelenturan bahan untuk mengekspresikan diri pelukis. Contoh lukisan kanak-kanak menggunakan cat minyak:

PastelKelebihan pastel terletak pada keunikan yang ditimbulkan, kemampuannya untuk dicampur dengan pewarna lain, sehingga hasil akhir objek yang digambar lebih hidup dan menimbulkan efek improvisasi pewarnaan yang dinamis. Kertas yang dipilih dalam mengunnakan bahan ini perlu memiliki permukaan yang agak kasar dan berwarna gelap.Contoh lukisan kanak-kanak menggunakan pastel:

C.TeknikKanak-kanak merupakan seniman dan pengkarya awal yang wujud dalam meluahkan apa-apa yang mereka lihat, menyamai konsep simbolik lukisan gua manusia primitif. Kanak-kanak mempraktikkan seni konseptual berbanding dengan seni persepsi. Ekspresi mereka diluahkan secara simbolik dalam representasi sesuatu bentuk dan elemen di dunia realiti. Kecenderungan kanak-kanak menggambarkan objek dalam bentuk geometri dan simbolik menjadi justifikasi pengamatan konseptual mereka, di samping keupayaan motor yang masih terbatas jika dibandingkan dengan manusia dewasa. Secara umumnya dipersetujui bahawa manusia tahu dan memahami dunia realiti, iaitu melalui bahasa dan representasi[footnoteRef:7]. [7: Representasi Lukisan Awal Kanak-kanak. Dilayari pada 05Julai 2013. Daripada http://dwnbudaya.dbp.my/wordpress/?p=190]

Guru memainkan peranan yang penting dalam memperkembangkan kreativiti kanak-kanak dengan memperkenalkan pelbagai teknik lukisan kepada kanak-kanak, di antaranya adalah:

1) Teknik lukisanLukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna yang paling sedikit yang dihasilkan diatas sesuatu permukaan rata dengan aplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz warna dan jalinan. Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Setiap proses melakukan garisan, melorek ton dan menggosok juga dinamakan lukisan dan diaplikasikan melalui garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil kerja dengan pelbagai teknik yang boleh dihasilkan bergantung kepada kesan jalinan sesuatu permukaan dari aras mudah ke aras sukar.

2) Teknik Catan

Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata yang mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus. Ianya merupakan satu ciptaan gambar yang berwarna yang diaplikasikan pigmen dari satu media ke atas permukaan seperti media ke atas permukaan seperti kertas, kanvas dan dinding dengan mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D dengan teknik menyapu warna basah.Ianya banyak menggunakan warna sebagai bahan pewarna untuk menghasilkan gambar seperti cat poster, cat air, cat minyak, cat tempera, cat gouache dan cat akrilik dengan pelbagai . jenis warna dan cara-cara mewarna dengan betul.3) Teknik Kolaj

Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam dan tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan seperti cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di atas permukaan 2D yang mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih untuk menjadi satu komposisi. Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan khas daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media. Ia juga dapat menghasilkan satu komposisi artis daripada imej atau gambar yang berlainan, latarbelakang yang berbeza dan daripada berbagai warna dan corak berjalinan dihasilkan secara superimpose di antara satu sama lain dengan menggam berbagai elemen supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau tema tertentu.

4) Teknik Montaj

Montaj itu adalah satu teknik menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan. Alam sekitar. Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari mana-mana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema. Ia mengandungi sebahagian daripada imej yang ada seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej dengan menggunakan teknik superimpose dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil karya montaj yang disusun menjadi satu hasil kerja seni.

5) Teknik Cetakan

Cetakan ialah satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan . Seseorang pelukis biasanya akan menetukan berapa banyak cetakan yang hendak dihasilkan dalam sesuatu edisi. Merupakan satu proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain. Proses dimana satu hasil kerja seni dicipta dalam beberapa kuantiti . Imej atau gambar yang dihasilkan dengan menggunakan acuan plat yang dilakukan pada permukaan rata. Proses penerapan blok, plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan yang lain. Ianya menggunakan acuan cetakan untk menghasilkan satu atau beberapa siri cetakan. Perpindahan imej yang berdakwat daripada satu permukaan blok kepada permukaan lain seperti kertas atau kain atau bahan lain[footnoteRef:8]. [8: Representasi Lukisan Awal Kanak-kanak. Dilayari pada 05 Julai 2013. Daripada http://dwnbudaya.dbp.my/wordpress/?p=190]

Berikut adalah contoh hasil seni kanak-kanak yang menggunakan teknik kolaj:

D.Penilaian Guru PSVPenilaian guru Pendidikan Seni Visual juga mampu mengembangkan mengembangkan kreativiti kanak-kanakmealui penghasilan hasil seni.. Dalam membuat penilaian tentang hasilan seni kanak-kanak, tahap kreativiti yang ditetapkan oleh guru perlulah di tahap yang sederhana dan biarlah bersesuaian dengan tahap umur dan pencapaian pelajar-pelajardi dalam kelas. Ini kerana menurut Teori Perkembangan Artistik oleh Hurwitz dan Day, terdapat beberapa peringkat perkembangan seni kanak-kanak iaitu:

(a) Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2-4Tahun)

Pada peringkat ini kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan. Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak terdapat di dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan dan medium seperti krayon, pensil serta bahan-bahan lain. Lukisan kanak-kanak pada peringkat ini tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej. Selain itu, terdapat empat peringkat contengan pada peringkat manipulative iaitu contengan garisan tidak terkawal, contengan garisan terkawal, contengan rupa terkawal dan contengan rupa.

(b) Peringkat Membuat Simbol (6-9 Tahun)

Pada peringkat ini kanak-kanak mula beralih ke peringkat menghasilkan simbol. Pada peringkat ini juga, kanak-kanak sangat terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya.

(c) Pra-Remaja (10-13 Tahun)

Pada peringkat ini, terdapat percubaan untuk melukis figura dengan saiz yang betul. Lukisan figura pula mula dilukis dengan menitikberatkan daya saiz sebenar objek[footnoteRef:9]. [9: Al Hurwitz & Micheal day. (1995) Children and Their Art. New York : Harcourt Brace College Pub. Texas. ]

Penilaian guru yang disandarkan kepada tahap kebolehan dan pencapaian murid mampu menyumbang kepada perkembangan kreatviti kanak-kanak. Berikut adalah contoh hasil seni kanak-kanak dan penilaian guru:

Objek-objek yang wujud dalam corak dan rekaan kanak-kanak ini sangat dekat dengan jiwa dan dunia kanak-kanak yang suka bermain dan berimaginasi. Bandar imaginasi yang digambarkan oleh kanak-kanak walaupun susunan kurang rasional namun ini adalah sesuatu yang sesuai untuk standard kanak-kanak yang berusia 9 tahun. Pengetahuan budaya kanak-kanak tentang alam sekitar menghasilkan corak dan rekaan kreatif kanak-kanak dimana objek-objek seperti orang yang berbentuk skeleteon ini dilukis secara berulang.Berdasarkan penilaian guru, kanak-kanak telah menghasilkan corak atau rekaan yang unik dan kreatif sesuai dengan usia kanak-kanak yang berusia 9 tahun.

3.0KESIMPULANAktiviti seni sememangnya memberi peranan yang penting dalam perkembangan kanak-kanak. Ini kerana aktiviti ini memberi peluang untuk kanak-kanak menyampaikan perasaan, karya dan keupayaan mereka dalam pelbagai cara. Malah aktiviti ini menggalakkan kanak-kanak untuk berfikir dan menjadi seorang yang kreatif.Kanak-kanak sangat berminat dengan aktiviti seni dan kreatif. Aktiviti seni seperti rekaan dan corak memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi mereka di dalam pelbagai cara. Ini termasuklah aktiviti seni seperti melukis, mewarna, kraf tangan, muzik, nyanyian, drama, puisi, membentuk arca dan sebagainya.Menurut Russel (1968), matlamat guru sekolah rendah dalam pengajaran dan pembelajaran ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati, sensitif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstura dan irama. Murid-murid akan mengambil bahagian dalam pembelajaran yang melibatkan berbagai-bagai kemahiran yang disediakan oleh guru. Di samping itu juga mereka dapat melahirkan idea dan kreativiti mereka dengan bebas[footnoteRef:10]. [10: Ainon Mohamad & Abdullah Hassan. 1997. Berfikir Dalam Darjah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.]

Sebagai kesimpulan, hasil kerja seni, corak dan rekaan yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Perlakuan seni, persepsi seni dan pengetahuan budaya yang hendak dibentuk adalah reaksi daripada corak dan rekaan yang dihasilkan oleh kanak-kanak.2534 patah perkataan

RUJUKANAinon Mohamad & Abdullah Hassan. 1997. Berfikir Dalam Darjah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.Al Hurwitz & Micheal day. (1995).Children and Their Art. New York : Harcourt Brace College Pub. Texas.Iberahim Hassan. (2000). Kump. Esei Pilihan Pendidikan Seni dan Muzik. UPSI.Otto G.Ocvirk; Cayton. Art Fundamental. (1997). Mc Graw Hill: New York.Representasi Lukisan Awal Kanak-kanak. Dilayari pada 05 Julai 2013. Daripada http://dwnbudaya.dbp.my/wordpress/?p=190Zulkifli Yaakop, Mohd Jamal Ismail. (2007). HBEF1403. Seni Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.

1